5.0 laporan aktiviti pementoran 2014

9
LAMPIRAN 3 LAPORAN AKTIVITI PEMENTORAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU HARI : ISNIN TARIKH : 20 FEBRUARI 2014 TEMPAT : BILIK GURU MASA : 10.00 AM- 11.30 AM AKTIVITI : MINGGU SUAI KENAL GURU BAHARU KAEDAH PELAKSANAAN Kaedah yang digunakan adalah melalui perbualan dan perbincangan bersama mentor. PROSES PELAKSANAAN Guru mentor menjalankan sesi perkenalan seperti mengenali peribadi, tempat tinggal, akademik dan keluarga. Selain itu, guru mentor membincangkan skop peranan guru mentor dan guru baharu (tugas guru mentor dan guru baharu seperti yang terdapat dalam modul). Beliau juga menjelaskan kepada guru baru cara menghasilkan folio. Guru mentor juga berbincang dengan guru baharu berkenaan isu-isu peribadi dan kerjaya bagi membantu dalam menyesuaikan diri seperti kewangan, kerjaya, sosiobudaya, tempat tinggal, mengenal fizikal sekolah seperti pelan sekolah, organisasi sekolah dan lokasi sekolah. REFLEKSI RUMUSAN

Upload: geetha-vijay

Post on 16-Nov-2015

314 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

senarai tugas dan tanggungjawab

TRANSCRIPT

LAPORAN AKTIVITI PEMENTORAN

LAMPIRAN 3

LAPORAN AKTIVITI PEMENTORAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

HARI

:ISNIN

TARIKH:20 FEBRUARI 2014

TEMPAT:BILIK GURU

MASA

:10.00 AM- 11.30 AM

AKTIVITI:MINGGU SUAI KENAL GURU BAHARU

KAEDAH PELAKSANAAN

Kaedah yang digunakan adalah melalui perbualan dan perbincangan bersama mentor.

PROSES PELAKSANAAN

Guru mentor menjalankan sesi perkenalan seperti mengenali peribadi, tempat tinggal, akademik dan keluarga. Selain itu, guru mentor membincangkan skop peranan guru mentor dan guru baharu (tugas guru mentor dan guru baharu seperti yang terdapat dalam modul). Beliau juga menjelaskan kepada guru baru cara menghasilkan folio. Guru mentor juga berbincang dengan guru baharu berkenaan isu-isu peribadi dan kerjaya bagi membantu dalam menyesuaikan diri seperti kewangan, kerjaya, sosiobudaya, tempat tinggal, mengenal fizikal sekolah seperti pelan sekolah, organisasi sekolah dan lokasi sekolah.

REFLEKSI

RUMUSAN

Secara keseluruhannya perbincangan ini dapat memberikan input yang berguna kepada guru baharu tentang masalah yang dihadapi.

DISEDIAKAN OLEH,

(GEETHA A/P GANAPATHY)HARI

:ISNIN

TARIKH:31 MAC 2014TEMPAT:BILIK KONFERENSMASA

:3.15 PM- 5.30 PMAKTIVITI:CARA PENANDAAN KERTAS 2 BAHASA ENGLISH TAHAP 2KAEDAH PELAKSANAAN

Pemerhatian Melihat mentor untuk menanda kertas beliau

PROSES PELAKSANAAN

Saya berjumpa mentor untuk menemubual tentang cara menanda serta cara pemberian markah bagi kertas 2 bahasa English tahap 2 terutama bagi kelas 4 Orkid dan 4 Alamanda. Instrumen yang saya gunakan adalah kertas 2 English Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4. Saya masih keliru untuk memberi markah untuk Section A dan B. Mentor saya menerangkan cara pemberian markah mengikut situasi dan cara murid menjawab. Panduan terhadap skema jawapan juga dititikberatkan. Saya mula memahami dan mencuba menanda dua kertas dan menunjukkan kepada mentor saya untuk disemak. Kali pertama cubaan saya masih ditegur oleh mentor. Saya mencuba lagi untuk menanda dua set kertas pelajar. Ahkirnya saya mula memahami cara menanda kertas 2 Bahasa English.

REFLEKSI

Saya masih belajar untuk cara menanda kertas 2 Bahasa English tahap 2. Saya harus mahir dalam memberi markah kepada pelajar kerana setiap ayat yang murid tulis mengandungi isi-isi penting. Saya sedar bahawa murid-murid di kelas 4 Alamanda sangat lemah dalam penulisan kertas 2 bahasa English. Saya berharap aka nada bengkel dan kursus Penandaan Kertas 2 Bahasa Engilsh agar saya lebih mahir.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya perbincangan ini dapat memberikan input yang berguna kepada guru baharu tentang masalah yang dihadapi.

HARI

:KHAMIS

TARIKH:10 APRIL 2014

TEMPAT:BILIK KONFERENS

MASA

:3.30 PM- 6.00 PM

AKTIVITI:PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKANKAEDAH PELAKSANAAN

Kaedah yang digunakan adalah merupakan kaedah dua hala di mana terdapat perbincangan di antara mentor dan guru baharu berkaitan dengan perancangan pelaksanaan Kajian Tindakan yang perlu dilaksanakan di kelas 4 Alamanda.

