pelan pengurusan gajah semenanjung malaysia

41

Upload: lamduong

Post on 12-Jan-2017

288 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia
Page 2: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

PELAN PENGURUSAN GAJAHSEMENANJUNG MALAYSIA

Jabatan Perlindungan Hidupan Liardan Taman Negara (PERHILITAN)

PERHILITAN

JD119156 Title page 1.indd 1 3/22/07 12:37:21 PM

Page 3: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

JD119156 Title page 1.indd 2 3/22/07 12:37:25 PM

Page 4: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

PELAN PENGURUSAN GAJAH SEMENANJUNG MALAYSIA

Penaung

En. Abd. Rasid bin SamsudinKetua Pengarah Jabatan PERHILITAN

Penasihat

Hajah Siti Hawa binti YatimPengarah Bahagian Konservasi Biodiversiti

Pengarang

Salman bin Haji SaabanNasharuddin bin Othman

Penyunting

Dr. Zaaba bin Zainol AbidinDr. Zainal Zahari bin Zainuddin

disember 2006

JD119156 Title page 1.indd 3 3/22/07 12:37:30 PM

Page 5: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

Cetakan pertama 2006

Hak Cipta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang

bentuk atau dengan sebarang alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran

bertulis daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia olehJabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara,

KM 10 Jalan Cheras,56100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-90752872Faks: 03-90752873

Dicetak di Malaysia olehPercetakan Nasional Malaysia Berhad

Jalan Chan Sow Lin50554 Kuala Lumpur

ISBN 983-41965-4-7

JD119156 Title page 1.indd 4 3/22/07 12:37:32 PM

Page 6: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malays�a

PENGHARGAAN

Pengarang �ng�n mengamb�l kesempatan mengucapkan r�buan ter�ma kas�h dan set�ngg� penghargaan kepada Ketua Pengarah, Jabatan Perl�ndungan H�dupan L�ar dan Taman

Negara (PERHILITAN) kerana member� peluang untuk menerb�tkan Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malays�a �n�. Penghargaan juga d�tujukan kepada Pengarah Bahag�an Konservas� B�od�vers�t� yang banyak member� kh�dmat nas�hat dan tunjuk ajar bag� mereal�sas�kan hasrat penerb�tan pelan �n�. Ter�ma kas�h juga d�tujukan kepada semua p�hak terutamanya kak�tangan Pusat Konservas� Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang kerana sud� berkongs� pengalaman dan sumbangan buah f�k�ran dalam menjayakan penul�san pelan �n�. Semoga penerb�tan pelan �n� akan membantu p�hak-p�hak yang berka�tan memaham� pendekatan yang d�gunakan oleh Jabatan PERHILITAN dalam menguruskan spes�es gajah d� negara �n�.

JD119156 Title page 2.indd 1 3/22/07 12:38:50 PM

Page 7: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

��

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malays�a

KATA-KATA ALUAN

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia �n� merupakan pengemask�n�an Pelan Induk Pemul�haraan Gajah Semenanjung malays�a yang telah d�terb�tkan pada tahun 1990. Pelan tersebut perlu

d�kemask�n�kan setelah sek�an lama d�gunakan agar �anya leb�h relevan dengan kehendak dan s�tuas� semasa, dengan harapan pengurusan gajah d� alaf baru �n� akan leb�h ef�s�en dan berjaya. Penggunaan alat dan kaedah yang beror�entas�kan sa�ns dan teknolog�, sepert� penggunaan satel�t, pengkalan data, Geograph�c Informat�on System (GIS), anal�s�s berkomputer dan sebaga�nya, akan membantu ke arah produkt�v�t� yang opt�ma. Namun beg�tu kaedah-kaedah pengurusan yang d�jalankan tetap mengutamakan penj�matan kos, s�stemat�k dan berdaya maju. Konservas� gajah juga perlu d�selar�kan dengan kehendak pelanggan yang mahukan perkh�dmatan yang ba�k dar�pada set�ap kak�tangan dan program yang d�jalankan. Pemahaman serta kesedaran awam tentang kepent�ngan konservas� gajah d� negara �n� juga boleh d�t�ngkatkan menerus� program-program penerangan serta pend�d�kan yang boleh d�susunatur dengan kerjasama p�hak-p�hak yang terbab�t dar� semasa ke semasa. Penerb�tan pelan �n� menunjukkan kom�tmen kerajaan menerus� Jabatan PERHILITAN mengusahakan konservas� gajah dan konservas� kepelbaga�an b�olog� yang la�n d� negara �n�.

Abd. RASid biN SAMSUdiNKETUA PENGARAHJAbATAN PERLiNdUNGAN HidUPAN LiARdAN TAMAN NEGARA (PERHiLiTAN)

diSEMbER 2006

JD119156 Title page 2.indd 2 3/22/07 12:38:57 PM

Page 8: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

���

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malays�a

KANdUNGAN

Muka surat

PENGHARGAAN �

KATA-KATA ALUAN ��

KANdUNGAN ���

1.0 PENdAHULUAN 1

2.0 ObJEKTiF PELAN PENGURUSAN GAJAH 2

3.0 MAKLUMAT ASAS MENGENAi GAJAH 3

3.1 B�olog� 3

3.2 Pemb�akan 3

3.3 Hab�tat 4

3.4 Populas� Dan Taburan 4

3.5 Pergerakan Gajah 5

4.0 iSU-iSU PENGURUSAN GAJAH 6

4.1 mengatas� Ancaman Gajah 6

4.2 Kepupusan Populas� 8

4.3 Isu konservas� 9

4.4 Faktor Pen�ngkatan Konfl�k manus�a-Gajah 10

4.5 Kawasan Perl�ndungan 13

5.0 KONSERVASi GAJAH MASA KiNi 13

6.0 PERUNdANGAN 15

JD119156 Title page 2.indd 3 3/22/07 12:39:01 PM

Page 9: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�v

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malays�a

7.0 STRATEGi KONSERVASi 15

7.1 Pert�mbangan Terhadap Pengurusan Populas� 16 Gajah

7.2 Kaedah T�ndakan Berdasarkan Keadaan, Sa�z 17 Kumpulan Dan Tahap Gangguan

7.3 Penyel�d�kan Gajah 18

7.4 Pencegahan Ancaman Gajah 20

7.5 Kerjasama Dengan Badan-badan Konservas� 21 Antarabangsa

7.6 Kerjasama Dengan Agens�-agens� Pertan�an 21

7.7 Kerjasama Dar�pada Kerajaan Neger� 22

7.8 Tabung Amanah Gajah 23

7.9 Keperluan Perbelanjaan Pengurusan 23

Rujukan 24

Lamp�ran 25

Glosar� 30

KANdUNGAN—(samb.)

Muka surat

JD119156 Title page 2.indd 4 3/22/07 12:39:04 PM

Page 10: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

PELAN PENGURUSAN GAJAH SEMENANJUNG MALAYSIA

1.0 PENdAHULUAN

Konflik yang serius di antara gajah dan manusia di Semenanjung malaysia telah bermula sejak tahun �950-an, apabila penjajah Inggeris mula menggiatkan aktiviti berasaskan pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko dan kopi terutamanya di negeri-negeri pantai barat seperti di Perak, Kedah, Johor dan Negeri Sembilan. Pada waktu itu, jalan penyelesaian konflik manusia-gajah adalah mudah iaitu menembak mati gajah-gajah yang memasuki ladang-ladang pertanian tersebut. Adalah dianggarkan beratus-ratus ekor gajah telah ditembak mati pada waktu itu. Tambahan pula, kesedaran orang ramai pada waktu itu tentang pentingnya konservasi hidupan liar amatlah kurang.

Perkembangan sektor pertanian semakin rancak dalam era �960-an dan kaedah penyelesaiannya masih sama di mana lesen untuk pemburuan gajah masih dikeluarkan. Konflik mula meruncing pada tahun �970-an apabila lebih luas kawasan hutan pamah dibuka untuk penanaman kelapa sawit menerusi agensi seperti FELDA dan FELCRA. Dalam pada itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mula mengambil langkah untuk memulihara gajah dengan menghentikan pengeluaran lesen pemburuan dan cuba mengelakkan tindakan tembak mati sekiranya ada aduan serangan gajah diterima. Adalah dikhuatiri jika pembunuhan gajah dibiarkan berterusan spesies ini akan pupus di Semenanjung malaysia. Berikutan dengan itu tindakan penangkapan dan pemindahan gajah mula diperkenalkan pada awal tahun �974 apabila satu Unit Tangkapan Gajah ditubuhkan.

Sehingga kini lebih daripada 500 ekor gajah terlibat dengan operasi penangkapan gajah ini (Jadual �). Namun begitu akibat daripada pengurangan habitat yang berterusan masalah gajah masih terus berlaku terutamanya di Pahang, Johor, Terengganu, Perak dan Kelantan. Di sesetengah tempat masalah yang berlaku adalah amat serius sehingga boleh mengancam nyawa manusia. Disebabkan kehilangan habitat gajah-gajah tersebut telah memasuki kawasan perkampungan dan pekan kecil untuk mencari makanan.

