document5

3
5.2 Perancangan Cara Pengumpulan Data Pengumpulan data merupakan suatu perkara penting yang harus dilakukan untuk memastikan dapatan dan hasil kajian adalah tepat. Dalam memastikan keberkesanan kajian ini, data perlu dikumpul bagi menyokong kajian ini. Oleh itu, saya memilih untuk mengumpul data melalui tiga cara iaitu temubual bersama murid, soal selidik, dan rakaman video. Temu Bual Temu bual yang dijalankan adalah pada selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan (Lampiran 6). Temubual dibuat terhadap guru pembimbing Guru pembimbing diminta untuk berada di belakang kelas dan memerhatikan kaedah dan cara saya mengajar. Beberapa soalan yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran disediakan. Temubual dijalankan dengan cara ianya akan direkod dengan pita rakaman. Saya akan merakamkan perbualan dengan guru pembimbing. Butir- butir dari temubual kemudiaannya ditranskripsikan ke dalam bentuk penulisan. Akhir sekali saya akan membuat refleksi berdasarkan hasil temu bual yang telah dijalankan. Tujuan temubual dilakukan adalah untuk mengenalpasti perasaan dan persepsi guru terhadap kajian tindakan yang telah dijalankan. Soal Selidik Soal selidik dijalankan selepas pengajaran guru selesai di mana semua murid di dalam kelas berkenaan terlibat. Soal selidik akan diedarkan kepada murid-murid bagi memperoleh maklumat tentang persepsi mereka terhadap pelaksanaan kaedah didik hibur ketika pengajaran dan pembelajaran. dan penglibatan mereka dalam aktiviti menggunakan kit tersebut. Mereka akan diberikan soalan (Lampiran 7) yang mengandungi item-item berkenaan pengajaran guru dengan menggunakan kit Sains yang dibina dan beberapa item yang berkaitan dengan kit Sains serta persepsi murid akan disediakan. Item soal selidik ini dibina sendiri melalui pemerhatian dan dapatan awal kajian yang telah dijalankan sebelum ini. Tujuan soal selidik dijalankan

Upload: pelangi-subuh

Post on 30-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Page 1: Document5

5.2 Perancangan Cara Pengumpulan Data

Pengumpulan data merupakan suatu perkara penting yang harus dilakukan

untuk memastikan dapatan dan hasil kajian adalah tepat. Dalam memastikan

keberkesanan kajian ini, data perlu dikumpul bagi menyokong kajian ini. Oleh itu, saya

memilih untuk mengumpul data melalui tiga cara iaitu temubual bersama murid, soal

selidik, dan rakaman video.

Temu Bual

Temu bual yang dijalankan adalah pada selepas proses pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan (Lampiran 6). Temubual dibuat terhadap guru pembimbing

Guru pembimbing diminta untuk berada di belakang kelas dan memerhatikan kaedah

dan cara saya mengajar. Beberapa soalan yang berkaitan dengan proses pengajaran

dan pembelajaran disediakan. Temubual dijalankan dengan cara ianya akan direkod

dengan pita rakaman.

Saya akan merakamkan perbualan dengan guru pembimbing. Butir-butir dari

temubual kemudiaannya ditranskripsikan ke dalam bentuk penulisan. Akhir sekali saya

akan membuat refleksi berdasarkan hasil temu bual yang telah dijalankan. Tujuan

temubual dilakukan adalah untuk mengenalpasti perasaan dan persepsi guru terhadap

kajian tindakan yang telah dijalankan.

Soal Selidik

Soal selidik dijalankan selepas pengajaran guru selesai di mana semua murid di

dalam kelas berkenaan terlibat. Soal selidik akan diedarkan kepada murid-murid bagi

memperoleh maklumat tentang persepsi mereka terhadap pelaksanaan kaedah didik

hibur ketika pengajaran dan pembelajaran. dan penglibatan mereka dalam aktiviti

menggunakan kit tersebut. Mereka akan diberikan soalan (Lampiran 7) yang

mengandungi item-item berkenaan pengajaran guru dengan menggunakan kit Sains

yang dibina dan beberapa item yang berkaitan dengan kit Sains serta persepsi murid

akan disediakan.

Page 2: Document5

Item soal selidik ini dibina sendiri melalui pemerhatian dan dapatan awal kajian

yang telah dijalankan sebelum ini. Tujuan soal selidik dijalankan adalah untuk

mendapatkan gambaran berkenaan penyampaian dan penerangan guru mengenai

topik buruj selepas menggunakan kit Sains disamping mengenal pasti masalah murid

berkenaan kit tersebut. Selain itu, ia bertujuan untuk mengetahui persepsi dan

pendapat mereka terhadap penggunaan kit Sains tersebut.

Hasil Kerja Murid

Hasil kerja murid dalam bentuk lembaran kerja akan digunakan untuk

mengetahui sejauh mana kefahaman murid mengenai topik yang diajari. Penguasaan

murid dalam mempelajari sesuatu konsep akan diketahui dengan menganalisis hasil

kerja mereka (Lampiran 8). Hasil kerja murid akan dianalisis melalui soalan yang

dijawab. Soalan yang diberikan adalah soalan berstruktur dan berfokus kepada topik

buruj. Lembaran kerja ini diedarkan kepada murid untuk melihat tahap kefahaman

mereka. Kaedah ini dipilih kerana untuk mengetahui kefahaman murid terhadap topik

buruj yang diajar menggunakan kit Sains yang dibina serta mengesan tahap

penguasaan murid terhadap isi topik buruj.

Nota Lapangan

Manakala instrumen terakhir yang digunakan bagi mengumpul data berkenaan

kajian ini adalah melalui nota lapangan. Nota lapangan ini merupakan penulisan guru

hasil daripada apa didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui oleh guru berkenaan

sewaktu mengumpul serta membuat refleksi berkenaan data yang diperolehi (Lampiran

9). Jadi guru akan sentiasa peka dengan apa yang berlaku dan memberi fokus utama

terhadap kesan penggunaan kit Sains sewaktu pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan. Di akhir pengajaran guru akan membuat refleksi berpandukan nota

lapangan yang telah disediakan olehnya sendiri. Dari nota lapangan tersebut guru

dapat mengesan samada pengajarannya menggunakan kit Sains yang dibina berkesan

atau tidak.

Catatan nota lapangan dianalisis dengan memperihalkan semula apa yang telah

diperhatikan. Kaedah ini dipilih kerana saya dapat merekod dan mengimbas semula

Page 3: Document5

setiap peristiwa dan permasalahan yang timbul semasa pelaksanaan pengajaran

menggunakan kit Sains ini. Selain itu, ia dapat memberikan data yang lebih jelas

berkenaan penggunaan kaedah ini dan saya dapat mengenalpasti masalah dan tingkah

laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.