bab 7 sains tingkatan 1

21
Asid dan bes terdapat di dalam makanan dan barangan, dan di persekitaran kita. Bahan-bahan kimia ini banyak digunakan dalam kehidupan harian kita. Sebagai contoh, asid memberikan rasa masam pada sesetengah buah-buahan, cuka, dan sos manakala ubat gigi mengandungi bahan bes. Mari kita kaji tentang asid dan bes dengan lebih mendalam lagi. Mengapakah susu menjadi basi selepas dibiarkan terdedah semalaman? Mengapakah petani menambahkan kapur ke dalam tanah? Asid, bes, dan alkali, Terdapat di alam sekitar, Di dalam buah-buahan, Di dalam ubat gigi, Juga di dalam sabun dan detergen, Syukur kepada Tuhan atas kewujudannya. 116 Setelah mempelajari bab ini, anda harus dapat: menganalisis sifat-sifat asid dan bes mensintesiskan konsep asid kuat, asid lemah, alkali kuat, dan alkali lemah menganalisis kepekatan asid dan alkali menganalisis peneutralan Ion hidroksonium Kebesan Asid monobes Asid dwibes Pengionan Penceraian Larutan piawai Peneutralan Pentitratan BAB 7.indd 116 BAB 7.indd 116 9/21/11 3:38 PM 9/21/11 3:38 PM

Upload: raja-ina

Post on 10-Nov-2015

300 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

  • Asid dan bes terdapat di dalam makanan dan barangan, dan di persekitaran kita. Bahan-bahan kimia ini banyak digunakan dalam kehidupan harian kita. Sebagai contoh, asid memberikan rasa masam pada sesetengah buah-buahan, cuka, dan sos manakala ubat gigi mengandungi bahan bes. Mari kita kaji tentang asid dan bes dengan lebih mendalam lagi.

    Mengapakah susu menjadi basi selepas dibiarkan terdedah semalaman? Mengapakah petani menambahkan kapur ke dalam tanah?

    Asid, bes, dan alkali,Terdapat di alam sekitar,Di dalam buah-buahan,Di dalam ubat gigi,Juga di dalam sabun dan detergen,Syukur kepada Tuhan atas kewujudannya.

    116

    Setelah mempelajari bab ini, anda harus dapat:

    menganalisis sifat-sifat asid dan bes

    mensintesiskan konsep asid kuat, asid lemah, alkali kuat, dan alkali lemah

    menganalisis kepekatan asid dan alkali

    menganalisis peneutralan

    Ion hidroksonium Kebesan Asid monobes Asid dwibes Pengionan Penceraian Larutan piawai Peneutralan Pentitratan

    BAB 7.indd 116BAB 7.indd 116 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 117

    Anda harus dapat: menyatakan maksud

    asid, bes, dan alkali menyatakan kegunaan

    asid, bes, dan alkali dalam kehidupan harian

    menerangkan peranan air dalam pembentukan ion hidrogen untuk menunjukkan sifat-sifat asid

    menerangkan peranan air dalam pembentukan ion hidroksida untuk menunjukkan sifat-sifat alkali

    menghuraikan sifat kimia bagi asid dan alkali

    A Asid dan Bes

    Anda telah mempelajari asid dan bes semasa pada peringkat menengah rendah. Dalam bab ini, kita akan mempelajari asid dan bes dengan lebih mendalam.

    Asid

    Lihat formula kimia bagi asid yang ditunjukkan dalam Gambar foto 7.1. Huruf H dalam setiap formula mewakili unsur hidrogen. Apabila asid dilarutkan di dalam air, atom hidrogen dalam asid itu akan dibebaskan sebagai ion hidrogen, H+. Dengan itu, takrif Arrhenius bagi asid adalah seperti yang berikut:

    Asid ialah bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen, H+.

    Asid hidroklorik, HCl dihasilkan apabila molekul hidrogen klorida, HCl larut di dalam air dan mengion untuk menghasilkan ion hidrogen, H+. Ion hidrogen bergabung dengan molekul air, H2O untuk membentuk ion hidroksonium, H3O+. Ion ini juga ditulis sebagai H+.

    Ion hidroksonium Asid monobes Asid dwibes

    Cl ClHH H

    O ++ H HO+

    H

    Rajah 7.1 Pengionan molekul hidrogen klorida, HCl untuk menghasilkan ion hidroksonium, H3O+

    Kita dapat mengelaskan asid sebagai asid monobes atau asid dwibes berdasarkan bilangan ion hidrogen yang dapat dihasilkan oleh satu molekul asid. Asid hidroklorik, HCl ialah contoh asid monobes manakala asid sulfurik, H2SO4 ialah contoh asid dwibes.

    HCl(ak) H+(ak) + Cl(ak)H2SO4(ak) 2H+(ak) + SO42(ak)

    Gambar foto 7.1 Asid-asid yang biasa digunakan di dalam makmal kimia.

    Cuka mengandungi asid etanoik, CH3COOH. Apakah kebesan asid etanoik, CH3COOH?

    Ion hidroksonium, H3O+ terbentuk kerana ion hidrogen, H+ tidak dapat wujud dalam larutan akueus sebagai suatu zarah yang bebas.

    BAB 7.indd 117BAB 7.indd 117 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 118

    +HH

    H

    HH

    H H

    OH H

    N+

    H

    ON+

    Bes dan alkaliMenurut Arrhenius, bes ditakrifkan seperti yang berikut:

    Bes ialah bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH.

    Contoh-contoh bes ialah hidroksida logam dan oksida logam. Sesetengah bes larut di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH . Bes terlarutkan ini disebut sebagai alkali. Contoh-contoh alkali ialah natrium hidroksida, NaOH, kalium hidroksida, KOH, dan ammonia, NH3. Natrium hidroksida, NaOH larut di dalam air dan membebaskan ion hidroksida, OH .

    NaOH(ak) Na+(ak) + OH(ak)

    Apabila molekul ammonia, NH3 larut di dalam air, pengionan berlaku untuk menghasilkan ion hidroksida, OH.

    NH3(ak) + H2O(ce) NH4+(ak) + OH(ak)

    Kegunaan asid, bes, dan alkali Asid, bes, dan alkali ialah bahan penting dalam kehidupan harian kita. Beberapa contoh kegunaan asid dan bes ditunjukkan dalam Gambar foto 7.2.

    Mengawet makanan Membuat pelbagai Membuat detergen, jenis ubat sabun, dan syampu

    Gambar foto 7.2 Beberapa kegunaan asid dan bes

    Rajah 7.2 Pengionan molekul ammonia, NH3 untuk menghasilkan ion hidroksida, OH

    Apakah kegunaan asid dan bes yang lain? Mari kita jalankan Aktiviti 7.1 untuk menerokainya.

    Aktiviti 7.1, muka surat 83

    Peranan air dan sifat asidKehadiran ion hidrogen, H+ dalam air menyebabkan asid dapat menunjukkan sifat-sifat keasidannya. Mari kita jalankan Eksperimen 7.1 untuk mengkaji peranan air dalam menunjukkan sifat asid.

    Eksperimen 7.1, muka surat 84

    Ikan mengandungi bes amina yang menyebabkannya berbau hanyir!

