5 langkah am penyediaan item ujian 1.docx

Upload: khairi-azmi

Post on 14-Apr-2018

382 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 5 LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN 1.docx

    1/4

    AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112

    Muhammad Khairi Bin Azmi | Langkah Am Penyediaan Item Ujian 16

    LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN

    Membina Item Ujian

    Terdapat lima langkah am dalam pembinaan item ujian iaitu yang pertama

    menyediakan JSU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian dan

    membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

    Keseluruhan langkah am penyediaan item ujian ini dapat disimpulkan seperti rajah berikut ;

  • 7/27/2019 5 LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN 1.docx

    2/4

    AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112

    Muhammad Khairi Bin Azmi | Langkah Am Penyediaan Item Ujian 17

    1. Menyediakan JSU

    Langkah awal dalam pembinaan item ujian adalah dengan menyediakan

    Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini bertujuan untuk memastikan item-item ujian

    yang dibina ini meliputi keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan

    peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan.

    Perancangan awal ini akan dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan

    dapat menguukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang guru ingin pelajarnya

    kuasai. Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada guru tentang bentuk soalan

    yang digunakan.

    2. Menulis Item Ujian

    Setelah siap menyediakan JSU, guru boleh bersedia bagi membina atau

    menulis item-item ujian. Terdapat beberapa prinsip bagi pembinaan item ujian yang

    sama dan boleh digunakan untuk menulis item-item ini, iaitu;

    Arahan menjawab bagi setiap stem hendaklah ringkas dan mudah difahami

    pelajar.

    Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami

    maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya

    akan membantu pelajar memberikan jawapan seperti yang dikehendaki soalan.

    Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/ kemahiran

    yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk

    pengetahuan atau kepintaran am.

    Sekiranya soalan dalam bentuk item betul atau salah/ pernyataan yang "tidak

    benar", arahan bagi soalan tersebut hendaklah jelas. Contohnya dengan

    menggunakan huruf besar.

    Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran

    yang dikehendaki.

  • 7/27/2019 5 LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN 1.docx

    3/4

    AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112

    Muhammad Khairi Bin Azmi | Langkah Am Penyediaan Item Ujian 18

    3. Menyemak Item Ujian

    Selepas semua item ujian siap ditulis, guru perlu menyemak semula item-

    item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

    Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan

    mudah difahami oleh murid.

    Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan

    mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.

    Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif

    pengajaran.

    Soalan yang diberi, terutamanya soalan objektif tidak mengandungi petanda

    (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.

    4. Menilai Item Ujian

    Selepas semua item disemak oleh penggubalnya, item-item ini perlu

    disemak oleh pakar mata pelajaran. Semakan ini perlu dilakukan bagi menentukan

    perkara-perkara berikut;

    Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan mudah difahami

    oleh murid.

    Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat

    yang cukup untuk murid menjawabnya.

    Soalan-soalan yang dibina mencukupi dan seimbang untuk mengukur

    kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.

    Jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan adalah mengikut kehendak

    soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

  • 7/27/2019 5 LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN 1.docx

    4/4

    AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112

    Muhammad Khairi Bin Azmi | Langkah Am Penyediaan Item Ujian 19

    5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item

    Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran,

    sebaiknya kajian rintis dilakukan terhadap keseluruhan item ujian. Kajian ini

    bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada murid yang setara dari

    segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Tujuannya adalah untuk menentukan

    perkara-perkara berikut;

    Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami

    pelajar dan tidak terdapat kesilapan ejaan/ istilah yang digunakan.

    Soalan yang kehendak soalan adalah jelas dan soalan yang mengandungi

    maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.

    Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran

    yang diajar guru dan tidak ada soalan yang terkeluar daripada kandungan

    tersebut.

    Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan

    mengikut kehendak soalan.