teks ucapan ketua pengarah jabatan kimia … 2011.pdf · ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan...

22
SA/TU/2011 TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 3/2011 _______________________________________ 11 MAC 2011 (JUMAAT) IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: ngotuyen

Post on 31-Jan-2018

263 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

TEKS UCAPAN

KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

BIL. 3/2011

_______________________________________

11 MAC 2011 (JUMAAT)

IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

1

Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara

Majlis,

Yg Berusaha En. Chang Hon Fong,

Pengarah Bahagian Kesihatan Alam Sekitar,

yang menjalankan tugas

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Pengarah-Pengarah Bahagian,

Pegawai-pegawai kanan Jabatan,

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi

sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Page 3: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

2

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama

memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah

SWT atas limpah rahmat serta keizinanNya

jua dapat kita berhimpun pada pagi ini

sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu

Pejabat Jabatan Kimia Malaysia Bulan Mac

2011.

Saya mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan terima kasih kepada semua

yang hadir, khususnya kepada Pengarah dan

pegawai-pegawai Bahagian Penyelidikan &

Jaminan Kualiti (PJK) atas penganjuran majlis

ini.

Page 4: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

3

1. Pertukaran Pegawai:

Pada bulan Februari lalu, kita telah

menyaksikan kehilangan Y. Bhg. Datin

Maharam Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah

(Operasi) berikutan persaraan beliau dari

perkhidmatan awam setelah hampir 35 tahun

berkhidmat di Jabatan Kimia Malaysia.

Belum sempat kita mengisi kekosongan

itu, En. Chang Yit Fong, Pengarah Bahagian

Industri Klasifikasi Tarif Dagangan pula akan

bersara wajib pada 26 Mac ini setelah

menabur bakti selama hampir 33 tahun.

Bagi pihak Jabatan, saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih atas segala

sumbangan dan jasa bakti Datin Maharam

Page 5: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

4

Jusoh dan En. Chang Yit Fong dalam

mempertingkatkan perkhidmatan Jabatan.

Terima kasih atas komitmen yang telah

diberikan selama ini.

Namun begitu, benarlah kata pepatah,

yang patah akan tumbuh, yang hilang akan

berganti. Di sini, saya ingin mengambil

kesempatan untuk memaklumkan bahawa

saya telah diberi kepercayaan oleh pihak

pengurusan tertinggi MOSTI untuk menerajui

Jabatan Kimia Malaysia sebagai pemangku

Ketua Pengarah Kimia berkuatkuasa 9

Februari 2011.

Manakala En. Lim Kong Boon, Ketua

Seksyen DNA Forensik pula telah diluluskan

Page 6: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

5

pemangkuan beliau sebagai Pengarah

Bahagian Forensik mulai 28 Januari 2011.

Sementara itu, En. Chang Hon Fong

akan menjalankan tugas Timbalan Ketua

Pengarah (Operasi) di samping tugas

hakikinya sebagai Pengarah Bahagian

Kesihatan Alam Sekitar.

Hadirin yang dihormati sekalian,

2. Sepanjang setengah tahun pertama ini

sahaja, pelbagai acara dan aktiviti telah,

sedang dan akan berlangsung yang

memerlukan komitmen dan kerjasama seluruh

Page 7: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

6

warga kerja Jabatan Kimia Malaysia. Antara

acara/aktiviti yang telah dimuktamadkan ialah:

Pertama: Kursus Penggunaan Autoclave

Kursus ini telah diadakan pada 21-22 Feb lalu

hasil kerjasama Unit OSH dan Seksyen

Bioteknologi. Saya berasa amat gembira

kerana atas kesedaran peri pentingnya

menjaga keselamatan semasa menjalankan

tugas maka, kursus ini diadakan yang mana

semua pengendali autoclave samada pegawai

sains, pembantu makmal mahupun pembantu

am pejabat sama-sama melibatkan diri.

Kedua: Kursus Pemantapan Pembantu

Makmal Gred C17 Lantikan Baru

Page 8: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

7

Kursus yang diadakan di Ibu Pejabat, JKM ini

telah bermula pada 21 Feb lalu dan akan

berkahir pada 18 Mac 2011.

Bercakap tentang kursus, saya ingin

mengingatkan semua pegawai dan kakitangan

supaya sementara kita berada pada awal

tahun, segerakanlah penuhi sasaran 7 hari

berkursus sebelum terlambat kerana kita tidak

mahu perkara yang berlaku sebelum ini terus

berulang sedangkan kita tahu dan boleh

menanganinya. Jika ada mana-mana agensi

yang menawarkan seminar atau kursus, ambil

inisiatif untuk menyertainya kerana kita tahu

peruntukan berkursus tidak akan cukup untuk

Page 9: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

8

semua pegawai dan kakitangan. Oleh itu,

rebutlah apa saja peluang kursus yang

ditawarkan. Syugia diingatkan bahawa

keperluan berkursus 7 hari setahun untuk

setiap pegawai adalah mandatori. Oleh itu

pada tahun ini saya telah menetapkan sasaran

KP 100% warga JKM mematuhi keperluan ini.

