sistem bermaharaja di china

Upload: myungchuu

Post on 03-Apr-2018

325 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    1/35

    SISTEM BERMAHARAJA DI CHINA

    Konsep Raja/Maharaja

    Sistem pemerintahan beraja atau maharaja merupakan satusistem pentadbiran yang meletakkan raja/maharaja pada

    kedudukan teratas dalam hierarki politik dan struktur sosial

    serta menjadi kuasa penentu dalam pentadbiran kerajaan.

    Dalam hubungan ini, kedudukan mereka sebagai seorang

    individu yang paling berkuasa adalah amat penting dalam

    masyarakat. Seseorang raja atau maharaja mempunyai

    peranan yang cukup besar dan secara peribadi merupakan

    perlambangan kepada kedudukan kerajaan. Seseorang

    raja/maharaja yang berwibawa dan disegani seharusnya berupaya mengekalkan

    kesejahteraan rakyat daripada sebarang bentuk ancaman sama ada secara fizikal mahupun

    bencana alam. Kejayaan seseorang raja/maharaja mewujudkan kestabilan politik,

    kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan sosial. Keadaan ini menjadikan seseorang

    raja/maharaja sebagai penentu kepada hala tuju sesebuah kerajaan. Kejayaan seseorang

    raja/maharaja mengekalkan kuasa menandakan kejayaan peribadi seseorang raja/maharaja

    dan seterusnya menjamin kedudukan raja atau maharaja kekal di puncak kekuasaan.

    Sistem Pemerintahan Kemaharajaan di China

    Di negara China, kewujudan sistem maharaja dikatakan bermula sejak zaman Dinasti Hsia

    yang dianggap sebagai dinasti pertama dan berkekalan sehingga tahun 1911. Antara dinasti

    yang wujud lanjutan daripada Dinasti Hsia ialah Dinasti Shang (1750 SM), Dinasti Chin,Dinasti Sung, Dinasti Sui, Dinasti Tang, Dinasti Ming dan Dinasti Ching (Manchu).

    Pemerintahan bercorak maharaja di negara China berakhir dengan berlakunya Revolusi

    pada tahun 1911. Sehubungan itu, walau sekerap mana sekalipun penggantian dinasti

    berlaku namun kedudukan maharaja sebagai pemerintah tertinggi tetap terpelihara.

    Maharaja kekal kedudukannya sebagai tonggak terpenting dalam kerajaan selagi berupaya

    mengekalkan mandat dari syurga. Maharaja China menjalankan pelbagai peranan dalam

    memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah di negara China sehingga kejatuhan

    Dinasti Manchu pada 1911.

    Kedudukan Maharaja

    Memerintah Berdasarkan Ajaran Confucius

    Dalam mengabsahkan kedudukan maharaja dalam sistem pemerintahan di negara China, ia

    haruslah dilihat melalui kombinasi beberapa aspek terutamanya antara falsafah Confucius

    dan kepercayaan masyarakat terhadap perkembangan politik semasa yang melibatkan

    maharaja dengan kerajaan yang ditadbir serta hubungannya dengan kesejahteraan

    masyarakat pada ketika itu.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    2/35

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    3/35

    Peranan Maharaja di China

    1.Politik

    Ketua pemerintah

    Dalam sistem pemerintahan Maharaja merupakan ketua pemerintah tertinggi negara yang

    berkuasa mutlak. Maharaja berkuasa penuh dalam semua aspek yang merangkumi politik,

    ekonomi dan sosial. Segala perintah maharaja rakyat tidak boleh engkar dan jika engkar

    rakyat boleh dijatuhkan hukuman yang berat. Maharaja China juga sebagai ketua

    perundangan, eksekutif, & kehakiman. Untuk melicinkan pentadbiran Maharaja dibantu oleh

    Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi.Terdapat 6 orang pembesar kanan.

    Maharaja juga menubuhkan jabatan khas iaitu Jabatan Penapis sebagai mata dan telinga

    dan maharaja.

    Melantik golongan pembesar

    Maharaja China mempunyai peranan yang sangat besar dalam urusan melantik golongan

    pembesar sama ada di peringkat pusat atau wilayah. Golongan pembesar yang akan dilantik

    oleh maharaja ini perlu lulus dalam peperiksaan awam China yang diadakan diperingkat

    pusat, wilayah dan kampung. Maharaja perlu melantik golongan pembesar yang benar-

    benar boleh menjalankan tugas mereka kerana kuat atau lemah seseorang maharaja itu

    bergantung kepada mereka. Golongan pembesar ini dianggap sebagai tulang belakang atau

    tiang kerajaan untuk menunjukkan betapa pentingnya golongan ini. Mereka akan membantu

    maharaja dalam pemerintahan sama ada diperingkat pusat atau wilayah.

    Memerintah berdasarkan prinsip Confucianisme.

    Mengikut ajaran Confucius, sesiapa berjaya mendapat mandat dari syurga akan

    berjaya menjadi pemerintah yang baik dan rakyat dapat menikmati kehidup an yang

    aman serta makmur. Sekiranya bencana alam berlaku menunjukkan bahawa maharaja

    yang memerintah tidak lagi mempunyai mandat dari syurga dan dianggap sebagai

    penjenayah. Maharaja mesti memerintah negara berdasarkan prinsip-prinsip anjaran

    confuciannisme.

    Menggubal undang-undang

    Maharaja China juga berperanan dalam pengubalan undang-undang yang akan digunakan

    di negara China. Setiap arahan atau kata maharaja akan menjadi undang-undang.

    Kedudukan maharaja adalah mengatasi undang-undang. Sistem perundangan yang digubal

    akan memastikan kedudukan maharaja terjamin sebagai pemerintah berkuasa mutlak dan

    untuk memastikan negara sentiasa aman dan selamat. Maharaja juga menjatuhkan

    hukuman termasuk hukuman bunuh.

    Sebagai ketua tentera

    Maharaja adalah sebagai ketua tentera dan bertanggungjawab menjaga keamanan dan

    ketenteraman negara serta rakyat. Baginda akan dibantu oleh golongan pembesar yang

    bertanggungjawab dalam bidang keselamatan terutama golongan bangsawan perang dan

    anggota tentera.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    4/35

    2. Ekonomi

    Maharaja perlu memastikan ekonomi negara China sentiasa berkembang dan mampu

    memenuhi keperluan dalam negara iaitu sesuai dengan pengamalan dasar tutup pintunya.

    Maharaja menguasai semua hasil ekonomi negara, menentukan dan menguasai semua

    sistem pungutan cukai negara, terlibat dalam kegiatan perdagangan, menaungi

    perdagangan Asia Tenggara dalam perdagangan ufti, menentukan sistem sukatan dan

    timbangan dan sebagainya.

    3. Sosial

    Ketua agama

    Maharaja China juga merupakan ketua agama yang diamalkan di negara China sepertiBuddha, Toisme & Confucius. Baginda bertanggungjawab memastikan rakyatnya sentiasa

    mematuhi pengamalan agama yang dianuti di China dan memastikan kepercayaan agama

    mereka tidak dicemari oleh pengaruh luar seperti agama Kristian.

    Ketua adat istiadat dan adat resam masy China.

    Maharaja juga bertanggungjwab untuk memastikan setiap adat istiadat diraja dan adat

    resam dipatuhi setiap masa seperti adat kow-tow iaitu adat bersujud dihadapan maharaja

    sebanyak 9 kali tanpa boleh melihat wajah maharajanya. Adat ini mesti dilakukan oleh

    rakyat tempatan atau orang asing yang ingin mengadap maharaja. Maharaja juga perlu

    memastikan alat-alat kebesaran diraja sentiasa dijaga seperti lambang naga yang hanya

    boleh dipakai oleh Maharaja dan kerabat diraja sahaja.

    Pamerkan diri sebagai pemimpin intelektual bagi seluruh rakyat.

    Maharaja bertanggungjawab untuk menjadikan istana sebagai pusat perkembangan ilmu.

    Oleh itu istana telah dijadikan sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan China untuk

    memilih kakitangan awam bagi menjawat jawatan tertinggi negara.

    Kesimpulan

    Sistem pemerintahan bermaharaja di China mula tergugat apabila berlakunya campurtangan

    kuasa Barat terutama apabila China mengalami kekalahan dalam Perang Inggeris-China I

    pada tahun 1842. Negara China yang semakin lemah dan kucar kacir ini telah mendorong

    golongan berpendidikan Barat melancarkan revolusi pada tahun 1911. Revolusi ini akhirnya

    telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan bermaharaja di China dan kemudian diganti

    dengan sistem pemerintahan bercorak Republik dan selepas itu sistem pemerintahan

    Komunis. Ketua pemerintahannya adalah berjawatan sebagai Presiden.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    5/35

    SISTEM PEMBESAR DI CHINA

    KedudukanSistem pembesar di negara-negara Asia Timur termasukChina masih mengamalkan sistem feudal. Berdasarkan

    sistem ini pembesar mempunyai kuasa yang terhad dan

    bergantung kepada sokongan raja atau maharaja. Dalam

    masa yang sama pembesar mempunyai tanggungjawab

    terhadap pengikutnya dan ini penting bagi melaksanakan

    tugasnya terhadap raja. Di China, pembesarnya terdiri

    daripada pembesar peringkat pusat dan pembesar peringkat

    wilayah. Kebanyakan golongan pembesar ini merupakan

    mereka yang lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam dalam

    kurikulum Confucius yang merupakan falsafah moral bagi

    masyarakat China klasik. Terdapat juga pembesar daripada kalangan golongan bangsawan

    atau tentera yang dilantik oleh maharaja.

    Maharaja menduduki lapisan teratas diikuti golongan bangsawan, golongan

    terpelajar/sarjana, golongan petani, golongan pertukangan, saudagar/peniaga dan golongan

    askar. Golongan bangsawan memiliki wilayahnya tersendiri yang ditauliahkan oleh

    maharaja. Mereka ini berkuasa mentadbir wilayah masing-masing. Golongan bangsawan di

    China adalah mereka yang lulus dalam Peperiksaan Awam. Peperiksaan awam ini

    mempunyai empat tahap iaitu peperiksaan bandar, peperiksaan jajahan, peperiksaan

    wilayah dan peperiksaan istana yang dijalankan di hadapan maharaja sendiri. Mereka yanglulus dalam peperiksaan awam akan ditempatkan di kementerian-kementerian yang penting

    yang bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan.

    Golongan ini jugalah yang menganggotai Imperial Secretariat dan Imperial Cancelory.

    Kesemua dasar yang digubal diperingkat pusat akan dilaksanakan diperingkat wilayah.

