64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston

8
SPEKTRUM GAYA PENGAJARAN MOSSTON & ASHWORTH (1997)

Upload: najiha-bakar

Post on 20-Jun-2015

2.808 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston

SPEKTRUM GAYA PENGAJARAN

MOSSTON & ASHWORTH (1997)

Page 2: 64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston

PENGENALAN

Malaysia sedang menuju ke arah Wawasan 2020 yang bertujuan untuk menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara industri. Oleh itu, pendidikan dilihat sebagai faktor

utama penyumbang kepada pembangunan negara dan pendorong kemaraan sejagat

ke arah membaiki hidup manusia. Untuk mencapai matlamat ini, negara kita

memerlukan sumber manusia yang berkualiti dari segi pendidikan dan latihan. Olivia

(1988) mendefinisikan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi yang

menunjukkan dengan jelas seseorang individu sebagai seorang tenaga pengajar

yang unik. Grasha (1996) pula menghuraikan gaya pengajaran sebagai orientasi dan

strategi yang digunakan oleh sesuatu institusi.

Secara umumnya, gaya pengajaran adalah pendekatan yang diambil oleh

guru untuk mengajar pelajar-pelajarnya dan biasanya menggambarkan pegangannya

mengenai pengajaran. Dengan mengetahui pendekatan pengajaran, guru

mempunyai peluang memilih pendekatan yang sesuai dengan pelajar mereka.

Menurut Ee (1987), pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai akan membawa

kepada pengajaran yang berkesan serta pembelajaran yang bermakna dan

menyeronokkan.

Pada masa kini, terdapat banyak model gaya pengajaran yang boleh dijadikan

panduan kepada guru untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

mereka. Oleh yang demikian, gaya pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar

haruslah dipilih supaya kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan oleh

seseorang guru adalah efisien. Salah satu gaya pembelajaran yang biasa digunakan

secara meluas dalam pendidikan adalah spektrum model pengajaran Mosston dan

Ashworth (1997).

Page 3: 64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston

11 SPEKTRUM GAYA PENGAJARAN MOSSTON & ASHWORTH (1986)

Mosston & Ashworth (1986) telah membahagikan gaya pengajaran kepada tiga

kategori yang perlu digunanakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum

pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Gaya sebelum pengajaran

meliputi keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran seperti persediaan dan

pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian. Gaya semasa pengajaran

merangkumi keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan manakala gaya

selepas pengajaran adalahg seperti penilaian dan maklumbalas daripada pelajar.

Spektrum gaya pengajaran Mosston dan Ashworth mempunyai unsur

berpusatkan murid (student-centered) dan berpusatkan guru (teacher-centered ).

Spektrum ini merupakan kerangka konsep yang sering digunakan dalam

penyelidikan bidang kejurulatihan sukan dan Pendidikan Jasmani. Spektrum ini

mempunyai 11 stail pengajaran yang boleh digunakan dan dimanipulasikan

kesesuaiannya bagi mencapai objektif latihan yang diingini.

Mengikut Mosston and Ashworth, spektrum stail pengajaran A, B, C, D dan E

mewakili keputusan pengajaran ditentukan oleh guru dan gaya ini merupakan gaya

yang memperkayakan pengetahuan yang lalu manakala gaya F, G, H, I, J dan K

menggalakkan pertumbuhan pengetahuan yang baru.

GAYA A : GAYA ARAHAN

Gaya arahan adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan

pelajar menghasilkan pergerakan yang tepat dengan panduan yang diberikan. Dalam

stail ini, guru berperanan membuat kesemua keputusan manakala pelajar

dikehendaki menuruti semua keputusan yang dibuat. Perhubungan langsung dan

rapat antara guru dan pelajar perlu berterusan dalam setiap pergerakan demi

mencapai sesuatu objektif yang dirancang.

Gaya ini sesuai digunakan pada peringkat awal pembelajaran sesuatu

pergerakan terutama dalam situasi yang amat menitikberatkan aspek keselamatan.

