usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

189
USAHA MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH DALAM MENGGALAKKAN PERNIAGAAN SEKTOR TIDAK FORMAL DI BANDAR BARU MASJID TANAH, ALOR GAJAH MELAKA ROHAYA BINTI HJ ABDULLAH Tesis ini dikemukakan Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Sarjana Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi Universiti Tekologi Malaysia Mei 2007

Upload: buikien

Post on 15-Jan-2017

282 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

USAHA MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH DALAM

MENGGALAKKAN PERNIAGAAN SEKTOR TIDAK FORMAL DI BANDAR

BARU MASJID TANAH, ALOR GAJAH MELAKA

ROHAYA BINTI HJ ABDULLAH

Tesis ini dikemukakan Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Sarjana Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah

Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi

Universiti Tekologi Malaysia

Mei 2007

Page 2: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

iii

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya dapat

saya menyiapkan kertas projek yang bertajuk “Usaha PBT Dalam Menggalakkan

Sektor Perniagaan Tidak Formal”.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan khas kepada Dr Hajah Asiah

Bin Othman, Jabatan Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah selaku penyelia Projek

Sarjana ini, yang telah sentiasa meluangkan masa untuk memberi bimbingan,

tunjuk ajar, teguran dan panduan sepanjang tempoh penulisan ini. Di samping itu,

penghargaan ini juga ditujukan kepada Dr Ismail Bin Omar selaku penyelaras

Projek Sarjana dan juga ahli panel penilai dan para pensyarah yang telah memberi

kerjasama dan sokongan semasa proses penyediaan projek penulisan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih diberikan kepada para peniaga terlibat,

pegawai-pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Alor Gajah khususnya Encik

Zamri Omar dari Jabatan Perancang Bandar dan Puan Fatimah Binti Othman dari

Bahagian Perundangan, Cik Nurhanita Binti Hamdan dan Cik Siti Nuruliza Binti

Mohamed Salleh dari Jabatan Penilaian kerana pertolongan yang tidak ternilai.

Sumbangan anda berikan amatlah dihargai. Akhir sekali rakaman penghargaan

kepada semua pihak keluarga khususnya Puan Roslina Binti Najarudeen atas segala

dorongan dan galakan moral yang diberikan dalam usaha menjayakan penulisan

ini.

Sekian, terima kasih.

Page 3: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

iv

ABSTRAK

Sektor perniagaan tidak formal memainkan peranan yang penting dalam

pembangunan sesuatu kawasan terutamanya bandar-bandar, namun perkembangan

sektor ini perlu mendapat perhatian yang serius dari pihak kerajaan untuk mengatasi

masalah kebersihan persekitaran dan kesihatan penduduk setempat. Perkembangan

aktiviti sektor perniagaan tidak formal ini dapat membantu kerajaan dalam menjana

sumber ekonomi bandar disamping membawa faedah dan kebaikan kepada

pembangunan ekonomi setempat. Walaubagaimanapun, perkembangan sektor

perniagaan tidak formal yang tidak dikawal boleh menyumbang kepada fenomena

masalah kebersihan persekitaran bandar, kesesakan lalulintas dan mengancam

keselamatan peniaga serta menjejaskan kualiti pemandangan sesuatu kawasan

khususnya di bandar-bandar. Oleh itu, tidak seharusnya Majlis Perbandaran Alor Gajah

(MPAG) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membiarkan keadaan ini terus

terbiar di kawasan berkenaan. MPAG harus merancang, menyusun, mengawal dan

membangunkan sektor perniagaan tidak formal demi menjamin kebersihan,

keselamatan dan keselesaan perniagaan terutama di bandar. Dengan yang demikian,

kajian ini akan mengenalpasti peranan dan kepentingan sektor perniagaan tidak formal

kepada masyarakat dan masalah-masalah yang dihadapi oleh peniaga dan juga

pengunjung di kawasan kajian bagi mencapai objektif kajian ini. Persepsi peniaga dan

pengunjung terhadap keperluan kemudahan fizikal bagi aktiviti sektor tidak formal

dikenalpasti melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada peniaga dan

pengunjung di lima lokasi perniagaan yang diambil sebagai kajian kes iaitu Bandar

Baru Masjid Tanah, seterusnya dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif

iaitu kaedah kekerapan, kaedah skala likert dan kaedah Jadual Bersilang. Hasil

daripada kajian ini, menunjukkan bahawa terdapat masalah yang dihadapi oleh

peniaga dan pengunjung antaranya saiz ruang perniagaan yang sempit dan kekurangan

kemudahan fizikal di perniagaan gerai yang sedia ada. Beberapa cadangan

dikemukakan bagi membantu pihak MPAG dalam mempertingkatkan usaha kearah

menggalakkan aktiviti perniagaan sektor tidak formal di bandar dan mengwujudkan

suasana perniagaan yang mempunyai identiti tersendiri, bersih dan sempurna serta

memenuhi piawaian perancangan dan keperluan masyarakat setempat. Namun begitu,

perlaksanaan perancangan pembinaan keperluan kemudahan awam dan sokongan di

sektor perniagaan tidak formal di kebanyakan PBT adalah sukar dilakukan sendiri

tanpa penglibatan bersama dari pihak agensi pelaksana lain seperti pemaju, MARA dan

UDA.

Page 4: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

v

ABSTRACT

The Non Formal Business Sector plays an important role in the development of certain

area especially in the city, however the government has to take a serious attention in

developing this Non Formal Sector’s in order to curb the environmental cleanliness

problem and health of the public. The existing of this non formal sector may assist the

government to generate the economic of the city resources besides will benefit the

development of the local economic. However, the development of the Non Formal

Business Sector which is not plan and beyond control may contribute to the problem of

environmental cleanliness phenomenon to the city, traffic congestion and threatened

the trader’s security and abraded the quality of city area’s view. Therefore, as a local

authority, Alor Gajah Municipal Council (MPAG) shall not ignore the situation in the

city area. MPAG shall plan, arrange, control and develop the Non Formal Business

Sector to determine the cleanliness, security and comfort in the city area. Hence, this

research will identify the role and importance of the Non Formal Business Sector to

the public and the problems face by the traders and also the visitors. The traders and

the visitor’s perception towards the physical facilities necessities for this non formal

sector is determine through the questionnaires form which are circulated at five chosen

locations in Bandar Baru Masjid Tanah, then it will be analysed using the quantitative

method that is frequency method, likert scala method and cross schedule method. The

result of the research shows that face by the traders and the public among others is the

size of the business is too narrow and insufficient of physical facilities in the existing

business stalls. A few suggestion are proposed to MPAG in order to assist improving

the Non Formal Business Sector activities and to actualize its own business identity

environment, that is clean and suitable besides fulfilled the planning requirement and

the needs of the local society. However, it is difficult to carry out the development

planning for the public utilities and in most of the local authorities without the

involvement from the agency such as the Developer, Mara and UDA. Finally, the

conclusion is based on the result of the analysis to equilibrate the existing development.

Page 5: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

vi

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

SENARAI KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL vii

SENARAI RAJAH viii

SENARAI SINGKATAN KATA ix

SENARAI LAMPIRAN x

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Matlamat Kajian 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Skop Kajian 8

Page 6: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

vii

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.6.1 Pihak Berkuasa Tempatan 10

1.6.2 Peniaga Setempat 10

1.6.3 Pihak-pihak Lain Yang Terlibat 10

1.7 Metodologi Kajian 11

1.7.1 Peringkat 1: Kajian Awalan 12

1.7.2 Peringkat 2: Pengumpulan Maklumat 12

1.7.3 Peringkat 3: Kajian Analisis 14

1.7.4 Peringkat 4: Rumusan dan Cadangan 14

1.8 Susun Atur Bab 16

II PERNIAGAAN TIDAK FORMAL DAN PIHAK BERKUASA

TEMPATAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Definisi dan Konsep 19

2.3 Kategori Sektor Tidak Formal 21

2.3.1 Gerai 22

2.3.1.1 Gerai Tetap 22

2.3.1.2 Gerai Sementara 23

2.3.1.3 Gerai Beredar 24

2.3.2 Penjaja 25

2.3.2.1 Penjaja Tetap 26

2.3.2.2 Penjaja Sementara 27

2.3.2.3 Penjaja Beredar 28

Page 7: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

viii

2.4 Bentuk Penumpuan Aktiviti Sektor Tidak Formal 28

2.4.1 Berkelompok 29

2.4.2 Berjajar 29

2.4.3 Berselerak 29

2.5 Punca Kewujudan Sektor Tidak Formal 31

2.5.1 Faktor Sejarah dan Aspek Perundangan 31

2.5.2 Ekonomi dan Permintaan 30

2.6 Kepentingan Sektor Tidak Formal Dalam Ekonomi

Bandar 32

2.7 Peranan Sektor Tidak Formal Dalam Konteks Bandar 36

2.7.1 Mewujudkan Peluang Pekerjaan 37

2.7.2 Meningkatkan Kecekapan Fungsi Bandar 37

2.7.3 Sumber Rekreasi dan Tarikan Pelancong 38

2.8 Peruntukan Penguatkuasaan Undang-Undang Berkaitan 38

Aktiviti Sektor Tidak Formal

2.8.1 Lembaga Kebersihan 1890 (Sanitary Board) 39

2.8.2 Enakmen Lembaga Bandaran (Cap 137) 1947 40

2.8.3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) 40

2.8.4 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 42

(Akta 172)

2.8.5 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 42

(Akta 133)

2.9 Peranan PBT Dalam Perancangan Sektor Tidak Formal 43

2.9.1 Perancangan dan Penyelarasan 44

2.9.2 Perkhidmatan 44

2.10 Faktor Penghalang Kepada Perancangan Aktiviti 45

Sektor Tidak Formal

2.10.1 Peruntukan Kewangan 46

2.10.2 Kepakaran Kakitangan 46

Page 8: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

ix

2.10.3 Sikap Pekerja 47

2.10.4 Taraf PBT 47

2.10.5 AgensiYang Berkerjasama 48

2.10.6 Pengurusan Maklumat Sektor Tidak Formal 48

2.11 Kesimpulan 49

III MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH: KAJIAN KES:-

BANDAR BARU MASJID TANAH

3.1 Pengenalan 51

3.2 Latarbelakang Majlis Perbandaran Alor Gajah 52

3.2.1 Taburan Fizikal Semasa 57

3.2.2 Kemudahan Semasa 59

3.3 Kaedah Perlaksanaan Perancangan dan Kawalan 62

Aktiviti Sektor Tidak Formal

3.4 Dasar dan Strategi MAPG Terhadap Pembangunan

Sektor Tidak Formal 64

3.5 Peranan MPAG Dalam Membangunkan Sektor

Perniagaan Tidak Formal 67

3.6 Struktur Organisasi MPAG 68

3.6.1 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa 71

dan Peranannya

3.6.2 Jabatan Pelesenan & Kesihatan dan 72

Peranannya

3.6.3 Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta 73

dan Peranannya

3.7 Penguatkuasaan Kawalan Aktiviti Sektor 74

Tidak Formal

Page 9: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

x

3.7.1 Undang-undang Kecil Penjaja (MPAG) 1984 76

3.7.2 Piawaian Perancangan Kawasan Perniagaan 79

3.8 Masalah Yang Menghalang Perlaksanaan Pembangunan 81

Dilakukan Oleh MPAG

3.8.1 Masalah berhubung dengan peruntukkan kewangan 82

3.8.2 Masalah berhubung dengan taraf PBT 83

3.8.3 Masalah berhubung dengan kepakaran kakitangan 83

3.8.4 Masalah berhubung dengan sikap pekerja 84

3.8.5 Masalah berhubung dengan pengurusan maklumat 84

yang tidak dikemaskini

3.8.6 Masalah berhubung dengan kerjasama peniaga 85

dan pengguna

3.9 Rumusan 85

IV ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 88

4.2 Kaedah Pengumpulan Data 89

4.2.1 Pengenalpastian Responden 90

4.2.2 Kadar Maklumbalas Responden 91

4.2.3 Temuramah Dengan Pihak MPAG 91

4.3 Kaedah Analisis 91

4.4 Analisis Latarbelakang Sosial Peniaga 92

4.4.1 Bangsa Dan Jantina Peniaga 92

4.4.2 Umur Dan Status Peniaga 93

4.4.3 Taraf Pendidikan Peniaga 94

4.5 Analisis Status Perniagaan Dan Tempoh Masa 95

4.5.1 Status Pemilikan Perniagaan Dan Tempoh

Masa Berniaga 95

Page 10: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

xi

4.5.2 Jenis Bangunan Gerai Dan Waktu Peniagaan 96

4.5.3 Cara Peniagaan Dan Jenis Barangan 97

4.5.4 Perletakan Tapak Perniagaan 98

4.6 Analisis Persepsi Peniaga Terhadap Aspek Ruang dan 99

Kemudahan Perniagaan

4.6.1 Ruang Berniaga dan Tempat Pembuangan Sampah 101

4.6.2 Lokasi tapak Berniaga 102

4.6.3 Penyediaan Kemudahan Perniagaan 103

4.6.4 Kepentingan Sektor Tidak Formal 103

4.7 Analisis Pandangan Peniaga Terhadap Perkhidmatan PBT 104

4.7.1 Pemeriksaan Lesen Peniagaan 105

4.7.1.1 Tahap Pemahaman Peraturan Lesen Perniagaan 106

4.7.1.2 Permohonan Lesen Dan Tempoh Yang Diambil 106

4.7.2 Kawalan Kebersihan Perniagaan 108

4.7.2.1 Kekerapan Pemeriksaan Kebersihan Gerai 108

4.7.2.2 Kekerapan Pelupusan Sampah/Sisa 109

4.7.3 Kesalahan Peniaga Dan jenis Kompaun Oleh MPAG 111

4.7.3.1 Kesalahan Mengenai Peraturan Kawalan 111

4.8 Persepsi Peniaga Terhadap Kesesuaian Lokasi Baru 112

4.8.1 Keperluan Kemudahan Lokasi Baru Perniagaan 113

4.9 Cara Aduan Dan Tindakan dari MPAG 114

4.10 Analisis Latarbelakang Pengunjung 115

4.10.1 Kategori Pengunjung Dan status Warganegara 115

4.10.2 Bangsa Dan Jantina Pengunjung 116

4.10.3 Umur Dan Jarak Tempat Peniagaan Dikunjung 117

4.10.4 Pekerjaan dan Pendapatan Responden 118

4.10.5 Kekerapan Kunjungan Pengunjung 119

4.11 Analisis Pandangan Dan Persepsi Pengunjung Terhadap 120

Perniagaan Sektor Tidak Formal

4.11.1 Tujuan Kunjungan 120

Page 11: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

xii

4.11.2 Alasan Kunjungan Pengunjung 122

4.12 Persepsi Pengunjung Terhadap Kemudahan Sektor 122

Tidak Formal

4.13 Analisis Tahap Persetujuan Pengunjung Tentang 124

Kewujudan Masalah Akibat Dari Kegiatan Sektor

Tidak Formal

4.14 Analisis Kewajaran PBT Menambah Bilangan 125

Ruang Perniagaan Sektor Tidak Formal

4.15 Analisis Masalah Dalam Perniagaan Sektor Tidak Formal 126

4.16 Analisis Keperluan Perniagaan Sektor Tidak Formal 129

Mengikut Keutamaan

4.17 Cadangan dan Pendapat Pengunjung 132

4.18 Rumusan 132

V KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 136

5.2 Rumusan dan Penemuan Kajian 137

5.2.1 Pencapaian Objektif Pertama 137

5.2.2 Pencapaian Objektif Kedua 138

5.2.3 Pencapaian Objektif Ketiga 141

5.3 Cadangan Kepada Perkembangan Sektor Tidak 142

Formal

5.4 Limitasi Kajian 149

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 150

5.6 Kesimpulan 150

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 12: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKASURAT

1.1 Sumber Pembiayaan Pembinaan 6

Gerai-Gerai Dibawah RM8, MPAG, Tahun 2007

2.1 Kadar Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam

Sektor Tidak Formal Bandar Di Negara-negara 34

Membangun

2.2 Kebaikan dan Keburukan Operasi Sektor Tidak 35

Formal

3.1 Mukim-mukim di dalam daerah Alor Gajah 53

3.2 Lokasi dan Taburan Gerai Penjaja Dalam Kawasan 56

Bandar Baru Masjid Tanah, Alor Gajah

3.3 Penjaja Berlesen dan Tanpa Lesen Di Kawasan 58

Bandar Baru Masjid Tanah, Alor Gajah

4.1 Latarbelakang Peniaga Mengikut Bangsa dan Jantina 93

4.2 Latarbelakang Peniaga Mengikut Umur Dan Status 94

Perkahwinan

4.3 Statut Pemilikan dan Tempoh Perniagaan 96

4.4 Waktu Perniagaan Mengikiut Jenis Gerai 97

4.5 Status Pemilikan dan Jenis Barangan 98

4.6 Analisis Kepuasan Peniaga Mengenai Kemudahan 100

Fizikal Perniagaan

Page 13: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

xiv

4.7 Kekerapan Pihak MPAG Melakukan Pemeriksaan 105

Lesen Perniagaan Gerai dan Penjaja

4.8 Pendapat Peniaga Mengenai Masalah Tempoh Masa 107

Permohonan Lesen

4.9 Pecahan Pemeriksaan Kebersihan Mengikut Lokasi Gerai 109

Gerai /Penjaja

4.10 Kekerapan Sampah Diangkut Kawasan Perniagaan 110

Gerai /Penjaja

4.11 Cara Aduan Responden 115

4.12 Kategori Dan Taraf Warganegara 116

4.13 Bangsa Mengikut Jantina 117

4.14 Umur Dan Tempat Tinggal Responden (Pengunjung) 118

4.15 Pendapatan Responden Mengikut Status Pekerjaan 119

4.16 Tujuan Kunjungan Mengikut Jarak 121

4.17 Alasan Pengunjung Terhadap Perkhidmatan Sektor 122

Tidak Formal

4.18 Persepsi Pengunjung Terhadap Kemudahan Sediada 123

4.19 Jenis Kemudahan Yang Perlu Ditambah Mengikut 123

Persepsi Pengunjung

4.20 Alasan-alasan Pengunjung Yang Tidak Bersetuju 126

Dengan Tambahan Bilangan Ruang Gerai

4.21 Persepsi Pengunjung Berhubung masalah Yang 127

Dihadapi

4.22 Skala Petunjuk 128

4.23 Masalah-masalah Yang Dihadapi Pengunjung 129

4.24 Persepsi Pengunjung Terhadap Aspek Kepentingan 131

Mengikut Keutamaan Perniagaan Sektor Tidak Formal

4.25 Senarai Keutamaan Kepentingan Dalam Sektor 131

Page 14: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

xv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKASURAT

1.1 Carta aliran metodologi kajian 15

2.1 Corak Penumpuan Berkelompok 30

2.2 Corak Penumpuan Berjajar 30

3.1 Kawasan Pembangunan Bandar Baru 54

Masjid Tanah Alor Gajah

3.2 Taburan Lokasi Kawasan Kajian Di 55

Pentadbiran Alor Gajah

3.3 Kaitan antara MPAG dengan Perancangan 63

Dan Kawalan Kegiatan Sektor Tidak Formal

3.4 Carta Organisasi Majlis Perbandaran Alor Gajah 70

3.5 Carta Alir Tindakan Penguatkuasaan MPAG 75

4.1 Taraf Pendidikan Peniaga 95

4.2 Pecahan Pemilikan Tapak Perniagaan 98

4.3 Kepentingan Sektor Perniagaan Tidak Formal 104

Dari Persepsi Peniaga

4.4 Maklumbalas Peniaga Mengenai Kesalahan 111

Kompaun

4.5 Kekerapan Jenis kesalahan Peniaga 110

4.6 Pendapat Peniaga Mengenai Kesesuaian 113

Lokasi Baru

Page 15: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

xvi

4.7 Kekerapan Kunjungan Pengunjung 119

4.8 Tahap Persetujuan Pengunjung Tentang 124

Kewujudan Masalah Akibat Dari Kegiatan

Sektor Tidak Formal

4.9 Pandangan Pengunjung Mengenai Keperluan 125

Menambah Ruang

Page 16: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

xvii

SENARAI PELAN

NO. PELAN TAJUK MUKASURAT

3.1 Pelan Daerah Alor Gajah 54

Page 17: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

xviii

SENARAI SINGKATAN NAMA

JPBD - Jabatan Perancang Bandar Dan Desa

KPKT - Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

MPAG - Majlis Perbandaran Alor Gajah

MBMB - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MARA - Majlis Amanah Rakyat Malaysia

PBN - Pihak Berkuasa Negeri

PBT - Pihak Berkuasa Tempatan

PBPT - Pihak Berkuasa Perancang Tempatan

NGO - Non Goverment Organisation

UDA - Urban Development Authority

Page 18: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

1 Rajah 3.1 -Pelan Kawasan Pembangunan Bandar

Baru Masjid Tanah

2 Rajah 3.2 -Pelan Lokasi Kawasan Kajian:

Tanah

A Borang Soal Selidik (Peniaga)

B Borang Soal Selidik (Pengunjung)

C Keratan Akhbar Dari Melaka Hari Ini dan Utusan

Malaysia

Page 19: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Secara asasnya, aktiviti perniagaan tidak formal berskala kecil adalah merupakan

salah satu cabang daripada sistem ekonomi penting dan menjadi faktor ekonomi yang

membantu pembangunan sesebuah kawasan. Ia menjadi satu aktiviti perniagaan yang

tidak asing lagi bagi penduduk negara ini tidak kira samada di bandar atau di kampung–

kampung. Salah satu daripada aktiviti sektor tidak formal berskala kecil ialah perniagaan

gerai dan penjaja.

Pada amnya, kebanyakan aktiviti sektor tidak formal telah menjadi satu warisan

yang perlu dikekalkan kerana ia merupakan salah satu faktor yang membezakan bandar-

bandar di Asia Tenggara dengan negara-negara maju di barat maupun Jepun. Pandangan

seumpama ini telah menjadi satu aktiviti penting kepada bandar-bandar di Asia

Tenggara, yang mana ianya semakin pupus di negara-negara maju.Para pelancong juga

berpendapat bahawa aktiviti sektor tidak formal telah menambahkan iras (texture)

kepada bandar dan menjadi satu tarikan atau ‘romantic light’ yang menghidupkan

suasana bandar di waktu siang atau malam hari.

Di barat, aktiviti perniagaan tidak formal kurang mendapat perhatian, mendapat

kawalan dan kadangkala aktivitinya tidak digalakkan oleh kerajaan (Bromley, 1979).

Page 20: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

2

Bagi konteks negara Malaysia, aktiviti perniagaan sektor tidak formal sentiasa

mendapat perhatian, sokongan dan galakkan dari kerajaan diperingkat persekutuan,

negeri maupun tempatan. Kewujudan aktiviti perniagaan sektor tidak formal dikatakan

dapat membantu kerajaan untuk menghidupkan suasana aktiviti bandar supaya lebih

ceria dan hidup serta turut memberi hasil tambahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) melalui denda, iklan papan tanda, tempat letak kereta dan sebagainya.

Aktiviti ini mampu bertahan dan berkembang dengan pesat disebabkan oleh

sambutan daripada penduduk yang sungguh menggalakkan terutama dari golongan

penduduk yang miskin, kekurangan modal, ketiadaan kemahiran dan kelulusan.

Peranannya dalam memberi peluang pekerjaan dan perkhidmatan yang murah serta

mudah dalam kehidupan masa kini sememangnya tidak dapat dinafikan. Hal ini

menyebabkan perkembangan aktiviti perniagaan sektor tidak formal terutamanya di

kawasan bandar tidak perlu disekat dari terus berkembang selagi aktivitinya tidak

menimbulkan sebarang masalah persekitaran dan keselamatan penduduk.

Menyedari kepada betapa pentingnya aktiviti perniagaan tidak formal di kawasan

bandar kepada pembangunan ekonomi bandar, pihak kerajaan telah memberi

tanggongjawab kepada setiap PBT yang bertaraf Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran

atau Majlis Daerah. PBT berfungsi untuk mengatur, menyedia dan mengawal

perkhidmatan barangan dan pembangunan fizikal yang berkaitan aktiviti sektor tidak

formal dari aspek sosial, awam dan keselamatan kepada masyarakat. Berdasarkan

sokongan-sokongan ini, maka adalah wajar aktiviti sektor tidak formal diterima oleh

semua pihak sebagai sebahagian dari kehidupan di kawasan bandar.

Page 21: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

3

1.2 Penyataan Masalah

Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti perniagaan sektor tidak formal

berskala kecil khususnya gerai dan penjaja memainkan peranan yang penting di dalam

sistem agihan dan pemasaran barangan terutama di kawasan bandar. Ia juga turut

membantu kerajaan dalam menjana sumber ekonomi kepada penduduk tempatan dan

membawa faedah kepada pembangunan setempat seperti berikut:-

i) menghidupkan suasana aktiviti bandar terutama di waktu malam dengan

menjadikan bandar ‘Liveable City’.

ii) memenuhi keperluan masyarakat berpendapatan rendah dengan memberi

perkhidmatan barangan yang murah dan mudah.

iii) membentuk identiti bandar yang lebih moden, seragam dan teratur serta bersih

agar dapat menarik perhatian kepada para pelancong luar dan dalam.

Perkembangan perniagaan sektor tidak formal dikatakan menjadi pemangkin

kepada pembangunan ekonomi bandar disebabkan aktivitinya yang bergantung kepada

sistem agihan dan pemasaran perkhidmatan barangan yang lebih murah dan mudah

kepada penduduk bandar dan sekitarnya. Walaubagaimanapun terdapat tanggapan

mengenai kewujudan aktiviti sektor tidak formal di kawasan bandar yang dirancang dan

tidak dirancang akan menimbulkan masalah kepada persekitaran bandar seperti

kebersihan, kesihatan, menganggu lalulintas dan imej pemandangan sekiranya tiada

pengurusan dan pengawalan secara baik dan berkesan dari pihak PBT.

Masalah-masalah ini berlaku disebabkan oleh kelemahan PBT yang menyeluruh

dalam melaksanakan penguatkuasaan peraturan, perundangan, garispanduan

perancangan, piawaian perancangan, pengawalan aktiviti, sikap pekerja PBT dan

kekurangan hasil kewangan PBT itu sendiri. Kebanyakan PBT memberi perhatian

Page 22: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

4

terhadap masalah-masalah mendapatkan tapak yang sesuai, keperluan saiz tapak

bangunan, penyediaan kemudahan tempat pembuangan sampah yang sempurna,

ketiadaan unit/bahagian khas untuk melaksanakan peraturan secara menyeluruh dalam

konteks perancangan sebenar. Isu-isu terhadap perniagaan aktiviti tidak formal ini tidak

akan terkecuali di kawasan-kawasan pentadbiran MPAG. Di daerah Alor Gajah,

perniagaan sektor tidak formal khususnya gerai dan penjaja di kawasan kajian didapati

berada dalam keadaan fizikal yang usang, lokasi tapak yang tidak selamat, rekabentuk

gerai yang tidak seragam dan ketiadaan kemudahan awam fizikal yang cukup telah

menjejaskan imej pemandangan yang tidak menarik dan tarikan para pengunjung untuk

berkunjung. Kebiasaannya peniaga–peniaga yang terlibat dengan aktiviti sektor tidak

formal berskala kecil memilih kawasan-kawasan tapak perniagaan yang menjadi

tumpuan orang ramai untuk mengejar keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan

keselamatan pengunjung.

Perkembangan aktiviti perniagaan sektor tidak formal didapati berada dalam

keadaan berkelompok dan letakan yang terlalu berdekatan dengan tepi jalan rizab yang

sempit. Pemilihan lokasi perniagaan sektor tidak formal di kawasan bandar kebanyakan

berlaku secara kebetulan seperti yang terdapat di bahu-bahu persimpangan jalan atau

jalan masuk ke perhentian bas/teksi bandar, atas tapak letak kereta awam dan susur jalan

belakang bangunan.

Untuk memperbaiki keadaan ini, MPAG akan mengambil tindakan

penguatkuasaan seperti merampas peralatan perniagaan, membatalkan lesen perniagaan

atau mengenakan denda. Kadangkala MPAG turut menyerahkan notis penguatkuasaan

menutup perniagaan atau menempatkan semula peniaga gerai dan pusat penjaja berpusat

secara sementara di kawasan yang dianggap teratur dan selamat.

Selaras dengan usaha untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah bandar

pelancongan yang terkenal dan negeri maju menjelang 2010, maka Kerajaan Melaka

turut memberi perhatian yang serius dan galakan terhadap aktiviti perniagaan tidak

Page 23: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

5

formal khususnya gerai-gerai dan penjaja supaya lebih teratur, bersih dan selamat kerana

aktiviti ini telah menjadi salah satu penyumbang kepada industri sektor pelancongan

negeri. Bagi menyokong usaha ini, maka Kerajaan Melaka telah berupaya mendapatkan

peruntukan khas daripada kerajaan pusat dibawah Rancangan Malaysia ke 8 untuk

membiayai kos projek pembinaan 204 gerai-gerai usang dan terbiar serta kotor di

seluruh negeri Melaka. Peruntukan yang diperolehi dari kerajaan pusat adalah sebanyak

RM4,537,840 iaitu peruntukan dari Kementerian Pembangunan dan Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pelancongan Malaysia.

Penglibatan MPAG selaku PBT dalam daerah Alor Gajah secara langsung dalam

pembangunan sektor tidak formal seperti penyusunan gera-gerai dan penjaja, penyediaan

kawasan pusat penjaja, kawalan kebersihan premis perniagaan adalah sangat diperlukan

bagi menjamin kebersihan dan keselamatan penduduk dan pengguna. Bagi kawasan

pentadbiran MPAG, pembiayaan untuk kerja-kerja pembinaan baru dan menaiktaraf

semula gerai-gerai dan penjajaan yang rosak dan usang dilaksanakan di kawasan yang

terpilih dibandar dan pinggir bandar. Terdapat 37 buah yunit gerai telah dibina dan

dinaiktaraf dengan jumlah perbelanjaan projek sebanyak RM730,000. Perlaksanaan

pembinaan adalah berdasarkan kepada masalah fizikal semasa gerai dan tahap

kebersihan yang wujud di kawasan bandar utama daerah Alor Gajah. Pihak MPAG

berpendapat sekiranya kerosakan gerai-gerai ini terus dibiarkan dalam jangka masa yang

lama, ia mungkin akan menimbulkan masalah lain kepada peniaga dan juga pengunjung

dari aspek keselamatan dan kesihatan sekali gus menyebabkan imej pemandangan

bandar yang lebih buruk dan tidak menarik. Jadual 1.1 menunjukkan pembiayaan

projek-projek dibawah Rancangan Malaysia (RMK8) di kawasan MPAG pada tahun

2005.

Page 24: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

6

Jadual 1.1: Sumber Pembiayaan Pembinaan Gerai-Gerai Dibawah RMK8 Oleh

Majlis Perbandaran Alor Gajah Bagi Tahun 2005

Bil

Jenis Pembangunan

Kos Projek

Sumber

Peruntukan

Kemaju

an

Projek

1 Membina Semula 10 Yunit Gerai –

Gerai Yang Usang Ditepi Jalan

Perhentian Bas Bandar Baru Masjid

Tanah

330,000 KP 100%

siap

2 Membina 8 Yunit Tapak Penjaja

Kraftangan di Paya Datuk, Bandar

Alor Gajah

100,000 KPLB 100%

siap

3 Membina 1 Yunit Kiosk Makanan di

Bandar Alor Gajah

100,000 KP 100%

siap

4 Membina 8 Yunit Tapak Penjaja di

Jalan Kilang Bandar Baru Masjid

Tanah

100,000 KPLB 80.0%

5 Membina 10 Yunit Gerai Peniaga di

Perhentian Bas Bandar Alor Gajah

100,000 KPLB 80. 0 %

6 Menaiktaraf Semula Gerai-Penjaja

di Jln Pasar Bandar Masjid Tanah

150,000 MPAG 100%

siap

Sumber: Laporan Kejuruteraan MPAG 2005

Bagi MPAG, isu-isu yang selalu diberi perhatian terhadap aktiviti perniagaan

sektor tidak formal ialah masalah mendapatkan tapak yang sesuai untuk menempatkan

semula para peniaga dengan membina gerai baru dan menaiktaraf serta membaikki

semula gerai-gerai yang usang dan kotor. Walaupun MPAG telah melaksanakan

pembinaan baru bagi sebahagian gerai-gerai bermasalah kepada bentuk gerai yang

moden dan cantik, namun tindakan MPAG dikatakan hanya untuk mengatasi masalah

keusangan dan kekotoran gerai tanpa mengambilkira kepentingan dan keperluan utama

dari para peniaga dan pengunjung di kawasan bandar terutama di kawasan kajian.

Usaha MPAG ini tidak akan dapat mengatasi masalah-masalah fizikal yang

berlaku dalam perniagaan sektor tidak formal di kawasan kajian sekiranya faktor-faktor

keperluan dan kehendak para peniaga dan pengunjung dalam aspek penyediaan

Page 25: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

7

kemudahan, saiz ruang niaga, keseragaman susunatur dan keselamatan peniaga dan

pengunjung tidak diberi perhatian sepenuhnya. Hal ini telah menyebabkan masalah

persekitaran bagi aktiviti perniagaan sektor tidak formal di bandar tidak dapat diatasi

sepenuhnya dan lebih berkesan. Akhirnya membawa kerugian kepada MPAG dan juga

peniaga dimana pembinaan semula gerai-gerai bagi aktiviti sektor tidak formal ini tidak

mendapat sambutan peniaga dengan baik. Apa yang diperhatikan bahawa segala

tindakan yang dilakukan oleh MPAG adalah semata-mata untuk memenuhi

tanggongjawab sosial kepada masyarakat peniaga tanpa mengambilkira kepentingan

peniaga, kebersihan dan keselesaan kepada pengunjung.

1.3 Matlamat Kajian

Berdasarkan kepada isu yang telah diketengahkan adalah jelas dapat dilihat

bahawa PBT amat berperanan dalam menjamin kelancaran dan perkembangan peniaga

yang berkaitan dengan sektor tidak formal. Kewujudan kegiatan perniagaan tidak formal

di kawasan bandar perlu diiktiraf dan diberi tumpuan serius demi menjamin kebersihan,

keseragaman dan kecantikan serta keselesaan persekitaran kawasan bandar.

Oleh itu kajian ini bermatlamat untuk ’membentuk strategi dalam

menggalakan aktiviti peniagaan tidak formal berskala kecil kearah mencapai

matlamat pembangunan ekonomi bandar ’ .

1.4 Objektif Kajian

Bagi mencapai matlamat diatas, maka tiga (3) objektif kajian adalah dirumuskan

seperti berikut:-

Page 26: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

8

i) mengkaji kepentingan aktiviti perniagaan sektor tidak formal kepada masyarakat

dalam kawasan bandar.

ii) mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh peniaga dan pengunjung

sektor tidak formal khususnya perniagaan gerai dan penjaja diluar bangunan.

iii) mengenalpasti persepsi peniaga dan pengunjung terhadap tahap ketersediaan

kemudahan fizikal sektor perniagaan tidak formal oleh MPAG.

1.5 Skop Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, skop kajian yang dibentuk bagi memastikan

pencapaian matlamat dan objektif kajian yang dapat dicapai. Kajian ini akan

menumpukan kepada kawasan perniagaan bandar terpenting iaitu Bandar Baru Masjid

Tanah, Alor Gajah. Antara skop kajian ini meliputi aspek-aspek berikut:-

i) Memfokuskan kepada dua jenis perniagaan sektor tidak formal berskala kecil

iaitu kategori gerai dan penjaja yang terdapat diluar bangunan. Kajian ini tidak

melibatkan aktiviti sektor tidak formal yang beroperasi di premis perniagaan dan

penjajaan didalam bangunan.

ii) Kajian akan merangkumi keadaan fizikal semasa di sekitar kawasan kajian yang

melibatkan aspek perletakan susunatur, kemudahan- kemudahan asas sediada serta

aspek-aspek lain yang turut memberi kesan keatas alam persekitaran bandar.

iii) Kajian ini tertumpu kepada masalah yang dihadapi oleh peniaga gerai dan

pengunjung dikawasan kajian.

