document5

9
TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU BAB 2 : LATAR BELAKANG JABATAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD TAWAU 2.1 Pengenalan Organisasi 2.1.1 Latar belakang TM Sebelum ini Telekom Malaysia Berhad (TMB) dikenali sebagai Jabatan Telekom Malaysia (JTM). Pada 12 Oktober 1984 JTM diperbadankan menjadi Telekom Malaysia Berhad. Pada 7 November 1990 TMB memasuki papan utama dalam pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Pada 14 April 2005, satu lagi peristiwa bersejarah yang berlaku di dalam syarikat gergasi Malaysia ini di mana penjenamaan semula telah dilancarkan. Kini TMB dikenali dengan nama TM. Penjenamaan semula TM ini melibatkan pentadbiran, pembangunan, pengurusan dan penyediaan perkhimatan telekomunikasi pada keseluruhannya. Ini membolehkan semua anggota TM bertindak dengan lebih inovatif (membantu) agar orang ramai bebas meneroka segala kemungkinan untuk hidup yang lebih sempurna menerusi telekomunikasi. 4

Upload: zul-hairey

Post on 13-Jun-2015

368 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Document5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

BAB 2 : LATAR BELAKANG JABATAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD

TAWAU

2.1 Pengenalan Organisasi

2.1.1 Latar belakang TM

Sebelum ini Telekom Malaysia Berhad (TMB) dikenali sebagai Jabatan

Telekom Malaysia (JTM). Pada 12 Oktober 1984 JTM diperbadankan menjadi

Telekom Malaysia Berhad. Pada 7 November 1990 TMB memasuki papan utama

dalam pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Pada 14 April 2005, satu lagi peristiwa bersejarah yang berlaku di dalam

syarikat gergasi Malaysia ini di mana penjenamaan semula telah dilancarkan. Kini

TMB dikenali dengan nama TM. Penjenamaan semula TM ini melibatkan

pentadbiran, pembangunan, pengurusan dan penyediaan perkhimatan telekomunikasi

pada keseluruhannya. Ini membolehkan semua anggota TM bertindak dengan lebih

inovatif (membantu) agar orang ramai bebas meneroka segala kemungkinan untuk

hidup yang lebih sempurna menerusi telekomunikasi.

Aktiviti utama TM ialah membangunkan, mengurus dan menyediakan

perkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan berkaitan di bawah lesen yang

4

Page 2: Document5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

diberikan oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi, Multimedia yang dahulunya

dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Pos.

Sehingga 31 Januari 2002, saham utama TM bernilai RM 5,000,000,0001

dibahagikan kepada 500 juta saham bernilai RM1.00 setiap satu.

Selain membangunkan infrastruktur telekomunikasi di negara kita, TM juga

menjalinkan usahasama dengan syarikat telekomunikasi luar negara untuk

membangunkan infrastruktur telekomunikasi di negara berkenaan. Antara negara

tersebut ialah Afrika Selatan dan Ghana.

2.2 Latar Belakang Penubuhan

2.2.1 Sejarah Telekomunikasi

Sejarah Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 telah menjadi titik tolak

kepada pembangunan pesat hingga ke hari ini. Antara pembangunan yang sangat

dirasai adalah dalam sistem perhubungan atau telekomunikasi di negara ini. Telekom

Malaysia merupakan sebuah syarikat gergasi yang berjaya dalam industri

telekomunikasi di Negara ini. Telekom Malaysia masih merupakan penguasa utama

perkhidmatan yang tetap di Malaysia. Pendapatan Telekom Malaysia adalah

bergantung penuh dalam perkhidmatan tradisional iaitu talian tetap. Sementara

telefon selular hanya menyumbang sebanyak 20% sahaja.

Di awal penubuhan, Telekom Malaysia merupakan sebuah badan kerajaan

yang mengawal telekomunikasi negara. Telekom Malaysia telah diswastakan

sepenuhnya pada awal tahun 1990. Oleh itu, perjalanan syarikat masih di kawal

sepenuhnya oleh kerajaan. Telekom Malaysia telah membuka banyak cawangan dan

ibusawat dalam setiap negeri di Malaysia.

