kemahiran jawi

Upload: isma-liza

Post on 11-Feb-2018

835 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    1/18

    47

    TOPIK 4 KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI

    OUM

    TOPIK 4 KEMAHIRAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN JAWIFadzilah Mustapa

    PENGENALAN

    Perkara yang akan dibincangkan dalam topik ini ialah mengenai kemahiran pengajarandan pembelajaran jawi di dalam bilik darjah dengan menggunakan berbagai kaedah danteknik. Antara topik-topik yang akan dibincangkan ialah:

    4.1 Kemahiran Mengenal dan Menyebut Huruf-huruf hijaiyyah / Jawi Suku kata Jawi Perkataan Jawi

    4.2 Kemahiran membaca Perkataan berimbuhan dan pinjaman Ayat dan frasa ayat/ rangkai kata Petikan pendek pelbagai jenis

    4.3 Kemahiran menulis Ayat Karangan Khat Nasakh dan Riqah

    OBJEKTIF

    Pada akhir topik ini, anda dapat:

    1. mengetahui cara untuk melaksanakan pengajaran kemahiran mengenal danmenyebut huruf hijaiyyah dan huruf jawi;

    2. memahami pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untuk membina danmenulis suku kata, perkataan dan ayat dari suku kata terbuka dan tertutup;

    3. Menjelaskan langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti membaca dan menulisperkataan berimbuhan dan perkataan serapan, membina ayat dan rangkaikataserta petikan pendek;

    4. menerangkan kaedah dan teknik yang berkesan untuk membolehkan muridmenguasai kemahiran membaca dan menulis jawi; dan

    5. mengenali bentuk-bentuk khat nasakh dan khat riqah.

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    2/18

    48

    TOPIK 4KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ULUM SYARIAH

    OUM

    PETA MINDA

    KemahiranPengajaran

    danpembelajaran

    Jawi

    KemahiranMembaca

    Khat Nasakh danRuqah

    KemahiranMengenal

    danMenyebut

    KemahiranMenulis

    Huruf-huruf hijaiyyah /Jawi

    Suku kata Jawi

    Perkataan Jawi

    Perkataan berimbuhandan pinjaman

    Petikan pendekpelbagai jenis

    Ayat dan frasa ayat /rangkai kata

    Karangan

    Ayat

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    3/18

    49

    TOPIK 4 KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI

    OUM

    4.1 KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENYEBUT

    4.1.1 Huruf Hijaiyyah / Jawi

    Apabila membincangkan mengenai tulisan jawi kita akan menyebuthuruf-huruf hijaiyyah dan huruf jawi. Tahukah anda apa yangdimaksudkan dengan huruf hijaiyyah dan huruf jawi dan apakah perbezaanantara keduanya.

    Huruf hijaiyyah ialah huruf-huruf Arab. Kata hijaiyyah berasal dari kata kerja hajja ) (yang bererti mengeja, menghitung huruf, membaca huruf demi huruf dengan haraakat-

    harakatnya. cara menulis huruf arab mendatar dan dimulai dari arah kanan ke kiri. Jumlahkeseluruhan huruf ini ialah 30 iaitu: . Huruf-huruf ini juga dijadikan huruf-huruf jawi dengan ditambah enamhuruf lagi untuk disesuaikan dengan fonem bahasa Melayu kerana huruf-huruf Arab yangsedia ada tidak dapat memenuhi lambang atau bunyi sebutan bahasa Melayu. Dengan ituuntuk melengkapkan bunyi fonem bahasa Melayu maka enam huruf yang dipinjam dariParsi _ Hindi dan dibuat penyesuaian ditambah untuk disesuaikan dengan sebutan

    bahasa Melayu. Huruf-huruf tersebut ialah iaitu huruf yang ditambah pada peringkat awal seperti yang terdapat pada Batu Bersurat di Terangganu. Huruf va ( ) ialah huruf yang ditambah kemudiannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui

    Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan iaitu setelah diputuskan dan dipersetujui dalamKonvensyen Tulisan Jawi di Terangganu pada tahun 1984 untuk dicipta huruf tersebutsebagai padanan bagi huruf v. Dengan itu setiap orang yang ingin mempelajari danmenguasai tulisan jawi mesti mengenal dan dapat menyebut semua huruf-huruf hijaiyyahdan huruf jawi yang merupakan pelajaran asas bagi mempelajari tulisan jawi. Bagimencapai tujuan ini, berbagai aktiviti dan langkah boleh dirancang supaya pengajaran danpembelajaran untuk mengenali huruf-huruf tersebut dapat dijalankan.