Page 27: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

9

iv) Kajian ini memilih sebuah bandar baru dalam daerah Alor Gajah iaitu Bandar

Baru Masjid Tanah. Bandar ini merupakan bandar perniagaan yang penting di daerah

Alor Gajah dan terdapat beberapa kawasan yang giat menjalankan aktiviti perniagaan

sektor tidak formal. Kawasan kajian merangkumi lima buah lokasi perniagaan seperti

berikut :-

a) Jalan Pasar Bandar Masjid Tanah

b) Jalan Besar Bandar Baru

c) Jalan Lama Masjid Tanah

d) Jalan Wisma Hj Hassan Bandar Masjid Tanah

e) Jalan IKS Bandar Baru Masjid Tanah

1.6 Kepentingan Kajian

Aktiviti sektor tidak formal adalah sebahagian dari aktiviti bandar yang tidak

dapat dri terus berkembang. Oleh itu untuk mengelakkan perkembangan yang

keterlaluan, ia perlu dikawal supaya dapat di integrasikan dengan pembangunan fizikal

semasa bandar. Ianya berperanan sebagai satu kaedah penting dalam mengwujudkan

pembangunan sektor tidak formal dalam kawasan pentadbiran PBT supaya menepati

konsep pembangunan yang berlandaskan kepada kepentingan awam dan bukan bersifat

peribadi.

Hasil daripada kajian ini juga boleh digunakan sebagai panduan kepada PBT,

penduduk setempat serta agensi-agensi lain yang terlibat secara langsung dalam

mengiatkan dan mengatur aktiviti perniagaan sektor tidak formal yang terancang.

Page 28: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

10

1.6.1 Pihak Berkuasa Tempatan

Ianya dapat dijadikan sebagai panduan di dalam melaksana perancangan dan

menguatkuasa perundangan serta membuat dasar dan polisi yang berkesan khususnya

dalam penyediaan letakan tapak dan kemudahan infrastuktur sedia ada khususnya di

bandar serta mengurangkan ketidakpuasan hati penduduk terhadap mutu perkhidmatan

dan kualiti kemudahan yang disediakan. Dengan ini, agensi-agensi ini akan dapat

mengatur perancangan dan strategi yang terbaik dari aspek perlaksanaan dan

perancangan dalam penggalakan penyediaan perniagaan tidak formal.

1.6.2 Peniaga Setempat

Ianya dapat dijadikan sebagai panduan di dalam penyediaan perkhidmatan sosial

yang berkesan melalui penyediaan tapak dan kemudahan infrastuktur sedia ada dan

mengurangkan ketidakpuasan hati peniaga terhadap mutu perkhidmatan dan kualiti

kemudahan infrastuktur yang disediakan. Dengan ini, PBT ini akan dapat mengatur

strategi yang terbaik dari aspek perlaksanaan dan perancangan dalam pengurusan aktiviti

pembangunan perniagaan

1.6.3 Pihak-Pihak Lain Yang Terlibat

Dengan adanya kajian ini, pihak-pihak agensi kerajaan yang terlibat sama dalam

perancangan dan penyelarasan terhadap perniagaan tidak formal ini contohnya Pihak

Berkuasa Negeri (PBN) dan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri (JPBD),

dapat mengenalpasti kelemahan dan masalah yang sering timbul untuk dijadikan sebagai

satu dokumen rujukan dalam mengurus dan melaksanakan kawalan dalam aktiviti

pembangunan.

Page 29: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

11

Selain itu, kepentingan kepada orang awam yang berkunjung yang berminat

memaham berkaitan dengan peranan PBT terhadap perancangan dan kawalan kegiatan

tidak formal yang dilaksanakan dalam perancangan sebenar.

1.7 Metodologi Kajian

Metodologi kajian dipaparkan sebagai rujukan kepada aliran kerja untuk

menghasilkan penulisan ini. Ia akan menjelaskan langkah-langkah kerja yang akan

dilakukan bermula dari permulaan pemilihan tajuk sehinggalah ke laporan akhir.

Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah secara kuantitatif dan kualitatif. Bagi

kaedah kualitatif, sesi temubual akan dijalankan terhadap beberapa orang kakitangan

MPAG yang terlibat dengan proses perancangan, pengurusan dan penguatkuasaan lesen

selain mendapatkan pandangan secara tidak langsung dari peniaga dan pengunjung

terlibat di kawasan kajian yang dilakukan oleh penulis.

Manakala bagi kaedah kuantitatif pula, data-data diperolehi melalui soalselidik

yang diedarkan kepada peniaga gerai/penjaja dan pengunjung-pengunjung dalam lokasi

kawasan yang ditentukan oleh penulis. Rujuk Lampiran A dan Lampiran B. Perisian

yang digunakan adalah SPSS For Window di mana ia melibatkan keadah pengukuran

seperti analisis kekerapan dan analisis ‘likert scale’.

Untuk mencapai setiap objektif kajian ilmiah ini, kajian ini dijalankan secara

berperingkat agar maklumat yang diolah adalah tersusun mengikut empat (4) peringkat

yang utama seperti berikut iaitu:-

a) Peringkat 1 : Kajian Awalan

b) Peringkat 2 : Pengumpulan Data dan Maklumat

c) Peringkat 3 : Analisis Maklumat

d) Peringkat 4 : Rumusan dan Cadangan

Page 30: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

12

1.7.1 Peringkat 1: Kajian Awal

Pada peringkat permulaan ini, keterangan dan data mengenai perniagaan sektor

tidak formal dikenalpasti bagi membentuk permasalahan kajian. Setelah memahami isu

dan masalah timbul, matlamat dan objektif kajian ditentukan sebagai rujukan kepada

hasil penulisan ini.

Skop kajian dibentuk agar penulisan lebih fokus dan hanya tertumpu kepada

objektif yang ingin dicapai. Tidak dapat dinafikan bahawa peringkat ini amat penting

kerana ia dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada penulisan ini. Dalam masa yang

sama pelbagai sumber rujukan utama terhadap kajian-kajian lepas dan pembacaan

bahan-bahan bercetak yang berkaitan bagi memperolehi informasi awal dengan topik

yang ingin dikaji. Disamping itu polisi dan strategi MPAG serta beberapa perkara yang

bersangkutan ditinjau dan dianalisa. Kajian ini dijadikan sebagai asas kepada peringkat

yang seterusnya.

1.7.2 Peringkat 2: Pengumpulan Maklumat dan Data

Pada peringkat ini, pembacaan dan pemahaman terhadap kajian dengan

mendalam dilakukan berdasarkan dua sumber utama iaitu data primer dan data sekunder

seperti berikut:-

Page 31: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

13

i) Data Primer

Data primer merujuk kepada data utama yang diperolehi hasil daripada

pemerhatian dan temubual secara tidak formal dengan Jabatan-jabatan yang berkaitan

dalam urusan kawalan penguatkuasaan dan pengurusan lesen di MPAG ialah Jabatan

Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaan. Selain itu sesi temubual secara tidak formal

turut dibuat bersama Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Awam

dan bahagian-bahagian yang berkaitan dengan aktiviti sektor tidak formal di MPAG.

Temubual juga akan merangkumi cadangan-cadangan yang sesuai dilaksanakan

di MPAG berhubung dengan perancangan sektor tidak formal. Kajian melalui

soalselidik dengan peniaga gerai, penjaja dan pengunjung akan dilakukan untuk

mendapatkan maklumat berkaitan dengan tahap penyediaan kemudahan ruang

perniagaan dan peranan semasa MPAG dalam konteks pembangunan perniagaan sektor

tidak formal.

ii) Data Sekunder

Data sekunder digunakan bagi menyokong dan mengukuhkan hasil kajian. Data-

data yang akan dikumpulkan merangkumi dasar-dasar dan polisi dalam perancangan

sektor tidak formal serta masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan kawalan

dan juga prosedur-prosedur dalam menjalankan kawalan perancangan terhadap sektor

tidak formal.

Rujukan yang didapati daripada maklumat bercetak seperti laporan, buletin,

terbitan Berita Melaka Hari ini, dokumen Rancangan Tempatan, Rancangan Struktur

dan lain-lain bahan media elektronik serta media cetak yang telah dibenarkan dalam

penghasilan projek kajian ini.

Page 32: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

14

1.7.3 Peringkat 3: Analisis Kajian

Peringkat ini dijalankan setelah pengumpulan data dan maklumat selesai.

Analisis yang dilakukan adalah bagi data primer dan sekunder untuk memenuhi

matlamat dan objektif kajian ini. Pada peringkat ini, terdapat pelbagai proses yang

digunakan. Bagi tujuan menganalisis data, kaedah yang digunakan adalah analisis

kuantitatif dan diskriptif. Bagi kaedah kuantitatif, analisis yang akan dijalankan secara

kekerapan dan skala Likert. Manakala, secara kualitatifnya huraian beberapa soalan

mengenai pandangan peniaga dan pengunjung dan juga temubual dari pegawai MPAG

sendiri. Disamping itu penjelasan dengan bantuan foto-foto di kawasan kajian

digunakan untuk menyokong analisis yang dijalankan.

1.7.4 Peringkat 4: Rumusan dan cadangan

Pada peringkat akhir, beberapa cadangan akan dikenalpasti dengan

mengambilkira penemuan-penemuan dan analisis kajian dalam merangka cadangan-

cadangan untuk mempertingkatkan perlaksanaan dalam penguatkuasaan aktiviti sektor

tidak formal di kawasan pentadbiran MPAG.

Cadangan yang diberi akan membantu PBT dalam menyediakan dan

memberikan perkhidmatan sosial yang terbaik kepada penduduk khusunya peniaga dan

pengunjung. Secara ringkasnya, metodologi asas terhadap kajian ini dapat dibahagikan

kepada empat peringkat seperti diterangkan berdasarkan kepada Rajah 1.1 .

Page 33: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

15

Mengenalpasti Isu dan Masalah

Pembentukan Matlamat dan Objektif

Penetapan Skop Kajian

Peringkat 1

Kajian Literatur

(Rujukan & Pembacaan)

Peringkat 2

Pengumpulan Maklumat

Data Primer Data Sekunder

• Pemerhatian

• Temubual

• Soal Selidik

• Buku Dan Laporan

• Kertas Kerja / Tesis

• Kertas Seminar

• Keratan Akhbar

• Statut Undang-undang

• Garispanduan & Polisi

Analisis dan Penemuan Kajian

Peringkat 3

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cadangan dan Kesimpulan

Peringkat 4

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rajah 1.1: Carta alir metodologi kajian

Page 34: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

16

1.8 Susun Atur Bab Penulisan

Secara keseluruhannya, kajian ini terdiri daripada 5 bab utama. Setiap bab

mengandungi pengkhususan yang telah ditetapkan bagi memberi kefahaman yang lebih

jelas kepada pembaca.

Bab Satu mengandungi penerangan tentang isu dan masalah, persoalan kajian,

objektif dan matlamat kajian, skop kajian, kepentingan kajian dan metodologi kajian

yang digunakan. Setelah perkara ini dirangka ianya dapat membantu memandu pengkaji

dalam menjalankan kajian dengan lebih teratur.

Bab Dua menerangkan pengenalan kepada Sektor Tidak Formal yang

mengandungi penerangan tentang literatur. Bab ini akan menerangkan tentang definisi

dan konsep sektor ini, peranan dan kepentingan aktivitinya, kebaikan dan keburukan

perkembangan sektor, peruntukan undang-undang yang mengawal kegiatan dan

masalah yang mengahalang kepada pembangunan sektor tidak formal oleh PBT.

Bab Tiga menjelaskan tentang perkembangan sektor tidak formal di kawasan

kajian seterusnya menumpukan kepada lima lokasi yang dipilih dalam kawasan

perniagaan Bandar Baru Masjid Tanah. Penerangan terperinci berkenaan latarbelakang

kawasan kajian, taburan fizikal perniagaan gerai dan kemudahan yang disediakan di

lokasi perniagaan aktiviti ini.

Bab Empat lebih kepada analisis dan sintesis kajian. Bab ini akan menyentuh

tentang penemuan yang diperolehi hasil daripada pemerhatian di lapangan, temubual dan

soal selidik yang dijalankan kepada peniaga dan pengunjung yang berada dii lima lokasi

perniagaan gerai yang dipilih. Penerangan lebih tertumpu kepada pengumpulan data dan

maklumat soal selidik yang dilakukan.

Page 35: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

17

Pandangan daripada peniaga, pengunjung dan juga pihak pengurusan Majlis

Perbandaran Alor Gajah akan diambilkira untuk mengetahui masalah-masalah yang

dihadapi peniaga untuk mendapat perkhidmatan yang lebih baik dari MPAG.

Bab Lima merupakan bab terakhir dalam kajian ini. Ia merangkumi kesimpulan

dan rumusan yang dibuat berdasarkan kepada penemuan objektif kajian. Di akhir kajian

ini, cadangan akan diberikan sebagai pendapat untuk penambahbaikan kajian-kajian

berkaitan yang akan dijalankan selepas ini. Limitasi, pandangan dan cadangan kajian

lanjutan juga dikemukakan dalam menyentuh pelbagai aspek berkaitan dengan subjek

ini.

Page 36: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

BAB II

PERNIAGAAN SEKTOR TIDAK FORMAL DAN PIHAK

BERKUASA TEMPATAN

2.1 Pengenalan

Aktiviti perniagaan sektor tidak formal merupakan salah satu aktiviti yang

berkait rapat dengan tradisi kehidupan masyarakat dan berperanan dalam

membantu kerajaan untuk menyerap tenaga kerja yang berlebihan di bandar.

Pertambahan penduduk di satu-satu kawasan akibat tekanan pembangunan yang

berlaku menambahkan lagi pemintaan terhadap barangan perkhidmatan sektor tidak

formal. Antara faktor-faktor yang menyebabkan perniagaan sektor tidak formal

mengalami perkembangan pesat dibandar terutamanya bagi negara membangun

termasuk Malaysia adalah agihan barangan dan perkhidmatan yang jauh lebih cepat

dan murah kepada golongan masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah

sekiranya dibandingkan di kedai-kedai perniagaan seperti restoran, kafetaria, kedai

runcit dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan, terdapat kecenderungan

untuk menganggap bahawa sektor tidak formal bandar sama seperti sektor miskin

bandar.

Perkembangan aktiviti sektor tidak formal yang tidak terkawal dikatakan

boleh menimbulkan berbagai masalah–masalah persekitaran bandar sekiranya tiada

pelaksanaan garis panduan, pelesenan, pembangunan, penguatkuasaan dan

pengurusan yang cekap dan berkesan. Menyedari hakikat inilah, maka fungsi dan

Page 37: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

19

peranan yang harus dimainkan oleh PBT dalam perancangan dan pembangunan

semakin bertambah.

Pihak PBT perlulah mengambil inisiatif sendiri dan bertanggungjawab

untuk menggalakkan perkembangan dalam pelaburan dan penyertaan penduduk

secara serius dan berkesan kerana ia adalah sebahagian daripada aktiviti ekonomi

yang dapat membantu perkembangan sesebuah bandar. Selain dari itu, ia turut

menjadi sumber hasil tambahan kepada PBT melalui pengenaan lesen perniagaan,

cukai dan sewa premis. Dengan itu, adalah wajar semua pihak berkerjasama bagi

menyumbang idea dan tenaga dalam pembentukan dasar dan polisi sektor tidak

formal. Sehubungan itu, adalah perlu kerajaan memberi perhatian yang serius untuk

menangani masalah perkembangan sektor tidak formal kerana ia adalah sebahagian

daripada aktiviti ekonomi yang dapat membantu perkembangan sesebuah bandar.

Bab ini merupakan suatu penghuraian secara teoritikal tentang sektor tidak

formal dari segi pengertian, konsep dan peruntukan undang-undang yang berkaitan

dengan kategori gerai dan penjaja supaya ianya menjadi lebih jelas. Seterusnya bab

ini akan menyentuh mengenai kepentingan, peranan sektor tidak formal dan dasar

serta strategi yng digunakan oleh PBT dalam menjalankan fungsinya sebagai

perancang, pentadbir dan pengawal kepada kegiatan perniagaan sektor tidak formal

dibandar.

2.2 Definisi Dan Konsep

Secara umumnya tiada sebarang definisi khusus yang dapat menerangkan

konsep ’sektor tidak formal’. Ia sering dikaitkan dengan kegiatan kumpulan miskin

bandar, penghijrahan dan pengangguran. Mereka yang terlibat dalam sektor ini

adalah sebahagian daripada penduduk yang baru memasuki kumpulan tenaga kerja

bandar tetapi tidak dapat diserap oleh sektor moden disebabkan peluang pekerjaan

yang terhad dan kekurangan latihan serta kemahiran (Nor Aini Haji Idris, 2003).

Page 38: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

20

Sektor tidak formal mula diberi perhatian oleh Hart pada 1971 dalam

persidangan tentang pengangguran di bandar Afrika. Dalam mendefinisikan sektor

tidak formal, Hart (1973) membahagikan aktiviti ekonomi penduduk di bandar

berdasarkan peluang pendapatan mengikut tiga kelompok utama iaitu :-

i) sektor formal

ii) sektor tidak formal sah

iii) sektor tidak formal tidak sah.

Peluang pendapatan formal termasuk upah sektor awam dan firma swasta

(contohnya upah, bonus dan dividen) serta bayaran pindahan (contohnya, pencen

dan faedah pengangguran). Manakala peluang pendapatan tidak formal pula

terbahagi kepada ’sah’ dan ’tidak sah’. Ketiga-tiga aktiviti sektor tidak formal

dibezakan melalui perkara berikut:

a) Kegiatan individu atau kumpulan

b) Jumlah pendapatan

c) Cara pekerjaan dijalankan

d) Hubungan dengan sektor perusahaan lain

e) Jumlah waktu bekerja

f) Kawalan terhadap kegiatan yang djalankan

Menurut Thomas (1992:4) aktiviti sektor tidak formal didefinisikan sebagai:

‘ ....This is the informal sector, which generally consists of small-scale producers

and their employees, together with the self-employed working in the production of

goods, plus those engaged in commerce, transport and the provision of services.

One important point to note concerning the informal sector is that the goods and

services being produced are perfectly legal and that generally no laws are being

broken in their production or distribution’.

Page 39: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

21

Ini menunjukkan bahawa salah satu aktiviti sektor tidak formal ini adalah

kegiatan berskala kecil dan terpaksa menyediakan kemudahan untuk pengeluaran

produknya. Antara perkara yang penting dalam kegiatan sektor tidak formal ini

ialah ketiadaan kawalan perundangan untuk mengawal pengeluaran hasil daripada

kegiatan tidak formal. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), 1972 dalam Laporan

Misi Kenya turut mendefinisikan semula sektor tidak formal dengan menggunakan

pendekatan ekonomi dualistik yang wujud di negara kurang maju sebagai, ….

‘sektor yang mempunyai ciri-ciri mudah diceburi, bergantung kepada sumber

tempatan, hakmilik keluarga, operasi berskala kecil, teknologi intensif buruh dan

mengunakan teknologi yang disesuaikan”. Kemahiran diperolehi secara tidak

formal dan pasaran bersifat bersaing serta tidak mempunyai sistem kawalan yang

tetap.

Laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO 1993: “the 15 th

international Conference Of labour Statisticians” ) membuat rumusan berdasarkan

penelitian terhadap 8 buah bandar di Dunia Ketiga bahawa mereka yang terlibat

dalam sektor tidak formal secara umumnya terdiri dari golongan miskin,

berpendidikan rendah, menerima upah yang kecil dan beroperasi dengan modal

yang kecil.

2.3 Kategori Sektor Tidak Formal Berskala Kecil

Sebelum penulis menghuraikan lebih lanjut berhubung dengan sektor tidak

formal, adalah wajar diterangkan beberapa perkara berhubung dengan definisi dan

konsepnya. Berikut penulis menjelaskan definisi dan konsep mengenai gerai dan

penjaja.

Page 40: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

22

2.3.1 Gerai

Menurut tafsiran Kamus Dewan, gerai adalah sebagai ‘bangku (meja)

tempat menjual barang’. Berdasarkan Akta Kerajaaan Tempatan 1976, Undang-

undang Kecil (MPAG) 1984 gerai didefinisikan sebagai :

‘sebarang gerai berkunci, meja, setor, bangku panjang, bakul, kerusi, kandar,

petak-petak peraga, dinding, papantunjuk dari apa-apa jenis atau apa-apa lain

yang berkaitan dengannya samada mudah alih atau bukan mudah alih dan samada

beroda atau tidak beroda, yang diatasnya atau di dalamnya makanan, minuman

atau barang-barang dari apa-apa jenis dijual atau didedahkan untuk jualan

dimana-mana tempat persendirian atau tempat awam’.

Sementara itu definisi gerai turut terkandung di dalam Enakmen Lembaga

Bandaran Persekutuan Tanah Melayu (FMS Cap 137) Bahagian VI Kawalan

Penjaja dan Gerai-Gerai Di Tepi Jalan ‘sebagai gerai atau meja, bangku atau papan

pamir yang digunakan atau dicadangkan untuk jualan atau sebagai persediaan untuk

jualan satu-satu barang dimana-mana jalan atau kawasan yang berhadapan dengan

jalan’. Definisi gerai dari kesemua sumber tersebut tadi adalah hampir sama

diantara satu sama lain. Secara amnya terdapat tiga (3) kategori gerai iaitu gerai

statik, sementara dan beredar.

2.3.1.1 Gerai Tetap

Gerai statik merupakan gerai yang didirikan tetap di sesuatu tempat samada

tempat-tempat awam atau persendirian yang tidak boleh dialihkan atau dipindahkan

ke tempat lain dan menjual atau mempamirkan untuk tujuan jualan apa-apa

makanan, inuman atau barang-barang dari apa-apa jenis.

Perletakan gerai-gerai ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu

perletakan didalam bangunan dan perletakan diluar bangunan. Gerai-gerai ini

merupakan gerai-gerai tetap di dalam bangunan biasanya terdapat di bangunan-

Page 41: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

23

bangunan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti komplek membeli belah,

pasar, bangunan perhentian bas, keretapi dan seumpamanya. Gerai-gerai yang

terletak di dalam bangunan merupakan gerai-gerai yang statik. Lazimnya gerai-

gerai ini merupakan bangunan-bangunan yang mempunyai saiz yang kecil yang

dibina tetap di kawasan-kawasan yang dianggap sesuai untuk gerai. Kebiasaanya,

gerai-gerai seperti ini bahan binaannya adalah daripada konkrit supaya tahan lebih

lama.

Foto 2.1: Gerai Statik

2.3.1.2 Gerai Sementara

Gerai sementara merupakan gerai yang dibina di tempat - tempat yang

ditetapkan oleh Pihak Berkuasa dalam suatu tempoh tertentu untuk menjual atau

mempamirkan untuk tujuan jualan apa-apa makanan, minuman atau barang-barang

dari apa-apa jenis.

Lazimnya gerai-gerai sementara mestilah dipindahkan setelah tamat tempoh

keizinan penggunaan. Gerai-gerai jenis ini kebiasaanya berbentuk kereta tolak

dimana mempunyai roda-roda untuk memudahkan ianya dipindahkan ke tempat

lain.Gerai-gerai ini berbentuk sementara di luar bangunan biasanya terdapat di atas

kawasan-kawasan lapang, di atas dan di tepi jalan, lorong, tapak penjaja luar pasar

dan kawasan tempat letak kereta seperti penjaja kakilima-kakilima bangunan.

Page 42: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

24

Foto 2.2: Gerai Sementara

2.3.1.3 Gerai Beredar

Gerai beredar pula adalah gerai yang menggunakan kereta atau tanpa kereta

yang bergerak dari satu tempat ke satu erai tempat yang lain untuk mendedahkan

atau mempamirkan, membahagikan atau menyerahkan untuk tujuan jualan apa-apa

makanan, minuman atau barang-barang dari apa-apa jenis. ’Kereta‘ yang

dimaksudkan termasuklah gadi, kereta sorong, kereta tolak, basikal, trisikal,

motosikal, skuter, van, lori, vesel, bot atau rakit yang digunakan bagi maksud

menjaja. Penjaja – penjaja yang beredar tidak boleh tinggal tetap untuk berniaga

disesuatu tempat kecuali pada waktu sebenarnya ia menjual barang- barang kepada

orang ramai dan sekiranya mereka tidak berniaga hendaklah mereka sentiasa

berpindah-pindah.

F

Foto 2.3: Gerai Beredar

Page 43: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

25

Sebagai kesimpulannya, gerai merupakan tempat untuk menjual atau

menawarkan barangan kepada orang ramai samada boleh dipindah-pindahkan atau

tetap di satu-satu kawasan, samada ianya mempunyai roda atau tidak yang mana

saiz dan perniagaan yang dijalankan adalah lebih kecil daripada lain-lain jenis

perniagaan. Oleh itu adalah jelas dikatakan gerai merupakan tempat orang menjaja

samada di tempat yang dipanggil gerai, warung, meja, setor, bangku panjang, bakul,

kerusi kandar, petak-petak peraga, dinding, papan tunjuk dan seumpamanya.

2.3.2 Penjaja

Sebagaimana tafsiran yang terkandung didalam Kamus Dewan, penjaja

didefinisikan sebagai ‘orang yang membawa barang dagangan berkeliling untuk

dijual’. Selain itu menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), penjaja

didefinisikan sebagai Penjaja Beredar, Tetap atau Sementara.

Menurut Lewis (1958, p.402) mendefinisikan penjaja sebagai,

‘ these occupations usually have a multiple of number they need; each of them

earning very small sum from occasional employment; frequently their number can

be halve without reducing output in this sector. Petty retail trading is also exactly of

type; it is enomously expended in over-populated economies, each trader makes

only a few sales, market are crowded with stalls and if the number of stall were

greatly reduced the consumers would be no white worse off - they might be better

off, since retail margins might fall ” .

Dari pandangan ahli ekonomi dari istilah bahasa, penjaja merupakan

sebahagian daripada sekumpulan besar peniaga-peniaga kecil. Mereka berfungsi

sebagai jentera di dalam memberikan kemudahan kepada pertukaran pelbagai jenis

barangan dan perkhidmatan di dalam pasaran. Manakala menurut “ The Hong Kong

and Urban Services Ordinance of 1960” mendefinisikan penjaja sebagai :-

Page 44: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

26

a) sesiapa yang berdagang di ruang awam dengan;

i) menjual atau mepamerkan apa-apa jenis barangan untuk tujuan menjual

ataupun;

ii) mempamerkan contoh atau corak barangan dan barangan dagangan yang

kemudiannya di pasarkan ataupun;

iii) menawarkan perkhidmatan dari hasil kraftangan atau apa-apa perkhidmatan

persendirian.

b) sesiapa yang terlibat dengan tujuan berikut:-

i) jualan atau pameran untuk tujuan menjual barangan ataupun barang

dagangan ataupun;

ii) tawaran perkhidmatan dari hasil kraftangan atau apa-apa perkhidmatan

persendirian.

Dapatlah dibuat kesimpulan bahawa penjaja merupakan orang yang menjual

sebarang jenis barangan dan menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat tetapi

dalam skel yang lebih kecil berbanding dengan lain- lain sektor perniagaan. Pada

umumnya bolehlah dikatakan bahawa penjaja adalah orang yang berniaga di gerai-

gerai sebagaimana didefinisikan sebelum ini.

Secara amnya terdapat tiga (3) kategori penjaja iaitu penjaja tetap, sementara dan

beredar.

2.3.2.1 Penjaja Tetap

Bermakna seseorang yang mendirikan gerai di sesuatu tempat awam atau tempat

persendirian dan menjual atau mendedahkan untuk jualan apa-apa jenis.

Page 45: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

27

Foto 2.4: Penjaja Tetap

2.3.2.2 Penjaja Sementara

Bererti seseorang yang kadangkala mendirikan gerai dan menjual atau

mendedahkan untuk jualan apa-apa makanan, minuman atau barang- barang dari

apa-apa di petak yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Yang Dipertua Majlis bagi

apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Yang Dipertua Majlis.

Foto 2.5: Penjaja Sementara

Page 46: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

28

2.3.2.3 Penjaja Beredar

Bererti seseorang yang dengan atau tanpa membahagikan atau meyerahkan

untuk jualan apa-apa makanan, minuman atau barang- barang dari apa-apa jenis.

Penjaja-penjaja beredar tidak boleh tinggal tetap untuk berniaga kecuali pada waktu

sebenarnya ia berniaga dan sekiranya mereka tidak berniaga hendaklah mereka

sentiasa berpindah- pindah.

Foto 2.6: Penjaja Beredar

Berdasarkan penjelasan yang dinyatakan diatas, dapatlah dikatakan bahawa

gerai merupakan tempat untuk menjual atau menawarkan barangan kepada orang

ramai samada boleh dipindahkan atau tetap di satu-satu tempat. Sementara penjaja

pula merupakan peniaga- peniaga yang menjalankan perniagaan bersaiz kecil

samada mendirikan gerai sendiri atau mengunakan gerai yang dibina oleh Majlis

atau badan-badan kerajaan atau badan berkanun lain.

2.4 Bentuk Penumpuan Aktiviti Sektor Tidak Formal

Secara amnya penumpuan aktiviti perniagaan tidak formal khususnya

berskala kecil seperti gerai dan penjaja dapat dibahagikan kepada tiga iaitu samada

berbentuk berkelompok, sejajar ataupun berselerak.

Page 47: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

29

2.4.1 Berkelompok

Berlaku di titik-titik tumpuan utama seperti di laluan pejalan kaki, tempat

letak kereta, kawasan pasar dan perhentian bas. Rujuk Rajah 2.1

2.4.2 Sejajar

Tertumpu di tepi-tepi jalan atau sungai. Penumpuan seperti ini ditempat

yang tidak sesuai mendatangkan masalah gangguan aliran lalu lintas serta

kesesakan. Gerai-gerai yang terlalu usang, ditambah pula dengan bentuk gerai yang

tidak seragam turut menurunkan kualiti imej bandar. Rujuk Rajah 2.2

2.4.3 Berselerak

Merangkumi semua jenis penggerai dan penjaja yang menawarkan

perkhidmatan menjual barangan yang tidak memerlukan darjah ataupun tahap

penumpuan atau mengelompokan yang tinggi. Biasanya peniaga dan penjaja tidak

menghiraukan masalah yang mungkin timbul akibat aktiviti perniagaan dijalankan.

Page 48: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

30

. .. .. .. .. .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . .. . . .. . . .. . . .. . . .. . . .. . . .. . . .. . . .. . . .. . . .. . . .. . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. .. .. .. .

BANGUNAN

RAJAH 2.1Corak Penumpuan Berkelompok

BANGUNAN

. . . .. . . .. . . .. . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . .. . . .. . . .

. . . .. . . .. . . .. . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . .. . . .. . . .

RAJAH 2.2Corak Penumpuan Berjajar

BANGUNAN

BANGUNAN

Page 49: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

31

2.5 Punca Kewujudan Sektor Tidak Formal

Perniagaan sektor tidak formal dikatakan berpunca daripada beberapa

faktor. Antaranya adalah faktor sejarah, ekonomi, permintaan, kelemahan kawalan

perundangan dan sebagainya.

2.5.1 Faktor Sejarah dan Aspek Perundangan

Manusia menjalankan perniagaan antara satu sama lain sejak awal tamadun

manusia. Maka manusia menjalankan perniagaan tidak kira tempat dan masa, hasil

sifat manusia yang suka memberi dan menerima ( Larson dan Weigard 1982; Zainal

Abidin, 1989 ). Oleh itu, aktiviti perniagaan berjalan dengan aktif apabila terdapat

permintaan dan sambutan penduduk. Aspek perundangan yang digunapakai di

sesetengah kawasan pada masa dahulu seperti Pelan Pengkawasan Pusat Bandar

tidak begitu menyeluruh dan proses untuk mendapat kebenaran merancang bersifat

’ad hoc’ (MPAG, 2003). Jesteru itu kelemahan aspek akta perundangan ini

menyebabkan timbulnya aktiviti perancangan dengan sewenang-wenangnya tanpa

melalui proses yang sepatutnya.

2.5.2 Ekonomi dan Permintaan

Tekanan kepesatan ekonomi dan peningkatan permintaan yang tidak selari

dengan keperluan barangan perkhidmatan dan pekerjaan akibat dari kegagalan

pihak berkuasa untuk menyediakan ruang perniagaan, menyebabkan aktiviti sektor

tidak formal mengambil peluang demi memenuhi permintaan sebilangan besar

penduduk bandar tanpa mendapat kebenaran.

Page 50: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

32

Oleh itu, tekanan pembangunan yang wujud disebabkan kepesatan ekonomi

dan pertambahan permintaan penduduk samada dari segi barangan perkhidmatan

mahupun pekerjaan mendorong kepada tumbuhnya pelbagai jenis aktiviti yang

tidak sesuai dan tanpa mendapat kebenaran PBT. Antaranya yang wujud adalah

aktiviti perniagaan tidak formal jenis gerai dan penjaja.

2.6 Kepentingan Sektor Tidak Formal Dalam Ekonomi Bandar

Sektor tidak formal wujud kerana kegagalan sektor formal menyerap tenaga

kerja yang berlebihan di bandar akibat pertumbuhan penduduk yang pesat. Menurut

Herrick & Kindleberger (1983), pertumbuhan pesat penduduk bandar boleh berlaku

melalui tiga cara iaitu:-

i) secara semulajadi yakni perbezaan antara kadar kelahiran dengan kadar

kematian penduduk.

ii) melalui proses penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar.

iii) melalui pelebaran sempadan kawasan.

Secara tidak langsung, kepesatan proses perbandaran ini menyebabkan

golongan yang tidak mempunyai tingkat pendidikan dan kemahiran tertentu atau

aset ekonomi sebagai modal akan terus terpinggir. Maka, sebagai pilihan mereka

terpaksa bekerja sendiri berdasarkan keupayaan yang ada untuk menyara hidup.

Sektor tidak formal mempunyai ciri-ciri tertentu yang tidak dapat dipisahkan

daripada isu kemiskinan seperti mudah diceburi, pengeluaran tidak tetap dan

berskel kecil, pengusahaan dan pemilikan secara keluarga, menggunakan buruh

secara insentif dan penggunaan teknologi yang rendah.

Page 51: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

33

Seiring dengan pola peningkatan penduduk bandar yang ditunjukkan di

negara membangun dan kegagalan sektor formal bandar untuk menyerap tenaga

kerja menyebabkan peranan sektor tidak formal semakin penting. Sektor ini

dikatakan berupaya menyerap hampir 50.0 peratus daripada lebihan tenaga kerja

bandar (Todaro 1989). Masalah utama yang dihadapi oleh sektor tidak formal ini

ialah penggunaan sumber-sumber pengeluaran secara tidak ekonomi. Ia

menyebabkan tingkat pendapatan yang diperoleh adalah rendah.

Di sesetengah kawasan, saiz sektor tidak formal ini agak besar dan sekiranya

kegiatan ekonominya tidak diperbaiki, maka ia boleh memberi kesan buruk kepada

pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan. Kebanyakan kajian mengenai sektor

tidak formal di negara membangun lebih memberi perhatian kepada aspek makro,

iaitu pengkaji hanya melihat sumbangan sektor ini kepada pembangunan ekonomi

negara sahaja.

Sebagai contoh, kajian Sethuraman (1985) di Indonesia mendapati sektor

tidak formal memainkan peranan penting dalam menyerap tenaga buruh dan

menjadi pilihan utama kepada mereka yang gagal mencari pekerjaan dalam sektor

formal dan sektor pertanian. Manakala di Dhaka, Bangladesh sebanyak 65.0

peratus pekerjaan bandar berada dalam sektor tidak formal yang meliputi aktiviti

perniagaan di tepi jalan, perniagaan runcit perkhidmatan pembaikan, kraftangan,

penarik beca dan kerja-kerja pembinaan.

Di Malaysia, penglibatan penjaja dalam kegiatan ekonomi bandar terutama

di Kuala Lumpur adalah sangat besar. Golongan penjaja di Kuala Lumpur

dikatakan menyumbang kira- kira 20.0 peratus daripada tenaga kerja

keseluruhannya. Walaubagaimanapun, setakat ini tidak banyak kajian yang dibuat

secara menyeluruh mengenai sektor tidak formal di Malaysia. Apa yang dilakukan

hanyalah merupakan kajian keatas unit-unit ekonomi tertentu dalam sektor ini

termasuk penjaja, peniaga kecil dan peniaga pasar. Malah, Jabatan Perangkaan

sendiri tidak mempunyai data khusus mengenai aktiviti tidak formal di Malaysia.

Namun begitu data terperinci berhubung purata tenaga kerja yang terlibat dalam

Page 52: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

34

aktiviti tidak formal bandar bagi negara-negara membangun, dapat dilihat dalam

Jadual 2.1.

Tidak dapat dinafikan bahawa sektor tidak formal di negara-negara

membangun seperti perniagaan runcit, kerja pembinaan, menarik beca,

perkhidmatan pembaikan, peniaga kecil gerai dan pasar memainkan peranan

penting dalam menyerap tenaga buruh dan menjadi pilihan utama kepada mereka

yang tidak dapat mencari perkerjaan dalam sektor formal dan sektor pertanian.

Sektor ini menjadi suatu keperluan yang berguna kepada golongan masyarakat

tempatan yang berpendidikan rendah.

