parti politik gabungan di tanah melayu

29
1.0 PENGENALAN Parti politik merupakan satu pertubuhan berbentuk politik yang ditubuhkan dengan tujuan tertentu. Perkembangan politik di Malaysia telah bermula dengan rancak pada tahun 1946 apabila Malayan Union diperkenalkan oleh Britsh di Tanah Melayu. Di Sabah pula, perkembangan politik bermula agak lewat dan hanya berkembang sewaktu cadangan penubuhan Gagasan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1963. Ia merupakan detik yang penting kepada Sabah. Di Sarawak, kesedaran berpolitik dalam kalangan masyarakatnya adalah lebih baik berbanding Sabah kerana kesedaran berpolitik sudah wujud sejak tahun 1914 lagi. Setiap parti politik yang ditubuhkan mempunyai matlamat yang tersendiri untuk dicapai dan biasanya setiap parti politik memperjuangkan hak atau kepentingan kaum mereka. Namun, di negara seperti Malaysia ini, perjuangan sesebuah parti tidak akan berjaya melainkan membentuk perikatan atau gabungan dengan parti lain. Perikatan dengan parti lain adalah perlu sebagai salah satu cara penyelesaian untuk perkongsian kuasa dan pembelaan etnik. Hanya dengan pembentukan perikatan dengan parti lain akan dapat menjamin hak kaum yang diperjuangkan oleh mereka akan terjamin. Rasionalnya, negara Malaysia yang terbahagi kepada wilayah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak terdiri daripada masyarakat majmuk atau berbilang kaum. Perjuangan sebuah parti tidak akan berjaya kerana mereka perlu bekerjasama dengan parti kaum lain bagi memastikan rakyat memberikan sokongan dalam pilihan raya umum yang biasanya diadakan setiap lima tahun. Ringkasnya, perkembangan Parti Perikatan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah berbeza dalam setiap Pilihan Raya Umum diadakan. 2.0 PARTI PERIKATAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA Permulaan kepada Parti Perikatan di Semenanjung bermula pada tahun 1952 apabila UMNO bergabung dengan MCA dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. UMNO merupakan sebuah parti Melayu yang ditubuhkan dengan tujuan untuk menyatukan orang Melayu dan mempertahan hak orang Melayu. MIC pula merupakan sebuah parti orang Cina bertujuan untuk membela nasib orang Cina. Perikatan yang wujud antara UMNO dan MCA pada tahun 1952 bertujuan untuk membela nasib kaum masing-masing melalui perkongsian kuasa. Hanya melalui perikatan, nasib kaum masing-masing dapat dibela kerana perjuangan parti secara sendiri tidak akan berjaya disebabkan sifat masyarakat majmuk yang dimiliki 1

Upload: zal-jeff

Post on 10-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Parti politik gabungan

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Parti politik merupakan satu pertubuhan berbentuk politik yang ditubuhkan dengan tujuan tertentu. Perkembangan politik di Malaysia telah bermula dengan rancak pada tahun 1946 apabila Malayan Union diperkenalkan oleh Britsh di Tanah Melayu. Di Sabah pula, perkembangan politik bermula agak lewat dan hanya berkembang sewaktu cadangan penubuhan Gagasan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1963. Ia merupakan detik yang penting kepada Sabah. Di Sarawak, kesedaran berpolitik dalam kalangan masyarakatnya adalah lebih baik berbanding Sabah kerana kesedaran berpolitik sudah wujud sejak tahun 1914 lagi. Setiap parti politik yang ditubuhkan mempunyai matlamat yang tersendiri untuk dicapai dan biasanya setiap parti politik memperjuangkan hak atau kepentingan kaum mereka.

Namun, di negara seperti Malaysia ini, perjuangan sesebuah parti tidak akan berjaya melainkan membentuk perikatan atau gabungan dengan parti lain. Perikatan dengan parti lain adalah perlu sebagai salah satu cara penyelesaian untuk perkongsian kuasa dan pembelaan etnik. Hanya dengan pembentukan perikatan dengan parti lain akan dapat menjamin hak kaum yang diperjuangkan oleh mereka akan terjamin. Rasionalnya, negara Malaysia yang terbahagi kepada wilayah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak terdiri daripada masyarakat majmuk atau berbilang kaum. Perjuangan sebuah parti tidak akan berjaya kerana mereka perlu bekerjasama dengan parti kaum lain bagi memastikan rakyat memberikan sokongan dalam pilihan raya umum yang biasanya diadakan setiap lima tahun. Ringkasnya, perkembangan Parti Perikatan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah berbeza dalam setiap Pilihan Raya Umum diadakan.

2.0PARTI PERIKATAN DI SEMENANJUNG MALAYSIAPermulaan kepada Parti Perikatan di Semenanjung bermula pada tahun 1952 apabila UMNO bergabung dengan MCA dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. UMNO merupakan sebuah parti Melayu yang ditubuhkan dengan tujuan untuk menyatukan orang Melayu dan mempertahan hak orang Melayu. MIC pula merupakan sebuah parti orang Cina bertujuan untuk membela nasib orang Cina. Perikatan yang wujud antara UMNO dan MCA pada tahun 1952 bertujuan untuk membela nasib kaum masing-masing melalui perkongsian kuasa. Hanya melalui perikatan, nasib kaum masing-masing dapat dibela kerana perjuangan parti secara sendiri tidak akan berjaya disebabkan sifat masyarakat majmuk yang dimiliki oleh Tanah Melayu ketika itu. Buktinya, dalam pilihan raya 1952 tersebut, UMNO-MCA berjaya memenangi sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Hal ini membuktikan bahawa gabungan parti mendapat sokongan masyarakat kerana dapat membela nasib kaum masing-masing melalui perikatan yang dibentuk.

Perikatan yang dibentuk oleh UMNO dan MCA telah disertai oleh MIC yang mewakili orang India. Tujuan penyertaannya adalah sama dengan UMNO dan MCA iaitu untuk membela nasib kaum mereka. Kemudian, ketiga-tiga parti politik ini bergabung secara rasmi dan menamakan parti gabungan yang mereka wujudkan sebagai Parti Perikatan pada tahun 1954. Parti Perikatan ketika ini ditubuhkan dengan tujuan paling utama untuk memerdekan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Manifesto Parti Perikatan pada pilihan raya umum 1955 berkisar kemerdekaan Tanah Melayu, hak istimewa orang Melayu, pendidikan dan perkhidmatan awam. Hasil gabungan yang dibentuk, Parti Perikatan berjaya memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti yang amat besar iaitu 152 kerusi berjaya dimenangi daripada 154 kerusi dipertandingkan. Parti Perikatan kemudiaannya membentuk kerajaan dan berkongsi kuasa dalam pentadbiran antara satu sama lain demi untuk kepentingan bersama sama dari segi politik, ekonomi mahu pun sosial. Ringkasnya, pilihan raya umum 1955 sehingga 1969 memperlihatkan tujuan penggabungan UMNO, MCA dan MIC adalah untuk berkongsi kuasa dan menjaga hak kaum masing-masing.2.1Parti Perikatan Tahun 1974 Sehingga 1990

2.1.1 Parti Perikatan 1974

Perkembang politik antara tahun 1974 sehingga tahun 1990 memperlihatkan perubahan yang sangat ketara berbanding sebelum tahun 1974. Dalam konteks ini, perubahan boleh dilihat dari segi parti yang bergabung, perjuangan setiap parti dan konflik dalam merebut kuasa. Pada tahun 1974, nama Parti Perikatan telah diubah kepada Barisan Nasional (BN) oleh Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi Perdana Menteri. Ahli asal Parti Perikatan sebelum ini iaitu United Malay National Organisation (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malaya India Community (MIC) masih kekal dalam BN. Tujuan penubuhan BN adalah untuk mengurangkan politiking yang berlandaskan perkauman. BN bertindak sebagai satu rangkaian parti politik pelbagai kaum yang bersatu dalam satu barisan yang menjadikannya bersifat kebangsaan Malaysia antara kaum. Kerjasama pelbagai kaum di bawah perikatan ini amat berkesan dan diterima oleh semua orang sehingga gabungan parti ini merupakan satu kekuatan baru bagi permerintahan demokrasi. Penggabungan kaum, pembahagian kuasa dan penyatuan antara kaum di Tanah Melayu mendapat sokongan daripada semua orang.

Antara parti yang menyertai BN ialah Parti Islam Se Malaysia (PAS) di bawah pimpinan Datuk Asri. PAS merupakan sebuah parti orang Melayu yang memperjuangkan Islam. Penyertaan PAS dalam komponen BN kali ini disebabkan janji BN untuk memberikan kerusi di Parlimen sekiranya PAS menyertai BN. Datuk Asri berpendapat penyertaan PAS dalam BN akan membantu mengurangkan percakaran politik yang memang sedang getir antara PAS dan UMNO. Lebih penting lagi, kerjasama dua parti bumiputera ini akan mengukuhkan kestabilan politik tanah air, di samping mengukuhkan bargaining power politik bumiputera. Parti Progresif Rakyat (PPP) turut menyertai BN dengan alasan untuk mengurangkan pergerakan parti yang memperjuangkan keperluan satu-satu kaum. Parti GERAKAN yang berjaya menguasai Pulau Pinang dalam pilihan raya 1969 memberikan dua sebab menyertai BN, iaitu demi kepentingan perpaduan dan berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat negeri Pulau Pinang supaya pembangunan ekonomi berjalan segera. Tidak ketinggalan, Parti Kemajuan Progresif Rakyat (PPP) turut menyertai BN dengan matlamat perkongsian kuasa dan pembelaan etnik mereka.