    Kemahiran mengenal dan menyebut huruf hijaiyyah jawi ini dapat dijalankan melaluiaktiviti-aktiviti berikut:

    1. Kanak-kanak diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan

    gambar.2. Memperkenalkan huruf dengan menggunakan kad-kad huruf yang berwarna warni

    dan menyebutnya secara latih tubi.3. Merancang aktiviti permainan dan nyanyian yang menyeronokkan bagi menarik

    perhatian murid seperti membentuk huruf dengan plastisin , membuat cop huruf,bermain dengan kad-kad huruf dan sebagainya.

    4 Menekap dan mewarna huruf mengikut urutan yang ditetapkan.5. Menulis huruf mengikut urutan.6. Memadan dan menyalin huruf-huruf.7. Membezakan huruf-huruf yang sama bentuk dan tidak sama bentuk.

    Dengan aktiviti yang pelbagai dan menyeronokkan serta dibantu dengan bahan bantuyang menarik, kemahiran mengenal huruf-huruf hijaiyyah dan jawi ini akan dapat dikuasaioleh murid dengan mudah dan cepat.

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    4/18

    50

    TOPIK 4KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ULUM SYARIAH

    OUM

    4.1.2 Suku Kata Jawi

    Suku kata yang akan di ajar dalam pelajaran jawi terbahagi kepada dua bahagian iaitusuku kata terbuka dan suku kata tertutup.

    Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan suku kata terbuka dansuku kata tertutup?

    Suku kata terbuka ialah suku kata yang berakhir dengan huruf vokal, dan suku katatertutup ialah suku kata yang berakhir dengan huruf konsonan. Di dalam sistem ejaan jawiterdapat tiga huruf vokal iatu alif , wau dan ya . Huruf-huruf konsonan digabungkan denganhuruf-huruf vokal bagi membentuk suku kata.

    Pembentukan Suku Kata Jawi

    Suku kata dibentuk dengan menggabungkan huruf-huruf konsonan dengan huruf vokal. Apabila murid telah dapat mengenal huruf-huruf jawi maka guru hendaklahmemperkenalkan huruf-huruf vokal dan menggabungkannya dengan huruf-hurufkonsonan. Proses ini dilakukan dengan mengambil kira kebolehan murid dan tempohwaktu mengajar untuk disesuaikan dengan jumlah huruf yang perlu diajar bagi satu-satupengajaran. Contoh suku kata: sa, si, su, se (e taling) se (e pepet) dan so. Kaedah yangsesuai untuk mengajar pembentukan suku kata ialah kaedah huruf dan mengeja.

    Nyanyian dan permainan adalah aktiviti yang dapat merangsang murid untukmempelajari sesuatu dengan lebih cepat. Cuba anda cipta lagu dan permainan yang

    sesuai untuk kemahiran mengenali huruf-huruf hijaiyyah dan jawi.

    Suku kata terbuka Suku kata tertutup

    Sukukata

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    5/18

    51

    TOPIK 4 KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI

    OUM

    4.1.3 Perkataan Jawi

    Perkataan dibentuk dengan menggabungkan suku kata menjadi perkataan. Di dalamejaan jawi, pembentukan perkataan yang akan dibincangkan ialah seperti berikut:

    Perkataan satu suku kata terbahagi kepada dua iaitu satu suku kata terbuka dan satusuku kata tertutup. Perkara ini telah dibincangkan dalam tajuk membentuk suku kata jawi.Sementara perkataan dua suku kata yang akan dibincangkan terbahagi kepada empatbahagian berikut:

    Perkataan tiga suku kata pula terbahagi dalam berbagai pola. Pengajaran perkataan tigasuku kata diajar mengikut kebolehan murid setelah murid dapat menguasai pembentukanperkataan dua suku kata.

    Pembentukan Perkataan Jawi

    Apabila murid telah dapat membentuk suku kata, maka guru bolehlah menggabungkansuku kata tersebut menjadi perkataan. Pada peringkat awal pembentukan perkataan, guruhendaklah menggunakan pendekatan dari mudah kepada yang sukar iaitu denganmembentukan perkataan-perkataan dari suku kata yang sama bunyi atau pola kemudiandiikuti dengan perkataan yang berlainan bunyi.

    Contoh perkataan yang sama bunyi ialah baba, titi, susu, cucu dan sebagainya sementaraperkataan yang berlaian pola ialah kaki, jari, buku dan sebagainya.

    Ketika guru mengajar murid membentuk perkataan dan menulis perkataantersebut, jangan lupa menerangkan cara-cara menulis huruf-huruf yangboleh disambung dengan huruf lain dan cara penulisannya dan huruf-hurufyang tidak boleh disambung dengan huruf lain.