    Simbol melambangkan tindak balas berbalik.

    Natrium hidroksida, NaOH ialah alkali yang digunakan untuk membuat detergen, kertas, tekstil, dan air minuman.

    BAB 7.indd 118BAB 7.indd 118 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 119

    Berdasarkan Eksperimen 7.1, sesuatu asid hanya dapat menunjukkan sifat keasidannya apabila asid itu dilarutkan di dalam air. Tanpa air, asid masih wujud sebagai molekul dan tiada ion hidrogen, H+. Kehadiran air membolehkan asid mengion untuk menghasilkan ion hidrogen, H+. Hal ini membolehkan asid menunjukkan sifat keasidannya.

    Peranan air dan sifat alkaliAnda telah mempelajari bahawa air diperlukan untuk asid menunjukkan sifatnya. Apakah pula peranan air dalam menunjukkan sifat alkali? Mari kita jalankan Eksperimen 7.2 untuk mengkajinya.

    Eksperimen 7.2, muka surat 86

    Antara sifat asid: Asid mempunyai rasa

    masam. Asid menukarkan warna

    kertas litmus biru lembap kepada merah.

    Nilai pH larutan akueus asid adalah kurang daripada 7.

    Larutan akueus asid dapat mengalirkan arus elektrik tetapi pepejal asid tidak dapat berbuat demikian. Bagaimanakah pemerhatian ini dapat dikaitkan dengan sifat asid?

    Asid + karbonat garam + air + karbon dioksida

    2HNO3(ak)Asidnitrik

    CuCO3(p)Kuprum(II)

    karbonatKuprum(II)

    nitratKarbondioksida

    + Cu(NO3)2(ak) CO2(g)+ +H2O(ce)Air

    Asid + bes garam + air

    H2SO4(ak)Asid

    sulfurik

    ZnO(p)Zink

    oksidaZinksulfat

    + ZnSO4(ak) H2O(ce)Air

    +

    Asid + logam garam + gas hidrogen

    2HCl(ak)Asid

    hidroklorik

    Mg(p)Magnesium

    + MgCl2(ak)Magnesium

    klorida

    H2(g)Gas

    hidrogen

    +

    Sifat kimia asid

    Rajah 7.3 Sifat kimia asid

    Berdasarkan Eksperimen 7.2, dapat kita simpulkan bahawa sesuatu alkali hanya dapat menunjukkan sifat kealkaliannya apabila dilarutkan di dalam air. Air membantu bes untuk mengion supaya menghasilkan ion hidroksida, OH yang bertanggungjawab terhadap sifat kealkalian.

    Sifat kimia asidMari kita jalankan Aktiviti 7.2 untuk mengkaji sifat kimia asid.

    Aktiviti 7.2, muka surat 87

    Daripada Aktiviti 7.2, kita dapati bahawa asid mempunyai sifat kimia yang berikut: Asid bertindak balas dengan bes untuk membentuk garam dan

    air. Asid bertindak balas dengan logam yang reaktif untuk membentuk

    garam dan gas hidrogen, H2. Asid bertindak balas dengan karbonat untuk membentuk garam,

    air, dan karbon dioksida, CO2.

    BAB 7.indd 119BAB 7.indd 119 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 120

    Alkali + asid garam + air

    NaOH(ak)Natrium

    hidroksida

    HCl(ak)Asid

    hidroklorik

    + NaCl(ak)Natriumklorida

    H2O(ce)Air

    +

    Alkali + ion logam hidroksida logam yangtak terlarutkan

    Cu2+(ak)Ion

    kuprum(II)

    2OH(ak)Ion

    hidroksida

    +

    Alkali + garam ammonium garam + air + gas ammonia

    Sifat kimia alkali

    NaOH(ak)Natrium

    hidroksida

    NH4Cl(ak)Ammonium

    klorida

    + NaCl(ak)Natriumklorida

    + NH3(g)Gas

    ammonia

    +H2O(ce)Air

    Cu(OH)2(p)Kuprum(II)hidroksida

    (mendakan biru)

    Sifat kimia alkaliMari kita jalankan Aktiviti 7.3 untuk mengkaji sifat kimia alkali.

    Aktiviti 7.3, muka surat 91

    Alkali mempunyai sifat kimia yang berikut: Alkali bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam

    dan air. Apabila suatu campuran alkali dan garam ammonium dipanaskan,

    gas ammonia, NH3 dibebaskan. Kebanyakan hidroksida logam tidak larut di dalam air. Oleh

    itu, penambahan alkali kepada kebanyakan larutan ion logam akan menghasilkan mendakan hidroksida logam yang tak terlarutkan.

    Rajah 7.4 Sifat kimia alkali

    1. Berpandukan contoh yang sesuai, nyatakan maksud istilah yang berikut:(a) Asid (b) Bes (c) Alkali

    2. Tulis persamaan kimia untuk menunjukkan tindak balas antara asid sulfurik, H2SO4dengan (a) magnesium, Mg (c) kuprum(II) karbonat, CuCO3(b) zink oksida, ZnO

    3. (a) Kalium hidroksida, KOH mesti dilarutkan di dalam air untuk menunjukkan sifat alkalinya. Terangkan peranan air dalam situasi ini.

    (b) Huraikan secara ringkas tindak balas antara kalium hidroksida, KOH dengan(i) asid hidroklorik, HCl (iii) larutan ammonium klorida, NH4Cl(ii) larutan ferum(III) klorida, FeCl3

    4. Magnesium bertindak balas dengan asid etanoik, CH3COOH glasial yang dilarutkan di dalam air tetapi magnesium tidak bertindak balas dengan asid etanoik, CH3COOH glasial yang dilarutkan dalam 1,1,1-trikloroetana, CCl3CH3. Terangkan sebab.

    Antara sifat alkali: Alkali mempunyai rasa

    pahit dan licin. Alkali menukarkan

    warna kertas litmus merah lembap kepada biru.

    Nilai pH larutan akueus alkali adalah lebih daripada 7.

    A

    BAB 7.indd 120BAB 7.indd 120 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 121

    Ikan sangat sensitif terhadap perubahan pH di dalam air. Bagaimanakah keasidan air diukur? Meter pH digunakan untuk memantau keasidan air kolam. Meter pH mengukur darjah keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus.

    Skala pHSkala pH digunakan untuk menunjukkan darjah keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus. Skala ini terdiri daripada nilai pH dalam lingkungan 0 hingga 14.

    Nilai pH kurang daripada 7 menunjukkan larutan berasid. Nilai pH sama dengan 7 menunjukkan larutan neutral. Nilai pH lebih daripada 7 menunjukkan larutan beralkali.

    Anda harus dapat: menyatakan kegunaan

    skala pH menghubungkaitkan nilai

    pH dengan sifat keasidan atau kealkalian sesuatu bahan

    menghubungkaitkan kepekatan ion hidrogen dengan nilai pH

    menghubungkaitkan kepekatan ion hidroksida dengan nilai pH

    menghubungkaitkan asid kuat atau asid lemah dengan darjah pengionan

    menghubungkaitkan alkali kuat atau alkali lemah dengan darjah penceraiannya

    menerangkan secara kualitatif konsep asid kuat dan asid lemah

    menerangkan secara kualitatif konsep alkali kuat dan alkali lemah

    Pada tahun 1909, Soren Sorensen, seorang ahli biokimia Denmark telah mencipta skala pH. Beliau mencadangkan bahawa istilah pH dirujuk sebagai keupayaan ion hidrogen.