Pada Pilihan Raya Umum 1974 ini, gabungan antara semua parti politik turut bertujuan berhadapan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang akan memberi manfaat kepada semua orang di Malaysia melalui projek pembangunan dan peluang perniagaan. Hasil gabungan semua parti tersebut, BN telah memenangi 135 kerusi iaitu 87.7% daripada jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat. Peningkatan dalam jumlah kerusi yang dimenangi berbanding tahun sebelumnya dikaitkan dengan keinginan rakyat untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan selepas peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Parti pembangkang pula hanya memperoleh 19 kerusi sahaja iaitu 12%. Kejayaan BN membolehkan kerajaan baru dibentuk yang berdasarkan kepentingan semua kaum dan untuk mewujudkan satu suasana yang harmoni dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat.2.1.2 Parti Perikatan 1978Pilihan Raya Umum 1978 memperlihatkan kemunculan seorang lagi pemimpin negara yang menggantikan Tun Abdul Razak iaitu Tun Hussein Onn. Beberapa perkembangan penting telah berlaku sebelum pilihan raya 1978 dijalankan. Pada tahun 1977, PAS yang sebelum ini menyertai BN pada tahun 1974 telah bertindak keluar daripada BN. Pengunduran PAS daripada BN itu dikatakan berpunca akibat daripada ketegangan di dalam ahli untuk melihat PAS membimbing tampuk negeri sendiri dan juga fitnah dari ahli-ahli Perikatan yang menyatakan bahawa PAS telah mengambil tampuk kepimpinan baru atau kawasan baru. PAS juga dikatakan keluar daripada BN kerana tidak menunaikan janji semasa PAS menyertai BN. Janji tersebut berkaitan pemberian kerusi di Parlimen oleh BN kepada PAS sekiranya menyertai BN tetapi tidak ditunaikan oleh BN. Maka, PAS mengambil keputusan untuk keluar daripada BN.

Pada tahun 1978 juga, sebuah parti baru muncul yang dikenali sebagai BERJASA dipimpin oleh Mohamad Nasir yang telah keluar daripada PAS. Tindakan Mohamad Nasir keluar daripada PAS kerana tidak bersetuju dengan tindakan PAS yang keluar daripada BN. Parti BERJASA telah membentuk kerjasama dengan UMNO untuk menentang PAS di dalam pilihan raya pada tahun 1978. Parti-parti lain dalam komponen BN masih kekal menyertai BN kerana yakin BN memperjuangkan hak mereka.

Keputusan Pilihan Raya Umum 1978 memperlihatkan kemenangan sekali lagi berpihak kepada BN. Secara keseluruhannya, BN memenangi 119 daripada 144 jumlah kerusi parlimen, iaitu lebih daripada dua pertiga. Parti pembangkang yang kuat pada masa tersebut iaitu DAP hanya memperoleh sembilan kerusi dan kedudukan ini langsung tidak menggugat dominasi BN dalam Parlimen. PAS pula yang bertindak keluar mengalami kekalahan yang teruk dengan hanya mendapat dua kerusi DUN sahaja iaitu di Jeli Skrang dan Manek Urai. Kemenangan ini membuktikan hanya dengan perikatan sahaja, parti politik boleh mencapai kemenangan kerana kewujudan parti perikatan akan memastikan kepentingan semua pihak terjaga selain sifat negara Malaysia yang berbilang kaum.

2.1.3 Parti Perikatan 1982Perkembangan politik pada tahun 1982 memperlihatkan bagaiman komponen dalam BN terutamannya MCA telah menyumbang kepada kemenangan BN. Perikatan yang wujud dalam BN ketika ini adalah hampir sama seperti sebelumnya dengan ketiadaan PAS. Pada tahun 1982 ini juga didapati tiada parti yang menyertai BN. Dengan erti kata lain, UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN bergabung untuk memenangi pilihan raya umum 1982. Tujuan perikatan dalam BN adalah masih sama seperti sebelum ini iaitu berkongsi kuasa, menjaga kepentingan kaum dan mewujudkan kestabilan politik. BN telah memenangi 103 kerusi daripada 114 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini disumbangkan oleh MCA memenangi 55 kerusi dari 62 kerusi yang dipertandingkan berbanding dengan 44 kerusi dari 60 yang dipertandingkan pada tahun 1978.

Kemenangan ini juga bererti sokongan kaum lain terutamanya orang Cina telah membuktikan kepercayaan orang Cina terhadap MIC untuk memperjuangkan hak mereka melalui penyertai dalam BN. Gabungan parti ini menunjukkan bahawa kerajaan campuran merupakan suatu asas dalam pembentukan sesebuah kerajaan. Kejayaan ini berjaya membenam keegoan parti pembangkang iaitu DAP untuk memenangi pilihan raya tersebut. Ringkasnya, pembentukan parti perikatan adalah satu jalan penyelesaian bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera melalui perkongsian kuasa.

2.1.4 Parti Perikatan 1986Perkembangan politik pada tahun 1986 memperlihatkan bagaimana PAS begitu bersungguh-sungguh untuk menamatkan pemerintahan BN. PAS telah bekerjasama dengan sekumpulan masyarakat Cina yang dikenali sebagai Chinese Consultive Committee (CCC). Mereka bergabung tenaga dalam mencari pengikut serta pengundi bagi menumbangkan BN. CCC berperanan dalam mendapatkan undi dalam kalangan orang Cina dengan menjelaskan konsep PAS dan perjuangannya. DAP pula mempunyai misinya tersendiri iaitu cuba menyekat kemenangan 2/3 BN di dalam Parlimen bagi menyekat sebarang dasar yang dibuat oleh BN. Gabungan komponen dalam BN masih lagi sama iaitu UMNO, MIC, MCA dan GERAKAN dengan tujuan yang masih lagi sama seperti pilihan raya sebelumnya.

Sekali lagi, perikatan yang dibentuk dalam BN berjaya memenangi Pilihan Raya Umum 1986. Dalam pilihan raya peringkat negeri, BN telah menyapu bersih semua 11 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya. BN mendapat kemenangan yang besar di Perlis, Kedah, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. DAP pula telah mencapai kejayaan besar dengan memperoleh 24 kerusi Parlimen berbanding 9 buah kerusi pada tahun 1982. Parti pembangkang yang terdiri daripada PAS dan DAP turut memenangi sejumlah kerusi di Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Melaka dan Johor untuk membolehkan parti-parti itu memberi tentangan kepada BN dalam perbahasan di Dewan Undangan. Secara ringkasnya, perikatan dalam BN membuktikan bahawa kepentingan perikatan untuk memenangi pilihan raya umum yang mengambil kira kepentingan semua pihak di dalam BN.2.1.5 Parti Perikatan 1990

Era-era akhir 80-an sehingga 90-an membawa satu dimensi baru dalam politik negara kita. Sebelum Pilihan Raya Umum 1990 berlangsung, berlaku perkembangan pembentukan parti politik baru. Pengharaman UMNO pada tahun 1988 membawa kepada penubuhan UMNO baru yang diketuai oleh Dr. Mahathir. Tengku Razaleigh yang tidak menyertai UMNO baru telah menubuhkan sebuah parti baru iaitu Semangat 46. Beberapa parti baru lain yang terbentuk ialah seperti IPF, KIMMA, PRM dan HAMIM. Kesemua parti ini ialah parti pembangkang. PAS, DAP dan BERJASA masih kekal menjadi pembangkang. Dalam pilihan raya 1986, buat pertama kali dalam sejarah parti pembangkang telah bergabung untuk menumbangkan kerajaan BN yang ketika itu terdiri daripada gabungan UMNO, MCA, MIC, PPP dan GERAKAN. Di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Semangat 46, PAS, BERJASA, Hizbul Muslimin dan HAMIM bergabung untuk membentuk pakatan pembangkang yang kuat dan mengalahkan BN.

Walau bagaimanapun, pilihan raya umum yang diadakan pada 21 Oktober 1990 telah membuktikan bahawa BN di bawah pimpinan Dr. Mahathir masih mampu mengalahkan parti pembangkang. BN telah memenangi 127 kerusi parlimen daripada 188 kerusi Parlimen manakala APU hanya berjaya memenangi 15 kerusi Parlimen. Kebanyakan rakyat masih menyokong parti BN dan UMNO sebagai tunjang pemerintah Malaysia. Kemenangan ini membuktikan BN masih lagi mendapat kepercayaan untuk memerintah negara kerana masih percaya BN akan menjaga hak dan kepentingan mereka. Perikatan yang dibentuk oleh parti pembangkang pula membuktikan perikatan sememangnya penting untuk mendapatkan sokongan dan undi yang dibuktikan melalui peningkatan jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti pembangkang.3.0PARTI PERIKATAN DI SABAH

3.1Perkembangan Awal Politik

Sabah merupakan sebuah negeri yang lambat menerima kesedaran dalam berpolitik. Sebelum Mei 1961, tidak ada sebuah parti politik pun yang ditubuhkan. Sebaliknya, pertubuhan bercorak sosial, agama dan budaya yang banyak ditubuhkan. Sifat pertubuhan ini pula adalah setempat, iaitu hanya menfokuskan di sesuatu kawasan di mana pertubuhan tersebut ditubuhkan. Misalnya, Kadazan Cultural Association di Penampang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan orang Kadazan dari segi sosial, pelajaran dan kebudayaan. Begitu juga persatuan Islam ditubuhkan di sabah sejak abad ke-19 hanya bertujuan untuk menjaga kepentingan dan menyatukan penduduk Bumiputera Muslim. Selanjutnya pada tahun 1940-an, beberapa buah lagi persatuan Islam telah ditubuhkan di Sabah seperti Persatuan Barisan Pemuda (BARIP), Parti Kebangsaan Melayu (PKM) dan Khairat Jumaat Muslimin (KJM). Pada tahun 1950-an pula, Persatuan Ikhwan Sabah, Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Persatuan Islam Sabah ditubuhkan dengan tujuan untuk menyatupadukan umat Islam dan mengajak mereka menghayati ajaran Islam berpandukan al-Quran dan Hadis.

Ringkasnya, pertubuhan yang wujud di Sabah sebelum tahun 1961 bertujuan untuk menjaga kepentingan sosial, budaya dan agama kaum masing-masing. Pertubuhan-pertubuhan ini belum lagi memperjuangkan sebarang isu politik di Sabah. Pada ketika itu juga, pemimpin dan penduduk Sabah belum lagi memandang serius terhadap perkembangan politik di Sabah.