    Pelaksanaanya akan dipertanggungjawabkan kepada pembesar bawahan di Jabatan Hal

    Ehwal Negara. Terdapat pelbagai jenis jabatan yang dibentuk seperti Jabatan Awam,

    Jabatan Hukuman, Jabatan Perkhidmatan, Jabatan Hasil dan Cukai, Jabatan Upacara serta

    Adat Istiadat dan Jabatan Penapis.

    Golongan sarjana atau gentri merupakan pembesar tempatan yang membantu pembesar-

    pembesar peringkat wilayah. Mereka ini sebenarnya golongan terpelajar tetapi berkhidmat

    secara sukarela kepada pembesar wilayah yang dilantik oleh maharaja. Golongan Gentri ini

    bertindak sebagai orang tengah antara pembesar kerajaan dengan rakyat jelata di kawasan

    mereka sendiri. Terdapat juga pembesar yang bukan golongan bangsawan. Mereka ini

    berpengaruh diperingkat wilayah kerana memiliki angkatan tentera mereka sendiri.

    Golongan ini bertanggungjawab ke atas wilayah mereka sendiri dan bersedia membantu

    dari segi ketenteraan kepada kerajaan pusat pada bila-bila masa.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    6/35

    Peranan Pembesar di Peringkat Pusat

    1. Raja atau maharaja China membahagikan tiga fasa pentadbiran, iaitu pentadbiran

    awam, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran tempatan di bawah badan pengawas bagi

    melancarkan pemerintahannya dalam memastikan keamanan dan ketenteraman negara.

    2. Dalam pemerintahan dan pentadbiran pusat, maharaja China memecahkan

    pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi, iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi

    (Enam Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis).

    3. Institusi Sekretariat Agung terdiri daripada 3 hingga 6 orang setiausaha agung yang

    dipilih oleh maharaja China. Peranan Sekretariat Agung:

    Membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras 6 badan kementerian dalam

    pentadbiran pusat.

    Memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam 6 badan kementerian.

    4. Maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi. Majlis ini menjadi badan penasihat yang

    penting kepada raja atau maharaja. Ciri-ciri Majlis Tertinggi ialah :

    Dibahagikan kepada enam kementerian.

    Setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau

    Shangschu. Sangschu akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap

    urusan berdasarkan kementeriannya.

    5. Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Personal atau Ministry of Personal terdiri

    daripada Lembaga Personal, Lembaga Kewangan, Lembaga Adat, Lembaga Perang,

    Lembaga Hukuman, dan Lembaga Kerja-kerja Awam. Terdapat 4 jabatan utama yangbertanggungjawab terhadap pelantikan, penganugerahan, rekod perkhidmatan dan

    penilaian prestasi.

    Kementerian Kewangan terdiri daripada 13 orang pegawai dan setiap orang

    dipertanggungjawabkan untuk mengawal salah satu daripada 13 provinsi dan

    mewakili 4 bahagian yang khusus, iaitu penduduk, akaun awam, akaun khusus, dan

    akaun pertanian atau tanaman. Kementerian ini menyimpan kewangan negara,

    memastikan kekayaan maharaja, serta menguruskan perbelanjaan negara dengan

    baik.

    Kementerian Adat dibahagikan kepada 4 jabatan yang bertanggungjawab kepada

    adat istiadat, pengorbanan, penerimaan tetamu, dan barangan. Kementerian ini juga

    menguruskan hal ehwal agama Buddha dan Taoisme. Anggotanya terdiri daripada

    golongan cendekiawan. Kementerian ini turut mengendalikan Sistem Peperiksaan

    Kerajaan dan melaporkan kepada maharaja sama ada pelajar tersebut layak

    memegang jawatan atau tidak.

    Kementerian Perang mempunyai 4 jabatan yang bertanggungjawab terhadap

    pelantikan pegawai, pengawasan operasi, peralatan, dan pembekalan kelengkapan

    tentera. Oleh yang demikian, kalangan ketua-ketua tentera sering mendapat tempat

    istimewa dalam kerajaan.

    Kementerian Keadilan terbahagi kepada 13 jabatan berasaskan prinsip setiap satu di

    setiap provinsi.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    7/35

    Kementerian Kerja Raya dibahagikan kepada 4 jabatan dan berfungsi mengawal

    beberapa gudang dan kilang. Kementerian ini bertanggungjawab dalam kerja

    pembinaan, mendapatkan guna tenaga untuk perkhidmatan awam, pembuatan

    barang untuk kerajaan, komunikasi laut dan darat, penyelarasan timbangan, dan

    mengawal pengeluaran barangan tertentu dari kawasan pergunungan dan tasik di

    China.

    6. Maharaja China menubuhkan Lembaga Penapis atau Censorate untuk memastikan

    pembesarnya menjalankan arahan serta menjadi mata dan telinga maharaja. Ciri-ciri

    Lembaga Penapis :

    Terdiri daripada 2 orang Censor, beberapa timbalan, dan 4 pegawai rendah yang

    bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat Censorate dan urusan

    pentadbiran.

    Kuasa utama Censorate terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk

    membendung amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakcekapan.

    Pada zaman Dinasti Ching, maharaja menempatkan 24 orang Censorate di Peking

    atau ibu kota dan lebih 56 orang Censorate di wilayah.

    Jabatan ini berhubung terus dengan maharaja sekiranya terdapat pembesar wilayah yang

    curang terhadap maharaja. Secara langsung ini merupakan satu langkah maharaja untuk

    mengekalkan kawalannya ke atas pembesar wilayah tersebut dan memudahkan maharaja

    untuk mengambil tindakan sekiranya kedudukannya terancam atas perlakuan pembesar

    berkenaan.

    Justeru jelas menunjukkan bahawa pembesar pusat amat berperanan untuk mengukuhkan

    kedudukan maharaja.

    Peranan Pembesar di Peringkat Wilayah

    1. Dalam pentadbiran pembesar di peringkat wilayah, sering kali kalangan tentera dilantik

    sebagai pembesar wilayah dalam usaha memastikan wilayah tersebut berada dalam

    keadaan aman dan tenteram serta mematuhi segala arahan daripada kerajaan pusat. Selain

    golongan tentera, terdapat juga golongan sarjana atau official gentri/ Shan-shin diberikan

    peranan untuk mengetuai pentadbiran di wilayah. Secara umumnya jawatan pembesar

    wilayah di China dikenali dengan nama Gabenor.

    2. Dalam pentadbiran semasa Dinasti Ching (Manchu) Gabenor dibantu oleh pegawai-

    pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim. Bendahari

    bertugas sebagai bendahari amal di wilayahnya. Hakim bertugas mengawal undang-

    undang jenayah dan bidang kuasa rayuan dalam perkara-perkara jenayah, serta menjadi

    Pengawal Garam dan Pegawai Bijirin. Manakala, Tao-tai ialah seorang pegawai yang

    bertugas dalam pentadbiran khas dalam lingkungan dan jajahan pula dikawal oleh ketua

    jajahan.

    3. Dalam melaksanakan tugasnya memegang amanah mandat dari syurga, maharaja

    amat bergantung kepada kekuatan angkatan tentera. Oleh itu jawatan ketua-ketua tenterasering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    8/35

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    9/35

    INSTITUSI PEMERINTAHAN: RAJA/MAHARAJA DI RUSIA

    PENGENALAN

    Sistem pemerintah Rusia telah

    mengamalkan Sistem Pemerintahan

    Beraja bermula tahun 1547 sehingga tahun

    1917. Sistem pemerintahan Rusia adalah

    diwarisi daripada sistem pemerintahan

    empayar Byzantine selepas berlakunya

    perkahwinan Ivan III dengan cucu maharaja

    Byzantine yang terakhir iaitu Sophia pada tahun 1469. Sistem pemerintahan di Rusiamenggunakan konsep caesaropapism iaitu konsep gabungan unsur keagamaan dan politik

    yang mengkehendaki rakyat taat setia kepada pemeriantah Rusia.

    Gelaran raja/maharaja Rusia dikenali sebagai Tsar sempena gelaran Caesar yang diguna

    pakai oleh pemerintah empayar Byzantine. Ivan IV merupakan raja pertama yang

    menggunakan gelaran Tsar dan penggunaannya berakhir dengan Dinasti Ramanov pada

    tahun 1917. Pada abad ke 16 hingga abad ke-20, pemerintahan beraja di Rusia di bawah

    Dinasti Romanov iaitu bermula dengan Michael Ramanov (1613-1645), Peter The Great

    (1682-1725), Catherine I (1725-1727), Tzar Alexander I (1801-1825), Tzar Nicholas I (1825-

    1855), Tzar Alexander II (1855-1881), dan Tzar Nicholas II (1894-1917).

    Sistem beraja di Rusia di bawah Dinasti Ramanov selama 304 tahun berakhir semasa

    pemerintahan Tsar Nikolai II apabila berlaku Revolusi Russia 1917 dan digantikan dengan

    sebuah parti campuran yang mengaku dirinya sebagai Kerajaan Sementara. Pemerintahan

    Kerajaan Sementara di bawah Putera Lyvov dan Alexander Kerensky sehingga 25 Oktober

    1917. Akhirnya pemerintahan Rusia diambil alih oleh Vlanimir Ilyich Lenin melalui Revolusi

    Bolshevik.

    Kedudukan Raja Rusia

    1. Kedudukan Tertinggi

    Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia, Tsar mempunyai kedudukan tertinggi dalam

    struktur masyarakat. Rakyat perlu taat dan memandang mulia kepada Tsar. Tsar merupakan

    ketua dalam setiap bidang pemerintahan di Rusia. Tsar berkuasa membuat segala

    keputusan yang akan dilaksanakan di Rusia dan segala perintah Tsar rakyat tidak boleh

    membantah.

    2.Berkuasa mutlak

    Sebelum Revolusi Rusia 1917, Rusia mempratikkan pemerintahan bercorak autokratik.Pada tahun 1547, Ivan IV yang lebih dikenali sebagai Ivan yang ganas telah memerintah

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    10/35

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    11/35

    5. Mengetuai ketenteraan

    Dasar perluasan wilayah juga mendorong pemerintah Rusia mengawal ketenteraan. Oleh

    sebab Rusia sering terancam telah menyebabkan pemerintah Rusia memperkuatkan

    tenteranya seperti mana yang dilakukan oleh Peter The Great. Peter teleh menambah

    peruntukan ketenteraan sebanyak 2.3 juta rouble pada tahun 1701 kepada 32 juta roublepada tahun 1710. Peter juga memastikan peruntukkan perbelanjaan pusat memberi

    keutamaan kepada pertahanan negara Rusia.

    Begitu juga dengan pemerintah Yekaterina Agung (1762-1796) yang meluaskan kuasanya

    ke Poland-Lithuana dan di selatan memerangi wilayah empayar Uthmaniyyah. Alexander II

    (1855-1881) yang telah memodenkan tentera Rusia berjaya membebaskan Bulgaria

    daripada pemerintahan Uthmaniyyah dalam Perang Rusia-Turki (1877-1898).

