5.5.1rumusan ar

4
5.1.5 Refleksi Berdasarkan analisis data pemerhatian, analisis data temu bual dan analisis data nota lapangan, saya dapat membuat kesimpulan bahawa strategi penyelesaian masalah dengan menggunakan gambar rajah Tu Ikan dapat meningkatkan penguasaan dan kefahaman 4 orang pelajar saya dalam menyelesaikan masalah melibatkan kemahiran mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti. Ia juga secara tidak langsung dapat memperbaiki amalan pengajaran saya. Hasil dapatan daripada pemerhatian menunjukkan berlakunya perubahan tingkah laku dalam kalangan keempat-empat pelajar. Ini dapat dibuktikan daripada analisis borang pemerhatian semasa intervensi, pelajar-pelajar ini tidak lagi bersikap mendiamkan diri dan menunjukkan reaksi bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Mereka sebaliknya mula memberi perhatian dan maklum balas semasa intervensi dijalankan. Perubahan ini telah menunjukkan bahawa mereka memahami strategi penggunaan gambar rajah yang diperkenalkan 1

Upload: hafiy-iman

Post on 27-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

AR

TRANSCRIPT

5.1.5Refleksi

Berdasarkan analisis data pemerhatian, analisis data temu bual dan analisis data nota lapangan, saya dapat membuat kesimpulan bahawa strategi penyelesaian masalah dengan menggunakan gambar rajah Tu Ikan dapat meningkatkan penguasaan dan kefahaman 4 orang pelajar saya dalam menyelesaikan masalah melibatkan kemahiran mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti. Ia juga secara tidak langsung dapat memperbaiki amalan pengajaran saya.

Hasil dapatan daripada pemerhatian menunjukkan berlakunya perubahan tingkah laku dalam kalangan keempat-empat pelajar. Ini dapat dibuktikan daripada analisis borang pemerhatian semasa intervensi, pelajar-pelajar ini tidak lagi bersikap mendiamkan diri dan menunjukkan reaksi bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Mereka sebaliknya mula memberi perhatian dan maklum balas semasa intervensi dijalankan. Perubahan ini telah menunjukkan bahawa mereka memahami strategi penggunaan gambar rajah yang diperkenalkan dan kemahiran mereka menjawab soalan penyelesaian masalah juga semakin meningkat.

Hasil dapatan berdasarkan sesi temu bual juga telah mengubah tingkah laku dan tanggapan keempat-empat pelajar tentang matematik dan kemahiran penyelesaian masalah terutamanya melibatkan tajuk Pecahan. Penggunaan strategi gambar rajah Tu Ikan untuk menyelesaikan masalah mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti telah dapat menarik minat mereka untuk mempelajari matematik. Keempat-empat pelajar berpendapat bahawa penggunaan gambar rajah Tu Ikan memudahkan mereka memahami cara menyelesaikan masalah melibatkan mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti. Mereka juga berasa gembira kerana dapat menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang diberi dengan lebih tepat. Selain itu, strategi penyelesaian masalah menggunakan gambar rajah Tu Ikan telah memberi kesedaran kepada saya akan kepentingan menggunakan pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kerana aras kefahaman pelajar adalah berbeza. Secara keseluruhannya, dapatan daripada sesi temu bual yang telah dijalankan menunjukkan bahawa 4 orang pelajar ini dapat menerima strategi penyelesaian masalah melibatkan kemahiran mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti dengan menggunakan gambar rajah Tu Ikan.

Selepas kajian ini dijalankan, saya telah mendapati bahawa 4 orang pelajar saya ini memang mengaplikasikan gambar rajah Tu Ikan semasa menyelesaikan masalah mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti. Mereka telah menggunakan gambar rajah ini semasa menjawab soalan Ujian Pra Pengesanan UPSR bagi mata pelajaran Matematik pada 7 April 2015 yang lalu. Semasa saya menyemak kertas jawapan ujian tersebut, saya berasa sangat gembira kerana mereka telah berjaya menjawab soalan penyelesaian masalah melibatkan mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti dengan menggunakan gambar rajah Tu Ikan dengan betul. Rajah 8 menunjukkan jawapan bagi soalan ujian yang dijawab oleh pelajar saya.

Rajah 8 : Jawapan Pelajar dalam Ujian Pra Pengesanan UPSR

Sebagai kesimpulan, saya dapat merumuskan bahawa penyelidikan tindakan ini berjaya mencapai objektif. Saya rasa bersyukur kerana penggunaan gambar rajah Tu Ikan telah dapat memperbaiki amalan pengajaran saya. Ia juga telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan pelajar saya dalam menyelesaikan masalah melibatkan mencari nilai pecahan daripada suatu kuantiti. Saya berharap agar penyelidikan tindakan yang telah saya laksanakan dapat membantu guru lain yang akan mengajar kemahiran ini pada masa akan datang.

3