7-_contoh_surat_pertuduhan-tujuan_buang_sekolah_(lampiran_e)[1]

3
Lampiran E CONTOH SURAT PERTUDUHAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG SEKOLAH. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 33, 40600 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN. SMKS33/SA/S/SULIT/1/(1) 16hb. Safar 1428H 26 Ogos 2007 Merah bin Kuning (KP : 123456-14-7890) Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33, 40600 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah Mengikut Peraturan 8 (a), Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Nama : Merah bin Kuning (KP: 123456-14-7890) Tingkatan : 4P3 Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan- Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang diwartakan sebagai LN.61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah. 2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa, kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut : “ Bahawa kamu, Merah bin Kuning (KP : 123456-14-7890) pada 23.8.2007, lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33 Shah Alam, telah menumbuk guru kamu iaitu Encik Hitam bin Putih, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33 Shah Alam dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru, satu perbuatan salahlaku di bawah Peraturan 5(b)

Upload: fathihanirif

Post on 24-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ICTL FORM 1 LITERASI MSWORD

TRANSCRIPT

Page 1: 7-_Contoh_Surat_Pertuduhan-Tujuan_Buang_Sekolah_(Lampiran_E)[1]

Lampiran E

CONTOH SURAT PERTUDUHAN TATATERTIB DENGAN TUJUANBUANG SEKOLAH.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 33,40600 SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN.

SMKS33/SA/S/SULIT/1/(1)16hb. Safar 1428H26 Ogos 2007

Merah bin Kuning (KP : 123456-14-7890)Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33,40600 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,

Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Buang SekolahMengikut Peraturan 8 (a), Peraturan-Peraturan Pelajaran(Disiplin Sekolah) 1959.Nama : Merah bin Kuning (KP: 123456-14-7890)Tingkatan : 4P3

Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang diwartakan sebagai LN.61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.

2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa, kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut :

“ Bahawa kamu, Merah bin Kuning (KP : 123456-14-7890) pada 23.8.2007, lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33 Shah Alam, telah menumbuk guru kamu iaitu Encik Hitam bin Putih, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33 Shah Alam dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru, satu perbuatan salahlaku di bawah Peraturan 5(b) Bab XI, Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33 Shah Alam.”

3. Dibawah peraturan 8(a), Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, Sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33 Shah Alam, kamu boleh dibuang dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah mengikut pertuduhan yang tersebut di atas.

19.

Page 2: 7-_Contoh_Surat_Pertuduhan-Tujuan_Buang_Sekolah_(Lampiran_E)[1]

4. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap tuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut dibuang sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini.

5. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti yang tersebut di atas, saya akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut, dan keputusan yang akan saya buat itu mungkin keputusan buang sekolah.

6. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :

Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33,40600 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

7. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang (Lampiran J) yang disertakan bersama-sama ini.

t.t.(BIRU BIN HIJAU)Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 33,40600 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

s.k.

1. Pendaftar Sekolah-SekolahJabatan Pelajaran Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E,Seksyen 4, 40604 Shah Alam.

2. Pegawai Pelajaran DaerahPejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana,Jalan Kepuk 19/2,Seksyen 19 Shah Alam.

3. Encik Kuning bin KelabuNo. 111, Jalan Waja 33/3, Seksyen 33,40600 Shah Alam,

4. Fail

20.