    6. Mengetuai bidang ekonomi

    Pemerintah Rusia juga bertanggungjawab memajukan ekonomi supaya negara bertambahkukuh dan stabil. Kesungguhan pemerintah Rusia dalam memajukan ekonomi dapat dilihat

    semasa pemerintahan Peter The Great, Tzar Alexander II dan Tzar Nicholas II. Semasa

    Peter The Great, beliau telah menggalakkan pembangunan industri perkilangan membuat

    senjata, peralatan tentera, pembuatan makanan, sektor pembuatan seperti tekstil, kertas,

    kaca dan barangan kulit. Industri besi dan keluli juga dimajukan di Ural sehingga Rusia

    boleh muncul sebagai pembekal besi utama untuk pasaran Eropah pada abad ke-18.

    Tzar Alexander II pula membangunkan sistem pengangkutan kereta api bagi memajukan

    lagi sektor industri di Rusia. Begitu juga pemerintah Tzar Nicholas II turut memberi tumpuan

    kepada kemajuan pengangkutan kereta api kerana ia menjadi kunci kepada pembangunan

    ekonomi Rusia.

    7. Sebagai ketua agama Kristian

    Pemerintah Rusia juga berperanan sebagai ketua agama dan bertanggungjawab

    memperkukuhkan serta menyuburkan ajaran agama Kristian Ortodoks. Pemerintah Rusia

    perlu memastikan rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama. Sebagai contoh

    pemerintah Peter The Great telah memberikan tawaran kemewahan dan kebendaan serta

    ada yang diugut yang mana tanah mereka akan dirampas jika tidak menukar agama.

    Bagi menjayakan hasratnya juga, beliau telah mengarahkan mubaligh Kristian mempelajari

    bahasa masyarakat tempatan, menterjemahkan kitab Bible ke dalam bahasa tempatan danmenghantar mubaligh tinggal bersama keluarga yang menjadi sasaran pemerintah.

    Kesimpulan

    Kedudukan dan peranan Tsar di Rusia sememangnya tidak banyak bezanya dengan

    kedudukan dan peranan raja/maharaja di negara-negara lain di dunia ketika itu. Tetapi

    akhirnya kedudukan dan peranan Tsar tamat setelah berlakunya Revolusi 1917 di Russia

    yang akhirnya Russia menjadi sebuah negara republik yang dipimpin oleh seorang

    Presiden.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    12/35

    SISTEM PEMBESAR DI RUSIA

    Pendahuluan.

    Golongan pembesar merupakan pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau

    maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dalam kerajaan. Tujuan pelantikan golongan

    pembesar untuk membantu raja atau maharaja dalam bidang pemerintahan yang

    merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial. Mengikut Kamus Dewan pula golongan

    pembesar bolehlah ditakrifkan sebagai orang yang berpangkat tinggi dalam kerajaan.

    Dalam sistem pemerintahan raja atau maharaja, kedudukan pembesar sangat penting dan

    berada di lapisan kedua selepas kedudukan raja atau maharaja. Institusi pemerintahan di

    Russia memperlihatkan raja atau maharaja melaksanakan pemerintahan dengan bantuan

    atau sokongan institusi pembesar. Bagi memastikan golongan pembesar sentiasa taat setia

    kepada raja atau maharaja dan mengawasi tindak tanduk pembesar maka satu badan

    pemantau telah diwujudkan oleh raja atau maharaja.

    Jika seseorang pembesar gagal melaksanakan tugas yang telah diberikan dengan baik, raja

    atau maharaja mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatannya dan digantikan dengan

    pembesar lain yang lebih berwibawa dan dipercayai. Kuat atau lemah sesebuah kerajaan

    atau raja atau maharaja adalah bergantung kepada golongan pembesar yang dipilih dan

    dilantik oleh raja atau maharaja. Sebab itulah golongan pembesar diibaratkan sebagai

    tulang belakang atau tiang kerajaan dalam sesebuah kerajaan.

    Sistem pembesar yang diamalkan di negara Rusia boleh dibahagi kepada beberapa

    peringkat iaitu pembesar diperingkat pusat, pembesar peringkat daerah atau wilayah dan

    pembesar peringkat kampung. Bidang tugas mereka hampir sama tetapi kedudukan serta

    kuasa mereka yang membezakan di antara golongan pembesar.

    Sistem Pembesar Di Rusia

    Sistem pembesar di Rusia berbeza dengan negara China. Semasa era pemerintahan

    Moscow dan Dinasti Ramanov sistem pembesarnya terbahagi kepada 3 peringkat

    iaitu peringkat pusat, peringkat daerah dan peringkat kampung.

    Pentabiran Di Peringkat Pusat.

    Di peringkat pusat, sistem pemerintahan pembesar melalui Majl is Penasihat Tert inggi

    (Duma), Majl is Penasihat (Zemskii Sabor ) dan jabatan kerajaan (Prikazi). Duma

    dianggotai oleh golongan bangsawan paling kanan dan bertanggungjawab menyelaras hal

    ehwal pemerintahan, mengubal dan meluluskan dasar kerajaan, dan sistem kehakiman.

    Walaubagaimanapun raja masih lagi berkuasa untuk membuat keputusannya.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    13/35

    Zemskii Sabor pula dianggotai oleh golongan bangsawan. Bilangan ahlinya antara 40-50

    orang dan bidang kuasa mereka lebih rendah berbanding kuasa Duma. Prikazi pula

    merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal dan

    diluluskan oleh Duma.

    Sistem pembesar di Rusia disusun dengan teliti akan tidak berlaku pertindihan peranan,lebih seragam dan lebih cekap. Oleh itu Duma dan Zemski i Sabor telah dibub arkan dan

    diganti d engan Majl is Senate pada tahun 1711semasa pemerintahan Peter The Great.

    Majlis ini dianggotai oleh 9 ahli dengan dibantu oleh Colleges bagi meringankan beban

    tugas Senate yang semakin hari semakin banyak tugasnya.

    Dalam bidang pemerintahan, inst i tusi gereja Krist ian Ortodok s juga mempun yai

    peranan penting dalam bidang keagamaan, ekonom i dan pol i t ik. Namum peranan

    mereka telah dikawal dengan ketat oleh raja Rusia supaya pembaharuan yang ingin

    dilaksanakan di Rusia dapat dilaksanakan. Raja Peter telah bertindak tidak melantik

    Patriarch yang baharu pad tahun 1700 malah telah menggantikannya dengan Holy Synod.

    Begitu juga di zaman Catherine, beliau telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja.

    Hal ini telah membolehkan raja mengawal kuasa gereja kerana mereka terpaksa bergantung

    kepada kerajaan pusat.

    Dalam pengubalan dasar luar, Jawatankuasa Tidak Rasmi atau Jawatankuasa Khas telah

    ditubuhkan. Jawatankuasa ini berperanan memberi nasihat kepada raja malah menyokong

    segala dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah terutama di zaman Alexander I. Beliau

    juga telah melakukan perubahan dalam pemilihan anggota Duma atau parlimen seperti

    pemilihan anggota melalui pilihanraya. Semasa pemerintahan Nicholas II, beliau menjadikan

    Duma sebagai Parlimen Rendah iaitu keanggotaannya dipilih melalui undian oleh rakyat dan

    bukan dipilih oleh Tsar. Oleh kerana keanggotaannya terdiri daripada pelbagai peringkatdan bangsa maka ini telah menyukarkan Duma untuk membuat keputusan. Akhirnya Duma

    pertama telah dibubarkan dan Duma Kedua telah ditubuhkan pada Mac 1907.

    Diperingkat pusat juga ditubuhkan Dewan Perhimp unan Wilayahyang bertanggungjawab

    membantu Tsar dalam menguruskan pentadbiran negara Rusia. Keanggotaan terdiri

    daripada golongan bangsawan.

    Polis Rahsia Kh as (Okhrana)juga ditubuhkan di peringkat pusat untuk mengawal

    penyebaran unsur propaganda yang boleh menggugat pemerintahan Tsar, demontrasi

    rakyat, mengawal jalan keluar masuk ke Rusia, menjadi pengintip raja atau Tsar dan

    menangkap golongan pengkhianat kepada Tsar. Penubuhan pasukan ini telahmengukuhkan lagi pemerintahan Tsar terutama di zaman pemerintahan Nicholas I,

    Alexander II dan Nicholas II.

    Pentabiran Di Peringkat Daerah.

    Pentadbiran peringkat daerah juga amat penting dalam membantu pemerintahan Tsar di

    Rusia. Pentadbiran di peringkat daerah di ketuai oleh gabenor atau naib gabenor yang

    dilantik oleh kerajaan pusat seperti di zaman pemerintahan Catherine.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    14/35

    Di peringkat daerah juga diwujudkan Majlis Perundangan Tempatan atau Majlis Daerah

    (Zemstvo). Rakyat diberi kuasa untuk memilih ahli Majlis Daerah. Ahli Majlis Daerah pula

    akan memilih ahli Majlis Wilayah. Majlis ini berperanan menjaga jambatan, jalan raya,

    pendidikan, kesihatan awam dan pemilihan pegawai undang-undang.

    Pentabiran Di Peringkat Kampung.

    Pentadbiran peringkat kampung pula dijalankan oleh Majlis Kampung. Majl is ini jug a

    dikenal i sebagai mir atau Komun. Majlis ini berperanan untuk memunggut cukai yang

    telah ditetapkan oleh kerajaan, menentukan jenis tanaman yang ditanam oleh petani,

    mengagihkan tanah pertanian kepada petani, memilih di kalangan golongan petani untuk

    menjadi tentera apabila diperlukan oleh Tsar, mengawal kemasukan pengaruh luar yang

    boleh mengugat kerajaan pusat dan menjadi pengintip kerajaan daripada berlakunya

    penentangan.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    15/35

    RAJA BERKUASA MUTLAK DAN BERPERLEMBAGAAN DI

    ENGLAND

    Pengenalan

    Raja Henry VII - Pengasas Din asti Tudor Di Eng land

    1. Selepas Zaman Pertengahan, telah berlaku

    kemerosotan sistem feudalisme di Eropah. Keadaan ini

    telah membolehkan raja-raja mengumpul kekayaan dan

    mengukuhkan kedudukannya. Ini telah membawa kepada

    penubuhan negara bangsa iaitu sebuah negara yang

    bebas daripada konsep dunia empayar dan di bawah

    kedaulatan raja berkuasa mutlak.

    2. Negara bangsa di Eropah terbentuk melalui dinasti,

    keluarga baharu, perkahwinan diraja dan konsep empayar.

