perang china :)

46
HSE 3023 – ASIA TIMUR ABAD KE-20 TAJUK: DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK PROGRAM NUR AMALIA BINTI ARAPAH D20111048600 AT32 ISMP SEJARAH NUR FAZELLA ATTA D20111048537 AT32 ISMP SEJARAH CHRISTINE CHRISTILLA CHAM D20111048561 AT32 ISMP SEJARAH SITI ALIAA BINTI HASHIM D20111048499 AT32 ISMP SEJARAH HAFIZAH BINTI KHALID@ ABDULLAH D20111048507 AT32 ISMP SEJARAH Jepun menjadi bangsa Asia pertama mengalahkan kuasa Eropah. Bahaskan pernyataan tersebut.

Upload: muhamad-hashir-mat-zain

Post on 12-May-2017

302 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perang China :)

HSE 3023 – ASIA TIMUR ABAD KE-20

TAJUK:

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

NUR AMALIA BINTI ARAPAH D20111048600 AT32 ISMP SEJARAH

NUR FAZELLA ATTA D20111048537 AT32 ISMP SEJARAH

CHRISTINE CHRISTILLA CHAM D20111048561 AT32 ISMP SEJARAH

SITI ALIAA BINTI HASHIM D20111048499 AT32 ISMP SEJARAH

HAFIZAH BINTI KHALID@ ABDULLAH D20111048507 AT32 ISMP SEJARAH

AZHAR MAD AROS

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Jepun menjadi bangsa Asia pertama mengalahkan kuasa Eropah.

Bahaskan pernyataan tersebut.

Page 2: Perang China :)

1.0 PENGENALAN

Kebangkitan Jepun sebagai sebuah kuasa besar di rantau Asia Tenggara didorong oleh

banyak faktor. Pemulihan Meiji yang dilaksanakan selepas kejatuhan syogun telah membantu

Jepun untuk bangun menjadi sebuah negara yang keluar daripada pemerintahan dan cara hidup

tradisional. Masyarakat Jepun mula berjinak-jinak dengan dunia barat terutamanya dari segi

ketenteraan. Usaha Jepun ini telah membuahkan hasil apabila Jepun menang dalam peperangan

dengan China dengan menggunakan strategi ketenteraan yang dipelajari daripada Barat. Ekoran

itu, Jepun mula menguatkan organisasi ketenteraannya sebagai pertahanan utama negaranya.

Peperangan yang meletus antara Jepun dan Rusia sekali lagi menguji kekuatan ketenteraan

Jepun dan kemenangan di tangan Jepun menyebabkan Jepun menjadi bangsa Asia pertama yang

berjaya menumpaskan kuasa asing. Lantaran itu, peristiwa ini menjadi titik penting dalam

sejarah Jepun apabila Jepun mendapat tempat dalam kalangan kuasa asing iaitu terlibat dalam

Perang Dunia yang menyaksikan kekuatan Jepun. Jepun akhirnya menempa nama dalam sejarah

dengan merangkul gelaran bangsa Asia pertama yang berjaya menewaskan kuasa asing.

Permulaan imperialisme Jepun boleh dilihat pada peringkat pertama apabila Jepun menguasai

Korea dan menjalankan pentadbiran ala barat di Korea. Jepun yang membenarkan Korea

mengamalkan institusi raja dikecam hebat oleh segelinitr pihak Jepun yang inginkan

penaklukan.1 Kemenangan dalam peperangan telah mendorong segelintir pihak di Jepun untuk

melaksanakan imperialisme dan mula meluaskan empayar ke China dengan pengambilan

Manchuria di bawah kuasa Jepun. Minat imperialisme Jepun ini telah menjadi bukti bahawa

Jepun merupakan sebuah negara maju, sekaligus menjadi bangsa yang disegani di rantau Asia

Tenggara.

Tugasan ini akan membincangkan usaha Jepun ke arah menjadi sebuah kuasa besar di rantau

Asia Tenggara dan diiktiraf oleh kuasa-kuasa asing. Apakah peranan yang dimainkan oleh

pemerintah Jepun dan kebangkitan strategi ketenteraan Jepun yang banyak menyumbang kepada

kebangkitan kuasa Jepun.

1 Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm114.

Page 3: Perang China :)

2.0 KEJATUHAN SYOGUN

2.1Sebab-sebab kejatuhan Shogun Tokugawa

Kejatuhan Shogun Tokugawa menjadi titik tolak bermulanya satu anjakan paradigma

dalam tamadun Jepun. Walaupun kejatuhan Keshogunan Tokugawa menyaksikan satu keadaan

yang sangat dasyat di Jepun, ia kemudiannya membawa kepada kebangkitan dan kemunculan

Meiji yang akhirnya melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam pentadbiran Jepun sehingga

mampu membentuk Jepun sebagai sebuah kuasa yang gah seperti negara Barat pada masa itu.

Dalam meneliti sebab-sebab kejatuhan shogun, perkara yang akan yang akan difokuskan

melibatkan kurangnya pemimpin yang berkaliber, kemiskinan golongan petani disamping

masalah bencana alam dan kebuluran serta kedatangan Barat ke Jepun.

2.1.1 Ketiadaan Pemimpin yang Berkaliber

Abad ke-18 menyaksikan legasi pemerintahan Shogun Tokugawa berada pada tahap yang

lemah. Ia memperlihatkan pentadbiran yang mengabaikan hal ehwal pemerintahan, pertahanan,

dan perhubungan dengan pengikut-pengikutnya serta Daimyo. Shogun-shogun Tokugawa tidak

lagi memiliki kebijaksanaan politik malahan kualiti kepimpinan yang ada pada Shogun Ieyasu

sangat sukar dilihat dalam peribadi shogun-shogun selepasnya. 

Antara Syogun yang lemah dan tidak berkaliber ialah Ieshige (1745-1760), Ieharu (1760-

1786), Ienari (1787-1837). Ieshige seorang Syogun yang lemah dan uzur bahkan juga seorang

yang gagap dalam pertuturan.2 Beliau turut digelar sebagai Shoben Kubo yang bermaksud

shogun yang membasah tempat tidur.3 Kelemahan tersebut seharusnya tidak dimiliki oleh

seorang peneraju sesebuah pemerintahan. Dengan kekurangan tersebut, jurubahasanya yang

bernama Ooka Tadamitsu memainkan peranan dalam pentadbiran selaku wakil yang

menjalankan kuasanya dan ia memperlihatkan dengan jelas bahawa Ieshige tidak berkemampuan

mentadbir Jepun. Apabila Ieshige meninggal dunia, Ieharu mengambil alih pentadbiran Jepun.

Ieharu merupakan seorang yang pemalas dan boros.4 Ieharu boleh disifatkan sebagai shogun

yang sangat teruk kerana dibawah pimpinannya Jepun mengalami pelbagai krisis kewangan yang

dasyat.

2 Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800 – 1955. Kuala Lumpur: Pustaka Sri Murni. hlm. 71.3 George Baily Sansom. (1963). History Of Japan 1615-1867. California: Standford University Press. hlm 173.4 M. Rajedran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd. hlm. 52.

Page 4: Perang China :)

Ieharu digantikan oleh Ienari. Ienari juga tidak memiliki ciri-ciri pemimpin yang

berwibawa.5 Memiliki 40 dayang-dayang (Sokushitsu) dan 900 orang pembantu di istananya,

sejumlah 20 orang gundik dan lebih kurang 55 orang anak membuktikan bahawa peribadi

shogun ini hanya mementingkan dirinya sahaja. Setiap kali melangsungkan perkahwinan

anaknya, ia dilangsungkan secara mewah dan ini menandakan bahawa dia juga seorang yang

boros dalam membelanjakan perbendaharaan Jepun.6 Kesan daripada masalah bencana alam dan

kebuluran yang melanda dalam tahun 1703, sejumlah peruntukan yang banyak disalurkan kepada

rakyat dan ia sekaligus menambahkan lagi defisit kewangan Bakufu.

Menjelang abad ke-19, Bakufu mengadapi masalah kewangan yang serius. Kekayaannya

kian merosot dan ia tidak dapat mengenakan cukai ke atas tanah-tanah feudal kecuali di kawasan

yang dikuasai secara langsung oleh Bakufu. Tindakan golongan pemerintah yang

menyalahgunakan kuasa dan rasuah juga berleluasa dalam kalangan pegawai-pegawai Bakufu

akibat masalah kewangan. Keadaan huru-hara dan kekacauan politik di Bakufu telah

menyebabkan sebilangan rakyat dari semua kelas bangkit menamatkan Keshogunan Tokugawa.

Ringkasnya, masalah-masalah politik yang berlaku diperingkat atasan memberi kesan yang

sangat besar kepada perjalanan pentadbiran Shogun Tokugawa. Kelemahan-kelemahan yang

terdapat pada para shogun selepas Ieyasu membawa Jepun kepada suatu keadaan yang sangat

lemah.

2.1.2 Gerakan Menggulingkan Keshogunan Tokugawa

Berikutan daripada kelemahan tampuk kepimpinan shogun, orang Jepun mula merasakan

satu tindakan perlu dilaksanakan untuk mengembalikan kemakmuran Jepun. Seperti yang sedia

maklum, orang Jepun percaya bahawa maharaja Jepun adalah keturunan Dewi Matahari.7

Namun, pada ketika itu, maharaja Jepun hanya berperanan sebagai raja boneka dan pentadbiran

diserahkan sepenuhnya kepada shogun. Kesedaran tersebut akhirnya membawa kepada tuntutan

untuk mengembalikan kuasa maharaja Jepun dan sekaligus merealisasikan matlamat orang Jepun

yang menderita kerana kelemahan pentadbiran shogun.

5 Ibid6 Ibid7 Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 6.

Page 5: Perang China :)

Oleh yang demikian, menyedari hal ini golongan anti-Tokugawa bertindak menyokong

maharaja yang selama ini ditindas oleh Tokugawa. Mereka turut bersatu dengan golongan Kyoto

serta golongan saudagar yang anti-Tokugawa. Maharaja Jepun pada masa tersebut iaitu Maharaja

Komei sendiri telah pun mempunyai hubungan rapat dengan perikatan anti-Tokugawa ini.8

Golongan anti-Tokugawa turut menggunakan isu penerimaan shogun terhadap kuasa Barat yang

memasuki Jepun dan melanggar dasar isolasi. Ketibaan Kommodor Perry dari Amerika telah

memaksa Jepun untuk menerima polisi penghapusan dasar pemencilannya dengan

menandatangani perjanjian dengan Amerika sehingga termeterainya Perjanjian Kanagawa.9

Mereka telah mengecam Perjanjian Kanagawa yang ditandatangani dengan Amerika pada tahun

1854.

Tindakan menggulingkan Shogun Tokugawa juga berlaku ekoran daripada sejarah

keshogunan tersebut yang telah banyak menewaskan suku kaum yang lain pada awal

pemerintahannya. Hal ini menyebabkan terbit perasaan dendam dalam suku-suku kaun tersebut

walaupun mereka telah menyatakan taat setia dan mengakui kekuasaan Tokugawa. Ia hanyalah

taktik untuk mengaburi pentadbiran shogun kerana dalam pada masa yang sama suku-suku kaum

yang berdendam ini telah merangka strategi menentang Tokugawa. Ia samalah seperti ‘musuh

dalam selimut’. Suku kaum seperti Satsuma, Choshu, Toza dan Hizen telah membentuk pakatan

yang kuat dan mereka mengetuai gerakan anti-Tokugawa.10 Apa yang lebih jelas, puak Satsuma

dan Choshu sememangnya musuh tardisi Shogun Tokugawa dan kedudukan geografinya terlalu

ke barat menyebabkan mereka sukar dikawal.11 Suku-suku kaum ini aktif menentang Tokugawa

bukan hanya disebabkan dendam, malah mereka bersaing sesama sendiri untuk merebut jawatan

shogun.12

Oleh itu, jelaslah bahawa kewujudan perasaan cemburu, anti-Tokugawa dan dendam

yang ada dalam kalangan masyarakat Jepun ketika itu menjadikan gerakan penggulingan

Tokugawa dapat dilaksanakan sekaligus merealisasikan matlamat menjatuhkan legasi

pemerintahan keshogunan.8 Richard Storry. (1967). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 839 H. Paul Varley, Nobuko Morris. (1974). The Samurai. England: Penguins Books. hlm. 101.10 Joginder Singh Jessy (1978). Sejarah China dan Jepun. (disunting oleh Ghazali Basri). Kuala Lumpur: Anthonian Store. hlm. 118.11 W. Scott Morton. (2006). Jepun;Sejarah dan Budaya, (Terjemahan: Azhar Mad Aros). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 15612 Maswari Rosdi. Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. hlm 71.

Page 6: Perang China :)

2.1.3 Kemiskinan Golongan Petani   

  Bebanan cukai yang terpaksa ditanggung oleh golongan petani menjadikan keadaan di

Jepun ketika itu semakin teruk. Kadar cukai yang melampau ditambah lagi dengan kesengsaraan

hidup berikutan pentadbiran yang semakin lemah menjadikan keadaan masyarakat Jepun kacau-

bilau. Jepun yang merupakan sebuah negara berasaskan pertanian. Maka, majoriti

masyarakatnya adalah petani. Contoh cukai-cukai yang dikenakan seperti cukai tanah dan kebun

kosong, cukai bangunan dan cukai pintu. Selain itu, cukai-cukai ke atas kain, herba dan bahan-

bahan yang digunakan oleh petani juga turut dikenakan. Beras merupakan sumber pengeluaran

utama Jepun. Oleh yang demikian, jika berlaku lebihan pengeluaran padi, secara automatik

harga padi akan jatuh. Bagi tanaman yang buruk atau tidak berguna pula harganya akan

melambung tinggi.13 Tindakan seperti ini adalah amat kejam kerana mengenakan cukai ke atas

barangan yang tidak mendatang pulangan modal kepada para petani. Keadaan ekonomi yang

tidak stabil ini menyebabkan berlaku masalah inflasi dan kebuluran.14 Kesan daripada cukai yang

dilaksanakan tidak masuk akal, golongan petani bangun memberontak menentang daimyo dan

Bakufu. Pemberontakan besar-besaran berlaku pada tahun 1764 di Kosuke dan Musashi yang

melibatkan lebih 200 000 orang petani.

Bencana alam yang berlaku juga mendorong kepada kejatuhan ekonomi Tokugawa.

Bencana alam yang berlaku meliputi banjir, kemarau dan letupan gunung berapi. Pada 1732,

sebahagian besar tanaman di Jepun Barat telah musnah diserang serangga dan menyebabkan

beratus-ratus ribu orang petani kebuluran.15 Pada 1772 pula banjir memusnahkan beribu-ribu

tanah sawah di Jepun Barat dan wabak penyakit membunuh seramai 200 000 orang petani.

Sepanjang 1770-1779, banyak daerah dilanda kemarau dan penduduk amat menderita.

Kemudian, banjir besar sekali lagi berlaku pada 1778 yang memusnahkan beribu-ribu tanah

sawah di Kyoto dan Kyushu. Bencana alam yang berlaku ini menyebabkan hasil pertanian

merosot. Kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh golongan petani ini telah mendesak

mereka melakukan “mabiki” iaitu bayi-bayi yang tidak diperlukan dibunuh.16 Hal ini membukti

keadaan masyarakat Jepun yang sangat terdesak dan menderita akibat cukai dan pada masa yang

13 C.P. Fitzgerald. (1970). Intisari Sejarah Asia Timor (Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 217.14 Abu Talib Ahmad. Tamadun Jepun. hlm.57.15 M.Rajendran. Sejarah Jepun. hlm. 55.16 Ibid. hlm. 54.

Page 7: Perang China :)

sama bencana alam yang berlaku menandakan bahawa pemerintah Jepun tidak lagi mendapat

mandat untuk memerintah dan ia wajar digulingkan.

2.1.4 Kedatangan Komodor Perry dan Perjanjian Kanagawa

Satu lagi peristiwa yang membawa kepada kemerosotan Shogun Tokugawa ialah

kemunculan kuasa Barat di Jepun yang sekaligus menekan Jepun untuk menerima perhubungan

dengan Barat. 18 Julai 1853 menyaksikan Matthew Perry, wakil Amerika Syarikat telah singgah

ke Jepun dan membawa hasrat untuk mengadakan hubungan dengan Jepun dan hal ini

menambahkan lagi kebimbangan shogun.17 Apa yang dikhuatiri adalah nasib akan menjadi

seperti China. Seandainya Jepun enggan mengadakan hubungan perdangangan bebas dengan

kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat, Jepun bakal mengalami keadaan yang sama seperti negara

jirannya iaitu China yang menjadi huru-hara akibat keengganannya menuruti permintaan pihak

Barat. Kedatangan komodor Matthew Perry menyebabkan Jepun terpaksa menamatkan dasar

isolasinya.

Kedatangan Perry membawa kepada termetrainya Perjanjian Kanagawa. Berdasarkan

perjanjian tersebut, pihak Amerika Syarikat menuntut supaya Jepun memberi perlindungan

kepada kapal-kapal Amerika yang karam di kawasan perairan Jepun, kebenaran mendapatkan

bekalan makanan dan arang batu dan kapal-kapal dagang Amerika dibenarkan berlabuh dimana-

mana pelabuhan serta Jepun perlu menyediakan kemudahan pelabuhan kepada mereka.18

Perjanjian Kanagawa dikatakan sebagai faktor yang mempercepatkan kejatuhan Shogun

Tokugawa kerana ia telah membuka Jepun kepada kuasa asing.19 Ia sekaligus memburukkan lagi

keadaan politik dalaman Jepun yang memperlihatkan golongan anti-Tokugawa menggunakan

alasan pembukaan Jepun kepada Barat sebagai satu sebab perlunya tindakan menggulingkan

Tokugawa dan mengembalikan kuasa kepada maharaja.

Kemaraan kuasa Amerika Syarikat di Jepun telah membuka jalan kepada kuasa Barat

yang lain untuk turut sama bertapak, melebarluaskan jaringan perdangangan dan mencari bahan

mentah di kawasan Asia Timur ketika itu. Jepun seterusnya terpaksa menandatangi perjanjian

dengan kuasa Barat yang lain seperti Perancis, Belanda dan Britain. Kesannya, golongan anti-17 H. Paul Varley, Nobuko Morris. (1974). The Samurai. England : Penguins Books. hlm 5218 Harold. M Vinacke. (1986). Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden; Jilid 1, (Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 14119 Edwin O. Reischauer. (1974). Japan: The Story Of A Nation. Tokyo: Charles E. Tuttle Company. hlm. 90

Page 8: Perang China :)

Tokugawa yang tidak bersetuju dengan penamatan isolasi telah mengambil langkah berani

dengan menyerang dan membunuh beberapa orang Barat tanda protes.20

Secara ringkasnya, sebab-sebab di atas merupakan sebahagian daripada punca jatuhnya

ShogunTokugawa. Keshogunan Tokugawa mengalami kemelesetan disebabkan masalah dari

segi politik, ekonomi dan sosialnya. Namun, apabila peristiwa kejatuhan ini berlaku, muncul

pula seorang tokoh yang menyelamatkan Jepun dan membawa pemodenan Jepun dan sekaligus

mengubah Jepun menjadi satu bangsa yang gah dari Asia kerana mampu mengalahkan Barat.

3.0 PEMERINTAHAN MEIJI

Selepas kejatuhan Shogun Tokugawa pada tahun 1868, tampuk pemerintahan Jepun telah

diambil alih oleh Maharaja Meiji. Melalui pemerintahan Meiji, Jepun dilihat mengubah corak

pemerintahan dengan mengikut cara Barat iaitu dalam usahanya memodenkan Jepun. Tumpuan

utama pembentukan pemodenan ini ialah sebagai salah satu usaha bagi mengembalikan semula

kuasa maharaja sebagai ketua masyarakat Jepun melalui penghapusan sistem feudal serta

pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo yang juga mula dikenali sebagai Tokyo pada

tahun Disember 1868. Setelah penghapusan sistem feudal dilaksanakan, maharaja dapat

mengukuhkan semula kuasanya dan sekaligus menguasai seluruh rakyat dan negara Jepun.

Langkah pertama yang diambil untuk mematahkan struktur feudal dengan meletakkan seorang

pegawai Diraja di setiap kawasan tanah feudal. Meskipun pada awalnya kuasa pemilikan tanah

ke atas daimyo masih belum berkurang tetapi rakyat jelata dan para daimyo mula sedar akan

wujudnya pihak berkuasa yang lebih tinggi.21

Penghapusan sistem feudal tanah ini diikuti dengan pengisytiharan pengharaman

feudalisme pada 29 Ogos 1871 oleh maharaja.22 Pada bulan berikutnya, semua tentera feudal

turut dibubarkan. Seluruh Jepun telah dibahagikan kepada 45 daerah (Ken) yang ditadbir oleh

pegawai kerajaan pusat dan seterusnya menghapuskan kuasa daimyo sebagai pembesar feudal.

Mereka kemudiannya diberikan pembayaran yang berbentuk bon-bon kerajaan atau bayaran

beras sebanyak 100 koku atas persaraan mereka. Manakala golongan samurai yang tidak

20 Maswari Rosdi, Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955, 1989, hlm. 75

21 Joginder Singh Jessy.(1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm. 14222 W. G. Beasley.(1975). Modern Japan: Aspect of History, Literature dan Society. London: George Allen & Unwin Ltd. hlm. 15

Page 9: Perang China :)

mendapat jawatan-jawatan dalam kerajaan telah mengalihkan tumpuan mereka kepada aktiviti

perniagaan yang mana wang yang mereka terima telah dijadikan sebagai modal untuk berniaga.23

Dalam proses pemindahan budaya, terdapat dua perkara penting yang dapat dilihat iaitu

pemikiran yang adil rakyat Jepun serta kesanggupan Jepun untuk berubah sekiranya mereka

menjumpai model yang lebih baik. Tempoh awal pemodenan pentadbiran, seramai 3000 orang

penasihat daripada Barat telah dibawa termasuklah jurutera, guru, penasihat undang-undang,

juruteknik sehinggalah tukang dan pelukis yang diambil dari Itali.24 Taburan dari segi model

ialah negara Britain sebagai model untuk tentera laut, telegraf, pos dan simpanan pos, Perancis

untuk tentera, pendidikan rendah, polis dan perundangan, Amerika untuk sekolah rendah, sistem

perbankan kebangsaan dan Jerman untuk ketenteraan, perlembagaan dan demokrasi.

Antara langkah lain yang diambil oleh Meiji bagi memodenkan sistem pentadbiran Jepun

juga adalah dengan menghantar golongan tentera untuk belajar ke Eropah. Tujuan penghantaran

tersebut adalah bagi membolehkan tentera Jepun mempelajari ilmu ketenteraan dari Barat.

Selepas peralihan kuasa semula, langkah pertama yang diambil oleh Meiji untuk memodenkan

angkatan tentera adalah melalui pengenalan Undang-undang Kerahan yang telah diluluskan pada

tahun 1872. Undang-undang ini menetapkan seorang pemuda yang mencapai umur 20 tahun

akan dikerahkan untuk bertugas dengan cara aktif selama tiga tahun. Seterusnya, mereka

terpaksa berkhidmat selama empat tahun sebagai askar simpanan dan bersedia menunaikan

tanggungjawab dalam segala situasi terutamanya ketika darurat sehinggalah usianya 30 tahun.

Melalui undang-undang ini, kerajaan telah mempunyai 240 000 orang anggota tentera dan

kemudian meningkat kepada setengah juta.

Pada tahun yang sama, kerajaan Jepun telah membubarkan Jabatan Hal Ehwal Tentera

dan menggabungkannya dengan jabatan-jabatan Perang dan Angkatan laut. Badan pemimpin

Agung yang berada di bawah Jabatan Perang telah dijadikan satu badan yang bebas pada tahun

1878. Pada awalnya, penasihat dari Perancis digunakan dalam hal yang berkaitan dengan tentera

tetapi selepas tiga tahun ia telah digantikan dengan penasihat dari Jerman yang dianggap lebih

maju kerana telah menunjukkan kuasa mereka dalam peperangan di Eropah.25 Dari segi angkatan

23 Harold M. Vinacke.(1959). A History of the Far East in Modern Times. New York: Appleton Century Crofts Inc. hlm. 14024 Abu Talib Ahmad.(2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 17925 Joginder Singh Jessy.(1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm. 148

Page 10: Perang China :)

lautnya pula, meskipun zaman Tokugawa tidak menggalakkan pembinaan kapal-kapal laut,

namun nelayan-nelayan Jepun telah mendapat pengalaman di laut dengan menggunakan kapal-

kapal kecil sahaja. Kementerian Angkatan Laut juga turut ditubuhkan pada tahu 1873.

Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah kuasa yang berpengaruh dan berkuasa,

pada tahun 1869 pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden.

Pengumuman ini seterusnya turut dilakukan sekali lagi pada tahun 1870 yang bertujuan untuk

meningkatkan pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun. Hasil daripada pengumuman

tersebut, pedagang-pedagang dari Amerika Syarikat, British, Perancis, Jerman dan lain-lain telah

berlumba-lumba untuk mendapatkan konsesi perdagangan yang terbuka luas di Jepun. Dasar

terbuka Jepun ini telah menyebabkan pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo, Osaka, Kyoto

dan Nigata menjadi tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa. Pemimpin Jepun turut

memberi tumpuan kepada pembinaan kapal perang untuk mengawal dan menjamin

kedaulatannya daripada sebarang ancaman luar. Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah

membantu kejayaan Jepun di dalam menewaskan China pada 1894-1895 dan Rusia pada 1904-

1905. Kemenangan ini telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negar-negara Barat.

Dalam aspek ekonomi pula, pembangunan ekonomi dapat dikaitkan dengan sistem

perhubungan yang semakin berkembang ketika itu. Kedatangan Komodor Perry yang

memperkenalkan sistem telegraf telah memberi kesedaran kepada Jepun tentang faedah alat

tersebut sehinggakan telegraf digunakan dalam urusan sehari-hari terutamanya dalam sektor

perdagangan. Kerajaan Jepun juga telah memberi keutamaan dalam pemulihan sistem mata

wangnya. Sebelum tahun 1868, Shogun dan sebilangan besar daripada para daimyo telah

mengeluarkan mata wang mereka sendiri di samping emas dan perak yang digunakan sebagai

bahan pertukaran. Namun begitu, perjanjian 1858 telah mengikat Jepun daripada mengeksport

emas ke luar negeri. Dalam masa yang sama, Jepun berada dalam kesulitan dari segi kewangan

dan kenaikan cukai yang tidak dapat memberi apa-apa bantuan berkesan. Manakala pengeluaran

wang kertas hanya akan memburukkan lagi suasana. Langkah pemulihan sistem ekonomi Jepun

dimulakan pada tahun 1872 apabila satu perintah dikeluarkan untuk menubuhkan sebuah bank

berlandaskan peraturan yang diamalkan di Amerika. Pada tahun 1873, sebuah bank iaitu ‘First

National Bank’ telah ditubuhkan.26

26 Joginder Singh Jessy.(1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm. 152

Page 11: Perang China :)

Seterusnya pada tahun 1882, sebuah Bank Pusat telah ditubuhkan yang berfungsi sebagai

agen kewangan Jepun. Beberapa tahun selepas itu, beberapa buah bank lagi diperkenalkan

dengan tujuan untuk membiayai perdagangan asing dan mengawal urusan pertukaran yag

berhubung dengannya. Secara beransur-ansur, Jepun telah dapat membina sistem kewangan serta

urusan-urusan bank yang kukuh telah memberikan satu sumbangan dalam pembangunan ekoomi

Jepun.

Di samping itu, proses memodenkan ekonomi ditumpukan dalam usaha membangunkan

sektor pertanian yang merupakan pekerjaan penting bagi majoriti masyarakat Jepun. Sektor

pertanian telah menghasilkan 80% daripada jumlah hasil pendapatan dalam negeri melalui

sistem percukaian dalam tahun 1870-an hingga 1880-an. Pada hakikatnya sektor pertanian ini

bertujuan untuk memikul beban sektor industri Jepun kerana pada tahun 1873, perubahan dalam

sistem cukai tanah telah dilaksanakan di mana sebelum itu cukai tanah dipungut dalam bentuk

beras dan jumlah yang dikutip oleh tuan-tuan feudal adalah berbeza. Oleh itu, di bawah sistem

baru ini, cara pembayaran cukai dalam bentuk wang tunai dan kadar percukaiannya adalah

berdasarkan nilai tanah.

Selain itu, langkah baru untuk meningkatkan daya pengeluaran petani, penuntut-penuntut

dari bidang pertanian yang telah melanjutkan pelajaran mereka ke luar negeri telah diambil untun

berkhidmat dengan kerajaan. Jenis-jenis benih baru yang diimport, baja kimia yang intensif telah

digunakan. Sistem pengairan dan saluran telah diperbaiki dan banyak kawasan-kawasan

pertanian baru telah dibuka di beberapa kawasan seperti Hokkaido. Di samping itu, tanaman

dagangan atau komersil seperti teh dan sutera juga digalakkan. Para peneroka baru terutamnya

samurai telah diberi insentif untuk menceburi bidang pertanian.

Manakala dalam aspek sosial, pemodenan atau perubahan penting yang dilakukan oleh

Meiji adalah melalui pendidikan. Kementerian Pelajaran yang telah dibentuk pada tahun 1871

dan pada tahun berikutnya kerajaan telah menetapkan persekolahan wajib selama empat tahun

untuk kanak-kanak lelaki. Pada tahun 1879, persekolahan wajib selama enam tahun kepada

kanak-kanak lelaki manakala kanak-kanak perempuan selama empat tahun. Menjelang tahun

1880, terdapat hampir 28 000 buah sekolah rendah dengan hampir 2 juta pelajar. Manakala pada

tahun 1886, Mori Arinori iaitu Menteri Pelajaran ketika itu telah menggubal sistem pelajaran

yang ada di mana sekolah rendah adalah selama 8 tahun dan sekolah menengah pula selama 4

Page 12: Perang China :)

tahun. Persekolahan selama enam tahun bagi kanak-kanak perempuan hanya bermula pada tahun

1907.27 Di samping perkara-perkara permulaan yang diajar, tumpuan yang besar diberikan

terhadap kesetiaan kepada Maharaja dan negara yag bermula dari tahun pertama sehinggalah ke

peringkat tertinggi. Budak-budak perempuan turut diasuh dan diajar perkara-perkara yang

berkaitan dengan urusan rumah tangga.28 Hanya pada tahun 1902, budak-budak perempuan

dibenarkan untuk memasuki universiti.

Matlamat utama pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang cintakan negara,

menghargai nilai-nilai tradisi dan patuh kepada pemerintah. Buku-buku bermutu dalam subjek

sains dan kejuruteraan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun di samping pengambilan

tenaga pengajar dan golongan professional dari Britain dan Amerika Syarikat. Selain itu,

perwakilan negara dan pelajar turut dihanatar ke luar negara untuk membawa balik pengetahuan

dan idea-idea segala asas untuk melaksanakan pembaharuan. Perutusan yang paling penting dan

terbesar adalah pada tahun 1871 ke Eropah iaitu sebanyak 54 orang pelajar29 ke Britain bagi

mempelajari aspek ketenteraan laut dan perkapalan. Manakala ke Jerman untuk mempelajari

aspek tentera darat dan ilmu perubatan serta ke Amerika untuk mempelajari perkara-perkara

yang berkaitan dengan perdagangan dan ekonomi.

Pusat-pusat pengajian tinggi di dalam negeri turut ditubuhkan bagi mengelak

kebergantungan kepada pusat pengajian Barat. Oleh itu, pada tahun 1877, universiti yang

pertama iaitu Universiti Diraja Tokyo telah ditubuhkan. Menjelang 1910, beberapa buah

universiti lain ditubuhkan di Sapporo, Sendai, Kyoto dan Fukuoka.30 Selain itu, sekolah-sekolah,

maktab-maktab dan univerisiti-universiti swasta turut ditubuhkan. Dua universiti persendirian

yang terkemuka turut membantu dalam pendidikan masyarakat Jepun iaitu Universiti Keio telah

diasaskan oleh Fukuzawa Yukichi pada tahun 1858 dan Universiti Waseda yang diasaskan oleh

Okama pada tahun 1882.31

27 Abu Talib Ahmad.(2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 18228 Joginder Singh Jessy.(1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Academe Art & Priting Services Sdn. Bhd. hlm. 15029 W. Scott Morto.(2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm. 16930Harold M. Vinacke. (1959). A History of The Far East in Modern Times. New York: Appleton Century Crofts. Inc. hlm. 407 31 Ibid. hlm 408

Page 13: Perang China :)

Pemerintahan Meiji telah menyaksikan pelbagai pembaharuan baik dari aspek politik,

sosial dan juga ekonomi. Era feudalisme yang menyekat pembaharuan dan kebebasan pemikiran

rakyat Jepun akhirnya terbebas dengan pelbagai kejayaan yang diperoleh selepas era pemulihan

Meiji.

4.0 PERANG CHINA-JEPUN

Perang China-Jepun menjadi peristiwa yang penting dalam membentuk negara Jepun

menjadi sebuah negara Asia yang kuat dan telah mengubah persepsi orang Jepun terhadap China.

Perang China-Jepun ini telah menyaksikan Jepun muncul sebagai kuasa Asia yang kuat

menjelang abad ke-19. Sebelum ini, China merupakan negara middle kingdom32 yang dianggap

sebagai sebuah negara yang kuat dan dipandang tinggi oleh negara-negara Asia yang lain.

Kelemahannya mula ketara apabila China terlibat dalam beberapa siri peperangan dengan British

sehingga China akhirnya menerima tentangan daripada Jepun apabila kedua negara ini bersaing

mendapatkan Korea.

China yang mengalami ancaman daripada kuasa-kuasa luar apabila berlakunya Perang

Candu telah membawa impak yang besar kepada China.33 Lewat daripada Perang Candu, China

telah mulai menampakkan kelemahannya dan tidak dapat mempertahankan gelaran middle

kingdom yang dibangga-banggakannya. Manakala, Jepun yang terdiri daripada negara yang kecil

dengan populasi yang besar memerlukan kawasan lain untuk meluaskan empayarnya.

Peperangannya dengan China ini telah membuahkan hasil yang memuaskan kepada Jepun. Korea

menjadi item kepada Jepun dan China dalam mengukuhkan kekuasaan mereka.

Korea memainkan peranan yang besar kepada Jepun dalam membekalkan bekalan bahan

mentah tambah-tambah lagi Meiji melaksanakan pembaharuan dalam sektor perindustrian. Jepun

memerlukan bekalan yang banyak untuk menyokong kapal-kapal besar yang ingin dibina.

Dengan menguasai Korea, maka impian Jepun ini dapat direalisasikan. Oleh itu, Jepun berusaha

mendapatkan Korea dan akhirnya bertembung dengan China dan berperang mendapatkan kuasa

ke atas Korea. Jepun juga memerlukan Korea untuk menempatkan lebihan penduduknya di

Korea. Hal ini demikian kerana, Jepun telah mengalami pertambahan penduduk dan

menyebabkannya mengalami masalah dari segi bekalan makanan. Dengan adanya Korea, lebihan 32 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 19.33 Ibid, Hlm 26.

Page 14: Perang China :)

penduduk tersebut dapat dipindahkan ke Korea dan dapat menyeimbangkan semula keadaan di

Jepun.

“… Korea had to endure a tense contest between China and Japan for a predominant

position on the peninsula; the former asserted its traditional suzerain’s prerogatives with

unprecedented vigor while the latter aggressively expanded its commercial interests.”34

Melalui penyataan di atas, Korea menjadi kawasan rebutan China dan Jepun untuk

mengembangkan dan melaksanakan rancangan mereka di Korea. Keadaan ini menyebabkan,

kedua-dua negara berusaha untuk mempertahankan Korea sebagai kawasan di bawah kuasa

mereka masing-masing. Jepun yang pada ketika itu mempunyai matlamat yang besar dan faktor

dalam negara yang menolaknya untuk mendapatkan Korea bagi kepentingannya berusaha untuk

mengalahkan China dan mengiktiraf Korea sebagai negeri kekuasaannya. Selain itu, Korea juga

menjadi sasaran kuasa-kuasa lain seperti Great Britain dan keadaan ini mendorong lagi Jepun

untuk bersaing mendapatkan Korea.

Kejayaan Jepun dalam menyeberangi Sungai Yalu35 iaitu kawasan yang menjadi

sempadan China-Korea membuatkan China tidak dapat duduk diam kerana khuatir dengan

kemaraan Jepun. Kedua-dua negara ini sering berselisih faham kerana mempunyai persepsi

masing-masing terhadap satu dengan yang lain. China yang menganggap Jepun sebagai orang

gasar menyebabkan Jepun tidak senang hati dengan pandangan dan layanan yang diberikan oleh

China kepada mereka.

Peperangan yang berlaku ini adalah disebabkan untuk menjaga kepentingan masing-

masing di Korea. Jepun sebagai sebuah negara yang kecil memerlukan Korea sebagai negara

empayarnya dan menjadi benteng pertahanan bagi menjaga keselamatan Jepun.36 Jatuhnya Korea

ke dalam tangan musuh-musuh Jepun meletakkan Jepun dalam keadaan yang bahaya kerana

Korea boleh dijadikan sebagai kawasan yang strategik untuk menyerang Jepun. Justeru, Jepun

mengambil inisiatif awal untuk menguasai Korea dan mengambil Korea di bawah kuasanya bagi

menjaga kepentingan Jepun.

34 WM. Theodore De Bary (edited). (2008). Sources of East Asian Tradition. New York: Columbia University Press. Hlm999.35 Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 137.36 S.C.M. Paine, Hlm6.

Page 15: Perang China :)

Konfrontasi China-Jepun berlaku apabila China campur tangan dalam membantu

menghapuskan penentangan yang berlaku di Korea, sedangkan kedua-dua negara telah berjanji

untuk tidak campur tangan di Korea. Akibatnya, Jepun meletakkan tentera-tenteranya di Istana

Korea dan China mengisytiharkan perang ke atas Jepun. Maka, bermula episod peperangan

antara China dan Jepun sehinggga membawa kepada kemenangan Jepun pada tahun 1895 dan

menaikkan nama Jepun sebagai negara Asia yang kuat mengalahkan China.

Pemberontakan yang berlaku di Korea juga menjadi antara sebab Jepun masuk campur

dalam kerajaan Korea. Di Korea pada masa itu, berlaku Pemberontakan Tonghak dan Korea

meminta China untuk menghantar tenteranya bagi mengawal pemberontakan ini.37 Pada masa

yang sama juga, Jepun juga melibatkan diri dalam mengawal pemberontakan ini dan sekaligus

berjaya menundukkan keluarga diraja Korea dan akhirnya mengiystiharkan perang ke atas

China.38 Kedatangan China ke Korea atas permintaan daripada Korea sendiri sebaliknya Jepun

datang sebagai tindak balas untuk menahan kemaraan dan penguasaan pengaruh China di Korea.

Jepun mengambil peluang tersebut dengan mengukuhkan pengaruhnya walaupun selepas Korea

meminta semua kuasa asing untuk berundur dari Korea yang mana dipatuhi oleh China tetapi

tidak oleh Jepun.

Korea menjadi gelanggang pertempuran di antara China dan Jepun sehingga Korea

terkesan daripada peristiwa tersebut. Pada tahun 1894, perang telah meletus di wilayah

Pyongyang dan kesilapan Cina telah menyebabkan Jepun mara sehingga ke Sungai Yalu.39

Pangkalan tentera laut Port Arthur, Semenanjung Liaotung dan Weihaiwei dan Semenanjung

Shantung menjadi sasaran Jepun untuk terus melemahkan Cina kerana pangkalan-pangkalan

tersebut membuka laluan untuk Jepun mara ke Peking dan Manchuria.40

Kekalahan Cina ini adalah secara berperingkat-peringkat apabila Jepun berjaya

menguasai satu-persatu kekuasaan China dan semakin melemahkan China terutamanya apabila

Port Arthur dan Dairan menjadi kekuasaan Jepun. Dengan kekalahan tersebut, Cina terpaksa

menandatangani Perjanjian Shimonoseki yang dibuat antara China dan Jepun. Perjanjian

37 WM. Theodore De Bary (edited). (2008). Sources of East Asian Tradition. New York: Columbia University Press. Hlm1000.38 Kyu Hyun Kim, The Sino-Japanese War (1894-1895): Japanese National Integration and Construction of the Korean “Other”, International Journal of Korean History (Vol.17 No.1, Feb.2012) Hlm 8-9.39 Suffian Mansor. (2009). Sejarah Cina Moden. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya. Hlm 71.40

Page 16: Perang China :)

Shimonoseki ini memberikan kelebihan kepada Jepun kerana Jepun memperoleh hak wilayah

asingan dan bayaran ganti rugi yang besar.41

Perjanjian Shimonoseki yang dibuat antara China dan Jepun memberi manfaat kepada

Jepun kerana Jepun mendapat penempatan di pelabuhan-pelabuhan China. Jepun berjaya

mendapat Taiwan pada tahun 1895 selepas kemenangan Jepun dalam Perang China-Jepun ini.42

Jepun juga mendapat ganti rugi daripada China dan paling penting sekali, China mengakui

kekuasaan Jepun ke atas Korea.

Perang ini telah merugikan China dari pelbagai aspek terutamanya dari segi kekuasaan

wilayah. Banyak wilayah-wilayah dan pelabuhan dibuka kepada Jepun melalui Perjanjian

Shimonoseki. Selain itu, martabat Cina juga telah tercalar kerana daripada sebuah negara Asia

yang dihormati, kemudiannya kekalahan pada Jepun menampakkan kelemahan China dan

mnjatuhkan statusnya sebagai negara Asia yang kuat. Kekalahan China ini juga disebabkan

kelemahan tentera-tenteranya dan teknologi ketenteraan yang kurang canggih berbanding dengan

Jepun. Perang China-Jepun ini menjadi batu loncatan untuk Jepun mengaplikasikan semua yang

dipelajari daripada Barat. Kejayaan mereka ini memberikan mereka semangat untuk terus

meluaskan empayar.

Peranan golongan pemimpin yang semakin kuat untuk meluaskan pengaruh imperialisme

ini juga merupakan kesan daripada perang China dengan Jepun ini. Banyak pemimpin di Jepun

yang merasakan China tidak lagi layak untuk dipandang tinggi dan kedudukannya sama seperti

negara barat yang lain yang hanya ingin meluaskan pengaruh. Hashikawa Bunzo menyuarakan

keadaan semasa Perang China-Jepun sehingga kemenangan berpihak pada Jepun dengan

mengamalkan imperialisme seperti negara-negara Barat.43 Oleh itu, imperialisme semakin

menular di negara Jepun dan mempengaruhi golongan masyarakat.

Impak yang nyata sekali adalah kebangkitan imperialisme Jepun di Asia dan sekaligus

melonjakkan nama Jepun sebagai sebuah negara Asia baru yang kuat. Fahaman imperialisme

yang menular dalam kalangan pemimpin-pemimpin Jepun menyebabkan mereka ingin

meluaskan pengaruh bagi mendapat pengiktirafan daripada kuasa-kuasa yang besar. Keadaan ini 41 Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm200.42 W.G. Beasly. (2003). The Sino Japanese War of 1894-1895:perceptions, power and primac.,New York: Cambridge University Press. Hlm6.43 Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 134-135.

Page 17: Perang China :)

yang mendorong semangat Jepun untuk menjadi sebuah kuasa yang kuat sehingga

meletakkannya sebagai kuasa pertama Asia yang kuat. Kejayaan Jepun dalam peperangan ini

menyebabkannya dipandang lebih tinggi berbanding negara-negara Asia yang lain.44

Fahaman imperialisme ini semakin ditekankan semasa perang dengan Rusia. Contohnya

seperti Ishiwara Kanji dan Katakura Tadashi45 yang menjadi ghairah dengan gerakan

imperialisme. Pada peringkat awal, imperialisme Jepun telah pun bermula sejak Pemerintahan

Meiji lagi dan Korea menjadi kawasan eksperimen apabila Jepun mengaplikasikan pemerintahan

imperialismenya di sana. Keadaan ini berlaku sebelum Perang China-Jepun ini tercetus namun

campur tangan Jepun di Korea yang akhirnya mengakibatkan peperangan ini berlaku.

“The Japanese government’s main objectives at this juncture were 1) to secure its

economic and political interests by “modernizing” the Korean government in order to allow for

a more efficient economic penetration and pervasive political control without the appearance of

unilateral domination, and 2) to deconstruct Qing China’s tributary-suzerainty system by

ensuring that Korea maintain its “independence” from China. This was a pattern already

established in its demolition of the Ryūkyū Kingdom. Japanese leaders could not realize their

economic and political dominance of East Asia without first breaking down the Sino-centric

international order. They were also acutely aware of the larger context in which the respective

empires (European and American) were competing and colluding with one another, practicing

multilateral, informal imperialism in China.”46

Penyataan di atas menunjukkan bukti pengaruh Jepun ke atas Korea dalam usahanya untuk

melaksanakan imperialisme.

5.0 PERANG RUSIA-JEPUN

5.1 Punca tercetusnya Perang Rusia Jepun 1905

Peristiwa kemenangan Jepun ke atas China dalam perang China Jepun 1895,

menyebabkan Jepun muncul sebagai satu kuasa besar di Asia. Kehebatan Jepun mula

menimbulkan rasa gusar pihak Barat, iaitu Rusia, Jerman dan Perancis. Mereka bimbang Jepun

akan mengancam kedudukan mereka di Asia. Jepun merupakan sebuah negara yang semakin 44 Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 141. 45 Ibid., Hlm115.46Kyu Hyun Kim, The Sino-Japanese War (1894-1895): Japanese National Integration and Construction of the Korean “Other”, International Journal of Korean History (Vol.17 No.1, Feb.2012), Hlm5.

Page 18: Perang China :)

meningkat maju dalam segala aspek setelah perubahan yang berlaku dalam era Meiji. Manakala

Rusia pula merupakan sebuah negara barat yang sudah maju dan juga merupakan negara kedua

yang menanam modal terbanyak selepas Britain di China. Rentetan persitiwa perebutan kuasa

antara Jepun dengan Rusia disebabkan oleh perebutan untuk menguasai China secara am nya.

Lantas, perkara ini telah kepada beberapa siri kekacauan yang akhirnya mencetuskan perang

antara Jepun dan Rusia 1905.

5.1.1 Kepentingan Manchuria

Konflik antara Jepun dan Rusia ini pada hakikatnya lebih didorong oleh faktor menjaga

kepentingan ekonomi masing-masing. Faktor pertama yang menjadi konflik antara Rusia dan

Jepun ialah isu perebutan Manchuria. Seperti diketahui selain kedudukan strategik Manchuria

berada di sebelah timur laut Tiongkok bersempadan dengan Korea Utara dan Rusia, Manchuria

juga merupakan satu kawasan yang kaya dengan sumber bahan mentahnya. Rusia dan Jepun

mempunyai kepentingan mereka tersendiri untuk menakluki Manchuria. Rusia mempunyai

kepentingan dari segi politik dan ekonomi terhadap Manchuria. Hal ini seperti dijelaskan oleh

Maswari Rosdi yang menyatakan bahawa Rusia sangat memerlukan Manchuria kerana aspek

ketenteraan iaitu mendapatkan pangkalan tentera laut bagi menggantikan pelabuhan

Vladivostock yang berada di timur jauh. Dari segi lain pula kepentingan Manchuria adalah

disebabkan oleh perancangan Rusia bagi membina jalan kereta api Trans- Siberia.47

Negara Jepun amat berminat terhadap Manchuria yang kaya dengan sumber asli seperti

arang batu dan besi. Walaupun iklimnya keterlaluan, tetapi kebanyakan dari kawasan itu banyak

mengeluarkan hasil. Dasar Rusia di Timur Jauh mulai suku abad kesembilan belas

menitikberatkan perluasan pengaruhnya di Korea dan Manchuria. Rusia berminat untuk

mendapatkan sebuah pelabuhan ice-free dan membina jalan keretapi Trans-Siberia di Manchuria.

Projek keretapi Trans-Siberia telah dilancarkan pada tahun 1981. Pembinaan jalan keretapi

tersebut dari tasik Baikal ke Vladivostok melalui Manchuria dapat menjimatkan perbelanjaan

memandangkan ia adalah lebih pendek sebanyak 560 km berbanding jalan Amur (melalui

wilayah Rusia). Pembinaan jalan keretapi Trans-Siberia di Manchuria juga akan membolehkan

Rusia menguasai perdagangan dan mengukuhkan kedudukannya di wilayah tersebut. Pada 3 Jun

47 Maswari Rosdi. (1985). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm. 163

Page 19: Perang China :)

1896, Negara China telah menandatangi Perjanjian Li-Lobanov yang membenarkan Rusia

membina jalan keretapi Trans-Siberia di Manchuria. Pada bulan Mac 1898 pula, Rusia mendapat

pajakan selama 25 tahun hujung Selatan Semenanjung Liaotung yang mengandungi Port Athur

dan Dairen. Semasa kebangkitan Boxer 1899-1900, Rusia telah mengambil kesempatan untuk

menambahkan bilangan tenteranya di Manchuria.

Perluasan pengaruh Rusia di Manchuria telah membimbangkan Negara Jepun. Jepun

khuatir bahawa Rusia akan cuba memperluas pula pengaruhnya di Korea. Terdapat kepercayaan

yang kuat di kalangan pemimpin Jepun bahawa Rusia harus dihalau keluar dari Korea dan

Semenanjung Liaotung. Sebagai langkah persediaan, Jepun menandatangani perikatan Ingeris-

Jepun dengan Britain pada 30 Januari 1902. Perikatan Inggeris Jepun merupakan satu pakatan

tentera yang mengakui kepentingan-kepentingan khas Britain di Negara China dan Jepun di

Korea. Kedua-dua negara bersetuju bersikap neutral sekiranya mana-mana antara mereka terlibat

dalam peperangan bagi melindungi kepentingan-kepentingan tersebut. Britain dan Jepun juga

bersetuju untuk membantu satu sama lain sekiranya terdapat penglibatan kuasa ketiga dalam

peperangan sedemikian. Perikatan tersebut akan berkuatkuasa selama lima tahun.

Terdorong oleh imperialisme Jepun kesan pemodenan Meiji, kemudiannya menyebabkan

keutamaan ditumpukan kepada industrialisasi yang memerlukan bahan mentah serta pasaran luar

ekoran pasaran domestik yang lemah serta bahan mentah yang terhad. Hal ini telah mendorong

Jepun melihat kepentingan Manchuria untuk dikuasai. Sama seperti Rusia, Manchuria sejak dulu

lagi telah menjadi kawasan kepentingan Jepun kerana kedudukan strategik dan juga ekonomi.

Hal ini seperti dinyatakan oleh M. Rajendran, Jepun telah menyatakan bahawa Manchuria

merupakan barisan pertahanan utama bagi Jepun terhadap Rusia. Jepun juga telah menuntut

supaya Manchuria menjadi kawasan lingkungan pengaruhnya ataupun kawasan lindungan

Jepun.48 Selain itu, masalah sosial turut mendorong Jepun mendapatkan Manchuria. Penduduk

Jepun semakin pesat dan menimbulkan masalah kekurangan makanan dan penempatan. Oleh itu,

Jepun telah menggunakan alasan masalah keselamatan penduduk bagi campur tangan di

Manchuria. Oleh itu dapat dilihat bahawa kepentingan-kepentingan Jepun dan Rusia di

Manchuria inilah yang akhirnya telah menyebabkan berlakunya perbalahan dan mencetuskan

Perang Rusia-Jepun.

48 M. Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku. Sdn. Bhd. Hlm. 164

Page 20: Perang China :)

5.1.2 Isu Semenanjung Korea

Isu Semenanjung Korea juga merupakan antara punca perbalahan antara Rusia dan Jepun.

Pemberontakan yang berlaku di Korea telah menyebabkan Rusia dan Jepun menghantar tentera

masing-masing ke Korea. Namun, Raja Korea lebih memihak kepada Rusia. Beliau telah

meminta perlindungan politik daripada Rusia dan bantuan menghalau tentera Jepun. Satu

perjanjian dikenali sebagai Perjanjian Yamagata-Lobanoff telah ditandatangani untuk

menyelesaikan kedudukan kedua-dua kuasa tersebut. Antara isi perjanjian tersebut ialah Korea

bebas mentadbir dan kedua-dua kuasa tersebut akan bersama-sama bertanggungjawab dalam

rancangan pembaharuan Korea. Hal ini bermakna, kedua-dua kuasa ini mengakui kemerdekaan

Korea.49 Walau bagaimanapun, Rusia dilihat masih mencampuri dalam urusan Korea. Rusia telah

mendapat dua hak kebenaran di Korea iaitu mengeluarkan kayu balak di Sungai Yalu dan

melombong di Sungai Tuwan. Selain itu, Rusia juga telah mengirimkan penasihat tentera dan

kewangan ke Korea. Hal ini telah mengakibatkan kemarahan pihak Jepun. Sekali lagi satu

persidangan bagi menyelesaikan pertelingkahan diadakan. Pada tahun 1898, satu konvensyen

diadakan iaitu Konvensyen Nishi-Rosen yang mana kedua-dua kuasa ini akan mengakui

kedaulatan Korea.50 Ini bermakna Rusia dan Jepun tidak boleh lagi untuk mencampuri hal-hal

Korea. Namun sebaliknya berlaku apabila Rusia masih berkeras dan mahu mengukuhkan

kedudukannya di Korea walaupun telah diadakan persetujuan kedua pihak bahawa tidak akan

mencampuri hal-hal Korea.

Rusia masih berusaha untuk mendapatkan sebuah pelabuhan di Korea. Jepun merasakan

tindakan Rusia ini seperti mencabarnya dan tindakan ini tidak akan dibiarkan. Pihak Jepun

mengharapkan agar Manchuria dan Korea dapat diselesaikan dengan aman. Oleh itu Jepun telah

menghantar wakilnya ke Rusia untuk membuat perundingan. Pada bulan Ogos 1903, satu

perundingan telah diadakan di St. Petersburg.Dalam rundingan tersebut Jepun meminta agar

kedua-dua pihak mengakui dan menghormati kedaulatan Korea. Walau bagaimanapun rundingan

ini menemui kegagalan kerana sikap Rusia yang berkeras untuk berdamai. Justeru, pada Februari

1904, Jepun telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Rusia. Berikutan putusnya

hubungan tersebut maka peperangan tidak dapat dielakkan antara Rusia dan Jepun. Menurut

Maswari Rosdi, Jepun tidak mengisytiharkan perang terlebih dahulu kepada Rusia. Hal ini 49 Maswari Rosdi. (1985). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. Hlm. 166.50 Ibid., Hlm. 166.

Page 21: Perang China :)

kerana pada 8 Februari 1904, angkatan laut Jepun di bawah pimpinan Laksamana Toga

Haichachairo telah membuat serangan mengejut terhadap angkatan laut Rusia di Port Arthur.

Setelah berlakunya siri serangan tersebut, pada 10 Februari pihak Jepun telah mengisytiharkan

perang terhadap Rusia.

5.1.3 Masalah semenanjung Liaotung

Jepun berasa amat terancam apabila mengetahui bahawa Semenanjung Liaotung

digunakan oleh Rusia sebagai pangkalan angkatan lautnya. Jepun berasa tindakan Rusia itu akan

mengancam kepentingan Jepun di Korea. Selain itu, Jepun turut berasa terhina apabila Rusia

yang mengetuai tiga kuasa barat mendesak Jepun untuk keluar dari Semenanjung Liaotung.

Kenyataan tersebut diumumkan pada 23 April 1895 dengan alasan kehadiran tentera Jepun akan

mengancam keselamatan ibu kota Peking.51 Penyerahan Liaotung kepada Jepun yang dihalang

oleh Jerman, Rusia dan Perancis ini benar-benar mengaibkan Jepun. Rakyat Jepun juga

menyalahkan kerajaan kerana sikap berlembut dengan kuasa barat. Keaiban inilah yang

mendorong Jepun mempertingkatkan usaha mencapai autonomi ekonomi dan ketenteraan.52 Pada

bulan Jun 1898 pula, Rusia telah bertindak memajakkan Liaotung. Jepun benar-benar rasa

dipermainkan dengan tindakan Rusia hingga membawa dendam dan berterusan kepada

peperangan.

5.1.4 Perasaan anti-Rusia

Perasaan anti Rusia juga merupakan salah satu sebab berlakunya Perang Rusia Jepun.

Pada dekad pertama abad ke-20, perasaan anti Rusia memuncak terutama di kalangan persatuan-

persatuan ultranasionalis seperti Kokuryukai (Persatuan Naga Hitam). Persatuan ini diasaskan

oleh Uchida Ryohei dalam tahun 1902. Beliau telah menyebarkan dasar perluasan Jepun di

seberang laut dan mendesak kerajaan Meiji memperluas kawasan Jepun sejauh sungai Amur di

Manchuria. Persatuan ini mula terlibat dalam kegiatan lain yang menentang kepentingan

Rusia  di Manchuria dan Korea. Keadaan ini mendorong Jepun terlibat dalam peperangan

ini.Tentangan terhadap Rusia juga berkaitan dengan Pan Asianisme di kalangan kumpulan-

51 Maswari Rosdi. (1985). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. Hlm. 16552 Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Hlm. 200.

Page 22: Perang China :)

kumpulan tertentu di Jepun. Pada November 1898, persatuan Toa Dobun Kai (Persatuan

Kebudayaan Bersama Asia Timur) telah ditubuhkan bertujuan menganjurkan kajian tentang

keadaan-keadaan di Korea dan China. Lebih penting lagi untuk membangkitkan semangat Jepun

berhubung ‘peranan sebenar Jepun di Asia’. Persatuan ini di sokong ramai pengusaha industri

dan ahli-ahli politik menyebarkan ideologi bahawa Jepun mempunyai kewajipan menyelamatkan

Asia dari pencerobohan kuasa-kuasa Barat. Persatuan tersebut menganggap perang dengan Rusia

sebagai satu peluang untuk memberi pukulan hebat kepada sebuah kuasa Barat yang telah

berlaku tidak adil terhadap rakyat Asia.

5.2 Kesan Perang Rusia Jepun

Kejayaan Jepun dalam Perang Russia-Jepun telah menaikkan nama Jepun sebagai bangsa

pertama Asia yang berjaya mengalahkan kuasa asing. China yang sebelum ini menjadi middle

kingdom juga tidak berjaya mengalahkan negara asing malahan kalah di tangan kuasa asing.

Oleh itu, kejayaan Jepun ini menjadi peristiwa penting dalam sejarah Asia Timur kerana berjaya

menggegarkan kuasa asing dan bangkit di tengah-tengah kuasa asing sebagai negara Asia yang

menjalankan imperialisme.

5.2.1 Mempercepatkan dasar perluasan Jepun.

Pada mulanya Jepun tidak terlalu agresif untuk melakukan perluasan kuasa. Namun

perang Rusia Jepun telah menaikkan semangat Jepun untuk menguasai negara lain. Jepun

merasakan mereka mampu mengalahkan negara lain yang dianggap kuat setelah berjaya

mengalahkan kuasa dunia yang kuat iaitu Rusia.53 Mereka menganggap kemenangan mereka

tersebut adalah satu yang luar biasa dan mereka mampu melakukan lebih baik dari itu, Semangat

tentera yang membuak-buak menyebabkan dasar perluasaan pergiat dilaksanakan. Kesannya

perang China-Jepun telah membawa Taiwan di bawah kuasa Jepun dan diikuti oleh perang

Rusia Jepun yang memperlihatkan perluasan kuasa Jepun di Korea dan juga di Manchuria

Selatan.54 Selain daripada itu, dasar perluasan kuasa telah membawa Jepun ke Negara China

dalam tahun-tahun 1930an dan akhirnya ke Asia Tenggara pada tahun 1942.55 Namun Jepun

pada akhirnya mengalami kekalahan pada tahun 1945.53 Khozin Mohd Tamrin (1974) . Perang Rusia-Jepun 1905. Bangi : Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 2554 Geoffrey Juke (2002). The Russo-Japanese War 1904-1905. Oxford: Osprey Publishing. Hlm 1955 Louis G. Perez (2013). Japan at War: An Enyclopedia. Amerika Syarikat : Cremona Drive. Hlm 348.

Page 23: Perang China :)

5.2.2 Perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan pengambilan Liaotung.

Rusia telah berjaya menguasai Pulau Sakhalin sebelum berperang lagi . Pada akhir abad

ke-18 pihak Bakufu berasa amat gentar terhadap perluasan kuasa Rusia ke Selatan apabila

meluaskan daerahnya hingga ke Sakhalin dan mengugut Pulau Yedo (Hokaido). Namun selepas

perang Rusia Jepun, Jepun mendapat kembali Pulau Sakhalin. Kesan yang paling ketara

peperangan Rusia Jepun ialah perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan Liaotung. Hal ini termaktub

dalam perjanjian Porstmouth iaitu diserahkan kepada Jepun sebahagian daripada Sakhalin yang

di sebelah selatan garis Lintang 50.56 Kepentingan Pulau Sakhalin ialah menambahkan lagi

pasaran bagi barang keluaran Jepun. Keunggulan Jepun di Korea mula diiktiraf oleh Rusia

melalui perjanjian Portsmouth dan kemudian oleh Amerika Syarikat dan Britain57. Pada musim

luruh 1905, Jepun telah bertindak menjadikan Korea sebuah negara naungan. Ito telah menjadi

Residen-Jeneral pertama58. Berikutan itu, Jepun menyerang Korea pada bulan Ogos 1910 dan

semua hak-hak kedaulatan dipindahkan kepada Maharaja Jepun. Korea menjadi bahagian yang

melengkapkan empayar Jepun.59

5.2.3 Memberi kesempatan kepada Jepun untuk menguasai Manchuria.

Selepas termeterainya perjanjian Portsmouth 1905, Menteri Luar Jepun Komura telah

memperolehi persetujuan China untuk memindahkan hak-hak dan kepentingan Rusia di

Manchuria Selatan kepada Jepun.60 Perjanjian Peking itu telah ditandatangani pada 22 Disember

1905 dan telah memberi Jepun kuasa penuh ke atas Manchuria Selatan. Dari segi ekonomi,

Manchuria Selatan telah dieksploitasi oleh Jepun. Dari segi strategik, Korea menjadi sebuah

pusat yang penting bagi pertahanan Jepun dan juga menjadi batu loncatan bagi Jepun untuk

meluaskan pengaruhnya di Asia Timur pada masa hadapan. Jepun telah mendirikan banyak

pangkalan tentera darat, laut dan udara serta telah membina landasan-landasan keretapi dan jalan

raya dengan tujuan memenuhi keperluan militarinya.61 Kemenangan yang dicapai dalam

peperangan ini merupakan perangsang utama kepada perkembangan semangat nasionalisme di

56 Ginder Singh Jessy(1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Academe Art & Printing Services. Hlmn18157 Ibid . hlm 181.58 Jongsoo James Lee (2007). The Partition of Korea After World War ll : A Global History . United Kindom: Palgrave Maclillan Hlm 21.59 Ibid . Hlm 22.60 Ginder Singh Jessy (1978). Sejarah China dan Jepun. Hlm 181.61 Jongsoo James Lee (2007). The Partition of Korea After World War II. Hlm 21.

Page 24: Perang China :)

Jepun. Jepun berasa bangga dengan hakikat bahawa orang-orang Eropah, Amerika dan Asia

mengiktiraf kekuatan tentera Jepun dan bahawa kuasa-kuasa Barat telah memberi Jepun status

sebagai sebuah kuasa yang besar.62 Kejayaan ini mengubah nasionalisme Jepun kepada satu ciri

keyakinan yang lebih besar.

5.2.4 Kemunculan Jepun sebagai sebuah kuasa besar di Asia Timur.

Walaupun Jepun mencapai kemenangan dalam Perang China Jepun dan kemenangan ini

telah membantu menaikkan imej Jepun tetapi kesannya ke atas status Jepun tidaklah begitu

penting berbanding kemenangannya ke atas Rusia. Hal Ini disebabkan negara China merupakan

sebuah negara yang lemah dalam tahun 1894-95. Ia telah diturunkan kepada status separa

kolonial oleh kuasa-kuasa barat. Tetapi kemenangan Jepun ke atas Rusia memberi gambaran

berbeza. Rusia selama ini sebenarnya dianggap sebagai sebuah kuasa besar di Asia Timur. Ia

juga digolongkan sebagai sebuah kuasa Eropah. Kekalahannya di tangan Jepun dalam tahun

1904-05 bukan sahaja menghancurkan mitos bahawa kuasa-kuasa Barat tidak dapat dikalahkan

tetapi turut meninggikan status Jepun sebagai sebuah kuasa besar di Asia Tenggara. Kejayaan

Jepun mengalahkan Rusia merupakan kemenangan yang sungguh besar kepada kebangkitan

Jepun. Kejayaan Jepun secara tidak langsung diakui sebagai satu kuasa baru di Timur Jauh dan

negara-negara Barat terpaksa menerima Jepun sebagai negara yang setaraf dengan mereka. Jepun

tidak boleh diketepikan dari arena politik dunia terutama yang berhubung dengan politik Timur

Jauh.

5.2.5 Fahaman Imperialis.

Perjanjian Porthmouth telah membolehkan Jepun mengambil alih peranan Rusia sebagai

kuasa Imperialis. Jepun telah mengambil alih tanggungjawab di Manchuria Selatan dan Korea.63

Oleh sebab kedudukan Jepun di Rusia tidak boleh dipersoalkan, Jepun telah berusaha secara

perlahan-lahan untuk menguasai dan meletakkan Korea di bawah kekuasaan Jepun, terus

diperintah oleh Tokyo. Dasar imperialis Jepun tidak dapat disembunyikan lagi apabila Jepun

mengambil Korea dalam tahun 1910 atas alasan pembunuhan Ito, residen Jepun di Korea pada

tahun 1909.64 Ito telah dibunuh di stesen Harbin, Manchuria oleh seorang Nasionalis Korea.

62 Chandra Chari (2010). War Peace and Hegemony in a Globalized. New York: Taylor & Francis. Hlm 150.63 Ginder Singh Jessy (1978). Sejarah China dan Jepun. Hlm 181.64 Jongsoo James Lee (2007).The Partition of Korea After World War II. Hlm 21.

Page 25: Perang China :)

5.2.6 Kesan kepada kerajaan Meiji.

Apabila perjanjian keamanan tersebut diumumkan, majoriti rakyat Jepun berasa bahawa

mereka telah dikhianati kerajaan. Hal ini kerana mereka mengharapkan ganti rugi yang besar

dari Rusia. Jepun telah menerima 200 juta tael dari China hasil kemenangannya dalam Perang

Cina Jepun65. Rusuhan dan tunjuk perasaan telah berlaku dan perusuh-perusuh telah membakar

serta membinasakan lebih 150 pondok polis. Mereka mencederakan dan membunuh lebih dari

1000 orang awam. Disebalik penangkapan yang besar, rakyat yang marah itu telah bangun

menentang kepimpinan Perdana Menteri Katsura. Beliau dipaksa letak jawatan pada bulan

Januari 1906 dan telah digantikan oleh Saionji seorang pemimpin parti Seiyukai. Di samping itu

harus diperhatikan disebalik kebencian yang wujud terhadap kerajaan Katsura, golongan tentera

tidak memperolehi kuasa di Jepun. Oligarki Meiji terus bergiat di arena politik dalam negeri.