Kini konflik manusia-gajah bukan sahaja berlaku di antara gajah

dan sektor pertanian malah ke atas Jabatan PERHILITAN sendiri. Konfliknya ialah menentukan jenis pengurusan dan tindakan yang sewajarnya untuk diambil bagi menyelesaikan konflik manusia-gajah

JD119156 Tek.indd 1 3/22/07 12:29:44 PM

Page 11: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

ini. Jabatan menghadapi dilema antara menyelamatkan gajah daripada kepupusan atau menyelamatkan harta benda manusia daripada kerugian dan kehilangan nyawa. Oleh itu, satu dasar diperlukan oleh Jabatan untuk memberi panduan kepada mereka yang menjalankan tugas di lapangan terhadap tindakan yang perlu diambil jika berlakunya konflik manusia-gajah. Ini diharapkan dapat membantu mereka mengambil tindakan dengan segera apabila aduan diterima dan seterusnya dapat menyelamatkan gajah dari dibunuh. Pada masa yang sama nyawa dan kerugian di pihak orang awam dapat dielakkan.

Jadual 1: Bilangan gajah yang ditangkapmengikut negeri (1974 – 2005)

Negeri Bilangan gajah ditangkap (ekor)

Pahang �3�

Perak 97

Johor 95

Terengganu 74

Selangor ��

Perlis 5

Kelantan 5

Kedah 4

N. Sembilan 3

JUMLAH 527

2.0 OBJEktIf PELAN PENGURUSAN GAJAH

Objektif Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia ini adalah untuk digunakan sebagai garis panduan untuk kegunaan Pengarah-pengarah Negeri, Unit Pengurusan Gajah dan anggota Jabatan yang ditugaskan di Unit Pengurusan Gajah di daerah dan negeri dalam mengurus dan menangani masalah pengurusan gajah di negeri masing-masing. Ianya juga boleh dijadikan sebagai sumber dan bahan maklumat kepada orang awam untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai cara pengurusan gajah di negara ini supaya mereka dapat memahami tugas dan cara tindakan yang diambil oleh Jabatan.

JD119156 Tek.indd 2 3/22/07 12:29:50 PM

Page 12: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

3

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

3.0 MAkLUMAt ASAS MENGENAI GAJAH

3.1 Biologi

Gajah Asia (Elephas maximus) yang terdapat di Semenanjung malaysia tergolong dalam Famili Elephantidae, di bawah Order Proboscidae. Taburannya meliputi kawasan Asia iaitu di myanmar, Sumatera, Timur-laut Borneo, Thailand, malaysia, India dan Sri Lanka. Gajah adalah haiwan bersosial yang selalunya hidup berkumpulan antara tiga hingga 30 ekor. Tiap-tiap kumpulan diketuai oleh seekor gajah betina yang dewasa dan dominan.

Gajah merupakan salah satu spesies hidupan liar (selain

daripada kera, babi hutan dan harimau) yang sering memasuki kawasan-kawasan pertanian yang berhampiran dengan habitat keliarannya dan boleh menyebabkan kerosakan yang besar ke atas ladang pertanian tersebut. Ianya berlaku terutamanya disebabkan gajah-gajah tersebut telah kehilangan sumber makanan asalnya di mana habitat keliarannya telah bertukar menjadi kawasan pertanian. Sebagai contoh, sebahagian besar kawasan perladangan kelapa sawit adalah hutan tanah pamah di mana ianya merupakan habitat utama gajah di negara ini.

3.2 Pembiakan

Tahap kematangan bagi seekor gajah akan dicapai pada umur lapan tahun bagi gajah betina, manakala gajah jantan mencapai kematangan pada umur �� tahun. Walau bagaimanapun, kadar kematangan bergantung kepada pemakanan dan kawasan keliaran. Tempoh bunting gajah betina ialah antara �8 hingga �� bulan. Satu kajian berkaitan dengan pembiakan gajah yang telah dijalankan menunjukkan bahawa gajah betina tidak akan membiak sebaik sahaja ia melahirkan anak. Gajah betina akan hanya melahirkan anak seterusnya selepas tempoh empat hingga lima tahun. Seekor gajah betina boleh melahirkan sehingga enam ekor anak sepanjang hayatnya. Jangka hayat seekor gajah boleh mencapai umur 65 hingga 75 tahun.

Jumlah kumulatif individu dalam sesuatu kumpulan gajah telah digunakan untuk menganggarkan kadar pembiakan. Analisa komposisi kumpulan boleh digunakan untuk menganggarkan nisbah bilangan gajah jantan dan dewasa betina. Dalam keadaan hutan yang tebal adalah amat sukar untuk mengenalpasti jantina gajah walaupun dari jarak yang dekat. Walau bagaimanapun beberapa kaedah telah digunakan untuk mengenalpasti jantina gajah seperti saiz tapak kaki dan gading. Gajah Asia jantan

JD119156 Tek.indd 3 3/22/07 12:29:54 PM

Page 13: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

4

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

biasanya memiliki gading yang jelas kelihatan manakala gajah betina tidak mempunyai gading. Terdapat juga gajah jantan yang tidak mempunyai gading (tuskless) yang dikenali sebagai “gajah meghna”. Gajah betina mempunyai unjuran gigi kacip seakan gading yang dikenali sebagai “genis” dengan ukuran panjang kurang daripada �0.0 sm. Gajah betina kebiasaannya mempunyai ukuran tapak kaki tidak melebihi 4�.4 sm. Bilangan anak gajah juga boleh membantu dalam menentukan bilangan gajah betina.

3.3 Habitat

Hutan hujan tropika di Semenanjung malaysia terbahagi kepada beberapa jenis. Jenis-jenis hutan tersebut ialah hutan tanah pamah dipterokap (< 300 m), hutan dipterokap bukit (300 m – 750 m), hutan dipterokap bukit tinggi (750 m – �,�00 m), hutan pergunungan (�,�00 m – �,500 m) dan hutan pergunungan atas (> �,500 m). Pada sekitar tahun �958, lebih 84% muka bumi Semenanjung malaysia masih lagi diliputi hutan. Namun ianya telah berkurangan kepada 65% (�97�) dan 47.4% (�994).

Habitat utama gajah adalah di kawasan hutan tanah pamah yang ketinggiannya kurang daripada 300 m. Dalam hutan sekunder, kumpulan gajah memerlukan kawasan keliaran yang lebih kecil berbanding dengan hutan primer. Keadaan ini berlaku disebabkan hutan sekunder mengandungi banyak sumber makanan seperti pokok-pokok buluh, rotan, pisang hutan, tumbuhan palma dan sebagainya (Lampiran �). manakala hutan primer kurang mempunyai tumbuhan bawahan dan didominasi oleh pokok-pokok besar sahaja. Dalam pada itu jenut-jenut yang terdapat di dalam hutan juga sering dikunjungi oleh gajah untuk mendapatkan garam galian.

3.4 Populasi dan taburan

Populasi gajah di Semenanjung malaysia pada tahun �99� adalah dianggarkan sebanyak �,�00 hingga �,450 ekor (Jadual �). Berdasarkan lama jangkamasa data tersebut diambil, bilangan tersebut diyakini semakin meningkat. Ini adalah disebabkan lebih banyak kawasan hutan dibuka maka lebih tinggi kemungkinan gajah-gajah ini dikesan. Taburan gajah di Semenanjung malaysia tersebar di negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Tiada gajah direkodkan di negeri Selangor, melaka dan Perlis. Ini adalah kerana populasi gajah di negeri-negeri tersebut telah ditangkap dan dipindahkan ke tempat-tempat pelepasan gajah.

JD119156 Tek.indd 4 3/22/07 12:29:59 PM

Page 14: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

5

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Jadual 2: taburan Gajah di Semenanjung Malaysia

Bil. Negeri / taman Negara Anggaran Individu (ekor)

�. Pahang �50

�. Perak �30 – �80

3. Johor �30 – �80

4. Kelantan �50 – 300

5. Terengganu ��0 – �40

6. Kedah 50 - 60

7. N. Sembilan 3

8. Taman Negara �90 – 350

JUMLAH 1,223 – 1,463 Kebanyakan populasi dan taburan gajah yang direkodkan adalah

berdasarkan kepada laporan kerja-kerja kawalan gangguan gajah di negeri-negeri terlibat (Lampiran �). Oleh itu, populasi gajah di pendalaman hutan yang luas seperti Taman Negara, Lembah Belum dan Taman Negara Endau Rompin kemungkinan tidak termasuk dalam anggaran yang dibuat.

3.5 Pergerakan gajah

Sehingga kini berbagai teknik telah digunakan untuk mengesan pergerakan gajah. Pada masa dahulu pergerakan gajah direkodkan dengan cara mengenalpasti kumpulan gajah yang tertentu dan seterusnya merekodkan sebarang lokasi pemerhatian di mana kumpulan gajah tersebut bergerak. Kumpulan gajah tersebut akan dikenalpasti melalui fetur-fetur utama yang ada pada individu-individu tertentu sebagai pengenalan. Contohnya gading sebelah, ekor terputus, telinga koyak dan sebagainya.