    Rajah 7.5 Skala pH

    Sebenarnya, nilai pH mengukur kepekatan ion hidrogen, H+ dan ion hidroksida, OH . Semakin rendah nilai pH, semakin tinggi kepekatan ion hidrogen, H+. Sebaliknya, semakin tinggi nilai pH, semakin tinggi kepekatan ion hidroksida, OH . Meter pH, kertas pH, atau penunjuk semesta digunakan untuk menentukan nilai pH sesuatu larutan akueus. Mari kita jalankan Aktiviti 7.4 dan Aktiviti 7.5 untuk mengukur nilai pH beberapa larutan akueus.

    Aktiviti 7.4, muka surat 92 Aktiviti 7.5, muka surat 93

    Gambar foto 7.3 Mengawal keasidan air adalah penting dalam memelihara ikan air tawar

    0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

    Neutral

    Kepekatan ion H+ bertambahKepekatan ion OH bertambah

    Semakin berasid

    pH

    Semakin beralkali

    B Kekuatan Asid dan Alkali

    BAB 7.indd 121BAB 7.indd 121 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 122

    Ion hidrogen, H+

    Ion etanoat,CH3COO

    Molekul asid etanoik,CH3COOH

    Ion hidrogen, H+

    Ion klorida, Cl

    Molekulammonia, NH3

    Ion hidroksida, OH

    Ion ammonium,NH4+

    Asid kuat dan asid lemahKekuatan sesuatu asid bergantung pada darjah pengionan atau penceraian asid itu di dalam air. Asid yang mengion lengkap di dalam air disebut sebagai asid kuat. Asid hidroklorik, HCl ialah suatu asid kuat. Semua molekul hidrogen klorida, HCl yang larut dalam air akan mengion lengkap kepada ion hidrogen, H+ dan ion klorida, Cl.

    HCl(ak) H+(ak) + Cl (ak)Dengan itu, tiada molekul hidrogen klorida, HCl dalam larutan asid itu.

    Asid lemah mengion separa di dalam air. Satu contoh asid lemah ialah asid etanoik, CH3COOH cair. Daripada 100 molekul asid etanoik, CH3COOH, hanya satu molekul yang wujud sebagai ion hidrogen, H+ dan ion etanoat, CH3COO

    . CH3COOH(ak) CH3COO

    (ak) + H+(ak)

    Pengionan yang tidak lengkap ini diwakili oleh tanda berbalik seperti yang ditunjukkan dalam persamaan di atas. Molekul asid etanoik, CH3COOH masih hadir dalam larutan asid kerana ion-ion bergabung semula untuk membentuk molekul asid.

    Alkali kuat dan alkali lemahKekuatan alkali bergantung pada darjah pengionan alkali di dalam air. Alkali kuat mengion dengan lengkap di dalam air. Natrium hidroksida, NaOH, iaitu alkali kuat, mengion lengkap apabila dilarutkan di dalam air. Hanya ion natrium, Na+ dan ion hidroksida, OH terdapat di dalam larutan itu.

    NaOH(ak) Na+(ak) + OH(ak) Alkali lemah mengion separa di dalam air. Ammonia, NH3 ialah contoh alkali lemah. Hanya sedikit molekul ammonia, NH3 yang wujud sebagai ion ammonium, NH4+ dan ion hidroksida, OH.

    NH3(ak) + H2O(ce) NH4+(ak) + OH(ak)

    Ion-ion bergabung semula untuk membentuk molekul ammonia.

    Rajah 7.6 Pengionan lengkap dalam larutan asid hidroklorik, HCl

    Rajah 7.7 Asid etanoik, CH3COOH cair mengion separa di dalam air.

    Rajah 7.9 Pengionan separa dalam larutan ammonia, NH3

    Ion hidroksida, OH

    Ion natrium, Na+

    Rajah 7.8 Pengionan lengkap dalam larutan natrium hidroksida, NaOH

    Pengionan Penceraian

    BAB 7.indd 122BAB 7.indd 122 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 123

    Marilah kita jalankan aktiviti yang berikut untuk memahami konsep asid kuat dan asid lemah serta alkali kuat dan alkali lemah dengan lebih mendalam lagi.

    Aktiviti 7.6, muka surat 93 Aktiviti 7.7, muka surat 95

    1. Alkali mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH. Apakah hubung kait antara nilai pH suatu alkali dengan kepekatan ion hidroksida, OH di dalam larutan?

    2. Nilai pH asid hidroklorik, HCl ialah 1 manakala nilai pH bagi asid etanoik, CH3COOH yang sama kepekatan ialah 4. Adakah asid hidroklorik, HCl lebih kuat daripada asid etanoik, CH3COOH? Terangkan jawapan anda.

    3. Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, terangkan istilah alkali kuat dan alkali lemah.

    Anda harus dapat: menyatakan maksud

    kepekatan dan kemolaran menyatakan hubung kait antara bilangan mol

    dengan kemolaran dan isi padu sesuatu larutan

    menghuraikan kaedah untuk menyediakan larutan piawai

    menghuraikan kaedah untuk menyediakan larutan dengan kepekatan tertentu melalui kaedah pencairan

    menghubungkaitkan nilai pH dengan kemolaran asid dan alkali

    menyelesaikan masalah penghitungan yang melibatkan kemolaran asid dan alkali

    C Kepekatan Asid dan Alkali

    Kepekatan sesuatu larutan ialah jumlah zat terlarut yang terlarut dalam seunit isi padu larutan. Semakin banyak zat terlarut, semakin tinggi kepekatan larutan itu. Bagaimanakah anda menyukat jumlah zat terlarut dalam sesuatu larutan?

    Kepekatan sesuatu larutan merujuk kepada kuantiti zat terlarut dalam seunit isi padu larutan, biasanya 1 dm3. Kuantiti zat terlarut boleh disukat dalam gram atau mol. Hal ini bermakna, kepekatan boleh ditakrifkan dalam dua cara.

    Jisim zat terlarut (g) Kepekatan (g dm3) = Isi padu larutan (dm3)

    Bilangan mol zat terlarut (mol) Kepekatan (mol dm3) = Isi padu larutan (dm3)

    Dengan itu, kepekatan sesuatu larutan boleh disukat dalam g dm3 atau mol dm3. Unit kepekatan yang biasa digunakan oleh ahli kimia ialah mol dm3 atau molar (M).

    Kemolaran ialah bilangan mol zat terlarut yang terdapat di dalam 1 dm3 larutan.

    Kemolaran ialah bilangan mol zat terlarut dalam 1 dm3 larutan dan bukan 1 dm3 pelarut. Terangkan sebabnya.

    B

    Gambar foto 7.4 Keamatan warna larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4 berubah dengan kepekatannya.

    BAB 7.indd 123BAB 7.indd 123 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 124

    1

    Tukarkan unit isi padu larutan daripada cm3 kepada dm3.