    Perkembangan ini berlaku di negara England pada abad

    ke-15 dan England berada di bawah pemerintahan beraja

    mutlak hampir 2 abad iaitu bermula pada 1485 setelah berakhirnya Perang Bunga Ros.

    Sistem pemerintahan ini diasaskan oleh Raja Henry VII dari Dinasti Tudor yang memerintah

    England dan berakhir pada tahun 1603 semasa pemerintahan Ratu Elizabeth I.

    3. Mengikut sistem raja berkuasa mutlak, seseorang pemerintah (raja) berkuasa

    sepenuhnya untuk menggubal dan melaksanakan segala dasar dan kedudukannya adalah

    mengatasi undang-undang negara.

    4. Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor, England mempunyai kerajaan yang stabil dan

    mendapat sokongan daripada rakyat. Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan kuasa

    pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta dan tidak membelakangkan

    parlimen.

    5. Dasar-dasar pemerintahan raja berkuasa mutlak di England seperti keagamaan, luar

    negeri dan perdagangan yang dijalankan oleh Raja Henry VII, Raja Henry VIII dan Ratu

    Elizabeth I diterima oleh rakyat.

    6. Namun demikian semasa pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1688), sistem pemerintahanberaja mutlak semakin diperkasakan oleh Raja James I dan Raja Charles I sebelum

    bertukar kepada raja berpelembagaan.

    Perkembangan Sistem Pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak

    1. Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja mutlak telah diterima

    oleh rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku. Sistem beraja

    mutlak yang diasaskan oleh Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah kerajaan yang stabil dan

    mendapat sokongan rakyat. Pemerintahan Dinasti Tudor adalah berdasarkan kepada

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    16/35

    Magna Carta iaitu satu piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja. Raja-raja Tudor

    tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka

    2. Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen

    England yang terdiri daripada House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja) dan

    House of Common (knight, orang kaya dan peguam).

    3. Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan

    menjadi kaya daripada golongan bangsawan. Di bandar pula muncul golongan bourjois

    yang semakin kaya dan menguasai ekonomi melalui kegiatan perdagangan. Kedua-dua

    kumpulan mula berani mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat dalam House of

    Lords.

    4. Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu antara

    penganut Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican

    (gereja kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian (Katolik).

    Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England daripada pengaruhgereja Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas daripada kawalan politik.

    5. Golongan puritan menjadi semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan

    masyarakat kerana dalam ajaran mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak

    upacara atau istiadat agama yang tradisional. Pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani

    dengan baik tentangan golongan puritan yang tidak berpuas hati dengan golongan anglican

    dan ingin mewujudkan gereja yang bebas daripada kawalan politik.

    6. Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603, maka bermula pula era pemerintahan

    Dinasti Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh Raja James I dari Scotland.

    Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti Tudor, dan ini telahmembawa penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan golongan puritan sehingga

    membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-1648).

    7. Raja James I merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja.

    Baginda menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang. Oleh

    itu semua pihak seperti parlimen, mahkamah, gereja, dan sebagainya mesti berkhidmat

    kepada raja dan bukannya berkongsi kuasa.

    8. Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan daripada golongan puritan dan ahli-ahli

    parlimen kerana baginda mengamalkan dasar agama yang lebih memihak kepada mazhab

    Katolik. Golongan puritan juga telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja James I dan

    kemarahan golongan ini memuncak apabila baginda mengahwinkan puteranya dengan

    puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik. Tindakan baginda yang membelakangkan

    parlimen dalam urusan pengenaan cukai telah memburukkan lagi hubungan Raja James I

    dengan golongan puritan.

    9. Ketegangan hubungan ini telah mendorong Raja James I membubarkan parlimen pada

    tahun 1611. Tindakan baginda telah menyebabkan keadaan politik England kucar kacir dan

    lebih memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang memerintah England pada tahun

    1625 juga tidak menyukai golongan puritan. Baginda juga bertindak membelakangi parlimen

    dalam urusan pengutipan cukai. Mana-mana ahli parlimen yang menentang baginda telahditahan dan tentera akan mengawal mereka.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    17/35

    10. Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah

    bersatu untuk menafikan kuasa mutlak raja. Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah

    mengemukakan Petition of Right yang mengutuk tindakan autokratik raja. Akibat kecaman

    ini baginda telah menangkap 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda secara terbuka

    di parlimen. Sehubungan itu, baginda membubarkan parlimen dan memerintah secara

    mutlak tanpa parlimen selama 11 tahun.

    11. Raja Charles I telah mengenakan pelbagai jenis cukai dengan bebas dan menaikkan

    cukai dengan sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli parlimen. Dalam aspek

    agama pula, Raja Charles I memulihkan semula amalan roman khatolik sebagai amalan

    dalam gereja Anglican yang menyebabkan kebangkitan golongan puritan.

    12. Pada tahun 1639, Raja Charles I telah menubuhkan semula parlimen untuk tujuan

    mendapatkan peruntukkan yang diperlukan oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan

    bekerjasama dengan baginda. Ini telah mendorong baginda membubar semula parlimen

    yang baru ditubuhkan dalam masa 3 minggu dan menangkap beberapa ahli parlimen.

    13. Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan beberapa

    orang British bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik. Sekali lagi berlaku

    pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau parlimen.

    Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah pimpinan Oliver Cromwell

    telah berjaya mengalahkan tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648.

    14. Raja Charles I telah dihukum bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England

    sebuah negara republik dengan Oliver sebagai ketua negara yang baharu. Pemerintahan

    Oliver berhadapan dengan kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan diggers yang

    dianggap mengancam pemerintahannya.

    15. Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard

    Cromwell. Walau bagaimanapun dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan

    jawatannya kerana tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.

    Perkembangan Raja Berperlembagaan di England

    1. Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja

    berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan

    memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas 1688.

    2. Raja Charles II telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak

    jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan. Sistem pemerintahan

    raja berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud

    dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh

    golongan aristokrat, gentry dan bourjuis. Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak

    diberikan ruang untuk terlibat secara langsung dalam politik di England ketika itu.

    3. Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James

    II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Oleh itu RajaJames II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of Orange telah

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    18/35

    ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang (1698)

    tanpa berlaku pertumpahan darah.

    4. Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right pada 1699. Raja berperlembagaan

    adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang

    mengiktiraf raja sebagai ketua negara.

    5. Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian yang

    bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right pula mengemukakan beberapa

    peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan

    pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.

    6. Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan

    oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh memansuhkan

    undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak dibenarkan untuk campur

    tangan dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang

    7. Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada

    1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi

    raja. Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat

    dan mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif. Sistem pemerintahan beraja

    mutlak di England juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam

    soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan

    perpaduan dalam politik negara tersebut.

    8. Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan

    mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan

    pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undangbagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja

    9. Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di

    England dan kekal sehingga hari.

    RAJA MUTLAK DAN BERPERLEMBAGAAN DI PERANCISPengenalan

    1. Kemunculan negara bangsa pada abad ke-15M, telah menjadi asas bagi kemunculan

    pemerintahan mutlak di Eropah pada abad ke-16M dan ke-17M seperti Perancis. Maksud

    raja mutlak ialah pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen dan segala arahan raja

    merupakan undang-undang. Raja yang dilantik adalah atas kehendak Tuhan untuk menjadi

    ketua kepada rakyat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab rakyat untuk membantu raja dalam

    menjalankan pentadbiran. Rakyat tidak boleh membantah perintah raja walaupun raja

    memerintah dengan zalim.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    19/35

    2. Pemerintahan raja mutlak di Perancis muncul di dorong dengan lahirnya idea-idea oleh

    pemikir-pemikir politik seperti Jean Bodin, Hugo Crotius dan Cardinal Duc de Richelien.

    Jean Bodin mengesyorkan supaya Perancis diperintah oleh kerajaan pusat yang kuat

    supaya boleh mengawal wilayah dengan lebih baik dan berkesan. Hugo Crotius pula

    mengatakan sesebuah negara berhak mempertahankan negara dengan membela hukum

    antarabangsa dan sesiapa yang mencabuli hukum antarabangsa akan dianggappenceroboh. Manakala Cardinal pula, berpendapat kerajaan pusat yang kuat perlu untuk

    menghadapi ancaman sekiranya pentadbiran dijalankan oleh ramai pihak. Untuk

    menggelakkan daripada berlakunya ancaman atau penentangan maka rakyat tidak perlu

    diberi pendidikan.

    3. Menjelang abad ke-17, Perancis muncul sebagai antara negara yang terkuat di Eropah

    menggantikan Sepanyol. Pemerintahan raja mutlak di Perancis dijalankan oleh Raja Louis

    XIV (1643-1715) yang dikenali sebagai Grand Monarch yang memerintah selama 72 tahun.

    Semasa pemerintahannya berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran di Perancis.

    4. Baginda mengukuhkan kedudukannya melalui pentadbiran pusat yang kukuh dan teratur.

    Bagi memastikan dasar pemerintahannya dapat dilaksanakan dengan baik, baginda terlibat

    dalam urusan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan dan berjaya mengawal mereka dengan

    dibantu oleh menteri-menteri yang berwibawa.

    5. Raja Louis XIV mendapat sokongan padu daripada golongan bangsawan, Huguenot dan

    institusi-institusi kerajaan. Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan Raja Louis XIV

    sebagai pemerintah monarki mutlak di Perancis. Untuk memperkukuhkan lagi

    pemerintahnnya, Raja Louis XIV telah memperkenalkan beberapa dasar seperti:

    a) Dasar Dalam Negara

    Louis XIV menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada empat majlis utama dan juga

    telah melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantunya mentadbir seperti

    Colbert (Menteri Kewangan), Le Tellier (Menteri Hal Ehwal Luar), Louvois (Menteri

    Peperangan) dan Vauban (Menteri Ketenteraan).

    Louis juga menggunakan menteri yang bertanggungjawab bagi malaksanakan dasar-dasar

    diraja di pelbagai provinsi Perancis. Penyelia ditugaskan untuk menyelia pentadbiran,

    keadilan, pentadbiran dan pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah.

    Louis XIV percaya sebagai pemerintah mutlak bagi seluruh Eropah, beliau harus hidup

    bergaya dengan itu beliau mendirikan istana besar di Versailles dan di beberapa buah

    tempat lain. Arkitek-arkitek terkemuka digaji untuk mereka bangunan dan pelukis-pelukis

    terkemuka mengindahkannya. Raja menetap di Versailles yang dikelilingi oleh istana yang

    besar.

