4.0 implikasi teori konstruktivisme dan humanistik dalam pengajaran dan pembelajaran

10
Implikasi Teori Konstruktivisme dan Humanistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan teori yang dipilih iaitu Teori Konstruktivisme dan Teori Humanisme, terdapat pelbagai implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertama, Teori Pembelajaran Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat bagaimana pelajar membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan sedia ada. Sebagai guru kelak, kita perlu tahu yang murid-murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan nilai serta pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada dalam diri mereka. Mereka akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu. Sebenarnya, guru bukan merupakan penyebar pengetahuan, sebaliknya merupakan seorang pemudah cara atau fasilitator. Guru akan menyedikan pelbagai jenis bahan pembelajaran ataupun rangsangan bagi membina pengetahuan baru pelajar. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi apabila bakat dan pengetahuan sedia ada mereka dapat ditonjolkan dan dikembangkan. Pembelajaran menjadi lebih aktif apabila hadiah diberikan kepada pelajar sebagai peneguhan tingkah laku yang positif yang akan membantu pelajar untuk terus memberi respon dan memupuk minat belajar. Pengetahuan sedia ada murid juga dapat dikembangkan oleh guru dengan memberi peluang kepada pelajar yang berjaya untuk mengajar murid yang belum dapat menguasainya pula. Guru haruslah membenarkan murid mengajar rakannya kerana teori ini mengatakan kanak-kanak lebih mudah faham apabila rakannya yang membimbingnya. Guru juga dapat menggunakan strategi sumbangsaran, pembelajaran koperatif, perbincangan, penyelesaian masalah dalam setiap aktiviti pengajaran 9

Upload: tarmizi-hanafiah

Post on 11-Jan-2016

2.457 views

Category:

Documents


83 download

DESCRIPTION

hn

TRANSCRIPT

Page 1: 4.0 Implikasi Teori Konstruktivisme Dan Humanistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Implikasi Teori Konstruktivisme dan Humanistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan teori yang dipilih iaitu Teori Konstruktivisme dan Teori Humanisme, terdapat

pelbagai implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pertama, Teori Pembelajaran Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat

bagaimana pelajar membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Sebagai guru kelak, kita perlu tahu yang murid-murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan

nilai serta pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada dalam diri mereka. Mereka akan

membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu.

Sebenarnya, guru bukan merupakan penyebar pengetahuan, sebaliknya merupakan

seorang pemudah cara atau fasilitator. Guru akan menyedikan pelbagai jenis bahan

pembelajaran ataupun rangsangan bagi membina pengetahuan baru pelajar. Hal ini dapat

diperkukuhkan lagi apabila bakat dan pengetahuan sedia ada mereka dapat ditonjolkan dan

dikembangkan. Pembelajaran menjadi lebih aktif apabila hadiah diberikan kepada pelajar

sebagai peneguhan tingkah laku yang positif yang akan membantu pelajar untuk terus

memberi respon dan memupuk minat belajar.

Pengetahuan sedia ada murid juga dapat dikembangkan oleh guru dengan memberi

peluang kepada pelajar yang berjaya untuk mengajar murid yang belum dapat

menguasainya pula. Guru haruslah membenarkan murid mengajar rakannya kerana teori ini

mengatakan kanak-kanak lebih mudah faham apabila rakannya yang membimbingnya. Guru

juga dapat menggunakan strategi sumbangsaran, pembelajaran koperatif, perbincangan,

penyelesaian masalah dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini

secara tidak langsung dapat mengawal suasana di dalam bilik darjah dengan berkesan.

Selain itu, guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang

kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Murid-murid dilahirkan

dengan pelbagai kecerdasan dan minat. Jadi, sebagai guru kaedah pengajaran yang sesuai

dan berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid amat perlu untuk murid memahami isi

pelajaran dengan lebih jelas. Seperti contoh, guru boleh menerapkan elemen didik hibur

dalam pengajarannya supaya dapat merangsang minat murid dan mencungkil bakat

terpendam murid.

9

Page 2: 4.0 Implikasi Teori Konstruktivisme Dan Humanistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Implikasi yang seterusnya ialah guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan

pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru

berdasarkan keupayaan murid. Seperti contoh, merancang pengajaran tahun satu adalah

sama tetapi mempunyai perbezaan daripada segi aras. Guru juga perlulah menyediakan

banyak contoh dan bahan sumber untuk membuat perkaitan dan membina pemahaman

baharu. Kanak-kanak lebih mudah faham apabila rakan yang membimbingnya dan dengan

membuat perbincangan dalam kumpulan, murid-murid dapat berkongsi idea dan mendapat

pengetahuan yang lebih jelas. Tambahan lagi, guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran

dengan situasi sebenar misalnya tugasan yang berkaitat dengan masalah alam nyata,

pengalaman berasaskan konteks sebenar serta simulasi. Semasa perbincangan, guru

perlulah memberi arahan dengan jelas selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar.