Jadual 2.1: Kadar Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Sektor Tidak Formal

Bandar Di Negara-negara Membangun

Kawasan / Negara Kadar %

AFRIKA

Lagos, Nigeria

Kumasi, Ghana

Senegal

Nairobi, Kenya

Tunisia

50%

60-70%

50%

44%

34%

ASIA

Jakarta, Indonesia

Calcutta, India

Pakistan

Semenanjung Malaysia

Singapura

45%

40-50%

69%

35%

23%

AMERIKA LATIN

Peru

Paraguay

Quito

Venezuela

Sao Paulo

60%

57%

48%

44%

43%

Sumber : Todaro ( 1997)

Page 53: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

35

Daripada Jadual 2.2, Todaro (1997) telah mengariskan kebaikan dan keburukan

operasi sektor tidak formal.

Jadual 2.2: Kebaikan dan Keburukan Operasi Sektor Tidak Formal

Kebaikan Keburukan

1. Mewujudkan lebihan pendapatan untuk

galakan pertumbuhan ekonomi bandar.

2.Membantu negara menjimatkan

penggunaan modal kerana operasi

mengunakan modal yang minima.

3. Mewujudkan permintaan buruh tidak

mahir dan separuh mahir yang meningkat

secara mutlak dan relatif.

4. Memperolehi kos latihan dan kemahiran

yang rendah dan membentuk modal

manusia tempatan.

5. Mengitar semula bahan sisa dan terlibat

dalam pengumpulan barangan asas dan

penyediaan barangan asas untuk

golongan miskin dan membolehkan

pembangunan diagih kepada golongan

miskin .

6. Mengunakan teknologi yang disesuaikan

dan mengunakan sumber tempatan.

Akhirnya menghasilkan peruntukan

sumber yang lebih cekap.

1. Mengalakkan penghijrahan penduduk

desa ke bandar dan menimbulkan

masaalah pengangguran.

2 Memberi kesan alam persekitaran yang

kotor dan kesesakan jalan jika tiada

peraturan dan kawalan yang teratur.

3. Memberi galakkan pertumbuhan

setinggan tanpa kemudahan asas.

Sumber : Todaro ( 1997)

Page 54: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

36

Selain itu, ia dikatakan dapat membantu usaha kerajaan untuk

menghidupkan suasana aktiviti-aktiviti ekonomi bandar terutama di waktu malam

kerana kebanyakan aktiviti formal dan lain-lain beroperasi pada waktu siang sahaja.

Secara umumnya, sememangnya sektor tidak formal mempunyai kepentingan yang

besar kepada masyarakat dan mampu membawa faedah pembangunan kepada

kerajaan dan juga penduduk.

2.7 Peranan dan Sumbangan Sektor Tidak Formal Dalam Konteks Bandar

Peniaga gerai dan penjaja memainkan dua peranan penting dalam konteks

ekonomi iaitu sebagai:-

i) Saluran Pasaran Kepada Penduduk

ii) Pengeluar dan Penjual

Fungsi sektor tidak formal khususnya gerai penjaja, saluran pemasaran bagi

pengeluar atau pembekal di anggap penting. Barangan yang dipasarkan oleh

peniaga gerai dan penjaja terdiri dari barangan tempatan dan juga yang diimput.

Disebabkan oleh sistem operasinya yang mudah dan tidak melibatkan banyak

kakitangan, harga yang ditawarkan oleh peniaga gerai dan penjaja untuk barangan

dan perkhidmatan adalah murah. Faktor ini memberi pilihan yang meluas kepada

pelanggan dan juga membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk

mendapatkan keperluan mereka. Sebagai pengeluar dan penjual peniaga gerai dan

penjaja tidak memerlukan orang tengah untuk memasarkan barang-barang atau

perkhidmatan mereka.

Kos ‘overhead’ yang rendah seperti bayaran sewa, lesen atau permit premis

peniagaan gerai dan penjaja menawarkan harga yang rendah daripada kedai biasa

seperti restoren, rumah kedai dan sebagainya.

Page 55: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

37

Dengan ini, hasil keuntungan yang mereka perolehi adalah tinggi. Manakala

dalam konteks sosial, aktiviti sektor tidak formal turut dijadikan sebagai alat yang

penting untuk mencapai pembangunan masyarakat dari sudut ekonomi dan taraf

hidup. Berdasarkan kepada kepentingan inilah wujudnya beberapa peruntukan

tertentu di dalam perancangan-perancangan pembangunan lima tahun Malaysia dan

Dasar Pembangunan Nasional. Berikut diterangkan diantara sumbangan yang dapat

ditawarkan oleh sektor tidak formal.

2.7.1 Mewujudkan Peluang Pekerjaan

Di Malaysia, perkembangan aktiviti tidak formal di kawasan bandar

semakin bertambah tahun demi tahun kerana sektor ini mampu menyediakan

peluang pekerjaan dan seterusnya mampu mengubah taraf kehidupan seseorang

yang tidak mempunyai pekerjaan dikalangan belia-belia dan lepasan-lepasan

sekolah. Kebanyakan mereka yang menganggur dan golongan berpendapatan

rendah memilih aktiviti tidak formal kerana aktiviti ini tidak memerlukan modal

besar, pengalaman, kemahiran dan kelulusan. Bagi golongan sederhana pula, faktor

yang membawa mereka bergiat ke sektor tidak formal sebagai pendapatan

sampingan.

2.7.2 Meningkatkan Kecekapan Fungsi Bandar

Aktiviti sektor tidak formal boleh meningkatkan kecekapan fungsi kawasan

kajian, terutama melalui sistem pengagihan pasaran dan pengurusan beberapa kos,

masa dan wang. Peniaga dan penjaja memainkan peranan penting di dalam

memasarkan barang-barang makanan. Secara tidak langsung aktiviti sektor tidak

formal ini memberi sumbangan hasil dalam bentuk pendapatan kepada PBT melalui

pungutan sewa gerai, lesen bayaran perkhidmatan memungut sampah atau denda

yang dikenakan jika melanggar peraturan.

Page 56: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

38

2.7.3 Sumber Rekreasi dan Tarikan Pelancong

Selain dari menjalankan aktiviti di siang hari, peniaga gerai dan penjaja turut

menjalankan perkhidmatan di malam hari. Ini secara tidak langsung, mengalakkan

aktiviti bandar untuk tidak menjadi dead city’. Perniagaan peniaga gerai dan

penjaja ini dianggap sebagai sumber rekreasi pada malam hari yang murah jika

dibandingkan dengan tempat-tempat berhibur eksklusif seperti disko.

Aktiviti tidak formal ini merupakan satu aktiviti yang mempunyai unsur

sejarah tradisi perdagangan yang perlu dikekalkan di negara membangun seperti

Malaysia. Aktiviti tidak formal ini tidak lagi terdapat di negara maju, maka atas

faktor inilah aktiviti sektor tidak formal seperti gerai dan penjaja boleh dijadikan

potensi untuk tarikan pelancongan dan mendapat tumpuan utama para pelancong

samada dari dalam negeri atau luar negeri seandainya diuruskan dengan sempurna

oleh agensi yang bertanggungjawab.

Dari kenyataan diatas adalah jelaslah bahawa sektor tidak formal bagi

aktiviti komersial merupakan salah satu cabang daripada sistem ekonomi bandar

dimana ianya berperanan didalam agihan dan pasaran barangan makanan dan bukan

makanan terutamanya di bandar-bandar dan pusat-pusat pelancongan awam.

Peranannya penting kepada masyarakat umum terutama yang miskin kerana ia

membolehkan mereka menggabungkan peranan produktif dan reproduktif dengan

berkesan.

2.8 Peruntukan Penguatkuasaan Undang-Undang Berkaitan Aktiviti

Sektor Tidak Formal

Aktiviti perniagaan sektor tidak formal yang melibatkan percanggahan

kegunaan tanah dan bangunan perlu diberi perhatian serius oleh PBT sesuatu

kawasan untuk mengawal dan mengatasi daripada terus berlaku. Penggunaan akta-

akta tertentu yang sesuai dengan bidang-bidang perancangan penting ke arah

Page 57: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

39

matlamat tersebut. Perundangan dan kawalan pembangunan itu adalah dalam

bentuk kawalan kegunaan tanah, aktiviti dalam bangunan, kacauganggu-

kacauganggu dan sebagainya. Di Malaysia, kawalan kegiatan perniagaan tidak

formal telah wujud dalam bentuk perundangan yang bertujuan untuk mewujudkan

persekitaran ruang bandar yang selesa kepada penduduk. Kawalan dalam bentuk

perundangan di Semenanjung malaysia telah wujud seawal tahun 1890 yang

diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.

Berikut diterangkan diantara kuasa perundangan yang membolehkan pihak

PBT terlibat secara langsung dalam kawalan kegiatan dan kebersihan aktiviti sektor

tidak formal di bandar.

2.8.1 Lembaga Kebersihan 1890 (Sanitary Board)

Malaysia sejarah dalam bidang perancangan kebersihan bermula dengan

penubuhan Lembaga Kebersihan (Sanitary Board) pada tahun 1890 untuk

mengatasi masalah pembangunan tidak terkawal dan tahap kebersihan di kawasan

kediaman (Foziah Johar, 1986). Lembaga ini diamanahkan untuk mengawasi

penyediaan, pembaikan, pembersihan, penyelenggaraan dan pelebaran jalan-jalan,

pemasangan lampu jalan dan tanda-tanda isyarat, pembinaan peparitan, penanaman

dan pemeliharaan pokok, pembinaan dan pengawasan pasar dan perkara-perkara

yang berkaitan dengan pembangunan dan kebersihan bandar.

Dengan erti yang lain, Lembaga Kebersihan ini mempunyai peranan dan

tanggingjawab sama seperti PBT pada masa kini dalam mengawal kegiatan tidak

formal dalam bandar. Kesedaran terhadap kepentingan untuk mengawal kegiatan

tidak formal ini wujud seirng dengan perkembangan bandar-bandar di Semenanjung

Malaysia

Page 58: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

40

2.8.2 Enakmen Lembaga Bandaran (Cap 137) 1947

Enakmen Lembaga Bandaran mengandongi dua belas bahagian dimana

bahagian kawalan kegiatan tidak formal hanya merupakan satu bahagian iaitu

Bahagian VI daripada sistem perundangan kerajaan tempatan pada masa itu. Ianya

boleh digunakan selain untuk tujuan perancangan seperti untuk perkhidmatan sosial

kepada masyarakat seperti perancangan bandar.

Untuk memasukkan peranan Penguasa Tempatan terhadap kegiatan tidak

formal, Bahagian VI dalam enakmen ini memasukkan tugas- tugas Lembaga

Bandaran untuk mengawal kegiatan gerai dan penjaja. Ini menunjukkan bahawa

kawalan terhadap kegiatan tidak formal adalah penting dalam sistem pentadbiran

PBT. Melalui peruntukan-peruntukan sama ada Enakmen, Undang-undang atau

Akta terhadap kegiatan tidak formal ini, maka sesebuah PBT boleh campurtangan

dalam mengawal aktiviti sektor tidak formal dalam kawasan pentadbirannya.

2.8.3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Pada asasnya penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) adalah

bertujuan untuk menyemak semula undang undang hal ehwal kerajaan tempatan.

Akta ini telah memberi kuasa kepada PBN mengisytiharkan mana-mana sempadan

kawasan sebagai kawasan PBT (Alias Rameli, 2001) dan ia merupakan akta utama

yang digunapakai oleh PBT sebagai panduan dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab baru yang diamanahkan untuk masyarakat setempat selaras dengan

kehendak dan keperluan yang telah digariskan oleh akta ini.

Selain dari itu terdapat juga beberapa perundangan atau akta lain yang

digunapakai dengan tujuan menyeragamkan undang-undang dasar kepada semua

pihak berkuasa tempatan. Berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta

171 telah memberikan peruntukan yang meluas kepada PBT untuk melibatkan diri

dalam aktiviti perancangan kegiatan tidak formal dapatlah disimpulkan seperti

berikut:-

Page 59: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

41

i. Pentadbiran PBT :- Bahagian ini mengariskan peruntukkan mengenai

pengisytiharaan mana-mana kawasan dalam negeri sebagai suatu kawasan PBT,

menentukan sempadan, nama, taraf, mencantum kawasan PBT dan Ahli Majlis.

ii. Tempat-tempat Awam :- Bahagian ini menyentuh mengenai kuasa dalam

mengadakan, membina, mengawal dan menjaga bangunan-bangunan awam di

tempat terbuka dan tempat-tempat awam semua kawasan PBT. Disamping itu

bertanggongjwab untuk menyediakan susunatur, membesar, menutup dan

menamakan tempat awam.

iii. Peruntukan Am Kewangan:- Bahagian ini menyentuh tentang sumber

hasil pendapatan PBT melalui cukai, lesen, sewa, caj, kuasa melabur wang,

mengadai/jaminan dan pinjaman.

iv. Kebersihan dan Pengindahan:- Bahagian ini termasuklah kebersihan

pasar, kedai makanan-minuman, penjaja gerai-gerai makanan-minuman. Menanam

pokok-pokok di tempat yang sesuai.

v. Perusahaan dan Perdagangan:- Bahagian ini termasuklah kebersihan

pasar, kedai makanan-minuman, penjaja gerai-gerai makanan-minuman. Menanam

pokok-pokok di tempat yang sesuai.

Bagi PBT, Akta 171 memberi kuasa yang sangat luas meliputi kuasa

membuat, memindah dan memansuhkan undang-undang kecil (by laws). Ianya turut

memberi kuasa kepada PBT untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti

perkhidmatan yang ditawarkan diperingkat tempatan termasuklah juga untuk

menyediakan tapak atau bangunan untuk penyusunan kegiatan tidak formal dalam

kawasan pentadbirannya. Selain dari itu, ianya juga mempunyai kuasa untuk

mengambil balik tanah bagi kepentingan awam, membangunkan kawasan industri

dan menjalankan aktiviti sebagai sebuah syarikat atau perbadanan.

Page 60: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

42

2.8.4 Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172)

Menurut Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), pihak PBT

hendaklah menjadi PBPT. Mereka mempunyai tugas-tugas dan tanggongjawab

antaranya adalah berikut:-

i. mengatur, mengawal dan merancang pemajuan dan penggunaan semua

tanah dan bangunan di dalam kawasan-kawasan pentadbiran masing-masing;

ii melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggongjawabkan terhadapnya

dari masa ke semasa oleh PBN atau Jawatankuasa Perancangan Negeri.

Ini bermakna PBT perlu menyiasat dan menyediakan rancangan- rancangan

pembangunan kawasan pentadbirannya termasuklah tanggungjawab memproses

permohonan pembangunan.

2.8.5 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan pula, kuasa dan peranan PBT

meliputi beberapa hal-hal berkaitan dengan pembinaan, penyelenggaraan dan

mengubah jalan, pembentungan, peparitan, lorong belakang dan juga bangunan.

Akta ini juga diselitkan mengenai undang-undang kecil yang digunapakai oleh PBT

iaitu Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 yang khusus menyentuh

mengenai kawalan dan keperluan teknikal kepada bangunan termasuk kaedah,

jadual dan lain-lain spesifikasi mengenai bangunan (Abd Rahim Md Yunus, 2001).

Selain itu beberapa kuasa tambahan yang harus dilaksanakan oleh PBT

adalah mendapat kuasa bertulis yang membolehkannya menangkap dan

menghukum seseorang yang melakukan kesalahan dibawah akta yang berkaitan

dengannya (Wan Ismail Wan Hamat, 1984 dalam Ahmad Atory Hussain, 1991).

Melalui penglibatan PBT dalam perancangan dan kawalan aktiviti tidak formal,

maka masalah seperti kebersihan bandar, penggunaan ruang niaga dalam

Page 61: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

43

mengwujudkan imej bandar yang bersih dan indah serta membantu penyertaan

kaum Bumiputra dalam perniagaan akan dapat tercapai selaras dengan

pembangunan persekitaran fizikal.

2.9 Peranan PBT Dalam Perancangan Perniagaan Sektor Tidak Formal

Oleh sebab sektor tidak formal memainkan peranan penting dalam

kehidupan masyarakat bandar, sebarang usaha untuk memperbaikki kehidupan di

bandar tidak akan lengkap tanpa mengambilkira aktiviti sektor tidak formal

(Ibrahim Ngah, 2000: 53).

Dalam hal ini, campurtangan PBT terhadap aktiviti ini adalah berasaskan

kepentingan awam dalam memberikan perkhidmatan sosial, ekonomi dan fizikal

yang diberikan adalah bersesuaian dengan kehendak masyarakat yang inginkan

hidup kualiti yang sempurna.

Sebagai sebuah badan yang dipertanggongjawabkan untuk menjaga dan

mentadbirkan segala hal ehwal kebajikan penduduk tempatan serta menjalankan

aktiviti pembangunan sosio-ekonomi, PBT secara tidak langsung mempunyai kaitan

dengan kawalan kegiatan perniagaan tidak formal dikawasan pentadbirannya.

Peranan PBT dalam aktiviti sektor tidak formal adalah merangkumi aspek seperti

penyediaan kawasan tapak, kemudahan asas, kawalan kebersihan dan mendaftarkan

peniaga-peniaga yang terlibat dengan aktiviti tidak formal.

Untuk melihat mengapakah PBT perlu campurtangan dalam perancangan

aktiviti tidak formal seperti penyusunan gerai penjaja, mengawal kebersihan premis

perniagaan, membina pusat perniagaan penjaja dan mengeluarkan lesen, maka

perlulah dahulu kita faham fungsi sebenar PBT dan tanggungjawabnya dalam

merancang penggunaan ruang dan persekitaran dalam bandar yang lengkap.

Page 62: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

44

2.9.1 Perancangan Dan Penyelarasan

Berdasarkan kepada Akta Perancang Bandar dan Desa (Akta 172) ini, PBT

dipertangongjawabkan untuk mengatur, mengawal dan merancang kemajuan dan

penggunaan semua tanah dan bangunan dan jika berkemampuan boleh terlibat

dengan pembangunan.

Selain itu, PBT juga bertanggongjawab untuk menyelaras kegiatan lain-lain

agensi kerajaan dalam penyediaan perkhidmatan dan kemudahan infrastuktur.

Strategi ini bertujuan untuk menggalakan penduduk tempatan khususnya Bumiputra

menyertai aktiviti sektor tidak formal. Antara langkah yang diambil adalah

menyediakan tapak-tapak untuk mendirikan gerai-gerai kecil bagi membantu

peniaga-peniaga kecil di lokasi-lokasi yang sesuai. Selain daripada mengalakkan

kepada peniaga-peniaga kecil untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan tidak formal,

PBT sendiri boleh menikmati keuntungan daripada hasil kutipan lesen, denda dan

sewa.

2.9.2 Perkhidmatan

Berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976, (Akta 171) adalah

menjadi tanggongjawab yang penting kepada PBT untuk menyediakan

perkhidmatan antaranya adalah :-

a) Perkhidmatan fizikal persekitaran seperti jalanraya, kawalan lalulintas,

padang rekreasi, pelupusan sampah. Antara tugas-tugas kebersihan yang di lakukan

oleh PBT adalah kebersihan pasar, kedai makanan, gerai , penjaja makanan dan

minuman dan menanam pokok-pokok hiasan ditempat yang sesuai. Selain itu juga

terlibat secara langsung dalam mengalakkan kegiatan ekonomi dan memberi

peluang kepada penduduk berpendapatan rendah terlibat dengan membina pasar,

gerai, kedai dan medan- medan perniagaan lain.

Page 63: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

45

b) Perkhidmatan sosial yang merujuk kepada penyediaan kemudahan

pelajaran, rumah-rumah kesihatan, tempat rekreasi, gotong royong, perlindungan

kanak-kanak, orang cacat, orang tua dan kegiatan kebudayaan dan seni.

c) Perkhidmatan awam yang merujuk kepada bekalan air, letrik,

pengangkutan, gas dan sebagainya.

d) Keselamatan yang merujuk kepada kawalan pencemaran, pemeriksaan

makanan, kawalan ubat-ubatan dan pemeriksaan timbang di pasar dan kedai. Dari

aspek kawalan kebersihan, PBT menjalankan tugasnya dengan cara pemeriksaan

keatas premis perniagaan makanan dan minuman di kawasan pentadbirannya.

Caranya dengan mengambil contoh makanan yang dijual untuk diujikaji dan

peniaga-peniaga pula disyaratkan untuk membuat suntikan setiap tahun supaya

tahap kesihatan terjaga. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memantau tahap

kebersihan makanan dan minuman peniaga dan jualan yang diniagakan terjamin

kebersihannya.

e) Membuat kontrak PBT dibenarkan untuk membuat kontrak dengan

mana-mana pihak berkuasa tempatan lain atau mana-mana orang yang menjalankan

perusahaan yang dibenarkan. Walaupun PBT di negara ini telah diwujudkan lebih

dari 180 tahun, namun perkembangan fungsi PBT di kebanyakan negeri-negeri

terutama seperti taraf Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah tidak banyak berubah.

Sungguhpun begitu, ia tetap memberikan sumbangan yang besar dalam membantu

mengwujudkan persekitaran masyarakat yang asasnya lengkap dari aspek fizikal

dan sosial.

2.10 Faktor Penghalang Kepada Pembangunan Aktiviti Sektor Tidak

Formal

Walaupun setiap usaha-usaha yang dijalankan mempunyai perancangan dan

panduan yang ditetapkan agar matlamat yang diinginkan dapat dicapai, namun

Page 64: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

46

begitu kita tidak akan dapat lari daripada masalah kerana ia datang tanpa

dijangkakan serta boleh mengganggu keseluruhan perancangan yang telah dibuat.

Hal ini menyebabkan segala kerja-kerja perancangan dan perlaksanaan kemajuan

yang akan dilakukan tertangguh atau sukar untuk diteruskan.

Berikut diterangkan antara faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada

perlaksanaan perancangan terhadap aktiviti tidak formal terutama jika dilihat dari

perlaksanaan di peringkat PBT ( Phang Siew Nooi, 1997).

2.10.1 Peruntukan Kewangan

Masalah kewangan sentiasa dihadapi oleh PBT dan menjadi rumit dengan

aliran perkembangan dan pembangunan di negara ini. Terdapat banyak PBT

bertaraf Majlis Daerah tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Ini

kerana, kadangkala terdapat perlaksanaan projek-projek bagi kerja pembinaan

termasuk pembinaan semula gerai ini memerlukan kos yang besar dan melebihi dari

jumlah peruntukan yang disediakan melalui geran keseimbangan, sedangkan wang

yang diperolehi samada melalui hasil cukai ataupun perolehan dari kerajaan harus

diagihkan untuk keperluan dan pembangunan yang lain.

Namun, ia bukan merupakan suatu masalah yang tidak dapat diselesaikan

sekiranya PBT bersungguh-sungguh memikirkan cara yang terbaik untuk mengatasi

masalah kewangannya tanpa perlu menaikkan kadar cukai yang dikenakan

(Mingguan Malaysia, 8 Jun 2003).

2.10.2 Kepakaran Kakitangan

Kekurangan kakitangan yang mempunyai kepakaran yang tinggi dibidang

teknikal bagi aktiviti pembangunan dan kerja pembinaan serta berpengalaman luas

dalam mengendalian masaalah dalam perancangan projek dan rancangan pelan

tempatan menyebabkan pihak PBT perlu menyerahkan kebanyakan kerja-kerja

tersebut kepada pihak perunding atau kontraktor melalui penawaran tender yang

Page 65: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

47

tertentu. Maka dengan ini ia mendatangkan sedikit kesulitan kerana penerimaan

tender adalah berdasarkan kepada pihak perunding atau kontraktor yang mampu

menawarkan harga yang lebih rendah dari peruntukan yang disediakan.

2.10.3 Sikap Pekerja

Perkhidmatan yang tidak memuaskan dikalangan pekerja PBT yang tidak

serius dengan tugas mereka menyebabkan kerja-kerja yang dihasilkan adalah

kurang perhatian dan bermutu. Dalam hal ini, ia memberikan imej PBT yang

sentiasa negatif kepada masyarakat setempat.

Ini dapat dilihat melalui pelanggaran Perintah Am 4 (2)(j) iaitu cuai dalam

melaksanakan tugas ini dapat dilihat pada kegagalan mengesan kesilapan semasa

membuat perancangan, kawalan, semakan, tidak mengambil tindakan pada aduan

premis dan penyelenggaraan kemudahan awam dan sosial yang kurang memuaskan

dan sebagainya (Norliza, 2003).

2.10.4 Taraf PBT

Perbezaan taraf bagi PBT juga merupakan suatu masalah yang perlu

difikirkan dalam menyediakan segala keperluan kemudahan perniagaan dan sosial

yang dikehendakki. Ini adalah kerana taraf yang berbeza akan mewujudkan

perbezaan yang ketara. Sebagai contoh, kemampuan sebuah Majlis Daerah adalah

berbeza dengan Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya. Perbezaan yang ketara

adalah dari aspek keupayaan kutipan hasil cukai, peruntukan kerajaan, kepakaran

kakitangan profesional. Justeru itulah, kebanyakan PBT hari ini berusaha untuk

meningkatkan lagi keupayaan mereka dalam memberikan perkhidmatan sosial

terbaik kepada masyarakat melalui kenaikan taraf PBT tersebut. Ini menyebabkan

penyediaan kemudahan infrastuktur dan sosial bagi aktiviti tidak formal yang ingin

disediakan perlu diselaraskan kepada belanjawan yang disediakan serta keperluan

yang wujud pada sesuatu kawasan tersebut.

Page 66: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

48

2.10.5 Agensi Yang Berkerjasama

Sebagaimana yang kita sedia maklum, tidak semua kemudahan sosial akan

dijalankan oleh PBT terutamanya bagi penyediaan bangunan perniagaan dan aktiviti

pengurusan dan penyelenggaraan termasuk perniagaan kegiatan sektor tidak formal.

Ini disebabkan oleh terdapat penglibatan agensi kerajaan/badan bukan kerajaan

(NGO) yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dan penyelenggaraan

kemudahan tersebut diatas tapak yang telah di rizabkan kerajaan atau disediakan

oleh pihak agensi berkenaan. Antara agensi yang terlibat adalah seperti Yayasan

Melaka, Majlis Amanah Rakyat (MARA), UDA, Perbadanan Kemajuan Negeri,

Jabatan Ketua Menteri dan NGO. Terdapat pihak agensi berkenaan yang tidak

mengambil sebarang tindakan terhadap tapak dan bangunan yang disediakan

mereka hingga menyebabkan tapak-tapak dan bangunan terlibat terbiar bersemak

tanpa sebarang penyelenggaraan. Oleh itu PBT proses pemajuan ini tidak dapat

dilakukan kerana ia adalah di luar bidang kuasa PBT.

Namunbegitu penglibatan pihak agensi kerajaan terlibat seperti MARA,

Kementerian Pendidikan, UDA, Lembaga Pertubuhan Peladang dan badan bukan

kerajaan (NGO) yang perlu bertanggongjawab terhadap aspek pengurusan dan

penyelenggaraan kemudahan dan ruang perniagaan yang dibina diatas tapak yang

telah dibenarkan oleh PBT dan JKR atau yang disediakan oleh pihak pemaju. Selain

itu, terdapat pihak-pihak tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tapak yang

telah dibenarkan untuk dimajukan dengan pembangunan yang telah ditetapkan

merupakan antara sebab tapak-tapak tersebut terbiar dan mula diduduki oleh

peniaga aktiviti tidak formal.

2.10.6 Pengurusan Maklumat Perniagaan Tidak Formal

Pengurusan maklumat tentang perkembangan aktiviti tidak formal terutama

dari aspek rekod yang dilakukan adalah amat penting bagi memastikan segala

maklumat yang dirujuk pada rekod tersebut adalah tepat dan benar sebelum sesuatu

pembangunan atau penempatan semula dilakukan. Kebanyakan agensi kerajaan

Page 67: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

49

yang menjalankan pelan perancangan tempatan terutamanya PBT masih

mengunakan cara manual dalam merekodkan maklumat berhubung peniagaan lesen

aktiviti tidak formal. Ini kerana penggunaan rekod cara manual ini adalah lambat

dan sukar dirujuk dan dikemaskini maklumatnya berbanding dengan penggunaan

rekod cara perisian komputer yang sesuai adalah lebih mudah dan cepat dilakukan.

2.11 Rumusan

Berdasarkan kepada kajian literatur yang dijalankan, di dapati bahawa

penyediaan ruang perniagaan terbukti boleh membantu rakyat meningkatkan

pendapatan dan memberi manfaat kepada penduduk setempat. Penyediaan gerai

penjaja yang selesa adalah diperlukan bagi tujuan meningkatkan kualiti hidup yang

baik kepada penduduk.

Selain itu ia bertujuan untuk faedah PBT dalam meningkatkan nilainya,

menambahkan keceriaan bandar, pengekalan fungsi dan lain- lainnya. Kegiatan

aktiviti tidak formal sememangnya tidak boleh dihalang perkembangannya.

Kewujudannya penting dalam membantu kerajaan menyediakan peluang pekerjaan

dan penyertaan penduduk terutamanya Bumiputra di bidang perniagaan walaupun

secara kecil-kecilan.

Kegiatan ini dapat membantu hasrat kerajaan dalam mencapai matlamat

pembangunan negara dan wawasan 2020. Oleh itu seharusnya PBT memberi

pertimbangan perancangan kepada perlunya kewujudan satu kawasan perniagaan

gerai dan penjaja yang selesa dan selamat serta indah kepada pengunjung-

pengunjung tempatan dan asing dalam kawasan bandar dan pusat tumpuan

pelancongan. Ini selaras dengan dasar-dasar Pihak Berkuasa Persekutuan, PBN dan

PBT iaitu memperuntukkan satu kawasan perniagaan gerai penjaja yang strategik

lokasi, rekabentuk dan kemudahan awam yang teratur dan selesa dalam kawasan

PBT terutamanya kawasan tumpuan pelancongan.

Page 68: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

50

Maka adalah menjadi tanggongjawab pihak PBT untuk menjamin

kepentingan dan menjaga kemudahan fizikal dan sosial awam disediakan dapat

dinikmati secara berpanjangan dalam keadaan baik melalui pemantauan kerja-kerja

pembangunan dan penyelenggaraan bagi ruang bangunan perniagaan tidak formal

ini. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang menjadi penghalang

kepada perlaksanaan kerja-kerja perancangan dan kemajuan sehingga ianya sukar

dilakukan atau terpaksa ditangguhkan untuk beberapa jangka masa.

Antaranya adalah disebabkan oleh masalah peruntukan kewangan, taraf PBT,

agensi yang berkerjasama, kepakaran kakitangan, sikap pekerja dan pengurusan

maklumat bagi rekod peniagaan pemilik, lesen dan sewa. Oleh itu, adalah amat

penting bagi pihak PBT untuk mengenalpasti masalah yang wujud ini, seterusnya

mencari langkah penyelesaian yang terbaik agar keadaan persekitaran gerai-gerai di

seluruh kawasan Negeri Melaka adalah bersih dan teratur selaras dengan kehendak

wawasan pembangunan yang mampan. Seterusnya, dalam Bab 3 akan dihuraikan

aktiviti sektor tidak formal dikawasan kajian yang merupakan bandar Bandar Baru

Masjid Tanah, Alor Gajah.

Page 69: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

BAB III

MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH: KAJIAN KES

BANDAR BARU MASJID TANAH

3.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan latarbelakang kawasan kajian dan juga melihat

senario semasa yang berlaku di kawasan kajian. Selain Itu, bab ini juga akan

menumpukan kepada pengurusan dan pembangunan aktiviti sektor tidak formal

yang dilakukan oleh PBT. Dalam konteks kawasan kajian, PBT yang

bertanggongjawab dalam hal-hal berkaitan dengan perancangan dan kawalan

kegiatan sektor tidak formal di daerah Alor Gajah dilaksanakan oleh MPAG.

Kawasan kajian adalah meliputi kawasan Bandar Baru Masjid Tanah yang

terletak dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah dan bandar tersebut

merupakan sebuah kawasan bandar yang pesat membangun di Daerah Alor Gajah.

Pemilihan kawasan MPAG sebagai kawasan kajian adalah selaras dengan kenaikan

tarafnya dari sebuah Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran pada 1 Mei 2003.

Secara keseluruhannya, bab ini akan menyentuh mengenai kaedah

perlaksanaan perancangan oleh MPAG selaku PBT yang bertanggongjawab

terhadap aktiviti yang berkaitan dengan sektor tidak formal. Ini termasuklah melihat

stuktur organisasi dan jabatan-jabatan berkaitan dengan pemberian lesen berniaga

dan kawalan terhadap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh MPAG.

Page 70: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

52

Dalam hal ini, MPAG dilihat telah benar-benar bersedia untuk

melaksanakan segala keperluan syarat perniagaan aktiviti tidak formal yang

ditetapkan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul dalam menjaga kebajikan

peniaga dan rakyat amnya. Kesediaan inilah, segala perancangan dan perlaksanaan

kawalan kerja dalam setiap aspek mestilah berkualiti dan efektif. Maka dengan

peralihan taraf yang telah diperolehi oleh MPAG ini, kita dapat melihat

sejauhmanakah pembangunan yang dibuat seiring dengan keperluan semasa serta

kemampuannya menjadi sebagai majlis perbandaran yang progresif.

3.2 Latarbelakang Kawasan Kajian

Negeri Melaka terbahagi kepada 3 daerah iaitu Daerah Melaka Tengah,

Daerah Alor Gajah dan Daerah Jasin. Kawasan yang dipilih bagi kajian ini ialah

Daerah Alor Gajah. Daerah Alor Gajah terletak bersempadan dengan Daerah

Melaka Tengah (Melaka), Jasin (Melaka), Tampin (Negeri Sembilan) dan Port

Dickson (Negeri Sembilan). Daerah Alor Gajah mempunyai keluasan 660 km

persegi dan berada dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan. Di bawah pentadbiran MPAG, Alor

Gajah telah dibahagikan kepada 31 buah mukim dan 3 buah bandar utama, iaitu

seperti disenaraikan pada Jadual 3.1. Daerah ini mempunyai penduduk seramai

151,800 orang ( Data Asas Melaka, 2004) dan dijangka akan meningkat terus

menjelang tahun 2010.

Kini, setelah 4 tahun dinaikkan taraf sebagai Majlis Perbandaran Alor

Gajah, hasil pendapatan yang diperolehi oleh MPAG kini telah meningkat kepada

jumlah 30.5 juta setahun. Dengan adanya pengisytiharan Alor Gajah sebagai sebuah

Majlis Pebandaran pada 1 Mei 2003 yang lalu, ia telah membuka suatu lembaran

baru dalam sistem pentadbirannya. Budaya kerja warga MPAG juga akan

memasuki era baru yang menjurus ke arah produktiviti dan kualiti perkhidmatan

yang cemerlang (Bekas YDP Idris Bin Haron, 2003).

Page 71: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

53

Jadual 3.1: Mukim-mukim di dalam daerah Alor Gajah

Bil

Mukim

Bil

Mukim

1 Kelemak 18 Sungai Baru Ilir

2 Gadek 19 Sungai Baru Tengah

3 Machap 20 Sungah Baru Ulu

4 Kemuning 21 Paya Rumput

5 Padang Sebang 22 Kuala Sungai Baru

6 Pulau Sebang 23 Kuala Linggi

7 Tanjung Rimau 24 Brisu

8 Tebong 25 Ayer Paabas

9 Melaka Pindah 26 Lubok China

10 Belimbing 27 Taboh Naning

11 Beringin 28 Melekek

12 Durian Tunggal 29 Pegoh

13 Parit Melana 30 RamuanChina Besar

14 Rembia 31 RamuanChina Kechil

15 Lendu 32 Bandar Alor Gajah

16 Sg Petai 33 Bandar Masjid Tanah

17 Masjid Tanah 34 Bandar Pulau Sebang

Sumber: Majlis Perbandaran Alor Gajah 2006

Walau bagaimanapun, MPAG masih menggunakan sistem pentadbiran yang

lama untuk sementara waktu disamping berusaha meningkatkan lagi mutu dan

kualiti kerja dalam sistem pentadbirannya. Pihak MPAG juga masih lagi dalam

proses pertambahan kakitangan profesional dan sokongan yang diperlukan untuk

mengisi jawatan tertentu yang dirasakan perlu bagi memantapkan barisan gerak

kerja MPAG. Justeru itu, pihak MPAG juga bercadang untuk menambah bangunan

yang sedia ada bagi menampong kekurangan ruang kerja dan keselesaan kepada

kakitangannya selain memperkemaskan struktur kerja yang lebih teratur.