    Golongan bangsawan bergantung hidup kepada pencen daripada raja dan dikehendaki

    tinggal dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan sokongan raja.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    20/35

    Perkhidmatan awam terdiri daripada menteri-menteri yang berkebolehan antaranya Jeans

    Baptiste Colbert sebagai menteri kewangan. Zaman Louis XIV juga zaman keemasan bagi

    kesusasteraan Perancis. Antara tokoh seni yang terkenal ialah Racine dan Moliere.

    b) Dasar Ekonomi

    Baginda melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk memastikan negaranya muncul

    sebagai negara yang makmur . Melalui dasar Colbert, wujud perkembangan industri baru,

    memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan,

    mengawal upah dan harga kebanyakan barangan. Dasar ekonomi Colbert telah

    meningkatkan pendapatan kerajaan namun perbelanjaan untuk peperangan tempatan

    semakin bertambah.

    c) Dasar Ketenteraan

    Melalui Louvis (Menteri Perang), Perancis telah mengadakan reformasi dalam ketenteraan

    apabila raja mempunyai kawalan penuh ke atas ketenteraan. Baginda juga menghapuskandominasi golongan bangsawan ke atas bidang ketenteraan dan memulakan kawalan

    langsung ke atas ketenteraan.

    Kerajaan juga bertanggungjawab merekrut tentera, menyediakan perumahan dan bekalan

    makanan kepada golongan tersebut. Pelantikan pegawai-pegawai tentera dilakukan

    berasaskan merit. Kesannya tentera Perancis muncul sebagai tentera yang terkuat di

    Eropah ketika itu.

    d) Dasar Agama

    Dalam aspek agama raja bertindak untuk memaksa golongan bukan Katolik iaitu Huguenot

    (Calvinis) untuk menerima agama Katolik. Edict of Nantes yang ditandatangani pada tahun

    1598 yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk menganut agama pilihan mereka telah

    dibatalkan oleh raja pada 1685.

    Tindakan Louis menyebabkan seramai 200 ribu penganut bukan Katolik meninggalkan

    Perancis dan berhijrah ke England dan Amerika.

    e) Dasar perluasan wilayah

    Semasa pemerintahan Raja Louis, wilayah kekuasaan Perancis merangkumi Sungai Rhine

    dengan Perancis menguasai wilayah-wilayah seperti Spanish Netherlands dan United

    Province.

    6. Pada tahun 1787, Raja Louis XIV telah memutuskan untuk mengadakan Perhimpunan

    Orang-Orang Kenamaan untuk mengatasi masalah kewangan Perancis dengan

    mengenakan cukai ke atas golongan bangsawan, gereja dan hakim.

    7. Raja Louis XIV telah mengadakan persidangan parlimen buat kali pertama pada 5 Mei

    1789 dengan mengikut cara lama yang memberi kelebihan kepada Estet (Parlimen)

    Pertama dan Kedua, manakala Estet Ketiga diminta tunggu diluar dewan. Segala usul yang

    dibincangkan akan diundi yang akan menyebelahi Estet Pertama dan Kedua. Estet Ketiga

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    21/35

    menuntut supaya ketiga-tiga Estet disatukan dan pengiraan undi berdasarkan undi individu,

    tetapi tidak mendapat persetujuan oleh Raja Louis XIV.

    8. Pada 12 Jun 1789, Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Negara) telah diisytiharkan oleh

    Estet Ketiga dan ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Apabila pintu dewan

    ditutup untuk anggota Perhimpunan Kebangsaan, mereka telah berkumpul di gelanggangtenis dan mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai sehingga mereka

    mengubal perlembagaan Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai Sumpah Padang Tenis.

    9. Perhimpunan Kebangsaan (Estet Ketiga) menuntut konsep persamaan dan keadilan

    dilaksanakan dan bukannya keistimewaan diberikan kepada rakyat berdasarkan hak atau

    warisan turun temurun. Perjuangan mereka turut mendapat sokongan golongan miskin dan

    sebahagian tentera yang dipimpin oleh Marshall de Broglie yang dihantar oleh Raja Louis

    XIV.

    10. Pada 14 Julai 1789, bangunan Bastille telah jatuh ke tangan golongan Perhimpunan

    Kebangsaan (pemberontak) yang memberi semangat kepada golongan revolusi di kawasanbandar dan desa. Peristiwa ini diperingati oleh rakyat Perancis sehingga kini dan tarikh ini

    disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Perancis.

    11. Perhimpunan Kebangsaan juga telah berjaya menghapuskan sistem feudal,

    perhambaan, golongan istimewa, monopoli golongan bangsawan dihapuskan, cukai yang

    sama untuk semua, menghapuskan buruh paksa, menghapuskan cukai dan semua jenis

    hak istimewa gereja ditarik balik. Penghapusan masyarakat feudal dan sistem feudal di

    Perancis dikenali sebagai Hari Ogos.

    12. Pada 26 Ogos 1789, parlimen telah meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan

    Warganegara. Pengisytiharan ini telah mengiktiraf semua manusia dilahirkan dan kekalbebas serta mempunyai hak yang sama. Ini rakyat bebas untuk bertukar-tukar fikiran selagi

    tidak melanggar batas undang-undang.

    13. Menjelang tahun 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan telah menyiapkan satu

    perlembagaan ini kerajaan dibahagikan kepada 3 iaitu badan legislatif, badan eksekutif dan

    badan judisiari. Wujudnya perlembagaan ini maka bermulanya pemerintahan raja

    berperlembagaan selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar

    menjadi republik.

    14. Selepas itu, negara Perancis mengalami huru hara dan berlaku perpecahan dalam

    kalangan pendukung revolusi iaitu golongan jacobin dan girondin. Akhirnya Perancis telah

    diperintah oleh diktator Maximilien Robespierre dari golongan jacobin dan zaman ini dikenali

    sebagai Zaman Pemerintahan Ganas. Mereka telah mewujudkan Mahkamah Revolusi dan

    Undang-Undang Syak. Sesiapa disyaki musuh mereka dan menyokong raja akan dihukum

    tembak atau pancung.

    15. Raja Louis XIV dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan alat

    gilotin. Robespierre sendiri dihukum pancung dengan menggunakan gilotin oleh penyokong

    parlimen. Dengan ini berakhirlah zaman pemerintahan ganas di Perancis pada tahun 1794.

    Perancis menjadi aman selepas pemerintahannya diambil alih oleh Napoleon Bonaparte

    pada penghujung tahun 1799.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    22/35

    KERAJAAN PERSEKUTUAN AMERIKA SYARIKAT

    Pengenalan

    1. Persekutuan berasal daripada perkataan Greek iaitu foedus yang membawa maksudperjanjian. Persekutuan merupakan gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah satu

    perlembagaan pusat.

    2. Sistem persekutuan adalah satu sistem pemerintahan yang mengandungi 2 kerajaan

    iaitu kerajaan pusat dan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam

    perkara tertentu.

    3. Walaupun negeri-negeri ini berada di bawah pemerintahan pusat, negeri-negeri ini

    diberi kebebasan untuk mengubal undang-undang sendiri berdasarkan kepada adat dan

    budaya tempatan.

    4. Amerika Syarikat merupakan kerajaan persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah

    negeri yang pernah menjadi koloni Britian, kemudian menjelang akhir abad ke-19 telah

    menjadi 50 buah negeri. Pusat pemerintahannya terletak di Washington dan Presiden

    sebagai ketua kerajaan

    PERKEMBANGAN SEJARAH AMERIKA SYARIKAT

    1. Sebelum tertubuhnya kerajaan persekutuan Amerika, orang Eropah berlumba-lumba

    untuk meneroka dan membuat penempatan di benua Amerika seperti orang Sepanyol,Portugis, Perancis, Belanda dan British.

    2. John Cobat merupakan orang pertama meneroka di Amerika pada tahun 1497, diikuti

    oleh Sir Humphrey Gilbert (1583) dan Sir Walter Raleigh (1584). Kesemua usaha mereka

    menemui kegagalan kerana mendapat tentangan kaum peribumi Red Indian dan kawasan

    tersebut tidak sesuai untuk pertanian.

    3.Pada tahun 1607, Kapt. John Smith membuka koloni di Virginia dan berjaya

    memajukannya kerana memiliki kubu-kubu pertahanan di Jamestown dan wujudnya

    hubungan baik dengan puak Red Indian. Ini telah mendorong lebih ramai orang British

    berhijrah ke Amerika untuk memulakan kehidupan baru ekoran kerajaan Britianmengenakan cukai yang tinggi kepada mereka dan masalah agama terutama daripada

    golongan puritan.

    4.Pada tahun 1620, golongan puritan telah mendarat di New Plymounth dan telah mendapat

    bantuan orang Red Indian untuk menanam jagung. Pada tahun 1621, mereka telah

    menganjurkan Kenduri Kesyukuran kerana mendapat hasil jagung yang banyak sebagai

    tanda berterima kasih kepada tuhan.

    5.Kedatangan orang British semakin bertambah di Amerika dengan membentuk 13 koloni

    iaitu telah membuka penempatan koloni di Virginia (1607), Massachusetts dan New

    Hampshire (1630), Maryland (1634), Connecticut dan Rhode Island (1636), Delaware

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    23/35

    (1638), Carolina Utara (1653), Carolina selatan (1663), New Jersey (1664), New York

    (1664), Pennsylvania (1681) dan Georgia (1732).

    6. Pada abad ke-18, Britian dan Perancis mempunyai koloni di Amerika Utara. Pada tahun

    1756, telah tercetus Perang Tujuh Tahun (1756-1763) antara Britian dengan Perancis di

    Eropah. Dalam perang ini Perancis telah kalah dan perang ini ditamatkan melalui PerjanjianParis. Oleh kerana perang ini melibatkan belanja yang besar, Britian mendesak koloni di

    Amerika membiayai sebahagian perbelanjaan perang tetapi mendapat bantahan penduduk

    koloni.

    7. Raja George III tidak menghiraukan bantahan ini, sebaliknya memperkenalkan 4 akta bagi

    mengutip cukai di koloni seperti akta pelayaran, gula, setem dan teh. Penduduk tetap

    membantah dengan melaungkan slogan tiada cukai tanpa perwakilan dan ini telah

    membimbangkan Britian. Britian telah menarik balik kesemua akta kecuali akta teh.

    8. Melalui Akta Teh, hanya SHTI sahaja boleh menjual teh kepada penduduk di koloni-koloni

    tanpa membayar cukai dan penduduk koloni tidak boleh mengimport teh. Hal inimenimbulkan kemarahan penduduk di koloni. Pada tahun 1773, beberapa orang penduduk

    koloni menaiki kapal SHTI dan membuang kotak-kotak teh ke laut. Peristiwa ini dikenali

    sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston dan ekoran daripada peristiwa ini pelabuhan

    Boston telah ditutup pada tahun 1774.

