48463969 laporan aktiviti gotong royong

4
Laporan Aktiviti Gotong Royong Pada Isnin, 11 Oktober 2010, kami telah menganjurkan aktiviti gotong royong di PPDK Ummi ini. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada aktiviti berbentuk kemasyarakatn yang kami rancangkan sepanjang berlangsungnya program Bakti Siswa ini. Dalam aktiviti ini, kami telah melibatkan pelbagai pihak yang menjadi tenaga kerja dalam aktiviti ini antaranya pihak ibubapa pelatih PDK Ummi, para pelatih PDK Ummi, kakitangan askar Kem Terendak serta penglibatan penuh kami sendiri. Gotong royong ini berfokus kepada keceriaan dan kebersihan kawasan PDK yang mana kami telah merancang beberapa aktiviti seperti membersihkan kawasan luar dan dalam PDK, mengecat pagar PDK, membuat mural di bahagian dalam PDK serta membina bahan bantu mengajar seperti membuat boneka dan mozek. Bermula pukul 8.00 pagi, peserta-peserta gotong royong mula berkumpul di halaman PDK Ummi. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada beberapa zon pembersihan di sekitar kawasan PDK. Setiap zon dibekalkan dengan beberapa peralatan pembersihan seperti pongkes, penyapu, penyodok termasuklah sarung tangan dan plastik sampah. Sebaik sahaja peserta- peserta dipecahkan mengikut zon masing-masing, mereka mula sibuk melakukan tugas masing-masing seperti menyodok longkang, mengutip sampah sarap dan lain-lain. Terdapat beberapa kumpulan yang terdiri daripada kakitangan askar Kem Terendak

Upload: mohamad-rizzal-wahab

Post on 19-Oct-2015

90 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Laporan Aktiviti Gotong Royong

Pada Isnin, 11 Oktober 2010, kami telah menganjurkan aktiviti gotong royong di PPDK Ummi ini. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada aktiviti berbentuk kemasyarakatn yang kami rancangkan sepanjang berlangsungnya program Bakti Siswa ini. Dalam aktiviti ini, kami telah melibatkan pelbagai pihak yang menjadi tenaga kerja dalam aktiviti ini antaranya pihak ibubapa pelatih PDK Ummi, para pelatih PDK Ummi, kakitangan askar Kem Terendak serta penglibatan penuh kami sendiri. Gotong royong ini berfokus kepada keceriaan dan kebersihan kawasan PDK yang mana kami telah merancang beberapa aktiviti seperti membersihkan kawasan luar dan dalam PDK, mengecat pagar PDK, membuat mural di bahagian dalam PDK serta membina bahan bantu mengajar seperti membuat boneka dan mozek.Bermula pukul 8.00 pagi, peserta-peserta gotong royong mula berkumpul di halaman PDK Ummi. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada beberapa zon pembersihan di sekitar kawasan PDK. Setiap zon dibekalkan dengan beberapa peralatan pembersihan seperti pongkes, penyapu, penyodok termasuklah sarung tangan dan plastik sampah. Sebaik sahaja peserta-peserta dipecahkan mengikut zon masing-masing, mereka mula sibuk melakukan tugas masing-masing seperti menyodok longkang, mengutip sampah sarap dan lain-lain. Terdapat beberapa kumpulan yang terdiri daripada kakitangan askar Kem Terendak yang ditugaskan untuk melakukan tugasan khas seperti mengecat pagar PDK. Sementara bagi tugasan menceriakan bahagian dalam PDK, kami membahagikan peserta kepada 2 kumpulan kecil yang terdiri daripada kumpulan membuat bahan bantu mengajar seperti boneka serta kumpulan mengecat mural.Sebagaimana yang dirancangkan bersama beberapa orang petugas PDK dalam mesyuarat- mesyuarat yang lepas, dalam sesi gotong royong ini juga kami telah melaksanakan aktiviti melukis dan mengecat mural di satu sudut yang direncanakan untuk dijadikan sudut bacaan untuk pelatih PDK. Justeru itu juga kami telah menetapkan beberapa orang peserta gotong royong untuk membantu kami dari aspek keceriaan dengan membantu kami menyediakan bahan bantu mengajar serta melukis mural di sudut bacaan yang dirancangkan.Kerja- kerja melukis dan mengecat mural ini mengambil masa yang agak panjang. Justeru dalam aktiviti gotong royong ini kami hanya memfokuskan kepada kerja melukis dan mengecat mural pada satu dinding di sudut bacaan dahulu. Dengan komitmen dan kesungguhan yang utuh daripada peserta gotong royong, kami telah berjaya menghasilkan mural berlatar belakangkan gambar haiwan liar. Bagi tugasan menghasilkan mural yang kedua pula kami telah menyambung tugas ini pada keesokan harinya dan akhirnya mural kedua yang bertajuk upin dan ipin dan kawan- kawan berjaya disiapkan sepenuhnya.Sementara untuk tugasan menyediakan bahan bantu mengajar, kumpulan yang ditugaskan berjaya menyiapkan beberapa contoh boneka haiwan untuk dipamerkan di sudut bacaan yang dirancangkan. Selain itu bahan bantu mengajar berbentuk visual juga berjaya disiapkan sepanjang waktu gotong royong ini. Bahan tersebut termasuklah kad gambar dan huruf vokal yang dihasilakan menggunakan teknik mozek.Pada pukul 10.15 pagi, peserta-peserta gotong royong berhenti rehat seketika untuk menjamah sedikit juadah yang telah disediakan oleh pihak urusetia. Jamuan ala kadar ini berupa kuih muih dan air teh tarik. Kemudian, mereka menyambung tugasan masing-masing yang masih lagi berbaki. Pada pukul 12.00 tengahari, hampir kesemua zon telah selesai melakukan tugasan pembersihan. Pada pukul 12.30 tengahari, para peserta gotong royong dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan sebelum masing-masing bersurai.Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Sekurang-kurangnya mencetuskan kesedaran kepada para peserta gotong royong tentang kepentingan menjaga kebersihan serta mewujudkan persekitaran yang ceria untuk membantu dari aspek pembelajaran para pelatih PDK.