Untuk pengetahuan semua pada tahun lepas

pencapaian Jabatan hanya 88%.

Ketiga: Penilaian Makmal Forensik di

bawah ASCLD/LAB

Seperti yang diwarwarkan sebelum ini,

penilaian ASCLD/LAB akan berlangsung

secara serentak di makmal Forensik Ibu

Page 10: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

9

Pejabat, JKM cawangan Pulau Pinang dan

Bintulu, Sarawak. Penilaian ini akan bermula

pada 14 hingga 21 Mac 2011. Seramai 23

orang auditor akan terlibat secara keseluruhan

dalam pengauditan ini. Oleh itu, semua warga

makmal-makmal ini diharap membuat

persediaan secukupnya dan jika masih ada

yang perlu dibereskan, sila selesaikan dengan

segera.

Keempat: Penglibatan Dalam Program

Mesra Belia Sarawak

Program ini merupakan suatu kerjasama

dengan Kementerian Belia & Sukan serta

MOSTI untuk memperkasakan belia seluruh

Page 11: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

10

negeri Sarawak melalui penglibatan mereka di

dalam program-program anjuran Kerajaan

yang berorientasikan ‘Mesra Belia’ ke arah

merealisasikan konsep 1 Belia 1 Malaysia.

Program ini telah bermula pada Januari

lalu dan dijangka berlangsung sehingga Mei

2011. Penglibatan Jabatan Kimia Malaysia

yang mensasarkan golongan belia dilihat

sebagai satu usaha penggalakan sains di

kalangan belia supaya mereka mengenal,

menyukai dan mencintai sains dan seterusnya

melibatkan diri mereka dalam bidang sains

khususnya kimia. Walaupun begitu,

penglibatan Kimia hanya di beberapa daerah

Page 12: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

11

sahaja kerana mengambilkira faktor kos dan

perbelanjaan.

Kelima: International Year Of Chemistry

(IYC) 2011

Untuk makluman tuan-puan, tahun 2011 juga

merupakan Tahun Kimia Sedunia dan telah

dilancarkan di Paris pada 11 Jan yang lalu

dengan tema ‘Chemistry – Our Life, Our

Future’.

Sambutan IYC2011 di Malaysia akan

bermula pada 14 April di Pusat Sains Negara

dan dijangka menutup tirai pada Oktober

2011. Program ini akan berlangsung di seluruh

negara mengikut zon bermula dengan Zon

Page 13: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

12

Tengah (Ipoh), Zon Sabah (Kota Marudu), Zon

Selatan (Johor Bahru), Zon Timur (Kuala

Terengganu), Zon Utara (Pulau Pinang) dan

akhir sekali Zon Sarawak (Kuching).

Keenam: Pelaksanaan Program

Pementoran

Jabatan Kimia Malaysia akan melaksanakan

Program Pementoran di peringkat Ibu Pejabat

dan Makmal Cawangan bermula pada bulan

Jun 2011. Fasa Pertama (Jun hingga Julai

2011) akan dimulai dengan perancangan dan

persediaan, pemilihan mentor dan menti serta

taklimat/kursus untuk mentor dan menti.

Page 14: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

13

Seterusnya pada Bulan Ogos 2011 –

Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan

sepenuhnya.

Jadi, melihat kepada semua program dan

aktiviti yang saya sebutkan tadi, tidak

termasuk pekerjaan rutin yang kita jalankan

seharian, jelas bahawa bekerja secara

berpasukan amat diperlukan untuk

memastikan semua perancangan dapat

dilaksana dengan sempurna. Oleh itu, saya

berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat

memberikan sepenuh komitmen baik dari segi

masa, tenaga, ilmu dan kemahiran masing-

masing untuk menjayakan semua program

Page 15: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

14

yang dirancang demi meningkatkan

perkhidmatan Jabatan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Pembitaraan Bahagian Khidmat

Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian KPSM merupakan nadi kepada

pelaksanaan semua aktiviti Jabatan. Oleh itu

perkhidmatan yang cekap dan berkesan

daripada Bahagian ini sangat-sangat dituntut

oleh seluruh warga kerja Kimia Malaysia. Bagi

memenuhi tuntutan tersebut saya akan

melakukan transformasi menyeluruh terhadap

Bahagian ini supaya menjadi sebuah bahagian

Page 16: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

15

khidmat sokongan yang cekap, produktif dan

berkesan. Kayu ukur kepada inisiatif ini ialah

memperoleh persijilan ISO 9000:2008,

penarafan 4 bintang dalam pengurusan

kewangan dan penarafan 5 bintang dalam

pengurusan organisasi. Untuk itu semua

warga kerja KPSM diminta memberi komitmen

dan kerjasama yang mantap kepada pihak

pengurusan Kimia Malaysia.

