5. gajah tir

2
Gajah Gajah boleh bergerak secara pepenjuru sejauh mana yang dikehendaki. Kedua-dua pemain bermula dengan dua gajah, sebiji di petak cerah dan sebiji lagi di petak gelap. Perhatikan bahawa pergerakan gajah terhad kepada warna petak ia bermula. Dalam rajah di sebelah, gajah berada di petak cerah dan tidak dapat bergerak ke atau mengawal petak gelap. Gajah tidak boleh melompat mana-mana buah. Ia boleh memakan mana-mana buah lawan yang berada di laluannya, dan kemudian menduduki petak yang sebelum ini diduduki lawan.

Upload: mkanwars

Post on 30-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Q

TRANSCRIPT

Gajah

Gajah boleh bergerak secara pepenjuru sejauh mana yang dikehendaki. Kedua-dua pemain bermula dengan dua gajah, sebiji di petak cerah dan sebiji lagi di petak gelap. Perhatikan bahawa pergerakan gajah terhad kepada warna petak ia bermula. Dalam rajah di sebelah, gajah berada di petak cerah dan tidak dapat bergerak ke atau mengawal petak gelap.

Gajah tidak boleh melompat mana-mana buah. Ia boleh memakan mana-mana buah lawan yang berada di laluannya, dan kemudian menduduki petak yang sebelum ini diduduki lawan.

Tir

Tir boleh bergerak secara melintang atau membujur sejauh mana yang dikehendaki, tetapi tidak secara pepenjuru (berlawanan dengan gajah). Seperti gajah, tir tidak boleh melompat mana-mana buah, kecuali untuk castling.

Tir boleh memakan mana-mana buah lawan yang berada di laluannya, dan kemudian menduduki petak yang sebelum ini diduduki lawan.