Pada masa sekarang terdapat cara yang lebih canggih dan terkini diperkenalkan iaitu dengan menggunakan pemancar satelit. Pemancar satelit transmiter akan dipasang di leher gajah yang kemudian dilepaskan semula ke dalam hutan. Pergerakan gajah akan dikesan oleh satelit dan dipancar terus ke bumi dalam bentuk data GPS (Global Positioning System). Data-data tersebut kemudian akan diplotkan di atas peta topo atau peta GIS (Geographical Information System) untuk dianalisis. Data-data yang lalu menunjukkan bahawa gajah sentiasa bergerak

JD119156 Tek.indd 5 3/22/07 12:30:04 PM

Page 15: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

6

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

dari satu kawasan ke kawasan yang lain untuk mendapatkan makanan dan mencari tempat untuk berkeliaran.

Gajah mencari makan selama �8 hingga �0 jam sehari dan bergerak di dalam kawasan keliarannya sahaja. Gajah-gajah dalam kumpulan yang sama akan terus berada di kawasan keliarannya untuk tempoh beberapa hari sebelum bergerak ke habitat yang lain. Pemindahan ke habitat yang baru akan berlaku bila kawasan keliarannya tidak lagi selamat atau makanan tidak mencukupi. Purata berat makanan gajah sehari ialah 300 kg hingga 360 kg. Ia bergerak terutamanya kawasan tanah pamah, pematang dan lembangan sungai. Gajah akan menggunakan permatang bagi bergerak dari satu lembah ke satu lembah yang lain.

Keadaan cuaca yang berubah-ubah tidak akan mengganggu pergerakan gajah. Semasa mencari makan, gajah akan berpecah dan bergerak dalam kawasan seluas kira-kira �00 km� hingga �00 km�. Walau bagaimanapun, keluasan pergerakan gajah adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti bilangan anggota dalam kumpulan tersebut, ancaman yang diterima di kawasan tersebut, keadaan topografi dan kelimpahan makanan yang terdapat di kawasan keliaran tersebut. Gajah-gajah akan bergerak dalam satu kumpulan yang diketuai oleh seekor gajah betina yang dominan dan diikuti oleh anak-anak dan gajah jantan.

4.0 ISU-ISU PENGURUSAN GAJAH

4.1 Mengatasi ancaman gajah

Usaha-usaha untuk melindungi dan menyelamatkan gajah daripada ancaman terutamanya di kawasan hutan yang terkepung akan terus dilakukan oleh Jabatan PERHILITAN. Terdapat juga kumpulan gajah yang enggan berpindah ke kawasan baru walaupun kawasan keliarannya telah mengecil. Gajah-gajah yang terperangkap di kawasan kecil ini akan keluar daripada habitat yang sempit dan merosakkan ladang-ladang pertanian dan harta benda di kawasan berhampiran. Pihak jabatan akan berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan masalah ini.

Bagi kumpulan gajah yang berhampiran dengan hutan tebal, tindakan tembak halau akan dilakukan. Sekiranya ancaman terus serius atau keadaan habitat yang ada tidak lagi dapat menampung populasi gajah yang ada, tindakan tangkap pindah terpaksa dilakukan. Operasi tangkap pindah gajah memerlukan belanja yang besar. mengikut perkiraan melalui Sistem Perakaunan mikro, kos untuk memindah seekor gajah liar ialah Rm40,9�4.40 (Jadual 3). Sehingga kini, jabatan telah

JD119156 Tek.indd 6 3/22/07 12:30:10 PM

Page 16: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

7

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

memindah lebih daripada 400 ekor gajah ke habitat baru seperti ke Taman Negara Terengganu, Hutan Simpan Belum, Perak dan Taman Negara Endau Rompin, Johor. Kumpulan kecil gajah yang masih terdapat di beberapa hutan simpan di negeri-negeri yang tidak menghadapi masalah gangguan gajah akan terus dikekalkan. Tindakan pengawasan diambil supaya gajah-gajah berkenaan dapat terus berada di kawasan hutan tersebut.

Jadual 3: kos penangkapan dan pemindahan gajahBil. Perkara Kos per unit Jumlah (Rm)

Kos menangkap gajah

� Peluru (0.458) Rm �5.00 X �0 biji 300.00

� Peluru short gun Rm 30.00 X �0 kotak 300.00

3 Peralatan dart (syringe .�� & capchur charges) Rm 300.00 X � set 600.00

4 Immobilon Rm 950.00 X � kotak 950.00

5 Antibiotik Rm �50.00 X � kotak �50.00

6 Peralatan syringe & jarum Rm 50.00 50.00

7 Rantai high tensile Rm �9.00 X 50 kaki �, 450.00

8 U – shackle Rm 4.00 X �0 buah 80.00

9 Hose & spanner Rm 50.00 50.00

�0 Pajero (Diesel) Rm �.58 X �00 liter X � buah 63�.00

�� Pajero (maintenance) Rm 400 X � buah 800.00

�� Elaun kakitangan Rm 75.00 X 8 org X �� hari ��, 600.00

JUMLAH kECIL 17, 962.00

Kos memindahkan gajah yang telah ditangkap

�3 Kos makanan gajah denak Rm �00.00 X � ekor X 7 hari �, 800.00

�4 Lori Nissan �0 tayar Rm �.58 X 450 liter X � buah �, 4��.00

�5 Pajero Rm �.58 X �40 liter X � buah 44�.40

�6 Lori Nissan �0 tayar (maintenance) Rm 700.00 X � buah �,400.00

�7 Pajero (maintenance) Rm 400.00 X � buah 800.00

�8 Rompun Rm �70.00 X 3 botol 5�0.00

�9 Antibiotik Rm �50.00 X � botol 300.00

�0 multivitamin Rm �00.00 X � botol �00.00

�� Ubat cuci luka Rm �0.00 X � botol 40.00

�� Gusanex spray Rm 34.00 X � botol 68.00

�3 Peralatan ubat-ubatan, syringe, jarum dll. Rm 50.00 50.00

�4 Senapang pelali (dart .�� & capchur charge) Rm 300.00 X 5 set �, 500.00

�5 Rantai high tensile Rm �9.00 X �00 kaki �, 900.00

�6 U-Shackle Rm 4.00 X �0 buah 80.00

�7 Sewa bot penunda Rm �, 900.00 �, 900.00

�8 Elaun kakitangan Elaun kakitangan

- G 4� Rm �00.00 X 7 hari 700.00

- G �7 / G �� / G�7 Rm 75.00 X 7 hari X 8 org 4, �00.00

- R � / R 3 / R 4 Rm 65.00 X 7 hari X 8 org 3, 640.00

JUMLAH kECIL 22, 952.40

JUMLAH kESELURUHAN 40, 914.40

JD119156 Tek.indd 7 3/22/07 12:30:15 PM

Page 17: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

8

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

4.2 kepupusan populasi

Kepupusan boleh berlaku ke atas sesuatu populasi hidupan liar jika individu tidak dapat meneruskan hidup kerana ketiadaan habitat yang sesuai, tidak mempunyai ketahanan terhadap serangan penyakit dan perubahan iklim persekitaran. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh:

i. Genetik – Bagi jumlah populasi yang kecil, peluang untuk berlaku pembiakan secara in-breeding adalah besar. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak yang dilahirkan tidak mempunyai ketahanan yang kuat serta mempunyai baka genetik yang lemah.

ii. Demografi – masalah di mana di dalam sesuatu populasi itu sudah tiada baka-baka untuk disatukan, kerana populasi itu hanya mempunyai jantina yang sama.

iii. Kawasan persekitaran – Keadaan persekitaran yang terhad, di mana keupayaan tampung (carrying capacity) tidak dapat menyokong jumlah gajah yang banyak. Kedegilan gajah untuk terus berada di dalam sesuatu kawasan yang kecil boleh menyebabkan habitat di tempat berkenaan turut musnah. Kemusnahan habitat seterusnya boleh menyebabkan kematian yang berpunca daripada kekurangan makanan, jangkitan penyakit atau persaingan sesama sendiri.

Oleh yang demikian populasi yang terperangkap dan menghadapi kepupusan setempat perlu:

i. Dipindahkan ke habitat baru yang boleh menampung populasi gajah tersebut.

ii. Ditangkap dan dipindahkan ke pusat-pusat konservasi hidupan liar ex-situ seperti di Pusat Konservasi Gajah atau di taman-taman zoologi.

iii. Diwujudkan strategi pengurusan untuk memelihara baka genetik yang dominan.