4. Urusan Kenaikan Pangkat Pada masa ini Jabatan sedang berusaha

untuk mempercepatkan urusan kenaikan

pangkat bagi jawatan-jawatan kenaikan

pangkat di pelbagai Gred. Pengisian

Page 17: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

16

kekosongan jawatan kenaikan pangkat akan

diuruskan sebaik sahaja terdapat kekosongan.

Urusan kenaikan pangkat ini akan dilakukan

secara berterusan tanpa henti.

Untuk makluman, pada masa ini bagi 7

kekosongan jawatan Pegawai Sains Gred C54

telah berjaya diisi. Manakala bagi jawatan

Pegawai Sains Gred C48 ke C52 tindakan

telah diambil dan pada masa ini Kertas

Cadangan masih berada di MOSTI untuk

dipanjangkan kepada JPA.

Bagi jawatan Pegawai Sains Gred C44

ke C48, status terkini adalah masih menunggu

pegawai-pegawai Gred C44 sedia ada genap

Page 18: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

17

2 tahun perkhidmatan untuk melayakkan

mereka dinaikkan pangkat.

Bagi pengisian jawatan Gred C41 pula,

terdapat hanya 1 kekosongan buat masa ini.

Permohonan pengisian jawatan telah dihantar

ke SPA melalui MOSTI pada setiap bulan.

Pada masa ini, Jabatan amat komited dalam

menguruskan kenaikan pangkat bagi Pegawai

dan Kakitangan yang berkelayakan. Tetapi

terdapat segelintir pegawai dan kakitangan

yang telah ditawarkan untuk dinaikkan pangkat

tidak bersetuju untuk ditukarkan. Oleh yang

demikian, Jabatan akan mengeluarkan borang

persetujuan untuk bertukar ke Bahagian /

Page 19: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

18

Cawangan sekiranya mereka berjaya

mendapat kenaikan pangkat, sebelum urusan

kenaikan pangkat dibuat.

Hadirin yang dihormati sekalian, 5. Masalah Lewat Hadir Bertugas Dalam kesibukan kita menjalankan tugas,

terdapat segelintir pegawai dan kakitangan

yang mengambil kesempatan dengan tidak

mengendahkan disiplin dan etika kerja seperti

lewat hadir bertugas. Hasil semakan Bahagian

KPSM, sebanyak 30% daripada pegawai dan

kakitangan di Ibu Pejabat adalah pemegang

Kad Merah selama 4 bulan berturut-turut

(November 2010 – Februari 2011).

Page 20: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

19

Pengarah Bahagian dan Ketua Seksyen

hendaklah mengambil tindakan yang serius

dan gigih bagi memastikan perkara ini

dipantau dan peringatan hendaklah

dikeluarkan kepada pegawai dan kakitangan

yang terlibat.

Semua pegawai dan kakitangan

sepatutnya hadir ke pejabat tepat pada

waktunya dan jika terdapat kelewatan atas

sebab-sebab yang munasabah, kebenaran

daripada pegawai atasan hendaklah diperolehi

dengan mengisi Borang Laporan Kedatangan

Kakitangan.

Saya memandang serius perkara ini dan

jika masih berterusan, mulai April 2011

Page 21: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

20

tindakan tatatertib akan diambil kepada

pegawai dan kakitangan yang bermasalah.

Pada masa ini Bahagian KPSM sedang

mengemaskini rekod kehadiran pegawai dan

kakitangan. Surat peringatan akan

dikeluarkan kepada yang terlibat.

6. Penutup:

Akhir kata, saya berharap agar setiap warga

Jabatan dapat membuat perubahan mind-set

atau anjakan paradigma untuk menerima

perubahan ini dan berusaha untuk

melengkapkan diri dengan pengetahuan dan

kemahiran yang sesuai bagi meningkatkan

kualiti kerja masing-masing serta pada masa

Page 22: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · Ogos 2012, sesi pementoran akan dijalankan sepenuhnya. Jadi, melihat kepada semua program dan aktiviti yang saya sebutkan

SA/TU/2011

21

yang sama, mengamalkan nilai-nilai murni

yang seharusnya ada pada setiap manusia,

kerana manusia merupakan sebaik-baik

kejadian.

Sekian saja ucapan saya, terima kasih dan

selamat bertugas.