    1 Hitung jisim molar HNO3.

    2 Tukarkan unit mol dm3 kepada g dm3. Kepekatan = kemolaran jisim molar

    2 Hitung kepekatan. jisim zat terlarut Kepekatan = isi padu larutan

    2 Hitung kemolaran. bilangan mol zat terlarut Kemolaran = isi padu larutan

    1 Tukarkan unit isi padu larutan daripada cm3 kepada dm3.

    Hitung (a) kepekatan larutan dalam gram per dm3 apabila 36.5 g hidrogen klorida, HCl dilarutkan

    di dalam air untuk menghasilkan 500 cm3 larutan.(b) kemolaran larutan yang disediakan dengan melarutkan 0.30 mol natrium hidroksida,

    NaOH di dalam air suling untuk menghasilkan 250 cm3 larutan.

    Penyelesaian: 500(a) Isi padu larutan = dm3 1000 = 0.5 dm3

    Maka, kepekatan larutan asid hidroklorik, HCl 36.5 g = 0.5 dm3

    = 73.0 g dm3

    250(b) Isi padu larutan = dm3 1000 = 0.25 dm3

    Maka, kemolaran larutan natrium hidroksida, NaOH 0.30 mol = 0.25 dm3

    = 1.20 mol dm3

    7.1

    Jisim molar sesuatu bahan ialah jisim 1 mol bahan itu.

    Pertukaran kedua-dua unit kepekatan ditunjukkan dalam Rajah 7.10.

    Kemolaran Jisim molar Kepekatan (mol dm3)

    Jisim molar (g dm3)

    Rajah 7.10 Hubung kait antara kemolaran dengan kepekatan

    Kemolaran asid nitrik, HNO3 di dalam sebiji botol ialah 2.0 mol dm3. Apakah kepekatan larutan asid itu dalam g dm3? [Jisim atom relatif: H = 1, N = 14, O = 16]

    Penyelesaian:Jisim molar asid nitrik, HNO3= [1 + 14 + 3(16)] g mol1 = 63 g mol1

    Maka, kepekatan asid nitrik, HNO 3 = 2.0 mol dm3 63 g mol1

    = 126 g dm3

    7.2

    BAB 7.indd 124BAB 7.indd 124 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 125

    1 Tukarkan unit isi padu larutan daripada cm3 kepada dm3.

    1 Hitung jisim molar Na2SO4.

    2 Hitung bilangan mol. n = MV

    2 Tukarkan unit g dm3 kepada mol dm3. kepekatan Kemolaran = jisim molar

    Anda telah mempelajari penghitungan kemolaran sesuatu larutan dengan menggunakan formula yang berikut:

    bilangan mol zat terlarut (mol)Kemolaran = isi padu larutan (dm3)

    Daripada formula di atas, kita dapat menghitung bilangan mol zat terlarut dalam seunit isi padu larutan yang diberikan.

    Bilangan mol zat terlarut = kemolaran isi padu larutanSecara ringkas, n = MV iaitu n = bilangan mol zat terlarut (mol) M = kemolaran larutan (mol dm3) V = isi padu larutan (dm3)

    Apabila menyelesaikan masalah yang melibatkan kepekatan atau kemolaran, pastikan unit isi padu larutan ialah dm3.

    7.4

    7.3Hitung kemolaran larutan natrium sulfat, Na2SO4 dengan kepekatan 28.4 g dm-3. [Jisim atom relatif: O = 16, Na = 23, S = 32]

    Penyelesaian:Jisim molar natrium sulfat, Na2SO4= [2(23) + 32 + 4(16)] g mol1 = 142 g mol1

    Maka, kemolaran larutan natrium sulfat, Na2SO 4 28.4 g dm3= 142 g mol1

    = 0.2 mol dm3

    Seorang pelajar mengisikan 25.0 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH ke dalam sebuah kelalang kon dengan menggunakan pipet. Kepekatan larutan alkali ialah 1.5 mol dm-3. Hitung bilangan mol natrium hidroksida, NaOH yang terdapat di dalam kelalang kon.

    Penyelesaian: 25.0Isi padu larutan = dm3 1000 = 0.025 dm3

    Maka, bilangan mol natrium hidroksida, NaOH= 1.5 mol dm3 0.025 dm3

    = 0.0375 mol

    BAB 7.indd 125BAB 7.indd 125 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 126

    Langkah-langkah dalam penyediaan larutan piawai: Hitung jisim zat terlarut

    yang diperlukan. Timbang jisim zat

    terlarut yang diperlukan. Larutkan zat terlarut

    dengan air suling dalam sebuah bikar.

    Pindahkan zat terlarut yang telah dilarutkan ke dalam sebuah kelalang volumetrik.

    Bilas dengan air sehingga isi padu yang diperlukan. Bilas bikar dan

    pindahkan hasil bilasan ke dalam kelalang volumetrik.

    Tambahkan air suling sehingga mencapai isi padu yang diperlukan.

    7.1 Menyelesaikan masalah penghitungan

    1. Asid fosforik, H3PO4 pekat ditambahkan perlahan-lahan ke dalam air untuk menghasilkan 5.0 dm3 larutan asid cair. 100 g asid fosforik, H3PO4 tulen terdapat di dalam larutan itu. Hitung kepekatan larutan asid dalam g dm3.

    2. Kuprum(II) sulfat, CuSO4 dilarutkan di dalam air untuk menghasilkan 500 cm3 larutan. Jika larutan itu mengandungi 0.50 mol kuprum(II) sulfat, CuSO4, berapakah kemolarannya?

    3. Cuka mengandungi asid etanoik, CH3COOH. Berapakah kemolaran larutan cuka dengan kepekatan 48 g dm3? [Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]

    4. Hitung kepekatan, dalam g dm3 bagi semua ion yang terdapat di dalam larutan kuprum(II) klorida, CuCl2 1.2 mol dm3. [Jisim atom relatif: Cl = 35.5, Cu = 64]

    5. Hitung bilangan mol ion kalium, K+ dan ion hidroksida, OH yang terdapat di dalam 10.0 cm3 larutan kalium hidroksida, KOH 0.20 mol dm3.

    Penyediaan larutan piawaiAhli kimia menjalankan tindak balas kimia dengan menggunakan bahan tindak balas dalam keadaan larutan akueus. Oleh itu, ahli kimia perlu mengetahui kepekatan larutan yang digunakan dengan tepat. Sesuatu larutan yang kepekatannya diketahui dengan jitu disebut sebagai larutan piawai. Mari kita jalankan Aktiviti 7.8 untuk menyediakan suatu larutan piawai di dalam makmal.

    Aktiviti 7.8, muka surat 96

    Natrium hidroksida, NaOH dan kalium hidroksida, KOH menyerap lembapan dan bertindak balas dengan karbon dioksida, CO2 di dalam udara. Kesannya, kepekatan larutan alkali ini tidak tepat. Oleh sebab itu, suatu larutan alkali piawai yang jitu tidak dapat disediakan dengan menggunakan natrium hidroksida, NaOH atau kalium hidroksida, KOH. Natrium karbonat, Na2CO3 kontang dan tulen biasa digunakan untuk menyediakan larutan alkali piawai. Pepejal asid organik seperti asid oksalik, H2C2O4.2H2O digunakan untuk menyediakan larutan asid piawai.

