73013815 tema karangan pmr spm

Upload: taykhong

Post on 30-Oct-2015

80 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PENYEDIAAN MODUL KARANGAN MENENGAH RENDAH

    PANITIA BAHASA MELAYU 2012

    Tema karangan PMR

    TEMA GURU

    PelanconganKARTHEYANI KUNYAMBU

    Semangat kejiranan TAN MOOI EAN

    Menabung RASINAH OMAR

    Gejala sosial WARDAH SHAIK ABDULLAH

    Perpaduan kaum NUR ADILAWATI IBRAHIM

    Kemalangan MOHD. YUSUF AWANG

    Bencana alam NUR HIDAYAH ABD. RAHIM

    Alam sekitar ZULKIFLI AWANG

    Permainan tradisional NORZAIMI MAHYEDIN

    Teknologi maklumatANITA AYOB

    Tempat-tempat bersejarah HEMA LINDA SUBRAMANIAM

    MOHD. ZUKI SHAARI

  • Kekeluargaan

    Warga tua NINI MOHD. SYARIFF

    Aktiviti kokurikulum GUNALAN SUBRAMANIAM

    Keracunan makanan BAZILAH ISMAIL

    Semangat patriotik AHMAD ZAINI OMAR

    PENYEDIAAN MODUL KARANGAN MENENGAH ATAS

    PANITIA BAHASA MELAYU 2012

    TEMA KARANGAN SPM

    TEMA GURU

    Senario Masyarakat Kita

    Ambang Remaja

    Dunia Semakin Canggih SHAFIEE JAAFAR

    Keranamu Malaysia

    Melestarikan Alam Sekitar MARIZAH TAIB

    Riadah

    Generasi Kita

    Gaya Hidup Sihat MOHD NOH MAT

    Kerjaya

    Warisan Bangsa SHARIFAH ABD RAOF

  • Industri Pelancongan Malaysia FAZILAH OMAR

    Rumah Terbuka Rakyat Malaysia SITI SHAFINA ABD. RAHMAN

    Pendidikan Alaf Ini

    Pengangkutan Alaf Ini PUTERI AZRITA MG. OTHMAN

    Bandar Pintar Malaysia

    Alam Pekerjaan

    Pendidikan Industri

    Biolembangan

    Pelaburan

    Teleperubatan

    Sukan Seantero Dunia ASNIDA BT. AHMAD

    Komunikasi Global

    Pelestarian Budaya Warisan HASHIMAH MOHAMMED

    Latihan Karangan Berdasarkan Topik dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5

    1 (Buku Teks m/s 1)

  • Soalan Contoh

    Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah berkesempatan untuk mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia. Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.

    2 (Buku Teks m.s. 23)

    Soalan Contoh

    Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu. Huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi yang semakin mencabar pada masa ini.

    3. (Buku Teks m.s. 48)

    Soalan Contoh

    Masyarakat hari ini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana banyak kelebihannya. Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita.

    4. (Buku Teks m.s. 75)

    Soalan Contoh

    Seseorang pembeli rumah akan membuat pertimbangan tertentu sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang pembeli rumah apabila membuat keputusan untuk membeli sesebuah rumah itu.

    5. (Buku Teks m.s. 101)

    Soalan Contoh

  • Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi turut mengubah kerjaya seseorang pada masa depan. Jelaskan ciri-ciri kerjaya yang akan menjadi budaya pada masa depan.

    6. (Buku Teks m.s. 126)

    Soalan Contoh

    Pendidikan tentang industri memainkan peranan penting dalam era perindustrian masa kini. Sejauh manakah pendidikan industri ini penting kepada negara?

    7. (Buku Teks m.s. 147)

    Soalan Contoh

    Sektor pertanian perlu dimajukan untuk menjamin keperluan makanan bagi penduduk di negara kita. Jelaskan usaha-usaha untuk memajukan sektor pertanian di negara kita.

    8. (Buku Teks m.s. 167)

    Soalan Contoh

    Negara-negara yang sedang membangun sangat bergantung pada pelaburan asing untuk membangunkan ekonominya. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan asing di sesebuah negara.

    9. (Buku Teks m.s. 187)

    Soalan Contoh

    Pada masa ini, penyakit kanser merupakan penyakit berbahaya yang digeruni oleh segenap lapisan masyarakat kerana menjadi

  • pembunuh secara senyap. Huraikan punca-puncanya dan langkah-langkah untuk menanganinya.

    10. (Buku Teks m.s. 210)

    Soalan Contoh

    Negara kita telah berjaya menjadi penganjur beberapa kejohanan sukan pada peringkat antarabangsa dalam jangka masa beberapa tahun ini. Bagaimanakah penganjuran sukan tersebut berupaya untuk memberikan manfaat kepada negara kita?

    11. (Buku Teks m.s. 230)

    Soalan Contoh

    Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui penggunaan Internet mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia. Bincangkan pernyataan tersebut.

    12. (Buku Teks m.s. 249)

    Soalan Contoh

    Ada pendapat yang mengatakan bahawa sesetengah adat resam sesuatu kaum itu tidak patut diamalkan lagi pada masa ini. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

  • Latihan Karangan Berdasarkan Topik dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4

    1. (Buku Teks m.s. 1)

    Soalan Contoh

    Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

    Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengekalkan keadaan tersebut.

    2. (Buku Teks m.s. 23)

    Soalan Contoh

    Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan negara ini.

    Ulas pernyataan di atas.

    3. (Buku Teks m.s. 50)

    Soalan Contoh

    Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat pada masa ini semakin meluas kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.

    Huraikan implikasi penggunaan kad kredit kepada masyarakat.

    4. (Buku Teks m.s. 75)

    Soalan Contoh

    Banyak kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa negara kita juga setanding dengan negara maju yang lain.

  • Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia pada peringkat antarabangsa.

    5. (Buku Teks m.s. 100)

    Soalan Contoh

    Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengatasi masalah pencemaran alam namun masih kurang berkesan untuk mengatasinya.

    Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.

    6. (Buku Teks m.s. 127)

    Soalan Contoh

    Aktiviti memancing ikan semakin diminati oleh sesetengah anggota masyarakat pada masa ini.

    Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti terebut.

    7. (Buku Teks m.s. 156)

    Soalan Contoh

    Remaja pada hari ini perlu diberikan pendidikan yang sempurna kerana mereka merupakan generasi yang akan memimpin negara pada masa depan.

    Ulas pernyataan di atas.

    8. (Buku Teks m.s. 180)

    Soalan Contoh

    Sebagai seorang wartawan majalah terkemuka di negara ini, anda dikehendaki menulis rencana yang bertajuk Budaya Makanan Segera dalam Kalangan Masyarakat .

    Tulis rencana itu selengkapnya.

  • 9. (Buku Teks m.s. 203)

    Soalan Contoh

    Anda berminat untuk menulis rencana tentang masalah mahasiswa yang menganggur dan hanya berminat untuk bekerja makan gaji selepas menamatkan pengajian.

    Tulis rencana tersebut selengkapnya.

    10. (Buku Teks m.s. 223)

    Soalan Contoh

    Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi.

    Jelaskan kelebihan-kelebihan bangunan bersejarah tersebut.

    11 (Buku Teks m.s. 249)

    Soalan Contoh

    Industri pelancongan di negara kita merupakan antara penyumbang utama dalam bidang ekonomi dan hal ini penting untuk memajukan negara.

    Huraikan sumbangan-sumbangan industri pelancongan terhadap kemajuan negara.