Page 72: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

54

Rajah 3.1: Kawasan Daerah Alor Gajah

RAJAH : 3..1

PETUNJUK :-

SEMPADAN MUKIM

JALANRAYA UTAMA

LEBUHRAYA

KAWASAN KAJIAN

PE

TU

NJ

UK

:-

SE

MP

AD

AN

MU

KIM

JA

LA

NR

AY

A U

TA

MA

LE

BU

HR

AY

A

KA

WA

SA

N K

AJIA

N

Pela

n

3.1

:

PE

TA

DA

ER

AH

AL

OR

Page 73: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

55

Oleh kerana kawasan kajian yang dipilih iaitu daerah Alor Gajah adalah

sangat besar, maka penulis telah menjalankan kajian yang ditumpukan kepada

sebuah kawasan bandar terpilih iaitu Bandar Baru Masjid Tanah. Pilihan ini adalah

berdasarkan kepada beberapa perkara. Antaranya adalah;

i) Perniagaan di Bandar Baru Masjid Tanah adalah domain sebagai pusat

perkhidmatan perdagangan utaman di peringkat daerah. Pembangunan bandar baru

secara langsung telah memberi kesan keatas perniagaan sektor tidak formal. Oleh

itu, kajian akan mengkaji keadaan dan pembangunan yang bersesuaian ditempatkan

di kawasan kajian.

ii) Sebilang besar kemudahan-kemudahan perniagaan, kemasyarakatan dan

infrastuktur terus diberi perhatian dan dipertingkatkan bersesuaian dengan saiz

penduduk seramai 15,000 orang menjelang tahun 2010 untuk menyokong

pembangunan perniagaan di kawasan pentadbirannya.

Bandar Baru Masjid Tanah pada umumnya dipengaruhi oleh pembangunan

industri di Kawasan Perindustrian Masjid Tanah seluas 150 hektar, kawasan

pelancongan Pantai Tanjung Bidara dan rangkaian pengangkutan yang disediakan

akan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi Bandar Baru Masjid Tanah.

Kedudukan kawasan kajian yang menjadi tumpuan kepada aktiviti

peniagaan paling banyak dalam daerah Alor Gajah adalah seperti ditunjukkan

dalam Rajah 3.1. Dengan kata lain, Bandar Baru ini dapat menampong keperluan

penduduk di dalam dan luar kawasan tadahannya serta dijangka pembangunan akan

meningkat pada kadar yang lebih tinggi masa hadapan selaras dengan tujuan

Kerajaan Negeri menjadikan Negeri Melaka bertaraf ’city state’.

Lokasi kawasan kajian akan difokuskan dalam lima kawasan perniagaan

sahaja iaitu Jalan Pasar Masjid Tanah, Jalan Besar BBMT, Jalan Lama Masjid

Tanah, Jalan Wisma Hj Hassan dan Jalan IKS Bandar Baru Masjid Tanah adalah

seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.2

Page 74: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

56

Pada amnya keadaan semasa menunjukkan setiap pusat bandar di daerah

Alor Gajah masih kekurangan ciri-ciri untuk mencerminkan imej bandar yang

berkualiti dan tersendiri sebagai tarikan kepada para pelancong. Kegiatan

perniagaan tidak formal dalam kawasan Bandar Baru Masjid Tanah secara

keseluruhannya lebih tertumpu kepada perniagaan produk makanan, minuman dan

barangan keperluan harian penduduk yang tinggal disekitar kawasan kajian.

Kebanyakannya aktiviti ini telah wujud dalam keadaan berkelompok dan terletak

terlalu berdekatan dengan jalan utama yang kadangkala boleh membahayakan

pengguna-pengguna jalanraya.

Berdasarkan rekod semasa mengenai sektor perniagaan tidak formal yang

direkodkan oleh MPAG sehingga bulan Januari 2007 dalam kawasan

pentadbirannya, sebanyak 116 unit gerai penjaja telah disediakan di dalam kawasan

kajian bagi keselesaan pengunjung dan penduduk setempat mendapatkan keperluan

harian dari sektor ini. Senarai lokasi gerai yang dibina samada oleh pihak MPAG

atau pihak peniaga, swasta yang berlesen dan tidak berlesen adalah seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 3.2 dibawah ini.

Jadual 3.2: Lokasi dan Taburan Gerai Penjaja Dalam kawasan

Bandar Baru Masjid Tanah, Alor Gajah

Bil Taburan Dan Lokasi

Gerai

Jumlah

Yunit

Masalah Kemudahan

1 Gerai Jalan Pasar Bandar

Masjid Tanah

20 Tiada Bekalan

- Air & Api

- tempat letak

kereta

2 Gerai Jalan Besar

Bandar Baru Masjid Tanah

25 Kurang ruang letak kereta

yang teratur.

3 Gerai Jalan Lama Masjid

Tanah

10 Tiada perkhidmatan

sampah yang baik dan

jauh dari tempat tong

sampah.

4 Gerai Di Wisma Hj Hassan,

Bandar Baru Masjid Tanah

33 Kurang ruang letak kereta

yang teratur.

5 Gerai Jalan Kilang

Bandar Baru Masjid Tanah

28 Tiada Bekalan

- Air & Api

Ruang tempat letak kereta

sempit & tidak terancang.

Jumlah 116

Sumber: Jabatan Pelesenan & Kesihatan MPAG, 2006

Page 75: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

57

3.2.1 Taburan Fizikal Semasa

Adalah dianggarkan terdapat 116 orang pengusaha dan penjaja berlesen dan

tidak berlesen di dalam kawasan kajian dalam tahun 2006. Daripada jumlah

tersebut, terdapat 54.31 peratus merupakan penjaja berlesen dan selebihnya adalah

penjaja yang berniaga tanpa lesen. Didapati pertambahan keseluruhan jumlah

peniagaan gerai penjaja berlesen dan tidak berlesen begitu menggalakkan iaitu

meningkat kepada kadar 61.53 peratus. Jumlah bilangan peniaga dan penjaja

berlesen dalam tahun 2005 ialah 39 dan ianya telah meningkat kepada 63 dalam

tahun 2006.

Berdasarkan dari Jadual 3.3, jelas menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan

peniaga gerai dan penjaja berlesen di daerah Alor Gajah bertambah baik dan

meningkat pada tahun 2006 berbanding dalam tahun 2005. Nampaknya kadar

pertumbuhan peniaga gerai dan penjaja tidak berlesen telah dapat dikurangkan dari

63 peniaga dalam tahun 2005 menurun kepada 53 peniaga gerai dan penjaja dalam

tahun 2006. Dilihat maklumat dari tahun 2005 hingga 2006, kadar penurunan

peniaga gerai dan penjaja tanpa lesen berkurang sebanyak 18.86 peratus berbanding

dengan peniaga gerai berlesen bertambah sebanyak 15.9 peratus.

Pertambahan yang gerai penjaja tanpa berlesen yang tidak dikawal ini akan

menimbulkan beberapa masalah alam persekitaran bandar seperti berlakunya

sampah sarap, ruang niaga sempit gerai di kawasan bandar serta mengganggu

pergerakan lalulintas dan pejalan kaki. Dari tahun 2005 hingga 2006, menunjukkan

bahawa berlakunya monopoli di dalam sektor tidak formal berskala kecil khususnya

perniagaan gerai penjaja di dalam Bandar Baru Masjid Tanah, Alor Gajah.

Daripada bilangan 116 peniaga dan penjaja tahun 2006, 62.93 peratus

peniaga dan penjaja terdiri dari golongan Bumiputra, 30.17 peratus kaum Cina dan

6.90 peratus lain-lain kaum. Walaupun sektor penjajaan ini menggalakkan lebih

ramai penjaja dari golongan Bumiputra melibatkan diri di dalam bidang perniagaan

namun jika dibandingkan dengan golongan Bukan Bumiputra seperti Cina, India

Page 76: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

58

dan lain-lain, mereka tidak jauh ketinggalan dan hampir sama dari segi jumlah

penyertaannya dengan Bumiputra.

Jadual 3.3: Penjaja Berlesen dan Tanpa Lesen Di Kawasan Bandar Baru

Masjid Tanah, Daerah Alor Gajah

Tahun Butir-Butir

Peniaga &

Penjaja

Jumlah

Peniaga

&

Peniaga

Angka Pecahan Mengikut Kaum

Bumiputra Cina Lain-Lain

2005 Berlesen

Tanpa

Berlesen

Jumlah

39

63

102

20

40

60

17

18

35

2

5

7

2006 Berlesen

Tanpa

Berlesen

Jumlah

63

53

116

37

36

73

21

14

35

5

3

8

Sumber: Jabatan Pelesenan & Kesihatan, MPAG, 2006

Walaupun sektor perniagaan tidak formal ini menunjukkan lebih ramai

golongan pengusaha Bumiputra melibatkan diri di dalam bidang perniagaan ini

namun pencapaian jumlah penyertaannya masih belum membanggakan pihak

MPAG.

Disamping itu berlaku juga monopoli kaum mengikut lokasi kawasan

perniagaan. Umpamanya di Jalan IKS, majoriti peniaga di kawasan tersebut

merupakan kaum Indonesia dan kaum Bumiputra, disekitar Wisma Hj Hassan

hampir semua perniagaan sektor tidak formal terdiri daripada kaum Bumiputra dan

di ruang tempat letak kereta Pasar Masjid Tanah terdiri daripada kaum Cina.

Page 77: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

59

3.2.2 Kemudahan Semasa

Kebanyakan kawasan gerai di dalam bandar utama Alor Gajah masih lagi

kekurangan dari segi kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air, bekalan

letrik, tempat-tempat pembuangan sampah dan sebagainya. Kemudahan bekalan air

sangat penting kepada penjaja terutama sekali peniaga penjaja yang berniaga

barang-barang makanan. Memandangkan berlakunya kekurangan bekalan air

dimana terdapat setengah-setengah tempat yang tidak mempunyai paip air, ada

penjaja yang menggunakan air dari punca-punca air yang kurang bersih.

Terdapat penjaja yang menggunakan air hujan dan kadangkala berlaku

dimana air disimpan terlalu lama dalam bekas-bekas yang kurang bersih. Ini boleh

mengakibatkan masalah kesihatan berlaku keatas pelanggan mereka. Daripada

kajian didapati bekalan letrik tidak diberi kepada peniaga atau penjaja-penjaja di

gerai-gerai sementara di luar bangunan. Ini disebabkan oleh kesukaran untuk

membuat sambungan ke talian utama.

Peniaga dan penjaja didapati terpaksa menggunakan janakuasa kecil

(generator) untuk mendapatkan bekalan letrik. Disamping itu terdapat juga peniaga

atau penjaja-penjaja yang menggunakan lampu ’gasoline’ untuk kemudahan di

waktu malam.

Namunbegitu terdapat juga kawasan gerai penjaja yang disediakan dengan

lampu contohnya di kawasan Jalan Kilang Bandar Baru Masjid Tanah. Dengan itu

juga halnya dengan tempat-tempat pembuangan sampah yang masih lagi kurang

memuaskan mengakibatkan sampah-sampah didapati bertaburan dikawasan gerai

penjaja. Keadaan ini juga disebabkan oleh sikap peniaga yang kurang mengambil

berat tentang masalah kebersihan di kawasan sekitar mereka.

Page 78: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

60

Akibatnya MPAG terpaksa mengutip sampah sarap yang ditinggalkan oleh

peniaga setelah tamat waktu perniagaan. Berdasarkan kajian yang dijalankan

didapati bahawa gerai-gerai sementara diletakkan dalam keadaan yang tidak

menentu setelah waktu perniagaan tamat. Ianya berlaku disebabkan oleh

kekurangan tempat-tempat untuk meletakkan gerai-gerai tersebut dengan sempurna

dan teratur.

Akhirnya, peniaga penjaja meletakkan barangan jualan mereka di merata-rata

tempat hingga menyebabkan wujudnya pemandangan yang kurang menarik di

kawasan bandar. Keadaan ini bergantung kepada aktiviti perbandaran di sekitar

kawasan gerai yang dibina umpamanya terdapat kompleks membeli-belah yang

boleh menarik orang ramai berkunjung ke kawasan tersebut.

Disamping itu faktor-faktor kemudahan sedia ada di kawasan tersebut juga

adalah penting. Ianya bukan sahaja kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk

peniaga penjaja seperti bekalan air, tong-tong sampah dan sebagainya tetapi juga

kemudahan-kemudahan untuk pelanggan-pelanggan mereka berkunjung seperti

kemudahan untuk meletak kereta, kemudahan pejalan kaki dan lain-lain kemudahan

yang dapat memberikan keselesaan kepada mereka.

3.3 Kaedah Perlaksanaan Perancangan dan Kawalan Aktiviti Sektor Tidak

Formal Oleh PBT

Oleh sebab aktiviti sektor perniagaan tidak formal memainkan peranan

penting dalam kehidupan bandar, sebarang usaha untuk memperbaiki keadaan

kehidupan masyarakat dibandar tidak menjadi lengkap sekiranya keperluan sektor

tidak formal tidak diambilkira. Dalam hal ini, PBT boleh memainkan peranan

penting dalam merancang dan mengawal kegiatan sektor perniagaan tidak formal

dalam kawasan pentadbiran masing-masing.

Page 79: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

61

Faktor-faktor yang menyebabkan campurtangan PBT terhadap aktiviti

sektor tidak formal seperti penempatan semula lokasi gerai-gerai penjaja, memberi

lesen kepada peniaga, penyediaan kawasan pusat penjaja, kawalan kebersihan

premis perniagaan adalah berasaskan peranan sebagai pentadbir tempatan yang

memberikan perkhidmatan sosial, ekonomi dan fizikal bandar kepada penduduk

dengan selesa. Penglibatan PBT yang baik, alat kawalan perancangan sektor tidak

formal dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Ini kerana di Malaysia tiada agensi lain yang dipertanggongjawabkan selain

daripada PBT melalui Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran

atau Majlis Daerah. Perancangan sektor tidak formal hanya akan berjaya melalui

konsep perancangan untuk ’kepentingan umum’ dan peranan PBT dilihat mampu

mencapai matlamat ini sekiranya usaha kawalan dan perancangan dilaksanakan

dengan teratur dan berkesan.

Dengan kuasa yang diberikan terhadap PBT oleh Kerajaan Persekutuan, ia

memberikan kelebihan untuk mengawal dan merancang dengan lebih tersusun

supaya kegiatan sektor tidak formal tidak menimbulkan masalah kepada

persekitaran. Jika dilihat secara keseluruhannya peranan PBT terhadap sektor tidak

formal merangkumi tiga bahagian iaitu yang melibatkan aspek perancangan fizikal

bandar, perancangan sosial, dan perancangan ekonomi. Ketiga- tiga komponen

perancangan ini perlu diambilkira dalam perancangan dan kawalan aktiviti tidak

formal.

Bagi MPAG kaedah kawalan yang digunakan untuk mentadbir kegiatan

sektor tidak formal adalah melalui pemakaian Garis Panduan Perancangan dan

Piawaian Perancangan untuk kawasan perancangan kegiatan sektor tidak formal

dalam bandar.

Page 80: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

62

Pihak MPAG sudah berusaha membawa pelbagai tarikan aktiiti-aktiviti

tertentu ke kawasan di Bandar Baru Masjid Tanah bagi tujuan manfaatkan komuniti

setempat dan juga masyarakat amnya, namaun beberapa perincian patut dibuat bagi

mengurangkan kesan negatif yang dialami oleh mereka yang terlibat secara

langsung dengan usaha tersebut.

Berdasarkan Rajah 3.3, kita dapat melihat peranan yang memerlukan

penglibatan MPAG selaku PBT dalam mengawal kegiatan tidak formal di kawasan

pentadbiran masing-masing.

Page 81: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

63

PERANAN MPAG TERHADAP

SEKTOR TIDAK FORMAL

KUASA UNTUK MENJALANKAN

PERANAN MELALUI

AKTA-AKTA INDUK

171, 172, 133, KTN

UNDANG- UNDANG

KECIL

(MPAG)

PERANCANGAN FIZIKAL

BANDAR

(Perancangan)

PERANCANGAN

SOSIAL

(Pelesenan)

PERANCANGAN

EKONOMI

(Pengurusan Harta)

PERANCANGAN SEKTOR TIDAK

FORMAL

Rajah 3.3 : Kaitan antara MPAG dengan Perancangan dan Kawalan

Kegiatan Sektor Tidak Formal.

Olahan Penulis, 2007

Page 82: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

64

3.4 Dasar MPAG Dan Strategi Terhadap Pembangunan Sektor Tidak

Formal MPAG

Menurut bekas YDP MPAG, ‘ aktiviti-aktiviti tidak formal terutamanya

peniaga gerai dan penjaja-penjaja bergerak yang tidak berlesen susah untuk

dikawal dan diawasi. Penjaja-penjaja makanan wujud di merata- rata tanah

kosong dan rezab kerajaan. Sehubungan itu, PBT harus sedar betapa penting

kawalan aktiviti tidak formal untuk mencapai matlamat menjadikan bandar-bandar

di negeri Melaka yang bersih, indah dan bercahaya. Dasar untuk mengawal dan

mempertingkat kualiti aktiviti ini adalah diperlukan kerana aktiviti sektor tidak

formal yang tidak terkawal boleh menimbulkan masalah alam sekitar seperti

kesihatan, kebersihan, estetik dan masalah pengurusan serta pengawalan ’.

Bagi mengwujudkan keadaan aktiviti perniagaan sektor tidak formal

berskala kecil yang selesa dan selamat di daerah Alor Gajah, MPAG telah

membuat satu dasar iaitu:-

“Pihak Berkuasa akan mengenalpasti kawasan tapak peniagaan berskala kecil

yang lebih teratur terutama di kawasan pusat bandar dan tumpuan pelancongan

daerah”.

Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa dasar seperti berikut adalah perlu,

iaitu:-

Dasar 1: Pihak Berkuasa akan memperuntukkan lokasi tapak yang sesuai

dalam kawasan pembangunan dan dimajukan oleh MPAG untuk

peniaga dan penjaja.

Dasar 2: Pihak Berkuasa akan mengenakan syarat bagi pembangunan sesuatu

projek atau kompleks perniagaan swasta di pusat bandar supaya

memperuntukkan ruang niaga untuk peniaga kecil seperti penjaja

dalam bangunan.

Page 83: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

65

Dasar 3: Pihak Berkuasa akan mengawasi penyediaan kawasan perniagaan

selesa dan mengawal pertumbuhan aktiviti gerai dan penjaja yang

bergerak dan tidak berlesen.

Di dalam kawasan pusat bandar utama daerah Alor Gajah, tanah kosong

amatlah terhad. Oleh itu untuk mendapatkan kawasan yang tetap bagi peniaga gerai

penjaja sementara adalah sukar kecuali membuat proses pengambilan tanah

persendirian. Adalah lebih mudah untuk mengenalpasti kawasan pusat tumpuan

penjaja yang berbentuk sementara. Jelas dikatakan, MPAG cuba menuju kearah

mengurangkan gerai-gerai penjaja yang berselerak terletak diluar bangunan melalui

dasar 2.

Walaubagaimanapun, dasar tersebut perlu dikaji semula dengan teliti supaya

perlaksanaannya tidak menimbulkan kesan-kesan negatif kepada penjaja seperti

terdapat sewa yang tinggi. Pemilihan lokasi yang tidak strategik yang mana boleh

menyebabkan kurangnya sambutan dari peniaga, atau pengusaha dan orang ramai.

Sementara itu dasar 3 pula dilaksanakan dengan melantik beberapa petugas

berjawatan Pembantu Penguatkuasa untuk mengawal keadaan peniagaan gerai

penjaja terutama terhadap golongan pendatang haram.

Didalam membantu pencapaian perlaksanaan dasar-dasar yang ditetapkan

tadi beberapa langkah telah pun dirumuskan oleh MPAG selaras dengan misi, visi

dan objektif MPAG iaitu:-

a) mengenalpasti jumlah dan keadaan perniagaan gerai dan penjaja.

b) menempatkan semula peniaga gerai dan penjaja dari lokasi sibuk ke

kawasan yang lebih teratur.

c) membina gerai-gerai berkunci dan tetutup termasuk kedai-kedai perniagaan

di tepi jalan dan lorong-lorong jalan taman perumahan.

Page 84: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

66

d) menjalin kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti MARA,

Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, UDA dan sebagainya untuk membina

semula dan menaiktaraf ruang perniagaan yang sediada.

e) membina pusat penjaja di setiap komuniti dalam kawasan pusat bandar dan

pertumbuhan desa daerah Alor Gajah.

Diantara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh MPAG di dalam

mengenalpasti tapak-tapak bagi aktiviti perniagaan kecil-kecilan adalah :

i) Kawasan tumpuan penduduk

ii) Terdapat tanah-tanah kosong yang sesuai

iii) Wujudnya aktiviti perniagaan gerai dan penjaja sedia ada di kawasan-

kawasan yang berkenaan.

Pihak MPAG perlu sentiasa mengkaji dan memantau jumlah dan keadaan

peniagaan gerai penjaja terutama peniaga tanpa lesen untuk mengawal berlakunya

pertambahan aktiviti yang boleh membawa pencemaran alam persekitaran di pusat

bandar dan tempat tumpuan pelancongan utama dalam daerah. Kegiatan peniaga

gerai penjaja yang tidak berlesen, kebanyakan merupakan pendatang asing secara

haram ke negeri ini akan dikawal kegiatannya oleh MPAG supaya peluang

penduduk daerah untuk melibatkan diri dalam sektor perniagaan tidak akan terjejas.

Untuk mengindahkan lagi suasana dan imej Bandar Baru Masjid Tanah dan

pusat tumpuan pelancongan pantai dalam daerah Alor Gajah, MPAG telah

mengambil langkah untuk menempatkan semula peniaga gerai penjaja yang usang

dan kotor ke kawasan yang lebih teratur dan selamat. Disamping itu MPAG

bercadang membina gerai-gerai berkunci dan tertutup untuk disewakan kepada para

peniaga gerai dan penjaja tersebut.

Page 85: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

67

Dalam usaha menjayakan perkara ini maka bantuan dan kerjasama dari

pihak kerajaan pusat, agensi-agensi kerajaan yang lain seperti MARA, UDA,

Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dan sebagainya adalah amat diperlukan untuk

menaiktaraf semula keadaan gerai penjaja yang usang dan kotor. PBT boleh

menganjurkan program bersama dengan agensi kerajaan seperti MARA untuk

membiayai kemudahan pinjaman kepada pengusaha seperti Program Pembangunan

Mikro PBT-MARA supaya status perniagaan gerai kelihatan lebih moden, bersih

dan teratur.

3.5 Peranan MPAG Dalam Membangunkan Sektor Perniagaan Tidak

Formal

Sebagai sebuah PBT, tanggongjawab untuk mengurus kawasan pentadbiran

dalam daerah Alor Gajah termasuk membangunkan kawasan perniagaan aktiviti

tidak formal berskala kecil adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan masyarakat

dan ia merupakan tugas yang mencabar. Bagi MPAG, penglibatannya dalam

pembangunan sektor tidak formal masih baru lagi dan masih berada dalam tahap

yang belum boleh dibanggakan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kurangnya

kawasan tapak sesuai di bandar dibawah pentadbiran MPAG yang dibangunkan

sebagai pusat perniagaan sektor tidak formal berskala kecil. Terdapat beberapa

fungsi dan peranan yang harus dipikul oleh pihak MPAG bagi memastikan kawasan

perniagaan dalam pentadbirannya dapat dijana dengan baik terutama dalam aspek

pembangunan ekonomi kepada penduduk tempatannya.

Antara peranan yang dimainkan oleh MPAG sebagai PBT adalah:-

a) merancang, mengatur dan mengawal pemajuan tanah dan bangunan di

dalam pentadbirannya melalui Pelan Stuktur/Pelan Tempatan.

Page 86: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

68

b) menyediakan kemudahan awam seperti gerai, pasar, kawasan menjaja,

dewan raya, pusat budaya dan kesenian, kompleks sukan, taman rekreasi,

perpustakaan, perhentian bas/teksi, tandas awam dan lain-lain.

c) menyelaras dan menyelenggara sistem lalulintas dan pengangkutan.

d) mengawal selia keatas pengurusan sisa pepejal dan pembersihan di kawasan

pentadbiran majlis.

e) memproses dan mengeluarkan lesen perniagaan, pengiklanan dan pasar

awam.

f) membina dan membaiki kemudahan asas serta meningkatkan taraf prasarana

bagi mengalakkan kegiatan ekonomi dan sosial yang berdaya maju.

g) memastikan pulangan hasil bagi bangunan Majlis yang disewakan melalui

kadar sewa bangunan tersebut.

Tugas dan peranan MPAG ini merangkumi kawalan terhadap aktiviti sektor

tidak formal seperti penyediaan gerai penjaja disamping mengeluarkan lesen

perniagaan kepada pengusaha sektor tidak formal. Peranan yang dimainkan oleh

MPAG dalam kawasan pentadbirannya adalah untuk memenuhi keperluan peniaga

dan masyarakat dari segi penyediaan perkhidmatan dan kemudahan.

3.6 Struktur Organisasi MPAG Dan Jabatan-jabatan Terlibat

Pada masa kini MPAG menjalankan operasi pentadbirannya dengan

disokong oleh 10 buah jabatan-jabatan untuk membantu MPAG mencapai matlamat

dan objektif yang telah disasarkan. Jabatan-jabatan tersebut adalah Pejabat Yang

Dipertua, Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Kewangan, Jabatan Perancangan

Bandar, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Jabatan

Page 87: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

69

Bangunan, Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Pengindahan dan Jabatan Pelesenan

& Kesihatan dan Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan (sila rujuk Rajah 3.4).

Setiap jabatan ini mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dalam

memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah benar-benar berkualiti selain

bertujuan menambahkan keupayaan dan meningkatkan prestasi MPAG selaras

dengan penaikan tarafnya sebagai Majlis Perbandaran.

Tugas dan peranan MPAG ini merangkumi merancang, membina dan

mengawal terhadap aktiviti tidak formal seperti penyediaan gerai dan pasar. MPAG

juga merupakan pihak berkuasa yang memberi lesen perniagaan kepada peniaga-

peniaga tidak formal.

Peranan yang dimainkan oleh MPAG dalam kawasan pentadbirannya adalah

bertujuan untuk memenuhi keperluan masyarakat dari segi penyediaan kemudahan

dan perkhidmatan. Berikut dijelaskan peranan dan bidang tugas jabatan-jabatan

yang terlibat terus dengan aktiviti sektor tidak formal.

Page 88: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

70

* Bahagian Pentadbiran * Bahagian Bayaran * Bahagian Penilaian * Bahagian Rancangan * Bahagian Pembangunan

Dan Keurusetiaan * Bahagian Akaun * Bahagian Pengurusan Pemajuan Projek

* Bahagian Pengurusan * Bahagian Hasil Harta * Bahagian Kawalan * Bahagian

Sumber Manusia * Bahagian Pembangunan Penyelenggaraan

* Bahagian Kualiti Dan Penguatkuasaan Cukai * Bahagian Logistik

Latihan * Bahagian Lalulintas

* Bahagian Teknologi

Maklumat

* Bahagian Khidmat * Bahagian Pelesenan * Bahagian Perkhidmatan * Bahagian Operasi * Bahagian Perancangan

Rundingan * Bahagian Kesihatan Perbandaran * Bahagian Keselamatan Korporat

* Bahagian Kawalan Awam Dan Alam Sekitar * Bahagian Landskap * Bahagian Hal Ehwal

Bangunan Awam

* Kaunter Ekspress * Bahagian Seranta

KORPORAT DAN

KHIDMAT MASYARAKAT

JABATAN

KORPORAT DAN

KHIDMAT MASYARAKAT

PENGARAHPENGARAH

PENGUATKUASAAN

BANDAR

PENGARAH

PENGINDAHAN

BANDAR

KESIHATAN

PENGARAH

PELESENAN DAN

KESIHATAN

PENGARAH

BANGUNAN

KEJURUTERAAN

JABATAN

BANGUNAN

JABATAN

PELESENAN DAN

JABATAN

PENGINDAHAN

JABATAN

PENGUATKUASAAN

JABATAN

KEJURUTERAAN

PENGARAH

PERANCANG BANDAR

JABATAN

PENILAIAN DAN

JABATAN

PERANCANGAN

PENGARAH

PENGURUSAN HARTA

PENGARAH

PENGURUSAN KEWANGAN PENILAIAN

JABATAN

KEWANGAN

PENGARAH

JABATAN

KHIDMAT

PENGURUSAN

PENGARAH

N48

UNIT UNDANG-UNDANG

UNIT AUDIT DALAM

AHLI MAJLIS

YANG DIPERTUA

N54

SETIAUSAHA

Rajah 3. 4: Carta Organisasi Majlis Perbandaran Alor Gajah.

Page 89: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

71

3.6.1 Jabatan Perancangan

Penglibatan Jabatan Perancang dalam kegiatan aktiviti tidak formal boleh

dilihat melalui penyediaan pelan-pelan rancangan pembangunan dan juga

penyediaan piawaian serta garispanduan untuk perniagaan aktiviti tidak formal.

Setakat ini jumlah keanggotaan pekerja jabatan adalah seramai 8 orang diketuai

oleh Pengarah Perancang Bandar. Sebagai contoh, dalam laporan Rancangan

Struktur Daerah Alor Gajah, Melaka 1995-2015 yang memasukkan sektor tidak

formal sebagai subjek kajian dan membentuk cadangan memperbaiki

perkembangannya pada masa akan datang.

Dalam Laporan Teknikal RSD Melaka, beberapa isu mengenai aktiviti

sektor tidak formal telah digariskan iaitu yang pertama adalah dari segi peletakan

atau lokasi kegiatan tidak formal ini. Dari segi kedudukan atau lokasinya adalah

kurang strategik dan terlalu dekat dengan jalan utama serta menimbulkan masalah

keselamatan jalanraya terutamanya aktiviti penjaja. Isu kedua yang digariskan

adalah berkaitan dengan imej kawasan perniagaan gerai dan penjaja yang selalu

dikaitkan dengan kekotoran. Kebanyakan tapak perniagaan aktiviti tidak formal

tidak disediakan dengan kemudahan infrastuktur seperti tong sampah, longkang air,

tandas dan lain-lain yang mana pembuangan sampah sarap dan bahan sisa buangan

menimbulkan bau busuk. Selain itu, ruang niaga untuk aktiviti tidak formal ini

adalah sempit dan bersaiz tidak seragam serta kawasan sekitarnya tidak

dilanskapkan dengan baik. Jabatan Perancang, MPAG dalam usahanya untuk

mengawal, membangun dan menggiatkan aktiviti perniagaan sektor tidak formal

ini telah menyediakan garis panduan dan pelan struktur untuk aktiviti tidak formal.

i) Piawaian dan Garispanduan

Jabatan Perancang Bandar, MPAG dengan kerjasama JPBD Negeri dan

Wilayah berperanan untuk menyediakan piawaian dan juga garispanduan kepada

sektor perniagaan terutamanya kepada sektor tidak formal. Ia bertujuan untuk

mengawal peletakan dan menetapkan saiz sesebuah bangunan atau perniagaan yang

seragam dan selesa.

Page 90: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

72

ii) Pelan Gunatanah dan Susunatur

Jabatan Perancang Bandar, MPAG perlu menyediakan pelan gunatanah

semasa bagi kawasan pentadbiran Majlis. Disini, peranan jabatan ini terhadap

kegiatan tidak formal adalah dari segi penentuan tapak bagi bangunan-bangunan

gerai, pusat penjaja dan pasar supaya ianya mengikut pelan gunatanah semasa.

Jabatan ini juga perlu memastikan ruang untuk aktiviti tidak formal dalam kawasan

perniagaan adalah sesuai atau tidak dengan pembangunan sekitarnya bagi

mengelakkan timbulnya masalah kepada persekitaran bandar.

3.6.2 Jabatan Pelesenan & Kesihatan

Jabatan Pelesenan & Kesihatan mempunyai tanggongjawab dalam hal-ehwal

yang berkaitan dengan pemberian lesen kepada peniaga-peniaga di dalam kawasan

pentadbiran MPAG. Pemberian lesen ini bertujuan untuk mengawal jumlah

bilangan penjaja serta mendaftarkan peniaga supaya aktiviti perniagaan akan lebih

teratur dan dapat dipantau dari masa ke semasa. Setakat ini jumlah keanggotaan

pekerja jabatan adalah seramai 18 orang diketuai oleh Pengarah Pelesenan dan

Kesihatan Am.

Diantara tanggongjawab jabatan ini ialah untuk:-

i) mentadbir hal ehwal pusat-pusat penjaja, gerai-gerai, pasar- pasar dan lain-

lain seumpamanya.

ii) mendaftar dan mengeluarkan lesen kepada penjaja-penjaja untuk

memberikan taraf yang sah kepada mereka.

iii) mengambil tindakan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Penjaja 1984,

Undang-undang Penegendalian Makanan 1979 dan Undang-undang Kecil

Pasar 1948.

Page 91: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

73

iv) mengadakan aktiviti-aktiviti kebajikan, khidmat nasihat dan pelajaran

kepada penjaja-penjaja melalui mesyuarat atau perjumpaan dengan

kerjasama badan-badan sukarela atau persatuan penjaja dan lain-lain untuk

mengadakan kempen-kempen kebersihan, gotong royong dan lain kegiatan

seumpamanya.

v) mengadakan aktiviti-aktiviti kebajikan, khidmat nasihat dan pelajaran

kepada penjaja-penjaja melalui mesyuarat atau perjumpaan dengan

kerjasama badan-badan sukarela atau persatuan penjaja dan lain-lain untuk

mengadakan kempen-kempen kebersihan, gotong royong dan lain kegiatan

seumpamanya.

vi) mengusahakan kemudahan-kemudahan asas seperti menyediakan tapak-

tapak baru yang teratur, bekalan air dan letrik dan lain-lain atau

mengusahakan pusat-pusat penjaja dalam bentuk kedai, gerai berkunci atau

terbuka dan lain-lain sesuai dengan program-program pemindahan dan

penyusunan semula.

3.6.3 Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

Jabatan ini bertanggongjawab dalam hal ehwal yang berkaitan dengan

penilaian dan pengurusan harta Majlis. Penglibatannya lebih kepada menentukan

kadar sewaan bagi tapak kosong dan bangunan gerai dan penjaja serta pasar yang

disediakan oleh pihak majlis sendiri atau agensi lain melalui penswastaan.

Bangunan yang disewakan akan direkodkan oleh jabatan ini seperti bangunan

perniagaan, gerai-gerai, bangunan pasar, kompleks terminal dan bangunan pejabat.

Selain itu, jabatan ini juga akan memastikan setiap bangunan yang direkodkan

dalam senarai sewa akan diselenggarakan dengan baik. Setakat ini jumlah

keanggotaan pekerja jabatan adalah seramai 18 orang diketuai oleh Pengarah

Penilaian dan Pengurusa Harta.

Page 92: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

74

Jabatan ini turut akan memastikan bangunan milik MPAG telah

diinsurankan untuk menjaga nilai sewaan bangunan itu supaya tidak mengalami

kerugian apabila berlaku sebarang bencana atau kemusnahan. Disamping itu,

kebajikan dan keperluan penyewa akan dijaga dengan baik terutamanya kepada

mereka yang terlibat dalam kegiatan sektor tidak formal dari golongan bumiputra.

3.7 Penguatkuasaan Kawalan Sektor Tidak Formal

Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan apabila berlaku pembangunan

dijalankan tanpa mendapat kebenaran merancang. Ia berdasarkan undang-undang

yang diperuntukkan kepada PBT. Penguatkuasaan bertujuan mengawal

pembangunan mengikut dasar, garispanduan dan piawaian perancangan. Aktiviti

perniagaan sektor tidak formal merupakan aktiviti yang sebahagiannya tidak sah

dan tidak mendapat kelulusan dari pihak MPAG. Untuk membendung masalah

aktiviti sektor tidak formal dengan lebih teratur ini, pihak MPAG telah mengadakan

tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti perniagaan sektor tidak formal yang sah

dan tidak sah. Berikut ini dijelaskan proses tindakan penguatkuasaan yang diambil

terhadap pengusaha perniagaan yang salah guna premis melalui Rajah 3.5.

Kegiatan penyalahgunaan bangunan kediaman dikesan melalui aduan awam

dan gerakan pemeriksaan oleh pegawai-pegawai MPAG. Jika benar, maka notis

memberhentikan kegiatan penyalahgunaan akan dikeluarkan. Jika aktiviti masih

aktif, tindakan akan diambil berdasarkan kepada seksyen 70 (12), Akta Jalan, Parit

dan Bangunan (Akta 133). Fail yang mengandongi laporan penyalahgunaan dan

lain-lain maklumat akan dikemukakan ke Jabatan Undang-Undang untuk tindakan

dan tindakan mahkamah akan diambil yang mana ia mengambil masa yang lama.

Hukuman akan dikenakan dan penyiasatan dilakukan untuk memastikan

penyalahgunaan tidak berulang. Siasatan semula selepas 10 hari waktu bekerja oleh

Jabatan Perancang Bandar, MPAG. Selain dari undang-undang yang terpakai oleh

setiap PBT, MPAG juga menguatkuasakan beberapa undang-undang kecil serta

piawaian khusus untuk mengendali sektor perniagaan tidak formal.