3.2Permulaan Kepada Parti Perikatan

Pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura merupakan satu detik penting yang membawa kepada perkembangan parti politik di Sabah. Dalam konteks ini, parti politik yang ditubuhkan lahir daripada idea gagasan Malaysia dan parti yang ditubuhkan ini bersifat kaum atau etnik yang mereka wakili. Ringkasnya, parti politik yang ditubuhkan bertujuan untuk mewakili dan melindungi kepentingan kaum masing-masing. Setiap parti yang ditubuhkan berusaha mengumpul kesemua kekuatan politik bagi memastikan kerjasama antara mereka akan mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Dalam erti kata lain, kemenangan yang dicapai oleh parti perikatan yang mereka bentuk akan membolehkan mereka membentuk kerajaan Sabah yang mewakili kepentingan kesemua kumpulan kaum di seluruh negeri.

Parti politik yang pertama ditubuhkan di Sabah ialah UNKO (United National Kadazan Organisation) pada Ogos 1961. UNKO merupakan sebuah parti politik untuk masyarakat untuk Kadazan di pantai timur Sabah. Parti ini diketuai oleh Donald Stephens yang bertujuan mempertahankan hak orang-orang Kadazan/Dusun. Pada peringkat awal, UPKO menentang penubuhan Malaysia tetapi kemudian bersetuju dengan idea tersebut. Donald Stephens dan tujuh ahli jawatankuasa partinya yang melawat Tanah Melayu mengkagumi pembangunan pesat yang berlaku di Semenanjung yang menyebabkan mereka bersetuju dengan idea penubuhan Malaysia. Beberapa faktor lain seperti pemberontakan politik di Brunei pada tahun 1962, tuntutan Filipina ke atas Sabah pada tahun 1962 dan konfrantasi Indonesia telah menyebabkan UNKO berubah sikap menyokong Gagasan Malaysia. Kemudian, bagi menjaga kepentingan Kadazan/Dusun dan pergolakan politik menyebabkan UNKO bergabung dengan sebuah parti iaitu Pasok Mamogun membentuk parti United Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO).

Pada 23 Disember 1961, USNO (United Sabah National Organisation) ditubuhkan di Kudat yang diketuai oleh Tun Datu Mustapha. USNO merupakan sebuah parti politik Islam yang terbuka kepada semua kaum di Sabah. Namun, kebanyakan ahli di dalam USNO merupakan orang Suluk yang beragama Islam termasuklah Tun Datu Mustapha sendiri. pada peringkat awal penubuhan USNO, ahlinya terdiri daripada 165,560 (36% jumlah penduduk Sabah) dan sebahagian orang Dusun yang tidak setuju dengan dasar UPKO mengenai nama Kadazan. Pendirian USNO terhadap Malaysia sejak dari awal lagi memang menyokong Gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Hal ini kerana USNO percaya dan yakin bahawa Sabah akan lebih maju dari segi ekonomi dan politik dalam persekutuan. USNO dengan serta merta menyokong gagasan Malaysia dan berusaha unutk mejayakan pembentukan tersebut dengan menyokong Tunku Abdul Rahman dan pemimpin Malaya (Tanah Melayu) yang lain.

Seterusnya, perkembangan politik Sabah bertambah rancak dengan penubuhan Pasok Momogun atau United National Pasok Momogun Organisation (UPMO) yang diasaskan oleh dua adik beradik, G.S Sundang dan OKK Sedomon pada Januari 1962. Penubuhan UPMO merupakan satu tindak balas terhadap penubuhan UPKO yang mewakili masyarakat Kadazan di timur. Tujuan penubuhan UPMO ialah untuk membaiki taraf pertanian dan pelajaran anak negeri. UPMO mewakili masyarakat pedalaman di Sabah yang mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan orang Dusun, rungus di Kudat dan Murut di Tenom dan Persiangan. UPMO mendapat sokongan kewangan daripada tauke-tauke balak yang terdiri dari orang Cina dan Sino-Kadazan. Oleh itu, kebanyakan dasar UPMO dipengaruhi oleh orang Cina. Pada dasarnya, UPMO menentang sekeras-kerasnya gagasan Malaysia kerana kebimbangan mereka terhadap dominasi oleh masyarakat Melayu-Islam. Namun, orang Cina telah beralih dari UPMO dan menubuhkan parti baru yang menyebabkan UPMO tidak mempunyai sokongan. Akibatnya, Datuk Sundang tidak mempunyai pilihan selain menandatangani persetujuan penubuhan Malaysia.

Orang Cina yang beralih dari UPMO telah menubuhkan dua parti Cina pada tahun 1962 iaitu DPNB yang dipimpin oleh Peter Chin berpusat di Jesselton dan UP yang dipimpin oleh Khoo Siak Chiew berpusat di Sandakan. Perbezaan kedua-dua parti ini ialah DPNB berkiblatkan kepada Singapura manakala UP menghalakan kiblat mereka ke Hong Kong. DPNB dan UP menentang Gagasan Malaysia dan mereka ingin supaya Sabah diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Mereka bimbang kepentingan ekonomi mereka akan terjejas terutama aktiviti pembalakan. Kemudian, atas pujukan Parti Perikatan MCA dari Semenanjung iaitu Dr. Lim Swee Aun dan beberapa pemimpin MCA lain menyebabkan kedua-dua parti bersetuju dengan Gagasan Malaysia. DPNB dan UP kemudian bersetuju bergabung dengan membentuk Borneo Utara National Party (BURAP) yang kemudian ditukarkan kepada Sabah National Party (SANAP).

Pada tahun sama, sebuah parti politik Cina iaitu Sabah Chinise Association (SCA) ditubuhkan. SCA merupakan gabungan parti-parti kecil yang masing-masing berpusat di Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau yang ditubuhkan pada tahun 1961. Parti ini adalah a party of wealthy towkays published such aims as the fostering of allegiance of North Borneo, the discouraging interest in Taiwanese affairs. Pada tahun 1965, parti ini telah bergabung dengan SANAP akibat pergolakan politik ketika perikatan Sabah sudah dibentuk. Kedua-dua parti bersetuju mengambil nama Sabah Chinise Association (SCA) sebagai parti orang Cina di Sabah. Dengan percantuman ini, SCA merupakan satu-satunya parti yang mewakili kepentingan orang Cina di Sabah.

3.3Kerajaan Perikatan Sabah (The Sabah Alliance Government) 1963-1967Tahun 1963 dikhaskan oleh rakyat Sabah untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab untuk memerintah dan berkerajaan sendiri. Perikatan Sabah secara langsung dipilih melalui pilihanraya dan Majlis Undang-undang Negeri mula berfungsi sebagai badan pembuat undang-undang di Sabah. Pilihan raya pertama di Sabah pada April 1963 menyaksikan gabungan USNO, UNKO, UPMO dan SCA berjaya memenangi pilihan raya. USNO berjaya memperoleh 53 kerusi, UNKO pula sembilan kerusi, SCA berjaya memperoleh tujuh kerusi dan enam kerusi pula dimenangi parti Bebas. Selepas perundingan mengenai pembahagian kerusi, USNO mendapat lapan kerusi, SCA memperoleh empat buah kerusi dan UPMO satu kerusi sahaja. Pembahagian kerusi pada peringkar Parlimen pula menyaksikan USNO memperoleh enam kerusi, UNKO lima kerusi, SCA lima kerusi dan UPMO satu kerusi.

Perasmian Malaysia sebagai sebuah persekutuan pada 16 September 1963, Perikatan Sabah yang terdiri daripada gabungan USNO, UPKO dan SCA sah menjadi kerajaan bagi wilayah Sabah. Datu Mustapha bin Datu Harun dilantik sebagai Yang Dipertuan Negeri (Head of the State) dan Donald Stephens menjadi Ketua bagi Kabinet Negeri Sebagai Ketua Menteri bersama-sama lapan lagi Menteri Negeri. Dato Mustapha yang merupakan Presiden USNO dipilih sebagai Yang Dipertua Negeri kerana parti USNO lebih mudah menerima polisi-polisi daripada kerajaan pusat. Malah, USNO juga mendapat sokongan daripada masyarakat Islam dan turut menerima sokongan padu daripada orang Cina malalui parti SCA. Tidak hairanlah jika sebahagian besar sumber kewangan USNO dibiayai oleh orang-orang Cina yang kaya melalui SCA.

Pembentukan Parti Perikatan di Sabah merupakan satu usaha untuk menyatukan pelbagai kaum di Sabah. Hal ini jelas melalui peranan akhbar seperti Daily News yang dijadikan saluran untuk menyampaikan idea mereka. Contohnya, Donald Stephens, Datu Mustapha, dan Khoo Siak Chiew telah mencadangkan agar gabungan UNKO, USNO, Parti Bersatu dan Parti Demokratik untuk mencapai hasrat tersebut. Namun, pemimpin Sabah menolak mana-mana rancangan sama ada dari parti politik Malaya atau Singapura untuk mengembangkan sayap mereka di Sabah. Hal ini bertujuan untuk memelihara kepentingan penduduk tempatan daripada dicabuli oleh mana-mana pihak luar. Melalui pembentukan Parti Perikatan Sabah yang terdiri daripada gabungan parti seperti USNO, UPKO dan SCA telah berjaya menyatukan pelbagai kaum di Sabah.

Selain itu, pembentukan Parti Perikatan ini dibuat untuk menyelaras pandangan dan memastikan masyarakat Sabah memperoleh faedah daripada penyertaan dalam Gagasan Malaysia. Pembentukan Perikatan di Sabah juga adalah penting bagi memastikan hak kaum yang diwakili oleh parti kaum tertentu terjaga. Rasionalnya, parti kecil tidak boleh berdiri sendiri dan perlu membentuk perikatan bagi memastikan hak mereka terjaga. Buktinya, dapat dilihat melalui percantuman UNKO dan Pasok Momogun yang membentuk United Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO). Faktor lain ialah pemimpin Pasok Momogun seperti G.S. Sundang merasakan selama ini mereka telah diperalatkan oleh orang Cina kerana tindakan orang Cina yang tidak lagi memberi sokongan kewangan kerana sudah mempunyai parti yang boleh mewakili mereka iaitu SCA. Maka, melalui Perikatan yang dibentuk, hak setiap kaum akan menjadi lebih terjaga dan terpelihara.