Selanjutnya, guru perlu menggalakkan interaksi dalam kalangan murid. Interaksi ini

akan dapat memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka.

Guru juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang

menggalakkan pergerakan murid dan tahap kebisingan yang dibenarkan. Bilik darjah juga

perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh

menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran kanak-kanak. Bahan-bahan

pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan murid-murid membina

pengetahuan. Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat. Rancangan

pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasannya, proses

pembelajaran kanak-kanak adalah spontan dan sukar diramal. Kurikulum itu juga perlu

memenuhi keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak.

Implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya adalah berdasarkan

teori Humanisme. Berdasarkan teori ini, guru haruslah menerima semua murid sebaik-

baiknya walaupun mereka daripada keluarga yang berpendapatan rendah, daif dan kurang

cemerlang dalam akademik. Perbezaan latar belakang ini akan mempengaruhi sikap murid

di dalam bilik darjah. Mereka akan sentiasa berasa rendah diri dan gemar bersendirian. Oleh

itu, sebagai guru, haruslah menerima murid seadanya tanpa pilih kasih. Layanan yang adil

dan sama rata di antara haruslah disamaratakan agar mereka tidak berasa disisihkan. Guru

juga perlu memberi peluang kepada murid untuk memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran

sendiri dan berusaha menjadi fasililator untuk memupuk sikap, kepercayaan dan tabiat yang

baik dalam diri murid.

10

Page 3: 4.0 Implikasi Teori Konstruktivisme Dan Humanistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Sekiranya rasa kurang keyakinan dan rasa rendah diri murid dapat difahami, proses

pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dengan cara yang sepatutnya kerana

murid akan berasa masih dihargai dan disayangi walaupun mempunyai latar belakang yang

berbeza. Guru juga perlu bersifat penyayang dan memupuk nilai kendiri positif dalam

kalangan murid. Oleh itu, guru perlulah sentiasa memastikan keperluan asas murid telah

dipenuhi dengan sewajarnya kerana kesempurnaan kendiri hanya boleh dicapai selepas

keperluan asas telah dipenuhi. Guru perlu memberi layanan yang mesra kepada murid-

murid agar hubungan dapat dierat dan diperkukuhkan. Hubungan yang rapat antara guru

dengan pelajar akan melahirkan motivasi intrisik yang tinggi dalam diri pelajar. Dengan ini,

perasaan rendah diri dapat diatasi. Sikap guru seperti ini akan mewujudkan hubungan yang

baik antara guru dan murid. Justeru, pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang

selesa dan kondusif.

Guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan

meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi

keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan,

menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan yang bermutu tinggi. Nilai motivasi diri

murid juga perlu dipupuk melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri,

melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan arah hidup dan

masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.

Guru juga perlulah memberikan fokus kepada pelajar bukannya subjek tertentu.

Dengan kata lain, guru perlulah melayani pelajar sebagai insan terlebih dahulu sebelum

melayani mereka sebagai pelajar. Pelajar juga diberi peluang untuk memilih tugasan dan

aktiviti pembelajaran. Untuk membina hubungan sosial dan kemahiran emosi, guru

hendaklah melibatkan pelajar dalam gerak kerja kumpulan. Guru juga bertindak sebagai

fasilitator bagi perbincangan kumpulan. Selain itu, guru menjadi role-model kepada pelajar

bertujuan memupuk sikap dan tabiat baik. Guru juga perlulah memberi pujian dan gerak

balas yang sesuai dengan isi pelajaran dengan aras pemikiran dan keperluan pelajar. Aktiviti

pemulihan juga tidak terkecuali bagi pelajar lemah untuk pembinaan konsep kendiri positif

serta perancangan pengajaran mengambil kira minat kecenderungan dan kesediaan pelajar.

Penyerapan nilai hormat-menghormati antara guru dan pelajar juga haruslah dipandang

serius agar melahirkan murid yang bersahsiah mulia.