Page 93: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

75

LAPORAN ADUAN AWAM / PEGAWAI MPAG

JABATAN PERANCANG BANDAR/ JABATAN

BANGUNAN MAJLIS

SIASATAN DIJALANKAN UNTUK

PENGESAHAN ADUAN

NOTIS MEMBERHENTIKAN AKTIVITI

DALAM TEMPOH TERTENTU DIBERI

KEPADA PEMILIK

TIADA TINDAKAN MAHKAMAH

TINDAKAN MAHKAMAH DIAMBIL

JIKA AKTIVITI DITERUSKAN

LAPORAN DAN GAMBAR DISEDIAKAN

UNTUK JABATAN UNDANG – UNDANG

MAJLIS UNTUK TINDAKAN MAHKAMAH

SEKSYEN 70 (12) AKTA 133

PEMILIK DIDENDA JIKA SABIT KESALAHAN

SIASATAN SEMULA SELEPAS 10 HARI OLEH

JABATAN PERANCANG BANDAR

TIADA TINDAKAN SEKIRANYA

AKTIVITI DIHENTIKAN

NOTIS BERHENTIKAN KEGIATAN

JIKA AKTIVITI MASIH

DITERUSKAN

Rajah 3.5 : Carta alir Tindakan Penguatkuasaan MPAG

Page 94: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

76

3.7.1 Undang-undang Kecil Penjaja (MPAG) 1986

Undang-undang Kecil Penjaja (MPAG) 1986 telah diwartakan pada 22hb

Febuari 1986. Ia merupakan perundangan tambahan yang menjadi alat kawalan

utama kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Seksyen 73, Akta 171

telah memberikan kuasa kepada Yang Dipertua untuk menggubal undang-undang

kecil tersebut.

Undang-undang Kecil ini memudahkan pihak MPAG untuk mengawal setiap

jenis kegiatan dan mengambil tindakan sekiranya pengusaha yang terlibat

melanggar peraturan yang telah ditetapkan sepertimana dalam Undang-undang

Kecil Penjaja (MPAG) 1986. Diantara peraturan-peraturan yang terkandung di

dalam undang-undang kecil tersebut adalah seperti berikut:-

a) Lesen

Tiada seorang pun boleh bertindak sebagai pengusaha atau penjaja tanpa

lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelesenan dan Kesihatan, MPAG. Lesen-lesen

hendaklah dipohon kepada PBT. Jabatan Pelesenan akan memastikan;

i) tempoh sah lesen itu tidak lebih dari enam bulan dan berakhir sama ada pada

30 Jun atau 31 Disember,

ii) mengenalpasti jenis perniagaan yang akan dijalankan atas dan juga

menentukan syarat-syarat atau sekatan-sekatan yang patut dikenakan keatas

perniagaan peniaga atau penjaja.

Setiap peniaga yang telah diberikan lesen berniaga hendaklah mempamirkan

lesen di kawasan yang mudah dilihat serta menunjukkan lesen apabila diminta oleh

Majlis dan lesen tidak boleh dipindahmilik. Lesen perniagaan boleh dibatalkan oleh

Majlis pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab.

Page 95: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

77

Majlis juga berkuasa untuk tidak memberikan atau memperbaharui lesen

tanpa memberi apa-apa sebab. Permohonan lesen menjaja perlulah mendapatkan

pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk menjamin kesihatan mereka berada

didalam keadaan baik terutama bagi penjaja-penjaja yang terlibat didalam

perniagaan barangan makanan. Mana-mana penjaja yang tidak berlesen dan mana-

mana penjaja yang dianggap telah menyalahi undang- undang akan dikenakan

tindakan bayaran denda tidak kurang dari RM500.00 dan peralatan gerai perniagaan

boleh disita serta dirampas oleh pihak berkuasa.

b) Gerai

Peniaga gerai dan penjaja dikehendakki menjaga kebersihan diri, pakaian,

gerai dan lain-lain alat yang berkaitan perniagaan mereka dan juga kawasan sekitar

mereka. Ukuran bagi setiap gerai telah ditentukan undang-undang ini dan jika lebih

dari ukuran asal, pemilik mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis.

Pemegang lesen mestilah sentiasa hadir dan menjalankan atau mengawasi

perniagaan di gerainya atau petak gerainya dan jika tidak hadir, pemegang lesen

mestilah mengemukakan sebab-sebab yang boleh diterima. Jika pemegang lesen

tidak dapat menguruskan perniagaan di gerainya dalam tempoh 30 hari atau lebih,

ia hendaklah melantik seorang penama mengambil tempatnya dengan terlebih

dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Majlis.

Seseorang penama yang mengambil alih lesen perniagaan daripada pemilik

asal boleh dikenakan tindakan jika melanggar peraturan dan pemilik asal lesen tidak

akan bertanggongjawab dalam hal ini. Bayaran sebanyak RM10.00 dikenakan

kepada pemegang lesen untuk melantik penama lesen.

c) Penjaja

Undang-undang Kecil Penjaja (MPAG) 1986 menetapkan bahawa penjaja

tidak boleh menjalankan aktiviti perniagaan jika:-

Page 96: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

78

i) Dalam lingkungan 9 meter dari simpang jalan;

ii) Dalam lingkungan 0.3 meter dari pili bomba dan;

iii) Di atas tangga, kaki lima atau tempat lapang awam yang berturap melainkan

mendapat kebenaran dari Majlis.

Seseorang yang menjalankan aktiviti penjajaan tidak dibenarkan

menjalankan aktiviti perniagaan jika kawasan tapak perniagaannya itu boleh

menimbulkan masalah kepada kelancaran pergerakan lalulintas dan mengganggu

laluan pejalan kaki. Bagi penjaja bergerak, segala peralatan yang digunakan untuk

berniaga mestilah dialihkan dari tapak setelah selesai menjalankan perniagaannya.

Peralatan untuk berniaga tidak boleh ditinggalkan di tapak perniagaan. Penetapan

bagi umur seorang penjaja mestilah tidak kurang daripaa 18 tahun melainkan ianya

dikecualikan oleh Majlis. Kereta tolak yang digunakan oleh gerai penjaja mestilah

tidak lebih daripada 18 desimeter panjang dan 18 desimeter lebar.

d) Tindakan Denda dan Sita Barangan

Penguatkuasaan bertujuan apabila berlaku pembangunan dijalankan tanpa

mendapat kebenaran merancang dan mendapat lesen perniagaan. Berikut dijelaskan

tindakan penguatkuasa yang dilaksanakan berdasarkan kepada undang-undang kecil

sebagaimana digunapakai oleh MPAG.

i) Denda Tanpa Lesen Sah

Seseorang gerai penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa lesen

perniagaan yang dikeluarkan oleh MPAG adalah melakukan kesalahan dan boleh

dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.00. Seseorang yang menjalankan

perniagaan tanpa lesen juga boleh dikenakan tindakan dengan menyita peralatan

gerai berserta bahan jualannya oleh Pihak Berkuasa yang dilantik oleh MPAG dan

segala risiko barangan yang disita itu adalah dipertanggongjawabkan kepada

pemiliknya. Bagi barangan yang disita jenis yang tidak tahan lama boleh

dilupuskan oleh Majlis mengikut cara-cara yang ditentukan oleh MPAG.

Page 97: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

79

ii) Tuntutan Barangan Yang Disita

Seseorang yang ingin menuntut barangnya yang telah disita dan dipindahkan

dan ditahan di bawah Undang-undang Kecil Penjaja, boleh menuntutnya daripada

Majlis dalam tempoh 3 bulan dari tarikh barang itu disita dan ianya tertakluk

kepada syarat-syarat dan bayaran yang ditetapkan oleh Majlis. Jika selepas tempoh

3 bulan dari tarikh barang itu disita dan pemiliknya tidak menuntut, maka Majlis

boleh melupuskan barangan itu mengikut cara yang difikirkan sesuai.

Setiap penjaja mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan daripada doktor.

Penjaja juga mesti memastikan keadaan dirinya dan pakaiannya adalah bersih dan

gerai perniagaannya hendaklah dalam keadaan bersih dan ianya perlu dicat semula

jika diarahkan oleh Majlis. Penjaja tidak dibenarkan menggunakan kayu api untuk

penyediaan makanan melainkan mendapat kelulusan dari pihak MPAG dan penjaja

diminta untuk menyediakan kemudahan tong sampah di kawasan gerainya. Bagi

sisa buangan yang berbau busuk, peniaga dimnta supaya memasukkannya ke dalam

beg plastik dan diikat sebelum dibuang.

3.7.2 Piawaian Perancangan Kawasan Perdagangan Bagi Aktiviti Tidak

Formal

Piawaian ini adalah bertujuan untuk membantu pihak pemaju dalam

merancang pembangunan kawasan perdagangan mengikut hierarki dan fungsi

bandar. Untuk piawaian ini, tumpuan hanya akan diberikan kepada piawaian yang

berkaitan dengan perancangan sektor tidak formal. Kegiatan perniagaan sektor tidak

formal perlu dirancang kerana ia merupakan komponen gunatanah yang terpenting

terutama di kawasan bandar. Dengan pertumbuhan ekonomi semasa dan perubahan

cara hidup memberi perspektif baru dalam penyediaan aktiviti perdagangan untuk

memenuhi keperluan pelanggan. Beberapa kriteria perancangan perlu diberi fokus

untuk merancang pembangunan aktiviti perdagangan supaya teratur, sesuai dan

lengkap mengikut fungsi dan khidmatnya.

Page 98: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

80

3.7.2.1 Prinsip Perancangan Kawasan Perdagangan

Perancangan aktiviti perdagangan aktiviti tidak formal hendaklah

berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut:-

i) Kemudahsampaian

Pusat perdagangan sebagai pusat perkhidmatan dan sosial, hendaklah

mudahsampaian, menarik, bersih, unik dan menjanakan aktiviti perdagangan.

ii) Keselamatan dan Keselesaan

Didalam mereka bentuk pelan susun atur bangunan, faktor- faktor utama adalah

keselamatan, kesihatan dan keselesaan pergerakan pegunjung-pengunjung dan

pembeli-pembeli.

iii) Perhubungan

Kawasan perdagangan hendaklah mengalakkan perhubungan antara kaum dengan

menyediakan kemudahan-kemudahan untuk pertemuan dan interaksi yang positif.

iv) Berkualiti

Aktiviti perdagangan dan kemudahan sokongan yang disediakan seperti tempat

pembuangan sampah, kemudahan letak kereta, laluan kemudahan utiliti, ruang-

ruang rehat dan kawasan rekreasi yang berlanskap hendaklah mampu menampong

perkembangan ekonomi dan berupaya membangunkan masyarakat secara

berterusan.

Page 99: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

81

v) Seni dan keindahan

Reka bentuk kawasan perdagangan yang harmon, unik dan menarik hendaklah

diwujudkan dengan mengambil kira ciri-ciri senibina yang melambangkan

sosiobudaya tempatan, identiti, pertalian dan pengertian, kepercayaan dan emosi.

Peninggalan warisan mestilah dikekalkan.

vi) Bersih dan Bestari

Mengalakkan ciri-ciri pemuliharaan, kesinambungan dan bestari, keselesaan dan

harmoni melalui komponen guna tanah dan aktiviti yang bersesuaian yang

seimbang dan serasi dengan aktiviti pembangunan dikawasan sekitar.

vii) Rekabentuk Menjimatkan

Perancangan dan rekabentuk perlu mengambil kira aspek penjimatan dan kecekapan

seperti teknologi, optimum, kepelbagaian, informaif, keutamaan, pemusatan, bestari

dan berdimensi.

viii) Adil

Mempertimbangkan aspek ekonomi dimana perkhidmatan perdagangan yang

disediakan untuk semua golongan masyarakat.

3.8 Masalah Yang Menghalang Pelaksanaan Pembangunan Dilakukan

Oleh MPAG

Didalam melaksanakan tanggungjawab bagi penyediaan kemudahan dan

perkhidmatan dibawah strategi mana sekalipun, MPAG tidak akan terlepas dari

menghadapi masalah dan halangan-halangan yang sedikit sebanyak menjejaskan

Page 100: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

82

perjalanan aktiviti-aktiviti pengurusan Majlis. Data dan maklumat adalah diperolehi

dari temubual yang dijalankan bersama En Zamri Bin Omar, salah seorang

Penolong Pegawai Perancang, En Jamili Bin Abdul Rahim, selaku Pegawai Takbir

Pelesenan, Puan Fatimah Othman, selaku Pegawai Undang-undang serta En

Rotamizie, selaku Pembantu Penilaian di Bahagian Pengurusan Harta. Hasil dari

temubual yang dijalankan, terdapat masalah yang dihadapi oleh MPAG dalam

membuat perancangan dan pembangunan yang menghalang kepada

pelaksanaannya. Pada umumnya masalah-masalah yang dihadapi dapat

dikategorikan seperti berikut:-

3.8.1 Masalah berhubung dengan peruntukkan kewangan

Dalam menaiktaraf pembangunan sektor tidak formal yang dilakukan oleh

pihak MPAG, aspek kewangan merupakan agenda yang sering dititikberatkan

dalam pengagihannya bagi memastikan perkhidmatan dan kemudahan yang

disediakan dapat didiuruskan dengan sempurna. Bagaimanapun peruntukan yang

diberikan dari pihak Majlis mahupun Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan

adalah terhad bagi membaikki dan menaiktaraf semula kesemua perniagaan gerai

dan penjaja yang bermasalah di negeri Melaka khususnya di kawasan bandar. Maka

dengan itu, pihak Majlis perlu meneliti dan memilih jenis perancangan dan

pembinaan yang perlu diberi keutamaan dalam menyediakan kemudahan dan

perkhidmatan terhadap sektor perniagaan tidak formal terutama dari segi

kemudahan asas dan sokongan, keperluan utama peniaga dan masyarakat dan

kepakaran yang diperlukan. Ini bertujuan agar masalah peniaga yang ditimbulkan

tidak akan menjejaskan kepentingan penduduk dan nama baik Majlis yang

sepatutnya menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada masayarakat. Oleh

itu, peruntukan yang mencukupi amat diperlukan sekiranya pembinaan dan

menaiktaraf semula sektor perniagaan gerai dan penjaja yang menyeluruh ingin

dilaksanakan. Ia juga melibatkan kepada pengurusan kewangan yang strategik bagi

memastikan perancangan dan pembangunan dapat dilakukan dengan berterusan

mengikut keperluan visi pihak Majlis terhadap masyarakat dan penduduk dan

peniaga tempatan.

Page 101: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

83

3.8.2 Masalah berhubung dengan taraf PBT

Taraf PBT juga turut menyumbang kearah faktor penghalang kerana ia juga

berkait rapat dengan pengurusan sumber kewangan bagi sesebuah PBT. Di MPAG

sendiri, perbezaan tersebut dapat dirasai dimana hasil cukai taksiran yang diperolehi

adalah semakin meningkat dengan adanya pertambahan keluasan kawasan

pentadbiran ke seluruh daerah Alor Gajah.

Dengan itu keperluan terhadap penambahan kemudahan awam dan

pembinaan baru perniagaan gerai dan penjaja yang diperlukan semakin meningkat

sekali gus menyebabkan peruntukan yang diberikan bagi setiap projek

pembangunan baru dan menaiktaraf semua bangunan yang disediakan. Disamping

itu, dengan taraf MPAG sebagai perbandaran memberi kesan yang lebih stabil

dimana peningkatan dari segi keupayaan tenaga kerja dan kakitangan dari segi

kepakaran dalam bidang teknikal yang akan membantu kearah pengurusan dan

pentadbiran yang lebih berkesan kerana penumpuan yang lebih positif.

3.8.3 Masalah berhubung dengan kepakaran kakitangan

Kepakaran merupakan masalah yang menyumbang kepada faktor

perlaksanaan perancangan dan pembangunan kemudahan dan perkhidmatan yang

dilaksanakan. Ini kerana, dalam pembangunan, kepakaran terutama dalam bidang

teknikal amat penting dan diperlukan bagi tujuan pengurusan kelulusan pelan

bangunan di peringkat perancangan, pemantauan kerja-kerja kerosakan, pentafsiran

kerosakan stuktur dan sebagainya.

Tanpa adanya kakitangan yang mempuyai kepakaran yang diperlukan untuk

perancangan, penyelenggaraan dan projek pembangunan, ia akan mengurangkan

keupayaan pihak PBT dalam mengurus dan memperbaiki masalah pembinaan yang

timbul. Kini, pihak MPAG sedang berusaha menambahkan bilangan kakitangan

yang mahir dan berkeupayaan bagi mengukuhkan sokongan pentadbiran Majlis

Perbandaran ini.

Page 102: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

84

Dengan adanya ia juga akan membantu pihak MPAG mengurangkan

kebergantungan keupayaan kepada pihak luar seperti perunding akitek, perancang

dan kontraktor dalam hal pembangunan dan pembinaan yang mudah diuruskan.

3.8.4 Masalah berhubung dengan sikap pekerja

Sikap pekerja yang sambil lewa dalam melaksanakan tugas juga turut

memberikan kesan yang kurang baik pada hasil perancangan, penyelenggaraan dan

pembinaan. Sesuatu kerja yang menggunakan khidmat kontraktor, pekerja dibawah

jagaan sendiri adalah sukar untuk dilentur untuk mematuhi segala arahan yang

diberikan oleh pihak atasan kerana mereka diselia oelh pengawas yang ditugaskan

untuk memerhatikan segala kerja yang dilakukan mereka.

Berlainan pula dengan kontraktor yang diupah, mereka lebih mudah diawasi oleh

pihak pengurusan ditambah pula dengan masa untuk menyampaikan arahan yang

singkat disamping perlaksanaan tugas yang cepat. Namun terdapat juga sesetengah

kontraktor yang menjalankan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan secara

sambil lewa.

Walaubagaimanapun, sikap pekerja yang berkerja sambil lewa serta cuai

semasa menjalankan tugas hanya akan memburukkan imej pihak PBT dimata

masyarakat dan perkara ini tidak seharusnya berlaku di MPAG.

3.8.5 Masalah berhubung dengan pengurusan maklumat tidak kemaskini

Dalam dunia yang serba canggih ini, kecekapan merupakan salah satu

tunjang dalam kejayaan pengurusan pada hari ini. Dengan wujudnya satu sistem

pengurusan maklumat perancangan dan pembangunan kemudahan fizikal dan sosial

yang lebih baik, mampu meningkatkan tahap dan kualiti perlaksanaan projek

pembinaan sektor tidak formal bagi kemudahan ekonomi dan sosial.

Page 103: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

85

Pengurusan secara manual yang dilakukan oleh kebanyakan PBT

termasuklah pihak MPAG sendiri mempunyai banyak kelemahan dari segi

semakan, pengumpulan data dan maklumat yang diperlukan serta pengurusan yang

lebih terperinci bagi setiap aspek dalam pembangunan. Maka, dengan adanya

pengurusan maklumat bersepadu antara maklumat perancangan tapak, lesen

perniagaan, pengurusan sewa dan penyelenggaraan secara berkomputer mampu

megurangkan kerja-kerja manual serta kerja dapat dilakukan dengan lebih pantas

dan teratur.

3.8.6 Masalah berhubung dengan kerjasama peniaga dan pengguna

Selain dari masalah yang dinyatakan diatas, kerjasama dari pihak peniaga

atau pengguna perkhidmatan sektor perniagaan tidak formal juga adalah sangat

penting bagi membantu mengekalkan kualiti pembinaan dan penjagaan oleh pihak

PBT. Sikap yang tidak bertanggungjawab dikalangan peniaga dan pengguna

menambah kos pengurusan kepada Majlis untuk tujuan penyelenggaraan.

3.9 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini telah melihat peranan sebenar PBT dalam

mengalakkan pembangunan aktiviti sektor tidak formal di kawasan pentadbirannya.

Selaku penguasa tempatan di daerah Alor Gajah, MPAG telah menyediakan dan

melaksanakan pelbagai bentuk kawalan terhadap aktiviti sektor ini sama ada

melalui Piawaian Perancangan dalam rancangan pemajuan samada dalam

Rancangan Stuktur atau Rancangan Tempatan MPAG dan juga melalui kawalan

dalam bentuk perundangan seperti Undang-Undang Kecil Penjaja, 1986.

Page 104: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

86

Setakat ini perlaksanaan kawalan pembangunan terhadap sektor tidak formal

yang diamalkan oleh pihak MPAG masih berada dalam peringkat penyesuaian

kesan dari penaikan taraf yang baru diperolehi. Ini memerlukan kaedah

perancangan serta perlaksanaan yang lebih sistematik dan teratur. Ini kerana

MPAG masih berada dalam sistem pentadbiran yang lama dan masih memerlukan

masa untuk beralih kepada sistem pentadbiran yang baru seperti yang telah

dirancangkan. Dalam aspek penyediaan perancangan, ia sememangnya sangat

penting dilakukan bagi memastikan keselesaan penduduk dalam menjalankan

aktiviti sektor tidak formal yang mampu meningkatkan tahap integrasi sosial di

kalangan masyarakat sentiasa berterusan. Secara tidak langsung MPAG mampu

meningkatkan hasil cukai yang diperolehi dari penduduk. Bersesuaian dengan

fungsi asal PBT di Malaysia iaitu memberikan kemudahan dan perkhidmatan

bandar kepada penduduknya, maka aspek-aspek yang berkaitan dengan penyusunan

semula, perancangan dan kawalan pembangunan aktiviti sektor tidak formal dalam

kawasan bandar perlu ditumpukan oleh MPAG. Dengan campurtangan MPAG

terhadap aktiviti sektor tidak formal, perkembangan masa depan aktiviti sektor ini

akan lebih terkawal dan mampu menjadi sebahagian daripada komponen tarikan

pelancong tempatan dan luaran. Secara tidak langsung ia turut membantu kadar

pertumbuhan ekonomi penduduk dalam kawasan pentadbiran MPAG.

Oleh demikian, pengiktirafan taraf Majlis Perbandaran Alor Gajah banyak

memberi kelebihan kepada MPAG selaku PBT di daerah Alor Gajah. Selain mampu

memantapkan gerak kerja yang sedia ada, mereka dapat memperbaiki lagi tahap

pengurusan dan perkhidmatan sosial kepada penduduk setempat (MPAG, 2005).

Adalah dijangkakan pembangunan perdagangan di daerah Alor Gajah akan terus

meningkat pada kadar yang lebih tinggi pada masa hadapan selaras dengan tujuan

Kerajaan Negeri menjadikan negeri Melaka sebuah negeri bertaraf ‘city state’ dan

destinasi pelancongan terunggul melalui infrastuktur terbaik dengan teknologi

informasi, perkhidmatan cekap dan berkualiti serta peningkatan pembangunan insan

untuk menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan hidup menjelang tahun 2010

berasaskan wawasan negara.

Page 105: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

87

Untuk itu, pihak MPAG terutamanya Jabatan Pelesenan dan Jabatan

Perancang Bandar sentiasa memberi penekanan terhadap aspek perancangan dan

pengurusan penguatkuasaan lesen agar pelaksanaan pembangunan sektor tidak

formal adalah sentiasa dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Page 106: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

BAB IV

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini pula, akan membincangkan tentang teknik analisis kajian yang

digunapakai dan seterusnya membawa kepada penemuan hasil kajian. Analisis

dilakukan terhadap data-data yang diperolehi melalui 3 kaedah utama iaitu

pemerhatian penulis, soal selidik dengan peniaga dan pengunjung dan temubual

dengan pegawai di MPAG yang terlibat dalam mengendalikan pengurusan aktiviti

pembangunan dan kawalan serta temubual secara langsung dengan peniaga dan

pengunjung berkaitan peranan MPAG dalam merancang dan mengawal kemudahan

dan lokasi perniagaan sektor tidak formal di kawasan kajian.

Seterusnya, penulis akan melihat bagaimana penguatkuasaan yang berkaitan

dengan kawalan perancangan, lesen perniagaan, kawalan kebersihan bangunan

perniagaan, keselesaan ruang niaga dan kemudahan asas yang disediakan oleh

MPAG terhadap aktiviti perniagaan tidak formal. Kajian mengenai persepsi dan

pandangan para peniaga dan pengunjung mengenai perkhidmatan MPAG yang

sedia ada di kawasan kajian. Kajian mengenai peranan jabatan-jabatan terlibat juga

turut dimasukkan untuk melihat setakat mana penglibatan MPAG dalam

menggalakkan lagi kegiatan sektor tidak formal. Akhirnya, penulis akan melihat

tahap kesediaan MPAG untuk mengatur strategi-strategi bagi menggalakkan lagi

perkembangan sektor tidak formal yang bersih dan berdaya maju.

Page 107: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

89

4.2 Kaedah Pengumpulan Data

Bagi mencapai objektif yang digariskan, penulis telah menggunakan tiga

kaedah untuk memperolehi data primer iaitu melalui pemerhatian, borang soal

selidik dan juga temubual. Terdapat 2 bentuk borang soal selidik disediakan iaitu

borang soal selidik untuk peniaga seperti dalam Lampiran A dan borang soal selidik

untuk pengunjung di Lampiran B. Untuk setiap borang yang diedarkan, penerangan

yang jelas diberikan bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman responden

semasa menjawab soalan yang diberikan.

Bagi kaedah borang soal selidik untuk peniaga, sebanyak 20 borang soal

selidik diedarkan kepada peniaga di setiap 5 kawasan kajian kecuali di Jalan Pasar

Masjid Tanah yang hanya melibatkan 10 buah gerai pengusaha dan penjaja.

Borang soalselidik untuk peniaga mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian A,

Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

Bahagian A bagi soal selidik peniaga adalah mengenai soal latarbelakang

peniaga sahaja manakala Bahagian B bagi soal selidik peniaga adalah berkaitan

dengan status perniagaan yang dijalankan oleh peniaga di kawasan kajian. Tahap

penyediaan kemudahan ruang dan kemudahan asas sedia ada diperolehi dari

Bahagian C. Bahagian D pula soal selidIk dari peniaga disediakan bagi mengetahui

tahap kualiti perkhidmatan yang sediada dan mendapatkan pandangan peniaga

terhadap tindakan MPAG dalam melaksanakan penyediaan perkhidmatan dan

kemudahan bagi aktiviti sektor perniagaan tidak formal dan memberi peluang untuk

mengemukakan sebarang cadangan yang bersesuaian dengan kajian yang dilakukan

oleh penulis.

Manakala borang soal selidik untuk soal selidik pengunjung pula, sebanyak

20 borang soal selidik telah diedarkan kepada pengunjung di setiap 5 kawasan

kajian. Borang soal selidik untuk pengunjung mengandungi 2 bahagian iaitu

Bahagian A dan Bahagian B.

Page 108: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

90

Bahagian A bagi responden adalah mengenai latarbelakang pengunjung

manakala Bahagian B adalah berkaitan dengan persepsi pengunjung dari aspek

kepentingan sektor tidak formal, keselesaan ruang, masalah yang dihadapi

pengunjung dan keperluan pengunjung mengikut keutamaan dalam aktiviti sektor

tidak formal. Akhirnya memberi peluang kepada para pengunjung mengemukakan

cadangan untuk memperbaikki perniagaan sektor tidak formal yang bersesuaian

dengan kajian yang dilakukan oleh penulis.

Kaedah temubual pula, ia dilakukan secara langsung dengan melibatkan

beberapa kakitangan dan pegawai di MPAG yang ada kaitan dengan aktiviti sektor

tidak formal. Selain itu, temubual secara tidak langsung dengan peniaga berkaitan

kajian yang dijalankan oleh penulis semasa borang soal selidik diedarkan. Melalui

kajian lapangan pula, ia dilakukan dengan melihat sendiri keadaan di lapangan bagi

mendapatkan gambaran yang sebenar mengenai kawasan yang dikaji selain

memantapkan dan memperlengkapkan lagi data yang diperoleh.

4.2.1 Pengenalpastian Sampel

Sebelum borang soal selidik diedarkan, sampel yang berkaitan dikenalpasti

yang terdiri dari peniaga dan pengunjung gerai dan penjaja yang berada dalam

lingkungan jarak 1.0 kilometer dari pusat Bandar Baru Masjid Tanah.

Bagi pengedaran borang soal selidik di kawasan kajian, ia dipililh dari lima

(5) lokasi gerai, hanya 20 borang sahaja diedarkan untuk setiap lokasi perniagaan

kecuali lokasi di Jalan Pasar Masjid Tanah yang melibatkan 10 borang sahaja. (sila

rujuk borang soal selidik Lampiran A dan Lampiran B).

Page 109: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

91

4.2.2 Kadar Maklumbalas

Bagi pengedaran borang soal selidik di kawasan kajian, ia dipilih secara

rawak dari setiap lokasi kawasan kajian. 20 borang diedarkan bagi setiap satu

kawasan perniagaan. Hasil dari edaran yang dilakukan, hanya 42 peratus borang

sahaja yang dapat dikutip semula dari peniaga manakala 34 peratus borang dikutip

dari pengunjung. Ini kerana kerjasama yang diperolehi adalah kurang memuaskan.

4.2.3 Temuramah Dengan Pihak MPAG

Kajian temubual dengan pegawai MPAG juga turut dilakukan bagi melihat

setakat mana penglibatan MPAG dalam perancangan dan pengawalan

pembangunan terhadap aktivti sektor tidak formal. Data bagi analisis ini diperolehi

secara langsung daripada pegawai berikut:-

i) En Zamri Bin Omar, Penolong Pegawai Perancang Bandar

ii) Encik Jamili Bin Abd Rahim, Pegawai Tadbir Perlesenan

iii) Puan Fatimah Binti Othman, Pegawai Undang- Undang

iv) En Rotamizie Bin Umar, Pembantu Penilaian (Pengurusan Harta)

4.3 Kaedah Analisis

Data yang diperolehi daripada borang soalselidik dianalisis dengan teknik

kuantitatif iaitu melalui penggunaan perisian komputer Statistic Package For

Science Social’ (SPSS). Dengan bantuan SPSS, analisis deskriptif berdasarkan

kekerapan (Frequency Analysis) dapat dijalankan dengan mudah. Selain kekerapan

Analisis Jadual Silang (Statistic Crosstabs) juga dilakukan.

Page 110: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

92

Analisis kekerapan boleh menunjukkan jumlah bilangan atau peratusan bagi

satu-satu perkara yang dikaji. Ia juga adalah satu analisis yang mudah dan jawapan

yang diperolehi jelas. Manakala penggunaan Skala Likert’ pula merupakan kaedah

yang digunakan untuk mengenalpasti jumlah skor yang diperolehi oleh faktor-

faktor yang mempengaruhi pengubahsuaian dan sekaligus menyusun mengikut

kepentingannya berdasarkan pada empat skor yang ditetapkan. Kesimpulan akan

dibuat berdasarkan min skor yang diperolehi bagi setiap subjek yang dikaji dimana

digambarkan dalam bentuk jadual.

Untuk penggunaan analisis ’Statistic Summarize Crosstabs’ pula merupakan

kaedah yang membolehkan persilangan di antara satu pemboleh ubah yang lain

dilakukan. Hasil dari analisis ini dapat ditunjukkan dalam bentuk peratus dan

bilangan. Bagi analisis kualitatif pula, melihat kepada masalah yang dihadapi oleh

peniaga dan masalah yang timbul kepada pengunjung dari aktiviti perniagaan gerai

dan penjaja berdasarkan pandangan atau persepsi mereka terhadap perkhidmatan

yang sedia ada di sektor tidak formal.

4.4 Analisis Latarbelakang Peniaga

Analisis peniaga adalah penting bagi mengetahui profil mereka kerana ia

mempengaruhi persepsi dan pandangan mereka terhadap sektor perniagaan tidak

formal. Profil peniaga dilihat dari segi bangsa, jantina, pekerjaan, umur dan status

perkahwinan.

4.4.1 Bangsa Dan Jantina Peniaga

Hasil daripada 42 soal selidik yang diterima didapati 73.80 peratus adalah

berbangsa Melayu, 19.06 peratus berbangsa Cina dan 7.14 peratus adalah berbangsa

lain iaitu Indonesia dan India.

Page 111: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

93

Keadaan ini adalah kerana kawasan kajian ini adalah menjadi tumpuan penduduk

berbangsa Melayu. Dari segi jantina, responden peniaga dari kaum perempuan

adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 57.14 peratus berbanding dengan kaum lelaki

sebanyak 42.86 peratus. Keterangan lanjut berkenaan bangsa dan jantina peniaga di

kawasan kajian ditunjukkan di dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1 Latarbelakang Peniaga Mengikut Bangsa Dan Jantina

4.4.2 Umur Dan Status Perkahwinan

Kategori umur peniaga dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 18 hingga 25

tahun, 26-55 tahun dan lebih dari 56 tahun. Hasil daripada kajian mendapati

majoriti peniaga di kawasan kajian adalah berumur antara 26-55 tahun iaitu

sebanyak 47.62 peratus. Seterusnya adalah mereka yang berumur 18 tahun hingga

25 tahun dengan 28.57 peratus manakala 23.81 peratus bagi responden yang

berumur lebih daripada 56 tahun.

Secara keseluruhannya, didapati peniaga yang menjalani soal selidik ini

mempunyai kedudukan status perkahwinan yang tinggi iaitu 64.28 peratus bagi

responden yang berstatus kahwin, manakala 35.72 peratus bagi responden yang

berstatus bujang. Ini menunjukkan bahawa responden berkahwin lebih bergiat

dalam sektor perniagaan ini atas alasan mereka menjadikan sektor ini sebagai punca

pendapatan utama untuk menyara hidup keluarga. Ini dapat dilihat melalui Jadual

4.2 di bawah hasil analisis menggunakan kaedah ’ Crosstabs’.

Status Jantina Bangsa

Lelaki Perempuan Jumlah

Melayu 12 19 31

Cina 5 3 8

Lain-lain

(Indonesia) 1 2 3

Jumlah 18 24 42

Page 112: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

94

Jadual 4.2: Latarbelakang Peniaga Mengikut Umur Dan Status Perkahwinan

Status Perkahwinan Umur

Bujang Berkahwin Jumlah

18 hingga 25 tahun 8 4 12

26 hingga 55 tahun 7 13 20

56 keatas 0 10 10

Jumlah 15 27 42

4.4.3 Taraf Pendidikan Peniaga

Sebilangan besar responden di kawasan kajian mempunyai pendidikan

sekolah menengah dengan bilangan peratusan sebanyak 42.85 peratus. Ini

disebabkan golongan yang bergiat dalam aktiviti perniagaan gerai dan penjaja

adalah mereka yang tidak dapat mencari pekerjaan tetap di sektor formal.

Sebahagian dari mereka baru berhijrah berdekatan dengan kawasan kajian dan

belum mendapat sebarang pekerjaan tetap. Selain dari itu, 23.81 peratus responden

adalah dikalangan mereka yang tiada pendidikan formal dan berumur melebihi 26

tahun keatas. Mereka dikatakan belum mendapat pekerjaan di sektor pertanian yang

sesuai dan penglibatan mereka sebagai peniaga secara kecil-kecilan untuk menyara

hidup keluarga. Namun terdapat juga peniaga yang berkelulusan tinggi dengan

bilangan peratusan sebanyak 16.67 peratus. Hal ini berlaku atas sebab golongan

siswazah ini belum mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka

milikki. Mereka ini bekerja untuk mendapatkan pengalaman bekerja dan

penglibatan adalah bersifat sementara sebagai pembantu peniaga. Ini dapat dilihat

melalui Rajah 4.1.

Page 113: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

95

TARAF PENDIDIKAN

7

17%

18

42%

7

17%

10

24%

Sekolah Rendah Sekolah Menengah Universiti Tiada Pendidikan Formal

Rajah 4.1: Taraf Pendidikan Peniaga

4.5 Analisis Status Pemilikan Dan Tempoh Peniagaan

Bahagian ini bertujuan untuk menjelaskan tentang jenis perniagaan yang

dikendalikan, status pemilikan, tempoh dan waktu perniagaan dan jumlah

pendapatan dari perniagaan yang diperolehi.

4.5.1 Status Pemilikan Dan Tempoh Perniagaan

Pemilikan perniagaan ini digunakan untuk mengenalpasti samada pemilik

lesen tersebut melantik penama lain untuk menggunakan lesennya bagi

menjalankan perniagaan atau pemilikan bersama keluarga, berkongsi modal dengan

rakan-rakan atau dijalankan sendiri. Berdasarkan kepada kaitan antara pemilikan

dan tempoh penglibatan perniagaan, didapati majoriti peniaga telah menjalankan

perniagaan mereka antara 6 hingga 10 tahun dengan bilangan 25 peniaga, lebih

daripada 1 hingga 5 tahun adalah sebanyak 7 peniaga. Manakala peniaga yang

berniaga lebih dari 10 tahun adalah sebanyak 8 peniaga dan tempoh kurang 1 tahun

hanya melibatkan jumlah kecil iaitu bilangan hanya 2 peniaga.