5

Page 3: Document5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

Berikut adalah sejarah awal penubuhan Telekom Malaysia mengikut turutan

tahun.

TAHUN PERKARA

1874 Talian pertama yang menghubungkan Pejabat Residen di

Kuala Kangsar dengan Pejabat Penolong Residen di Taiping.

1882 Talian melalui dasar laut yang menghubungkan Seberang

Perai dengan Pulau Pinang.

1891 Ibusawat pertama di bina di Kuala Lumpur.

1900 Perkhidmatan Telefon MAGNETO yang pertama dilancarkan

di Sabah.

1962 Kemudahan Sambungan Terus Dail (STD) di antara Kuala

Lumpur dengan Singapura.

1964 Pemasangan kabel dasar laut SEACOM antara Singapura

dengan Kota Kinabalu.

1970 Stesen satelit bumi negara yang pertama dibina di Beserah,

Kuantan, Pahang.

1979 Kemudahan Antarabangsa Terus Dail (ATD) diperkenalkan.

1980 Ibusawat elektronik pertama dilancarkan

1981 Stesen satelit bumi negara yang kedua di Lendu dilancarkan.

1983 Perkhidmatan datel dan telefaks diperkenalkan.

1984 Perkhidmatan Atur diperkenalkan di Malaysia.

1987 CASS (Customer Automatics Servis System) diperkenalkan.

1988 Perkhidmatan Business (IBS) diperkenalkan di Kuala

Lumpur dan Pulau Pinang. Telekom Malaysia memberi

tumpuan kepada perlaksanaan stesen satelit 2A di Kuantan

yang mempunyai rekabentuk dan teknologi termoden.

1989 TELEMAIL iaitu perkhidmatan pesanan pos elektronik

berasakan komputer dilancarkan dengan perkhidmatan pos

elektronik dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

1990 Perkhidmatan Toll-Free Antarabangsa diperkenalkan diikuti

dengan Kadfon tanpa bayaran.

6

Page 4: Document5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

TAHUN PERKARA

1998 ISDN (Integrated Service Digital Network) yang

membolehkan pelanggan melihat pemanggil yang juga

menggunakan ISDN

1999 TM-CLIP yang membolehkan pelanggan mengetahui nombor

telefon pemanggil yang membuat panggilan

2005 Penjenamaan semula Telekom Malaysia Berhad kepada TM

telah

dilancarkan pada 14th April 2005 di Menara Rebung, Kuala

Lumpur oleh Perdana Menteri Malaysia

2.3 Visi

“Menjadi syarikat telekomunikasi bertaraf dunia dengan penumpuan ke arah

menyampaikan nilai terunggul kepada pelanggan”.

2.4 Misi

Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan dan kepuasan penuh

kepada pelanggan.

Misi ini dicapai dengan menyediakan pekerja-pekerja dan servis-servis

dengan kualiti tertinggi yang mencapai tahap yang diperlukan oleh

negara, syarikat, dan pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam

syarikat.

7

Page 5: Document5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

2.5 Nilai-nilai Kristal

TM menggariskan nilai-nilai kristal untuk diterapkan pada setiap anggotanya

dan menjadi landasan yang tepat. Nilai-nilai kristal ini adalah :

- Komitmen menyeluruh terhadap pelanggan.

Proaktif / Sensitif / Responsif

- Kewibawaan tanpa kompromi.

Jujur / Boleh dipercayai / Keikhlasan / Dedikasi / Adil

- Hormat dan Prihatin

Semangat berpasukan / Berkerjasama / Saling menghormati /

Bersopan santun / Kesefahaman / Berfikiran terbuka

2.6 Logo Syarikat Telekom Malaysia Berhad

Gambarajah 2.6.1 Logo baru syarikat

Gambarajah 2.6.2 Logo lama syarikat

8