unit 9 dalil dalil hukum yang tidak disepakati

23
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan Empat Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati يمِ ح ه الرِ نَ مْ ح ه الرِ ه اِ مْ سِ ب

Upload: athirahsb

Post on 17-Jul-2015

765 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Pendidikan Syariah IslamiahTingkatan Empat

Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati

حيم حمن الره الره بسم الله

Dalil –dalil yang tidak disepakati

اال استحسان

Bahasa Istilah

• Mengganggap sesuatusebagai baik

• Menggunakan qiyas yang tidak nyata denganmeninggalkan qiyas yang nyata atau mengecualikansesuatu perkara dari dalilatau kaedah umumbedasarkan dalil dalil yang tertentu

Maksud

:

Bahagian :

1. Menggunakan Qiyas tidak nyata dengan (خفى ) meninggalkan qiyas nyata(جلى)

Contoh: Sisa minuman burung helang dianggap suci dengan mengqiyaskankepada lebihan minuman manusia kerana persamaan kedua duanya darisegi daging yang tidak halal dimakan.

Jika digunakan qiyas nyata iaitu dengan mengqiyaskannya kepada sisaminuman binatang buas seperti harimau dan singa hukumnya adalah tidaksuci.

Qiyas ini dinamakan qiyas nyata kerana persamaan kedua duanya sebgaibinatang adalah lebih nyata

Namun ulama mazhab Hanafi menghukumkannya sebagai suciberdasarkan dalil istihsan iaitu menggunakan qiyas yang tidak nyatadengan mengenepikan qiyas yang nyata.

Bahagian:

2.Mengecualikan sesuatu dari dalil atau kaedahumum

• Contoh:Berdasarkan dalil atau kaedah umumyang tidak mengharuskan menjual sesuatu yang belum ada,jual beli سلم dan tempahan dikiratidak harus.

• Namun berdasarkan nas dan االجماع kedua duamuamalat tersebut diharuskan.Pengecualian inidinamakan sebagai استحساناال

Para ulama mazhab Hanafi,sebahagian ulamamazhab Maliki dan Hanbali menerimanya.Merekaberhujah bahawa menggunakan istihsan berertimengikut prinsip kemudahan yang memang telahdiakui oleh syara;

Imam syafi’e dan beberapa ulama lain menolaknya.Mereka berhujah bahawa menggunakanistihsan beerti membuka ruang kepada manusiauntuk menentukan hukum mengikut hawa nafsumereka.

1

2

Bahasa Istilah

المصالح bermaksudkemaslahatan atau kebaikan.

المرسلة bermaksud dilepaskan.

Menentukan hukum sesuatuberdasarkan kepadakemaslahatan tertentu yang tiada ketentuan nas mahupunالجماع yang menerima ataumenolaknya

المصالح المرسلةJuga dikenali sebagai االستصالح

Bahagian MaslahatKeperluan mendesakiaitu keperluanutama yang bergantungkehidupan manusiakepadanya.

Contoh: Dibenarkanmemakan bangkaiketika terdesaksekadar untukmenyambungkehidupan

Keperluan biasa iaitukeperluan keperluanyang diperlukanmanusia untukmengelakkan darikesukaran.

Contoh: Diberirukhsah kepadaorang yang bermusafir untukberbuka puasa .

Keperluankesempurnaan iaitukeperluan keperluanyang menentukankeselesaankehidupan manusia.

Contoh: Disyariatkanmemakai pakaianyang menutup auratdan bersih .

Jumhur ulama

Mazhab Maliki menerimanya sebagaihujah kerana hukum hukum yang berdasarkan kepada nas, االجماع danQiyas semuanya mengandungikemaslahatan

Sebahagian ulama

االمدي dan ابن الحاجب menolaknyadengan alasan ia akan membuka ruangkepada sesetengah manusia untukmenentukan Hukum mengikut seleranafsunya.

Autoriti المصالح المرسلة

االستصحابMaksud Istihab:

• Pada bahasa bererti minta bersama sama atau bersahabat.

• Menggunakan sesuatu hukum yang tetap melalui dalil pada masa lalusehingga ada dalil lain yang mengubahnya.