JD119156 Tek.indd 8 3/22/07 12:30:20 PM

Page 18: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

9

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

4.3 Isu konservasi

masalah paling serius yang dihadapi dalam usaha untuk aktiviti konservasi gajah ialah kemusnahan habitat utama gajah akibat daripada tindakan pembukaan kawasan-kawasan hutan. Kesan dari pembukaan hutan ini juga telah turut memusnahkan persekitaran yang lain seperti penghakisan tanah, pencemaran anak-anak sungai dan kerosakan kepada ekosistem asal. masa depan populasi gajah yang masih terdapat di luar kawasan perlindungan hidupan liar, belum terjamin keselamatannya, berikutan dengan peningkatan kegiatan sosio-ekonomi di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk eko-pelancongan, kuari dan pembalakan. Pembukaan hutan secara teratur dan bersepadu dengan mempastikan hutan-hutan yang ada tidak menjadi pulau-pulau hutan yang kecil akan membantu pergerakan gajah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Pengwujudan pulau-pulau hutan ini kebiasaannya tidak boleh lagi menampung jumlah populasi gajah yang ada.

Gajah-gajah yang telah kehilangan habitat dan sumber makanan akan mula keluar daripada habitat asalnya dan memasuki kawasan-kawasan ladang pertanian, kebun dan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan. Akibatnya, timbul konflik antara kepentingan konservasi gajah dengan manusia. Penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran dengan hutan seringkali terdedah kepada ancaman gajah. Bagi menyelesai masalah ini, ada sebilangan penduduk yang telah mengambil tindakan sendiri dengan cara mencedera atau membunuh gajah tersebut dengan menggunakan senjata api atau racun.

Peningkatan kegiatan pemburuan haram ke atas gajah-gajah liar bagi tujuan tertentu juga menyebabkan populasi gajah turut berpecah dan bergerak ke tempat yang baru. Permintaan seperti gading dan lain-lain anggota gajah dengan harga yang tinggi di pasaran gelap juga memburukkan lagi keadaan. Penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76, �97� terhadap pemburuan haram telah berjaya mengurangkan kemungkinan kepada pembunuhan haram gajah ini.

JD119156 Tek.indd 9 3/22/07 12:30:25 PM

Page 19: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�0

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Usaha jabatan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai pentingnya konservasi gajah sebagai satu warisan negara memerlukan perancangan dan usaha yang berterusan. Kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat terhadap pentingnya konservasi hidupan liar menyukarkan lagi usaha jabatan untuk menjalankan aktiviti konservasi gajah. Tanggapan setengah masyarakat bahawa keperluan untuk manusia lebih utama dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan hidupan liar menyukarkan lagi usaha ini.

4.4 faktor peningkatan konflik manusia-gajah

Secara umumnya terdapat dua kumpulan pelanggan Jabatan PERHILITAN yang utama dalam konflik manusia-gajah iaitu:

a) Pekebun kecil dan penduduk kampung

Pekebun kecil ialah mereka yang mengamalkan corak pertanian dengan keluasan tanah kurang dari �00 ha dan kebiasaannya mengamalkan tanaman heterokultur. Penduduk kampung pula ialah mereka terdedah dengan ancaman gangguan gajah ketika menjalankan urusan harian mereka terutamanya penempatan Orang Asli di pinggir-piggir hutan.

b) Pemilik-pemilik ladang

Ladang boleh ditakrifkan sebagai kawasan pertanian yang mempunyai keluasan tanah melebihi �00 ha dan kebiasaannya mengamalkan jenis tanaman monokultur seperti getah dan kelapa sawit. mereka kebiasaanya terdiri daripada pemilik syarikat-syarikat besar, FELDA, FELCRA atau anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri.

JD119156 Tek.indd 10 3/22/07 12:30:30 PM

Page 20: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

��

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

faktor-faktor gangguan gajah boleh dihuraikan seperti di bawah:

LUAS kAWASAN GANGGUAN

Luas kawasan gangguan dinilai berdasarkan luas kawasan yang dimusnahkan oleh gajah berbanding dengan luas kawasan sebenar. Ianya boleh dikira dalam bentuk peratusan atau dalam jumlah hektar. Keluasan kerosakan yang tinggi (> 75%) dianggap mengalami masalah yang amat serius, (50 – 74%) serius dan (< 50%) tidak serius.

PERINGkAt UMUR tANAMAN

Peringkat umur tanaman adalah berdasarkan kepada usia pokok tersebut daripada mula ianya ditanam hingga ianya dirosakkan oleh gajah. Pada kebiasaannya pokok yang sudah boleh mengeluarkan hasil akan mengakibatkan kerugian yang besar apabila dimusnahkan oleh gajah. Pokok-pokok yang berbeza mengeluarkan hasil pada umur yang berbeza.

JENIS tANAMAN YANG tERLIBAt

Jenis tanaman juga boleh mempengaruhi tahap gangguan gajah. Tahap gangguan yang serius ialah gangguan yang melibatkan jenis tanaman komersial dan bernilai tinggi. Contohnya dalam ladang kelapa sawit yang juga ditanam dengan tanaman kontan seperti pisang dan nenas. Kelapa sawit merupakan tanaman yang bernilai tinggi sedangkan tanaman pisang dan nenas tersebut hanyalah tanaman selingan sementara menunggu hasil daripada kelapa sawit.

LAMA MASA GAJAH BERAdA dI dALAM kAWASAN GANGGUAN

Ianya bermaksud tempoh masa gajah-gajah tersebut berada di dalam kawasan gangguan. Semakin lama gajah tersebut berada dalam kawasan terbabit maka semakin banyak kerosakan yang dilakukan. Pada kebiasaannya jika gajah berada melebihi tiga hari ianya sudah boleh diambilkira sebagai amat serius. Namun jika gajah-gajah tersebut hanya lalu di kawasan tersebut ianya hanya boleh dikira sebagai sederhana serius. Ini adalah kerana gajah-gajah tersebut mungkin memakan tanaman di sepanjang laluannya.

JD119156 Tek.indd 11 3/22/07 12:30:35 PM

Page 21: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

��

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

BILANGAN GAJAH YANG MENGGANGGU

Bilangan gajah yang mengganggu juga mempengaruhi tahap gangguan gajah. Bilangan gajah yang banyak (> 5 ekor) adalah dianggap amat serius dalam gangguan gajah. Namun begitu, bagi kawasan kampung seekor gajah sudah dikira amat serius merujuk kepada keluasan tanaman serta ancaman yang kemungkinan ditimbulkan oleh gajah tersebut.

kEkERAPAN GANGGUAN

Kekerapan gangguan bermaksud kekerapan gangguan gajah ke atas tempat yang sama dalam tempoh sebulan. Gangguan dikira sangat serius apabila gajah mengganggu pada setiap minggu(4 kali sebulan). Namun begitu kekerapan yang minimum (sekali sebulan) masih dianggap amat serius bagi penduduk kampung yang mengamalkan aktiviti pertanian secara kecil-kecilan.

kOS kEROSAkAN

Kos kerosakan ialah kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak pengurusan atau pemilik ladang disebabkan oleh gangguan gajah ke atas ladang mereka. Namun begitu kos kerosakan ini berbeza-beza mengikut tahap pengurusan, umur pokok dan kadar upah pekerja yang sering berubah dari masa ke semasa. Selain daripada itu kos juga berubah mengikut nilai semasa hasil pengeluaran jenis tanaman yang terlibat.

ANCAMAN kEPAdA MANUSIA

Ancaman kepada manusia berlaku apabila gajah tersebut mula memasuki kawasan penempatan penduduk atau mengganggu penduduk ketika mereka bekerja di ladang. Ancaman boleh berlaku apabila gajah mula merosakkan bangunan atau binaan lain seperti tandas, dapur dan sebagainya. Selain itu, ancaman amat serius boleh berlaku apabila gajah mula menyerang manusia. Ancaman tidak dianggap serius jika gajah tersebut hanya dilihat oleh penduduk dari jarak jauh.

JD119156 Tek.indd 12 3/22/07 12:30:40 PM

Page 22: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�3

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

LANGkAH PENGAWALAN

Langkah pengawalan adalah langkah-langkah yang diambil oleh pelanggan untuk mengatasi masalah gajah di tempat mereka. Langkah-langkah tersebut termasuklah mendirikan pagar elektrik, longkang, pagar berduri, kawalan menggunakan senjata api dan sebagainya. Tahap gangguan gajah akan dapat dikurangkan apabila langkah-langkah pengawalan yang sepatutnya telah diambil. Bagi penduduk kampung atau pekebun kecil mereka kebiasaannya tidak mengambil langkah-langkah pengawalan seperti yang disebutkan di atas. Oleh itu mereka sering terdedah kepada tahap gangguan gajah yang amat serius.

4.5 kawasan Perlindungan

Pengwujudan kawasan-kawasan baru sebagai tempat perlindungan hidupan liar dan usaha-usaha bagi mengekalkan kawasan perlindungan yang sedia ada seperti Taman Negara, Rezab dan Santuari Hidupan Liar adalah satu langkah penting ke arah usaha jabatan untuk melindungi hidupan liar dan habitatnya. Keluasan kawasan-kawasan perlindungan hidupan liar di Semenanjung malaysia kini berjumlah �,��8,573 ha (Jadual 4). Namun begitu jumlah keluasan tersebut tidak kesemuanya sesuai untuk habitat gajah. Kawasan Perlindungan utama yang menjadi habitat gajah hanyalah di Taman Negara, Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Di-Raja Belum.

