4a pelan tindakan penambahbaikan

4
NAVANITAM GANESON (0610/1788) | PISMP PENDIDIKAN PEMULIHAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS TINDAKAN HASIL DARIPADA REFLEKSI PELAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN (30 MAC-03 APRIL 2015) MURID TIDAK MENUNJUKKAN KERJASAMA DALAM KUMPULAN. MASALAH/PERISTIWA : Masalah yang saya hadapi pada minggu kelapan berada di sekolah ialah saya dapat mengenal pasti terdapat beberapa orang murid daripada kelas 3 AMAR tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Semasa menjalankan aktiviti melengkapkan ayat matematik darab dengan menggunakan penyedut minuman, beberapa orang murid ini menolak untuk bekerjasama dengan ahli kumpulan. Mereka mahu mendominasi kumpulan tersebut dengan ingin melaksanakan semua aktiviti secara individu. Apabila situasi ini berlaku, ahli kumpulan yang lain berasa tidak dihargai dan berlaku sedikit salah faham.

Upload: previn-harry

Post on 08-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

cvc

TRANSCRIPT

Page 1: 4a Pelan Tindakan Penambahbaikan

|

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

TINDAKAN HASIL DARIPADA REFLEKSI

PELAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

(30 MAC-03 APRIL 2015)

MURID TIDAK MENUNJUKKAN KERJASAMA DALAM KUMPULAN.

MASALAH/PERISTIWA :

Masalah yang saya hadapi pada minggu kelapan berada di sekolah ialah saya

dapat mengenal pasti terdapat beberapa orang murid daripada kelas 3 AMAR tidak

menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Semasa menjalankan aktiviti melengkapkan

ayat matematik darab dengan menggunakan penyedut minuman, beberapa orang

murid ini menolak untuk bekerjasama dengan ahli kumpulan. Mereka mahu

mendominasi kumpulan tersebut dengan ingin melaksanakan semua aktiviti secara

individu. Apabila situasi ini berlaku, ahli kumpulan yang lain berasa tidak dihargai dan

berlaku sedikit salah faham.

Walaupun guru telah mengedarkan Kad Tanggungjawab kepada setiap murid,

tetapi murid yang merasakan dirinya ketua masih mahu mendominasi aktiviti kumpulan.

Murid tersebut merasakan yang ahli kumpulan yang lain tidak boleh diharap. Apabila

guru menegur perbuatan mereka, murid-murid tersebut merajuk dan langsung tidak

mahu melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan. Perkara ini mengganggu sesi pengajaran

Page 2: 4a Pelan Tindakan Penambahbaikan

|

dan pembelajaran. Murid-murid mengambil masa yang begitu lama untuk menyiapkan

satu aktiviti dalam langkah imaginasi.

(Rujuk Penulisan Jurnal Refleksi Minggu Kelapan)

TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi, saya akan berusaha dan terus

berusaha untuk memastikan segala cadangan yang dinyatakan dijalankan sebaiknya.

Saya juga perlu membuat pemantauan berterusan untuk memastikan segala cadangan

tindakan dijalankan dengan baik. Saya turut meminta bantuan daripada guru lain untuk

turut sama memerhatikan kelakukan murid kelas ini seterusnya dapat mengenal pasti

kelemahan lain yang perlu ditambahbaik.

PELAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

BIL TARIKH PERKARA CATATAN

1. 30 MAC 2015

Temu buala) Guru Matematikb) Murid Matematik

1. Untuk mendapatkan maklumat murid pemulihan secara terperinci, saya harus menemu bual dengan Guru Matematik.

2. Saya perlu mendapatkan cadangan yang lebih baik untuk mengendalikan masalah ini dengan Guru Matematik.

3. Saya perlu menemu bual dengan murid pemulihan dalam mewujudkan semangat belajar semasa proses pdp.

2. 31 MAC-01 APRIL 2015

Rujukan 1. Perlu membuat rujukan di internet seperti strategi bermain dalam proses pdp untuk mempertingkatkan sikap kerjasama murid dalam kerja berpasikan.

Page 3: 4a Pelan Tindakan Penambahbaikan

|

2. Saya juga perlu rujuk Guru Matematik sebelum melaksanakan apa-apa tindakan.

3. 02 APRIL 2015

Pemerhatian 1. Pemerhatian perlu dilaksanakan pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

2. Selalu membuat pemerhatian terhadap penguasaan murid dalam kemahiran 3M terutamanya dalam set induksi.

4. 03 APRIL 2015

Bincang dengan Guru Matematik

1. Bincang dengan Guru Matematik untuk melebihkan aktiviti kinestatik dalam set induksi seperti mengambil langkah-langkah berikut;

Memperbanyakkan aktiviti yang

melibatkan semua murid

Sentiasa menyebut nama murid

tersebut supaya mereka rasa

dihargai

Sentiasa menyebut nama murid

tersebut supaya mereka rasa

mereka sedang diperhati

Menggunakan alat bantu

mengajar yang dapat menarik

minat murid

Guru perlu mempelbagaikan

aktiviti supaya murid akan berasa

gembira semasa sesi pengajaran

itu berjalan.