masyarakat agraria di china

4
DEFINISI CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA Cover by Andrey James

Upload: andrey-james

Post on 05-Aug-2015

217 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masyarakat agraria di china

DEFINISICIRI-CIRI

MASYARAKAT AGRARIADI CHINA

Cover by Andrey James

Page 2: Masyarakat agraria di china

DEFINISI

Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kepada pertanian iaitu bercucuk tanam dan menternak binatang.

Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi; tanaman bijirin pula ialah gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya.

 Selain itu, masyarakat juga menjalankan aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal.

Penempatan mereka terbentuk di sekitar kawasan yang subur seperti lembah-lembah sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik.

Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap. Pada masa yang sama masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat maritim dan saling bergantungan.

Masyarakat agraria di China menjalankan kegiatannnya atas arahan golongan pembesar.

Page 3: Masyarakat agraria di china

CIRI-CIRI

Tertumpu di kawasan timur laut China dengan Mongolia.

Tanah merupakan satu aset yang amat berharga yang dapat menentukan status sosial seseorang.

Mengusahakan tanah pertanian secara tradisional dengan menggunakan peralatan lama dan najis binatang untuk menyuburkan tanah.

Mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan.

Berkembang ekonominya terutama dalam pembuatan porselin, pembuatan kertas, sutera dan kapas di bandar Nanjing dan Beijing.

Menjalankan kegiatan perusahaan pertukangan secara perkongsian modal dan tanggungjawab untuk memajukan perusahaan ini.

Page 4: Masyarakat agraria di china

Mengamalkan sistem pengairan, mengamalkan tanaman giliran mengikut musim, memperkenalkan peralatan pertanian yang baru, meningkatkan keluasan kawasan pertanian dan penggunaan baja.

Mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan.

Sistem perhubungan darat masih primitif iaitu masyarakat masih menggunakan unta dan keldai sebagai pengangkutan utamanya.

Menjalankan ekonomi perdagangan walaupun kegiatan ini dianggap hina dan rendah tarafnya di negara China.

Membuat perlombongan arang batu, besi, tembaga, bijih timah, timah hitam, antimoni dan perak.