5.0 kONSERvASI GAJAH MASA kINI

Pada masa lalu, langkah-langkah tradisional bagi mengatasi masalah gangguan gajah ialah dengan cara menghapuskannya. Di antara tahun �967 dan �977, Jabatan PERHILITAN (dahulunya dikenali sebagai Jabatan mergastua) telah menembak mati sebanyak ��0 ekor gajah yang mengganggu kawasan pertanian dan yang mengancam nyawa manusia. Namun begitu, bermula pada tahun �974 Jabatan PERHILITAN telah memperkenalkan teknik terbaru konservasi gajah iaitu menangkap dan memindahkan gajah-gajah yang merosakkan tanaman dan mengganggu manusia ke kawasan perlindungan yang lebih selamat seperti di Taman Di-Raja Belum, Taman Negara dan Taman Negara Endau Rompin (Jadual 5). Selain daripada tangkap dan pindah, beberapa cara juga telah diperkenalkan seperti pembinaan parit dan pagar elektrik di sepanjang sempadan yang menjadi tumpuan kemasukan gajah. Ianya didapati sangat efektif bagi menghalang kemasukan gajah ke kawasan pertanian yang terlibat.

JD119156 Tek.indd 13 3/22/07 12:30:45 PM

Page 23: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�4

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Jadual 4: kawasan perlindungan di Semenanjung Malaysia

kawasan Perlindungan Negeri tahun Warta Luas (ha)

�. Chior GR Perak �903 4,330 �. Bukit Nanas WS Selangor �906 9 3. Bukit Kutu WR Selangor �9�� �,943 4. Bukit Fraser BS Selangor �9�� �,979 5. Kuala Selangor WR Selangor �9�� 44 6. Krau WR Pahang �9�3 53,095 7. Kuala Lumpur Golf Course BR Kuala Lumpur �9�3 40 8. Pulau Port Dickson WR N. Sembilan �9�6 0.5 9. Sungkai WR Perak �9�8 �,4�8 �0. Sg Bukit Putih WR Selangor �93� 4 ��. Endau-Kluang WR Johor �933 �0�,�74 ��. Endau-Kota Tinggi (Barat) WR Johor �933 6�,959 �3. Endau-Kota Tinggi (Timur) WR Johor �933 7,4�3 �4. Klang Gates WR Selangor �936 �30 �5. Segamat WS Johor �937 3�,079 �6. Taman Negara (Pahang) NP a) Pahang �939 �48,��7 �7. Taman Negara (Terengganu) NP b) Terengganu �939 80,�89 �8. Taman Negara (Kelantan) NP c) Kelantan �939 �06,�35 �9. Batu Gajah BS Perak �95� 4.5 �0. Pahang Tua BS Pahang �954 �,336 ��. Empat pulau-pulau burung BS Johor �954 5 ��. Templer Park Selangor �956 �,0�� �3. Bukit Frazer Pahang �957 �,000 �4. Cameron Highlands WS Pahang �96� 64,953 �5. Sungai Dusun WR Selangor �964 4,330 �6. Rizab Pulau Sembilan melaka �97� �7. Tanjung Tuan melaka �97� 6� �8. Pulau Tioman WR Pahang �97� 7,�60 �9. Bukit Pinang TR Kedah �976 � 30. Sidam Kanan TR Kedah �976 � 3�. Rizab Zoo melaka melaka �983 �� 3�. Wang Pinang Perlis �984 68 33. Endau-Rompin (Pahang) NP Pahang �986 40,�97 34. Kuala Selangor NaP Selangor �989 �40 35. Tasik Chini Pahang �989 5,085 36. Bukit Palong TR Terengganu �99� � 37. Endau-Rompin (Johor) NP Johor �993 48,905 38. Rizab Rusa, Pulai Kelantan �993 ��7 39. Bota Kanan TR Perak �993 6 40. Tapak RAmSAR Pahang �995 �6,000 4�. Taman Negara Pulau Pinang Pulau Pinang �003 �,�8� 4�. Taman Negeri Di-Raja Belum Perak �003 ��7,500 43. Taman Warisan Selangor �005 �07,000

JUMLAH BESAR 1,128,573

Sumber: Aiken, R. (1994), DWNP-DANCED(1996); Nota: GR (Game reserve), WS (Wildlife sanctuary), BS (Bird sanctuary), WR (Wildlife reserve), NP (National Park), NaP (Nature Park), TR (Tuntung Reserve)

JD119156 Tek.indd 14 3/22/07 12:30:50 PM

Page 24: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�5

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Jadual 5: Lokasi pemindahan gajah (1974 – 2005)

6.0 PERUNdANGAN

Gajah merupakan spesies hidupan liar yang diperlindungi di bawah Jadual � Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76, �97�. Ia juga disenaraikan di bawah Lampiran �, CITES (Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora) serta dikategorikan sebagai binatang yang terancam dalam Buku Data merah IUCN (International Union for the Conservation of Nature and Natural Resources). Oleh itu, perdagangan spesies ini di peringkat antarabangsa adalah dikawal dengan ketat.

7.0 StRAtEGI kONSERvASI

Para perancang dan pembuat dasar perlu mempunyai kesedaran bahawa penekanan yang diberikan kepada gajah bukanlah sekadar konservasi untuk satu spesies gajah sahaja, tetapi mestilah dianggap sebagai satu tindakan konservasi hidupan liar yang menyeluruh. Ini kerana gajah merupakan spesies utama yang memerlukan habitat yang luas. Perlindungan terhadap habitat gajah secara tidak langsung melindungi kepelbagaian biologi kawasan tersebut. Gajah juga mempunyai hubungkait dengan budaya, ekonomi dan warisan alam semulajadi negara. Oleh itu, kehadiran gajah memberi makna yang besar kepada kita dan generasi yang akan datang.

Untuk melindungi dan memulihara gajah supaya terhindar daripada bahaya kepupusan beberapa strategi konservasi dicadangkan yang meliputi tindakan pengurusan, penyelidikan, inventori, kewangan, kerjasama peringkat nasional dan antarabangsa.

Lokasi pemindahan Bilangan(ekor)

Dipindahkan(ekor)

Domestikasi(ekor)

Taman Negara Terengganu �35 �35

Hutan Simpan Belum 58 58

Lain-lain Hutan Simpan 58 58

Base Camp (Lompat/Gandah) 49 49

Kenyir 45 45

Taman Negara Endau Rompin 40 40

Pelbagai Zoo 3� 3�

JUMLAH 417 336 81

JD119156 Tek.indd 15 3/22/07 12:30:56 PM

Page 25: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�6

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

7.1 Pertimbangan terhadap pengurusan populasi gajah

Pengurusan populasi gajah pada dasarnya bergantung kepada saiz kumpulan, saiz habitat serta keadaan habitat tersebut. Keadaan ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

a. Gajah tunggal

Gajah tunggal ialah gajah yang bergerak secara bersendirian, terutamanya gajah jantan yang tidak lagi boleh memberi sumbangan dari segi baka disebabkan tua, uzur atau disingkir oleh kumpulannya. Gajah tunggal seperti ini dianggap sudah tidak mempunyai nilai konservasi.

b. Gajah terkepung

Kumpulan ini merupakan kumpulan gajah yang berada dalam hutan yang kecil yang dikelilingi oleh kawasan pembangunan dan t idak mampu menampung keperluan makanan dan mempunyai kawasan keliaran terbatas. Dalam keadaan seperti ini gajah akan hanya menggunakan hutan yang kecil itu sebagai tempat berlindung pada siang hari dan keluar pada waktu malam untuk mencari makanan. Kawasan pertanian yang berhampiran dengan kumpulan gajah seperti ini akan mengalami kerosakan yang serius disebabkan kekerapan gangguan oleh gajah ini. malah sekiranya ladang dipagar dengan pagar elektrik sekalipun gajah akan tetap cuba memasuki ladang pertanian tersebut.

c. Gajah selamat

Kumpulan ini merupakan kumpulan gajah yang menghuni hutan yang masih luas dan kumpulan ini tidak menimbulkan masalah dari segi pengurusan dan selamat di habitat yang sedia ada. Namun begitu, ia mungkin sekali-sekala memasuki kawasan pertanian atau pinggiran kampung apabila tiba pusingan keliarannya.

JD119156 Tek.indd 16 3/22/07 12:31:01 PM

Page 26: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�7

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

7.2 kaedah tindakan berdasarkan keadaan, saiz kumpulan dan tahap gangguan

Tindakan yang dijalankan adalah berpandukan kepada keadaan kumpulan dan tahap ancaman yang berlaku. Beberapa kaedah pengurusan yang diamalkan adalah seperti berikut.

a. tembak mati

Kaedah ini dijalankan terhadap gajah yang cedera atau sakit teruk dan tiada harapan untuk pulih tanpa mengira umur atau jantina. Gajah tunggal yang memberikan masalah yang amat serius atau mengancam nyawa orang awam juga akan ditembak mati. Namun begitu tidak semua gajah yang menyerang orang awam di tembak mati. Sekiranya orang yang diserang adalah pemburu haram, tindakan tembak mati tidak dijalankan. Ini adalah kerana punca masalah tidak ditimbulkan oleh gajah tersebut (Jadual 6).