Contoh sabda Rasullulah:

Daripada Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w: Jihad berterusan sejak aku diutuskan oleh Allah sehingga umatku yang terakhir membunuh Dajjal.

Autoriti االستصحاب

Secara umumnya,Jumhur Ulama(Mazhab Hanafi,Maliki ,Syafie dan Hanbali) telah menerima istihabsebagai dalil hukum syara’.

Penerimaan ini memandangkan jika sesuatu hukum tidak dianggapberkekalan walaupun tiada dalil yang lain mengubahnya,ia akanmenyebabkan syariat tidak akan keal kerana secara keseluruhan hukumhukumnya sentiasa terdedah kepada perubahan dan penasakhan.

Sebahagian ulama menolak penggunaan istihab.(Ulama generasi awal mazhab hanafi fan kebanyakanulama kalam)

Pelaksanaan االستصحاب

Oleh itu,Sekiranya dia syak tentangwuduknya,dia dikira masih dalam keadaan

berwuduk sekiranya dia yakin dia telahberwuduk sebelumnya.

Seseorang telah berwuduk dikiraberkekalan dalam kadaan berwuduk

selagimana tiada bukti yang membatalkanwuduk.

Oleh itu,jika seseorang mendakwa diapernah berhutang

dengannya,dakwaannya ditolakseandainya tidak dapat menunjukkan

bukti terhadap dakwaannya.

Seseoramh dikira tidak berhutangselagimana tiada bukkti yang

menunjukkan dia telah berhutangsebelumnya.

1.Ibadah 2.Ibadah

سد الذرائعBahasa : Menutup jalan jalan kejahatanIstilah : Menghalang perkara perkara harus yang bolehmembawa kepada perkara perkara yang haram.

Jenis jenisnya : Sesuatu yang pasti membawa kepada keburukan seperti

membuang bahan toksik ke sungai. Sesuatu yang besar kemungkinan membawa keburukan seperti

menjual anggur kepada pembuat arak. Sesuatu yang berkemungkinan membawa kepada keburukan

seperti menjual barang secara bertangguh kerana bolehmendorong kepada riba.

Sesuatu yang jarang membawa kepada keburukan sepertimenggali lubang ditempat tempat yang jarang dilalui olehmanusia.

Autoriti

1.

• Para ulama telah bersepakkat menharuskan perkara perkara yang jarangmembawa kepada keburukan kerana ia memberi manfaat kepada manusia lebihbanyak daripada kemudaratan

• Contoh: harus menanam anggur selagimana tidak menjualnya kepada pembuatarak

2.

• Para ulama telah besepakat menerima سد الذرائع dalam mengharamkanperkara perkara yang pasti atau lebih banyak mendatangkan keburukanberbanding kebaikan.

3.

• Berbeza pendapat dalam perkara yang berkemungkinan bolehmembawa kepada keburukan seperti jual beli secara bertangguh.

• Maliki dan Habali menerima سد الذرائع dan menghukum batal jualbeliHanafi dan syafie menolak سد الذرائع dan menghukum sah jual belitersebut.

قول الصحابيPandangan sahabat Rasullulah.

Sahabat (menurut usul fiqh):Orang yang pernah bertemu denganRasullulah dalam keadaan berimanserta berdampingan dengannyauntuk jangka masa lama.

Kata kata atau perbuatan orang yang pernah bertemu Rasullulah (sahabatnabi) dalam keadaan beriman sertaberdampingan dengannya untukjangka masa lama.

Bahasa

Istilah

Autoriti قول الصحابي

• Para ulama bersepakat jika iamelibatkan perkara perkara yang tidak boleh diijtihadkan ataudisandarkan kepada nabi.

Dikategori

Hadis

• Para ulama bersepakat jika iaberlaku dalam bentukpersepakatan semua sahabat.

Dikategori

Ijma’

Autoriti قول الصحابي

Perbezaan pandangan ulama :

Imam Malik,Syafie dan Ahmad bin Hanbal menerimanyasebagai dalil hukum syara’.

