4.0 huraian peranan

2
4.0 HURAIAN PERANAN PENGINTEGRASIAN AKTIVITI SENI YANG DIPILIH. Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik. Integrasi seni dalam pendidikan (merujuk kepada seni visual, muzik dan pergerakan) membawa banyak faedah kepada murid dan juga guru. Semasa merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah mengajar mata pelajaran Matematik bagi Tahun 3. Topik yang saya ajar adalah topik Penambahan iaitu yang melibatkan tambah dua nombor sehingga 1000 tanpa mengumpul semula. Bagi melaksanakan aktiviti yang melibatkan seni dalam pendidikan ini, saya telah memasukkan dan memilih 3 jenis seni dan aktivitinya dan telah mengintegrasikan ketiga-tiganya di dalam proses pengajaran saya. Bagi seni muzik, saya telah memilih untuk mengadakan set induksi dengan aktiviti murid iaitu menyanyikan lagu Mari Mengira . Murid-murid ’’ akan menyanyikan lagu tersebut dengan iringan muzik bersama guru. Disamping itu juga, murid turut membuat aksi yang bersesuaian dan berkaitan dengan lagu tersebut. Integrasi seni muzik dengan matapelajaran Matematik ini membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau sequential . Seterusnya, bagi aktiviti seni pergerakkan, saya telah merancang dan mengadakan aktiviti pergerakan murid. murid akan membuat aksi pergerakan dengan menggunakan tangan, jari dan anggota badan yang lain semasa menyanyi dan sesi pengajaran berlaku. Aktiviti seni pergerakan yang dipilih boleh mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri,

Upload: cgu-nick

Post on 27-Sep-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sdp

TRANSCRIPT

4.0HURAIAN PERANAN PENGINTEGRASIAN AKTIVITI SENI YANG DIPILIH.

Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Integrasi seni dalam pendidikan (merujuk kepada seni visual, muzik dan pergerakan) membawa banyak faedah kepada murid dan juga guru.

Semasa merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah mengajar mata pelajaran Matematik bagi Tahun 3. Topik yang saya ajar adalah topik Penambahan iaitu yang melibatkan tambah dua nombor sehingga 1000 tanpa mengumpul semula.

Bagi melaksanakan aktiviti yang melibatkan seni dalam pendidikan ini, saya telah memasukkan dan memilih 3 jenis seni dan aktivitinya dan telah mengintegrasikan ketiga-tiganya di dalam proses pengajaran saya.

Bagi seni muzik, saya telah memilih untuk mengadakan set induksi dengan aktiviti muridiaitu menyanyikan lagu Mari Mengira. Murid-murid akan menyanyikan lagu tersebut dengan iringan muzik bersama guru. Disamping itu juga, murid turut membuat aksi yang bersesuaian dan berkaitan dengan lagu tersebut. Integrasi seni muzik dengan matapelajaran Matematik ini membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau sequential.

Seterusnya, bagi aktiviti seni pergerakkan, saya telah merancang dan mengadakan aktiviti pergerakan murid. murid akan membuat aksi pergerakan dengan menggunakan tangan, jari dan anggota badan yang lain semasa menyanyi dan sesi pengajaran berlaku. Aktiviti seni pergerakan yang dipilih boleh mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan.

Dalam bidang seni visual pula, saya telah memilih aktiviti menulis dan mewarna di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik tahun 3 ini. Murid akan menulis nombor dan mewarnakan bahan berkaitan. Melalui aktiviti seni viisual ini, ia akan mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Ini diakui oleh Brown (1980), yang berpendapat bahawa pengalaman murid-murid dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan-kebolehan murid dalam aspek yang disebutkan. Jika murid-murid diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

Secara am nya, pengintegrasian aktivii seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi diri saya pula, bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan saya dalam menyediakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid. Saya juga lebih mudah untuk merancang, mereka bentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Berdasarkan kepada kesan-kesan dan kepentingan yang diperolehi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, seni dalam pendidikan ini banyak membantu mengembangkan pelbagai potensi pelajar. Seni dalam pendidikan juga dapat membantu saya dalam menentukan jenis kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam kelas mengikut tahap penerimaan murid.