    9. Tindakan Britian ini telah menyebabkan penduduk di koloni bangkit memperjuangkan

    kemerdekaan mereka daripada Britian. Pada Sept. 1774, pemimpin 13 koloni telah bertemu

    di Philadelphia dan bersetuju menubuhkan sebuah Kongres (Parlimen Bersatu). George

    Washington telah dilantik sebagai pemimpin tentera koloni-koloni Amerika dan

    mengisytiharkan perang terhadap Britian pada tahun 1775.

    10. Pertempuran telah berlaku di Lexington pada April 1776. Pada Julai 1776, kongres yang

    bersidang di Philadelphia telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang

    ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13 koloni telah digabungkan

    menjadi Amerika Syarikat yang merdeka.

    11. Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Britian seperti di Saratoge (1777)

    dan Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian

    Versailles iaitu Britian mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan kesemua

    13 tanah jajahannya.

    PENGUBALAN PERLEMBAGAAN AMERIKA SYARIKAT

    1. Pada tahun 1787, perwakilan daripada semua negeri telah bertemu di Philadelphia untuk

    merangka perlembagaan seperti Benjamin Franklin, George Washington, John Adams,

    Alexander Hamilton, James Madison dan George Mason.

    2. Di bawah perlembagaan ini:

    Sebuah kerajaan persekutuan akan diwujudkan

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    24/35

    Kerajaan pusat menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri,

    pertahanan, cukai dan mata wang.

    Hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masing

    Pentadbiran kerajaan akan dibahagi kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman.

    3. Pilihanraya pertama Amerika Syarikat telah diadakan pada 4 Nov. 1789 dan George

    Washington telah dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama.

    4. George Washington bertindak untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri

    persekutuan dengan dibantu oleh Thomas Jefferson, Henry Knox, Alexander Hamilton dan

    John Kay. Antara yang dilakukan oleh Washington ialah memperkenalkan sistem cukai yang

    adil dan seragam antara negeri, menyeragamkan penggunaan mata wang, menubuhkan

    Bank Nasional pada tahun 1791, dan memindahkan pusat pentadbiran dari Philadelphia keWashington.

    5. Bangunan Capitol dan White House telah dibina di Washington sebagai lambang

    perpaduan dan demokrasi rakyat Amerika Syarikat. Kongres pertama telah diadakan di

    Capitol pada tahun 1800.

    6. Pada tahun 1812, Perang Inggeris-Amerika telah meletus disebabkan tindakan Britian

    memeriksa semua kapal Amerika yang menuju ke Eropah untuk menggelakkan bekalan

    sampai ke tangan musuh. Amerika mengumumkan dasar berkecuali dalam Perang

    Napoleon. Ini telah menyebabkan Britian menahan dan memeriksa kapal-kapal dagang

    Amerika dan ini telah menjejaskan kegiatan perdagangan Amerika.

    7. Selepas perang tamat muncul kebimbangan Amerika terhadap aktiviti peluasan kuasa

    Eropah dalam hal ehwal Amerika sehingga munculnya doktrin Monroe yang menekankan

    konsepAmerika untuk orang Amerika pada tahun 1823. Doktrin ini diwujudkan bertujuan

    untuk menjaga kepentingan negara daripada pencerobohan kuasa luar terutama Eropah.

    Amerika juga menegaskan bahawa peperangan akan dilancarkan terhadap mana-mana

    pihak yang melanggar doktrin ini.

    8. Pada abad ke-19, Amerika telah berkembang daripada 13 buah koloni kepada 50 buah

    negeri melalui 3 cara iaitu pembelian, perjanjian dan peperangan. Menjelang tahun 1850-an,

    Amerika telah mempunyai sempadan negeri seperti hari ini.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    25/35

    9. Walau bagaimanapun, Amerika mula menampakkan pepecahan antara negeri-negeri

    utara dan selatan. Perpecahan ini semakin serius sehingga meletusnya Perang Saudara

    pada tahun 1861-1865 antara Kesatuan Amerika Syarikat (Negeri-negeri Utara) dengan

    Gabungan Negeri-Negeri Amerika (Negeri-Negeri Selatan). Perang ini meletus disebabkan

    oleh masalah hamba abdi, tindakan negeri-negeri selatan menarik diri dari kesatuan

    Amerika, perbezaan antara negeri-negeri Utara dengan Selatan dan wujudnya perasaantidak puas hati terhadap undang-undang kerajaan pusat.

    10. Perang ini bermula apabila Fort Sumter telah diserang oleh tentera selatan pada 12 April

    1861. Pada Sept. 1862 pula tentera selatan telah mengalami kekalahan di Maryland dan di

    Gettysburg pada Julai 1863. Selepas perang tamat, Abraham Lincoln telah memberi ucapan

    termasyhur yang dikenali Ucapan Gettysburg dan berakhir dengan kata-kata...kerajaan

    daripada rakyat, oleh rakyat, bagi rakyat tidak akan lenyap dari muka bumi....

    11. Perang saudara ini telah banyak memberi kesan seperti lebih juta orang Amerika

    terkorban, amalan perhambaan dihapuskan di Amerika dan negeri-negeri Utara dan Selatan

    bersatu semula.

    12. Selepas tamatnya perang, Amerika Syarikat telah membangun sebagai sebuah negara

    yang bersatu yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Amerika juga mengalami perubahan

    ekonomi yang pesat dalam bidang perindustrian, pertanian dan pengangkutan.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    26/35

    KERAJAAN KESATUAN PERANCISPengenalan

    Di negara Barat terdapat dua jenis bentuk kerajaan yang diamalkan iaitu negara kesatuandan negara persekutuan. Pelaksanaan mana-mana bentuk kerajaan ini akan mempengaruhi

    keharmonian kerajaan pusat dan tempatan di negara masing-masing.

    Kerajaan kesatuan merupakan sebuah kerajaan yang memberi kuasa yang luas kepada

    kerajaan pusat dan menghadkan kuasa kepada kerajaan tempatan (local government).

    Manakala kerajaan persekutuan pula merupakan sebuah negara yang mengamalkan

    pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri (kerajaan tempatan).

    Bentuk kerajaan kesatuan telah diamalkan di negara Perancis manakala kerajaan

    persekutuan telah diamalkan di negara Amerika Syarikat.

    Kerajaan Kesatuan Di Perancis

    Di negara Perancis, kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam semua aspek pemerintahan,

    boleh mengubah sempadan dan kuasa, dan juga boleh membatalkan perundangan yang

    telah diluluskan oleh peringkat negeri/wilayah. Negara kesatuan Perancis mempunyai

    beberapa ciri iaitu:

    1. Kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan seluruh pemerintahan di

    negara Perancis.

    2. Untuk memudahkan pentadbiran maka kerajaan kesatuan telah membahagikan negara

    kepada beberapa wilayah atau cawangan dan diberi kuasa untuk mentadbir. Pentadbiran

    wilayah ini merupakan ejen kerajaan pusat. Walau bagaimanapun kuasa ini boleh ditarik

    balik oleh kerajaan pusat. Bentuk seperti ini adalah merupakan sistem sentralisasi iaitu

    pemerintah pusat memiliki kedaulatan penuh untuk menyelenggara urusan dari pusat ke

    daerah/wilayah. Pemerintah wilayah hanya melaksana ketetapan pusat.

    Terdapat kelebihan jika mengamalkan kerajaan kesatuan iaitu tidak akan berlaku masalah

    pertindihan kerana sebarang percanggahan antara pengubal dengan pelaksana dasar dapat

    dielakkan. Hal ini kerana segala keputusan akan dibuat oleh kerajaan pusat dan dengan inipemerintahan akan dapat dijalankan dengan mudah, teratur dan berkesan.

    Namum kerajaan kesatuan juga mempunyai kelemahannya tetapi dengan segera dapat

    diatasi oleh kerajaan pusat dengan menyesuaikan pentadbiran dengan keperluan semasa.

    Kerajaan kesatuan sesuai dilaksanakan bagi sebuah negara seperti Perancis kerana

    mempunyai keluasan geografinya tidak luas atau besar dan mempunyai jumlah penduduk

    tidak terlalu ramai. Pengaruh geografi yang tidak begitu luas lebih memudahkan komunikasi

    dua hala dan sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya

    amalan red tape.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    27/35

    Setelah revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789, telah banyak berlaku perubahan di

    Perancis iaitu sistem pemerintahan beraja telah dimansuhkan, sistem feudal dihapuskan,

    hak istimewa golongan bangsawan telah ditamatkan dan berkembangnya semangat

    nasionalisme di Perancis.

    Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem feudal dihapuskan di Perancis, pada tahun1790 pentadbiran baru telah dibentuk iaitu negara Perancis telah dibahagikan kepada 83

    department (wilayah) dan setiap wilayah dibahagi pula kepada cantons (daerah) dan daerah

    pula dipecahkan kepada commune.

    Pentadbiran department akan diketuai oleh Prefet yang dilantik oleh kerajaan pusat. Prefet

    bertanggungjwab secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri dan berperanan untuk

    menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan.

    Disetiap department telah ditubuhkan sebuah majlis iaitu General Council. Ahli-ahlinya

    dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Majlis ini merupakan institusi tempatan yang

    menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan pusat.

    Commune pula berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai oleh Datuk

    Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk Bandar pula akan dibantu oleh Majlis

    Bandaran (Municipal Council). Institusi commune berperanan mengendalikan perkara-

    perkara yang berkaitan dengan pentadbiran bandar seperti meluluskan permit bangunan,

    menjaga keselamatan penduduk, dan menguruskan pendaftaran perkahwinan. Datuk

    Bandar akan menjadi wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Datuk Bandar berperanan

    untuk menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam, menguruskan

    pekerja dikawasannya dan sebagainya. Walau bagaimanapun segala keputusan yang

    dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda, diubah atau dibatalkan oleh kerajaan pusat.

    Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada

    penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya,

    polis tempatan dan sebagainya.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    28/35

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    29/35

    Perjuangan Mazzini

    1. Mazzini (1805-1872), berasal dari Genoa menubuhkan satu gerakan yang dikenali

    sebagai Itali Muda ( Young Itali ). Beliau berhasrat menjadikan Itali sebuah kerajaan

    republik. Gerakan Young Itali cuba bersifat nasional dengan mempengaruhi pelbagai

    golongan seperti golongan pertengahan, pekerja, buruh, pegawai, petani,pengawai tentera

    & sebagainya. Pada tahun 1833, dianggarkan 60000 menjadi ahli gerakan ini.

    2. Pada tahun 1833, Mazzini memimpin satu gerakan menentang Raja Charles Albert di

    Piedmant tetapi gerakan tersebut dapat dipatahkan oleh Raja Charles Albert.