Page 114: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

96

Dari segi pemilikan perniagaan gerai penjaja, didapati sebilangan besar

peniaga merupakan pemilik sendiri perniagaan iaitu sebanyak 19 peniaga, pemilik

melalui penama lesen adalah 12 peniaga dan hanya 5 peniaga yang menjalankan

perniagaan milik penuh ahli keluarga. Bagi perniagaan yang dijalankan melebihi 10

tahun, aktiviti perniagaan tidak formal dijalankan melalui perkongsian dengan

keluarga iaitu sebanyak 3 peniaga. Ini bererti perniagaan tersebut dijalankan dengan

perkongsian modal dengan keluarga. Pemilikan dan tempoh penglibatan perniagaan

yang dijalankan oleh peniaga di kawasan MPAG di tunjukkan dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3: Status Pemilikan dan Tempoh Perniagaan

4.5.2 Jenis Gerai Dan Waktu Perniagaan

Daripada jumlah keseluruhan responden (peniaga), didapati hanya tiga jenis

gerai sahaja yang terlibat di dalam soal selidik ini. Hasil menunjukkan perniagaan

gerai sementara mendominasikan jenis binaan yang terlibat dalam kegiatan tidak

formal iaitu sebanyak 45.24 peratus (19 peniaga) dan diikuti dengan jenis gerai

statik iaitu sebanyak 33.33 peratus (14 peniaga).Manakala jenis gerai beredar hanya

21.43 peratus ( 9 peniaga) iaitu peratus yang terendah sekali selepas gerai statik.

Pembinaan yang paling digemari adalah gerai sementara disebabkan oleh ia mudah

dibina dan melibatkan kos yang rendah. Dari segi waktu perniagaan gerai penjaja,

Tempoh Berniaga ( Tahun )

< 1 Tahun 1-5 Tahun 6-10 Tahun > 10 Tahun Pemilik

Perniagaan Bi

l %

Bi

l %

BI

L %

BI

L %

Jumlah

Sendiri

0 0 3 42.85 19 76.0 3 37.5 25

Sewa / Pajakan

(Penama Lesen)

2 100 4 57.15 4 16.0 2 25.0 12

Pemilikan

Keluaraga

0 0 0 0 2 8.00 3 37.5 5

Jumlah 2 100

% 7

100

% 25

100

% 8

100

% 42

Page 115: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

97

didapati waktu yang paling digemari adalah 7 pagi-7 malam iaitu sebanyak 40.42

peratus dan diikuti pula dengan waktu petang iaitu dari 4.00 petang-12.00 malam

iaitu 21.43 peratus.

Jadual 4.4 : Waktu Perniagaan Dan Jenis Gerai

Jenis Gerai

Statik

Sementara

Beredar

Waktu

Perniagaan

Bil % Bil % Bil %

Jumlah

7pagi-7mlm 9 64.3 7 36.84 1 11.11 17

4ptg-12mlm 2 14.28 4 21.05 3 33.33 9

10pg-9mlm 3 21.42 2 10.53 1 11.11 6

6ptg-3ptg 0 0 4 21.05 2 22.23 6

6ptg-12mlm 0 0 2 10.53 2 22.23 4

Jumlah 14 100 19 100 9 100 42

4.5.3 Pemilikan Perniagaan Dan Jenis Barangan

Kesemua jenis perniagaan gerai milik MPAG mempunyai lesen perniagaan

yang sah kerana gerai dalam kawasan bandar telah dirancang semula untuk

menempatkan semula gerai-gerai usang dan kotor yang berada ditepi-tepi jalan ke

pusat bandar. Dengan itu, pengurusan perkhidmatan dan kawalan terhadap aktiviti

gerai dan penjaja dapat dilakukan dengan lebih teratur.

Melalui kajian pemerhatian secara langsung dan kajian melalui borang

soalselidik, 50 peratus dari keseluruhan peniaga gerai terlibat dengan menjual

makanan, diikuti menjual barang basah, buah-buahan sebanyak 16.67 peratus. Ini

menunjukkan aktiviti gerai dan penjaja dikawasan kajian di monopoli oleh peniaga

menjual makanan. Dari segi pematuhan undang-undang, terdapat 6 buah gerai yang

menjual makanan yang tidak berlesen.

Page 116: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

98

Jadual 4.5: Status Pemilikan Dan Jenis Barangan

Status

Perniagaan

Jenis Barangan

Perniagaan

Lesen

Peratus

Tanpa

Lesen Peratus Jumlah

Makanan

15

21.0

6

21.0

21

Barangan Basah /

Kering

6

8.4

2

7.0

8

Buah-Buahan

5

7.0

2 7.0 7

Barang Hiasan &

Pakaian 4

5.6 2 7.0 6

Jumlah

30

42

12

42

42

4.5.4 Perletakan Tapak Perniagaan

Berdasarkan kepada kaji selidik dan Rajah 4.2 didapati kebanyakan

responden yang terlibat dalam aktiviti sektor tidak formal adalah mereka yang

berniaga di atas tanah rizab (21) orang responden yang tidak dirancang, diikuti

dengan perniagaan atas tapak lorong jalan (10), atas tanah ruang letak kereta (7).

Ini menunjukkan kebanyakan aktiviti perniagaan gerai dan penjaja yang dijalankan

di kawasan kajian atas tanah rizab antaranya rizab jalan, laluan letrik, air, sungai

dan sebagainya.

PERLETAKAN

4

10%

10

24%

7

17%

21

49%

0

0%

TANAH MILIK LORONG JALAN RUANG LETAK KERETA

TANAH RIZAB KAW.LAPANG

Rajah 4..1: Pecahan Pemilikan Tapak Perniagaan

Page 117: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

99

4.6 Analisis Persepsi Peniaga Terhadap Aspek Ruang dan Kemudahan

Perniagaan

Analisis ini bertujuan untuk mengetahui samada para peniaga berpuashati

dengan ruang dan kemudahan antaranya lokasi atau kedudukan perniagaan, saiz

ruang, kemudahan asas, tempat letak kereta, tempat pembuangan sampah dan

tandas awam yang sedia ada di kawasan mereka. Ini penting untuk menentukan

samada pembinaan gerai ini telah dirancang mengikut keperluan para peniaga yang

berkunjung ke kawasan bandar. Dalam konteks ini, penyediaan kemudahan,

perletakan tapak, susunatur ruang meja yang selesa harus diberi perhatian supaya

perniagaan sektor ini mendapat sambutan berterusan dari pengunjung.

Pada kebiasaannya, sesuatu aktiviti tidak formal yang dibangunkan oleh

PBT tidak mengambilkira aspek-aspek keperluan fizikal perniagaan tersebut. Ini

menyebabkan usaha penempatan semula peniaga yang tidak teratur dan berselerak

menimbulkan pelbagai masalah seperti ruang sempit, infrastuktur yang tidak cukup,

lokasi yang tidak sesuai membawa rasa ketidakpuasan dikalangan

pengunjung/pembeli.

Analisis di bahagian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan peniaga

terhadap kemudahan dan perkhidmatan fizikal yang sedia ada di tempat perniagaan

para peniaga. Selain itu analisis ini dapat mengenalpasti keperluan sektor tidak

formal dan masalah yang dihadapi dalam menjalankan aktiviti ini. Jadual 4.6

menunjukkan peratusan pendapat dan kepuasan peniaga mengenai aspek fizikal

yang disediakan oleh MPAG terhadap perniagaan sektor tidak formal. Melalui

borang soalselidik dikembalikan, keputusan pendapat dan kepuasan berikut telah

diperolehi.

Page 118: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

100

Jadual 4.6 Analisis Kepuasan Peniaga Mengenai Kemudahan Fizikal

Perniagaan

Tahap Kepuasan Peniaga

Sangat Memuaskan

Memuaskan

Tidak

Memuaskan

Kemudahan

Fizikal

Bil % Bil % Bil %

Lokasi

13 48.15 24 17.40 5 3.87

Kemudahan Asas

- - 12 8.70 30 23.55

Tempat

Pembuangan

Sampah

- - 27 19.56 15 11.62

Sambutan

Pengunjung

12 44.44 25 18.12 5 3.87

Saiz Ruang

2

7.41 27 19.56 13 10.00

Ruang Letak

Kereta

- - 19 13.76 23 17.82

Tandas Awam - - 4 2.90 38 29.45

Jumlah 27 100 138 100 129 100

Page 119: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

101

Foto: 4.1: Pemandangan ruang gerai yang sempit digunakan

untuk meletak kerusi dan meja makan.

Foto: 4.2: Kemudahan Asas yang tidak

Sempurna.

4.6.1 Ruang Berniaga dan Tempat Pembuangan Sampah

Ruang perniagaan dan tempat pembuang sampah merupakan antara aspek

penting yang boleh mempengaruhi minat pengunjung atau pembeli. Ruang berniaga

telah ditentukan berdasarkan saiz binaan yang dirasakan sesuai boleh menampung

keperluan peniaga. Analisis ini bertujuan untuk mengetahui sama ada peniaga

berpuashati dengan saiz ruang perniagaan dan tempat kemudahan pembuangan

sampah mereka berniaga atau tidak.

Page 120: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

102

Secara keseluruhannya didapati bahawa sebanyak 27 responden (peniaga)

atau 64.28 peratus mengatakan bahawa saiz ruang niaga dan tempat pembuangan

sampah yang sedia ada adalah memuaskan. Manakala sebanyak 15 responden atau

35.72 peratus mengatakan tidak memuaskan dan kebanyakan mereka yang

menjalankan perniagaan penjajaan dan gerai beredar.

Luas yang dimaksudkan adalah ruang untuk meletak bangku dan meja

makan kepada pelanggan. Daripada pemerhatian di kawasan tapak gerai, dapat

dilihat bahawa ruang tempat meletak kereta telah dipenuhi dengan meja dan

bangku. Tahap kepuasan yang ditunjukkan oleh peniaga terhadap penyediaan saiz

ruang niaga dan kemudahan tempat pembuangan sampah di kawasan perniagaan

ditunjukkan dalam Jadual 4.6.

4.6.2 Lokasi Tapak Berniaga

Tujuan analisis tapak ini dilakukan untuk mengetahui sama ada lokasi

yang sedia ada di kawasan kajian ini samada dirancang oleh MPAG atau tidak

mempunyai lokasi yang strategik atau tidak. Dengan analisis ini peranan MPAG

selaku perancang lokasi dan susun atur bangunan dapat diketahui sama ada

kedudukan sesebuah bangunan gerai diambilkira dalam projek yang dirancang atau

tidak. Jadual 4.6 menunjukkan peratusan pendapat peniaga mengenai lokasi dan

kemudahan yang disedia ada di kawasan kajian.

Daripada Jadual 4.6 dapat dilihat bilangan responden yang mengatakan

lokasi atau tapak perniagaan sedia ada dibanadar adalah memuaskan dan strategi

dengan bilangan 24 orang atau 57.15 peratus. Manakala sebanyak 18 responden

atau 42.85 peratus dianggap mengatakan kedudukan perniagaan gerai dan penjaja

berada di lokasi yang tidak memuaskan dan strategik. Didapati kebanyakan peniaga

memberi alasan ialah kedudukan aktiviti gerai terlindung dengan bangunan di

depan jalan atau terletak dalam kawasan tidak sesuai menyebabkan pengunjung

sukar berkunjung dan tidak nampak. Selain dari itu, kekurangan kemudahan tempat

meletak kereta juga menyebabkan kurang pelanggan yang datang.

Page 121: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

103

4.6.3 Penyediaan Kemudahan Perniagaan

Analisis ini bertujuan untuk mengetahui samada terdapat sebarang masalah

yang menyebabkan peniaga merasa tidak puas hati dengan penyediaan kemudahan

asas dan awam di bangunan perniagaan gerai sedia ada.

Berdasarkan Jadual 4.6 diatas, jelas menunjukkan majoriti responden dengan

bilangan antara 30 hingga 38 orang mengatakan tahap kepuasan mengenai

kemudahan bekalan air, api dan tandas awam di tempat perniagaan sedia ada adalah

tidak memuaskan. Namun terdapat juga sebilangan 24 orang atau 57.15 peratus

yang memberikan pandangan bahawa tempat letak masih tidak memuaskan. Antara

alasan yang pernah dikemukakan oleh peniaga ialah berkaitan dengan aduan

pengunjung yang tidak selesa berkunjung kerana tiada kemudahan surau, tandas

dan tempat letak kereta yang sempurna dan selesa.

4.6.4 Kepentingan Sektor Tidak Formal Dari Persepsi Peniaga

Daripada analisis yang dijalankan, didapati 95.20% responden mengatakan

bahawa keperluan untuk mewujudkan sektor perniagaan tidak formal di

kawasannya, manakala 4.8 % pula adalah memberi pandangan yang sebaliknya

(sila rujuk Rajah 4.3). Alasan yang diberikan responden betapa penting

perkhidmatan sektor tidak formal adalah disebabkan oleh perniagaan aktiviti ini

mudah diceburi oleh semua golongan, tiada memerlukan kelulusan dan modal yang

besar, memberi peluang pendapatan dan mendapat bayaran sewa yang rendah.

Kebanyakan peniaga yang terlibat dengan kegiatan ini tidak mendapat pekerjaan

tetap di sektor formal dan tiada kemahiran dan pengalaman lain, maka mereka

terpaksa berniaga secara kecil-kecilan untuk menyara hidup keluarga.

Page 122: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

104

KEPENTINGAN

2

5%

40

95%

PENTING TIDAK PENTING

Rajah 4.3: Kepentingan Sektor Tidak Formal Dari Persepsi Peniaga

4.7 Analisis Pandangan Peniaga Terhadap Perkhidmatan PBT

Kesemua peniaga gerai dan penjaja yang menyewa premis MPAG

dikawasan yang terancang seperti di gerai Jalan Wisma Hj Hassan, perlu memiliki

lesen perniagaan. Namun, terdapat juga sebahagian perniagaan aktiviti tidak formal

iaitu gerai bergerak dan sementara di Jalan Lama, Masjid Tanah tidak mempunyai

lesen perniagaan. Ini disebabkan lokasi gerai dan penjaja tersebut dijalankan dalam

kawasan larangan yang tidak dirancang untuk perniagaan tidak formal. Dengan itu

untuk mengawal kegiatan sektor tidak formal yang tiada lesen ini, maka MPAG

berusaha merancang dan membina gerai-gerai baru untuk menempatkan semula

peniaga ke lokasi baru dan selamat. Melalui kajian borang soalselidik dan

pemerhatian secara tidak langsung, rata-rata pengusaha gerai menyatakan bahawa

pihak MPAG tidak menjalankan kerja pemantauan gerai-gerai tanpa lesen secara

menyeluruh di kawasan kajian. Terdapat sebahagian aduan peniaga mengatakan

aktiviti tidak formal tanpa kelulusan tidak dikenakan sebarang bayaran lesen

perniagaan. Walaubagaimanapun pihak MPAG perlu mengambil tindakan

mengenakan denda untuk memastikan penyewa gerai mematuhi peraturan yang

telah ditetapkan oleh Majlis.

Page 123: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

105

4.7.1 Pemeriksaan Lesen Perniagaan

Daripada kajian yang dijalankan, majoriti peniagaan gerai mengatakan

bahawa pihak MPAG melakukan pemeriksaan lesen dalam masa-masa tertentu.

Walaubagaimanapun sebanyak 25 responden atau 59.52% mengatakan kerap.

Manakala 11 responden atau 26.19 peratus mengatakan kadangkala. Jadual 4.7

menunjukkan pandangan peniaga tentang kerja pemeriksaan yang dilakukan oleh

pihak MPAG.

Jadual 4.7 Kekerapan Pihak MPAG Melakukan Pemeriksaan

Lesen Perniagaan Gerai Dan Penjaja

Kekerapan Responden Pemeriksaan

Bilangan %

Sangat Kerap 4 9.53

Kerap 25 59.52

Kadang Kala 11 26.19

Tidak Pernah 2 4.76

Jumlah 42 100

Responden merasakan pemeriksaan lesen perniagaan oleh MPAG adalah

kerap demi memastikan semua peniaga yang berada dikawasan tumpuan utama

bandar seperti di perhentian bas dan kawasan pasar Masjid Tanah memiliki lesen

perniagaan yang sah. Selain itu, ini dapat mengelakkan tapak petak perniagaan di

kawasan yang dikhaskan untuk perniagaan daripada disalahgunakan oleh pemilik

perniagaan.

Page 124: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

106

4.7.1.1 Tahap Pemahaman Peraturan Lesen Perniagaan

Analisis ini bertujuan untuk mengetahui setakat mana pemilik gerai atau

penjaja faham dengan peraturan yang berkaitan dengan pemilikan lesen perniagaan

yang ditetapkan oleh pihak MPAG. Daripada sejumlah 42 responden yang

disoalselidik, kesemua mengatakan bahawa mereka faham dengan peraturan yang

dikuatkuasa oleh pihak MPAG. Akan tetapi terdapat segelintir peniaga gerai yang

enggan mendapatkan lesen. Mereka memberi alasan tidak mendapat kebenaran

penggunaan tapak perniagaan yang sah dari pihak kerajaan atau agensi dan pemilik

atas tanah rizab tertentu. Namun secara amnya pihak MPAG dikatakan telah berjaya

melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cara memberi peringatan akan

kesalahan-kesalahan yang dikenakan kepada para peniaga yang menjalankan

perniagaan tanpa lesen yang sah di kawasan kajian.

4.7.1.2 Permohonan Lesen Dan Tempoh Yang Diambil

Analisis ini bertujuan untuk menentukan samada terdapat kesukaran peniaga

dalam urusan permohonan lesen perniagaan dari MPAG. Daripada hasil analisis

yang dijalankan sebanyak 22 responden peniaga (52.38%) mengatakan terdapat

masalah dalam permohonan lesen. Ini kerana mereka terpaksa menunggu lebih dari

4 bulan untuk mendapat lesen yang dipohon. Manakala 20 peniaga (47.62%)

mengatakan tidak menghadapi sebarang masalah. Jadual 4.8 dibawah menunjukkan

jawapan

J

Page 125: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

107

Jadual 4.8 Pendapat Peniaga Mengenai Masalah Tempoh Masa

Permohonan Lesen

Tempoh Masa Permohonan Lesen Permohonan

( Bulan )

1-2 2-4 > 4

Tiada

Mohon

Masalah

Memohon

Lesen

Bil % Bil % Bil % Bil %

Jumlah

Ya 0 0 5 27.78 14 100 3 100 22

Tidak 7 100 13 72.22 0 - 0 20

Jumlah 7 100 18 100 14 100 3 100 42

Pihak responden yang mengatakan kesukaran memenuhi syarat untuk

mendapatkan lesen sebenarnya bukan masalah berkaitan dengan permohonan lesen

pihak MPAG. Alasan yang responden kemukakan ialah mereka terpaksa

mendapatkan kebenaran lot perniagaan gerai dan penjaja tempat berniaga sebelum

boleh memohon lesen perniagaan. Bagi peniaga yang tidak menghadapi sebarang

masalah majoritinya adalah mereka yang menyewa premis gerai Majlis dan

sebahagiannya telah pun terlibat dalam aktiviti perniagaan sekian lama di gerai

sendiri.

Berdasarkan kepada kaitan antara permohonan dan jangka masa

permohonan lesen perniagaan didapati sebilangan besar peniaga mendapatkan lesen

perniagaan dalam tempoh 2 hingga 4 bulan iaitu sebanyak 18 peniaga, kurang dari 2

bulan sebanyak 7 pengusaha dan dalam tempoh melebihi 4 tahun melibatkan

sejumlah 14 pengusaha. Manakala peniaga yang tiada mendapat lesen walaupun

membuat permohonan adalah 3 peniaga kerana tapak perniagaan tidak dibenarkan

untuk berniaga tetapi tidak diambil kira oleh peniaga. Akhirnya Majlis terpaksa

mengeluarkan denda kepada peniaga tersebut setiap bulan.

Page 126: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

108

4.7.2 Kawalan Kebersihan

Bahagian ini membincangkan peranan MPAG dalam mengawal dan

menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan kebersihan kawasan perniagaan

gerai dan penjaja dalam kawasan pentadbirannya. Hasil analisis ini dapat

menerangkan tahap perlaksanaan dan peranan yang dimainkan oleh MPAG sebagai

sebuah penguasa tempatan yang dipertanggungjawabkan.

4.7.2.1 Kekerapan Pemeriksaan Kebersihan Gerai/ Penjaja

Analisis ini bertujuan untuk melihat samada pihak MPAG melaksanakan

peranannya sebaik mungkin melalui tindakan dan bukan hanya melalui kenyataan

bertulis sahaja. Daripada kaji selidik yang dijalankan, didapati bahawa secara purata

pihak MPAG melakukan pemeriksaan keatas premis gerai dan penjaja sekali dalam

masa satu bulan. Ini dapat dibuktikan melalui jawapan yang diberikan oleh

responden dengan bilangan 22 orang (52.39%) mengatakan sebulan sekali dan

sebanyak 10 orang atau 23.81% mengatakan pemeriksaan kebersihan di premis

perniagaan dilakukan sekali seminggu. Pemeriksaan yang dilakukan ini termasuklah

kebersihan ruang makan/ meja jualan dan penyediaan makanan/ minuman.

Kekerapan MPAG melakukan pemeriksaan mengikut lokasi kawasan kajian

itunjukkan dalam Jadual 4.9.

Page 127: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

109

Jadual : 4.9 Pecahan Pemeriksaan Kebersihan Mengikut Lokasi Gerai

KEKERAPAN PEMERIKSAAN

SEKALI

SEMINGGU

DUA KALI

SEMINGGU

> 3 KALI

SEMINGGU

TIDAK

PERNAH

LOKASI

GERAI

Bil % Bil % Bil % Bil %

Jalan Pasar

4 9.52 0 0 6 14.30 0 0

Jalan Besar

3 7.14 0 0 4 9.52 2 4.76

Jalan Lama

2 4.76 0 0 5 11.90 1 2.38

Jalan Wisma

Hj Hassan

5 11.90 5 11.90 0 0 0 0

Jalan IKS

1 2.38 0 0 2 4.76 2 4.76

Jumlah 15 35.72 5 11.90 17 40.48 5 11.90

4.7.2.2 Kekerapan Pelupusan Sampah/ Sisa

Pihak Majlis bertanggungjawab dalam segala urusan yang berkaitan dengan

pengurusan sampah dalam kawasan perniagaan gerai penjaja. Melalui analisis yang

dijalankan ini kekerapan sampah diangkut dapat diketahui. Jadual 4.10

menunjukkan kekerapan mengangkut sampah/ sisa oleh MPAG. Daripada 42 orang

responden peniaga, didapati sebanyak 16 responden atau 38.10% mengatakan

bahawa sampah/ sisa diangkut seminggu sekali. Manakala sebanyak 10 peniaga

atau 23.81% mengatakan sampah diangkut 3 kali seminggu dan 6 orang responden

yang mengatakan 2 kali dalam masa seminggu.

Page 128: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

110

Jadual 4.10: Kekerapan Sampah Diangkut Dalam Kawasan Gerai Dan

Penjaja

Kekerapan Mengangkut

Sampah Bilangan Responden

Peratusan

( % )

Sekali Seminggu 16 38.1

Dua Kali Seminggu 6 14.28

3 Kali Seminggu 10 23.81

> 3 Kali Seminggu 0 0

Tidak Pernah 10 23.81

Jumlah 42 100

Sumber : Kaji soal selidik, 2007

Terdapat 10 orang responden mengatakan bahawa pihak MPAG tidak

pernah memberi perkhidmatan sampah kepada lokasi perniagaan mereka. Mereka

menguruskan pelupusan sendiri dengan mengangkut ke pusat pembuangan sampah

yang di letakan sejauh 500 meter dari tempat perniagaannya. Walau bagaimanapun,

dakwaan responden terhadap tindakan pihak MPAG itu disebabkan oleh responden

bukan merupakan pembayar lesen. Mereka yang terlibat adalah peniaga-peniaga

yang berniaga tanpa kelulusan kebenaran merancang oleh pihak MPAG.

Melalui kesimpulan yang dibuat, berdasarkan pendapat responden yang

tertinggi pihak MPAG telah melaksanakan tugas-tugas menjaga kebersihan

kawasan gerai dan penjaja dikawasan yang dirancang seminggu sekali dan sampah

diangkut dari kawasan premis perniagaan tersebut. Walau bagaimanapun terdapat

tempat-tempat tumpuan utama bandar seperti gerai-gerai terletak dihadapan

perhentian bas Masjid Tanah sampah diangkut 3 kali dalam seminggu atas alasan

pihak MPAG ingin menjaga kualiti kebersihan dan persekitaran bandar.

Page 129: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

111

4.7.3 Kesalahan Peniaga Dan Jenis Kompaun Dari MPAG

Analisis ini bertujuan untuk mengetahui samada para peniaga gerai pernah

mendapat surat kompaun semasa menjalankan perniagaan mereka. Ini penting untuk

menunjukkan bagaimana pihak MPAG memainkan peranan terhadap pelanggaran

undang-undang, peraturan dan garis panduan oleh peniaga sektor tidak formal

(gerai dan penjaja). Rajah 4.4 menunjukkan jawapan yang diberikan oleh responden

yang pernah mendapat surat kompaun dari pihak MPAG.

4.7.3.1 Kesalahan Mematuhi Peraturan Kawalan

Daripada analisis secara puratanya, semua peniaga pernah melakukan

kesalahan semasa menjalankan aktiviti perniagaan. Daripada 42 orang responden,

didapati 35 responden atau 83.33% mengatakan pernah mendapat surat kompaun

atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.Walaubagaimanapun terdapat tujuh

responden yang mengatakan tidak pernah mendapat surat kompaun dari MPAG atas

sebab sikap peniaga sentiasa mematuhi arahan dan syarat-syarat permohonan lesen

yang ditetapkan oleh MPAG. Rajah 4.4 menunjukkan pecahan responden yang

pernah mendapat surat kompaun dari pihak MPAG.

35

83.33%

7

16.67%

PERNAH TIDAK PERNAH

Rajah 4.4 : Maklumbalas Peniaga Mengenai

Kesalahan Kompaun

Page 130: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

112

Berdasarkan analisis responden seperti dalam Rajah 4.5, responden yang

mengatakan pernah mendapat kompaun telah melakukan jenis kesalahan yang

berkaitan dengan kebersihan iaitu premis kotor, tiada lesen, tiada kelulusan permit

bangunan dan perniagaan yang menghalang lalulintas.

Sebahagian besar kesalahan yang dilakukan oleh peniaga sebanyak 19

peniaga atau 54.30% melakukan kesalahan tiada lesen, manakala sebanyak 9

responden atau 25.71% melakukan kesalahan kebersihan premis yang kotor.

Kekerapan kesalahan peniaga ditunjukkan dalam Rajah 4.5.

( 9 )

2 5.71%

( 19 )

54 .3 0 %

( 3 )

8 .57%

( 4 )

11.4 2 %

0

4

8

12

16

2 0

Kot or T iad a Lesen T iada Permit

B angunan

Halangan

Lalul int as

KESA LA HA N PEN IA GA

KEKER A P A N

B ILA N GA N

P EN IA GA

Rajah 4.5: Kekerapan kesalahan peniaga

4.8 Persepsi Peniaga Terhadap Kesesuaian Lokasi Baru

Analisis ini bertujuan untuk mengetahui samada para peniaga setuju dengan

penempatan lokasi atau kedudukan tapak baru mereka berniaga atau tidak. Ini

penting untuk menentukan samada pembinaan gerai dan penjaja ini yang akan

dirancang ini sesuai dari segi kemudahan, lokasi dan mengambilkira keperluan para

peniaga dalam kawasan itu.

Page 131: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

113

P EN D A P A T P EN IA GA

5

11.90%

37

88.10%

SET UJU T ID A K SET UJU

Rajah 4.6: Pendapat Peniaga Mengenai Kesesuaian Lokasi Baru

Daripada Rajah 4.6, sebahagian besar responden dengan bilangan 88.10%

bersetuju untuk berpindah ke lokasi baru dengan tawaran kadar sewa yang rendah

berbanding dengan kadar sewa premis gerai disediakan oleh pihak lain. Manakala

sebanyak 11.9% atau 5 responden sahaja mengatakan tidak setuju untuk berpindah

ke tempat lokasi baru walaupun kadar sewa dikenakan adalah rendah. Ini

disebabkan oleh mereka takut kehilangan pelanggan dan merasa selesa dengan

lokasi perniagaan sedia ada.

4.8.1 Keperluan Kemudahan Lokasi Baru Perniagaan

Tujuan analisis tapak ini dilakukan adalah untuk mengetahui keperluan

lokasi baru yang dipilih oleh MPAG perlu strategik dan dilengkapi dengan

kemudahan asas serta infrastruktur yang teratur. Responden memberi alasan

bahawa lokasi baru gerai mestilah tidak terlindung dari padangan bangunan di

depan atau terletak dalam kawasan ruang perniagaan yang tidak strategik.Selain itu,

mereka turut mengatakan kekurangan kemudahan tempat letak kereta juga boleh

membawa akibat berlakunya kekurangan pelanggan yang datang. Responden

menyarankan supaya kemudahan disediakan di tempat lokasi baru.

Page 132: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

114

Antara jenis keperluan kemudahan yang dicadangkan oleh peniaga gerai dan

penjaja adalah seperti yang berikut:-

a) Kemudahan Telefon Awam

b) Tempat Letak Kereta Selesa

c) Tanaman Pokok Hiasan ( Lanskap )

d) Lampu Jalan Ke Tapak Gerai / Penjaja

4.9 Cara Aduan Dan Tindakan Dari MPAG

Hasil analisis yang diperolehi mendapati bahawa kekerapan cara aduan

dilakukan adalah hampir seimbang kecuali diwakilkan melalui Ahli Majlis dengan

bilangan responden 10 orang (23.81%). 9.52% responden membuat aduan mereka

melalui Persatuan Peniaga dan Penjaja, melalui aduan kepada Jawatankuasa

Kampung dan Pegawai Majlis Perbandaran Alor Gajah. Manakala 4.77% pula

membuat aduan dengan cara kaunter aduan MPAG. Daripada hasil analisis yang

dijalankan sebanyak 8 responden dengan bilangan peratusan 19.05% membuat lain-

lain aduan secara surat aduan kepada pentadbiran MPAG. Responden didapati lebih

gemar membuat aduan melalui Ahli Majlis dan mengemukakan surat aduan kerana

kedudukan pejabat MPAG adalah tertentu jauh dari kawasan kajian iaitu sejauh 18

km dari Bandar Baru Masjid Tanah. Jadual 4.11 menunjukkan jawapan yang

diberikan oleh responden.

Berdasarkan kepada pendapat tersebut, pihak MPAG akan mengambil

tindakan terhadap segala aduan yang dilaporkan dengan membuat pemeriksaan dan

siasatan yang perlu untuk mengatasi segala masalah.

Page 133: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

115

Jadual 4.11 : Cara Aduan Responden

Bilangan Yang Tidak Membuat Aduan = 10 orang @ 23.81%

4.10 Analisis Latarbelakang Pengunjung

Kajian sosial pengunjung ini adalah mengambilkira dari segi kategori,

bangsa, kerakyatan, jantina, umur, pekerjaan, pendapatan bulanan dan jarak tempat

tinggal dari lokasi perniagan dan kekerapan berkunjung. Keadaan sosial pengunjung

perlu diketahui bagi mengetahui latarbelakang pengunjung yang berada di kawasan

kajian.

4.10.1 Kategori Pengunjung Dan Status Warganegara

Kategori pengunjung dibahagikan kepada 4 jenis iaitu individu, bersama

rakan, bersama keluarga dan rombongan. Hasil daripada kajian, mendapati majoriti

pengunjung di kawasan kajian adalah warganegara Malaysia iaitu diterima

sebanyak 30 soalselidik dengan jumlah bilangan peratus sebanyak 88.23%.

Cara Aduan Kekerapan

( Responden ) Peratusan( % )

Persatuan Peniaga dan

Penjaja

4 9.52

Ahli Majlis 10 23.81

JKK Kawasan 4 9.52

Pegawai MPAG 4 9.52

Kaunter Aduan MPAG 2 4.77

Lain-lain (saluran) 8 19.05

Jumlah 32 76.19

Page 134: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

116

Bilangan pengunjung yang paling sedikit adalah warganegara asing yang

menetap tetap iaitu dengan bilangan 4 orang responden yang bersamaan dengan

bilangan peratus 11.77%.

Secara keseluruhan, respoden yang menjalani soalselidik ini merupakan

responden yang berkunjung bersama keluarga dengan bilangan 17 responden yang

bersamaan dengan 50.0% manakala 32.35% bagi responden yang berkunjung secara

individu. Hanya 17.65% sahaja yang berkunjung bersama rakan. Ini dapat dilihat

hasil analisis kaedah ’crosstabs ’ di Jadual 4.12.

Jadual 4.12 : Kategori Dan Taraf Warganegara

Bilangan dan Taraf

Kerakyatan

Jumlah Responden

Kategori

Pengunjung

Msia Asing Bil %

Individu 8 3 11 32.35

Bersama Rakan 6 0 6 17.65

Bersama

Keluarga 16 1 17 50.00

Rombongan 0 0 0 0.00

Jumlah 30 4 34 100

4.10.2 Bangsa Dan Jantina Pengunjung

Hasil daripada soalselidik yang djalankan keatas 34 orang pengunjung,

daripada jumlah tersebut 91.17% adalah berbangsa Melayu, 8.82% berbangsa Asing

(Indonesia) dan tiada pengunjung berbangsa Cina dan India. Keadaan ini adalah

kerana majoriti perniagaan gerai dan penjaja diusahakan oleh orang Melayu dan

jenis makanan tidak sesuai dengan selera bangsa lain.

Page 135: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

117

Sementara itu, bilangan responden lelaki dan perempuan mempunyai jumlah

bilangan yng hampir seimbang iaitu 55.88% bagi respoden lelaki manakala 44.12 %

bagi respoden perempuan. Keterangan lanjut berkenaan bangsa dan jantina

pengunjung di kawasan kajian ditunjukkan di dalam Jadual 4.13.

Jadual 4.13 Bangsa Mengikut Jantina

Sumber : Kajian Soal selidik, 2007

4.10.3 Umur Dan Tempat Tinggal

Jadual 4.14 menunjukkan kategori umur pengunjung dibahagikan kepada 4

bahagian iaitu 25 hingga 30 tahun, 31 hingga 45 tahun, 46 hingga 55 tahun dan

lebih dari 56 tahun. Hasil daripada kajian mendapati respoden mempunyai

kedudukan status umur yang hampir seimbang bilangannya iaitu 35.30% bagi

responden berumur 25 hingga 30 tahun, manakala 32.35% bagi responden yang

telah berumur 31 hingga 45 tahun dan berumur 46 hingga 55 tahun. Tiada sebarang

responden mempunyai status umur melebihi 56 tahun. Pengunjung disekitar

kawasan kajian kebanyakannya merupakan pengunjung yang tinggal dari Alor

Gajah dengan bilangan peratus sebanyak 61.76%.

Jantina Bangsa

Lelaki Perempuan Jumlah

Melayu 16 15 31

Cina 0 0 0

India 0 0 0

Lain-lain 3 0 3

Jumlah 19 24 34

Page 136: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

118

Ini disebabkan kawasan kajian adalah di kawasan bandar baru bagi Mukim

Masjid Tanah. Walaubagaimanapun, terdapat responden yang berkunjung datang

dari luar Alor Gajah kerana mereka bekerja di sekitar kawasan kajian tetapi

menetap diluar kawasan Alor Gajah iaitu tinggal di daerah Melaka Tengah.

Jadual 4.14: Umur Dan Tempat Tinggal Responden

4.10.4 Pekerjaan Dan Pendapatan Responden

Pengunjung di kawasan kajian kebanyakannya terdiri dari kakitangan sektor

swasta dan sektor awam dengan jumlah bilangan yang hampir seimbang iaitu 41.17

peratus bagi responden yang bekerja di sektor kerajaan manakala 38.23 peratus bagi

responden yang bekerja di sektor swasta.

Hanya 11.76 peratus yang bersamaan dengan 4 orang responden yang

bekerja sendiri iaitu pembantu pertukangan dan pekerja binaan. Sementara itu

majoriti bilangan responden yang berkunjung mempunyai pendapatan yang

melebihi RM1,000 keatas. Keadaan ini adalah kerana mereka adalah pekerja sektor

swasta dan awam yang mendapat perkhidmatan makanan dan keperluan barangan

harian dari perniagaan tidak formal. Ini dapat dilihat dari Jadual 4.15.