Pembentukan Perikatan di Sabah juga disebabkan oleh manfaat ekonomi melalui penyertaan Sabah dalam Gagasan Malaysia. Penyertaan Sabah dalam Malaysia telah memberi keuntungan dari segi pembangunan ekonomi dan infrastruktur. Buktinya, dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan sebanyak $205.97 juta untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan meninggikan taraf hidup rakyat. Pembinaan infrastruktur dan jalan raya menjadi keutamaan kerajaan bagi memudahkan pergerakan penduduk tempatan. Buktinya, sebanyak $75 juta diperuntukan untuk pembinaan jalan raya menghubungkan bandar-bandar dan pekan-pekan, terutamanya antara Tamparuli-Ranau, Kudat-Sindumin dan Tawau-Semporna. Ringkasnya, gabungan Parti Perikatan Sabah berjaya memberikan manfaat ekonomi kepada penduduk tempatan.

3.4Kerajaan Perikatan Tahun 1967-1975 (Era USNO dan SCA)

Pada pilihan raya 1967, dua buah parti iaitu USNO dan SCA masih mengekalkan perikatan yang wujud sebelum ini manakala UPKO yang dahulunya parti dalam Perikatan telah disingkirkan daripada Kerajaan Perikatan Sabah. Secara tidak langsung, UPKO menjadi pembangkang di Sabah. Penyingkiran UPKO daripada Kerajaan Perikatan berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya, UPKO tidak bersetuju dengan pindaan undang-undang pengeluaran lesen balak. Menurut undang-undang lama, tempoh lesen boleh digunakan dalam jangka masa pendek. Donald Stephens berpendapat ianya tidak memberi faedah dan turut menggesa supaya kegiatan pembalakan turut dilakukan di kawasan orang Kadazan/Dusun supaya mereka boleh menikmati faedahnya. Tetapi cadangan tersebut mendapat tentangan daripada USNO dan SCA kerana bimbang dengan kepentingan ekonomi mereka. Maka, perkara ini telah menjejaskan hubungan UPKO dengan USNO dan SCA.

Selain itu penyingkiran UPKO daripada Perikatan Sabah disebabkan tindakan UPKO melantik John B. Dusing, seorang Indo-Kadazan, sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. USNO berpendapat pelantikan itu akan memberi ancaman kepada hak bumiputera Islam. Di samping itu, UPKO juga melalui Datu Stephens telah mempersoalkan mengenai pemeriksaan hubungan antara Sabah dengan Kuala Lumpur. Hal ini kerana Sabah tidak dibawa berunding dalam penyingkiran Singapura daripada Malaysia. Kerajaan pusat bimbang dengan usul Datu Stephens yang seolah-olah mahukan Sabah keluar daripada Gagasan Malaysia. Tindakan ini menyebabkan Datu Mustapha kecewa dengan tindakan Donald Stephens yang tidak berunding dengannya dalam perkara yang melibatkan kepentingan Sabah. Oleh itu, UPKO telah disingkirkan daripada Perikatan Sabah bagi menjamin kestabilan dalam Perikatan Sabah.

Penyingkiran UPKO tidak menjejaskan Perikatan USNO dan SCA. Buktinya, Keputusan Pilihan Raya 1967 memperlihatkan USNO memenangi 14 buah kerusi, SCA lima buah kerusi, UPKO 12 kerusi dan satu oleh calon pembangkang Cina. Kerajaan USNO-SCA mempunyai mandat yang selamat untuk memerintah Sabah. Seperti pentadbiran sebelumnya, kerajaan menyediakan belanjawan tahunan untuk pembangunan sosioekonomi, dan peruntukan daripada Persekutuan untuk Pelan lima tahun diterima oleh Sabah secara berterusan. Dalam erti kata lain, perikatan yang dibentuk oleh USNO-SCA masih bertunjangkan kepada kepentingan ekonomi. Secara ringkasnya, kerjasama USNO-SCA masih lagi sama tujuannya seperti tujuan perikatan yang dibentuk pada tahun 1963.

Pada era 70-an sehingga tahun 1975, USNO tidak lagi menjadi sebuah perikatan yang memperjuangkan hak orang Sabah. Tun Mustapha menjalankan dasar pengislaman sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penganut agama lain terutamanya Kristian. Tun Mustapha juga menjadi semakin berkuasa sehingga menyalahgunakannya dan mula menahan sesiapa sahaja yang boleh boleh mengancamnya. Bukti penyalahgunaan kuasa terbukti apabila Datu Mustapha mengekang penubuhan parti baru seperti Union of Sabah People (USAP) yang dipimpin Peter Mojuntin. Tun Mustapha dikatakan mengugut ahli parti tersebut akan ditahan jika meneruskan penubuhan parti USAP. Pada peringkat Persekutuan, Tun Mustapha lantang menyuarakan keinginannya untuk keluar daripada Malaysia kerana merasakan autonomi Sabah semakin berkurangan. Kerajaan Persekutuan bertindak dengan menyokong penubuhan parti BERJAYA yang akhirnya membolehkan kuasa kerajaan di Sabah bertukar dan mengakhiri era pemerintahan Parti Perikatan yang dibentuk.

3.5Era BERJAYA (1976-1985)

Rentetan kejatuhan Parti USNO, sebuah parti yang baru iaitu BERJAYA telah ditubuhkan pada tahun 25 Julai 1975. Penubuhan BERJAYA merupakan hasil kerjasama antara Ketua Menteri Sabah Pertama Sabah, Tun Fuad Stephens dengan mantan setiausaha agung USNO, Harris Salleh. Era pemerintahan BERJAYA merupakan sebuah parti yang tidak dibentuk melalui parti-parti perikatan dan menamatkan pemerintahan Parti Perikatan yang diamalkan sejak penyertaan Sabah dalam Malaysia pada tahun 1963. Apabila BERJAYA berjaya memenangi Pilihanraya Negeri 1976,Tun Fuad telah dipilih buat kali kedua sebagai Ketua Menteri Sabah yang kelima. Namun selepas 44 hari menjadi Ketua Menteri, Tun Fuad meninggal dunia dalam peristiwa yang dikenali sebagaiTragedi Double Six pada 6 June 1976.Harris Sallehmenggantikan tempatnya sebagai Ketua Menteri Sabah yang keenam.

BERJAYA merupakan sebuah parti multi-racial pertama yang sebenar ditubuhkan di Sabah. Dalam erti kata lain, kepimpinan parti adalah bersifat multi-racial, begitu juga dengan keahliannya. Parti BERJAYA terdiri daripada Bumiputera Muslim dan Bumiputera bukan muslim seperti Kadazan/Dusun, Bajau, Suluk, Rungus, Murut, Bisaya, Brunei, Orang Sungei, Kwijau, Tatana, Tidong dan Kimaragang serta orang Cina yang terdiri daripada pelbagai kumpulan dialek. Pembentukan BERJAYA sebagai sebuah parti multi-racial merupakan satu cara penduduk Sabah berkongsi kuasa sama ada dari segi politik, ekonomi mahu pun sosial. Dalam erti kata lain, BERJAYA menghimpunkan semua masyarakat dalam sebuah parti untuk kemajuan rakyat dan negeri Sabah. Maka, BERJAYA telah berjaya mendapat sokongan rakyat yang dianggap dapat membela nasib masyarakat Sabah.

Pada awal pemerintahannya, BERJAYA dilihat telah membela nasib masyarakat Sabah melalui beberapa projek pembangunan. Antara projek-projek ekonomi yang telah dilancarkan ialah penubuhan Koperasi Pembangunan Desa, Koperasi Serbaguna Nelayan (Ko-Nelayan) dan Koperasi Serbaguna Rakyat Jelata Sabah (Kojasa). Dasar pemerintahan Harris mendapat sokongan dan disukai oleh rakyat. Kemampuan Harris untuk melaksankan pelbagai projek pembangunan dikaitkan dengan hubungan kerajaan pusat yang baik dengan kerajaan negeri Sabah. Hubungan erat yang terjalin membolehkan kerajaan pimpinan Harris mendapat peruntukan sebanyak RM$2 bilion dalam Rancangan Malaysia Keempat. Maka, dengan peruntukan tersebut, BERJAYA mampu melaksanakan pelbagai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat Sabah. Seterusnya, kejayaan BERJAYA menawan hati rakyat dalam pilihan raya 1976 berterusan dalam pilihan raya 1981. Namun, selepas sahaja pilihan raya 1981 berakhir, Harris telah berubah dan tidak lagi bersifat demokratik seperti sebelum ini. Harris menjadi pak turut kepada Kuala Lumpur dan menyebabkan BERJAYAtidak lagi disukai rakyat.