    Perkataan duasuku kata

    Terbuka + terbuka Terbuka + tertutup Tertutup + tertutup Tertutup + terbuka

    Pembentukanperkataan

    Perkataan satu suku kata(Eka suku)

    Perkataan dua suku kata(Dwi suku)

    Perkataan tiga suku kata(Tri suku)

    Pembentukan perkataandua suku kata (Dwi suku)

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    6/18

    52

    TOPIK 4KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ULUM SYARIAH

    OUM

    Guru dicadangkan melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran jawi ini denganmenjalankan aktiviti memperkenalkan huruf jawi, diikuti dengan membentuk suku kata danpembentukan perkataan. Ketiga-tiga kemahiran ini dijalankan serentak dalam satu masa

    bagi mempercepatkan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran dan murid dapatmenguasai jawi dengan cepat. Langkah-langkah pelaksanaannya adalah seperti berikut:

    Anda boleh menggunakan warna yang berbeza apabila menulis suku katadalam setiap perkataan bagi memudahkan murid mengecam untukmembunyi atau mengeja setiap suku kata yang di ajar.

    Pembentukan suku kataHuruf-huruf jawi digabungkan dengan huruf-huruf vokal bagi membentuk

    suku kata. Contoh: ba, bi, bu, ta, ti, tu.

    Pembentukan perkataanDua suku kata terbuka digabungkan menjadi perkataan

    Contoh: buta, tiba, tatu, tuba, dan sebagainya.

    Memperkenalkan hurufHuruf-huruf hijaiyyah tunggal diperkenalkan mengikut kesesuaian masa dan

    kebolehan murid. Contoh huruf ba dan ta

    Guru tidak perlu memberi penekanan pada murid untuk mengenali dan mengecamsuku kata terbuka atau tertutup atau perbezaan antara kedua-duanya ketika sesipengajaran dan pembelajaran pembentukkan perkataan dijalankan. Murid tidak perlumengenali apa yang dikatakan suku kata terbuka atau tertutup tetapi apa yang pentingialah murid dapat mengeja dan membaca perkataan yang di ajar.

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    7/18

    53

    TOPIK 4 KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI

    OUM

    APLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Tajuk: Membentukan suku kata dan perkataan jawi.

    Kaedah Huruf

    Kaedah huruf ialah kaedah yang mementingkan murid mengenal nama-nama huruf danbunyi huruf-huruf tersebut.

    Cadangan aktiviti:

    Guru menunjukkan huruf alif, ba, ta dan sebagainya dengan menggunakan bahanbantu seperti manila kad atau flash kad.

    Guru memperkenalkan atau menyebut huruf-huruf tersebut. Murid-murid diminta menyebut huruf-huruf tersebut berulang kali secara individu,

    berpasangan berkumpulan atau kelas. Guru memperkenalkan huruf vokal dan menggabungkannya dengan huruf-huruf

    tersebut iaitu ba, bi, bu, be, bo. Kemudian bunyi-bunyi itu disambung menjadi suku kata, perkataan dan rangkaikata. Guru hendaklah melakukan aktiviti ini secara latih tubi. Guru meminta murid menulis perkataan-perkataan yang dibentuk.

    Kaedah Mengeja

    Kaedah mengeja ialah murid dikehendaki menyebut huruf dan mengeja sertamembatangkan suku kata tersebut. Selain dari itu murid juga boleh mengeja terussesuatu perkataan.

    Cadangan aktiviti

    Guru menunjukkan huruf-huruf seperti , , , . Guru meminta murid mengeja atau membunyikan huruf tersebut secara individi,

    kumpulan dan kelas. ( = : = ( Guru mengabungkan suku kata yang dieja supaya menjadi perkataan dan meminta

    murid mengejanya seperti ba, ju = baju. Guru meminta murid menulis perkataan-perkataan yang dibentuk. Murid juga boleh mengeja terus dengan menyebut ba, alif, jim, wau = baju.

    KAEDAH-KAEDAHKaedah mengeja

    Kaedah bunyi

    Kaedah pandang sebut

    Kaedah huruf

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    8/18

    54

    TOPIK 4KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ULUM SYARIAH

    OUM

    Kaedah Bunyi

    Kaedah bunyi ialah kaedah membunyikan suku kata dan menyambungkannya dengan

    suku kata yang lain.

    Cadangan aktiviti.

    Guru menunjukkan suku kata pertama dan meminta murid membunyikan suku katatersebut tanpa mengeja.

    Murid diminta membunyikan suku kata tersebut berulang kali sama ada secaraindividu, berpasangan atau berkumpulan.

    Guru menunjukan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan suku katatersebut.

    Guru mencantumkan suku kata pertama dengan suku kata kedua dan meminta muridmembunyikan kedua-dua suku kata tersebut dan membentuk perkataan.

    Aktiviti diteruskan dengan menunjukkan sukukata-sukukata yang lain bagi membentukpelbagai perkataan.