Contohnya pada peringkat awal pengajaran kemahiran berenang. Stail ini juga

sesuai digunakan ketika masa penyampaian pengajaran adalah terhad dan

memerlukan iklim bilik darjah yang berdisiplin.

Page 4: 64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston

GAYA B : GAYA LATIHAN

Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaran

arahan dimana semua keputusan adalah di bawah tanggungjawab guru. Dalam

P&P guru memberi tunjuk ajar dan pelajar berpeluang melakukan latihan secara

ansur maju dan berperingkat. Guru memberi penerangan aktiviti atau melakukan

demonstrasi. Guru menentukan setiap apa yang ingin diajar. Guru melakukan

pemerhatian terhadap pelajar semasa P&P dan memberi maklumbalas, tunjuk ajar

dan soal jawab. Pelajar melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru.

Gaya ini sesuai untuk masa P&P yang terhad dan pembelajaran peringkat

awal. Jadi, pelajar mempunyai lebih masa untuk melakukan latihan. Sebagai contoh,

guru membuat aktiviti pembentukan kemahiran motor dalam permainan hoki dengan

menyuruh pelajar melakukan kemahiran menggelecek menggunakan skitel.

GAYA C : GAYA TIMBAL BALIK

Dalam gaya ini, guru menentukan apa yang akan dipelajari dan menentukan kriteria

pembelajaran. Guru hendaklah memberi penerangan sebelum aktiviti bermula.

Selain itu, guru perlulah menyediakan senarai semak atau lampiran seperti gambar

dan sebagainya. Guru boleh menguji kefahaman pelajar melalui demonstrasi

perlakuan.

Aktiviti dalam gaya ini dilakukan secara berpasangan. Pelajar bertanggungjawab

untuk menilai satu sama lain. Seorang pelajar melakukan aktiviti dan seorang lagi

memerhati serta memberi maklum balas.

GAYA D : GAYA SEMAK KENDIRI

Dalam gaya ini, guru perlu menentukan apa yang akan dipelajari dan kriteria

pembelajaran. Guru mesti memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti.

Semakan kendiri. Gaya ini hanya sesuai untuk perlakuan yang senang bagi

membolehkan murid mudah untuk menilai kelemahan atau kesilapan mereka. Pelajar

bertanggungjawab atas pembelajaran. Gaya ini kurang sesuai digunakan kerana

telah menghadkan perhubungan antara pelajar dengan guru dan antara pelajar

dengan pelajar.

Page 5: 64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston

GAYA E : GAYA INKLUSIF/PENINGKATAN

Pada permulaan sesi, guru adalah bertanggungjawab untuk memperkenalkan

konsep serta demonstrasi pembelajaran dengan cara inklusi supaya pelajar jelas

tentang tugas dan peranan yang mereka perlu lakukan. Pelajar akan mengendalikan

sepenuhnya sesi pembelajaran secara individu dengan bantuan lembaran aktiviti

tugasan, menetapkan lokasi, dan mencari tahap permulaan yang sesuai. Namun

begitu peranan guru tidak lebih daripada sebagai pemerhati dan pembimbing

semasa berjalannya P&P.

Gaya ini memberi peluang kepada semua pelajar berasa kejayaan. Pelajar

diberi pilihan untuk melakukan aktiviti mengikut kemampuan. Sebagai contoh,

semasa aktiviti lompat tinggi, pelajar bebas memilih untuk melakukan lompatan pada

ketinggian yang mereka suka. Contoh lain seperti pelajar melakukan tekan tubi

mengikut bilangan yang mereka tetapkan sendiri. Pada akhir pengajaran, pelajar

akan cuba menjalankan penilaian kendiri berdasarkan tugas yang telah dijalankan.

GAYA F : GAYA PENEMUAN TERBIMBING

Dalam gaya ini, guru perlu merancang pelajaran dan menetapkan tugasan dan

menyediakan beberapa soalan yang bertututan dan menjurus kepada satu jawapan.

