7. kaunseling kerjaya

Click here to load reader

Upload: nfaf82

Post on 15-Apr-2016

54 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Silibus dalam subjek Perkembangan Kerjaya

TRANSCRIPT

KAUNSELING KERJAYA

- NUR FADHILAH BT ABDULLAH FAUZI -KAUNSELING KERJAYA

PENGENALANKaunseling kerjaya adalah salah satu bidang dalam kaunseling yang memfokuskan kepada individu yang mempunyai masalah dalam pemilihan kerjaya.Satu bidang kaunseling yang khusus untuk membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya dengan cara membantu individu mengenali diri dan potensi diri, di samping membekalkan maklumat lanjutan tentang kerjaya yang ingin diceburi.

DEFINISIBrown dan Brook (1986) Kaunseling kerjaya sebagai satu proses interpesonal yang direka bentuk untuk membantu individu-indvidu yang mengalami masalah dalam perkembangan kerjaya.Kaunseling kerjaya merupakan satu proses perkembangan yang melibatkan aktiviti untuk memilih, memasuki, mengubah suai dan meningkatkan pekerjaan

Masalah kerjaya- ketidakupayaan membuat pemilihan, ketegangan dan penyesuaian, ketidaksesuaian dalam pekerjaan dengan individu dan integrasi diri dengan orang lain seperti ibu bapa dan rakan-rakan

KEPERLUAN TERHADAP KAUNSELING KERJAYAKebanyakan klien membawa masalah yang rumit dan kompleks yang tidak dapat diselesaikan dengan pendekatan yang ringkas.Dikatakan sebanyak 16% klien tidak mampu membuat pemilihan kerjaya akibat masalah psikologi, manakala selebihnya 84% boleh membuat pemilihan dengan baik jika diberi bantuan seperti mendapatkan maklumat kerjayaOkun (1984) dan Super (1984) menyatakan bahawa perancangan kerjaya yang baik perlulah juga mengambil kira peranan-peranan lain yang terlibat dalam kehidupan individu seperti peranan dalam keluarga & masyrakatKajian terkini menunjukkan bahawa kesihatan mental adalah berkaitan dengan isu kerjaya.MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJARKetidakupayaan untuk membuat pemilihan kerana kurangnya maklumat tentang potensi diri dan dunia pekerjaanBerlakunya paksaan atau dorongan daripada individu signifikan berkaitan kerjaya, misalnya ibu bapaKekurangan pencapaian dari segi akademik dan kekurangan dari aspek fizikal. Contohnya, ramai yang ingin menjadi doctor tetapi tahap pencapaian akademi tidak melayakkan mereka berbuat demikianKurang pengetahuan tentang kerjaya. Kerjaya dilihat sebagai peluang yang akan datang apabila tiba masanya . justeru membuat keputusan berhubung dengan kerjaya tidak dianggap sesuatu yang mustahak dan tidak perlu diambil perhatian

Kurangnya bantuan dan maklumat tentang bimbingan kerjaya. Kerjaya sering dikaitkan dengan status dan pulangan gaji yang besar. Oleh sebab itu, beberapa kerjaya yang popular akan menjadi rebutan dana kalangan individu. oleh sebab itu, pemilihan kerjaya tidak dibuat berdasarkan keupayaan diri tetapi lebih kepada mengejar status atau pulangan gaji

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING