6 modul kt t6 4.3.1 4.3.2 4.3.3.docx

11
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 TAJUK 4.0 Penghasilan Projek MASA 60 minit ( 2 waktu ) STANDARD KANDUNGAN 4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan logam, bahan logam dan elektromekanikal. STANDARD PEMBELAJARAN 4.3.1 Menyatakan bahan yang akan digunakan seperti Polivinil Klorida (PVC) dan perspeks. 4.3.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan seperti gergaji tangan, gergaji lengkung halus, gergaji kerawang (scroll saw), pahat, pisau pemotong perspeks, pistol pengokot (stapler gun) dan pistol perekat panas (hot glue gun). 4.3.3 Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti dawai kokot dan rod perekat panas (hot melt glue). OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan bahan yang akan digunakan seperti polivinil klorida (PVC) dan perspeks dengan betul. 2. Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan seperti gergaji tangan, gergaji lengkung halus, gergaji kerawang (scroll saw), pahat,pisau pemotong perspeks, pistol pengokot 3

Upload: nabilnaufal

Post on 15-Jan-2016

151 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6 Modul KT T6  4.3.1  4.3.2  4.3.3.docx

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

TAJUK 4.0 Penghasilan Projek

MASA 60 minit ( 2 waktu )

STANDARD KANDUNGAN

4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan logam, bahan logam dan elektromekanikal.

STANDARDPEMBELAJARAN

4.3.1 Menyatakan bahan yang akan digunakan seperti Polivinil Klorida (PVC) dan perspeks.4.3.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan seperti gergaji tangan, gergaji lengkung halus, gergaji kerawang (scroll saw), pahat, pisau pemotong perspeks, pistol pengokot (stapler gun) dan pistol perekat panas (hot glue gun).

4.3.3 Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti dawai kokot dan rod perekat panas (hot melt glue).

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Menyatakan bahan yang akan digunakan seperti polivinil klorida (PVC) dan perspeks dengan betul.2. Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan seperti gergaji tangan, gergaji lengkung halus, gergaji kerawang (scroll saw), pahat,pisau pemotong perspeks, pistol pengokot (stapler gun) dan pistol perekat panas (hot glue gun) dengan betul.3. Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti dawai kokot dan rod perekat panas (hot melt glue) dengan betul.4. Menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul.

RINGKASAN Murid dapat menyatakan bahan yang digunakan,nama dan fungsi alatan tangan serta memahami bahan pengikat dan pencantum

KEMAHIRAN 1. Mengenalpasti bahan yang akan digunakan2. Menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul.3. Membezakan penggunaan bahan, pengikat dan pencantum.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

1. Keusahawanan:(EK4) - Pengetahuan tentang teknologi

2. Nilai murni - Bertanggungjawab, sistematik dan berhati-hati

3

Page 2: 6 Modul KT T6  4.3.1  4.3.2  4.3.3.docx

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

BAHAN BANTU MENGAJAR

1. Polivinil Klorida (PVC) dan perspeks.2. Alatan tangan3. Contoh pengikat dan pencantum

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set InduksiGuru mempamerkan contoh projek atau gambar berkaitan dan bersoal jawab mengenai beberapa bahan yang boleh digunakan untuk membuat projek tersebut.

Langkah 1Murid diperkenalkan bahan yang boleh digunakan untuk membuat projek seperti Polivinil Klorida ( PVC ) dan perspeks.( Lampiran 1)

Langkah 21. Murid diperkenalkan alatan tangan yang digunakan untuk membina model seperti gergaji tangan, gergaji lengkung halus, gergaji kerawang (scroll saw), pahat, pisau pemotong perspeks, pistol pengokot (stapler gun) dan pistol perekat panas (hot glue gun) serta fungsinya. ( Lampiran 2)2. Murid diperkenalkan bahan pengikat dan pencantum seperti dawai kokot dan rod perekat panas (hot melt glue). (Lampiran 3)

Langkah 3Murid belajar cara menggunakan alatan tangan pada bahan mengikut kesesuaian dan cara menggunakan bahan pengikat dan pencantum dengan bimbingan guru.

Penutup 1. Murid menjawab soalan dari lembaran kerja.2. Murid membanding beza bahan pengikat dan pencantum (KBAT).3. Guru merumus pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Guru menyediakan soalan latihan.2. Murid boleh menjawab secara lisan atau bertulis.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid telah mempelajari dan menggunakan alatan tangan pada tahun 4 dan 5.