Jadual 6: Pengkelasan kategori tindakan tembak mati gajah

kategori situasi tindakan

Kakitangan PERHILITAN dalam Tembak mati perlu untuk mempertahankantugas rasmi diri daripada diserang oleh gajah

Orang awam/penduduk Tembak mati jika menyerang/membunuhkampung/pekerja ladang/ orang awam. Tidak perlu ditembak mati jika pencari hasil hutan hanya terserempak ketika berada dalam hutan dan tidak membahayakan.

Pemburu haram Tidak ditembak mati. Hanya buat laporan.

b. tembak halau

Kebiasaannya ia melibatkan kumpulan gajah yang tinggal berhampiran dengan pinggir hutan dan kawasan pertanian atau penempatan penduduk. Kekerapan gangguan tidak begitu serius dan gajah akan masuk semula ke dalam hutan apabila ditembak halau. Kakitangan perlu memastikan gajah tersebut masuk semula ke dalam hutan selepas tembak halau dijalankan. Setiap aduan perlu dirujuk kepada pengadu agar gajah dapat dikesan dengan segera.

JD119156 Tek.indd 17 3/22/07 12:31:06 PM

Page 27: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�8

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

c. tangkap dan pindah

Kaedah tangkap dan pindah dijalankan terhadap kumpulan gajah yang terperangkap dalam suatu kawasan atau pulau hutan. Gajah kerap memasuki ladang atau kawasan perkampungan yang terbabit dan menyebabkan kerugian yang besar dan berterusan. Anak gajah yang tertinggal atau ditinggalkan oleh ibunya akan ditangkap dan dipindahkan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Lanchang, Pahang atau terus dihantar ke Zoo melaka untuk rawatan. Tangkap dan pindah juga dijalankan bagi gajah yang terkena jerat (wire snare) dan dipindahkan ke Zoo melaka untuk rawatan lanjut.

d. Pagar elektrik dan parit

Kaedah ini perlu disyorkan kepada setiap pemilik ladang dan jabatan hanya bertindak sebagai penasihat sahaja. Kekuatan voltan pagar elektrik mestilah sekurang-kurangnya 9 kV. Jabatan boleh memainkan peranan dengan menasihatkan pemilik ladang supaya sentiasa memastikan pagar elektrik serta longkang sentiasa diselenggara dengan baik.

7.3 Penyelidikan gajah

Beberapa kajian telah dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN sejak tahun �94� sehingga sekarang. Kajian-kajian tersebut meliputi berbagai aspek seperti populasi, taburan, pergerakan, permasalahan gajah, pemakanan, deria gajah dan sebagainya (Jadual 7).

JD119156 Tek.indd 18 3/22/07 12:31:11 PM

Page 28: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�9

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Jadual 7: Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan PERHILItAN (1941 – 2003)

tajuk Lokasi/skop kajian Pengarang tahun jurnal diterbitkan

Populasi & taburan Sem. malaysia mohd Khan, m.K �985 Sem. malaysia mohd Khan, m.K �977 Johor Sahir, O �986 Perak mohd Khan, m.K �969 Sem. malaysia mohd Khan, m.K �99� Tasik Kenyir Hassan, K �99�

masalah gajah Perak mohd Khan, m.K �965 Pagar elektrik Saharuddin, A �98� Hassan, K & �985 Udadin, K Konflik manusia-Gajah Salman S. & �003 Nasharuddin O.

Parameter & Perbandingan jantina Sahir, O �990 biometrik Penganggaran umur mohd Khan, m.K �977

Pergerakan gajah & Hulu Perak mohd Khan, m.K kawasan keliaran P. Besar, Tasik Kenyir Hassan, K �986 Satelit transmiter Burhanuddin et.al �995 Radio transmiter Hassan, K �994 Satelit transmiter Salman S. �998 Salman S. & �00� Nasharuddin O.

Penggunaan mohd Khan, m.K �977 makanan, Kelahiran mohd Khan, m.K �977 & Kematian, Deria mohd Khan, m.K �977 gajah, Komposisi umur mohd Khan, m.K �983

Namun begitu penyelidikan gajah masih perlu dipergiatkan kerana:

a. Bagi mendapatkan kaedah pengurusan gajah yang rasional dan efektif sama ada secara in-situ atau ex-situ. Lebih banyak penyelidikan dan bancian perlu dijalankan untuk mendapatkan saiz populasi yang sesuai (viable population) dalam kawasan hutan yang sedia ada. Populasi minimum yang sesuai bagi populasi gajah yang kecil perlu diwujudkan di dalam habitat yang sedia ada bagi menjamin kesinambungan generasi dan warisan gajah di kawasan terbabit.

JD119156 Tek.indd 19 3/22/07 12:31:16 PM

Page 29: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�0

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

b. Kajian jangka panjang perlu dijalankan untuk mengetahui komposisi gajah dalam kumpulan yang sedia ada. Kajian ini penting terutama bagi kumpulan gajah yang berada di dalam kawasan yang dikelilingi oleh aktiviti pembangunan. Nisbah yang berat kepada jantan akan menyebabkan serakan gajah-gajah jantan apabila dewasa. Sebaliknya nisbah yang berat kepada betina akan meningkatkan saiz kumpulan gajah tersebut dan meningkatkan tekanan terhadap habitat serta keperluan makanan yang sedia ada.

c. Penyelidikan tentang laluan gajah (corridor) perlu dijalankan agar kesinambungan di antara habitat gajah wujud dan tidak terputus. Keluasan laluan perlu diwujudkan agar ianya benar-benar efektif di dalam pengurusan gajah.

d. Penyelidikan ke atas gajah-gajah yang telah ditangkap pindah juga perlu dijalankan bagi mengetahui pergerakan, kesesuaian dan pembentukan kumpulan gajah-gajah tersebut. Kajian ini boleh dijalankan dengan menggunakan teknologi terkini seperti penggunaan pemancar satelit. Ini dapat membantu dalam penentuan kawasan keliaran gajah-gajah tersebut selepas ianya dipindahkan.

7.4 Pencegahan ancaman gajah

Aktiviti pencegahan ancaman gajah daripada memasuki kawasan tanaman perlu dijalankan di kawasan yang terlibat. Cara-cara tradisional yang telah digunakan untuk menakutkan dan seterusnya menghalau gajah perlu diteruskan. Ini termasuk menghalau dengan cara membuat bising, membakar tayar, membuat unggun api dan sebagainya.

Sistem pagar elektrik yang bervoltan tinggi dan disertakan dengan sistem parit dan jalan pesisiran bagi memantau keadaan pagar adalah merupakan cara yang paling berkesan bagi mengawal gajah daripada memasuki ladang. Kegagalan sistem pagar elektrik adalah disebabkan oleh kegagalan dalam penyelenggaraannya.

JD119156 Tek.indd 20 3/22/07 12:31:21 PM

Page 30: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

��

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

7.5 kerjasama dengan badan-badan konservasi antarabangsa

Kerjasama yang erat dengan badan-badan konservasi antarabangsa seperti IUCN (International Union for the Conservation of Nature and Natural Resources), UNDP (United Nation Development Programme), WWF (World Wilde Fund for Nature) dan WCS (Wildlife Conservation Society) adalah amat penting di dalam merangka strategi konservasi gajah bagi jangkamasa panjang. Badan-badan seumpama ini dapat memberi bantuan dan sokongan dari segi dana kewangan dan kepakaran saintifik dalam merangka dan melaksanakan sesuatu polisi yang seiring dengan aktiviti konservasi gajah yang dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN. Sebagai ahli gabungan kepada CITES setiap peraturan yang berkaitan dengan perdagangan gading gajah akan dapat dikawal. Pengawalan ini dapat mengelakkan populasi gajah daripada berkurangan dan mengalami ancaman kepupusan.

7.6 kerjasama dengan agensi-agensi pertanian

Antara kerjasama yang boleh dijalankan ialah:

a) Pembukaan tanah baru untuk pertanian secara tidak menentu akan menyebabkan fragmentasi habitat. Semakin luas kawasan hutan yang diterokai semakin tinggi kebarangkalian gajah akan memasuki kawasan pertanian tersebut. Ini berkait rapat dengan masalah pengecilan habitat gajah. Oleh itu dicadangkan supaya semua projek pertanian dibuat secara bersepadu dan tidak bertaburan di dalam blok-blok yang kecil. Ini dapat mengatasi masalah gajah-gajah liar terperangkap di dalam kawasan yang dibangunkan dan seterusnya tertarik kepada sumber makanan yang terdapat disekitarnya.

b) Dalam sesetengah kawasan, perlu diwujudkan zon-zon penampan (buffer zone) di antara kawasan pertanian dan kawasan terdapatnya kumpulan gajah. Tanaman yang tidak digemari atau tidak boleh dimakan oleh gajah mungkin boleh ditanam di kawasan zon penampan ini. Walau bagaimanapun ini bergantung kepada faktor kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang dimajukan.