5.2.7 Kekacauan politik.

Sungguhpun Jepun mendapat keuntungan hasil daripada peperangan itu, namun ia tidak

dapat melarikan diri daripada kesan negatifnya. Orang-orang Jepun terutamanya golongan-

golongan pelampau menunjukkan rasa kurang senang terhadap perjanjian Portsmouth. Orang

Jepun yang tidak mengetahui muslihat kerajaan untuk menamatkan peperangan yang

menjejaskan ekonomi dan tentera, berasa kecewa dengan syarat-syarat yang terkandung dalam

perjanjian itu. Mereka tidak puas hati terhadap kerajaan kerana tidak berjaya mendapatkan ganti

rugi dari Rusia.

Dengan adanya ganti rugi diharapkan dapat mengurangkan beban rakyat dan membiayai

pengawasan jalan keretapi di Manchuria. Tunjuk perasaan telah berlaku yang diikuti oleh

rusuhan-rusuhan. Tentera terpaksa campurtangan dan undang-undang tentera telah diisytiharkan.

Rasa tidak puas hati yang wujud akhirnya membawa kepada penggulingan kerajaan Katsura

dalam bulan Januari 1906 diganti oleh Putera Saionji. Beliau memegang jawatan sehingga bulan

Julai 1908.

5.2.8 Ekonomi Jepun merosot.

65 Ginder Singh Jessy (1978). Sejarah China dan Jepun. Hlm 181.

Page 26: Perang China :)

Dalam peperangan ini, Jepun terus berjaya menentang Rusia, tetapi telah mengakibatkan

kehilangan sejumlah besar nyawa dan mengosongkan perbendaharaan negara. Perang Rusia

Jepun telah menelan belanja sebanyak 1500 juta Yen bagi pihak Jepun. Kos peperangan yang

tinggi ini telah membebankan Kerajaan Jepun memandangkan ia tidak menuntut sebarang ganti

rugi daripada kerajaan Rusia. Tidak dapat dinafikan ketika berlakunya peperangan ekonomi

Jepun benar-benar merosot. Rakyat terpaksa menanggung beban cukai yang banyak demi

keselamatan negara.

Namun selepas perang Rusia, Jepun telah memperlihatkan pembangunan industri berat

yang menakjubkan khususnya dalam industri pembinaan kapal, industri keluli dan kimia. Selain

itu, Jepun juga terlibat dalam perusahaan berat yang lain terutamanya kilang membuat alat-alat

senjata dan meningkatkan perusahaan membuat kapal. Jepun sedar ia masih memerlukan alat-

alat senjata dari Barat, misalnya kapal terbang dari Britain. Keadaan ini tidak boleh berterusan

kerana untuk menjadi sebuah kuasa imperialis, Jepun hendaklah mengeluarkan sendiri tanpa

mengharapkan bantuan asing.

5.2.9 Pengeksploitasian ekonomi Korea.

Selepas 1910, Korea telah menjadi sumber bahan-bahan mentah dan pasaran yang

penting bagi Jepun. 66 Bijirin dan hasil-hasil laut dari Korea telah mendapat pasaran yang baik di

Jepun. Jepun telah eksploitasi sumber-sumber Korea dengan mendirikan industri berasaskan

sumber-sumber ini. Penekanan khas diberi kepada pengeluaran alat-alat perang strategik

termasuk besi, keluli dan jentera. Lebih 75% pengeluaran perindustrian Korea dimiliki

perbadanan Jepun terutama Zaibatsu atau golongan kapitalis yang berkembang menjadi

konglomerat besar semasa era Meiji.67 Kebanyakan keperluan barang-barang pengguna Korea

telah dibekalkan oleh Jepun.

5.2.10 Kerugian sumber-sumber dan tenaga manusia.

Hampir 20,000 rakyat Jepun terkorban. Jepun telah membelanjakan sejumlah 1.5 billion

untuk biayai perang. Hal ini telah menyebabkan ketandusan sumber-sumber kewangan negara

tersebut. Sebenarnya kerajaan Meiji telah menyedari Jepun tidak lagi dapat menanggung 66 Felix Patrikeeff & Harry Shukman (2007). Railways and the Russo-Japanese War: Transporting War. New York: Taylor & Francis. Hlm 99.67 Ibid. Hlmn 99

Page 27: Perang China :)

pembiayaan perang itu. Oleh itu, kerajaan Jepun telah mengambil daya usaha untuk mewujudkan

pendamaian dengan Rusia dalam tahun 1905.68

Kerugian golongan petani dan buruh juga meningkat. Petani menanggung beban cukai tinggi

(70%) untuk biayai proses pembangunan industri dan modenisasi negara.69 Petani terpaksa

mengeluarkan modal sendiri untuk peralatan, benih dan baja. Bagi menambahkan pendapatan,

petani melibatkan diri dalam perusahaan pembiakan ulat sutera. Golongan pekerja menerima

kesan yang negatif. Pekerja-pekerja di sektor perindustrian kecil terpaksa bekerja dengan

bayaran upah yang kecil. Pekerja terpaksa bekerja lebih berat.

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dapat dilihat kemenangan demi kemenangan yang dialami oleh Jepun

dalam peperangan menjadikan Jepun semakin yakin dengan kekuatan negaranya dan tampil

menjaga kedaulatan negaranya. Jepun bangkit menjadi sebuah kuasa imperialisme di rantau

Asia. Bermulanya siri peperangan Jepun dengan China dan Jepun dengan Rusia memperlihatkan

keyakinan Jepun dalam meluaskan kekuatan ketenteraannya sehingga memampukan Jepun untuk

turut melaksanakan imperalisme.

Usaha Meiji dalam membangunkan negaranya yakni mendatangkan faedah kerana

masyarakat Jepun memeproleh kemajuan dari pelbagai aspek. Kemajuan ini membantu Jepun

untuk melihat negaranya dalam perspektif yang lebih luas terutamanya dari segi organisasi

ketenteraan. Keluasan Jepun yang jauh lebih kecil berbanding dengan China membuatkan rantau

Asia Tenggara ternganga dengan kejayaan yang diperoleh Jepun semasa perang dengan China.

68 Geoffrey Jukues (2002). The Russo-Japanese War 1904-1905. Hlm 13.69 Mikhail Iosifovich (1966). History of Economic Relations Between Russia and China. Jerusalem: Israel Program for Scientific Translation Ltd. Hlm 80.

Page 28: Perang China :)

Peristiwa tersebut akhirnya menyebabkan Chian menjadi kecil dalam kalangan rantau Asia

Tenggara dan juga kuasa-kuasa asing.

Jepun dilihat sebagai sebuah kuasa baru dan keberaniannya menentang Rusia mengejutkan

lagi kuasa-kuasa barat apabila kemenangan berpihak pada Jepun. Kejayaaan ini yang akhirnya

membawa nama Jepun dalam kalangan kuasa-kuasa barat dan Jepun menjadi bangsa Asia

pertama yang menjalankan imperialisme. Jepun mula terlibat dalam persaingan dunia dan

menjadi anggota dalam sebuah blok dunia bersama dengan beberapa negara barat yang lain.

Permintaan Jepun mula diberikan perhatian oleh kuasa barat kerana khuatir akan menghadapi

peperangan dengan Jepun.

BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Chandra Chari (2010). War Peace and Hegemony in a Globalized. New York: Taylor &

Francis.

C.P. Fitzgerald. (1970). Intisari Sejarah Asia Timor (Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edwin O. Reischauer. (1974). Japan: The Story Of A Nation. Tokyo: Charles E. Tuttle Company.

Page 29: Perang China :)

Felix Patrikeeff & Harry Shukman (2007). Railways and the Russo-Japanese War: Transporting

War. New York: Taylor & Francis.

Geoffrey Jukues (2002). The Russo-Japanese War 1904-1905. Oxford: Osprey Publishing

Ginder Singh Jessy(1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Academe Art & Printing

Services.

Harold. M Vinacke. (1986). Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden; Jilid 1, (Terjemahan).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

H. Paul Varley, Nobuko Morris. (1974). The Samurai. England: Penguins Books

Jongsoo James Lee (2007). The Partition of Korea After World War ll : A Global History.

United Kindom: Palgrave Maclillan.

Joginder Singh Jessy (1978). Sejarah China dan Jepun. (disunting oleh Ghazali Basri). Kuala

Lumpur: Anthonian Store.

Khozin Mohd Tamrin. (1974) . Perang Rusia-Jepun 1905. Bangi : Jabatan Sejarah Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Kyu Hyun Kim, The Sino-Japanese War (1894-1895): Japanese National Integration and

Construction of the Korean “Other”, International Journal of Korean History (Vol.17

No.1, Feb.2012).

Louis G. Perez. (2013). Japan at War: An Enyclopedia. Amerika Syarikat:Cremona Drive.

Page 30: Perang China :)

Maswari Rosdi. (1985). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi

Publishing sdn.Bhd

Mikhail Iosifovich (1966). History of Economic Relations Between Russia and China.

Jerusalem: Israel Program for Scientific Translation Ltd.

M. Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku. Sdn. Bhd.

Richard Storry. (1967). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

WM. Theodore De Bary (edited). (2008). Sources of East Asian Tradition. New York: Columbia

University Press.

W.G. Beasly. (2003). The Sino Japanese War of 1894-1895:perceptions, power and

primac.,New York: Cambridge University Press.

W. Scott Morton. (2006). Jepun;Sejarah dan Budaya, (Terjemahan: Azhar Mad Aros). Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.