3.6Era Parti Bersatu Rakyat (PBS)

Beberapa masalah dalam era kedua pemerintahan BERJAYA seperti krisis kepimpinan Datuk Harris, pemecatan Datuk Joseph Pairin Kitingan, penjualan Pulau Labuan kepada Kerajaan Persekutuan, penghapusan status daerah Tambunan, dasar pengislaman yang melampau dan lain-lain lagi menyebabkan kekalahan BERJAYA dalam pilihan raya 1985. Buktinya, dapat dilihat melalui jadual di bawah:

Keputusan pilihan raya DUN Sabah 1985

Parti politik1985

Kerusi Dimenangi

PBS25

BERJAYA6

USNO16

PASOK1

JUMLAH40

Pilihan raya DUN 1985 menyaksikan perubahan dalam politik Sabah apabila BERJAYA kalah dengan PBS yang mengambil alih tampuk pemerintahan. Seperti BERJAYA, PBS bukanlah sebuah parti perikatan. PBS yang diketuai oleh Datuk Pairin Kitingan mendapat mandat rakyat untuk memerintah disebabkan oleh ketidakpuasan hati rakyat dengan kepimpinan Harris Salleh. BERJAYA dan USNO yang kalah dalam pilihan raya tersebut telah meminta supaya pilihan raya diadakan semula kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka. Namun, pilihan raya yang diadakan pada tahun 1986 memberi kejayaan besar kepada PBS apabila memenangi 35 kerusi, manakala lawannya USNO meperoleh 12 kerusi dan BERJAYA pula hanya mendapat satu kerusi. Kemenangan PBS disebabkan perjuangan PBS cuba mendapatkan hak rakyat Sabah seperti terkandung dalam Perkara 20 Sabah.

Perjuangan PBS mendapatkan hak orang Sabahan diteruskan melalui penyertaan PBS ke dalam Barisan Nasional pada tahun 1986 walaupun permohonan awal ditolak. Pairin Kitingan berusaha memperjuangkan hak-hak orang Sabahan daripada Kerajaan Pusat sehingga menimbulkan ketegangan. Namun, tiada satu pun tuntutan tersebut dipenuhi. Akibatnya, semasa Pilihan Raya Umum 1990, Pairin mengumumkan PBS keluar daripada Barisan Nasional. Tindakan PBS keluar dari Barisan Nasional mendapat sokongan rakyat Sabah dan PBS memperoleh kemenangan yang besar dalam Pilihan Raya Umum 1990 itu. Perkembangan politik selepas tahun 1990 memperlihatkan bagaimana UMNO menyusup masuk ke dalam Sabah dan mula menguasai politik Sabah sehingga kini.4.0PARTI PERIKATAN DI SARAWAK

4.1Perkembangan Awal Parti Politik Di Sarawak

4.1.1 Sarawak United People Party (SUPP)

Sarawak United People Party ataupun SUPP dtubuhkan pada tahun 1959 oleh Stephen Yong, Ong Kee Hui dan juga beberapa orang pemimpin bumiputera di Sarawak pada masa itu. Pada awalnya, Penduduk Sarawak terdiri daripada pelbagai etnik seperti kaum Cina, Iban, Melayu dan juga kaum kaum yang lain. Oleh itu, untuk dapatkan sokongan dari semua kaum, SUPP telah membuka keanggotaan kepada semua kaum dengan kerjasama dengan beberapa orang pemimpin bumiputera. Walaubagaimanapun, anggota SUPP tetap didominasi oleh orang Cina dan penubuhan SUPP juga mempunyai empat objektif yang utama iaitu:

I. Untuk memajukan kegiatan politik rakyat Sarawak dengan cara perlembagaan

dan dengan tujuan memperoleh kemerdekaan.

II. Untuk menubuhkan satu kerajaan yang berasaskan demokrasi berparlimen.

III. Untuk menggalakkan dan memastikan kemajuan ekonomi dan kebudayaan semua kaum dan seterusnya untuk memperbaiki keadaan ekonomi pekerja-pekerja dan mereka yang berpendapatan rendah.IV. Untuk mengekalkan perpaduan kaum dan menyatupadukan semua bangsa dan untuk menggalakkan rakyat Sarawak bersemangat berdikari.

Penubuhan SUPP tercetus pada tahun 1956 di mana Ong Kee Hui dengan beberapa orang pemimpin bumiputera Sarawak bercadang untuk menubuhkan sebuah parti politik berbilang kaum. Gabenar Sarawak pada masa itu, iaitu Sir Anthony Bell juga memberi galakan kepada Ong Kee Hui untuk memimpin parti tersebut. Seterusnya, pihak British juga bersetuju dengan cadangan menubuhkan parti politik kerana British pada masa itu ingin mengelak pengaruh komunis dari Singapura meresap ke Sarawak. Untuk mengelakkan perpecahan kaum dalam masyarakat majmuk di Sarawak, pihak British juga menekankan bahawa parti yang akan ditubuhkan itu harus berbilang kaum.

4.1.2 Parti Negara Sarawak (PANAS)

Parti Negara Sarawak (PANAS) ditubuhkan pada 9 April 1960, iaitu 10 bulan selepas penubuhan parti politik yang pertama di Sarawak iaitu Sarawak United Peoples Party (SUPP). Idea penubuhan parti politik ini sebenarnya disuarakan oleh Datuk Bandar Abang Haji Mustapha pada 7 Disember 1959. Kemenangan parti politik SUPP dalam pilihan raya majlis daerah pada tahun 1959 mendesak kaum Melayu untuk menubuhkan satu unit parti politik yang baru. Oleh itu, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha telah mengadakan mesyuarat bersama ahli majlis negeri yang tidak menyertai SUPP bagi membincangkan penubuhan parti politik baharu yang dapat melindungi kaum bumiputera Sarawak.

Malah, pada awal penubuhannya, Parti Negara Sarawak (PANAS) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai kaum seperti kaum Dayak, kaum Cina dan kaum Melayu. Parti ini mendapat sambutan yang baik disebabkan dasar keahliannya yang terbuka kepada semua kaum dan lapisan masyarakat. Setelah pendaftaran PANAS diluluskan secara rasmi pada 9 April 1960, pemilihan jawatankuasa yang pertama dibuat. Pengerusi parti Panas yang pertama ialah Datu Bandar dan adiknya iaitu Abang Othman sebagai Setiausaha Agung yang pertama dalam membentuk Parti Negara Sarawak. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa matlamat dalam penubuhan Parti tersebut iaitu:

I.Menolong, melindungi, menyokong, menggerakkan dan memajukan kepentingan

bumiputera dan kepentingan penduduk Sarawak dalam bidang politik, pelajaran,

agama, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

II.Menuntut pelaksanaan polisi pendidikan kebangsaan yang standard.

III.Mengembangkan dan menggalakkan hak asasi manusia dan kebebasan untuk

semua tanpa mengira agama, kaum dan bahasa.

IV.Mengambil langkah-langkah berkesan untuk menentang ancaman dalam negeri.

4.1.3 Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)

Barisan Rakyat Jati Sarawak ataupun dikenali sebagai BARJASA telah ditubuhkan pada 4 Disember 1961 oleh orang Melayu yang berpendidikan tinggi iaitu di bawah pimpinan Tuanku Bujang bin Tuanku Osman, seorang aristokrat Sibu. BARJASA ditubuhkan akibat daripada perbezaan latar belakang, fahaman dan juga perjuangan dengan PANAS, Parti Negara Sarawak pada masa itu yang juga merupakan parti politik kaum Melayu. Penubuhan BARJASA juga disebabkan oleh ketidakpuasan hati kaum Melayu dan Melanau terhadap PANAS. Hal ini demikian kerana PANAS yang dipimpin oleh Abang Haji Mustapha merupakan golongan aristokrat Kuching. Keadaan ini telah menyebabkan PANAS didominasi oleh kaum Melayu dari bahagian Kuching.

Malah,kebanyakan mereka yang berjawatan penting dalam BARJASA ialah golongan yang berpenddikan agama seperti Haji Suut bin Tahir, Ustaz Mohammad Mortadza bin Haji Daud, Ustaz Abdul Kadir bin Hassan dan Haji Busrah. Seterusnya, terdapat juga golongan intelek seperti Abdul Rahman Yaakud dan Abdul Taib Mahmud yang menggerakkan BARJASA dari belakang kerana kedua-dua tokoh tersebut mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang. Mereka juga telah memainkan peranan yang penting dalam arena politik Sarawak dari lewat tahun 1960-an sehingga sekarang. Lebih-lebih lagi, BARJASA ditubuhkan dengan matlamat perjuangan seperti berikut:

I.untuk meyelamat penduduk Sarawak daripada pengaruh komunis.

II.Untuk memperkenal, melindungi dan mendukung prinsip demokrasi berparlimen

di Sarawak.

III.Untuk memelihara dan mengembangkan perasaan muhibah dan harmoni pada

kalangan penduduk yang pelbagai kaum di Sarawak dan untuk mengembangkan

pertumbuhan bangsa yang kuat dan bersatu padu.

IV.Untuk mengambil beberapa langkah yng perlu terhadap kebajikan dan kemajuan

penduduk asal khasnya dan penduduk Sarawak umumnya.

4.1.4Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)

Parti SNAP merupakan parti yang pertama ditubuhkan di Sarawak yang memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak. Umumnya, penubuhan parti SNAP adalah tindak balas kaum Dayak terhadap penubuhan SUPP, Panas dan Barjasa. Hal ini kerana penubuhan partiparti yang lain adalah bersifat perkauman yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja. Oleh itu, kaum Iban merasakan bahawa mereka perlu menubuhkan sebuah parti politik yang menjaga dan memperjuangkan kepentingan mereka.

Penubuhan SNAP adalah bermatlamat untuk memberikan peluang kepada kaum Dayak terlibat aktif dalam bidang politik. Hal ini kerana, setiap parti politik yang dibentuk adalah memperjuangkan kaum tertentu sahaja. Melalui penubuhan SNAP, kepentingan kaum Iban dapat disuarakan melalui wakil daripada kaum Iban itu sendiri. Selain itu, parti ini juga memperjuangkan kepentingan kaum lain yang menyertai SNAP seperti kaum Bidayuh.

Pada awal penubuhan SNAP, parti ini tidak membuka keahliannya kepada kaum-kaum yang lain di Sarawak. Walau bagaimanapun, pada tahun 1963 perlembagaan parti telah diubah dan membuka keahliannya kepada kaum yang lain selain kaum Dayak. Tindakan parti mengubah keahliannya kepada kaum yang lain menyebabkan ramai ahli baru yang menyertai parti tersebut. Antara yang menyertai parti tesebut ialah James Wong Kim Min yang kemudiannya menjadi presiden SNAP selama 22 tahun.