Hujah :• Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan)

dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejaklangkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan merekapula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulahkemenangan yang besar. (surah Taubah ayat 9)

• Daripada I’rbad bin Sariyah,Sabda Rasullulah: Berpeganglah kamu dengan sunnahku dansunah para Khulafa Rasyidun yang mendapat petunjuk.

• Dalil Aqli: Para sahabat ialah orang yang sentiasa mendampingi Rasullulah.Oleh itu kata kata dan perbuatan mereka patut dijadikan hujah.

Para ulama Asya’riyah menolak sebagai dalil hukum syara’

عمل أهل المدينةPerkataan atau perbuatan yang disepakati oleh penduduk Madinah dalam likungan tigakurun hijrah yang pertama.

Autoriti: Kebanyakan ulama tidak menerima sebagai dalil kerana persepakatan mereka hanya

berlaku di kalangan manusia biasa yang tidak mustahil melakukan kesilapan

Persepekatan dalam bentuk ijmak oleh seluruh mujtahidin sahaja yang dikira sebagaidalil yang terhindar dari kesilapan.

Imam Malik menganggap sebagai dalil hukum syarak bahkan mendahulukanpenggunaannya berbanding qiyas,Hadis ahad dan Qaulu Sohabi.

Imam Malik berhujah dengan kelebihan Madinah sebagai tempat yang muliamenyimpan khazanah wahyu serta kenabian yang tiada pada tempat lain.

Imam Malik menyatakann dalam kitabnya Muwatta’ bahawa makmum tidak perlumembaca Surah Al-Fatihah dalam solat Jahriyah (bacaan nyaring

Imam syafie menyatakan makmum wajib membaca Al-Fatihah walaupun dalam solatJahriyah.

شرع من قبلنا

Maksud Maksud sebagai hujah

Syariat yang wujudsebelum diutuskanRasullulah

Syariat Rasul rasulterdahulu yang terdapat dalam Al-Quran atau As-sunnahtetapi tiada arahansupaya kita mengikutiatau menghindarnya.

Autoriti شرع من قبلنا

Jumhur Ulama mazhab Hanafi serta sebahagian ulama Mazhab Maliki dan Hanbalimenerima sebagai dalil hukum syarak.

Hujah: Setiap hukum yang disebutkan dalam Al-quran dan As sunnah sekalipunberasal dari syariat rasul rasul terdahulu mesti diikuti kerana ia merupakan wahyudari Allah.

Syariat rasul rasul terdahulu telah mengalami proses penyaringan.Danterbahagi kepada dua:

• Pensyaratan• Peraturan peraturan baru.

Contoh: Poligami yang pada asalnya menjadi amalan masyarakat arabditeruskan dalam Islam dengan meletakkan maksimum empat orang isteri.

Suami dikenakan syarat supaya berlaku adil terhadap isteri isteru daru segipemberian nafkah dan giliran.

العرف والعادة

Perkataan atau perbuatan yang menjadi kebiasaan sekumpulan manusia danditerima baik oleh akal yang sejahtera.

Contoh:

1. Perkataan ‘’daging’’ kebiasaannya tidak digunakan pada ikan.Justeru jikaseseorang bersumpah tidak akan makan dagig,dia tidak dikira melanggarsumpahnya dengan memakan ikan.

2. Perbuatan memakai kasut dalam rumah dianggap kurang sopan olehmasyarakat melayu khususnya.Oleh itusetiap tetamu hendaklah menanggalkankasut mereka apabila memasuki rumah masyarakat melayu.

Autoriti العرف والعادة

Diiktiraf sebagai salah satu dalil hukum oleh kebanyakan paraulam terutamanya para ulama mazhab hanafi dan maliki.

Kebanyakan ulama menerima pengaplikasian العرف khususunya melalui satu kaedah Fiqhiyyah yang utama iaitu ‘’a’datu muhakkamah’’ Penerimaan para ulama ini hanya khusus terhadap عرف

صحىح iaitu yang tidak bercanggah dengan nas.

Sementara عرف فاسد iaitu عرف yang bercanggah dengan nas,paraulama bersepakat menolaknya.