    Perjuangan Count Camillo Benso de Cavor

    1. Tokoh terbilang dalam menyatukan Itali ialah Count Camillo Benso de Cavor (1810-1861),

    Perdana Menteri dalam kerajaan Raja Victor Emmanuel di Piedmont ( Sardinia).

    2. Semasa pemerintahan Raja Charles Albert, Count Camillo Benso tidak terlibat dengan

    kerajaan tetapi apabila Raja Victor Emmanuel II menaiki tahkta, Count Camillo Benso de

    Cavour terlibat secara langsung dalam bidang politik. Pada tahun 1849, beliau dipilih

    sebagai ahli Parlimen Piedmont. Pada tahun 1850, beliau menjawat Menteri Pertanian &

    Perdagangan. Pada tahun 1852, beliau menjadi Menteri luar & Perdana Menteri Piedmont.

    3. Semasa menjadi Perdana Menteri, beliau memajukan Piedmont dengan menurunkan

    kadar cukai, membina kilang, membawa masuk jentera, memperbaiki jalan raya & membina

    jalan kereta api. Sistem kewangan kerajaan disusun semula & menghadkan keistimewaan

    yang diberi kepada penguasa gereja.

    4. Perubahan yang dilakukan oleh beliau dilihat sebagai titik permulaan kepada cita-citanya

    iaitu menyatukan Itali. Oleh sebab itu, beliau telah menyusun semula tenteranya dengan

    berunding secara rahsia dengan pihak-pihak di Itali yang ingin menghalau pemerintah

    Austria dari Itali .

    5. Langkah pertama dan dasar luarnya ialah bekerjasama dengan Perancis dan Britain

    dalam Perang Crimer bagi menentang Rusia. Namun ramalan Count Camillo Benso de

    Cavour yang menjangkakan Austria akan menyertai Rusia tidak berlaku dan rancangan

    pertama ini gagal.

    6. Langkah kedua dalam usaha menyatukan Itali ialah membuat persetiaan dengan

    Perancis akhirnya pada tahun 1858 Cavour menandatangani perjanjian dengan Napoloen III

    yang bertujuan membebaskan Itali daripada penguasaan Austria.

    7. Peperangan antara Sardinia-Perancis dengan Austria meletus dan Austria dapat

    ditumpaskan di Margenta dan Solferino. Bagaimanapun maharaja Perancis memberhentikan

    peperangan tersebut dan membuat perjanjian dengan Austria.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    30/35

    8. Kekalahan Austria telah memberi kesan kepada pemerintah daerah sekutu Austria seperti

    Tuscany, Parma dan Modena kerana kehilangan sokongan pihak luar seperti yang diperoleh

    sebelum ini. Mereka turun takhta dan melarikan diri

    9. Untuk mengukuhkan kedudukan Sardinia, Cavour merasakan perlunya Sardinia terlibat

    secara aktif di kawasan tertentu seperti di negeri-negeri Papal. Tentera Sardinia menyerangnegeri-negeri Papal dan akhirnya negeri-negeri tersebut jatuh ke tangan Sardinia kecuali

    Rom. Kemenangan ini bermakna Cavour berjaya menguasai bahagian utara dan tengah

    Itali.

    10. Seorang lagi tokoh yang terlibat dengan penyatuan Itali ialah Giusepppe Garibaldi

    (1807-1882) yang berasal dari Nice.

    11. Di bahagian selatan Itali, iaitu di Dua Sicily berlaku pemberontakan terhadap

    pemerintahan Raja Bourbon, Ferdinand II dan penggantinya Francis II.

    12. Garibaldi memimpin tenteranya ke Dua Sicily bagi pemberontak disana. Dalam masa 3bulan sahaja beliau telah berjaya menguasai Sicily dan Naples.

    13. Sehingga tahun 1861, semua negeri berada dibawah kerajaan Sardinia kecuali Rom dan

    Venetia. Parlimen Sardinia bertukar menjadi parlimen Itali dan pada 17 Mac 1861, Raja

    Victor Emmanuel II memakai gelaran raja Itali.

    14. Itali meminta bantuan kuasa asing,iaitu Prusia dalam usaha mengusir Austria. Pada

    tahun 1870, meletus peperangan antara Perancis dan Prusia. Perancis mengarahkan

    tenteranya yang berada di Rom (Vatican City) supaya keluar bagi menghadapi Prusia.

    Kesempatan ini diambil oleh tentera Itali untuk memasuki Rom.

    15. Pada tahun 1871, Raja Victor Emmanuel II memindahkan ibu kota Itali dari Florence ke

    Rom. Usaha penyatuan ini tiba ke penghujungnya.

    PENYATUAN JERMANPengenalan

    1. Sebelum abad ke-19M, Jerman mempunyai 360 negeri kecil di bawah pemerintahanmasing-masing. Pada awal abad ke-19M, Jerman telah dikuasai oleh Perancis di mana

    Perancis telah melucutkan takhta raja serta mengubah sempadan Eropah. Perancis telah

    membentuk semula struktur pemerintahan Jerman dan mencantum negeri-negeri kecil di

    Jerman.

    2. Selepas Perancis kalah pada tahun 1815, Persidangan Viena telah dibuat dan mereka

    bersetuju untuk mencantumkan Jerman kepada 39 buah negeri sahaja (Pengabungan

    Jerman) yang terdiri daripada Austria, Prusia, Bavaria, Wurtemberg, Honaver dan Saxony.

    3. Sebelum tahun 1871, penyatuan Jerman tidak berjaya kerana wujud beberapa faktor

    penghalang seperti kebangkitan revolusi pada tahun 1848, persaingan antara kuasa Austria

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    31/35

    dan Prusia iaitu yang mana lebih dominan jika Jerman disatukan dan ramai golongan

    nasionalis Jerman berselerak di Eropah malah ada yang telah menetap di Amerika.

    4. Walaupun wujud faktor-faktor penghalang, usaha untuk penyatuan Jerman tetap wujud

    bermula pada tahun 1815 iaitu selepas tamat perang Napoleon melalui Kongres Vienna.

    Dalam Kongres Vienna 1815, menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampankepada penaklukan Perancis dan keadaan ini mendorong kepada kerjasama ekonomi yang

    turut menyemai penyatuan dalam bidang politik.

    5. Pada tahun 1818, Kesatuan Kastam (Zollverein) telah ditubuhkan di Prusia. Persatuan

    ini telah berusaha menghapuskan cukai antara wilayah bagi menggalakkan aktiviti

    perdagangan. Ini telah mendorong negeri-negeri di Jerman untuk menyertai persatuan pada

    tahun 1854 kecuali Austria. Perkembangan perdagangan ini telah menyebabkan negeri di

    Jerman menganggap Prusia sebagai pemimpin politik Jerman.

    Proses Penyatuan Jerman

    1. Prusia dilihat sebagai memainkan peranan efektif ke arah penyatuan Jerman, apabila

    William 1 ditabalkan sebagai Raja Prusia yang baru pada 1861 percaya Prusia boleh

    memimpin penyatuan Jerman. Beberapa langkah ke arah tersebut telah dilaksanakan

    seperti memperbesarkan angkatan tentera melalui penambahan pegawai tentera, rekrut

    tentera yang ramai dan memanjangkan perkhidmatan sukarelawan kepada 3 tahun.

    2. Untuk merealisasikan tujuan tersebut, William 1 telah melantik Otto von Bismark, iaitu

    seorang junkers (tuan tanah) yang pernah menjadi ahli parlimen (1847), duta Prusia ke

    Rusia dan Perancis pada tahun 1859 dan telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru

    pada tahun 1862. Tugas utama Bismark ialah menjinakkan ahli-ahli parlimen Prusia supaya

    patuh kepada kehendak kerajaan dan raja. Namun apabila parlimen menolak permintaan

    William 1, Bismark telah bertindak secara lebih agresif dalam merealisaikan proses

    penyatuan Jerman .

    3. Sebagai Perdana Menteri, Bismark merancang untuk mengukuhkan pasukan tentera

    dan memperkasakan ekonomi Prusia agar dapat mengurangkan pengaruh Austria dalam

    kalangan negeri-negeri Jerman.

    4. Untuk melaksanakan dasar ini, Bismark melibatkan Prusia dalam tiga peperangan.

    Peperangan pertama Bismark ialah menentang Denmark atas isu daerah Schleswig dan

    Holstein yang diperintah oleh Raja Denmark. Kedua-dua daerah ini mempunyai majoriti

    bangsa Jerman yang telah menyatakan sokongan kepada Bismark. Untuk mencapai tujuan

    tersebut, Bismark telah memujuk Austria supaya bersama memerangi Denmark pada 1864.

    Perang Prusia-Denmark ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Gastein pada Ogos 1865.

    Mengikut perjanjian ini menyaksikan Austria diberi hak untuk mentadbir Holstein manakala

    Prusia mengawal Schleswig.

    5. Namun demikian usaha penyatuan Jerman tidak dapat dilakukan sekiranya Austria

    tidak dapat ditakluki. Justeru itu, Bismark mula mendapat sokongan daripada sekutunya di

    Eropah untuk membantu. Beliau telah menawarkan bantuan kepada Rusia ketika Rusiaberhadapan dengan pemberontakan di Poland. Manakala di Itali pula, Bismark telah

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    32/35

    menandatangani perjanjian pada 1866, iaitu Prusia akan membantu Itali untuk mendapatkan

    wilayah Venetia yang dikuasai oleh Austria.

    6. Bismark mendapat persetujuan William 1 serta ketua-ketua tentera untuk memerangi

    Austria namun ditentang oleh Parti Progresif yang menguasai parlimen. Bagi mengatasi

    senario tersebut, Bismark telah bertindak memberikan hak mengundi kepada semua lelakidewasa dalam pilihanraya dan bukannya hanya kepada golongan lelaki bangsawan seperti

    yang diamalkan sebelum ini. Perubahan ini menyebabkan Parti Progresif kehilangan banyak

    kerusi di parlimen.

    7. Bagi meneruskan misinya, Bismark telah mengistiharkan perang ke atas Austria

    apabila menghantar tentera ke Holstein pada 15 Jun 1866 dengan menuduh pihak Austria

    melanggar Perjanjian Gastein iaitu kerajaan Austria telah melayan dengan buruk orang-

    orang Jerman yang berada di Austria. Perang ini mengambil masa selama 7 minggu, oleh

    sebab itu ia dikenali Perang Tujuh Minggu.

    8. Tentera Austria telah dikalahkan di Sedowa dan perang ini telah ditamatkan denganPerjanjian Prague pada tahun 1866. Mengikut perjanjian ini Austria dikeluarkan daripada

    kesatuan ini serta Austria serah Holstein kepada Prusia dan wilayah Venetia diserahkan

    kepada Itali. Kejayaan ini telah membolehkan Bismark mengabungkan semua negeri-negeri

    utara Jerman menjadi Pergabungan Jerman Utara.