Bilangan Dan Tempat

Tinggal Responden

Umur

(Tahun)

Alor Gajah Luar Alor Gajah

Jumlah

25 hingga 30 9 3 12

31 hingga 45 5 6 11

46 hingga 55 7 4 11

56 keatas 0 0 0

JUMLAH 21 13 34

Page 137: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

119

Jadual 4.15: Pendapatan Responden Mengikut Status Pekerjaan

Bilangan Responden Mengikut Pendapatan

Status

Pekerjaan

< RM500

RM501-

RM1000

RM1001-

RM1500

>RM1500

Jumlah

Pelajar

2

0

0

0

2

Sektor Awam

0

2

7

5

14

Sektor Swasta

0

0

4

9

13

Pesara

0

0

1

0

1

Lain-lain

0

2

2

0

4

Jumalah

2

4

14

14

34

4.10.5 Kekerapan Kunjungan Pengunjung

Analisis ini bertujuan untuk mengetahui sama ada pengunjung pernah

berkunjung ke tempat-tempat perniagaan gerai dan penjaja di kawasan kajian.

Daripada analisis yang dijalankan sebanyak 28 pengunjung (82.35 peratus)

mengatakan pernah berkunjung, manakala 6 peniaga (17.65 peratus) mengatakan

pertama kali berkunjung ke gerai tersebut. Rajah 4.7 dibawah menunjukkan

jawapan yang diberikan oleh pengunjung.

KEKER A P A N KUN JUN GA N

10

9

69

P ER T A M A KA LI 2-5 KA LI 6-10 KA LI LEB IH 10 KA LI

Rajah 4.7: Kekerapan Kunjungan Pengunjung

Page 138: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

120

4.11 Analisis Pandangan & Persepsi Pengunjung Terhadap Kepentingan

Perniagaan Sektor Tidak Formal

Kajian ini melibatkan aspek tujuan kunjungan, jarak dan keselesaan tempat

perniagaan yang dikunjungi, sebab-sebab kunjungan, tahap bilangan kemudahan

sediada dan kewajaran PBT menyediakan tambahan ruang tidak formal. Analisis

tentang masalah yang dihadapi oleh pengunjung juga dilakukan oleh PBT dalam

merancang pembangunan sektor tidak formal. Pandangan dan masalah pengunjung

ini dapat menjawab persoalan yang dinyatakan dalam objektif kedua kajian.

4.11.1 Tujuan Kunjungan

Hasil analisis dalam Jadual 4.16, mendapati bahawa majoriti responden iaitu

97% mengatakan tempat-tempat yang dikunjungi adalah tidak selesa dan tidak

selamat. Melalui analisis menggunakan kaedah frequencies atau kekerapan, tujuan

utama kunjungan responden adalah untuk membeli makanan (55.88%) dan diikuti

dengan keperluan peribadi (44.12%). Maksud keperluan peribadi disini adalah

untuk tujuan mengisi masa lapang dengan bersembang, bersiar dan berhibur.

Terdapat 4 responden (11.80%) menggunakan perkhidmatan sektor tidak formal

untuk tujuan mendapatkan keperluan harian.

Berdasarkan hubungkait antara jarak tempat tinggal pengunjung dengan

tujuan kunjungan, didapati 35.30 peratus pengunjung yang tinggal antara 1.00 km

ke 2.0 km dari gerai mengunakan perkhidmatan gerai dan penjaja bagi tujuan

membeli makanan. Manakala bagi tujuan bersembang, bilangan peratus responden

berkunjung pada jarak yang sama adalah sebanyak 17.65%.

Page 139: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

121

Jadual 4.16: Tujuan Kunjungan Mengikut Jarak

Jarak

Tujuan

Lingkungan ½

km

Lingkungan

1.0 km hingga

2.0 km

> 2.0 km

Jumlah

Pengunjung

Bersembang 0 6 2 8

Bersiar-siar 0 0 2 2

Berhibur 1 0 0 1

Membeli

Keperluan Harian

0 3 1 4

Membeli

Makanan

4 12 3 19

Lain-lain 0 0 0 0

JUMLAH

5

@14.71%

21

@61.77%

8

@23.52%

34

@100.0%

Analisis ini adalah bertujuan melihat sebab-sebab pengunjung berkunjung

ke gerai untuk mendapatkan keperluan mereka. Ini bertujuan untuk melihat

kepentingan sebenar kunjungan pengunjung mendapatkan keperluan yang

ditawarkan bagi perniagaan sektor tidak formal. Daripada kaji selidik yang

dijalankan di dapati bahawa secara purata, pengunjung lebih berminat mendapatkan

barangan keperluan di sektor perniagaan gerai atas alasan tawaran barangan yang

lebih murah. Ini dapat dibuktikan melalui jawapan yang diberi oleh pengunjung

iaitu sebanyak 52.94% (18 responden).

Page 140: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

122

Jadual 4.17: Alasan Pengunjung Terhadap Perkhidmatan Sektor

Tidak Formal

Sebab Keperluan Bilangan Pengunjung Peratusan

Murah 18 52.94

Mudah Sampai 6 17.65

Pelbagai Jualan 10 29.41

Ceria 0 0.0

Jumlah 34 100

Daripada Jadual 4.17, terdapat sebanyak 29.41% pengunjung mendapatkan

keperluan barangan yang ditawarkan untuk mendapat keperluan pelbagai jualan

barangan. Manakala 17.65% responden pula mengatakan perkhidmatan mudah

sampai untuk mendapat keperluan barangan yang dikehendakki. Namun begitu,

tiada pandangan dan keperluan dari pengunjung yang memerlukan keceriaan

kawasan perniagaan di sektor tidak formal dalam bandar.

4.12 Persepsi Pengunjung Terhadap Kemudahan Sektor Tidak Formal

Senarai kemudahan ini adalah berdasarkan kepada keperluan yang dirasakan

oleh pihak pengunjung dalam premis perniagaan gerai dan penjaja. Analisis ini

bertujuan untuk menentukan samada bilangan kemudahan-kemudahan yang

disediakan mencukupi atau tidak. Daripada Jadual 4.18, rata-rata pengunjung gerai

mengatakan bahawa bilangan kemudahan asas yang sedia ada tidak mencukupi.

Page 141: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

123

Jadual 4.18: Persepsi Pengunjung Terhadap Kemudahan Sediada

Persepsi Pengunjung Maklumbalas Pengunjung

Cukup 0

Tidak Cukup 34

Jumlah 34

Berdasarkan Jadual 4.19 pula didapati bahawa bilangan kemudahan yang

disediakan tidak mencukupi dan belum memenuhi keperluan pengunjung.

Walaubagaimanapun sebanyak 12 orang pengunjung mengatakan kekurangan dari

aspek kemudahan seperti tandas dan saiz ruang yang sempit dan terhad untuk

keselesaan pengunjung. Perkara ini boleh mengakibatkan pengunjung merasa tidak

selesa dan selamat untuk terus berkunjung semula pada masa akan datang. Keadaan

ini berlaku disebabkan oleh sikap pihak MPAG yang tidak mengambilkira

keperluan semasa para peniaga dan juga pengunjung. Selain itu terdapat seramai 8

orang pengunjung mengatakan ketidakcukupan kemudahan ruang letak kereta di

tempat-tempat perniagaan yang dikunjungi mereka.

Jadual 4.19: Jenis Kemudahan Yang Perlu Di Tambah Mengikut Persepsi

Pengunjung

Senarai Keperluan

Kemudahan

Bilangan Pengunjung Peratusan

Bilik Air 12 35.29

Saiz Ruang 12 35.29

Ruang Letak Kereta 8 23.52

Hiasan Lanskap 2 5.9

Jumlah

34

100

Page 142: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

124

Perkara ini berlaku di sebabkan sikap peniaga gerai dan penjaja yang

meletakkan meja dan bangku di tepi jalan rizab dan tempat letak kereta dan

akibatnya pengunjung merasa tidak selamat untuk meletakkan kenderaan mereka

dan terpaksa mencari lokasi perniagaan lain atau meletakkan ditempat-tempat

awam yang kosong hingga menghalang pergerakan lalulintas di sekitar kawasan

perniagaan tersebut.

4.13 Analisis Tahap Persetujuan Pengunjung Tentang Kewujudan Masalah

Akibat Dari Perniagaan Sektor Tidak Formal

Dari Rajah 4.8 menunjukkan pandangan pengunjung mengenai masalah

perniagaan sektor tidak formal dalam kawasan kajian. Hasil analisis mendapati

bilangan yang bersetuju adalah sama banyak dengan bilangan yang tidak bersetuju.

Ini kerana ada yang berpandangan kegiatan ini diperlukan dan tidak mendatangkan

masalah kepada mereka. Namun tidak dinafikan ada dihalangan pengunjung yang

merasakan adanya masalah akibat dari kegiatan tidak formal.

(2)

5 .88%

(15)

44.12%

(17)

50%

(0)

0%

0

5

10

15

20

25

30

B ILA N GA N

R ESP ON D A N

(P EN GUN JUN G)

Sangat Setuju Setuju T idak Setuju Sangat T idak

Setuju

KA T EGOR I P EN D A P A T

Rajah 4.8: Tahap Persetujuan Pengunjung Tentang Kewujudan

Masalah Akibat Dari Kegiatan Sektor Tidak Formal

Page 143: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

125

4.14 Analisis Kewajaran PBT Menambah Bilangan Ruang Perniagaan Sektor

Tidak Formal

Analisis ini bertujuan untuk mengetahui adakah pihak PBT perlu menambah

bilangan ruang perniagaan sektor tidak formal dimasa hadapan, atau sebaliknya.

Rajah 4.9 menunjukkan pecahan pengunjung yang bersetuju dan tidak bersetuju

PBT menambah bilangan ruang perniagaan di bandar ini.

5

15%

29

85%

PERLU TIDAK PERLU

Rajah 4.9 : Pandangan Pengunjung Mengenai

Keperluan Menambah Ruang

4.11.2 Alasan Kunjungan Pengunjung

Daripada Jadual 4.20, menunjukkan alasan-alasan yang dikemukakan

supaya PBT tidak menambah bilangan ruang perniagaan tidak formal. Didapati

sebanyak 85.30 peratus pengunjung memberi pandangan kepada PBT agar tidak

perlu menambah bilangan ruang perniagaan sektor tidak formal, sebaliknya

responden yang mengatakan perlu menunjukkan bilangan peratus 14.70 peratus

sahaja. Ini menunjukkan bahawa responden tidak berhasrat untuk menambah

bilangan kegiatan sektor tidak formal. Ini mungkin ada kaitan dengan masalah yang

dihadapi mereka. 23.53% responden memberi alasan penambahan bilangan boleh

membawa kesesakan lalulintas dan menjejaskan pemandangan sekitar.

Page 144: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

126

Manakala 14.70 peratus pula mengatakan boleh menjejaskan kebersihan dan

sampah sarap. Terdapat 2.94 peratus yang mengemukakan alasan ia menganggu

kesihatan dan kacauganggu bising. Selain dari itu, terdapat alasan lain yang

dikemukakan oleh pengunjung dimana penambahan boleh membawa persaingan

yang tinggi kepada peniaga kecil-kecilan dan penjaja. Namun cadangan yang

diperluakan pengunjung adalah penyelenggaraan gerai dan penjaja oleh PBT

terhadap gerai yang usang dan kotor.

Jadual 4.20: Alasan-alasan Pengunjung Yang Tidak Bersetuju Dengan

Tambahan Bilangan Ruang Gerai

Alasan Pengunjung

Jumlah Responden

Tidak Setuju

Jumlah

Peratus

Mewujudkan Sampah Sarap

5

14.70

Kacauganggu Bising

1

2.94

Kesesakan Lalulintas

8

23.53

Menganggu Kesihatan

1

2.94

Menjejaskan Pandangan

8

23.53

Lain-lain

6

17.65

Jumlah

29

85.29

4.15 Analisis Masalah Dalam Perniagaan Sektor Tidak Formal

Melalui borang soalselidik, didapati bahawa masalah utama yang dihadapi

oleh pengunjung dalam perniagaan sektor tidak formal dapat dikatakan melalui

kiraan metamatik mudah berdasarkan min skor dengan bantuan SPSS melalui

analisis deskriptif.

Page 145: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

127

Secara kiraan, jumlah skor mestilah dibahagi dengan jumlah responden

dimana ia boleh diperolehi dengan cara mendarabkan darjah kepuasan dengan skor.

Dengan itu, masalah yang wujud dapat dinilai melalui formula dibawah;

Min Skor = Jumlah Skor______________

Jumlah Pengunjung (Responden)

Min Skor yang diperolehi adalah seperti di Jadual 4.21

Setelah mendapat min skor, julat indeks perlu diperolehi untuk membahagikan

tahap masalah yang utama kepada empat darjah kepuasan iaitu paling serius, serius,

sederhana serius, kurang serius dan tidak serius. Oleh itu, perbezaan min skor boleh

didapati dengan menggunakan formula dibawah:-

Perbezaan Min Skor = Min Skor Tertinggi – Min Skor Terendah

Bilangan Kategori Skor

Jadual 4.21: Persepsi Pengunjung Berhubung Dengan Masalah Yang

Dihadapi

Masalah

Pengunjung

Skor

1

Skor

2

Skor

3

Skor

4

Skor

5

Jumlah

Skor

Purata

Skor

Kotor dan Tidak

Kemas

12

8

8

3

3

79

2.32

Pemandangan Yg

Tidak Menarik

6

14

8

5

1

81

2.38

Usang dan Tidak

Selamat

3

3

3

16

9

127

3.73

Gangguan

Kelancaran

lalulintas

4

8

9

6

7

106

3.12

Ruang Yang sempit

dan tidak selesa

8

6

3

2

15

112

3.29

Page 146: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

128

Untuk lebih jelas, ditunjukkan dalam penulisan bagi analisis ini bahawa min

skor tertinggi adalah 3.73, manakala min skor terrenda bersamaan dengan 2.32.

Darjah kepuasan adalah 5, maka min skor dihasilkan dengan pengiraan mengikut

formula diatas.

3.73 – 2.32 = 0.28

5

Nilai indeks yang diperolehi adalah 0.28. Seterusnya skala petunjuk ditentukan

dengan menggunakan julat nilai indeks. Skala petunjuk yang diperolehi adalah

seperti dalam Jadual 4.22

Jadual 4.22: Skala Petunjuk

Nilai Indeks

Skala Petunjuk

2.32 – 2.60

Tidak Serius

2.61 – 2.89

Kurang Serius

2.90 – 3.18

Sederhana Serius

3.19 – 3.47

Serius

3.48 – 3.76

Paling Serius

Hasil analisis dalam Jadual 4.23 menunjukkan masalah usang dan tidak

selamat berada pada tahap yang paling serius dengan min skor 3.73. Pengunjung

berpendapat masalah keselamatan peniaga dan pengunjung perlu diutamakan dan

keadaan premis perniagaan tidak formal berkeadaan sementara dan tidak mantap

binaannya serta terlalu lama.

Page 147: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

129

Jadual 4.23: Masalah-masalah Yang Dihadapi Pengunjung

Keterangan Masalah

Status Masalah

Usang dan Tidak Selamat

Paling Serius

Ruang Yang Sempit dan Tidak Selesa

Serius

Gangguan Kelancaran Lalulintas

Sederhana Serius

Pemandangan Yang Tidak Menarik

Tidak Serius

Kotor dan Tidak Kemas

Tidak Serius

Manakala min skor 3.29 bagi aspek ruang yang sempit dan tidak selesa yang

dilabelkan sebagai masalah serius. Bagi aspek gangguan kelancaran lalulintas

adalah tahap sederhana serius dengan min skor sebanyak 3.12 terutama bagi mereka

yang tinggal di kawasan bandar dan sekitarnya. Ini disebabkan keadaan tapak

perniagaan sediada adalah berhampiran dengan jalan utama dan sempit ke bandar.

Para pengunjung berpendapat masalah kotor dan tidak kemas adalah tahap

tidak serius dengan min skor sebanyak 2.32. Ini disebabkan mereka mementingkan

masakan yang sediakan di sesuatu gerai sedap dan murah serta mampu dibeli. Apa

yang diutamakan hanya masakan dan barangan yang dijual berkualiti dan disukai

mereka.

4.16 Analisis Keperluan Perniagaan Sektor Tidak Formal Mengikut

Keutamaan

Dalam keputusan untuk merancang pembangunan sektor tidak formal,

pelbagai aspek serta alternatif perlu dipertimbangkan oleh PBT supaya

pembangunan sektor tidak formal ini dapat memberi kepuasan yang sebaik mungkin

kepada peniaga dan juga pengunjung.

Page 148: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

130

Aspek keselamatan, rekabentuk, susunatur, kebersihan, kemudahan

sokongan, kualiti barangan, harga dan layanan mesra adalah diantara elemen yang

biasanya akan dipertimbangkan.

Kepentingan setiap elemen yang diambilkira adalah berbeza bagi setiap

pengunjung, bergantung kepada profil individu pengunjung terlibat. Dalam ertikata

lain, latarbelakang pengunjung membawa kesan langsung keatas perkhidmatan

sektor tidak formal. Sebagai contohnya golongan pengunjung yang mempunyai

tahap pendapatan yang tinggi akan lebih mementingkan kualiti, kebersihan dan

kemudahan supaya sektor tidak formal dapat menampilkan imej perbandaran yang

bersih dan indah.

Analisis dibuat berdasarkan senarai keutamaan min skor yang mana bagi

min skor terendah merujuk yang paling diberi keutamaan oleh para pengunjung.

Manakala min skor yang tinggi menunjukkan kurang diberi keutamaan. Daripada

analisis yang ditunjukkan di Jadual 4.24, didapati bahawa nilai min skor yang

paling diberi keutamaan adalah kemudahan asas dan kebersihan sekitar dengan

min skor masing-masing 2.47 & 2.53 dan nilai min skor yang kurang diberi

keutamaan adalah layan mesra dan harga dengan min skor antara 6.06 – 7.11.

Page 149: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

131

Jadual 4.24: Persepsi Pengunjung Terhadap Aspek Kepentingan Mengikut

Keutamaan Peniagaan Sektor Tidak Formal

Aspek

Kepentingan

Skor

1

Skor

2

Skor

3

Skor

4

Skor

5

Skor

6

Skor

7

Skor

8

Jumlah

Skor

Min

Skor

Keselamatan 5 4 6 5 5 0 5 4 143 4.20

Rekabentuk 1 0 3 8 10 9 2 1 168 4.94

Susunatur 2 3 1 4 11 10 3 0 163 4.79

Kebersihan

Sekitar

10 9 7 5 1 2 0 0 86 2.53

Kemudahan

Asas

9

12 8 1 2 1 1 0 84 2.47

Kualiti

Barangan

4

5 7 9 2 6 1 0 124 3.64

Layanan

Mesra

1

0 1 0 1 2 11 18 242 7.11

Harga 3

1 1 2 2 4 12 9 206 6.06

Jadual 4.25: Senarai Keutamaan Kepentingan Dalam Sektor Tidak Formal

Kepentingan Utama Jumlah Skor Min Skor

Kemudahan Asas 84 2.47

Kebersihan Sekitar 86 2.53

Kualiti Barangan 112 3.64

Keselamatan 143 4.20

Susunatur 163 4.79

Rekabentuk 168 4.94

Harga 206 6.06

Layan Mesra 242 7.11

Berdasarkan kedua-dua nilai ini perhitungan dibuat bagi mendapatkan

indeks. Nilai indeks diperolehi adalah 0.58. Seterusnya skala petunjuk ditentukan

dengan menggunakan julat nilai indeks. Berdasarkan kepada skala petunjuk diatas,

susunan senarai keutamaan aspek-aspek yang paling utama perlu diberi perhatian

oleh MPAG untuk menjamin kelancaran perniagaan gerai dan penjaja dan

keselesaan peniaga dan pengunjung di bandar ditunjukkan di dalam Jadual 4.25.

Page 150: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

132

4.17 Cadangan dan Pendapat Pengunjung

Aspek ini adalah melihat kepada cadangan daripada pengunjung itu sendiri

sama ada tahap perkhidmatan dan peranan yang dimainkan oleh pihak MPAG

adalah baik, memuaskan atau sebaliknya. Daripada pendapat yang diberikan oleh

peniaga dan pengunjung rata-rata mengatakan bahawa penyediaan perkhidmatan

dan kemudahan yang disediakan oleh MPAG adalah pada tahap memuaskan dan

menganggap masih ada masalah/kelemahan dari segi ketidakcukupan kemudahan

asas yang lengkap, tandas awam dan ruang letak kereta.

Walaubagaimanapun kekurangan perkhidmatan oleh pihak MPAG masih

boleh dipertingkatkan sekiranya pertimbangan aspek-aspek penting yang berkaitan

dengan perancangan aktiviti sektor tidak formal terutama yang berskala kecil diberi

perhatian. Dengan itu, bahagian soalan yang bertanyakan pendapat ini kurang

mendapat reaksi yang positif dari sebahagian pengunjung. Daripada kesemua

jumlah borang soalselidik yang diedarkan hanya 15 responden yang membuat

cadangan dan pendapat mengenai cara memperbaiki perniagaan tidak formal di

MPAG.

Daripada soalan borang soalselidik yang dikemukakan oleh responden,

pengkaji mendapati cadangan responden untuk memperbaiki perniagaan akrtiviti

perniagaan ini adalah dengan menyediakan kemudahan bilik air, saiz ruang dan

tempat letak kereta yang mencukupi. Selain itu MPAG perlu menjalankan

pemantauan dan pengawalan yang serius untuk membendung berlakunya masalah

yang dihadapi peniaga dan juga pengunjung.

4.18 Rumusan

Fenomena perniagaan sektor tidak formal secara berskala kecil oleh

kumpulan pengusaha dan penjaja tidak dapat dipisahkan di dalam kehidupan

masyarakat di Malaysia. Pada hakikatnya, walaupun peniaga gerai dan penjaja

Page 151: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

133

menghadapi masalah sampingan dalam aktiviti perniagaan tidak formal, namun

sektor ini masih tetap menjadi sumber pendapatan dan peluang perkerjaan yang

penting terutama bagi golongan penduduk yang tidak mempunyai pendidikan dan

kemahiran formal.

Pada keseluruhannya pihak MPAG sentiasa berusaha untuk memberikan

suatu perkhidmatan yang baik dan memuaskan selaras dengan keperluan

masyarakat pada masa kini yang semakin tinggi. Perkara ini memerlukan MPAG

melakukan suatu perubahan yang besar dalam perancangan dan kerja pemajuan di

dalam kawasan pentadbirannya. Dari analisis-analisis yang dijalankan, jelas

membuktikan bahawa perniagaan sektor tidak formal berskala kecil yang sedia ada

masih belum mencapai tahap memuaskan.

Terdapat keperluan kemudahan bekalan asas dan kemudahan awam seperti

tandas dan tempat letak kereta yang perlu disediakan dalam setiap pembinaan ruang

perniagaan sektor tidak formal. Jelas dinyatakan sektor tidak formal sememangnya

membawa masaalah kepada peniaga dan pengunjung. Ia berlaku hasil daripada

ketidaksempurnaan dan ketidakcekapan dalam perancangan dan pemajuan yang

dilakukan oleh MPAG. Selain dari itu kelemahan tindakan kawalan terhadap

setengah aktiviti perniagaan seperti gerai sementara dan beredar yang berada

berhampiran dengan jalan dan menghalang lalulintas serta mengancam keselamatan

pelanggan dan orang awam yang berkunjung ke lokasi berkenaan. Daripada hasil

analisis yang telah dijalankan, didapati tahap kawalan yang dilaksanakan oleh pihak

MPAG belum mencapai tahap yang memuaskan.

Walaupun kawalan telah dilaksanakan dengan baik, namun sikap pengusaha

yang mementingkan diri sendiri menghalang usaha MPAG untuk mewujudkan satu

identiti positif kepada peniaga-peniaga kecil dan premis aktiviti tidak formal.

Sebagai contohnya ialah dengan meletakkan meja dan kerusi sehingga di luar

bangunan gerai dan mengurangkan ruang tempat meletak kereta. Secara amnya,

bab ini menjelaskan mengenai tahap perkhidmatan dan perancangan serta pemajuan

MPAG dalam sektor tidak formal (gerai dan penjaja) yang dirasakan baik atau tidak

oleh responden peniaga dan pengunjung dalam urusan harian.

Page 152: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

134

Selaras dengan perbandaran daerah, pihak MPAG sentiasa berusaha untuk

memberikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan selaras dengan visinya

kearah ” Menjadikan Perbandaran Alor Gajah Koridor Ilmu, Tumpuan Rekreasi,

Bersih, Indah Dan Progresif.” Dengan adanya campur tangan MPAG, aktiviti

tidak formal boleh dikawal dan seterusnya dapat mewujudkan persekitaran kawasan

yang lebih bersih, indah dan teratur. Segala masalah yang dihadapi peniaga diterima

dan diberi perhatian walaupun tindakan yang diambil akan mengambil masa yang

lama.

Kajian analisis yang diperolehi didapati masalah yang dihadapi oleh

pengunjung-pengunjung adalah gerai usang dan tidak selamat. Selain dari itu

pengunjung merasakan ruang perniagaan sedia ada terhad dan agak sempit. Ini

menyukarkan pergerakan pengunjung terutama ketika waktu orang ramai

berkunjung. Kekurangan tempat letak kereta bagi pengunjung yang berkereta ke

lokasi perniagaan gerai.

Oleh itu mereka terpaksa meletak kereta di sepanjang jalan yang

berhampiran dengan kawasan gerai. Perkara ini menyebabkan berlakunya gangguan

kelancaran lalulintas. Selain dari itu pengunjung perlu mengambilkira keperluan di

dalam penyediaan pembangunan sektor tidak formal. Antara keperluan yang

dikemukakan pengunjung adalah kemudahan asas, kebersihan premis dan kualiti

barangan ditawarkan. Walauapapun perancangan yang dilakukan oleh pihak MPAG

sebenarnya perlu mengambilkira kepentingan awam bagi mengelakkan aktiviti tidak

formal berkembang tanpa perancangan dan kawalan hingga menyebabkan

berlakunya pelbagai masalah di bandar atau kawasan pertumbuhan lain. Sekiranya

MPAG gagal menimbangkan segala keperluan peniaga gerai yang bermasalah

maka usaha-usaha pihak MPAG untuk menempatkan semula peniaga ke lokasi

baru kadang-kala berlaku kerugian dan tiada sambutan.

Hal ini sedikit sebanyak mampu menjejaskan keadaan perniagaan kawasan

kajian samada dari segi aspek keselamatan mahupun kepercayaan terhadap

kemampuan MPAG. Adalah dirasakan amat perlu bagi pihak MPAG sentiasa

menjalankan perancangan teratur bagi aktiviti perniagaan sektor tidak formal dan

Page 153: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

135

kawalan yang berterusan agar kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan dapat

digunapakai dan dimanfaatkan sebaiknya oleh peniaga mengikut fungsi dan

keperluannya bagi membentuk kualiti imej persekitaran yang bersih dan seimbang.

Oleh yang demikian, pihak MPAG perlu memperbaikki segala kelemahan yang

wujud terutama sekali masalah yang menghalang aktiviti sektor tidak formal

dipergiatkan agar pengunjung mendapat hak penggunaan mereka dengan

sewajarnya.

Page 154: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Setelah penemuan dan hasil analisis diperolehi, bab akhir ini akan merumuskan

segala hasil kajian berhubung dengan objektif yang ingin dicapai dan seterusnya

merangka cadangan-cadangan yang boleh dipraktikkan oleh pihak pentadbiran MPAG

dalam usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan kemudahan

yang difikirkan sesuai untuk keselesaan peniaga dan orang ramai dalam kawasan

pentadbirannya. Pendekatan-pendekatan yang akan dicadangkan adalah berdasarkan

rumusan mengenai kepentingan sektor perniagaan tidak formal dan perlaksanaan

penguatkuasaan kawalan serta garispanduan perancangan kegiatan sektor tidak formal

seperti mana yang telah dibincangkan dalam Bab Tiga dan juga Bab Empat.

Pendekatan-pendekatan yang dicadangkan ini menekankan kepada aspek kepentingan

sektor tidak formal dan langkah-langkah yang sesuai dilaksanakan oleh MPAG untuk

menggalakkan lagi perkembangan kegiatan sektor perniagaan tidak formal. Ini

termasuk dari aspek sistem perancangan, pengawalan dan penguatkuasaan yang perlu

dilakukan terhadap kegiatan sektor tidak formal.

Page 155: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

Selain itu juga, penulis turut menyatakan masalah-masalah yang dihadapi

sepanjang menjalankan kajian ini. Cadangan tajuk-tajuk kajian lanjutan kepada

pengkaji yang lain untuk meneruskan pengkajian yang bakal menyentuh tajuk yang

berkaitan turut dinyatakan di dalam kajian ini. Di akhir kajian penulisan ini, penulis

juga telah membuat kesimpulan mengenai keseluruhan kajian ini.

5.2 Rumusan dan Penemuan Kajian

Setelah melalui beberapa peringkat kajian seperti yang dinyatakan di dalam

metodologi kajian, maka dapatlah disimpulkan bahawa ketiga-tiga objektif yang ingin

dicapai telah diperolehi oleh penulis. Penemuan kajian, diterangkan seperti berikut:-

5.2.1 Pencapaian Objektif Pertama

Hasil dari analisis yang dijalankan mendapati bahawa aktiviti sektor perniagaan

tidak formal mempunyai kepentingannya kepada peniaga dan juga pengunjung. Ini

bermakna kewujudannya adalah penting dan perkembangannya adalah digalakkan.

Berdasarkan penemuan yang diperolehi dari analisis yang dijalankan pada Bab Empat

mendapati bahawa kebanyakan peniaga dan pengunjung bersetuju supaya

perkhidmatan sektor perniagaan tidak formal ini di kekalkan di kawasan mereka.

Kebanyakan peniaga dikawasan kajian mengatakan keperluan sektor

perniagaan dengan alasan sektor ini mudah diceburi dan mereka dapat menambah

peluang pendapatan. Dari pandangan pengunjung pula, sektor ini sememangnya

menyediakan perkhidmatan yang murah dan mudah kepada orang ramai. Kebanyakan

mereka yang berkunjung bertujuan untuk membeli makanan dan bersembang dengan

keluarga ataupun rakan-rakan.

Page 156: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

Namun kewujudan perniagaan sektor tidak formal yang sedia ada perlu

diperbaharui atau dinaiktaraf dengan menyediakan lebih banyak kemudahan sokongan

seperti tong sampah, kemudahan tandas dan kemudahan pondok telefon demi

menjamin keselesaan, kebersihan dan keceriaan kepada peniaga dan pengunjung. Maka

dengan ini, kewujudan perniagaan sektor tidak formal di kawasan bandar yang tidak

teratur dan terancang tidak boleh diambil ringan. Pihak MPAG seharusnya memberi

pertimbangan terhadap keperluan peniaga dan pengunjung bagi membentuk suatu

perancangan terhadap kemudahan awam dan asas seperti ruang letak kereta, tandas dan

saiz ruang perniagaan gerai pada masa akan datang. Oleh itu langkah-langkah yang

wajar perlulah dipertimbangkan untuk mengwujudkan satu kawasan perniagaan gerai

dan penjaja yang sempurna, selesa dan selamat kepada masyarakat tempatan..

5.2.2 Pencapaian Objektif Kedua

Bagi objektif yang kedua pula, kajian telah mengenalpasti masalah-masalah

yang dihadapi oleh peniaga dan pengunjung yang menggunakan perkhidmatan sektor

perniagaan tidak formal. Pengumpulan borang soal selidik daripada 42 orang peniaga

dan 34 orang pengunjung dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis frekuensi,

analisis perskalaan likert dan analisis perjadualan silang sepertimana yang dijelaskan

dalam Bab Empat.

Penemuan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kemudahan sokongan

dan asas yang masih kekurangan dan ini sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti sektor

tidak formal ini. Ini disokong oleh pandangan pengunjung yang mengatakan antara

masalah yang dihadapi adalah gerai yang usang dan ruang niaga yang sempit serta

tidak selesa. Selain itu, pengunjung merasakan faktor keselamatan pelanggan perlu

diutamakan dalam perancangan pembangunan untuk perniagaan tidak formal

terutamanya di kawasan kajian, yang terletak berhampiran dengan jalanraya.

Page 157: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

Bagi peniaga pula, masalah yang ditimbulkan adalah kekurangan bilangan

tandas awam, kemudahan asas seperti bekalan air dan api dan tempat ruang letak kereta

yang tidak mencukupi.Kajian keatas peniaga dan pengunjung berhubung dengan

masalah yang dihadapi boleh dirumuskan sebagai berikut:-

i. Ketidakcukupan Ruang Untuk Aktiviti Penjaja

Masalah ini timbul akibat dari kurangnya ruang yang disediakan kepada

peniaga dan penjaja yang berminat untuk berniaga dengan modal yang kecil. Ini

menyebabkan mereka memilih tempat-tempat penjajaan mengikut kehendak mereka

tanpa menghiraukan masalah yang bakal yang wujud seperti halangan lalulintas.

Keadaan ini boleh dilihat di Jalan Wisma Haji Hasan, Bandar Baru Masjid Tanah dan

Jalan Besar Bandar Baru Masjid Tanah.

ii. Tiada Kemudahan Tempat Letak Kereta Yang Mencukupi

Aktiviti sektor tidak formal khususnya gerai dan penjaja sering dikaitkan

dengan masalah tempat letak kereta yang tidak mencukupi. Dalam konteks ini, peniaga

dan pengunjung sering memilih tempat yang menjadi tumpuan dan laluan orang awam

seperti di bahu-bahu jalan berhampiran stesen bas, kawasan lapang berhampiran

kawasan perniagaan kedai dan kawasan perumahan. Keadaan ini dapat dilihat di Jalan

Pasar Masjid Tanah dan Jalan IKS Bandar Baru Masjid Tanah. Hasil kajian mendapati

keadaan tersebut mengakibatkan perkara-perkara seperti menghalang atau

menyempitkan laluan kenderaan, memburukkan pemandangan dan sebagainya.

iii. Kekurangan Kemudahan Asas dan Sokongan Di Tapak Yang Telah

Diluluskan

Diantara masalah kemudahan asas yang sering dihadapi oleh peniaga dan

penjaja adalah masalah bekalan air, penyediaan tempat pembasuhan pinggan mangkuk

Page 158: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

yang tidak bersih dan keadaan longkang yang tidak sempurna. Hasil kajian

menunjukkan kawasan kajian menghadapi masalah bekalan air kerana ketiadaan

kemudahan yang sempurna. Secara tidak langsung keadaan sedemikian boleh

menjejaskan keadaan persekitaran fizikal kawasan kajian. Ini akan mengakibatkan

wujudnya kesan-kesan negatif seperti masalah kesihatan dan kebersihan.

iv. Bangunan Yang Usang Dan Tidak Selamat

Keadaan dan bentuk gerai merupakan faktor penting dalam aktiviti peniagaan

aktiviti tidak formal. Gerai yang usang dan tidak seragam digunakan oleh peniaga ini

memperlihatkan satu pemandangan yang buruk ditambah dengan keadaan bahan

struktur binaan yang buruk dan mewujudkanan penampilan yang tidak menarik.

Keadaan ini lebih menonjol apabila dalam satu kawasan peniagaan gerai dan

penjaja dapat dilihat percampuran antara gerai yang dihias dengan baik, menggunakan

bahan yang ditetapkan baik dengan gerai-gerai yang usang. Keadaan gerai yang usang

dan tidak seragam seperti di Jalan IKS Masjid Tanah dan Jalan Besar Masjid Tanah

yang membelakangkan jalan telah menimbulkan masalah kebersihan.

Bersesuaian dengan objektif kedua ini, kekurangan kemudahan dan keadaan

bangunan yang usang ini telah menjejaskan peranan MPAG dalam aspek pengurusan

dari aspek kawalan lesen, kawalan kebersihan, perancangan kawasan tapak dan

penyediaan lokasi perniagaan serta kemudahan sokongan.

Segala keperluan yang dinyatakan oleh peniaga dan pengunjung ini bergantung

kepada keupayaan MPAG dari aspek kewangan, kepakaran kakitangan, sikap perkerja,

maklumat lesen peniaga yang terkini dan kerjasama dari peniaga dan agensi kerajaan

yang lain. Dalam menggalakkan perkembangan perniagaan sektor tidak formal, segala

keperluan kemudahan yang menjadi keutamaan kepada peniaga perlu disediakan oleh

MPAG pada masa akan datang.

Page 159: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

5.2.3 Pencapaian Objektif Ketiga

Objektif ketiga dicapai dengan menganalisis persepsi peniaga dan pengunjung

terhadap kemudahan fizikal sektor perniagaan tidak formal. Berdasarkan analisis kajian

yang dijelaskan dalam Bab Empat, didapati bahawa kebanyakan peniaga dan

pengunjung masih tidak berpuashati dengan tahap kemudahan yang ada di tempat

gerai. Kebanyakan kemudahan awam seperti tandas tidak disediakan oleh Majlis atau

pihak pemilik sendiri. Walaubagaimanapun kemudahan ini boleh didapati di kompleks

medan selera yang disediakan oleh Majlis pada masa ini.