JD119156 Tek.indd 21 3/22/07 12:31:26 PM

Page 31: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

��

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

c) Pelan tindakan pengurusan bersepadu yang melibatkan kawasan pembangunan tanah (pertanian, industri perkilangan dan sebagainya) yang disediakan oleh agensi-agensi pertanian seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan ladang-ladang swasta harus dijadikan salah satu perancangan pembukaan tanah yang tersusun. Pihak tersebut harus merujuk kepada Jabatan PERHILITAN bagi mendapatkan pandangan dan ulasan bagaimana pembangunan tanah yang diusahakan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Ia bukan sahaja melibatkan keuntungan sebelah pihak tetapi menjadikan kawasan yang bermasalah dengan gangguan gajah dapat diuruskan secara bijaksana.

7.7 kerjasama daripada kerajaan Negeri

Sebagai pihak yang berkuasa di dalam pembangunan tanah, kerjasama dan peranan pihak Kerajaan Negeri amat penting bagi menjayakan hasrat ini dengan cara:

a) mewujudkan kawasan habitat semulajadi gajah. Ini adalah penting di dalam pengurusan populasi gajah-gajah tersebut. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan Taman Negara, Rezab dan Santuari Hidupan Liar yang sedia ada perlu dikekalkan di samping menambahkan lagi kawasan-kawasan lain yang sesuai.

b) Pembukaan kawasan hutan perlu dibuat dengan cara yang lebih sistematik agar kelompok-kelompok hutan yang kecil tidak diwujudkan. Ini untuk mengelakkan daripada terjadinya populasi-populasi gajah yang kecil dan terasing. Ini bukan sahaja boleh mendatangkan ancaman tetapi juga merumitkan ker ja-ker ja pengurusannya.

c) Pihak Kerajaan Negeri perlulah mengambilkira dan memasukkan kepentingan konservasi gajah ke dalam perancangan pembangunan tanah. Permasalahan yang wujud secara berterusan dari segi pertindihan pengwartaan Hutan Simpan dengan Rezab Hidupan Liar di negeri-negeri harus diberikan penekanan bagi memastikan perancangan dan pengurusan pembukaan hutan yang sistematik dapat dijalankan bagi tujuan konservasi habitat gajah.

JD119156 Tek.indd 22 3/22/07 12:31:31 PM

Page 32: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�3

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

7.8 tabung Amanah Gajah

Tabung Amanah Gajah yang sedia ada perlu diteruskan dan diperkukuhkan kedudukan sumber kewangannya. Dengan adanya tabung amanah ini semua sumbangan kewangan yang diterima untuk operasi tangkap pindah atau konservasi gajah boleh dimasukkan ke dalamnya. Selain daripada membiayai operasi tangkap pindah gajah, ia juga boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dan aktiviti-aktiviti konservasi gajah yang berkaitan. Pihak-pihak yang terlibat dengan pembukaan kawasan hutan secara meluas, terutamanya pihak Kerajaan Negeri dan agensi-agensi pertanian, yang menjejaskan habitat gajah di kawasan berkenaan, perlu memberi sumbangan kepada tabung tersebut.

Penyelarasan sumbangan Kerajaan Negeri kepada pengwujudan Tabung Amanah Gajah Persekutuan boleh dilaksanakan dengan memberi keyakinan dan penerangan serta taklimat mengenai kepentingan dan keupayaan Jabatan PERHILITAN dalam menguruskan permasalahan yang berkaitan dengan gajah.

7.9 keperluan perbelanjaan pengurusan

Setiap perancangan belanjawan pembangunan dan belanjawan mengurus tahunan perlu mengambilkira kos konservasi gajah. Segala kos pengurusan yang diperlukan mestilah merangkumi perincian kos-kos untuk kerja-kerja tangkap pindah gajah, kerja kawalan dan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang diperlukan bagi menyokong konservasi gajah.

JD119156 Tek.indd 23 3/22/07 12:31:35 PM

Page 33: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�4

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

RUJUkAN

Anon. �996. Capacity building and strengthening of protected areas system in Peninsular malaysia. A master Plan. Unpublished.

Jabatan Perhutanan Semenanjung malaysia. �99�. major forest types in Peninsular malaysia.

Jabatan Perhutanan Semenanjung malaysia. �997. Inventori Hutan Nasional Ketiga.

John F. E, George m.m & John S.,�990. Asian elephants. National Zoologocal Park, Smithsonian Institution, Washington D.C.

John F. E & melvyn L. �97�. An Ecological Reconnaissance of Wilpattu National Parks, Ceylon. Smithsonian Contributions to Zoology. No. �0�. Smithsonian Institution Press

michael W.m & Linda D.E. �978. Elephants and agriculture in malaysia. Department of Wildlife and National Parks. Unpublished.

mohd Khan m.K.�99�. The malayan Elephant. A species plan for its conservation. malindo Printers Sdn. Bhd, Shah Alam, Selangor.

Olivier R.C.D. �974. On the ecology of the Asian Elephant. Volume II. Unpublished.

PERHILITAN. �990. Pelan induk pemuliharaan gajah Semenanjung malaysia. Tidak diterbitkan.

Richard C.L.�997. Gone astray. The care and management of the asian elephant in domesticity. Dharmasarn Co., Ltd. Bangkok.

Salman, S. & Nasharuddin, O. �00�. A study on the home range and habitat utilization of a translocated elephant (Elephas maximus) using satellite transmitter in Terengganu National Park. Journal of Wildlife and Parks. 20: �� – �6. Sukumar. R.�989. The asian elephant. Ecology and management. Cambridge university press. Cambridge.

Susan K.m., Eva L.S & Ranglack G.S. �994. medical management of the elephant. Indira Publishing House. michigan. U.S.A.

T.C. Whitmore, �99�. Hutan hujan tropika di timur jauh. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

JD119156 Tek.indd 24 3/22/07 12:31:40 PM

Page 34: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�5

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

TUmBUH-TUmBUHAN yANG DIKENALPASTI mENJADI mAKANAN GAJAH

tUMBUHAN HUtAN

Nama tempatan Nama saintifik Nama tempatan Nama saintifik

�. Bayas Oncosperma horridum �3. Salak Zalacca spp

�. Pala Licuala spp �4. Reman puteh Scirpus, scleria

3. Rotan Myrialepis �5. Paku hutan

Calamus �6. mengkudu hutan Morinda

Conera �7. Akar simpoh gajah Dillenia reticulata

Daemonorops �8. Durian hutan

Calospatha �9. Durian kampong Durio zibethinus

Ceratolobus 30. Ludai Sapium baccatum

Plectocomia 3�. Chenderai akar Grewia spp

Plectocomiopsis 3�. merbau akar Intsia pelembanica

Korthalsia 33. Sireh hutan Piper spp

4. Nibong Oncosperma filamentosa 34. Rumbia Meroxylon sagus

5. Dedap Frythrina spp 35. Langkap Arenga westerhoutii

6. Kelepong Ficus spp 36. Chuchor Calamus castaneus

7. Ara Ficus spp 37. Selaput tunggul Eupatorium odoratum

8. Tepus Zingiberaceae 38. Putat akar Barringtonia spp

9. Tebrau Saccharum 39. Lalang (muda) Imperata cylindrical

�0. Riong Themeda villosa 40. Kerteh belalang Pithecellobium clypearia

��. Jejulong Agrostistachys 4�. mengkirai belukar Trema spp

��. Terap Artocarpus spp 4�. Pulai Alstonia spp

�3. Bertam Eugeissona tristis 43. Jelutong Dyera costulata

�4. Pisang hutan Musa spp 44. mahang Macaranga spp

�5. Tebu gajah Saccharum spontaneum 45. Bangkong Artocarpus spp

�6. Kantan Zingiber 46. Balik angin Mallotus spp

�7. Perah Elateriospermum tapos 47. Tepus padi Zingiberaceae

�8. Belaga Zingiberaceae 48. Pauh rusa Irvingia malayana

�9. Ara hantu Ficus app 49. Nenering Parkia javanica

�0. Larah Baccaurea griffithii 50. Buah biak Mitragyne speciosa

��. Tampoi Baccaurea spp 5�. minyak berok Xanthophyllum spp

��. Sengkuang Dracontomelum

Lampiran 1

JD119156 Tek.indd 25 3/22/07 12:31:46 PM

Page 35: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�6

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

tANAMAN PERtANIAN

Nama tempatan Nama saintifik Nama tempatan Nama saintifik

�. Kelapa sawit Elaeis guineensis ��. Petai Parkia speciosa

�. Getah Hevea brasiliensis �3. Jering Pithecellobium jiringa

3. Cempedak Artocarpus integer �4. Sentul Sandoricium koetjape

4. Rambai Baccaurea motleyana �5. Jambu Eugenia spp

5. Kundang Bounea macrophylla �6. Duku, langsat Lansium domesticum

6. Durian melaka Durio malaccensis �7. macang Mangifera spp

7. Asam gelugor Garcinia atroviridis �8. Nangka Artocarpus heterophyllus

8. Rambutan Naphelium lappaceum �9. Kelapa Cocos nucifera

9. Pulasan Naphelium mutabile �0. Durian belanda Annona muricata

�0. Kepayang kayu Pangium edule ��. Belimbing Averrhoa bilimbi

��. Durian Durio zibetinus ��. Betik Carica papaya

(Sumber: T.C.Whitmore, 1991; Mohd. Khan, 1992; R.C.D. Olivier, 1978)

JD119156 Tek.indd 26 3/22/07 12:31:51 PM

Page 36: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�7

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Lampiran 2

LOKASI KONFLIK mANUSIA-GAJAH DI SEmENANJUNG mALAySIA (�005)

Negeri/daerah Lokasi gangguan

JOHOR

Kluang Ldg. Landak, Ldg. Sg. Tawing, Kg. Ilham, Ldg. KUB, Kg. Lukut, Ldg. Koperasi.

