51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02

14
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan TAJUK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG DALAM NI ADA RUJUKAN POWER POINT WAJ SENI http://waj3107.blogspot.com/2012/07/pembentangan-3irama-warna-dan- ruang.html Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah: 1. Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari. 2. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang undividu. Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti. 3. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan 1

Upload: mazli-jaafar

Post on 02-Jul-2015

251 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

TAJUK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG

DALAM NI ADA RUJUKAN POWER POINT WAJ SENI

http://waj3107.blogspot.com/2012/07/pembentangan-3irama-warna-dan-

ruang.html

Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

1. Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri

dan kemahiran belajar.

Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat

membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang

sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni

sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi

warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut,

terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap

sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang

lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan

membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan

ekspresi.

Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita

mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori

dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan

peribadi dan tingkah laku seseorang undividu. Justeru itu, kemahiran

meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini

menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni

banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan

1

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap,

keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat

masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan ‘esteem’ kendiri

dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah

yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup

secara menyeluruh.

4. Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.

Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan

otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara

aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain

berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat

mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi.

Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih

menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam

meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan

perlakuan kita.

5. Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan kecergasan ‘Lateral

Leaps’

Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya

meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat

taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan

komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan

kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran

berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan

penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi.

2

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

Faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh

dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari

dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk

menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran

untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini,

ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri

dan kecerdasan pelbagai.

Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru

dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan

mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah

rendah.

Faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik:

1. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang

seimbang, berketrampilan dan professional.

Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis

dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya

akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif,

peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru

yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar

untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti

seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya

melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak

3

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-

murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

2. Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan

pembelajaran.

Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran.

Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses

menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat

membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan

pembelajaran.

3. Guru senang mencapai objektif atau matlamat.

Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain

membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan.

Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak

kiri dan kanan, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional

dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan

pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan

matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran

dan pembelajaran.

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan

bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi

penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain

mungkin akan hilang. Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang

penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan

melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran.

4

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi

serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri

dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu.

Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman

unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang

teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di sekolah rendah murid boleh:

1. Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara aktif, kreatif dan

menggembirakan.

2. Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera.

3. Mengenali unsur-unsur seni dan olahannya serta dapat menggunakannya.

4. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni

5. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan

selamat.

6. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri dan bertanggungjawab.

7. Menyedari dan menghargani suasana seni dalam persekitarannya dan

kaitannya dengan keselesaan hidup.

8. Melibatkan diri dalam kegiatan seni sebagai kesenggangan yang

berfaedah.

9. Mengenal dan menghargai asas-asas seni dan kraf serta budaya tanah

air.

5

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

TAJUK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain ‘Sembunyi Sembunyi’ (Hide

and seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut:

1. Bagaimana mereka menguruskan permainan ini.

Permainan ini boleh dimainkan oleh seberapa ramai yang boleh.

Seorang penjaga masa dan seorang pencari dipilih. Anggota yang lain akan

menyembunyikan diri mereka. Sebuah loceng hendaklah disediakan. Hakim

bertindak sebagai pemerhati kepada pencari untuk memastikan pencari tidak

membuka mata atau melihat keadaan sebelum pencarian dimulakan. Hakim

juga akan memberikan markah kepada pencari berdasarkan kepada berapa

orang yang dapat dicarinya. Pencari akan membuka mata apabila ahli-ahli

yang lain sudah bersembunyi dan bersedia untuk dicari olehnya. Loceng

diletakkan di satu tempat dan tidak boleh dibawa.

Permainan ini ada syarat tertentu iaitu jika pencari berjaya menjumpai

penyembunyi seramai lima orang dalam masa 10 minit, maka penyembunyi

pertama yang dijumpa oleh si pencari maka dia akan menjadi pencari pada

permainan yang seterusnya. Sebenarnya masa dan jumlah orang yang dapat

dicari adalah bergantung kepada hakim yang mengambilkira bilangan ahli

yang bermain pada permainan tersebut. Bila si pencari menjumpai ahli yang

bersembunyi, dia akan menyebut nama dan berlari ke arah loceng lalu

membunyikannya.