    9. Prusia berhadapan dengan Perancis dalam usaha menyatukan negeri-negeri Jerman.

    Napoleon III tidak akan menyokong rancangan Prusia memimpin penyatuan Jerman.

    Selepas tamat Perang Prusia-Austria, Perancis mula bimbang kebangkitan Prusia sebagai

    kuasa kuat di Eropah. Ini telah mendorong Perancis menuntut agar negeri-negeri Selatan

    Jerman diserahkan kepada Perancis sebagai balasan pertolongan Perancis kepada Prusia

    mengalahkan Austria.

    10. Dengan menggunakan tipu helah, Bismark telah berjaya memujuk negeri-negeri Selatan

    Jerman bersatu dengan Prusia. Selepas itu, berusaha memujuk sekutu-sekutu Perancis

    supaya tidak membantu Perancis. Dalam meneruskan misinya Bismark telah melancarkan

    perang ke atas Perancis pada Julai 1870. Perancis berjaya dikalahkan oleh Prusia pada

    tahun 1871 dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian Frankfurt.

    11. Mengikut perjanjian ini, Perancis serah wilayah Alsace dan Lorraine serta membayar

    ganti rugi perang sebanyak 3 ribu juta kepada Prusia. Selepas berjaya mengalahkan

    Perancis, Bismark telah menyatukan Jerman menjadi Empayar Jerman yang mengandungi25 negeri kecuali Austria.

    12. Pada 18 Januari 1871, Raja William 1 dilantik sebagai Kaiser Jerman manakala

    Bismark menjadi Cancellor (Perdana Menteri). Walaupun setiap negeri mempunyai

    pemerintah sendiri dan ada sesetengahnya mempunyai tentera dan pegawai diplomatik,

    namun Kaiser mengetuai pentadbiran pusat. Kaiser berkuasa untuk mengarahkan tentera

    sewaktu peperangan dan menentukan dasar luar.

    13. Selepas berjaya menyatukan Jerman (1871), Bismark berusaha untuk mewujudkan

    keamanan di dalam dan luar negeri Jerman, membangunkan negara dan mengamalkan

    dasar berhati-hati dalam menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negaraEropah. Bismark juga telah menanda tangani perjanjian 3 kuasa iaitu antara Prusia dengan

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    33/35

    Itali dan Austria yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga. Tujuannya untuk menggelakkan

    daripada Perancis menyerang Jerman.

    14. Bismark juga telah memperkenalkan perlembagaan Jerman dengan menubuhkan

    parlimen yang mengandungi Majlis Persekutuan dan Diet Maharaja. Bismark juga berusaha

    menyekat pengaruh gereja, menyeragamkan sektor ekonomi, membangunkan sektorperindustrian, memajukan sektor pertanian dan perdagangan serta pemulihan sosial.

    USAHA BISMRCK MENYATUPADUKAN BANGSA JERMAN

    SELEPAS TAHUN 1871

    Pendahuluan

    Bismarck dilahirkan pada 1 April 1815 di Brandenburg, Prusia dalam kalangan keluarga

    bangsawan. Beliau pernah berkhidmat sebagai peguam di Jabatan Perkhidmatan Awam

    Prusia. Bismarck dipilih menjadi wakil dalam Parlimen yang dikenali sebagai Diet Bersatu

    oleh Raja Frederick William IV pada tahun 1847.

    Pada tahun 1895, beliau dihantar ke Rusia sebagai duta Prusia dan seterusnya beliau

    pernah berkhidmat sebagai duta ke Paris. Pada tahun 1862, Raja William I telah melantik

    Bismarck sebagai Ketua Menteri Prusia. Setelah menjadi ketua menteri Prusia, beliau

    menggunakan dasar darah dan besi untuk menyatukan Jerman.

    Beliau menyatukan negara Jerman melalui dua peringkat. Pada peringkat pertama (1864-

    1870) beliau berperang dengan Denmark, Austria dan Perancis untuk menyatukan negeri-

    negeri Jerman di bawah Prusia. Selepas menyatukan Jerman secara fizikal, Bismarck

    melancarkan peringkat kedua rancangan penyatuan Jerman bagi menyatukan rakyat

    Jerman supaya menjadi sebuah negara yang bersatu padu.

    Usaha-usaha Bismark Untuk Penyatuan Penduduk Berbangsa Jerman.

    1. Menyekat pengaruh gereja

    Semasa pemerintahannya, Bismarck telah menghadapi masalah dengan gereja Roman

    Katolik di Jerman. Paderi-paderi Roman Katolik ingin berkuasa semula dan mereka menyeru

    jajahan di Jerman menuntut lebih kebebasan daripada Kaiser.

    Dalam pada itu, Paus mula bertindak untuk mempengaruhi Jerman dalam hal ehwal

    politiknya. Bismarck bimbang kebangkitan gereja Roman Katolik akan memecahkan

    perpaduan dalam negeri Jerman.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    34/35

    Bagi mencegah perkembangan semula kuasa gereja, Bismarck memulakan pergerakan

    anti-gereja yang dikenali sebagai Kulturkampf pada tahun 1872. Beliau meluluskan siri

    undang-undang yang dikenali sebagai Undang-Undang Mei bagi mengawal sekolah-sekolah

    agama Katolik dan pegawai tinggi gereja.

    2. Memulihkan Keamanan di Jerman dan Eropah

    Bismarck telah mengambil langkah bagi mewujudkan keamanan dalam dan luar negara bagi

    membangunkan negara Jerman. Bismarck mengamalkan dasar berhati-hati dalam

    menjalinkan persahabatan dengan negara-negara lain di Eropah.

    Beliau bimbang Perancis yang telah kehilangan banyak jajahannya kepada Jerman pada

    tahun 1871 akan menyerang Jerman. Pada tahun 1882, Bismarck mengadakan perikatan

    dengan Austria dan Itali yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga. Melalui Perikatan

    ini, beliau berharap negara-negara lain terutamanya Perancis tidak akan memulakanpeperangan dengan Jerman.

    3. Perlembagaan Jerman

    Langkah seterus yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan Jerman adalah

    dengan memperkenalkan perlembagaan umum bagi seluruh Jerman. Perlembagaan Jerman

    memperuntukkan kuasa bagi penubuhan sebuah Parlimen yang terdiri daripada Majils

    Persekutuan (Bundestrat) dan Diet Maharaja (Reichstag).

    Majlis Persekutuan terdiri daripada wakil-wakil yang dilantik dan semua negeri di Jerman

    manakala Diet Maharaja mengandungi 400 ahli yang dipilih oleh rakyat Jerman. Diet

    Maharaja mempunyai kuasa yang amat terhad dalam meluluskan sesuatu undang-undang.

    Manakala Majlis Persekutuan, Canselor dan Kaiser mempunyai kuasa membatalkan

    sebarang keputusan yang dibuat oleh Diet Maharaja. Perlembagaan mi memberikan kuasa

    kepada Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan negara Jerman.

    4. Menyeragamkan Sistem Ekonomi

    Langkah seterus yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan Jerman adalah

    memperkenalkan sistem ekonomi yang cekap. Beliau mengambil Iangkah-langkah untuk

    memperkenalkan sistem percukaian, mata wang serta sistem sukatan dan timbangan yang

    seragam di seluruh negara Jerman.

    Beliau turut menyatukan perkhidmatan pos dan telegraf di seluruh Jerman. Selain itu, beliau

    juga menyediakan sistem perhubungan yang lebih baik dengan membina jalan raya yang

    Iebih baik. Beliau juga membina rangkaian jalan kereta api yang menghubungkan seluruh

    wilayah di negara Jerman.

  • 7/28/2019 Sistem Bermaharaja Di China

    35/35

    5. Membangunkan Sektor Perindustrian

    Bismarck turut mengambil langkah menjadikan negara Jerman sebagai negara perindustrian

    yang kaya. Beliau mengambil langkah untuk memastikan kekayaan sumber asli di negara

    Jerman seperti arang batu, besi, potasium dan ligmit digunakan dengan cekap dan mahir.

    Beliau juga menubuhkan pertubuhan yang dikenali sebagai Kartil untuk menyelaraskanpertumbuhan industri di Jerman.

    6. Memajukan Sektor Pertanian dan Perdagangan

    Bismarck turut mengambil langkah-langkah untuk membangunkan sektor pertanian dan

    perdagangan di Jerman. Bagi meningkatkan pengeluaran pertanian, baja-baja murah

    dikeluarkan oleh industri di Jerman.

    Dalam bidang perdagangan, beliau memperkenalkan undang-undang tarifpada tahun 1879

    bagi menyekat kemasukan barang-barang dan negara luar seperti Britain dan Perancis.

    Undang-undang tarif bertujuan untuk menyelamatkan pedagang dan petani Jerman yangtidak dapat bersaing dengan barang-barang yang dikeluarkan oleh negara-negara lain

    seperti Britain, Perancis, Rusia dan Amerika.

    7. Pemulihan Sosial

    Bismarck juga memperkenalkan rancangan-rancangan sosial bagi merapatkan jurang antara

    golongan yang kaya dengan golongan miskin. Bismarck bertindak membaiki nasib golongan

    pekerja di kilang-kilang baru dengan mengadakan undang-undang bagi membaiki taraf

    hidup mereka.

    Pada tahun 1885, Bismarck memperkenalkan Undang-Undang Insuran Sakit untuk

    membantu pekerja-pekerja mendapat kemudahan perubatan percuma dan gaji jika mereka

    sakit. Selain itu, beliau juga meluluskan satu lagi undang-undang untuk melindungi pekerja

    yang cedera semasa bekerja. Menerusi undang-undang ini, majikan terpaksa membayar

    penuh kos perubatan pekerja yang cedera semasa bekerja.

    Pada tahun 1889, Undang-Undang Insuran Masa Tua telah diluluskan. Pekerja-pekerja

    menyumbangkan sebahagian gaji mereka kepada tabungan wang ini dan boleh

    mengeluarkannya apabila mereka bersara.

    Menerusi rancangan-rancangan sosial ini beliau berjaya menyatukan negara Jerman

    dengan mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai lapisan penduduk Jerman.

    Kesimpulan

    Bismarck merupakan tokoh yang amat berjasa dan bertanggungjawab dalam pembentukan

    negara Jerman. Beliau bertanggungjawab menyatukan negeri-negeri kecil yang berasingan

    menjadi sebuah negara yang kuat dan bersatu di benua Eropah.

    Beliau membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Jerman menerusi

    kejayaan yang dicapai dalam medan peperangan. Selain itu, melalui dasar politik, sosial,

    ekonomi dan pentadbiran, beliau menjadikan Jerman sebuah negara yang kuat dan

    berpengaruh di Eropah.