    Penyediaan larutan melalui kaedah pencairanSuatu larutan dengan kepekatan tertentu dapat disediakan melalui kaedah pencairan. Asid di dalam makmal seperti asid hidroklorik, HCl, asid sulfurik, H2SO4, dan asid nitrik, HNO3 disediakan melalui pencairan asid pekat komersial atau larutan stok dengan kuantiti air suling yang berbeza.

    Larutan piawai

    BAB 7.indd 126BAB 7.indd 126 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 127

    1 Nyatakan semula masalah.

    2 Gunakan formula M1V1 = M2V2.

    7.5

    Penambahan air kepada sesuatu larutan akan mengubah kepekatan larutan tetapi tidak mengubah kuantiti zat terlarut yang ada di dalam larutan itu. Oleh itu,

    bilangan mol zat terlarut = bilangan mol zat terlarutsebelum pencairan selepas pencairan M1V1 = M2 V2

    iaituM1 = kemolaran larutan sebelum air ditambahkanV1 = isi padu larutan sebelum air ditambahkanM2 = kemolaran larutan selepas air ditambahkanV2 = isi padu larutan selepas air ditambahkan

    Hitung isi padu asid sulfurik, H2SO4 2.0 mol dm3 yang diperlukan untuk menyediakan 100 cm3 asid sulfurik, H2SO4 1.0 mol dm3.

    Penyelesaian:

    Sebelum pencairan Selepas pencairan

    M1 V1 M2 V2

    2.0 mol dm3 ? 1.0 mol dm3 100 cm3

    2.0 mol dm3 V1 = 1.0 mol dm3 100 cm3

    1.0 mol dm3 100 cm3 V1 = 2.0 mol dm3

    = 50 cm3

    7.2 Menyelesaikan masalah penghitungan

    Hitung isi padu larutan pekat yang diperlukan untuk menyediakan setiap larutan cair yang berikut: 1. 50 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH 0.1 mol dm3 daripada larutan natrium

    hidroksida, NaOH 2.0 mol dm3. 2. 100 cm3 larutan kalium manganat(VII), KMnO4 0.5 mol dm-3 daripada larutan kalium

    manganat(VII), KMnO4 1.0 mol dm-3. 3. 5.0 dm3 asid nitrik, HNO3 1.0 mol dm3 daripada asid nitrik, HNO3 18.0 mol dm3.

    Langkah-langkah dalam penyediaan larutan melalui kaedah pencairan: Hitung isi padu larutan

    stok yang diperlukan. Isikan isi padu larutan

    stok yang diperlukan ke dalam sebuah kelalang volumetrik.

    Tambah air suling sehingga isi padu yang diperlukan.

    Mari kita jalankan Aktiviti 7.9 untuk menyediakan suatu larutan melalui kaedah pencairan di dalam makmal.

    Aktiviti 7.9, muka surat 97

    Pastikan unit V1 dan V2 adalah sama.ma.m

    BAB 7.indd 127BAB 7.indd 127 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 128

    C

    Nilai pH dan kemolaran asid dan alkaliBagaimanakah nilai pH sesuatu asid atau alkali dikaitkan dengan kemolarannya? Mari kita jalankan Eksperimen 7.3 untuk mencari jawapannya.

    Eksperimen 7.3, muka surat 99

    Apabila kemolaran sesuatu asid bertambah, nilai pH asid itu akan berkurang. Sebaliknya, nilai pH sesuatu alkali bertambah apabila kemolaran alkali itu bertambah.

    1. Hitung kepekatan, dalam g dm3 bagi larutan yang mengandungi 16.2 g hidrogen bromida, HBr dalam 200 cm3 larutan.

    2. Hitung kemolaran larutan yang mengandungi 1.5 mol barium hidroksida, Ba(OH)2 dalam 500 cm3 larutan.

    3. Tukarkan unit 117.6 g dm3 asid fosforik, H3PO4 kepada mol dm3. [Jisim atom relatif: H = 1, O = 16, P = 31] 4. Tukarkan unit 1.3 mol dm3 asid sulfurik, H2SO4 kepada g dm3. [Jisim atom relatif: H = 1, O = 16, S = 32] 5. Hitung isi padu asid sulfurik, H2SO4 2.0 mol dm3 yang diperlukan untuk menyediakan

    2.5 dm3 larutan asid sulfurik, H2SO4 0.5 mol dm3.

    Anda harus dapat: menerangkan maksud

    peneutralan menulis persamaan

    untuk tindak balas peneutralan

    menerangkan penggunaan peneutralan dalam kehidupan harian

    menghuraikan proses pentitratan asid-bes

    menentukan takat akhir proses peneutralan melalui kaedah pentitratan

    menyelesaikan masalah yang melibatkan peneutralan

    D Peneutralan

    Perut kita merembeskan asid hidroklorik, HCl untuk membantu penghadaman makanan. Apabila perut merembeskan asid berlebihan yang menyebabkan kita sakit perut, kesakitan ini dapat dikurangkan dengan mengambil ubat antasid. Ubat ini bersifat bes yang boleh meneutralkan asid yang berlebihan itu.

    Tindak balas antara asid dengan bes disebut sebagai peneutralan. Dalam tindak balas ini, keasidan sesuatu asid dineutralkan oleh alkali. Pada masa yang sama, kealkalian sesuatu alkali dineutralkan oleh asid. Hasil peneutralan ialah garam dan air sahaja. Sebagai contoh, asid hidroklorik, HCl bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida, NaOH untuk membentuk natrium klorida, NaCl dan air.

    HCl(ak) + NaOH(ak) NaCl(ak) + H2O(ce)

    Peneutralan

    BAB 7.indd 128BAB 7.indd 128 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 129

    7.3 Menulis persamaan

    Tulis satu persamaan yang seimbang bagi peneutralan setiap tindak balas yang berikut:(a) Asid nitrik, HNO3 dan larutan kalsium hidroksida, Ca(OH)2 (b) Asid sulfurik, H2SO4 dan larutan barium hidroksida, Ba(OH)2 (c) Asid etanoik, CH3COOH dan larutan kalium hidroksida, KOH (d) Asid fosforik, H3PO4 dan larutan ammonia, NH3

    Jalankan aktiviti yang berikut untuk menulis persamaan yang melibatkan peneutralan.

    Aktiviti KBSB 7.1, muka surat 101

    Peneutralan dalam kehidupan harian kitaPeneutralan digunakan dalam bidang seperti yang berikut:

    Pertanian Tanah yang berasid dirawat dengan serbuk kapur, CaO, batu

    kapur, CaCO3, atau abu kayu terbakar. Tanah yang beralkali dirawat dengan kompos. Gas berasid

    daripada penguraian kompos meneutralkan alkali di dalam tanah.

    Kapur, CaO digunakan untuk mengawal keasidan dalam proses pembiakan ikan.

    Industri Bahan buangan berasid daripada kilang diolah dengan kapur,

    CaO sebelum dibuang. Gas berasid seperti sulfur dioksida, SO2 yang dikeluarkan

    oleh stesen jana kuasa atau kilang dineutralkan oleh kapur, CaO sebelum dibebaskan ke atmosfera.