Kemudahan yang tidak mencukupi seperti tandas dan saiz ruang perniagaan

serta tempat letak kereta telah mempengaruhi keinginan pengunjung untuk berkunjung

ke tempat sektor perniagaan tidak formal. Kebanyakan pengunjung juga memberi

pandangan bahawa pihak MPAG perlu memberi keutamaan kepada aspek kemudahan

asas dan kebersihan. Walaubagaimanpun jika dilihat kepada analisis tahap keutamaan

keperluan perniagaan sektor tidak formal, didapati pengunjung berpendapat bahawa

rekabentuk, harga dan layan mesra adalah tidak penting dan kurang utama. Apa yang

penting adalah barangan berkualiti, sedap dan murah.

Pada hakikatnya, pengunjung amat memerlukan kemudahan asas dan sokongan

maka seharusnyalah pihak MPAG mengutamakan perkara tersebut kerana ia akan

memberi manfaat bukan sahaja kepada pengunjung malah pihak peniaga sendiri. Oleh

itu MPAG perlu memperbaiki kelemahan yang wujud terutama sekali masalah yang

menghalang perkembangan aktiviti perniagaan tidak formal agar pengunjung dapat

menikmati perkhidmatan yang sempurna dan sewajarnya.

Page 160: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

5.3 Cadangan kepada perkembangan sektor tidak formal

Berdasarkan kepada masalah-masalah dan persepsi peniaga dan pengunjung,

beberapa cadangan dikemukakan dalam menggalakkan lagi perkembangan sektor

perniagaan tidak formal bagi mengimbangi pembangunan yang hendak dilaksanakan

untuk kebaikan kepada peniaga dan penduduk sekitar, khususnya di kawasan kajian.

Cadangan ini boleh diambilkira dalam membentuk strategi untuk menggalakkan sektor

tidak formal di kawasan kajian.

5.3.1. Kawalan Terhadap Kualiti Dan Pertumbuhan Gerai Penjaja

Sebagaimana yang dikenalpasti daripada analisis kajian ini, kawalan terhadap

peniaga gerai dan penjaja masih lagi longgar. Kawalan diperlukan bukan bermaksud

untuk menghalang peniaga dan penjaja daripada beroperasi. Sebaliknya kawalan ini

bertujuan untuk memastikan aktiviti perniagaan gerai penjaja dijalankan selaras dengan

piawaian kesihatan dan perancangan yang telah ditetapkan.

Antara langkah-langkah yang sesuai dan boleh dipraktikkan dalam usaha untuk

memastikan perkembangan yang teratur kepada sektor tidak formal adalah seperti

berikut:-

a) Mengeluarkan Lesen Secara Terpilih

Dalam usaha mengawal kualiti penjaja didalam kawasan kajian khasnya,

pengeluaran lesen secara terpilih boleh dipraktikkan memandangkan tindakan

memberhentikan pengeluaran lesen secara mendadak adalah kurang sihat. Antara

kriteria yang dapat digunakan adalah seperti berikut :-

Page 161: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

i) Kegagalan peniaga dan penjaja gerai yang gagal menjaga kebersihan gerai dan

persekitaran kawasan berniaga serta melanggar syarat perniagaan menjaja, tidak

akan diperbaharui lesennya untuk tahun yang berikutnya.

ii) Bilangan lesen yang akan dikeluarkan adalah berasaskan kepada bilangan

optimal yang ditetapkan.

b) Memastikan Sistem Maklumat Peniaga Penjaja Y ang Sistematik Dan

Kemaskini

Penyediaan satu sistem maklumat peniaga gerai dan penjaja yang sistematik dapat

membantu pihak tertentu dalam mengenalpasti perkembangan kegiatan sektor

perniagaan tidak formal (gerai dan penjaja) dari segi lokasi dimana aktiviti penjaja

dijalankan, bilangannya, jenis kemudahan yang sedia ada dan corak kegiatan yang

dijalankan.

5.3.2 Mewujudkan Peniaga dan Penjaja Yang Berkualiti Dari Segi

Perkhidmatan Dan Persekitarannya

Masalah yang telah dikenalpasti melalui analisis kajian boleh diatasi menerusi

inisiatif penjaja sendiri dan usaha sedemikian seharusnya diberi galakan. Strategi yang

dapat diamalkan adalah menggalakkan peniaga gerai yang lesen dan tidak berlesen

berkemampuan untuk mempertingkatkan kualiti fizikal gerai dan perkhidmatannya.

Perkhidmatan yang diberikan oleh MARA dengan kerjasama PBT dan

perunding melalui Program Pembangunan Usahawan Mikro MARA-PBT dapat

membantu usahawan-usahawan mikro Bumiputra meningkatkan taraf ekonomi melalui

satu kaedah pemberian pinjaman membina kiosk gerai dengan kos yang rendah.

Page 162: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

Peniaga yang menyertai skim ini akan diberi kemudahan latihan dan

perkhidmatan bimbingan dan pengawasan dapat membantu para peniaga gerai dan

penjaja yang kurang mampu untuk beroperasi sebagai peniaga gerai tetap.

5.3.3 Merangka Strategi Perancangan Jangkapanjang Terhadap Kegiatan

Sektor Tidak Formal

Pihak MPAG perlu berkerjasama dengan Kerajaan Negeri dan agensi kerajaan

yang lain seperti UDA dan MARA untuk mewujudkan satu pelan jangkapanjang yang

mengandungi dasar dan polisi mengenai pembangunan sektor tidak formal. Kawasan

dalam pentadbiran Majlis perlu dianalisis bagi menentukan kawasan gunatanah yang

sesuai untuk tujuan perancangan kawasan pertumbuhan sektor ini pada masa akan

datang.

5.3.4 Menjadikan Kawasan Persekitaran Gerai dan Penjaja Sebagai Tarikan

Pelancong Ke Bandar

Kebanyakan kawasan gerai dan penjaja mempunyai persekitaran yang menarik

dan tempat tumpuan awam bandar seperti di rizab jalan, rizab lorong bangunan dan

simpang jalan. Namun kewujudan kegiatan ini boleh membawa tanggapan negatif

sebahagian pengunjung terhadap kawasan perniagaan tersebut. Pihak MPAG perlu

mengambil kira aspek kecantikan untuk kawasan itu bagi menghidupkan suasana

persekitaran yang tenang dan selesa.

Selain itu kawasan perancangan yang khusus perlu dipilih untuk menonjolkan

kegiatan sektor tidak formal seperti gerai dan penjaja beroperasi dengan mengambilkira

kemudahsampaian pengunjung dan kawasan tapak serta menyediakan kepelbagaian

jenis makanan sebagai tarikan mengikut negeri di Malaysia.

Page 163: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

5.3.5 Pengurusan Kebersihan Yang Sistematik

Seperti yang ditekankan, pengurusan merupakan elemen yang penting dalam

memastikan kebersihan gerai dan penjaja dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pada

masa ini sistem pengurusan lebih tertumpu di lokasi gerai dan penjaja yang berlesen,

namun tahap kebersihan adalah memuaskan. Didapati MPAG menyediakan kemudahan

tong sampah do lokasi perniagaan, namun perletakan tong sampah adalah tidak sesuai

kerana ia di tempatkan berhampiran dengan kawasan gerai makanan.

Oleh itu, perancangan lokasi tempat membuang sampah yang teratur perlu

dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran gerai dan penjaja yang sentiasa dalam

keadaan yang bersih. Pemantauan yang lebih kerap di luar premis-premis gerai perlu

dilakukan supaya peniaga gerai sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

5.3.6 Mewujudkan Lokasi Tapak Di Bandar Sebagai Kegiatan Gerai dan

Penjaja Berpusat

Melalui kaedah ini pemantauan dan perancangan dalam kawasan tapak dapat

dilakukan kerana peniaga-peniaga diletakkan dalam satu kelompok yang boleh dikawal

dengan mudah. Selain itu kaedah ini juga dapat mengelakkan kegiatan tidak formal

dalam kawasan bandar yang tidak teratur dan bertaburan.

Walaubagaimanapun satu bentuk peraturan untuk mengawal kebersihan serta

masalah kesesakan lalulintas adalah diperlukan supaya kegiatan ini tidak mengganggu

aktiviti lain. Dengan itu, perkembangan sektor tidak formal dalam kawasan bandar juga

akan dapat meningkat seiring dengan perkembangan sektor formal.

Page 164: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

5.3.7 Mengambilkira cadangan dari pihak peniaga dan penjaja sendiri

Perancangan kearah pembangunan sektor tidak formal ini bukan hanya bersifat

sehala sahaja tetapi melibatkan interaksi antara PBT dengan peniaga atau penjaja yang

terlibat. Kaedah ini akan dapat membantu mewujudkan satu bentuk cadangan yang

lebih menyeluruh. Disamping dapat menjamin kelancaran pelaksanaan, kawalan dan

perancangan secara terbuka antara kedua-dua pihak dapat memastikan faktor sosial

diambilkira. Selain itu, perbincangan secara bersemuka akan dapat menyelesaikan

masalah peniaga dan mendedahkan mereka kepada kesedaran mengenai pentingnya

menjaga kebersihan dan pemandangan persekitaran

5.3.8 Mengambilkira cadangan garispanduan perancangan peniaga dan penjaja

Dalam proses perancangan penjaja, pelbagai aspek perlu diambilkira

terutamanya aspek perletakan. Perletakan penjaja perlu mengambilkira faktor-faktor

keselesaan, kemudahsampaian pelanggan, kebersihan, keselamatan, aliran lalulintas,

kepadatan ruang dalam saiz yang sesuai dan rekabentuk. Selain dari pada

pertimbangkan aspek-aspek lain yang memberi kesan kepada dayamaju perniagaan

penjaja perlu diambilkira. Kriteria untuk perletakan gerai atau penjaja adalah berbeza-

beza mengikut jenis aktiviti yang dijalankan. Oleh itu, kriteria perancangan yang

dicadangkan untuk perancangan gerai dan penjaja perlu mengambilkira faktor lokasi,

rekabentuk gerai, keluasan kawasan perniagaan gerai dan penjaja.

Perancangan untuk lokasi penjaja adalah penting memandangkan salah satu

daripada masalah yang dikenalpasti dari analisis yang dibuat ialah tempat penjajaan

yang berselerak dan tidak terancang. Ini adalah untuk mengelakkan penjajaan keatas

tempat-tempat awam dan menyebabkan kesan persekitaran fizikal. Oleh itu,

dicadangkan garis panduan perancangan bagi lokasi dengan mengambilkira aspek-

aspek berikut :-

Page 165: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

i) Berdekatan dengan jalan utama atau jualan sekunder di kawasan

bandar dan tidak menganggu aliran keluar masuk kenderaan.

ii) Mempunyai tempat letak kereta yang berdekatan dan mencukupi

iii) Menyediakan kemudahan asas yang mencukupi termasuk tandas awam

iv) Menyediakan tong sampah berpusat

v) Persekitaran perlu di landskap dengan menarik

vi) Kompleks penjaja boleh digalakkan dengan integrasikan kompleks membeli-

belah dan kompleks pejabat.

Berdasarkan kapada analisis ang telah dijalankan, tindakan yang boleh diambil

adalah samada untuk memperbaiki keadaan tempat tersebut ataupun penempatan

semula. Pembaikan yang dimaksudkan adalah dari segi:

a) memperbaiki infrastruktur di tapak tersebut, seperti bekalan air, parit untuk alir

limpahan dan tempat untuk membuang sampah.

b) menyusun semula tempat untuk menjaja (yang mungkin melibatkan ’set back’

gerai)

c) memperelokkan persekitaran tapak penjaja dengan menyediakan tempat untuk

makan dan ruang legar serta tempat letak kereta yang cukup.

Page 166: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

Proses penempatan semula ini terbahagi kepada dua jenis iaitu :-

a) Penempatan semula dengan mencadangkan pada lokasi yang baru dimana tapak

yang asal akan digunakan untuk kegunaan lain. Tindakan untuk menempatkan

semula gerai penjaja pula akan melibatkan penentuan jenis gerai penjaja yang

akan terlibat dan juga lokasi dimana penjaja tersebut akan ditempatkan.

Penempatan semula ini juga program yang dirancangkan bagi memastikan proses

penempatan semula dapat dijalankan dengan licin dam membawa kesan negatif

yang minima terhadap gerai penjaja di Jalan IKS Bandar Baru Masjid Tanah yang

dicadangkan untuk penempatan semula keatas tapak yang lebih sesuai kerana

tapak sediada adalah dibawah rizab lorong kawasan.

b) Penempatan semula diatas tapak yang sama tetapi membuat perubahan pada

keadaan fizikal asal. Untuk penempatan semula diatas tapak yang sama

dicadangkan dilakukan keatas tapak gerai penjaja di Jalan IKS Bandar Baru. Ini

adalah disebabkan bahawa tapak yang sediada adalah tidak sesuai sebagai

kawasan penjajaan.

Hasil dari analisis fizikal yang dijalankan didapati bahawa masalah utama kesan

dari aktiviti perniagaan gerai penjajaan di kawasan ini ialah keseluruhan fizikal gerai

ini berstatus sementara dan berkeadaan buruk. Disamping itu juga gerai penjajaan di

Jalan Lama Masjid Tanah ini enggan berpindah tempat kerana khuatir perniagaan

mereka akan terjejas sekiranya lokasi yang baru tidak begitu strategik. Untuk proses

penempatan semula ini, suatu tapak gerai penjaja perlu ditentukan sebelum penempatan

semula ini dibuat.

Page 167: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

Bagi kedua-dua tindakan yang dicadangkan, notis untuk perpindahan perlu

diberikan kepada gerai penjaja yang terlibat sesudah program tindakan telah

dikenalpasti. Ini akan disusuli dengan tindakan mengikut perancangan yang telah

digariskan terlebih dahulu. Pada ketika yang sama juga, penguatkuasaan dasar dan

peruntukkan perundangan harus dilaksanakan.

5.4 Limitasi Kajian

Penulis menghadapi cabaran dalam menyempurnakan penulisan ini. Rintangan

dan kesulitan ini adalah melibatkan pengumpulan data dan maklumat yang diperlukan.

Maka, secara tidak langsung ia turut mempengaruhi sedikit sebanyak hasil kajian ini.

Diantaranya masalah yang berlaku adalah sukar mendapat kerjasama dan maklumbalas

daripada pihak peniaga dan pengunjung semasa proses pengedaran borang soal selidik.

Hal ini sedikit sebanyak telah menggangu kelancaran kajian ini dilakukan.

Disamping itu, kebanyakan maklumat yang diperlukan tidak dikemaskini dan

direkodkan dengan baik serta tiada manual yang mudah dirujuk tentang prosedur kerja

dalam perancangan pembinaan dan permohonan lesen. Ini ditambah lagi dengan

ketiadaan unit yang melaksanakan hal pengurusan gerai dan penjaja secara khusus dan

masih belum lagi dicadangkan. Berdasarkan kekangan ini, maka kajian lebih tertumpu

kepada pihak peniaga dan pengunjung, dengan sedikit maklumat dari pihak MPAG dan

pihak berwajib.

Page 168: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

5.5 Cadangan kajian lanjutan

Adalah disarankan agar dilanjutkan kajian berkaitan sektor tidak formal ini dari

perspektif pihak berwajib khususnya PBT. Ini penting bagi memantapkan lagi struktur

organisasi sektor awam yang bertanggungjawab untuk memajukan sektor yang banyak

melibatkan golongan Bumiputera. Sektor perniagaan tidak formal merupakan aspek

yang penting dalam memastikan pembinaan ruang perniagaan yang disediakan dapat

digunakan oleh peniaga dengan baik tanpa sebarang masalah lain Disamping itu, ia

melengkapkan matlamat MPAG dalam memberi perkhidmatan sosial yang terbaik

kepada penduduk setempat. Beberapa cadangan kajian lanjutan boleh dibuat seperti:-

i) Kajian perbandingan keadaan fizikal semasa di sekitar kawasan kajian yang

melibatkan aspek perletakan susunatur, kemudahan-kemudahan asas sediada

serta aspek-aspek lain dan keberkesanannya dalam memenuhi kepuasan peniaga

dan pengunjung disekitar

ii) Kajian terhadap masalah-masalah yang menjadi faktor penghalang kepada

perlaksanaan penyediaan kemudahan perniagaan sektor tidak formal oleh Pihak

Berkuasa Tempatan yang turut memberi kesan keatas alam persekitaran bandar.

5.7 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian ini telah mencapai objektifnya. Hasil dari kajian

ini, dapatlah di buat kesimpulan bahawa aktiviti sektor perrniagaan tidak formal banyak

menyumbang kepada ekonomi bandar. Sektor perniagaan tidak formal ini dilihat

semakin penting dan mendapat perhatian dari kerajaan dan juga masyarakat yang ingin

mendapat peluang pendapatan yang baik. Ia boleh dijadikan asas latihan kepada mereka

yang mempunyai keinginan untuk menceburi dunia perniagaan.

Page 169: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

Selain itu, aktiviti sektor perniagaan tidak formal ini dapat membantu dalam

mengawal inflasi dengan menawarkan harga perkhidmatan pada harga yang munasabah

dan juga memberi perkhidmatan kepada penduduk yang berpendapatan rendah. Secara

keseluruhan peranan PBT adalah bertujuan untuk melihat dengan jelas mengenai

bidang kuasa dan cara PBT terlibat secara langsung dalam kawalan perancangan fizikal

dan ekonomi kegiatan tidak formal. Ini kerana selain daripada PBT, tidak ada agensi-

agensi kerajaan atau swasta yang benar-benar menjalankan peranan sebagai perancang

dan mengawal kegiatan tidak formal ini. Diharap dengan kuasa perundangan yang ada

pada MPAG, ia dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin untuk menjamin

kewujudan aktiviti sektor tidak formal ini yang indah, bersih dan ceria.

Keupayaan MPAG dalam menguatkuasakan peruntukan Akta 171 dan juga alat

kawalan yang lain untuk perancangan sektor tidak formal perlu ditingkatkan dengan

serius lagi dan bukan hanya menumpukan perancangan kepada bidang yang

menguntungkan atau memberikan pulangan yang tinggi tetapi mesti turut

mengambilkira perancangan jangka panjang kepada sektor tidak formal yang

berterusan. Ketiadaan perancangan dan tindakan yang berkesan akan menyekat

pertumbuhan sektor tidak formal secara terancang yang mana akhirnya akan

menimbulkan masalah kepada penduduk sekitar dan persekitaran fizikal. Kajian yang

dijalankan telah memberi pengetahuan mengenai peranan MPAG yang sebenarnya dan

masih boleh dipertingkatkan untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan terbaik

kepada pnduduk. Usaha-usaha MPAG dalam menguatkuasakan peruntukan undang-

undang dalam pembangunan sektor tidak formal perlu dipertingkatkan lagi dan bukan

hanya menumpukan kepada perancangan pembinaan kepada bidang yang

menguntungkan serta membawa pulangan yang tinggi tetapi mesti mengambilkira

kesinambungan perancangan yang terbaik terhadap sektor tidak formal. Dengan

mengambilkira cadangan berdasarkan masalah & persepsi maka dapat dibentuk

langkah-langkah yang boleh digunapakai oleh MPAG bagi meningkatkan lagi

penglibatan dan sumbangan sektor tidak formal kepada ekonomi bandar dan juga

masyarakat setempat.

Page 170: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

SENARAI RUJUKAN

BAHAN BUKU

Ahmad Atory Hussain (1991) ”Kerajaan Tempatan : Teori

Dan Peranan di Malaysia” Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan

Kuala Lumpur.

Nor Aini Haji Idris & Chamhuri Siwar (sunt.) 2003

”Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal di Malaysia,”

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

J.J. Thomas (1992) ”Informal Economic Activity” LSE

Handbooks In Economics.

Ray Bromley (1979) ”Urban Informal Sector : Policies

Critical Perspective on Employment 2nd Housing Policies”

Oxford, Pergamon.

S.V. Sethuraman (1981) ”The Urban Informal Sector In

Developing Countries :- Employment, Poverty

Chris Manning & Tadjuddin Noer Effendi (1985) ”Urbanisasi,

Pengangguran dan Sector Informal di kota” Penerbit

PTGramedia, Jakarta 1985

Amin, A.T.M. Nurul (1992) ”Employment Policies For

The Urban Informal Sector In South 2nd South-East

Asia.” Proceedings of a Seminar Organised by ILO,

Bangkok, 12-16 October. Geneva: Employment and Development Department, ILO.

Page 171: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

Rancangan Struktur Daerah Alor Gajah (1995-2015),

Jabatan Perancang Bandar, MPAG

Undang-undang Malaysia; Akta Kerajaan Tempatan

(Pindaan) 1976, Kuala Lumpur

AKTA PERUNDANGAN

Undang-undang Malaysia; Akta Jalan, Parit dan Bangunan

1974 (Akta 133), Kuala Lumpur

Undang-undang Malaysia; Akta Perancangan Bandar

Dan Desa, 1976 (Akta 172), Kuala Lumpur

RUJUKAN TESIS

Siti Shajaratudur Mohd Isahak; ”Perletakan Kawasan

Perniagaan,” Kajian Topik PBN 1989/1990.

Sofian Ahmad (1985) ”Gerai-gerai dikawasan pusat bandar :

Masalah dan Potensi. Kajian kes kawasan perdagangan pusat”

UTM, Kuala Lumpur.

Page 172: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

Rajah 3.1: Foto Kawasan Pembangunan

Bandar Baru Masjid Tanah ALOR GAJAH

1. PERKEDAIAN

2. INSTITUSI KEAGAMAAN (MASJID)

3. KEMUDAHAN

4. PERUMAHAN

2

4

3

1

Page 173: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

PETUNJUK :

Jalan Pasar Masjid Tanah

Jalan Besar, Bandar Baru Masjid Tanah

Jalan Lama Masjid Tanah

Jalan Wisma Hj. Hassan

Jalan IKS Bandar Baru Masjid Tanah

Sempadan Bandar

USAHA MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH

DALAM MENGGALAKKAN PERNIAGAAN SEKTOR

TIDAK FORMAL

Rajah : 3.2

Tajuk : Taburan Lokasi Kawasan Kajian Dalam Pentadbiran MPAG

Rajah : 3..2 : KAWASAN KAJIAN Sumber : Majlis Perbandaran Alor Gajah, 2007

4. GERAI DI JALAN WISMA HJ. HASSAN

5. PENJAJA JALAN IKS BANDAR BARU MASJID TANAH

1. GERAI DI JALAN PASAR MASJID TANAH

2. GERAI DI JALAN BESAR MASJID TANAH

3. GERAI DI JALAN LAMA MASJID TANAH

Page 174: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK

JABATAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN TANAH

FALKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI

Tajuk Kajian

USAHA MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH (MPAG) DALAM

MENGGALAKKAN PERNIAGAAN SEKTOR TIDAK FORMAL

Objektif Kajian:

Mengenalpasti Tahap Perlaksanaan Tanggongjawab MPAG Dalam Penyediaan

Kemudahan Perniagaan Tidak Formal Dalam Kawasan Pentadbirannya.

Untuk mencapai matlamat diatas, maka diharapkan pihak tuan/puan dapat

menjawab segala soalan yang dikemukakan.

KERJASAMA ANDA DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH

____________________________________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH :

ROHAYA BINTI ABDULLAH 631229-04-5006

SARJANA SAINS PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN TANAH FALKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI

Page 175: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

BAHAGIAN A: LATARBELAKANG PENIAGA GERAI

Arahan : Borang ini mengandongi 8 helaian mukasurat (tidak termasuk muka hadapan)

Ia terdiri daripada 4 Bahagian iaitu A, B, C dan D

Sila tandakan ( / ) pada tempat yang disediakan. Terima kasih

Nama Peniaga: __________________

Lokasi (nyatakan nama jalan atau no bangunan ) : _________________________

1. Nyatakan jantina anda

Perempuan Lelaki

2. Nyatakan bangsa anda

Melayu India

Cina Lain-lain(nyatakan:_________

3. Nyatakan umur anda

18-25 tahun 56 tahun keatas

26 – 55 tahun

4. Apakah status anda?

Bujang Berkahwin

5. Apakah taraf pendidikan anda?

sekolah rendah/setaraf Lepasan Universiti

sekolah menengah/ setaraf Tiada Pendidikan Formal

Page 176: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

BAHAGIAN B – STATUS PERNIAGAAN PENIAGA

Arahan : Sila tandakan ( / ) pada tempat yang disediakan

1. Berapa lama anda telah menjalankan perniagaan ini ?

kurang 1 tahun 6 tahun – 10 tahun

1 tahun – 5 tahun lebih 10 tahun

2. Bilakah waktu perniagaan anda?

7.0 pg – 7.0 mlm 6.0 pg – 3.0 ptg

4.0 ptg – 12.0 mlm lain - lain___________

10.0 pg – 9.0 mlm

3. Apakah jenis pegangan perniagaan anda?

sendiri sewa/pajak

pemilikan bersama

4. Bagaimana cara perniagaan ini dijalankan ?

sepenuh masa sambilan

Jika jawapan anda diatas adalah sambilan, nyatakan pekerjaan tetap anda ?

___________________________________________________________

5. Apakah jenis gerai perniagaan anda?

statik beredar (bergerak)

sementara lain – lain; nyatakan:_______________

Page 177: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

6. Apakah status perniagaan anda jalankan ?

berlesen tanpa Lesen

7. Adakah perniagaan ini mendapat kelulusan permit bangunan?

ada tidak

Jika jawapan anda diatas adalah ‘tidak’, nyatakan sebabnya.

_______________________________________________________

8. Berapakah modal pusingan untuk menjalankan perniagaan ini ?

kurang RM100 RM501 – RM1,000

RM1,000 – RM1,500 lebih 1,500

9. Berapakah pendapatan bersih sehari yang anda perolehi?

kurang RM50/- RM151/- - RM500/-

RM51/- - RM150/- lebih daripada RM500/-

10. Apakah jenis barangan perniagaan anda?

makanan buah- buahan

barangan basah/kering barangan hiasan & pakaian

11. Nyatakan perletakan tapak perniagaan anda?

tanah milik kawasan lapang

lorong jalan tanah rizab

ruang letak kereta lain – lain: (nyatakan:_______

_________________________

Page 178: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

12. Adakah anda membuat pinjaman untuk perniagaan anda?

Ada Tidak

Sekiranya jawapan anda di atas ‘ Ada’ , nyatakan sumber pinjaman

tersebut?

MARA Bank

UDA pilihan lain ____________

BAHAGIAN C: PERSEPSI PENIAGA TERHADAP RUANG PERNIAGAAN

Arahan : Sila tandakan ( / ) pada tempat yang disediakan

1. Berikut adalah pandangan anda terhadap ruang dan kemudahan yang

disediakan.

a) saiz ruang niaga : Sgt memuaskan

Memuaskan

Tidak memuaskan

Kenapa? (nyatakan:_________________________ )

b) lokasi perniagaan: Sgt memuaskan

Memuaskan

Tidak memuaskan

Kenapa? (nyatakan:_________________________ )

Page 179: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

c) kemudahan asas: Sgt memuaskan

(air/letrik/tandas) Memuaskan

Tidak memuaskan

Kenapa? (nyatakan:_________________________ )

d) tempat pembuangan sampah Sgt memuaskan

Memuaskan

Tidak memuaskan

Kenapa? (nyatakan:_________________________ )

e) sambutan pengunjung Sgt memuaskan

Memuaskan

Tidak memuaskan

Kenapa? (nyatakan:_________________________ )

f) tempat letak kereta pelanggan Sgt memuaskan

Memuaskan

Tidak memuaskan

Kenapa? (nyatakan:_________________________ )

g) tandas awam Sgt memuaskan

Memuaskan

Tidak memuaskan

Kenapa? (nyatakan:_________________________ )

Page 180: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

2. Nyatakan masalah yang anda hadapi semasa menjalankan urusan

perniagaan tidak formal.

( Senaraikan pilihan mengikut keutamaan 1 paling penting dan 6 kurang

penting)

kurang tempat letak kereta lokasi tidak sesuai

ruang niaga terhad pembuangan sampah sarap

kurang kemudahan asas

lain – lain (nyatakan):_________________________________________

3. Nyatakan pendapat anda tentang kepentingan perniagaan sektor tidak

formal?

perlu tidak perlu

Kenapa? (nyatakan):______________________________________________

Jika jawapan anda adalah ‘ perlu’ , nyatakan mengapa ianya diperlukan?

Aktivit perniagaan mudah diceburi

Membuka peluang pekerjaan

Memerlukan modal yang kecil

Menarik tumpuan pelancong

Sewa yang rendah

Lain- lain : nyatakan:_______________________________________

Page 181: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

BAHAGIAN D – PANDANGAN PENIAGA TERHADAP TINDAKAN

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Arahan : Sila tandakan ( / ) pada tempat yang disediakan

1. Adakah pihak MPAG selalu menjalankan pemeriksaan lesen perniagaan

di tempat anda?

sangat kerap kadang - kadang

kerap tidak pernah

Kenapa? (nyatakan:_________________________ )

2. Adakah anda faham sepenuhnya peraturan berkaitan dengan keperluan

untuk mendapatkan lesen perniagaan?

Ya Tidak

Kenapa? (nyatakan:_________________________ )

3. Adakah anda merasa sukar untuk memenuhi syarat untuk mendapatkan

lesen dari MPAG?

Ya Tidak

Kenapa? (nyatakan:_________________________ )

Berapa lama tempoh yang diambil dalam proses permohonan lesen

1 - 2 bln > 4 bln

2 – 4 bln lain – lain: _________

Page 182: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

4. Berapa kerap pihak MPAG melakukan pemeriksaan kebersihan di tempat

perniagaan anda?

1 minggu sekali

1 minggu 2 kali

1 minggu 3 kali

1 bulan sekali

Tidak pernah

5. Berapa kerap sampah buangan anda diangkut oleh pihak MPAG di kawasan

perniagaan anda?

sekali dalam seminggu 3 kali dalam seminggu

dua kali dalam seminggu lebih 3 kali seminggu

tidak pernah

6. Adakah pernah anda mendapat surat kompaun dari pihak MPAG semasa

menjalankan perniagaan anda?

Ya Tidak

Jika Ya, apakah kesalahan anda

kotor tiada permit bangunan

tiada lesen halangan lalulintas

7. Adakah anda setuju sekiranya perniagaan anda di tempatkan ke lokasi baru

dan kadar sewa yang rendah dikenakan oleh MPAG ?

setuju tidak setuju

Sila nyatakan mengapa setuju atau tidak setuju:_______________________

________________________________________________________________

8. Apakah cara atau saluran anda untuk membuat sebarang aduan berhubung

dengan perniagaan anda kepada MPAG?

Page 183: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

melalui Persatuan Peniaga

melalui Ahli Majlis

melalui kaunter aduan MPAG

melalui JKK kawasan

melalui pegawai Majlis

lain – lain; nyatakan : ____________________________

Terima Kasih atas kerjasama yang telah tuan/puan berikan. Segala maklumat yang telah

diberikan adalah sulit dan hanya sebagai bahan maklumat untuk pembelajaran saya.

Yang Benar Rohaya Abdullah Tel: 06-5562575 /019-6687602

Page 184: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

LAMPIRAN B

BORANG SOAL SELIDIK

JABATAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN TANAH

FALKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI

Tajuk Kajian

USAHA MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH DALAM MENGGALAKKAN

PERNIAGAAN SEKTOR TIDAK FORMAL

Objektif Kajian:

Mengenalpasti Pandangan dan Cadangan Pengunjung Terhadap

Perniagaan Sektor Tidak Formal

Untuk mencapai matlamat diatas, maka diharapkan pihak tuan/puan dapat

menjawab segala soalan yang dikemukakan.

KERJASAMA ANDA DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH

____________________________________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH :

ROHAYA BINTI ABDULLAH 631229-04-5006

SARJANA SAINS PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN TANAH FALKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI

Page 185: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

BAHAGIAN A – LATARBELAKANG PENGUNJUNG

Arahan : Borang ini mengandongi 4 helaian mukasurat (tidak termasuk muka hadapan)

Ia terdiri daripada 2 Bahagian iaitu A dan B

Sila tandakan ( / ) pada tempat yang disediakan. Terima kasih

Nama Pengunjung: Tarikh

(Name of respondent) --------------------------- (Date) : ----------------

1. Kategori Pengunjung

Individu Bersama Keluarga

Bersama rakan Rombongan

2. Status Warga Negara :

Malaysia Penduduk Tetap

Lain-lain

3. Nyatakan umur anda

25 - 30 tahun/years 46-55 tahun/years

31 – 45 tahun/years 56 tahun keatas/years & above

4. Nyatakan jantina anda

Perempuan Lelaki

5. Nyatakan bangsa anda ?

Melayu/ Malay India / Indian

Cina/Chinese Lain – lain/ Others

Page 186: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

6. Nyatakan tempat tinggal anda?

Alor Gajah Luar Alor Gajah

7. Nyatakan pekerjaan anda?

Pelajar Sektor Swasta

Sektor Kerajaan Pesara

Lain – lain (nyatakan:______________

8. Berapakah jumlah pendapatan bulanan anda?

> RM500/- RM1,001/- RM1,500/-

RM501/- RM1,000/- Lebih daripada RM1,501/-

9. Adakah anda kerap berkunjung ke tempat ini?

Ya Tidak

Sekiranya jawapan anda di atas Ya, berapa kerapkah anda datang ke sini?

2 – 5 kali Lebih 10 kali

6-10 kali

Page 187: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

BAHAGIAN B – PANDANGAN DAN CADANGAN PENGUNJUNG

TERHADAP SEKTOR TIDAK FORMAL

Arahan : Sila tandakan ( / ) pada tempat yang disediakan

1. Apakah tujuan utama anda datang berkunjung ke perniagaan ini?( Anda

boleh memilih lebih (>) dari satu )

bersembang membeli keperluan harian

bersiar –siar membeli makanan

berhibur lain – lain; (nyatakan)__________

2. Adakah tempat – tempat gerai penjaja yang dikunjungi selesa dan selamat?

Ya Tidak

3. Jarak ke tempat perniagaan tidak formal (gerai penjaja) yang dikunjungi.

dalam lingkungan ½ km melebihi 2.0 km

dalam lingkungan 1.0 km – 2.0 km

4. Mengapakah anda memilih gerai untuk mendapatkan barangan atau

keperluan anda?

Murah Mudah sampai/ dekat

Ceria Kepelbagai jualan

5. Pada pandangan anda, adakah kemudahan yang ada sekarang mencukupi

dari segi bilangannya?

Ya Tidak

Jika Tidak, apakah kemudahan yang perlu ditambah bilangannya?

Bilik air Hiasan Lanskap

Saiz Ruang Ruang Letak Kereta

Page 188: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

6. Adakah anda setuju bahawa aktiviti perniagaan sektor tidak formal akan

mendatangkan masalah kepada aktiviti Bandar Baru Masjid Tanah Alor

Gajah?

Sangat setuju Setuju

Tidak setuju Sangat tidak setuju

7. Adakah wajar PBT membina lebih banyak ruang perniagaan tidak formal

dikawasan bandar?

Ya Tidak

Jika Tidak, mengapa tidak perlu?

mewujudkan sampah sarap menganggu kesihatan

kacauganggu bising menjejaskan pemandangan sekitar

kesesakan lalulintas lain – lain; (nyatakan)__________

8. Nyatakan masalah berikut yang dihadapi mengikut tahap kepentingan ( 1

paling serius hingga 5 kurang serius)

kotor dan tidak kemas

pemandangan yang tidak menarik

usang dan tidak selamat

ganggu kelancaran lalulintas

ruang sempit dan tidak seles.a

lain-lain .(nyatakan:-_________________

Page 189: usaha majlis perbandaran alor gajah dalam menggalakkan

9. Beri pandangan anda tentang kepentingan perkara berikut untuk menjamin

keperluan dan kelancaran perniagaan sektor tidak formal ( Sila senaraikan

mengikut keutamaan 1 paling penting hingga 8 kurang penting)

Keselamatan

Rekabentuk

Susunatur

Kebersihan Sekitar

Kemudahan Asas

Kualiti barangan

Layanan mesra

Harga

10. Apakah cadangan anda untuk memperbaiki perniagaan tidak formal di

MPAG?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Terima Kasih atas kerjasama yang telah tuan/puan berikan. Segala maklumat yang telah

diberikan adalah sulit dan hanya sebagai bahan maklumat untuk pembelajaran saya.

Walaubagaimana pun sekiranya anda memerlukan penerangan lanjut, sila hubungi

penama Rohaya Abdullah Tel:06-5562575 / 019-6687602