4.2 tugas guru moral.pptx

19
ELM 3033 E Tugas & Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral Disediakan oleh, Wong Mei Sin Pendidikan Pemulihan SJK (C) PISMP SEM 5 AMB. JAN 2013

Upload: mei-sin-wong

Post on 18-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

ELM 3033 E Tugas &

Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral

Disediakan oleh,Wong Mei Sin

Pendidikan Pemulihan SJK (C)PISMP SEM 5 AMB. JAN 2013

Page 2: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Pengenalan Menurut Kamus Dewan (1970), guru membawa maksud pendidik, pengajar dan pengasuh.

Daripada pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang penting dalam arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.

Page 3: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Pendidikan Moral adalah satu subjek yang amat penting yang harus diajar kepada pelajar sekolah yang mana mereka bakal menjadi pewaris kepada generasi masa kini.

Jadi bagi memastikan kehidupan mereka dipenuhi dengan nilai-nilai murni, subjek ini diperkenalkan di sekolah-sekolah.

Dengan adanya subjek Pendidikan Moral, pelajar akan dapat mendalami maksud nilai yang sebenarnya.

Page 4: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Hal ini kerana, sebelum mereka menerapkan nilai-nilai murni dalam diri, terlebih dahulu mereka harus tahu akan kepentingan nilai murni dalam kehidupan seharian.

Apabila mereka sudah memahami erti nilai yang sebenar, maka proses penerapan nilai dalam diri dan kehidupan mereka akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan akhirnya dapat membentuk insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani & intelek.

Page 5: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Matlamat Pendidikan Moral di Malaysia

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.

Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, berintegriti dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.

Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan

Moral,2003

Sumber: Kurikulum Standard Sekolah

Rendah Pendidikan Moral, 2010

Page 6: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Berdasarkan petikan di atas, jelas peranan guru Pendidikan Moral yang utama ialah merealisasikan matlamat seperti di atas.

Matlamat pengajaran Pendidikan Moral merujuk kepada satu program mendidik murid agar menjadi insan yang bermoral /berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral & perlakuan moral.

Kurikulum Standard Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian & moraliti murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni.

Page 7: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi intelek, rohani,emosi dan sosial.Prinsip-prinsip itu adalah:

Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lainBerpegang teguh pada ajaran agamaPrihatin kepada alam sekitarMengekalkan keamanan dan keharmonian hidupBersemangat patriotikMenghormati hak asasi manusiaMengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

Page 8: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Perbandingan objektif Pendidikan Moral Sekolah Rendah KBSR dan KSSR

KBSR KSSRMemahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia; 

Memahami dan menghayati nilai-nilai universal;

Meningkatkan amalan budi pekerti mulia; 

Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia; 

Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagimengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,masyarakat, negara serta alam sekitar; dan 

Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri dengan keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara; dan 

Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalammembuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

Mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

Page 9: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Mengadakan proses P&P yang berkualiti dan bermakna sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.

Dari segi pelaksanaannya guru Pendidikan Moral perlu menguasai maksud nilai-nilai murni berserta dengan kandungan akademik dan situasi/isu yang sesuai.

Page 10: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Penghubung penting di antara sekolah dan rumah.

Membantu pelajar membentuk satu pandangan moral yang menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi iaitu rumah & sekolah.

Menyampaikan pelajaran dengan berkesan & menjadi contoh kepada pelajar.

Page 11: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah mempelajari pelajaran moral di rumah daripada keluarga & masyarakat.

Hal ini bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan & tabiat tentang moral sebelum mereka datang ke sekolah.

Page 12: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Sedar bahawa sekolah merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung.

Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir & bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberi pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak.

Page 13: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral sedia ada murid-murid.

Melanjutkan pengetahuan moral murid-murid ini & membimbing mereka.

Page 14: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Menjadi pendorong bagi setiap aktiviti.

Menjadi fasilitator yang membantu pelajar memulakan aktiviti.

Memberi sokongan bagi aktiviti yang dianjurkan oleh para pelajar dan guru-guru.

Page 15: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

‘Menghidupkan‘ kelas dengan aktiviti-aktiviti yang menarik & memberikan pengalaman langsung kepada murid.

Contohnya, membawa pelajar pergi melawat rumah orang tua.

Kasih sayang

Membalas budi

Hormat-menghormati

Page 16: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Bertindak sebagai pegawai sumber yang memberi maklumat yang tepat / membantu para pelajar mencari maklumat bagi setiap dilema.

Menjadi perangsang dalam penaakulan bagi membantu pelajar berfikir melalui dilema dan tindakan moral.

Page 17: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Menyimpan rahsia pelajar untuk menjalinkan hubungan baik sesama pelajar.

Menjadi pendengar yang baik kepada setiap masalah yang dihadapi oleh pelajar sekiranya ada pelajar yang ingin menceritakan masalah peribadi mereka.

Page 18: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Kesimpulan Guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang amat penting dalam menjadi teladan (role model) kepada pelajar di sekolah melalui beberapa kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan.

Tugas untuk menjadi guru contoh di sekolah bukanlah mudah kerana ia memerlukan sokongan padu daripada pihak pentadbir, guru lain, pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya.

Dalam proses membentuk sosialisasi pelajar, terdapat lima agen utama yang turut membawa perubahan dalam diri mereka iaitu keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi), agama dan media massa.

Page 19: 4.2 Tugas Guru Moral.pptx

Terima Kasih