    Ammonia, NH3 mencegah penggumpalan lateks melalui peneutralan asid yang dihasilkan oleh bakteria di dalam lateks.

    Kesihatan Antasid mengandungi bes seperti aluminium hidroksida,

    Al(OH)3 dan magnesium hidroksida, Mg(OH)2 untuk meneutralkan asid berlebihan di dalam perut.

    Cuka digunakan untuk merawat sengatan penyengat yang bersifat alkali.

    Serbuk penaik digunakan untuk merawat sengatan lebah dan gigitan semut yang bersifat asid.

    Ubat gigi mengandungi bes untuk meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria di dalam mulut kita.

    Jalankan Aktiviti 7.10 untuk menjelajahi aplikasi peneutralan.

    Aktiviti 7.10, muka surat 102

    Gambar foto 7.5 Penggunaan alkali atau gas berasid dalam pertanian

    Gambar foto 7.6 Gas berasid yang dikeluarkan oleh stesen jana kuasa dineutralkan oleh alkali sebelum dibebaskan

    Gambar foto 7.7 Asid berlebihan yang menyebabkan sakit perut dapat dirawat dengan antasid

    BAB 7.indd 129BAB 7.indd 129 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 130

    Larutanalkalidenganpenunjukfenolftalein

    1 Hitung bilangan mol NaOH. n = MV

    3 Tulis persamaan yang seimbang bagi tindak balas. Tentukan nisbah mol NaOH kepada HCl.

    2 Hitung bilangan mol HCl. n = MV

    4 Samakan nisbah mol daripada langkah 3 dengan nisbah mol daripada langkah 1 dan 2. Selesaikan nilai x.

    7.6

    Pentitratan asid-besPentitratan ialah teknik makmal yang menggunakan suatu larutan untuk menganalisis suatu larutan yang lain. Dalam pentitratan asid-bes, suatu asid yang diketahui kepekatannya ditambahkan secara perlahan-lahan daripada buret ke dalam kelalang kon yang mengandungi suatu isi padu alkali yang tertentu untuk peneutralan lengkap berlaku. Penunjuk asid-bes digunakan untuk mengesan tamatnya proses pentitratan apabila penunjuk itu bertukar warna. Takat itu disebut sebagai takat akhir. Mari kita jalankan Aktiviti 7.11 untuk memahami teknik pentitratan yang terlibat dalam pentitratan asid-bes dengan lebih lanjut.

    Aktiviti 7.11, muka surat 103 Aktiviti 7.12, muka surat 105

    Penghitungan melibatkan peneutralanRumus n = MV sangat berguna dalam penyelesaian masalah yang melibatkan peneutralan. Mari kita kaji beberapa contoh.

    Pentitratan

    Seorang pelajar mengisikan 25.0 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH ke dalam sebuah kelalang kon dan mengisi buret dengan asid hidroklorik, HCl 0.10 mol dm3 untuk menjalankan proses pentitratan. Dia memperoleh isi padu purata sebanyak 22.0 cm3 asid hidroklorik, HCl. Berapakah kemolaran larutan natrium hidroksida, NaOH?

    Penyelesaian:Andaikan kemolaran larutan natrium hidroksida, NaOH ialah x mol dm3.Bilangan mol natrium hidroksida, NaOH= x mol dm3 0.0250 dm3

    = 0.0250 x molBilangan mol asid hidroklorik, HCl= 0.10 mol dm3 0.022 dm3

    = 0.0022 mol

    NaOH + HCl NaCl + H2O 1 mol 1 mol

    Bilangan mol NaOH 1 0.0250x = = Bilangan mol HCl 1 0.0022 0.0022 x = 0.0250 = 0.088

    Kemolaran larutan natrium hidroksida, NaOH = 0.088 mol dm3

    Gambar foto 7.8 Pentitratan asid-bes

    BAB 7.indd 130BAB 7.indd 130 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 131

    1 Hitung bilangan mol NH3. n = MV

    1 Hitung bilangan mol HCl. n = MV

    2 Hitung bilangan mol H2SO4. n = MV

    2

    Tulis persamaan yang seimbang bagi tindak balas itu dan tentukan nisbah mol HCl kepada CuO.

    3 Tulis persamaan yang seimbang bagi tindak balas. Tentukan nisbah mol H2SO4 kepada NH3.

    3 Hitung bilangan mol CuO berdasarkan nisbah mol daripada persamaan.

    5 Hitung jisim CuO. Jisim = n jisim molar

    4 Samakan nisbah mol daripada langkah 3 dengan nisbah mol daripada langkah 1 dan 2. Selesaikan nilai x.

    4 Hitung jisim molar CuO.

    7.7

    7.8

    Berapakah isi padu asid sulfurik, H2SO4 0.50 mol dm3 yang diperlukan untuk meneutralkan 25.0 cm3 larutan ammonia, NH3 0.8 mol dm3?

    Penyelesaian:Bilangan mol larutan ammonia, NH3 = 0.8 mol dm3 0.025 dm3

    = 0.02 molAndaikan isi padu asid sulfurik, H2SO4 ialah x dm3.Bilangan mol asid sulfurik, H2SO4= 0.5 mol dm3 x dm3

    = 0.5 x mol2NH3 + H2SO4 (NH4)2SO4 2 mol 1 mol

    Bilangan mol H2SO4 1 0.5x = = Bilangan mol NH3 2 0.02 0.02 x = 2(0.5) = 0.02

    Isi padu asid sulfurik, H2SO4 = 0.02 dm3 = 20 cm3

    Suatu sampel kuprum(II) oksida, CuO didapati meneutralkan 100 cm3 asid hidroklorik, HCl 0.5 mol dm3 dengan lengkap. Hitung jisim sampel itu. [Jisim atom relatif: O = 16, Cu = 64]

    Penyelesaian:Bilangan mol asid hidroklorik, HCl = 0.5 mol dm3 0.1 dm3

    = 0.05 mol

    2HCl + CuO CuCl2 + H2O 2 mol 1 mol

    0.05 Bilangan mol CuO = mol 2 = 0.025 mol

    Jisim molar kuprum(II) oksida, CuO = (64 + 16) g mol1

    = 80 g mol1

    Jisim kuprum(II) oksida, CuO= 0.025 mol 80 g mol1

    = 2.0 g

    BAB 7.indd 131BAB 7.indd 131 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 132

    7.4 Menyelesaikan masalah penghitungan

    1. Isi padu asid sulfurik, H2SO4 0.15 mol dm3 yang diperlukan untuk meneutralkan 25.0 cm3 larutan kalium hidroksida, KOH dengan lengkap ialah 30.5 cm3. Hitung kemolaran larutan kalium hidroksida, KOH.

    2. Berapakah isi padu larutan natrium hidroksida, NaOH 0.50 mol dm3 yang diperlukan untuk meneutralkan (a) 50 cm3 asid nitrik, HNO3 0.10 mol dm3?(b) 100 cm3 asid sulfurik, H2SO4 0.15 mol dm3?