PROSES PELAKSANAAN

Perbincangan adalah untuk merangka kajian tindakan yang akan dilaksanakan bertujuan untuk membaik pulih dan memperbaiki amalam pengajaran dalam bilik darjah. Kajian Tindakan ini akan dilaksanakan dengan 4 Alamanda dalam subjek bahasa English, dimana murid-murid dikenal pasti cenderung untuk tidak dapat membezakan penggunaan huruf besar dan huruf kecil di permulaan ayat.

REFLEKSI

Perbincangan ini telah dapat memberikan input yang berguna kepada saya disamping ia telah memberikan saya pengetahuan tambahan dalam melaksanakan kajian tindakan.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya perbincangan ini dapat memberikan input yang berguna kepada guru baharu tentang masalah yang dihadapi.

HARI

:KHAMIS

TARIKH:24 APRIL 2014

TEMPAT:BILIK KONFERENS

MASA

:3.15 PM- 5.30 PM

AKTIVITI:PENDEDAHAN KEPADA PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN

AKTIVITI KOKURIKULUMKAEDAH PELAKSANAAN

Kaedah yang digunakan adalah merupakan kaedah dua hala di mana terdapat perbincangan di antara mentor dan guru baharu untuk memberikan pendedahan kepada guru baharu perkara yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum yang akan dijalankan iaitu perkhemahan perdana.

PROSES PELAKSANAAN

Perbincangan adalah bertujuan untuk memberikan penjelasan dan keterangan yang berkaitan dengan aktiviti perkhemahan yang akan dilaksanakan pada peringkat sekolah.

REFLEKSI

Perbincangan ini telah dapat memberikan input yang berguna kepada saya disamping ia telah memberikan saya peluang untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang aktiviti yang akan dijalankan.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya perbincangan ini dapat memberikan input yang berguna kepada guru baharu tentang masalah yang dihadapi.

HARI

:RABU

TARIKH:7 MAY 2014

TEMPAT:BILIK KONFERENS

MASA

:3.15 PM- 5.30 PM

AKTIVITI:Penyediaan Bilik Darjah yang Kondusif, Selesa, Selamat, Menarik dan Persekitaran Pembelajaran yang EfisienKAEDAH PELAKSANAAN

Kaedah yang digunakan adalah membuat pemerhatian bersama mentor terhadap kelas-kelas yang lain.

PROSES PELAKSANAAN

Saya berbincang dengan mentor berhubung penyediaan bilik darjah/ bilik kaunseling/ bilikbilik khas supaya bersesuaian dengan saiz kelas dan keperluan pembelajaran. Perbincangan pengurusan bilik darjah seperti pengurusan aset/ inventori, jadual waktu P&P, buku kedatangan, buku pemantauan kelas, ogranisasi kelas, papan kenyataan, sudut bacaan dan buku disiplin murid. Selain itu,saya berbincang dengan mentor tentang pedagogi dan alat bantu mengajar yang bersesuaian untuk melaksanakan sesi P&P.

REFLEKSI

Objektif dan perbincangan berjalan dengan lancar.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya perbincangan ini dapat memberikan input yang berguna kepada guru baharu tentang masalah yang dihadapi.

HARI

:ISNIN

TARIKH:16 JUN 2014

TEMPAT:BILIK KONFERENS

MASA

:3.15 PM- 5.30 PM

AKTIVITI:Peningkatan Motivasi dan Penghargaan Kendiri

MURIDKAEDAH PELAKSANAAN

Kaedah yang digunakan adalah melalui pemerhatian dan temu bual serta mendapat kerjasama guru disiplin berhubung pengurusan disiplin murid.

PROSES PELAKSANAAN

Guru mentor berkongsi pengalamannya tentang budaya kelas dan fokus pendidikan. Beliau memberi garis panduan berhubung fokus pendidikan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid dan membina hubungan komunikasi antara pengetua dengan warga sekolah. Mentor juga memberikan pendedahan kepada saya tentang psikologi remaja.

REFLEKSI

Objektif dan perbincangan berjalan dengan lancar.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya perbincangan ini dapat memberikan input yang berguna kepada guru baharu tentang masalah yang dihadapi.

HARI

:ISNIN

TARIKH:14 JULAI 2014

TEMPAT:BILIK KONFERENS

MASA

:3.15 PM- 5.30 PM

AKTIVITI:Kaedah Pelaksanaan Penilaian dan Pentaksiran

TERHADAP MURID

KAEDAH PELAKSANAAN

Kaedah yang digunakan adalah melalui pemerhatian dan perbincangan bersama mentor tentang penilaiaan dan pentaksiran terhadap murid

PROSES PELAKSANAAN

Guru mentor memberi garis panduan dan menunjukkan contoh tentang cara penandaan buku latihan murid. Beliau menyemak sampel tugasan murid bagi kelas yang diajar oleh saya dan memberi maklum balas. Guru mentor memberi panduan kepada saya untuk membuat penilaian murid.

REFLEKSI

Objektif dan perbincangan berjalan dengan lancar.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya perbincangan ini dapat memberikan input yang berguna kepada guru baharu tentang masalah yang dihadapi.