REFLEKSI

Lampiran 1

4

Page 3: 6 Modul KT T6  4.3.1  4.3.2  4.3.3.docx

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan:

Guru boleh menggunakan bahan, alatan tangan dan bahan pengikat dan pencantum yang telah dipelajari semasa di Tahun 4 dan Tahun 5.

Bahan Projek

Bil. Bahan Keterangan

1

Perspeks

Sejenis plastik keras dan tahan lasak. Lebih kukuh berbanding dengan kaca Boleh didapati dalam bentuk rod, kepingan,

tiub lutsinar dan pelbagai warna Ringan, kuat dan tahan lama Mudah dibersihkan, dipotong dan dibentuk

dengan haba Digunakan dengan meluas dalam

pembuatan papan tanda dan pembuatan perabot

2

Polivinil Klorida (PVC)

Sejenis plastik yang keras dan kukuh. Ringan, tahan lama, mudah dipotong dan

dibentuk PVC jenis keras digunakan untuk membuat

barangan seperti paip air, penyambungan paip dan sesalur pendawaian elektrik

PVC jenis lembut digunakan untuk membuat barang seperti permainan, botol dan penebat wayar elektrik.

5

Page 4: 6 Modul KT T6  4.3.1  4.3.2  4.3.3.docx

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Lampiran 2

Alatan Tangan

Bil. Alatan Tangan Nama dan Fungsi

1 Gergaji Tangan Memotong kayu secara lurus.

2 Gergaji Lengkung Halus Untuk memotong lengkung dalam dan luar

pada papan nipis atau perspeks.

3 Pisau Pemotong Perspeks Untuk memotong kepingan perspeks.

4 Pistol Pengokot (Stapler Gun) Untuk mencantum kepingan yang nipis dan

lembut seperti papan lapis dan bod lekap (mounting board).

Digunakan bersama dawai kokot.

5 Pistol Perekat Panas (Hot Glue Gun) Untuk mencairkan glu panas semasa proses mencantum.

6

Page 5: 6 Modul KT T6  4.3.1  4.3.2  4.3.3.docx

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

6 Pahat Untuk memahat, meraut dan meratakan

tanggam.

7 Gergaji Kerawang (Scroll Saw) Untuk memotong pelbagai bentuk pada

bahan seperti papan lapis, perspeks, MDF dan plastik.

7

Page 6: 6 Modul KT T6  4.3.1  4.3.2  4.3.3.docx

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Lampiran 3

Bahan Pengikat Dan Pencantum

Bil. Bahan Pengikat dan Pencantum Keterangan

1

Dawai Kokot

Terdapat dalam pelbagai saiz mengikut jenis pistol pengokot yang digunakan.

2

Rod Perekat Panas (Hot Melt Glue)

Digunakan bersama-sama dengan pistol perekat panas.

Menghasilkan penyambungan yang cepat antara dua bahan yang sama atau berlainan jenis

8

Page 7: 6 Modul KT T6  4.3.1  4.3.2  4.3.3.docx

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

Nama : ______________________ Tarikh : _____________________

LEMBARAN KERJA

A. Namakan Bahan Yang Diberi Berdasarkan Gambar Di Bawah.

Polivinil Klorida (PVC)

Papan lapis

Aluminium

Perspeks

1. 2.

3. 4.

Nama : ______________________ Tarikh : _____________________

9

4

Page 8: 6 Modul KT T6  4.3.1  4.3.2  4.3.3.docx

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

LEMBARAN KERJA: ALATAN TANGAN

Namakan Alatan Tangan Dan Padankan Fungsinya.

Alatan Tangan Nama Fungsi

1. Untuk memahat, meraut dan meratakan tanggam.

2.. Untuk mencairkan rod perekat

panas semasa proses mengglu.

3. Untuk memotong lengkung dalam dan luar pada kayu nipis atau perspeks.

4. Untuk mencantum kepingan bahan yang nipis dan lembut seperti papan lapis dan mounting board.

5. Untuk memotong kepingan perspeks.

Nama : ______________________ Tarikh : _____________________

10

5

Page 9: 6 Modul KT T6  4.3.1  4.3.2  4.3.3.docx

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

LEMBARAN KERJA

Padankan Bahan Pengikat Dan Pencantum Dengan Alatan Tangan Yang Betul.

1. .

2.

.

3. .

4. .

11

4