6

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

2. Bagaimana menyembunyikan diri mereka.

Mereka akan mencari tempat-tempat yang strategik untuk

menyembunyikan diri mereka. Tempat tersebut dirasakannya sesuai, jauh

dan susah untuk dicari oleh si pencari.

3. Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari.

Pencari akan memerhati persekitaran dan berusaha untuk mencari

pemyembunyi setepat, secepat dan seramai yang mungkin dalam tempoh

masa yang telah ditetapkan oleh hakim.

4. Ekspresi mereka apabila mereka ditemui.

Biasanya, apabila pencari dapat mencari atau menjumpai

penyembunyi, ekspresi muka mereka akan menggambarkan kekecewaan

kerana mereka sangkakan tempat persembunyian mereka agak strategik.

Mereka juga menunjukkan ekspresi muka yang terkejut kerana si pencari

berjaya mencari dan menjumpai mereka terutama kepada penyembunyi

pertama yang telah dijumpai oleh si pencari.

Sembilan Keinginan Asas Kanak-kanak

1. Keinginan untuk bergerak

Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan

diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Contohnya melibatkan diri dalam

sebarang perlumbaan atau lumba lari.

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.

Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu

dihargai. Contohnya, kanak-kanak yang mendapat markah tinggi akan dipuji

dan dipamerkan kertasnya di khalayak ramai, atau lukisan murid yang cantik

akan ditampal di sudut dinding dalam bilik darjah sebagai satu pengiktirafan

dan penghargaan.

7

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam

masyarakat.

Kanak-kanak inginkan mereka diterima, disanjung, dihargai dan

dihormati oleh orang lain. Contohnya, kanak-kanak sanggup berkongsi

permainan supaya dapat diterima oleh rakan sebaya atau dalam masyarakat

sekelilingnya. Oleh itu, mereka akan diterima, disanjung, dihargai dan

dihormati kerana kesanggupan mereka untuk berkongsi permainan dan

mereka dianggap tidak kedekut.

4. Keinginan untuk bersaing.

Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan

kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya. Contohnya, kanak-

kanak memanjat tangga atau jaring secara beramai-ramai untuk menunjukkan

kekuatan, ketangkasan dan kekuatan fizikal mereka.

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai daya penarik.

Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan

diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.

Contohnya, kanak-kanak akan merasa bangga dan gembira apabila

mendapat tempat pertama dalam apa jua permainan yang sukar. Kejayaan itu

akan menjadi sumber penarik kepada kanak-kanak yang lain.

6. Keinginan untuk meneroka.

Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar

biasa tetapi menyeronokan. Contohnya, kanak-kanak melibatkan diri dalam

kerja-kerja amali atau eksperimen. Aktiviti ini membolehkan mereka

memperolehi pengalaman baru. Keadaan ini amat memberi keseronokan

kepada mereka.

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.

Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.

Contohnya, kanak-kanak yang menyertai pertandingan mereka cipta seperti

membuat rumah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula atau

menjadikan bahan buangan yang dikitar semula dan menjadikannya bahan

8

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

baru untuk kegunaan manusia. Mereka merasa satu penerokaan baru wujud

dalam minda mereka.

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.

Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan

idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Contohnya, kanak-kanak yang

menari dalam pelbagai bentuk rentak muzik. Jika muzik itu rancak atau kuat

mereka akan menari dengan rancak mengikut irama yang dimainkan.

9. Keinginan untuk kefahaman.

Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan

kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat

meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan

persekitaran. Contohnya, dalam permainan main peranan. Main peranan

memerlukan lakonan yang baik untuk menunjukkan watak yang dipegang

seperti watak ibu, bapa, doktor, guru dan sebagainya. Mereka dapat

memahami keadaan dan menyelami pemikiran sebenar dan sterusnya

menjiwai watak tersebut.

9

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

TAJUK 3 IRAMA, WARNA DAN RUANG

Ubahsuai warna di dalam bilik darjah, agar suasana lebih menarik untuk

belajar.

• Catkan dengan warna yang lembut dan boleh memberi ketenangan.

• Adakan sudut-sudut yang tertentu seperti sudut Bahasa Melayu, Sains dan

sebagainya yang dicatkan dengan warna yang berlainan dan menarik perhatian

murid.

• Warna langsir mestilah agak terang berbanding dengan warna dinding, untuk

menampakkan lebih keceriaan.