    Kaedah ini akan lebih berkesan sekiranya perkataan-perkataan yang dibentuk padaperingkat permulaan pengajaran terdiri dari suku kata yang sama bunyi dan diikuti denganpembentukan perkataan yang berlainan bunyi dalam satu waktu pengajaran.

    Contohnya: Perkataan yang sama bunyi: Baba, bubu, titi, cucu,

    Dari perkataan yang sama bunyi itu dibentuk pula perkataan yang berlainan bunyi tetapidari suku kata yang telah dipelajari.

    Contohnya: ti + ba = tiba, cu + ti = cuti, cu + ba = cuba, bu + cu = bucu

    Dengan cara ini murid akan dapat membentuk perkataan walaupun tanpa mengejanya.Murid juga akan dapat menguasai kemahiran membaca atau membunyikan perkataandengan cepat.

    Cuba anda senaraikan perkataan-perkataan yang sama bunyi dari sukukata terbuka atau tertutup dan bina seberapa banyak perkataan lain darisuku kata atau perkataan tersebut.

    Kaedah Pandang Sebut

    Kedah pandang sebut ialah kaedah yang memerlukan bahan bantu atau gambar keranakaedah ini hanya dapat dilaksanakan dengan membunyikan perkataan atau rangkaikatamelalui gambar atau membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

    Cadangan aktiviti:

    Guru menunjukkan gambar-gambar bagi perkataan yang akan diajar. Guru meminta murid menyebut gambar-gambar tersebut. Guru menunjukkan perkataan bagi gambar-gambar tersebut dan meminta murid

    menyebutnya. Guru meminta murid mengecam perkataan-perkataan dan menyebutnya berulangkali. Murid diminta menyebut perkataan beserta gambar.

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    9/18

    55

    TOPIK 4 KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI

    OUM

    Latihan 4.1

    Pengajaran dan pembelajaran jawi akan lebih berkesan denganberbantukan bahan bantu pengajaran. Terangkan kelebihan menggunakanbahan bantu mengajar.

    4.2 KEMAHIRAN MEMBACA

    Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh murid supaya murid dapat memahamiapa yang dibaca. Seorang guru perlu tahu menggunakan kaedah yang sesuai untukmengajar kemahiran membaca supaya murid dapat menguasainya dengan baik. Padaperingkat mendirikan asas bacaan, guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu bagimenarik minat murid. Segala bahan yang hendak diajar hendaklah dipilih mengikut tahapkebolehan murid dengan menggunakan pendekatan dari mudah kepada yang lebih sukar.Dengan itu pengajaran kemahiran membaca hendaklah dimulakan denganmemperkenalkan huruf, suku kata, perkataan, rangkaikata, ayat dan teks. Guruhendakalah memulakan pengajaran membaca dengan mengajar perkataan-perkataanyang mudah dan sesuai dengan murid. Gambar-gambar yang sesuai serta kad-kadimbasan perlu digunakan untik menarik hati murid serta memberi dorongan pada mereka.

    4.2.1 Perkataan Berimbuhan dan Pinjaman

    Tahukah anda yang dimaksudkan dengan perkataan berimbuhan danperkataan pinjaman?

    Perkataan berimbuhan ialah perkataan yang dimasukkan kata imbuhan awalan, sisipan,

    akhiran dan apitan dari kata dasar bagi sesuatu perkataan tau dinamakan juga kataterbitan. Pada dasarnya apabila sesepatah perkataan diberi imbuhan, ejaan asal katadasar itu tidak berubah. Sementara perkataan pinjaman ialah perkataan yang diserapkandari bahasa asing seperti bahasa Arab dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Di dalamejaan jawi kata pinjaman yang akan dibincangkan ialah kata serapan dari bahasa Arabdan bahasa Inggeris.

    4.2.2 Ayat dan Frasa Ayat / Rangkaikata

    Setelah murid mahir dan berkebolehan membentuk perkataan, maka perkataan-perkataantersebut bolehlah digabungkan menjadi rangkaikata.

    Contohnya: Baju baru, bola biru, batu bata, baca buku dan sebagainya.

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    10/18

    56

    TOPIK 4KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ULUM SYARIAH

    OUM

    Ayat-ayat mudah dapat dibina apabila murid telah dapat membentuk perkataan danmembina rangkaikata dengan menggabungkan beberapa perkataan dan rangkai kata.