Kota Tinggi Ldg. Ulu Sibol A, Gemumi multi Plantation, Ldg. Universiti, Bt. 5-8 Jln. mawai, Ldg. Jaya, FELCRA mawai Baru, FELDA

Aping Barat, Ldg. Kopris, RISDA Perepat, Kg. Telok, Kg. Belukar Durian.

mersing Bt �5-�3 Jln Jemaluang-Kluang, FELCRA Sri mahkota, Ldg.

mCA Nitar Collin, Ldg. mADOS, Bt. 4-6 Jln. Endau, Ldg. RISDA Bt. �5, Ldg. Bukit Payong, FELDA Tenggaroh, FELDA Nitar, Ldg. Paya munis, Jln. Tanah Abang, Kg. Sg. muka Dua, FELCRA Sri mahkota.

Segamat Jln. Chon Kong Labis, Kg. Paya merah, Taman Negara Endau-Rompin (Selai Kemidak).

kEdAH

Padang Terap Kg. masjid Lama, Kg. Lebai Saman, HS Cebar, Kg. Batu 8 mukim Siong, Ldg. Tebu Division �.

kELANtAN

Gua musang Kuala Ber, Pos Blau, Kuala Betis, Ldg. KDSB Renok Baru, Kg. Padang malim, Kg. Pulat, PKPS Editas �, Ldg. Sg. Terah, Kuala Wok, Kg. Pasir Tumboh, Sg. Tah, Bertam Baru, Kg. manar, Sg. Asap A & B, Ldg. Tinjau Sepang, Ciku � & 7, Sg. Lakit, Ldg. Pantas Paloh �, KESEDAR Chalil, Bukit mas Laloh, Ldg. Keruing Teknik, KESEDAR Lebir, Kg. Dim Lah.

Jeli Ldg. Rakyat, Ldg. Rabuah, Kg. Lawar, Kg. Pendek, Ldg. FELCRA Tadoh, Kg. Kuala Kelawang, Kg. Sg. Long, Kg. Lata Janggut, Kuala Long, Kg. Jeliar Base Camp, Kg. Seberang Jeli, Kg. Air Ibol, Kg. Layat, Kg. Berdang, Kg. Bukit Jual, Kg. Seberang Belahat, Kg. Lubok Bongor, Kg. Jabir, Kg. Satan, Kg. Kuala Balah, Kg. Legeh, Sg. Tupai, Kg. Gemang, Kg. Air merbol, Ldg. Sawit Renggai.

Kuala Krai Kg. Dabong, Kg. Buyong, Kg. Belakang Bukit Sg. Taku, Kuala Sg. Lebir, Kg. Ulu manok, Bukit mas Paloh, Kg. Pasir Linggi, Bukit mas Lela Jasa, Kg. Gemang, Kg. Star.

JD119156 Tek.indd 27 3/22/07 12:31:56 PM

Page 37: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�8

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Negeri/daerah Lokasi gangguan

machang mini Estate Air Belaga.

Pasir Puteh Kg. Elong Kandis.

Tanah merah Kg. Rebana, Kg. Jegor, Kg. Air Kayan, Kg. Berdang Gual Ipoh, Kg. Air Canal.

N.SEMBILAN

Jelebu HS Kenaboi.

PAHANG

Bentong Ldg. Bukit Dinding, Ldg. Sabai Telemong, Ldg. Tuan Estate, FELDA Kemasul, FELDA mengkarak �.

Bera Ldg. mengkarak �, FELDA Bera Selatan �, FELDA mayam.

Jerantut Kg. Damak, Kg. Som, FELDA Kota Gelanggi, Ldg. Sg. Rengai, Kg. Bukit mat Daling.

Lipis Kg. Bertam Betau, Pagar Sasak, Lubok Belida, Kg. Kuala Kechau, FELDA Kechau �0, Kg. Kuala Kenong, FELCRA Sepial mela.

maran Ulu Angos, Ldg. LKPP Kertau, Kg. Kuala Wau, LKPP Aur Gading.

Pekan Kg. Chini, Kg. mambang, Kg. Dusun.

Rompin Bukit Ibam, Estate Hwa Li, Ldg. Dara Teh, Ldg. mARDI, Ldg. Bebar, TN Endau Rompin, Ldg. Berabong, Ldg. Siswa Tani, Ldg. Sg. Gayung, Kg. merlak.

Temerloh Ldg. Kg. Bongsu, Ldg. Kurnia, Kg. Sepial, Kg. Paya Pong, Lanchang Estate, Ldg. Sg. Pertang, Ldg. Sg. Kawang.

PERAk

Hulu Perak Kg. Luat, Kg. Kuak Hulu, Kg. Kuak Tengah, RPS Banun, Kg. Bukit Serdang, Kg. Talong, Bukit Sapi, Kg. Sumpitan, FELDA Tawai �, Kg. Chepor, Kg. Ulu Lenggong, Kg. Durian Lubuk, Kg. Kuak Pengkalan Hulu, FELCRA Sg. Tawai, RPS Kemar.

Kuala Kangsar FELDA Lasah, Kg. Bagan Serai, Kg. Asli Bawong, PPRT Dato’ Sagor, Ldg. Wira Sawit Hong, Kg. Temin, Kg. Jeram Petai, Kg. Raja Intan Suraya, Kg. Perlop �, Kg. Asli Pos Poi, Kg. Cheh Kati.

JD119156 Tek.indd 28 3/22/07 12:32:01 PM

Page 38: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

�9

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Negeri/daerah Lokasi gangguan

tERENGGANU

Besut Kg. Pelong, Sungai Kacung, Lata Tembakah.

Dungun Kuala Jengai, Ldg. mai, FELDA Jerangau Barat, Kg. Pasir mas, Ldg. ESPEK, Kg. Hulu Kongsi, FELDA Kerteh 5, Kg. Besol Lama.

H.Terengganu Kg. Kemat, Pasir Nering, Kg. Sekayu, Kg. Padang Setar, Kg. Payang Kayu, Kg. Baung, mg. menerong, Kg. Durian Bador, Kg. menerong.

Kemaman Kg. Air Puteh, Ldg. Chenderung Putra, Ldg. Rakyat, Ldg.

ESPEK.

Setiu Kg. Sg. Bari, Ldg. TDm Kg. Pelong, RISDA Payong, Kg. Besut, FELCRA Langkap, Kg. Tapah, Kg. Pelong, RISDA Chalok Barat, Ldg. Sg. Tong.

JD119156 Tek.indd 29 3/22/07 12:32:06 PM

Page 39: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

30

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

GLOSARI

GIS berasal dari perkataan Geographical Information System, iaitu gabungan sistem perisian khusus, data-data spatial dan digital serta hardware yang boleh digunakan untuk pengimplementasian tertentu di sesuatu kawasan geografi secara digital.

GPS berasal dari perkataan Geographical Positioning System iaitu satu sistem yang boleh mengesan dan mengkoordinasi kedudukan sebenar sesuatu kawasan dengan menggunakan bantuan satelit.

Habitat satu tempat di mana suatu populasi bagi spesies tertentu yang boleh hidup dan tinggal. Habitat dicirikan oleh ciri-ciri fizikal atau jenis tumbuhan tertentu yang dominan.

Hutan sekunder hutan yang pernah dibalak.

Hutan primer hutan dara atau hutan yang tidak pernah dibalak.

Inbreeding pembiakan baka dalam kumpulan keluarga yang sama

In situ dalam habitat yang asal

Ex situ di luar habitat yang asal

keupayaan Keupayaan sesuatu habitat menampungtampungan kelimpahan populasi sesuatu spesies

konflik satu pertembungan kepentingan antara dua pihak atau lebih ke atas kehendak-kehendak yang sama dan sumber yang terhad.

transmitter pemancar yang digunakan untuk mengesan kedudukan dan berupaya menghantar isyarat kepada alat penerima.

JD119156 Tek.indd 30 3/22/07 12:32:10 PM

Page 40: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADKUALA LUMPUR, 2007www.printnasional.com.myemail: [email protected]: 03-92366895 Fax: 03-92224773

JD119156 Tek.indd 31 3/22/07 12:32:17 PM

Page 41: Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia

JD119156 Tek.indd 32 3/22/07 12:32:19 PM