• Meja mestilah dilapik dengan kertas warna yang menarik dan dilekatkan

plastik di atasnya agar murid lebih ceria, bersemangat dan selesa untuk belajar.

Peranan warna dalam kehidupan harian

• Warna boleh mempengaruhi emosi contohnya, bila memakai baju lembut atau

garang atau terang.

• Warna dapat melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang.

• Warna boleh memberi motivasi dan semangat kepada kita.

• Warna memberi ketenangan dalam kehidupan.

• Warna boleh menceriakan suasana sekeliling.

Ruang

Ruang memainkan peranan yang penting dalam menjalankan sesuatu

pergerakan. Pergerakan akan menjadi lebih lancar dan selesa sekiranya kita

10

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

melakukannya di tempat yang luas kerana terdapat banyak udara dan senang untuk

bergerak dengan bebas. Pergerakan yang dilakukan di tempat yang sempit dan

dalam berkeadaan duduk menyebabkan kita merasa tidak selesa kerana tidak dapat

bergerak dengan bebas. Cara pernafasan kita juga tidak lancar.

Menurut Howard Gardner dalam teorinya iaitu Teori Kecergasan Manusia

(1983) menyatakan bahawa ruang kecergasan melibatkan kebolehan melihat dunia

dengan lebih tepat. Kecergasan ini termasuklah untuk menjadi lebih peka terhadap

warna, garisan, rupa, bentuk dan yang berkaitan dengannya. Justeru itu, pergerakan

juga melibatkan pemikiran kita contohnya, sekiranya kita bersenam di tempat yang

luas dan mempunyai udara yang segar seperti di taman atau di padang, kita akan

merasa lebih selesa dan secara tidak langsung keadaan akan mempengaruhi

pemikiran kita. Kita akan merasa tenang dan segar dan puas.

11

Suasana Waktu Rehat

Bunyi yang didengar

Bunyi bersiul

Bunyi bercakap / menjerit

Bunyi ketawa

Bunyi berjalan

Bunyi berlari

Bunyi tepukan

Pergerakan manusia

Berjalan

Berlari

Bersentuhan

Bertepuk tangan

Berdiri tegak

Berlari anak

Menoleh kiri dan kanan

Berpusing badan

Bunyi ronyokan kertas dan plastik

Bunyi benda terjatuh

Susunan peralatan

Tong sampah rebah

Kasut tidak teratur

Buku tidak kemas

Pensil berselerak

Kerusi kurang teratur

Meja teratur

Warna makanan, minunan & alatan

Hijau

oren

putih

merah

jernih

coklat

silver

Mengangguk kepala

Memegang sesuatu

Biru tua

HitamBunyi mengunyah

makanan

Bunyi menyanyi

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

Bunyi

12

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

TAJUK 4 DERIA DAN SENI

AKTIVITI JENIS DERIA

• Melukis gambar pemandangan dan

warnakannya.

• Pelajar membuat pergerakan berdasarkan

peristiwa dalam gambar tersebut.

• Pelajar mengekspresikan suasana dengan

menggunakan alat-alat muzik.

• Lih

at dan sentuh

• Lih

at

• Lih

at, sentuh, dengar

dan rasa

• Mendengar bunyi alat-alat muzik dan suara

manusia.

• Pelajar bertindak balas dengan pergerakan

yang sesuai dan menggambarkan dalam bentuk seni

visual.

• De

ngar

• Ra

sa dan sentuh

• Membolehkan pelajar untuk meninjau

tekstur dan kontur sesuatu permukaan.

• Pelajar menutup mata dan menyentuh

sesuatu objek yang diedarkan oleh guru seperti

kertas pasir, fabrik benang bulu dan kapas.

• Pelajar membanding bezakan sentuhan

yang dialami dan mengekspresikan melalui

pergerakan.

• Lih

at dan rasa

• Se

ntuh dan rasa

• Se

ntuh dan rasa

• Membuat latihan melalui pernafasan.

• Melakukan pergerakan dengan menggunakan

imaginasi anda untuk menunjukkan bau harum, udara

• Hid

u

• Lih

13

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

nyaman dan kemudian melukiskan imej visual

mengikut sepertimana yang diekspresikan.

at dan hidu

14