    Contoh:1. Itu baju baru ibu2. Bapa beli bola biru3. Saya suka baca buku

    4.2.3 Petikan Pendek Pelbagai Jenis

    Membaca petikan dari pelbagai jenis teks adalah penting dalam pengajaran jawi bagimemahirkan murid membaca dan menguasai jawi. Guru boleh mencari pelbagai jenis teksdari majalah atau surat khabar bagi membolehkan murid membaca pelbagai jenis tekstersebut. Selain dari itu, guru boleh mempelbagikan aktiviti dari teks menggunakan kaedah

    kefahaman mengadakan soal jawab, mencari perkataan seerti dan berlawan ataumenjawab soalan kefahaman serta membina ayat dari perkataan-perkataan yang terdapatdi dalam teks.

    Setelah murid dapat membentuk perkataan dan mahir membaca dan menulis, aktivitibolehlah diikuti dengan membina dan menulis pelbagai jenis teks dan ayat. Pengajaranmembaca dan membina pelbagai jenis teks dalam tulisan jawi perlu diajar supaya muriddapat menggunakan tanda baca yang betul di dalam teks dan dapat membezakan bentuk-bentuk tanda baca yang mempunyai perbezaan antara tulisan rumi dan jawi. Antara jenis-

    jenis teks yang boleh diajar ialah surat kiriman, membuat laporan, syarahan, penulisanpuisi seperti sajak atau pantun, cerita pendek berpandukan gambar dan sebagainya.

    Langkah-langkah melaksanakan pengajaran kemahiran membaca bolehlah dijalankanseperti berikut:

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    11/18

    57

    TOPIK 4 KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI

    OUM

    Pembentukan suku kataHuruf-huruf jawi di gabungkan dengan huruf-huruf vokal bagi membentuk suku kata.

    Contoh: ta, ti, tu,

    Pembentukan perkataan dua suku kata

    Suku kata digabungkan menjadi perkataanContoh: baju, buku, biru, jawi dan sebagainya.

    Pembentukan frasa dan rangkaikataPerkataan-perkataan di gabungkan menjadi frasa dan rangkai kata

    Contoh: baju ibu, buku jawi, baju biru, dan sebagainya.

    Membina ayat Ayat-ayat mudah dibina dari perkataan dan rangkaikata yang dibentuk.

    Contoh: Saya suka baca buku jawiBaju beli baju biru.

    Membina teksBeberapa ayat digabungkan menjadi satu teks. Contoh:

    Ini baju.Ini baju ibu.Baju ibu baju biru

    Memperkenalkan hurufHuruf-huruf jawi diperkenalkan kepada murid . . .

    Pengajaran yang berkesan bagi membolehkan murid dapat menguasai jawi denganbaik haruslah disertai dengan contoh-contoh yang banyak dan sesuai, latihan diberidalam bentuk latih tubi dan penggunaan alat-alat serta bahan bantu yang sesuai,menarik dan mencukupi bagi membantu murid memahami topik-topik yang diajar.

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    12/18

    58

    TOPIK 4KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ULUM SYARIAH

    OUM

    Guru boleh menguji kebolehan murid mengusai bacaan jawi denganmengadakan aktiviti menukar teks rumi ke pada tulisan jawi atau

    sebaliknya selain daripada menguji kebolehan murid membaca secaralisan atau menjawab soalan kefahaman

    APLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat mengejadan membaca perkataan atau ayat dan teks dengan baik, guru perlu mempelbagaikankaedah dan teknik serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran disamping penggunaanbahan bantu yang menarik. Dengan pemilihan kaedah dan teknik serta aktiviti yangsesuai, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan. Keadaan iniakan dapat menarik perhatian dan minat murid untuk belajar. Antara teknik yang bolehdigunakan oleh guru untuk membolehkan murid dapat membaca jawi ialah:

    Imlak

    Imlak adalah satu cara pengajaran yang dapat membantu murid- murid menguasai ejaandan dapat menulis dengan baik disamping dapt memahirkan kemahiran membaca. Berikutdiperlihatkan beberapa aktiviti imlak bagi pelajaran jawi yang boleh dijalankan oleh guru didalam kelas.

    1. Menulis perkataan-perkataan, rangkaikata atau ayat-ayat yang disebut oleh guru.2. Menulis perkataan-perkataan, rangkaikata atau ayat-ayat yang diperdengarkan

    melalui pita rakaman.3. Menulis atau mengeja perkataan-perkataan melalui gambar-gambar atau objek-

    objek.4. Membetulkan kesalahan-kesalahan ejaan terdapat pada perkataan-perkataan yang

    disediakan.5. Mengenalpasti ejaan yang salah daripada sebuah petikan, ayat atau cerita.6. Mengeja perkataan daripada bahan-bahan bacaan, cerita, lakonan dan sebagainya.

    Cadangan aktiviti:

    Guru mengajar tajuk-tajuk tertentu sesuai dengan sukatan pelajaran. Guru memberitahu aktiviti imlak akan dijalankan apabila selesai aktiviti pengajaran

    tersebut. Guru meminta murid bersedia.