    3. Seorang pelajar melarutkan 3.65 g gas hidrogen klorida, HCl ke dalam air untuk menyediakan 1.0 dm3 larutan asid. Hitung isi padu larutan barium hidroksida, Ba(OH)2 0.10 mol dm-3 yang diperlukan untuk meneutralkan 25.0 cm3 larutan asid dengan lengkap. [Jisim atom relatif: H = 1, Cl = 35.5]

    4. Kapur mati mengandungi kalsium hidroksida, Ca(OH)2. Bahan ini digunakan untuk meneutralkan keasidan tanah. Suatu sampel kapur mati didapati meneutralkan 62.5 cm3 asid nitrik, HNO3 1.6 mol dm3 dengan lengkap. Hitung jisim sampel itu.

    [Jisim atom relatif: H = 1, O = 16, Ca = 40]

    D

    1. (a) Apakah maksud peneutralan?(b) Berikan tiga contoh tindak balas peneutralan dan tulis persamaan bagi setiap tindak

    balas itu.(c) Berikan tiga contoh aplikasi peneutralan dalam kehidupan harian kita.

    2. 200 cm3 asid sulfurik, H2SO4 1.0 mol dm3 dituangkan ke dalam sebuah kelalang volumetrik 250 cm3. Air suling kemudian ditambahkan untuk menyediakan 250 cm3 larutan.(a) Berapakah kemolaran larutan asid cair?(b) Berapakah isi padu larutan natrium hidroksida, NaOH 1.6 mol dm3 yang diperlukan

    untuk meneutralkan 25 cm3 larutan asid cair? 3. 100 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH mengandungi 4.0 g pepejal natrium

    hidroksida, NaOH. 40 cm3 asid fosforik, H3PO4 diperlukan untuk meneutralkan 40 cm3 larutan alkali. (a) Hitung kemolaran larutan natrium hidroksida, NaOH.(b) Hitung kemolaran asid fosforik, H3PO4.

    4. Larutan A: 50 cm3 asid hidroklorik, HCl 1.0 mol dm3 Larutan B: 10 cm3 asid hidroklorik, HCl 2.0 mol dm3

    (a) Hitung bilangan mol asid hidroklorik, HCl di dalam setiap larutan.(b) Larutan A dan B dicampurkan.

    (i) Hitung bilangan mol asid hidroklorik, HCl di dalam larutan campuran.(ii) Berapakah isi padu larutan ammonia, NH3 2.0 mol dm3 yang diperlukan untuk

    meneutralkan asid di dalam larutan campuran?

    BAB 7.indd 132BAB 7.indd 132 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 133

    Asid dan bes

    Asid ialah suatu bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen, H+ atau ion hidroksonium, H3O+.

    Bes ialah suatu bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH . Bes yang larut di dalam air disebut sebagai alkali.

    Air diperlukan untuk asid mengion dan menghasilkan ion hidrogen, H+ yang bertanggungjawab bagi sifat-sifat asid.

    Air membantu bes mengion untuk menghasilkan ion hidroksida, OH yang bertanggungjawab bagi sifat-sifat alkali.

    Sifat-sifat kimia asid: Bertindak balas dengan logam reaktif

    untuk menghasilkan garam dan gas hidrogen, H2

    Bertindak balas dengan bes untuk menghasilkan garam dan air

    Bertindak balas dengan karbonat logam untuk membentuk garam, air, dan karbon dioksida, CO2

    Sifat-sifat kimia alkali: Bertindak balas dengan asid untuk

    menghasilkan garam dan air Bertindak balas dengan ion logam untuk

    memendakkan hidroksida logam Menghasilkan gas ammonia, NH3 apabila

    dipanaskan dengan garam ammonium

    Kekuatan asid dan alkali

    Nilai pH menunjukkan kepekatan ion hidrogen, H+ dan ion hidroksida, OH di dalam sesuatu larutan akueus.

    Asid kuat dan alkali kuat mengion lengkap di dalam air.

    Asid lemah dan alkali lemah mengion separa di dalam air.

    Kepekatan asid dan alkali

    Kepekatan sesuatu larutan ialah kuantiti zat terlarut dalam seunit isi padu larutan.

    Kepekatan jisim zat terlarut (g) = larutan isi padu larutan (dm3)

    Kepekatan larutan disukat dalam unit gram per dm3 (g dm3) dan mol per dm3 (mol dm3).

    Kemolaran larutan ialah bilangan mol zat terlarut di dalam 1 dm3 larutan.

    bilangan mol zat terlarut (mol)Kemolaran = isi padu larutan (dm3)

    Penukaran daripada g dm3 kepada mol dm3.

    kepekatan (g dm3)Kemolaran = jisim molar (g mol1)

    Larutan piawai ialah suatu larutan yang kepekatannya diketahui dengan tepat.

    Larutan piawai dapat disediakan melalui kaedah pencairan dengan rumus

    M1V1 = M2V2 Apabila kemolaran larutan asid bertambah,

    nilai pHnya berkurang. Apabila kemolaran larutan alkali bertambah,

    nilai pHnya bertambah.

    Peneutralan

    Semasa peneutralan, asid bertindak balas dengan bes untuk membentuk garam dan air sahaja.

    Pentitratan asid-bes melibatkan peneutralan dan penggunaan penunjuk asid-bes atau meter pH.

    Takat akhir pentitratan ialah takat apabila tindak balas peneutralan adalah lengkap.

    BAB 7.indd 133BAB 7.indd 133 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 134

    Sifat kimia asid Sifat kimia alkali

    Asid +

    bes

    Asid +

    logam

    Asid +

    karbonat

    Alkali +

    asid

    Alkali +

    garam ammonium

    Alkali +

    ion logam

    Pengionan

    Air

    Lengkap Separa

    (c) (d)

    Pengionan

    Air

    Asid Bes(b)(a)

    (g)

    (h)

    (i) (i) (i) (i) (i) (i)

    Asid dan bes

    (a) Tulis formula kimia bagi ion hidrogen.(b) Tulis formula kimia bagi ion hidroksida.(c) Nyatakan jenis asid yang mengion lengkap di dalam air.(d) Nyatakan jenis asid yang mengion separa di dalam air.(e) Nyatakan jenis alkali yang mengion lengkap di dalam air.(f) Nyatakan jenis alkali yang mengion separa di dalam air.(g) Namakan tindak balas antara asid dengan alkali.(h) Namakan dua bahan yang terbentuk semasa tindak balas pada (g).(i) Nyatakan hasil tindak balas bagi setiap tindak balas kimia.

    Salin peta konsep di bawah. Kemudian, lengkapkan peta ini berdasarkan panduan yang diberi.

    Lengkap Separa

    (e) (f )

    BAB 7.indd 134BAB 7.indd 134 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 135

    Soalan Objektif

    Arahan: Pilih satu cadangan jawapan yang terbaik bagi setiap soalan.

    7

    1. Apakah zarah yang menyebabkan larutan ammonia akueus menunjukkan sifat alkalinya?A H3O+ C NH4+B OH D NH3

    2. Apakah zarah yang tidak terdapat dalam larutan hidrogen klorida akueus?A H3O+ C HCl B OH D H2O

    3. Rajah 1 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk mengkaji kebolehan pelbagai larutan untuk mengalirkan arus elektrik.