4.1.5Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)

Parti Pesaka Anak Sarawak atau Sarawak Native's Heritage Party (PESAKA), atau juga dikenali juga sebagai PAPAS, merupakan salah satu bekas parti politik peringkat negeri yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962 di Sarawak, Malaysia. Parti ini merupakan parti politik kedua kaum Iban selepas Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) didaftarkan pada Mac 1961. Bersama-sama empat orang pemimpin daripada kaum Iban di Sibu, Tun Jugah yang meninggalkan Parti Negara Sarawak (PANAS) mengasaskan Pesaka untuk menentang SNAP yang mendapat sokongan yang kuat daripada kaum Iban Sibu. Malah, objektif utama pembentukan Pesaka ialah:

I.Untuk membantu semua kaum Dayak supaya bersatu dalam mengejar matlamat

dan kepentingan bersama dengan tujuan mengembang dan melaksanakan

kejayaan mereka dalam kerajaan di negeri Sarawak.

II.Untuk memelihara warisan Sarawak yang mempunyai peningkatan berhubung

dengan politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan khasnya kepada kaum Dayak

dalam dunia yang terus-menerus berubah.

III.Untuk memastikan bahawa melalui cara perlembagaan kaum Dayak mempunyai

hak yang tercatat dalam pembentukan kerajaan persekutuan.

Menjelang Ogos 1962, parti baru Pesaka telah tumbuh di Sibu untuk orang Iban dari Batang Rajang. Penaja-penajanya telah enggan menyertai Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang mengikut mereka adalah untuk orang Iban dari Saribas.

Antara tokoh yang berperanan penting dalam penubuhan parti Pesaka ialah Penghulu Masam Anak Radin, T.R. Francis Bujang anak Manja, Penghulu Francis Umpau, Pengarah Banyang dan Penghulu Chundi anak Resa. Temenggong Jugah, Temenggong Oyong Lawai Jau dan Jonathan Bangau pula menyertainya kemudian. Sementara Jugah dan Oyong Lawai Jau adalah pada mulanya ahli Parti Negara Sarawak (PANAS), Bangau pula ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

4.1.6Sarawak Chinese Association (SCA)

SCA ataupun Sarawak Chinese Association telah ditubuhkan pada tahun 1962 dan penubuhan SCA telah diusahakan oleh dua suku kaum Cina, iaitu suku Teochew di Kuching dan suku Foochow di Sibu. Kebanyakan anggota SCA merupakan golongan peniaga Cina dan golongan pelajar Cina yang berpendidikan Inggeris dan mereka yang tidak berpuas hati dengan perjuangan SUPP.

Penubuhan SCA telah menerima galakkan daripada MCA atau Malaysian Chinese Association dari Tanah Melayu bagi meluaskan pengaruh mereka dalam politik Sarawak dan berperanan menjaga kepentingan orang Cina di Sarawak. Selain itu, perjuangan SUPP yang pro-pembangkang juga menyebabkan campur tangan MCA untuk membantu menubuhkan sebuah parti alternatif Cina untuk memecahbelahkan sokongan orang Cina terhadap SUPP. Kemungkinan Sarawak akan mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 menyebabkan beberapa orang Cina yang kaya melihat betapa perlunya mereka menubuhkan sebuah parti alternatif kepada SUPP. Seterusnya, SCA telah ditubuhkan dan jawatan pengerusi pertama SCA telah disandang oleh Willian Tan, iaitu seorang suku Teochew dari Kuching.

Pada awal penubuhan, Majlis Tertinggi SCA dianggotai oleh majoriti kaum Cina dari Kuching yang terdiri daripada suku Teochew. Walau bagaimanapun, setelah beberapa tahun penubuhan, Majlis Tertinggi SCA berpindah tangan kepada suku Foochow yang berasal dari Sibu. Namun begitu, SCA telah diburbarkan pada tahun 1974 setelah SUPP menyertai parti kerajaan pada tahun 1970. Keadaan ini disebabkan oleh dua faktor, iaitu setelah SUPP menyertai parti kerajaan, sekatan terhadap sokongan parti pembangkang tidak diperlukan lagi, dan sebab kedua ialah SCA kurang mendapat sambutan dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada tahun 1970 iaitu cuma memenangi 3 kerusi daripada 48 kerusi. Apabila SCA diburbarkan, kebanyakan anggota SCA telah menyertai SUPP.4.2Permulaan Parti Perikatan atau Parti Gabungan Di Sarawak4.2.1Tahap Pertama (1963-1966)

Selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak berlangsung pada tahun 1963 telah menyaksikan gabungan beberapa parti politik bagi membentuk kerajaan perikatan, iaitu SCA, PESAKA, BARJASA dan SNAP telah membentuk kerajaan dengan Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Negeri. Manakala parti pembangkang pada masa itu ialah SUPP dan PANAS. Pada tahap pertama ini iaitu antara tahun 1963 sehingga 1966, penubuhan parti politik adalah berlandaskan etnik tertentu. Kecenderungan ini disebabkan oleh semangat keetnikan yang mahu memperjuangkan kepentingan etnik masing-masing. Idea untuk membentuk gabungan dengan parti lain bertujuan untuk berkongsi kuasa dan membela nasib etnik masing-masing. Seperti keadaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah, masyarakat Sarawak turut terdiri daripada pelbagai etnik. Oleh itu, gabungan dengan parti etnik yang lain adalah perlu bagi menjamin perkongsian kuasa dan memastikan kepentingan mereka dilindungi. Maka, gabungan awal perikatan di Sarawak ini sememangnya bertujuan untuk berkongsi kuasa dan membela nasib etnik masing-masing.4.2.2Tahap Kedua (1966-1970)

Pada tahap kedua iaitu antara tahun 1966 sehingga 1970 telah berlaku perubahan sama ada di barisan pembangkang mahupun kerajaan perikatan. Di barisan pembangkang, masih wujud dua buah parti, tetapi berubah dari segi komponen parti kerana SNAP yang pernah membentuk kerajaan dengan SUPP telah menjadi pembangkang. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh krisis tahun 1965 sehingga 1966 yang membawa kepada pemecatan Stephen Kalong Ningkan. Di pihak kerajaan pula, telah berlakunya penyatuan antara parti Barjasa dan PANAS yang membentuk sebuah parti iaitu Bumiputera walaupun Parti PANAS sebelum ini adalah merupakan parti pembangkang.

Hal ini berlaku apabila kenaikan Tawi Sli menjadi ketua menteri membawa beberapa perubahan kepada corak politik Sarawak apabila kemasukan SNAP ke dalam barisan pembangkang bersama SUPP dan Panas telah menambahkan lagi cabaran atau tekanan terhadap kerajaan di bawah Pesaka kerana walaupun SNAP berada di barisan pembangkang, namun sokongan terhadap parti itu masih lagi kuat. Setahun selepas SNAP keluar daripada kerajaan, parti tersebut telah mendapat sokongan padu daripada kaum Iban dan menyebabkan parti SNAP telah mendapat kemenangan mudah pada pilihan raya 1963. Namun begitu, sokongan yang diperolehi tidak dapat membawa parti SNAP menerajui kerajaan setelah menjadi pihak pembangkang dan gagal merampas pucuk pimpinan daripada Pesaka.

Di samping itu, kekuatan parti politik kaum peribumi Islam mula meningkat apabila PANAS dan Barjasa bersatu menjadi parti Bumiputera pada November 1966. Dengan pembentukan parti Bumiputera, kabinet Tawi Sli yang yang asalnya dikuasai oleh empat buah parti politik iaitu Pesaka, Barjasa, PANAS, dan SCA telah bertukar dan didominasi oleh tiga buah parti politik sahaja iaitu Pesaka, Bumiputera, dan juga SCA. Gabungan ini juga membuktikan bahawa hanya dengan dengan gabungan parti lain sahaja membolehkan kuasa berada di tangan parti yang bergabung. Tidak akan ada satu parti yang boleh memerintah Sarawak secara sendiri disebabkan kepelbagaian etnik dalam kalangan masyarakatnya. Hal ini kita boleh melihat melalui peningkatan prestasi parti SNAP yang memperoleh banyak kemenangan tetapi tidak dapat menjadi pemerintah di Sarawak kerana tidak mendapat sokongan daripada etnik lain. Ringkasnya, hanya melalui parti gabungan, kuasa dan kepentingan semua etnik terjaga kerana mendapat sokongan daripada pelbagai etnik yang bergabung dalam sebuah parti gabungan.4.2.3Tahap Ketiga (1970-1974)

Bagi tahap ketiga pula, iaitu antara tahun 1970 sehingga 1974, telah wujudnya kerajaan campuran pertama di Sarawak apabila SUPP sanggup menyertai kerajaan pada tahun 1970. Dengan itu, terdapat empat buah parti dalam kerajaan campuran dan tinggallah SNAP sebagai parti pembangkang yang unggul dan tunggal. Pada tahap ini, SNAP telah memperluaskan lagi konsep keahlian berbilang kaumnya dan memperoleh banyak kerusi dalam pilihan raya pada tahun 1974. Disebabkan itu, kerajaan telah menarik SNAP ke dalam kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1974.

Kemasukan SUPP kedalam kerajaan Campuran pada asalnya adalah ketika menghadapi pilihan raya 1970, ketika berlaku perpecahan dalam perikatan Sarawak. Parti Pesaka di bawah pimpinan Tawi Sli tidak dapat menerima kaum peribumi Islam untuk menjadi pemimpin Perikatan. Perpecahan ini telah menyebabkan parti Bumiputera parti Bumiputera dan Pesaka bersedia untuk bertanding antara satu sama lain di 17 kawasan negeri dan tujuh kawasan untuk kerusi Parlimen. Ekoran daripada ini, menyedari kemungkinan pembentukan kerajaan campuran diperlukan, Tun Abdul Razak, telah mengambil langkah untuk membuat perundingan dengan pemimpin SUPP untuk memilih SUPP sebagai parti pembangkang bagi membentuk kerajaan campuran pertama di Sarawak.