    Menghafaz Latih tubi

    Imlak

    Teknik

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    13/18

    59

    TOPIK 4 KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI

    OUM

    Guru menyebut perkataan yang diimlakkan sebanyak dua kali. Murid diminta menulis perkataan tersebut. Guru menyemak ejaan yang diimlakkan bersama murid sambil membetulkan ejaan

    yang salak. Sebagai motivasi guru diminta memberi pujian atau bintang bagi murid yang dapat

    menjawab semua perkataan yang diimlakkan.

    Teknik menghafaz

    Menghafaz ialah satu cara untuk mengingat kembali sesuatu yang telah dipelajari denganmemikir dan menyebut sesuatu yang telah dipelajari secara berulang kali. Teknik ianisesuai sekali diajar untuk perkataan-perkataan pinjaman dari bahasa asing seperti bahasa

    Arab dan bahasa Inggeris. Ini adalah kerana kaedah bagi mengeja perkataan-perkataanpinjmana dalam ejaan jawi agak sukar. Dengan itu murid perlu menghafaz ejaan atauperkataan-perkataan yang dipelajari bagi memudahkan mereka membaca dan menulisperkataan-perkataan pinjaman.

    Empat langkah yang perlu diberi perhatian dalam menjalankan teknik ini ialah:

    1. Memikirkan bahan yang dipelajari Murid-murid harus menumpukan perhatian padaisi kandungan yang harus diingat.

    2. Mengulang bahan bacaan yang dipelajari Murid dilatih untuk mengulang-ngulangapa yang telah dipelajari sehingga apa yang telah dipelajari itu menjadi sebatidengan diri murid dan murid berasa yakin atau tidak teragak-agak untuk menyebutatau mengejanya.

    3. Mengucapkan bahan dihadapan guru Murid akan menyebut apa yang telah

    dipelajarinya dihadapan guru bertujuan untuk mengelakkan dari berlaku kesilapanatau kesalahan.4. Mengingat bahan yang dipelajari Murid diminta mengingat secara bersendirian apa

    yang dipelajarinya supaya ia kekal dalam ingatan murid.

    Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran perkataan pinjaman.

    1. Guru memulakan pengajaran dengan menunjukkan kad-kad perkataan.2. Guru membaca dan menyebut perkataan-perkataan tersebut.3. Guru meminta murid mengikut sebutan guru secara berkumpulan, individu atau

    kelas.4. Guru mengeja perkataan-perkataan tersebut dengan menyebut huruf demi huruf dan

    meminta murid mengikut.5. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan tersebut secara kelas, kumpulan,

    berpasangan atau individu.6. Guru meminta murid menghafaz ejaan bagi perkataan-perkataan tersebut.7. Guru meminta murid menulis perkataan-perkataan tersebut.

    Jangan lupa memberikan ganjaran pada murid sekiranya murid dapatmenulis dengan betul perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang diimlakkan.Guru boleh memberi ganjaran berupa pujian atau memberi beberapabintang di dalam buku latihan murid. Ganjaran-ganjaran ini akan dapatmemberikan motivasi atau galakan pada murid untuk bersungguh-sungguh

    mempelajari jawi.

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    14/18

    60

    TOPIK 4KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ULUM SYARIAH

    OUM

    Teknik Latih Tubi

    Latih tubi adalah satu cara mengajar dengan mengulang-ulang kan fakta atau sesuatu

    kecekapan yang di ajar. Cara ini merupakan sebahagian daripada usaha menghafaz ataumengingat semula. Teknik ini amat penting dijalankan dalam pengajaran danpembelajaran jawi. Latih tubi yang diperlukan dalam pelajaran jawi bukan sahaja latih tubimenyebut atau mengeja atau membaca tetapi latih tubi aspek struktur (sintaksis) amatpenting dalam kemahiran membina ayat. Dengan mengadakan aktiviti latih tubi aspekstruktur murid akan cepat dapat menguasai ejaan dan membaca jawi.

    Cadangan aktiviti.

    Guru meyebut contoh-contoh perkataan suku kata terbuka. Murid diminta mengeja perkataan-perkataan tersebut. Guru meminta murid memberikan contoh-contoh lain bagi suku kata terbuka. Murid diminta membina ayat daripada perkataan tersebut dengan cara

    menggunakan latih tubi ulangan.Contoh;Saya suka baca buku ......Saya suka baca buku jawiSaya suka baca buku agama.Saya suka baca buku cerita.Saya suka baca buku jawi, buku agama dan buku cerita.

    Guru meminta murid membina ayat yang lain menggunakan cara yang sama. Guru meminta murid menulis ayat di dalam buku. Guru membuat rumusan dan kesimpulan.