    Bikar Larutan X

    Elektrod karbon

    Mentol

    Rajah 1

    Mentol tidak menyala. Larutan X ialahA asid etanoik glasialB asid hidroklorikC natrium hidroksidaD barium hidroksida

    4. Larutan Y bertindak balas dengan asid nitrik cair untuk menghasilkan gas yang tidak berwarna. Gas ini larut di dalam air untuk membentuk larutan dengan nilai pH kurang daripada 7. Bahan Y ialahA natrium klorida B natrium oksida C natrium hidroksidaD natrium karbonat

    5. Suatu larutan piawai disediakan dengan melarutkan 6.30 g asid oksalik, H2C2O4.2H2O di dalam air untuk menghasilkan 250 cm3 larutan. Apakah kemolaran larutan asid? [Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]A 0.05 mol dm3 C 0.10 mol dm3B 0.07 mol dm3 D 0.20 mol dm3

    6. Sengatan tebuan dapat dirawat dengan A serbuk penaik C kapur sodaB batu kapur D cuka

    7. 50 cm3 larutan kalsium hidroksida digunakan untuk meneutralkan 100 cm3 asid nitrik 1.0 mol dm3. Apakah kemolaran larutan kalsium hidroksida?A 0.10 mol dm3 C 1.0 mol dm3 B 0.20 mol dm3 D 2.0 mol dm3

    8. Sebuah kelalang kon mengandungi asid sulfurik 0.1 mol dm3. Berapakah isi padu larutan natrium hidroksida 0.5 mol dm3 yang diperlukan untuk meneutralkan 25 cm3 larutan asid itu?A 10 cm3 C 25 cm3B 15 cm3 D 50 cm3

    9. 100 cm3 asid sulfurik 1.5 mol dm3 dapat bertindak balas lengkap denganI 100 cm3 larutan KOH 1.5 mol dm3 II 100 cm3 larutan Ba(OH)2 1.5 mol dm3 III 12 g CuOIV 15.9 g Na2CO3

    [Jisim atom relatif: C = 12, O = 16, Na = 23, Cu = 64]A I dan II C I, II dan IIIB III dan IV D II, III dan IV

    BAB 7.indd 135BAB 7.indd 135 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

  • 136

    Soalan Subjektif

    Arahan: Jawab semua soalan yang berikut secara ringkas dan tepat.

    1. Asid benzoik ialah suatu bahan tambah makanan yang digunakan untuk mengawet makanan. Pada suhu dan tekanan bilik, asid benzoik ialah suatu hablur putih. Rajah 1 menunjukkan beberapa ujian yang dijalankan terhadap pepejal asid benzoik.

    Tiada perubahan yang nyata

    Pembuakan Gas X

    Serbuk penaik (NaHC

    O3)

    Serbuk batu kapur + air

    Pembuakan Gas Y

    Magnesium Tiada perubahan yang nyata

    Serbuk putih asid benzoik

    Magnesium + air

    Rajah 1

    (a) Namakan bahan kimia dalam serbuk batu kapur.(b) Apakah keadaan yang diperlukan untuk asid benzoik bertindak balas dengan serbuk

    batu kapur dan magnesium?(c) Apakah peranan air dalam Rajah 1 di atas?(d) Namakan gas X dan Y.(e) Dapatkah asid benzoik larut dalam larutan natrium hidroksida? Terangkan jawapan

    anda.

    Soalan Esei

    Arahan: Jawab semua soalan yang berikut secara jelas dan logik.

    1. (a) Terangkan istilah alkali kuat dan alkali lemah dengan menggunakan larutan natrium hidroksida dan larutan ammonia sebagai contoh.

    (b) Satu ujian litmus dijalankan terhadap natrium hidroksida. Terangkan pemerhatian yang berikut:

    Pepejal natrium hidroksida tidak menukarkan warna kertas litmus merah. Larutan natrium hidroksida menukarkan warna kertas litmus merah kepada biru.

    (c) (i) Apakah yang anda faham tentang istilah takat akhir dalam pentitratan asid-bes?

    (ii) Anda dibekalkan bahan yang berikut:

    Larutan natrium hidroksida kira-kira 0.1 mol dm3 Larutan piawai asid nitrik 0.1 mol dm3 Sebotol fenolftalein

    Huraikan satu eksperimen yang akan anda jalankan untuk menentukan dan menghitung kepekatan larutan natrium hidroksida dengan menggunakan kaedah pentitratan.

    2. (a) Nyatakan tiga sifat kimia bagi sesuatu larutan asid.(b) Sebuah botol reagen yang mengandungi suatu cecair tidak berwarna adalah tidak

    berlabel. Kertas litmus tidak diberikan. Huraikan tiga ujian kimia yang akan anda jalankan di dalam makmal untuk menunjukkan bahawa cecair dalam botol itu ialah suatu larutan asid.

    BAB 7.indd 136BAB 7.indd 136 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

    /ColorImageDict > /JPEG2000ColorACSImageDict > /JPEG2000ColorImageDict > /AntiAliasGrayImages false /CropGrayImages true /GrayImageMinResolution 300 /GrayImageMinResolutionPolicy /OK /DownsampleGrayImages true /GrayImageDownsampleType /Bicubic /GrayImageResolution 300 /GrayImageDepth -1 /GrayImageMinDownsampleDepth 2 /GrayImageDownsampleThreshold 1.50000 /EncodeGrayImages true /GrayImageFilter /DCTEncode /AutoFilterGrayImages true /GrayImageAutoFilterStrategy /JPEG /GrayACSImageDict > /GrayImageDict > /JPEG2000GrayACSImageDict > /JPEG2000GrayImageDict > /AntiAliasMonoImages false /CropMonoImages true /MonoImageMinResolution 1200 /MonoImageMinResolutionPolicy /OK /DownsampleMonoImages true /MonoImageDownsampleType /Bicubic /MonoImageResolution 1200 /MonoImageDepth -1 /MonoImageDownsampleThreshold 1.50000 /EncodeMonoImages true /MonoImageFilter /CCITTFaxEncode /MonoImageDict > /AllowPSXObjects false /CheckCompliance [ /None ] /PDFX1aCheck false /PDFX3Check false /PDFXCompliantPDFOnly false /PDFXNoTrimBoxError true /PDFXTrimBoxToMediaBoxOffset [ 0.00000 0.00000 0.00000 0.00000 ] /PDFXSetBleedBoxToMediaBox true /PDFXBleedBoxToTrimBoxOffset [ 0.00000 0.00000 0.00000 0.00000 ] /PDFXOutputIntentProfile () /PDFXOutputConditionIdentifier () /PDFXOutputCondition () /PDFXRegistryName () /PDFXTrapped /False

    /CreateJDFFile false /Description > /Namespace [ (Adobe) (Common) (1.0) ] /OtherNamespaces [ > /FormElements false /GenerateStructure false /IncludeBookmarks false /IncludeHyperlinks false /IncludeInteractive false /IncludeLayers false /IncludeProfiles false /MultimediaHandling /UseObjectSettings /Namespace [ (Adobe) (CreativeSuite) (2.0) ] /PDFXOutputIntentProfileSelector /DocumentCMYK /PreserveEditing true /UntaggedCMYKHandling /LeaveUntagged /UntaggedRGBHandling /UseDocumentProfile /UseDocumentBleed false >> ]>> setdistillerparams> setpagedevice