Berdasarkan kedua-dua teori ini, implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran

memang tidak boleh disangkal lagi. Sebagai guru, kita haruslah mengaplikasikan teori ini

sebaik mungkin bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dikehendaki

sekali gus melahirkan murid yang berjaya

11

Page 4: 4.0 Implikasi Teori Konstruktivisme Dan Humanistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Implikasi Teori Konstruktivisme dan Teori Humanisme terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza

daripada kanak-kanak biasa. Contohnya dari segi keupayaan kognitif, fizikal yang terhad,

kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak

keperluan khas dinamakan sebagai pendidikan khas. Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-

kanak ini terletak di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Terdapat pelbagai implikasi Teori Konstruktivisme terhadap proses P&P kanak-

kanak berkeperluan khas. Antaranya ialah, guru perlu membina suasana P&P yang mampu

membina pengetahuan murid-murid. Guru haruslah memastikan suasana yang dibina tidak

merencatkan pengetahuan mereka. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mengalami

terencat akal tahap ringan dan boleh dididik tidak boleh dibiarkan dalam kelas yang

menempatkan kanak-kanak terencat akal sederhana. Hal ini demikian kerana, akan

memberi kesan negatif terhadap perkembangannya. Sepatutnya, kanak-kanak tersebut

perlu ditempatkan di kelas yang mampu meningkatkan daya pemikirannya.

Selain itu, guru perlu merancang dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran

seperti soalan terbuka dan dialog bersama murid- murid. Kaedah ini akan membantu

peningkatan tahap komunikasi. Komunikasi merupakan item terpenting dalam membina

kemahiran menganalisis, mentafsir dan meramal maklumat. Contohnya, semasa set induksi

sesi P&P guru bertanyakan khabar dan mengenai hobi seorang kanak-kanak autisme

sebelum memulakan pembelajaran bertemakan hobi pada hari tersebut. Selain daripada itu

juga, guru boleh menggunakan kaedah dialog bersama rakan sekelas untuk membantu

kanak-kanak khas meningkatkan tahap interpersonal. Perancangan guru yang sistematik

dan fleksibel boleh digunakan oleh guru tersebut dalam menangani pelbagai karenah murid.

Implikasi seterusnya adalah guru menggunakan Rancangan Pendidikan Individu

(RPI) untuk menganalisis perkembangan dan kemajuan murid dari semasa ke semasa.

Seperti yang diketahui umum, kanak-kanak khas tidak mengambil peperiksaan umum

kecuali mereka yang mengikuti kelas inklusif dengan kelas normal. RPI yang digunakan

merupakan kolaborasi pelbagai disiplin. Jadi, perkembangan dan kemajuan yang dianalisis

merupakan peningkatan dari pelbagai aspek. Contohnya, jika seorang murid yang

mengalami masalah tingkah laku, perubahannya diperhatikan oleh semua pihak yang

terlibat dan terapi diberikan dari pelbagai aspek.

12

Page 5: 4.0 Implikasi Teori Konstruktivisme Dan Humanistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Keadaan dan perkembangannya dicatat dari semasa ke semasa. Fokus yang diberikan

keutamaan adalah berdasarkan proses perubahannya, bukanlah hasil terakhir. Hal ini

kerana setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan yang pelbagai.

Selanjutnya, kita akan melihat pula pengaplikasian Teori Humanisme dalam

pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas. Pelajar berkeperluan khas

mempunyai keperluan yang berbeza. Melayani keperluan individu pelajar adalah penting

bagi memastikan pelajar berkeperluan khas yang dapat berkembang mengikut potensi

masing-masing. Antara yang dapat diaplikasikan oleh guru berdasarkan Teori Humanisme

terhadap murid berkeperluan khas ialah dengan menyediakan persekitaran pembelajaran

yang menyerupai persekitaran pembelajaran pelajar normal. Guru tidak boleh membezakan

persekitaran yang ketara antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas. Hal ini akan

menyebabkan mereka berasa tersinggung dan tersisih daripada pandangan guru. Seperti

contoh, guru sukan hanya mengambil pelajar normal untuk mwakili sekolah. Walhal, pelajar

berkeperluan khas yang cacat fizikal seperti masalah tangan juga mampu untuk mewakili

sekolah dalam acara olahraga jika diberi perhatian dan latihan yang secukupnya.

Penggunaaan didik hibur dan pergerakan kreatif dalam pembelajaran juga meningkatkan

suasana pembelajaran yang aktif. Penggunaan alatan multimedia di kelas pelajar normal

haruslah digunakan juga di dalam kelas pelajar berkeperluan khas. Hal ini demikian kerana,

kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai hak yang sama rata dan guru haruslah

mewujudkan serta melengkapi kelemahan yang ada di kelas pelajar berkeperluan khas

berbanding kelengkapan murid pelajar normal bagi memastikan mereka tidak merasa

tersisih dengan kekurangan yang mereka miliki.