    Anda boleh mempelbagaikan cara menggunakan pelbagai jenis latih tubiuntuk membina ayat bagi memperkembangkan perbendaharaan katamurid.

    Latihan 4.2

    Teknik permainan ialah ialah aktiviti yang menarik dan menyeronokansesuai dengan naluri semulajadi kanak-kanak yang sukakan hiburan dancabaran. Permainan bahasa merupakan satu cara yang dapat dijalankan didalam pengajaran dan pembelajaran jawi. Terangkan prinsip-prinsippemilihan permainan bahasa yang baik.

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    15/18

    61

    TOPIK 4 KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI

    OUM

    4.3 KEMAHIRAN MENULIS

    4.3.1 Kemahiran Menulis Ayat dan Karangan

    Kemahiran menulis ialah kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid kerana kemahiranmenulis mempunyai perkaitan yang rapat dengan kemahiran membaca. Kemahiranmenulis menjadi perkara penting dikuasai oleh murid kerana ia bertindak sebagai alatuntuk menurunkan semula segala isi pelajaran dan melahirkan buah fikiran melalui apayang dibaca.

    Sebelum murid dapat mengusai kemahiran menulis huruf, ayat atau karangan, setiapmurid perlu melalui peringkat pra menulis. Peringkat pra menulis ialah tempoh masa bagimurid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulishuruf-huruf dengan kemas dan betul. Peringkat ini sesuai bagi kanak-kanak di kelas pra

    sekolah atau peringkat permulaan di sekolah rendah kerana pada peringkat ini murid-murid di latih membina kemahiran fizikal dan psikomotor. Dalam tempoh ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata perlu diberikan pada kanak-kanakTerdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sebagai latihan pra menulis bagi kanak-kanak antaranya:

    1. Latihan mengikut garisan-garisan, rajah atau gambar dari kiri ke kanan atau kananke kiri atau dari atas ke bawah.

    2. Latihan mewarna dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri, dari atas ke bawah.3. Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai dan di atas pasir tanpa

    menggunakan alat tulis dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri.4. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan separuh bulatan serta

    garisan lurus dilakukan secara bebas.5. Latihan menulis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.6. Latihan membentuk garisan, rajah atau gambar dari kanan ke kiri perlu

    diperbanyakkan kerana tulisan jawi bermula dari kanan ke kiri.

    Apabila murid-murid telah mahir menggunakan pensil dengan betul dan dapat melakukanaktiviti-aktiviti pra menulis dengan baik maka guru hendaklah meneruskan pengajarandengan memperkenalkan huruf-huruf jawi disamping meneruskan penulisan pembentukanhuruf-huruf tersebut. Diikuti dengan perkataan dan ayat-ayat pendek.

    4.3.2 Kemahiran Menulis Karangan

    Setelah murid mahir ayat pendek, guru bolehlah meneruskan pengajaran denganmengajar murid menulis karangan. Aktiviti yang boleh dijalankan untuk membolehkanmurid menulis karangan ialah:

    1. Mengisi tempat kosong dalam ayat.2. Menulis ayat berdasarkan gambar.3. Menjawab dan menulis soalan-soalan kefahaman.4. Menulis karangan pendek dan melengkapkan cerita.

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    16/18

    62

    TOPIK 4KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ULUM SYARIAH

    OUM

    Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru ketika mengajar murid menulis huruf,ayat atau karangan ialah:

    1. Guru mesti menunjukkan cara yang betul untuk membentuk huruf-huruf jawi.Pembentukan huruf yang salah teknik penulisannya akan menyebabkan tulisanmenjadi comot.

    2. Guru hendaklah sentiasa memantau ketika murid menulis supaya guru dapatmemastikan murid menulis mengikut teknik dan cara yang betul. Penulisan mengikutteknik dan cara yang betul adalah sangat penting supaya tulisan menjadi cantik dankemas. Ianya mesti bermula dari peringkat asas dan pembentukan huruf.

    3. Ketika menulis perkataan atau ayat guru hendaklah menerangkan dan menunjukkancara yang betul untuk menulis huruf bersambung kerana dalam tulisan jawi terdapathuruf yang boleh bersambung dengan huruf lain dan huruf yang tidak boleh.Bersambung dengan huruf lain.

    4. Aktiviti menulis seperti menyambung huruf menjadi perkataan dan mencerakinkanperkataan menjadi huruf hendaklah sentiasa dilaksanakan dalam pengajaran danpembelajaran kerana melalui aktiviti ini murid akan dapat mengusai kemahiranmenulis huruf yang bersambung dan tidak bersambung.

    5. Berikan penerangan dan contoh-contoh yang sesuai serta latihan dengansecukupnya dalam peringkat permulaan dan peringkat mendirikan asas.

