4.3.1 dekolonisasi di china

12
DEKOLONISASI DAN PENGEMBALIAN KEDAULATAN DI CHINA

Upload: nur

Post on 20-Jun-2015

210 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

Enjoy watching my slideshow :))

TRANSCRIPT

  • 1. Dekolonisasi merupakan usaha atauproses membebas atau memberikebebasan kepada tanah jajahan dengancara memberikan kemerdekaan.Dekolonisasi mula berkembang selepasPerang Dunia Pertama dan bertambahrancak selepas Perang Dunia Kedua.

2. Kedatangan kuasa Barat pada abadke-19 menyebabkan Chinabanyak menerima pengaruhBarat. Selain kuasa Barat, Jepun jugaturut menduduki China. Oleh yangdemikian, pemimpin-pemimpin Chinaberusaha membebaskan negaramereka dari cengkaman penjajah. 3. Peranan Kang Yu-wei Kang Yu-wei merupakan tokoh terkenal di China.Pada tahun 1898, Kang Yu-weimemimpin Reformasi Seratus Hari. Beliauberusaha mewujudkan monarki berperlembagaanala-Barat di China. Walaupun pada awalnyadihalang oleh golongan konservatif tetapi usahabeliau akhirnya diterima berikutan rakyat Chinasudah tidak dapat menerima dasarpemerintahan Dinasti Ching yang lebih condongkepada tradisi orang Manchu. 4. Dr. Sun merupakan tokoh revolusi yang hebat. Beliauberperanan melancarkan revolusi bagi menyatakan ketidakpuasanhati terhadap sikap kerajaan China yang tidak bersungguh-sungguhdalam melaksanakan sistem pemerintahanberperlembagaan.Beliau mengemukakanTiga Prinsip Rakyat iaitu;I. Rakyat mempunyai hak bersuara dan memilih pemimpinII. Rakyat China mesti menggulingkan kerajaan Ching danmengembalikan kedaulatan ChinaIII. Rakyat mempunyai hak sama rata dalam pemilikan tanah 5. Pada tahun 1905, Dr Sun Yat Sen menubuhkan Tung MengHui. Beliau memimpin beberapa siri revolusi dalam usahamenggulingkan Kerajaan Ching yang dikuasai oleh orangManchu. Pada tahun 1911, revolusi pimpinan Dr Sun Yat Senberjaya menumbangkan kerajaan dan membentuk kerajaanRepublik China. Pada tahun 1912, Tung Meng Hui ditukarnama kepada Kuomintang [KMT] ataupun Parti Kebangsaan.Walau bagaimanapun, kerajaan Ching masih berusahamengembalikan kekuasaan mereka.Kerajaan melantik Yuan Shih Kai mengetuai tentera bagimenghapuskan golongan revolusi yang dipimpin oleh Dr.Sun. Golongan revolusi bertindak bijak dengan mengadakanrundingan denganYuan Shih Kai dan melantik beliau sebagaipresiden sementara. 6. Semasa pilihanraya diadakan, KMT telah menang besar. Walaubagaimanapun, Yuan Shih Kai enggan meletak jawatan sebaliknyamelantik dirinya sebagai mahajara China. Beliau mengamalkanpemerintahan diktator. Beliau telah mengharamkan KMT danbertindak membunuh pemimpin KMT.Setelah Yuan Shih Kai meninggal dunia [1916], Dr. Sun Yat Sen yangberada di Jepun telah kembali ke China dan mengukuhkan semulakedudukan Kuomintang seterusnya menubuhkan kerajaan diCanton. Beliau berusaha menyatukan rakyat China.Usaha Dr. Sun tidak disenangi oleh kuasa Barat seperti Britain,Perancis dan AS. Memandangkan kuasa Barat tidak menyokong usahatersebut, Dr Sun Yat Sen telah meminta bantuan Rusia. Pada tahun1923, Parti Komunis China [PKC] telah bergabungdengan Kuomintang [KMT] dan membentuk Barisan Bersatu. 7. Chiang Kai-shek berjaya melemahkan kumpulanprokomunis sehinggalah munculnyaMao Tze Tung. MaoTze Tung berjaya memulihkan sokongan rakyat kepadaPKC dengan menekankan dasar mengusir penjajah danhak sama rata ke atas pemilikan tanah. KMT dan PKCterus berbalah dan terjebak dengan beberapa siriperang saudara ekoran percanggahan dasar.Dengan sokongan padu penduduk luar bandar, PKCberjaya memenangi perang saudara menentang KMT.Pada tahun 1949, PKC berjaya membentuk kerajaankomunis yang dikenali sebagai Republik Rakyat China.Chiang Kai-shek dan penyokongnya yang tewas telahmelarikan diri ke Taiwan dan menubuhkan kerajaandemokratik. 8. Usaha dekolonisasi di China menyaksikanberlakunya perpecahan dalamkalanganrakyatnya. Perpecahan akibat percangganganideologi ini turut mencetuskan perang saudara.Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan keatas usaha mengusir penjajah dari China. Walaubagaimanapun, kemunculan tokoh-tokohberwibawa telah berjaya menyatukansebahagian besar penduduk China sehinggaakhirnya mampu mengusir penjajah Baratsekaligus mengembalikan kedaulatan di China.