Oleh yang demikian, SUPP telah bersedia untuk membentuk kerajaan Campuran dengan parti Bumiputera. SUPP menegaskan sekiranya prinsip yang dijanjikan semasa pilihan raya dilaksanakan maka SUPP sanggup bekerjasama dengan kerajaan pusat. Hasilnya, pada 5 Julai 1970, keptusan pilihan raya telah diumumkan dan parti Bumiputera telah memenangi 12 kerusi SUPP 12 kerusi, SNAP 12 kerusi, Pesaka 8 kerusi, SCA 3 kerusi dan parti bebas satu kerusi. Ekoran daripada itu juga, SUPP telah bersedia untuk membentuk kerajaan Campuran dengan Bumiputera, SCA dan pesaka. Dengan penyertaan SUPP dalam parti perikatan, parti Pesaka dan SCA telah menjadi kurang berpengaruh. Di pihak pembangkang pula, kemasukan SUPP ke dalam Perikatan Sarawak telah menjadikan SNAP sebagai parti pembangkang yang tunggal dan masih menunjukkan pengaruh yang kuat. Ringkasnya, konsep kerajaan Campuran dengan parti lain adalah sama dengan konsep parti gabungan yang membuktikan kepentingan pembentukan gabungan dengan parti untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihan raya. Kerajaan Campuran yang dibentuk di Sarawak berjaya mendapat mandat daripada rakyat untuk memerintah Sarawak berbanding parti yang berjuang sendiri.4.4.4Tahap Keempat (1974 sehingga 1979)

Antara tahun 1974 sehingga 1983 pula menunjukkan berlakunya perubahan yang menarik kerana ketika ini tiada satu pun parti yang berada di pihak pembangkang. Hal ini berlaku apabila SNAP bersedia untuk menyertai kerajaan Barisan Nasional pada bulan Jun 1976. Di pihak kerajaan pula, berlaku sekali lagi gabungan parti politik antara Bumiputera dan Pesaka lalu membentuk PBB yang telah memperkukuhkan lagi kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub.

Hal ini berlaku apabila Abdul Rahman Yaakub berusaha untuk menyatu padukan Parti Bumiputera dengan Pesaka sebelum Pilihan raya 1974 diadakan dan akhirnya pada tahun 1973, Parti Pesaka dan Bumiputera bergabung menjadi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Pembentukan PBB ini telah memperkukuhkan kedudukan Abdul Rahman Yaakub sebagai ketua menteri Sarawak dan semangat beliau untuk memupuk perpaduan kaum terus diperkukuhkan dengan cadangan untuk menarik SNAP kedalam parti Barisan Nasional. Justeru itu, selepas pilihan raya 1974, beberapa perjumpaan telah diadakan antara Abdul Rahman Yaakub dengan pimpinan SNAP Stephen Kalong Ningkan walaupun terdapat sedikit salah faham antara mereka selepas itu, tetapi dengan rancangan pemberian pencen kepada bekas ketua menteri telah disambut baik oleh Stephen Kalong Ningkan. Dan akhirnya, pada 22 Mac 1976, Leo Monggie setiausaha Agung SNAP telah memberitahu pihak akhbar bahawa SNAP akan menjadi sebuah parti komponen Barisan Nasional pada peringkat Negri dan juga Persekutuan.

4.4.5Tahap Kelima (1979-1983)

Pada tahap ini sehingga tahap tujuh akan akan dibincangkan memperlihatkan satu perkembangan baru dalam perkembangan politik Sarawak apabila berlaku perpecahan dalam setiap parti kerajaan yang membawa kepada penubuhan pembangkang yang baru. Akibat daripada pepecahan ini juga, dalam pilihan raya 1979 telah memperlihatkan bahawa PBB, SUPP dan SNAP masing-masing mempunyai pencabar yang tersendiri daripada pihak kerajaan.

Parti SNAP mengalami perpecahan pada tahun 1979 apabila Endawie ingin meletak jawatan sebagai presiden berikutan dengan perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand. Hal ini telah menyebabkan berlakunya perebutan kuasa dalam ahli SNAP sehinggakan golongan Dayak ingin parti terus dipimpin oleh kaum Dayak dan mencadangkan Leo Moggie sebagai presiden yang baru. Namun, kehendak ini tidak dapat diterima oleh kaum Dayak dan juga sebahagian daripada mereka memutuskan untuk memilih James Wong sebagai pemimpin. Berlakulah pergeseran di dalam ahli SNAP terutama dalam pilihan raya 1982. Terdapat ahli SNAP keluar daripada parti dan menyertai parti Bebas dan mendapat simpati daripada ahli SNAP yang pro- Leo Monggi. Misalnya, Daniel Tajem yang menyokong Edwin Tangkun telah dipecat dan beliau dan beberapa orangahli SNAP telah menubuhkan Parti bersatu dayak Sarawak (PBDS) pada September 1983. Perpecahan dalam parti pembangkang terutamanya SNAP menyebabkan sokongan beralih kepada parti PBDS yang memperoleh kemenangan dalam pilihan raya 1983 apabila menyertai Barisan Nasional sekaligus menunjukkan sokongan terhadap parti perikatan masih lagi kukuh atas kepercayaan rakyat bahawa parti perikatan boleh menjamin kepentingan mereka terjaga selain dapat berkongsi kuasa dengan etnik lain. 4.2.6 Tahap Keenam (1983-1987)

Antara tahun 1983 sehingga 1987 telah berlakunya pergolakan dalam parti SNAP dan PBB yang membawa kepada pembentukan PBDS dan USNA. Bagaimanapun, penubuhan PBDS tidak meletakkannya di barisan pembangkang, tetapi kekal dalam kerajaan yang akhirnya membentuk Barisan Nasional Plus. Manakala bagi penubuhan USNA pula adalah lebih memihak kepada barisan pembangkang iaitu bersatu dengan DAP sebagai penentang pihak kerajaan.

Pada awalnya, ahli SNAP telah menuduh PBB menjadi dalang kepada krisis parti SNAP terutama pada tahun 1982. Tuduhan mereka adalah berasaskan kepada tindakan Abdul Taib Mahmud yang masih mengekalkan ahli SNAP yang telah dipecat dalam kabinet beliau seperti Daniel Tajim, Gramong Juna, dan Ambrose Gramong. Maka, pada ketika itu juga, terdapat pemimpin PBB yang terlibat dalam memecahkan SNAP telah mengambil tindakan untuk mengusahakan penubuhan PBDS dan PBDS ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1983 dan diterima di dalam Barisan Nasional. Sokongan kaum Dayak terhadap parti SNAP mula pudar selepas tertubuhnya parti PBDS yang menyemarakkan semangat berpuak-puak dalam parti itu sendiri. Penubuhan parti PBDS telah memberi saingan kepada parti SNAP kerana parti PBDS mendapat sambutan yang mengalakkan daripada orang Dayak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti SNAP. Keputusan pilihan raya juga menunjukkan Barisan Nasional negeri iaitu parti PBB dan parti SUPP berjaya memenangi pilihan raya tersebut iaitu 30 kerusi daripada 32 kerusi yang dipertandingkan. Manakala parti SNAP memenangi lapan kerusi dan Bebas empat kerusi. Kemenangan parti PBDS memenangi sebanyak enam kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan menunjukkan bahawa sokongan yang diberikan oleh Taib Mahmud kepada parti ini telah membawa kemenangan kepada parti PBDS. Ini merupakan satu petanda bahawa perjuangan mereka mendapat restu daripada pucuk pimpinan negeri walaupun baru tiga bulan ditubuhkan.

4.2.7Tahap Ketujuh (1987-1990)

Pada tahap terakhir topik perbincangan ini, ketika tempoh antara 1987 sehingga 1990 telah menunjukkan bahawa berlakunya perpecahan dalam kalangan Bumiputera Islam dan juga kaum Dayak. PBDS sebelum ini yang menjadi komponen Barisan Nasional Plus telah memihak kepada pembangkang. Perpecahan dalam PBB untuk kali ketiga ini telah menyebabkan penubuhan Permas telah berada sama dengan kedudukan PBDS dan juga DAP sebagai parti pembangkang.

Keluarnya PBDS daripada parti kerajaan adalah disebabkan semangat kaum Dayak lebih-lebih apabila PBDS mempengaruhi masyarakat di kawasan luar bandar dan membangkitkan sentiment perkauman Dayak. Dayakisme telah digunakan sebagai alat untuk menyatupadukan orang Dayak dan kaum ini mula terpengaruh dengan idea yang berlandaskan politik perkauman untukm mencapai kegemilangan politik. Lebih-lebih lagi dengan adanya isu balak yang berlaku antara Abdul Taib Mahmud dan juga Abdul Rahman Yaakub kerana masing-masing menyalahkan sesama sendiri tentang pengeluaran lesen balak tersebut. Isu penapisan lesen balak merupakan salah satu isu yang menyebabkan masyarakat Dayak semakin luntur kepercayaan terhadap Abdul Taib Mahmud apabila beliau tidak mengaku dengan perbuatannya yang dikatakan telah menyalahgunakan lesen dengan menjual dan memindahkan lesen balak tersebut.

Ekoran daripada itu, berlakulah krisis politik apabila tindakan empat orang menteri dan tiga orang Timbalan Menteri meletakkan jawatan masing-masing dan mereka bersama 28 orang Ahli Dewan Undangan Negeri yang lain telah mengadakan mesyuarat di Hotel Ming Court Kuala Lumpur. Mereka menamai diri dengan Kumpulan Bersatu atau Kumpulan Maju. Kumpulan ini menuntut supaya Ketua Menteri, iaitu Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatan. Jika beliau tidak meletakkan jawatan maka mereka akan mencadangkan undi tidak percaya ke atasnya. Maka dengan itu, ahli SNAP, SUPP, PBB, dan PBDS menyertai kumpulan Maju untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Abdul Taib Mahmud. Walau bagaimanapun, tidak semua parti komponen Barisan Nasional negeri yang merestui tindakan beberapa orang ahlinya yang menyertai Kumpulan Maju. Parti komponen seperti SUPP, SNAP, dan PBB menyatakan bahawa mereka menyokong penuh kepimpinan Abdul Taib Mahmud. Oleh itu, ahli yang terlibat dengan Kumpulan Maju dan dengan itu pucuk kepemimpinan Barisan Nasional negeri menganggap bahawa PBDS telah menarik diri keluar daripada Barisan Nasional Negeri.