Tambahan lagi, menurut Hieraki Keperluan oleh Maslow, keperluan manusia boleh

disusun mengikut satu hierarki yang bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti dengan

keselamatan, kasih sayang, penghargaan diri, kognitif, estetik dan berakhir dengan

penyempurnaan kendiri. Keperluan yang paling asas sekali bagi manusia ialah memenuhi

keperluan fisiologi terlebih dahulu. Jadi, sebagai seorang guru kita seharusnya memenuhi

keperluan fisiologi pelajar. Seperti contoh, dengan memberi kasih sayang dan

pengahargaan diri kepada murid yang berkeperluan khas ini. Walaupun mereka serba

kekurangan tetapi mereka juga dapat mengecapi kejayaan yang memberangsangkan jika

diberi tunjuk ajar dan tumpuan yang sebaiknya. Hal ini dapat dibuktikan melalui media

massa dan media elektronik yang selalu memaparkan wajah-wajah pelajar cemerlang serta

mendapat ‘ Straight A’S’ dalam SPM yang hadir daripada golongan OKU ataupun pelajar

yang berkeperluan khas. Jadi, keperluan fisiologi yang menurut Maslow amat memainkan

peranan penting dalam membantu meningkatkan jati diri serta semangat yang tinggi kepada

pelajar yang kurang bernasib baik ini untuk berjaya

13

Page 6: 4.0 Implikasi Teori Konstruktivisme Dan Humanistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Guru juga haruslah mengenal pasti keupayaan pelajar dan menyediakan Rancangan

Pendidikan Individu. Seperti yang kita ketahui setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai

karenah dan kecerdasannya yang pelbagai. Walaupun murid-murid ini tergolong dalam

golongan murid-murid berkeperluan khas tetapi mereka juga mempunyai kebolehan,bakat

serta kecerdasannya yang tersendiri. Seperti contoh, kita dapat lihat pelari 400 Meter

daripada Afrika Selatan iaitu Oscar Pistorius yang hanya menggunakan fiber bagi

menggantikan kakinya yang kudung mampu mengukir namanya di dunia olahraga sebaris

dengan pelari pecut normal. Hal ini membuktikan bahawa kekurangan dan keupayaan

pelajar haruslah dikenalpasti dengan lebih awal agar dapat membentuk mereka ke arah

bidang yang lebih mereka minati. Seterusnya, latihan atau aktiviti yang diberikan haruslah

berdasarkan keupayaan pelajar. Pengajaran haruslah dimulakan daripada aras mudah ke

sukar. Hal ini kerana, bagi memudahkan pelajar untuk memahami perkara asas terdahulu

sebelum ke aras yang selanjutnya. Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) haruslah

disediakan oleh guru dengan memantau perkembangan murid dari semasa ke semasa. Hal

ini kerana bagi memudahkan guru untuk melihat perkembangan pelajarnya dan dapat

melihat perkembangan murid tersebut daripada segi kognitif, afektif dan psikomotor.

Gunakan pendekatan multi-sensory seperti mendengar,melihat,membuat,berbincang

dan merasa. Kajian menunjukkan pendekatan Multi Sensory merupakan pendekatan yang

paling sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia. Pendekatan ini mengabungkan

beberapa deria. Antaranya ialah visual, oral dan kinestetik. Bagi menjalankan kaedah

pengajaran ini, gabungan kesemua deria dijalankan serentak. Seperti contoh, penggunaan

huruf-huruf yang dibuat daripada kayu membolehkan pelajar mendengar guru menyebut

bunyi daripada huruf-huruf, melihat huruf-huruf tersebut, menyebut kembali huruf-huruf

tersebut dan menekap huruf-huruf tersebut menggunakan jari. Hal ini akan membantu

pelajar menggunakan semua deria mereka yang ada tanpa berasa kekurangan walaupun

mereka tidak memiliki sepenuhnya deria yang ada.

Konklusinya, guru hendaklah bijak melaksanakan tugas mereka dengan kreatif agar

dapat mempertingkatkan kemampuan murid berkeperluan khas. Walaupun mereka serba

kekurangan, tetapi mereka juga mampu menghasilkan sesuatu yang bukan mustahil jika

diberikan pendedahan dan tumpuan yang sewajarnya.

14

Page 7: 4.0 Implikasi Teori Konstruktivisme Dan Humanistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Rumusan

Para pelajar pada hari ini sering mengharapkan sesuatu yang menarik, berkesan dan tidak

membebankan semasa proses pembelajaran. Maka, prinsip dalam teori-teori pembelajaran

amat penting bagi membantu guru memilih strategi pengajaran dan membantu proses

pembelajaran murid secara optimum. Hal ini juga dapat membantu guru dalam memastikan

objektif dan matlamat sesuatu pembelajaran dan pengajaran tercapai. Tuntasnya, kesemua

prinsip-prinsip teori pembelajaran yang telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi pendidikan dapat

dimanfaatkan pada semua peringkat pembelajaran dan tidak terhad kepada peringkat

tertentu mahupun mata pelajaran tertentu. Tambahan lagi, pengaplikasian prinsip-prinsip

teori pembelajaran sama teori behavioris, teori sosial, teori kognitif, teori humanis dan teori

konstruktivis dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran meneroka skop yang lebih

luas dan efisyen.

15