Guru mestilah memberi masa yang sesuai untuk pelajar berfikir dan bertindak. Guru

boleh mengubah soalan jika pelajar tidak dapat mencari jawapan. Dalam gaya ini,

pelajar perlu memberi kerjasama melakukan tugasan berdasarkan soalan-soalan

yang disediakan guru dan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan jawapan.

Page 6: 64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston

GAYA G : GAYA PENGAJARAN BERPUSAT

Peranan guru hanya lebih dominan dalam fasa pengajaran dan pembelajaran pra

impak dan pasca impak sahaja. Guru hanya bertindak memberikan sesuatu masalah

kepada pelajar atau kumpulan pelajar iaitu dalam fasa pra impak. Pelajar melakukan

aktiviti sendiri atau secara berkumpulan tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.

Pelajar bebas menggunakaan kaedah dan pendekatan yang difikirkan sesuai dalam

proses menyelesaikan masalah. Peruntukan masa bagi setiap pelajar atau kumpulan

untuk melakukan aktiviti perlulah mencukupi bagi menyelesaikan masalah yang

diberikan. Guru hanya bertindak sebagai pemudah caradalam aktiviti yang dipilih

oleh pelajar . Gaya ini boleh dilakukan dan dilaksanakan secaraindividu,

berpasangan atau secara berkumpulan.

Kebaikan gaya ini adalah pelajar dapat membina pelbagai perlakuan yang

sesuai dengan keupayaan diri mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang

diberikan. Lakuan serta kemahiran yang dibina melalui keupayaan diri sendiri akan

membentuk pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar. Selain itu, pelajar lebih

yakin dan seronok melakukan aktiviti pembelajaran tanpa terlalu terkongkongdengan

arahan atau idea dari guru.

GAYA H : GAYA PENEMUAN BERCAPAH

Guru menetapkan tugasan yang mempunyaibanyak jawapan. Kemudian, guru

mendorong pelajar untuk menilai setiap jawaapan yang diberi dan membuat

perbandingan. Perbandingan ini adalah satu cara pelajar menilai keberkesanan

jawapan yang diberikannya.

GAYA I : GAYA PEMBELAJARAN INDIVIDU

Gaya ini sangat kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang untuk

memahami tugasan dan murid perlu berfikir secara logik dan sistematik. Murid akan

menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikannya mengikut kebolehan sendiri.

Dalam kes ini, guru hanya bertindak sebagai pembimbing.

Page 7: 64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston

GAYA J : GAYA PEMBELAJARAN TERDORONG

Guru bertindak sebagai pemantau manakala murid perlu merancang sendiri aktiviti

pembelajaran. Murid juga bebas memilih gaya pembelajaran kendiri bagi

menyelesaikan tugasan. Ini memberi peluang kepada murid untuk menggantikan

tugas guru mengawal kelas dan merancang program.

GAYA K : GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI

Tugasan, aktiviti dan objektif pembelajaran ditentukan oleh murid dan guru bertindak

sebagai pemantau sahaja. Murid menyelesaikan sendiri aktiviti yang dirancang

tersebut bagi mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Sebagai contoh,

murid memilih kemahiran menendang bola sepak dengan menggunakan pelbagai

teknik. Jadi, murid menetapkan sendiri objektif yang ingin dicapainya dalam

menaplikasikan teknik menendang bola sepak dalam pelbagai teknik. Contohnya,

murid ingin melakukan 4 tenik tendangan bola sepak dengan betul.

KESIMPULAN

Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawab

dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuan

dan kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagai

kaedah pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Mosston, guru akan dapat

mewujudkan suasana kerja yang optimum dan mengekalkan disiplin serta

menetapkan satu tahap pencapaian yang tinggi. Melalui kaedah ini juga, guru

dapat memudahkan pemikiran pelajar dan akan berjaya mencapai pelbagai

objektif pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani.