4.0 bagaimana ciri-ciri berkesan

3
4.0 Bagaimana seorang guru bimbingan dan kaunseling boleh berempati, merasa dan menolong berdasarkan ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan. Guru bimbingan dan kaunseling merupakan insan yang akan membimbing dan memberikan kaunseling kepada orang yang memerlukannya. Mereka perlu berempati, merasa, dan menolong terhadap orang lain. Sebagai seorang guru bimbingan yang boleh berempati, merasa dan menolong, mereka memerlukan ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan. Tanpa ciri-ciri tersebut, mereka tidak mampu untuk berempati, merasa dan menolong terhadap orang yang memerlukan penolongan. Antara ciri-ciri yang membantu seorang guru bimbingan dan kaunseling boleh berempati, merasa dan menolong ialah kecerdikan. Ciri kecerdikan dapat membantu guru bimbingan meneroka masalah yang dihadapi oleh klien. Mereka mampu berkomunikasi dengan bijak dan bertutur tanpa menyakitkan hati mereka. Apabila mereka telah meneroka masalah yang dihadapi, mereka dapat merasa dan berempati keadaan klien serta akan menolongnya dengan sedaya upaya. Mereka dapat mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dalam masalah klien. Contohnya, pada hari penerokaan hidup insan, sebagai permulaan sebelum meneroka seseorang, kami perlu pandai menggunakan masa yang sesuai. Kami tidak terus menerokanya. Kami menanyakan khabar dan menjalin hubungan dengannya dahulu. Selepas ini, barulah kami menerokanya. Apabila kami mengetahui masalahnya, kami dapat merasa dan berempati terhadap keadaannya. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling perlu menerima klien mereka tanpa syarat. Guru bimbingan perlu melayan klien mereka sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun latar belakang klien adalah berbeza. Dengan mempunyai ciri ini, guru bimbingan dapat berempati, merasa dan menolong dengan klien. Penerimaan klien memerlukan keikhlasan dan ketulenan seorang guru bimbingan perlu menyambut klien dengan ikhlas dan mesra. Klien akan berasa selesa dan memberi kepercayaan kepada guru bimbingan dan kaunseling serta dapat meluahkan masalah mereka secara jujur tanpa sebarang penipuan. Apabila guru bimbingan mempunyai ciri ini, mereka akan sanggup menolong seseorang tanpa sebarang keluhan. Contohnya, semasa perjalanan pergi ke rumah insan

Upload: zenzenblue

Post on 10-Sep-2015

266 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

guru bimbingan dan kaunseling boleh berempati, merasa dan menolong berdasarkan ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling .

TRANSCRIPT

4.0 Bagaimana seorang guru bimbingan dan kaunseling boleh berempati, merasa dan menolong berdasarkan ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan. Guru bimbingan dan kaunseling merupakan insan yang akan membimbing dan memberikan kaunseling kepada orang yang memerlukannya. Mereka perlu berempati, merasa, dan menolong terhadap orang lain. Sebagai seorang guru bimbingan yang boleh berempati, merasa dan menolong, mereka memerlukan ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan. Tanpa ciri-ciri tersebut, mereka tidak mampu untuk berempati, merasa dan menolong terhadap orang yang memerlukan penolongan. Antara ciri-ciri yang membantu seorang guru bimbingan dan kaunseling boleh berempati, merasa dan menolong ialah kecerdikan. Ciri kecerdikan dapat membantu guru bimbingan meneroka masalah yang dihadapi oleh klien. Mereka mampu berkomunikasi dengan bijak dan bertutur tanpa menyakitkan hati mereka. Apabila mereka telah meneroka masalah yang dihadapi, mereka dapat merasa dan berempati keadaan klien serta akan menolongnya dengan sedaya upaya. Mereka dapat mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dalam masalah klien. Contohnya, pada hari penerokaan hidup insan, sebagai permulaan sebelum meneroka seseorang, kami perlu pandai menggunakan masa yang sesuai. Kami tidak terus menerokanya. Kami menanyakan khabar dan menjalin hubungan dengannya dahulu. Selepas ini, barulah kami menerokanya. Apabila kami mengetahui masalahnya, kami dapat merasa dan berempati terhadap keadaannya.Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling perlu menerima klien mereka tanpa syarat. Guru bimbingan perlu melayan klien mereka sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun latar belakang klien adalah berbeza. Dengan mempunyai ciri ini, guru bimbingan dapat berempati, merasa dan menolong dengan klien. Penerimaan klien memerlukan keikhlasan dan ketulenan seorang guru bimbingan perlu menyambut klien dengan ikhlas dan mesra. Klien akan berasa selesa dan memberi kepercayaan kepada guru bimbingan dan kaunseling serta dapat meluahkan masalah mereka secara jujur tanpa sebarang penipuan. Apabila guru bimbingan mempunyai ciri ini, mereka akan sanggup menolong seseorang tanpa sebarang keluhan. Contohnya, semasa perjalanan pergi ke rumah insan yang perlu diterokai, kami telah berjalan hampir satu jam. Ini merupakan salah stu ciri menolong tanpa syarat. Kami perlu merasai kesusahan orang lain yang tidak mempunyai kenderaan dan perlu berjalan setiap hari. Selain itu, kami telah menolang tuan rumah menyediakan makanan, mengemaskan dan membersihkan rumah. Kami membantu tanpa mengira latar belakangnya, taraf dan bangsanya.Di samping itu, ciri kasih sayang perlu ada dalam diri guru bimbingan untuk membolehkan mereka berempati, merasa dan menolong. Ciri ini adalah penting bagi melahirkan rasa empati dan merasa keadaan klien. Jesteru mereka akan menolong klien dengan hati yang terbuka. Rasa kasih sayang ini akan membantu klien berasa mesra dan berasa mereka dihargai. Apabila mereka rasa dihargai, klien akan meluahkan perasaan mereka kepada guru bimbingan kerana terbinanya kayakinan dan kepercayaan terhadap guru bimbingannya. Guru bimbingan akan merasa kesusahan yang dihadapi dan menolongnya menyelesaikan masalahya dengan sedaya upaya. Contohnya, dalam penerokaan hidup insan, kami menaruhkan kasih sayang dengan menemani mereka yang kesunyian dan membantu mereka dengan apa yang kami mampu. Kami berbual-bual dengan mereka dan membantu mereka untuk membuat kerja rumah. Mereka terasa amat sukacita dan mendapat keselesaan. Mereka terasa amat berat hati apabila kami mengucapkan selamat tinggal. Mereka berharap kami dapat berjumpa dengannya apbila mempunyai peluang lagi. Seterusnya ialah guru bimbingan perlu berusaha untuk mencapai Falsafah, Visi Perkhidmatan, Misi Perkhidmatan, dan Motto Perkhidmatan untuk melahirkan rasa berempati, merasa dan menolong. Falsafah, visi dan misi perkhimatan bimbingan dan kaunseling adalah bertujuan untuk menolong orang tanpa syarat. Selepas setiap guru bimbingan memahami dan mengamalkan falsafah, visi, misi dan motto perkhidmatan sebagai panduan dalam kehidupan, mereka akan mengubah pandangan terhadap manusia. Mereka akan cuba berempati orang yang berkeperluan, merasa kesusahan orang lain dan menolong orang lain dengan hati terbuka. Guru bimbingan perlu menerima setiap orang tanpa prejudis atau berat sebelah. Contonya, semasa penerokaan hidup insan manusia, kami pergi ke rumah yang telah ditetapkan tanpa mengira latar belakang, kaum, dan taraf statusnya. Kami telah membantu dan menemami mereka serta menjalin hubungan yang baik dengan tuan rumah.