    6. Galakkan murid menulis dengan cantik dan kemas dan sentiasa memberi pujian danmotivasi pada murid yang dapat melakukannya dengan baik.

    7. Tulisan guru juga hendaklah sentiasa kemas dan baik sebagai contoh kepada murid.

    4.3.3 Khat Nasakh dan Riqah

    Seni khat ialah salah satu daripada bidang kesenian Islam. Seni khat lahir serentakdengan kelahiran Islam. Wahyu yang diturunkan kepada Rasulallah s.a.w. telah dicatatoleh para sahabat pada daun-daun kayu, tulang-tulang dan sebagainya. Seni khat terusberkembang sehingga telah melahirkan ramai ahli seni khat islam yang telahmenghasilkan pelbagai jenis reka bentuk khat. Hasil seni khat ini diguna dalam penulisan

    Al-Quran, kitab-kitab dan menghiasi bangunan-bangunan seperti masjid dan sebagainya. Antara jenis-jenis khat yang telah dihasilkan oleh para ahli khat ialah Khat nasakh, KhatRiqah, Khat Thuluth, Khat Kufi, Khat Diwani dan sebagainya.

    Khat nasakh

    Khat ini mula menjadi terkenal dan popular setelah ia disempurnakan dengan bentuk yangindah oleh kaligrafi Arab yang masyhur bernama Ibnu Muqlah dan saudaranya Abu

    Abdullah al-Hassan. Kedua-duanya telah mencipta kaedah dan aturan penulisan Khat inidengan menentukan ukuran panjang pendek dan jarak huruf serta gaya dan iramanyadengan cantik sekali. Khat ini kemudiannya dikemaskini oleh Ibn al-Bawaab dan tokohlain menjadi tulisan al-Quran. Khat ini adalah tulisan yang jelas dan mudah dibaca.Dengan itu khat ini banyak digunakan untuk penulisan buku-buku ilmiyah.

    Khat Riqah

    Khat ini merupakan salah satu khat yang paling popular di kalangan penulis khat zamankerajaan Uthmaniah. Banyak perubahan telah dilakukan ke atas bentuk khat ini oleh

    Sheikh Hamdullah al-Amsi. Selepas itu khat ini dikemaskini oleh ramai tokoh khatsehingga ia menjadi antara khat yang paling popular dan digunakan dengan meluas.

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    17/18

    63

    TOPIK 4 KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI

    OUM

    Khat riqah adalah tulisan Arab yang dapat ditulis dengan cepat. Dengan itu tulisan inidigunakan oleh para mahasiswa dan mahasiswi untuk mencatat nota-nota kuliah

    Anda boleh membentuk dan melukis pelbagai jenis gambar ataumelakukan pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat murid untukmelakukan aktiviti pra menulis supaya kanak-kanak tidak merasa bosansebaliknya merasakan aktiviti tersebut sesuatu yang menyeronokkan dandapat merangsang mereka untuk menulis.

    Cadangkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk menarikminat murid supaya dapat menulis dengan cantik dan kemas.

    Latihan 4.3

    Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi danalat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Jelaskan tujuan pengajarantulisan dalam pelajaran jawi.

    RUMUSAN

    Matlamat pengajaran jawi untuk melahirkan murid yang dapat mengenal, membaca danmenulis jawi dengan baik akan dapat dicapai sekiranya guru dapat melaksanakanpengajaran yang berkesan. Untuk itu guru-guru perlu menggunakan pelbagai kaedah yangbersesuaian dan tepat bagi mencapai matlamat tersebut. Apabila murid dapat menguasai

    jawi pada peringkat permulaan atau asas, maka ia pasti akan dapat menghayati danmencintai tulisan jawi seterusnya akan lahirlah generasi yang akan terus memperjuangkantulisan jawi. Dengan itu warisan bangsa kita akan dapat diperkasakan semula dan tidakakan lenyap ditelan zaman.

  • 7/23/2019 Kemahiran Jawi

    18/18

    64

    TOPIK 4KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ULUM SYARIAH

    OUM

    UJIAN 1

    Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit.

    1. Nyanyian ialah aktiviti yang dapat dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran jawi bagi memikat hati murid mempelajari jawi dalam suasana yang menyeronokkan.Terangkan bagaimana aktiviti ini dapat dijalankan di dalam bilik darjah.

    UJIAN 2

    Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 45 minit.

    (a) Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti imlak?

    (b) Terangkan tujuan aktiviti imlak dijalankan.(c) Jelaskan persediaan yang perlu dilakukan oleh seorang guru sebelum, semasa dan

    selepas aktiviti imlak dijalankan.(d) Terangkan kelebihan menggunakan teknik imlak dalam pengajaran dan

    pembelajaran.