Dengan itu, PBDS telah dikira menarik diri daripada parti kerajaan dan menjadi parti pembangkang yang menentang kerajaan dan menjelang pilihan raya tahun 1987, Kumpulan anti-Taib dalam PBB telah menubuhkan Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (Permas). Kebanyakan mereka yang terlibat dengan penubuhan ini ialah PBB yang telah meninggalkan parti itu dan menyertai Kumpulan Maju. Berdasarkan keputusan Pilihan Raya 1987, Barisan Nasional Tiga yang terdiri daripada parti SNAP, parti PBB dan parti SUPP mendapat sebanyak 28 kerusi, manakala Kumpulan Maju iaitu parti PBDS dan Permas berjaya memenangi 20 kerusi. Keputusan tersebut mengecewakan parti BN kerana mereka meramalkan akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi. Bagi pihak pembangkang, keputusan pilihan raya tersebut adalah satu kejayaan yang besar terutama sekali bagi PBDS kerana berjaya menambahkan kerusinya dua kali ganda. Ringkasnya, perikatan yang diwujudkan oleh parti kerajaan dan pembangkang membuktikan bahawa kepentingan mewujudkan parti perikatan bagi mendapatkan sokongan untuk memerintah yang sekaligus akan menjamin hak setiap etnik terjaga.5.0KESIMPULANMelalui analisis yang kami lakukan, perkembangan parti gabungan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak menunjukkan perkembangan. Perkembangan parti gabungan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak lebih awal berbanding Sabah disebabkan pendidikan dan dasar yang dijalankan oleh penjajah sebelum Malaysia dibentuk. Di Sabah pula, perkembangan parti gabungan ini lambat kerana faktor pendidikan dan dasar penjajah yang tidak menggalakkan rakyat terlibat dalam kegiatan berpolitik. Namun, perkembangan parti gabungan di Sabah terhenti pada tahun 1976 apabila BERJAYA yang merupakan parti multi-racial menguasai negeri Sabah yang kemudian diteruskan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) setelah kejatuhan BERJAYA. Parti gabungan di Sabah kembali semula pada tahun 1994 apabila UMNO bekerjasama dengan parti bumiputera di Sabah. Jelaslah bahawa parti gabungan satu penyelesaian ke arah perkongsian kuasa dan pembelaan etnik.

Secara keseluruhannya, perkembangan Parti Perikatan atau gabungan di Malaysia adalah berbeza dalam setiap Pilihan Raya Umum yang diadakan. Ternyata, perikatan yang dibentuk antara satu parti dengan parti-parti merupakan satu jalan penyelesaian ke arah perkongsian kuasa dan pembelaan etnik kerana sifat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Tambahan pula, tidak akan ada satu parti pun yang boleh memerintah negara ini secara sendiri melainkan melalui pembentukan gabungan dengan parti lain. Buktinya, kita boleh lihat melalui perikatan yang dibentuk oleh parti-parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang mengambil kira kepentingan setiap kaum di dalam parti tersebut. Maka, tidak hairanlah perjuangan parti yang membentuk perikatan mendapat sokongan daripada rakyat kerana rakyat percaya bahawa hak mereka akan lebih terjamin jika menyokong Parti Perikatan.

RUJUKAN

Ahmad Nidzammuddin Sulaiman et. al. 1994. Politik Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Aziz Zarina Ahmad. 1986. TAIB MAHMUD: Ke Arah Impian Bersama Sarawak. Selangor: Ling

Wah Press Sdn. Bhd.

Azman Zakaria. 2008. Analisis Sejarah Keputusan Pilihan Raya Di Malaysia. Shah Alam:

Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Craig, A. L. 1971. Leadership and Power within the Chinese Community of Sarawak: A HistoricalSurvey. Singapura: McGraw-Hill.Edwin, L. 1977. The Tawkey of Sabah. Singapore: Singapore University Press.

Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi & Zulkifly. 1986. Sabah: Perubahan Dalam Pembangunan,

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Yayasan Sabah.

Hairi Abdullah, Zulkifly & Fatimah Karl. 1989. Integrasi Sabah. Bangi : Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Kassim Thukiman. 2002. MALAYSIA: Perspektif Sejarah dan Politik. Johor: Universiti TeknologiMalaysia.Mauzy, D. K. 1983. Barisan Nasional. Kuala Lumpur: Marican & Sons.

Mazlan Abdullah. 1981. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors.

Muhammad Agus Yusoff. 1999. The Politics of centre-state conflict: the Sabah experience

under the ruling Sabah Allience (1963-1976). JEBAT(26).

Mohammad Agus Yusoff. 2002. Politik Federealisme di Malaysia: Pengalaman Sabah, Jati(7).Mohd Ali Kamarudin. 2004. Penaungan Dalam Kepimpinan Poitik Melayu UMNO Kelantan

1946-90. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Sarim Hj. Mustajab. 2003. Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia Prosiding

Seminar Kebangsaan Pembinaan Nation Malaysia. Kota Kinabalu: PPIB.

Mohd. Sohaimi Esa. 2009. Kelahiran Parti Politik di Sabah: Kajian Akhbar Tempatan (1961

1962), MANU XV (71-90).

Nidzam Sulaiman & Sabihah Osman. 2000. Kepimpinan Melayu Muslim Sarawak. Sarawak:

Michael Leigh editor Borneo.

Ongkili, J.P. 1972. Modernization in East Malaysia, 1961-71. Kuala Lumpur: OUP.

Ritchie, J. 1987. SARAWAK: A Gentlemans Victory for Taib Mahmud. Kuala Lumpur: Pelanduk

Publications Sdn. Bhd.Rusniyati Mahiyaddin. 2008. Pilihan Raya Ke-12: Satu Perubahan Di Malaysia. Shah Alam:

Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Sabihah Osman. 1986. Perkembaangan Politik Sabah. Selangor: Universiti Kebangsaan

Malaysia.Sabihah Osman. 2009. Pembangunan Politik Sarawak: Satu Penelusuran Sejarah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Sutlive, V. H. 1992. TUN JUGAH OF SARAWAK Colonialism And Iban Response. Selangor:

Ampang Press Sdn. Berhad.

Azman Zakaria, Analisis Sejarah Keputusan Pilihan Raya Di Malaysia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), 2008, hlm. 46.

Rusniyati Mahiyaddin, Pilihan Raya Ke-12: Satu Perubahan Di Malaysia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), 2008, hlm. 554.

Mohd Ali Kamarudin, Penaungan Dalam Kepimpinan Poitik Melayu UMNO Kelantan 1946-90, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004, hlm. 36.

Mohd Sarim Hj. Mustajab, Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia Prosiding Seminar Kebangsaan Pembinaan Nation Malaysia, Kota Kinabalu: PPIB, 2003, hlm. 62.

Mohammad Agus Yusoff, Politik Federealisme di Malaysia: Pengalaman Sabah, 2002, Jati(7), hlm. 6.

Muhammad Agus Yusoff, The Politics of centre-state conflict: the Sabah experience under the ruling Sabah Allience (1963-1976), 1999, JEBAT(26), hlm. 3.

Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi & Zulkifly, Sabah: Perubahan Dalam Pembangunan, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia Yayasan Sabah, 1986, hlm. 98.

Ongkili, J.P., Modernization in East Malaysia, 1961-71, Kuala Lumpur: OUP, 1972, hlm. 54.

Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi & Zulkifly, 1986, op. cit., hlm. 101.

Edwin, L., The Tawkey of Sabah, Singapore: Singapore University Press, 1977, hlm. 82.

Mohd. Sohaimi Esa, Kelahiran Parti Politik di Sabah: Kajian Akhbar Tempatan (1961-1962), 2009, MANU XV (71-90)., hlm. 83.

Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi & Zulkifly, 1986, op. cit., hlm. 100.

Hairi Abdullah, Zulkifly & Fatimah Karl, Integrasi Sabah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1989, hlm. 246.

Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi & Zulkifly, 1986, op. cit., hlm. 108.

Sabihah Osman, Perkembaangan Politik Sabah, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1986, hlm. 117.

Hairi Abdullah, Zulkifly & Fatimah Karl, 1989, op. cit., hlm. 251.

Mohammad Agus Yusoff, 2002, op. cit., hlm. 8.

Ibid., hlm. 8.

Ibid., hlm. 10.

Craig, A. L., Leadership and Power within the Chinese Community of Sarawak: A Historical Survey, Singapura: McGraw-Hill, 1971, hlm. 212.

Sutlive, V. H., TUN JUGAH OF SARAWAK Colonialism And Iban Response, Selangor: Ampang Press Sdn. Berhad, 1992, hlm. 142.

Aziz Zarina Ahmad, TAIB MAHMUD: Ke Arah Impian Bersama Sarawak, Selangor: Ling Wah Press Sdn. Bhd, 1986, hlm. 30.

Kassim Thukiman, MALAYSIA: Perspektif Sejarah dan Politik, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 2002, hlm. 160.

Ritchie, J., SARAWAK: A Gentlemans Victory for Taib Mahmud, Kuala Lumpur: Pelanduk Publications Sdn. Bhd, 1987, hlm. 1.

Ibid., hlm. 61.

Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, Politik Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 13.

Ibid., hlm. 54.

Ibid., hlm. 77.

Ahmad Nidzamuddin Sulaiman et al. 1994, op. cit., hlm. 95.

Ibid., hlm. 96.

Sabihah Osman, Pembangunan Politik Sarawak: Satu Penelusuran Sejarah, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2009, hlm. 25.

16