500 sertai seminar talaqqi - pahang · 2019. 9. 26. · 500 sertai seminar talaqqi kuantan 25...

3
500 SERTAI SEMINAR TALAQQI KUANTAN 25 SEPTEMBER 2019: Kira-kira 500 peserta dari seluruh negeri ini menyertai Seminar Talaqqi Bersama Ulama Yayasan Pahang di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang di sini. Program anjuran bersama Yayasan Al-Qadri itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad. Turut hadir, Mufti Pahang, Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman. Seminar yang sudah dilaksanakan sejak 2016 itu turut membawa ulama besar dari Turki iaitu Prof. Dr. Syekh As Sayyid Muhammad Fadhil Al-Jailani Al-Hasani Al-Huseini dan Syekh Sidi Rohimuddiin Nawawi Al-Jahary Al-Bantany dari Indonesia. YB. Dato' Sri Syed Ibrahim berkata, Yayasan Pahang menganjurkan seminar ini dengan menjemput ulama-ulama terkenal dari dalam dan luar negara sejak 2016 lagi. "Sehingga kini seramai 3,849 dari 22 pusat pengajian termasuk daripada Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Sultan Mizan Putrajaya sudah menyertai seminar ini. "Seminar yang memasuki siri keenam itu sebelum ini pernah menjemput antara lain Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri sebagai ahli panel," katanya. Beliau berkata, pihak YP kali ini membawa ilmuan dan ulama tersohor dari dalam dan luar negara bagi memantapkan kefahaman dalam ilmu agama seperti fekah, tauhid serta tasawuf. Sumber: Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

Upload: others

Post on 15-Mar-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 500 SERTAI SEMINAR TALAQQI - Pahang · 2019. 9. 26. · 500 SERTAI SEMINAR TALAQQI KUANTAN 25 SEPTEMBER 2019: Kira-kira 500 peserta dari seluruh negeri ini menyertai Seminar Talaqqi

500 SERTAI SEMINAR TALAQQI KUANTAN 25 SEPTEMBER 2019: Kira-kira 500 peserta dari seluruh negeri ini menyertai Seminar Talaqqi Bersama Ulama Yayasan Pahang di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang di sini. Program anjuran bersama Yayasan Al-Qadri itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad. Turut hadir, Mufti Pahang, Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman. Seminar yang sudah dilaksanakan sejak 2016 itu turut membawa ulama besar dari Turki iaitu Prof. Dr. Syekh As Sayyid Muhammad Fadhil Al-Jailani Al-Hasani Al-Huseini dan Syekh Sidi Rohimuddiin Nawawi Al-Jahary Al-Bantany dari Indonesia. YB. Dato' Sri Syed Ibrahim berkata, Yayasan Pahang menganjurkan seminar ini dengan menjemput ulama-ulama terkenal dari dalam dan luar negara sejak 2016 lagi. "Sehingga kini seramai 3,849 dari 22 pusat pengajian termasuk daripada Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Sultan Mizan Putrajaya sudah menyertai seminar ini. "Seminar yang memasuki siri keenam itu sebelum ini pernah menjemput antara lain Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri sebagai ahli panel," katanya. Beliau berkata, pihak YP kali ini membawa ilmuan dan ulama tersohor dari dalam dan luar negara bagi memantapkan kefahaman dalam ilmu agama seperti fekah, tauhid serta tasawuf. Sumber: Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

Page 2: 500 SERTAI SEMINAR TALAQQI - Pahang · 2019. 9. 26. · 500 SERTAI SEMINAR TALAQQI KUANTAN 25 SEPTEMBER 2019: Kira-kira 500 peserta dari seluruh negeri ini menyertai Seminar Talaqqi
Page 3: 500 SERTAI SEMINAR TALAQQI - Pahang · 2019. 9. 26. · 500 SERTAI SEMINAR TALAQQI KUANTAN 25 SEPTEMBER 2019: Kira-kira 500 peserta dari seluruh negeri ini menyertai Seminar Talaqqi