ciri-ciri pemerengganan berkesan

26
CIRI-CIRI PEMERENGGANAN YANG BERKESAN

Upload: sherly-jewinly

Post on 16-Apr-2017

495 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

CIRI-CIRI PEMERENGGANAN YANG BERKESAN

Page 2: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

• Perenggan pendahuluan yang sesuai dan menarik hendaklah ditulis terlebih dahulu.

• Pemerenganan pendahuluan harus ditulis dengan mengunakan bahasa yang tepat dan padat kerana pendahuluan yang meleret-leret akan membosankan.

• Isi-isi penting perlu ditulis dalam perenggan yang berasingan mengikut keutamaan susunan isi karangan.

• Setiap perenggan isi perlu padat dan berfokus mengikut tema.• Dalam penulisan karangan, setiap perenggan perlu didahului oleh ayat topik

iaitu ayat yang menggambarkan tema atau isi penting dan disusuli dengan ayat-ayat huraian yang menghuraikan idea utama tersebut.

• Bukti-bukti atau contoh yang sesuai akan memperkukuh isi-isi karangan. Secara keseluruhannya, setiap perenggan dalam sesebuah karangan mesti mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Kemahiran Pemerenganan

Page 3: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Ciri-ciri pemerengganan yang baik

Perenggan Pendahuluan• Menunjukkan secara keseluruhan tentang apa yang hendak ditulis dengan jelas• Penyataan secara umum dengan ayat selapis atau ayat mudah

Perenggan isi• Dihuraikan berdasarkan keterangan dalam perenggan terdahulu.• Dihuraikan dalam bentuk susunan ayat topik, ayat huraian dan contoh.• Antara satu perenggan dengan perenggan yang lain hendaklah dihubungkan

dengan penanda wacana.

Perenggan penutup• Menggambarkan tentang perkara yang telah ditulis dalam keseluruhan perenggan • Isinya adalah sama dengan perenggan pendahuluan hanya diungkapkan dalam

bentuk dan struktur ayat yang berlainan.

Page 4: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Secara umumnya, ciri-ciri pemerengganan yang berkesan ialah:

• Perenggan pendahuluan menarik dan berkaitan dengan tajuk

• Setiap perenggan mengandungi satu isi dan isi dihuraikan dengan

baik

• Terdapat keseimbangan panjang sebuah perenggan (jika

perenggan terlalu panjang, dipecahkan kepada subtopik dan jika

terdapat perenggan yang pendek berbanding perenggan lain,

digabungkan berdasarkan tema yang sama)

Page 5: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Contoh pemerenggana

n yang baik

Microsoft Word Document

Page 6: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Penanda Wacana

• Penanda wacana berperanan untuk menjadi

penyambung, pengukuh atau pencetus kelancaran

sesuatu ayat tersebut. Tanpa penanda

wacana ,sesuatu ayat itu mungkin agak longgar,

tidak bermaya atau tidak kukuh huraiannya.

Page 7: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Penanda permulaan atau pendahuluan karangan• Pada era globalisasi ini,

• Pada zaman pascakemerdekaan ini,• Dalam meniti arus kemodenan ini,• Dewasa ini,• Pada masa ini,• Kini,• Dasawarsa ini,• Dalam meniti kehidupan pada marcapada,• Sejak sedekad yang lalu,• Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,• Kebelakangan ini,• Belakangan ini,• Sejak akhir-akhir ini,

Page 8: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Contoh:

• Sedarwarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu.......

• Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah......

• Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.....

• Dasawara ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gahdi persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyak kita sendiri.

• Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini…• Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan…..

Page 9: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Penanda memulakan isi baharu

• Selain itu,• Di samping itu,• Sementara itu,• Dalam pada itu,• Lain daripada itu,• Pada waktu yang sama,• Seterusnya,

Page 10: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Contoh:• Selain itu, Perdana Menteri kita juga

menyatakan minat Malaysia untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai penjana utama tenaga elektrik pada masa akan datang ketika beliau melakukan lawatan di Korea pada tahun 2009.

Page 11: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Penanda huraian isi karangan (biasanya ayat kedua atau ayat ketiga atau terakhir dalam

perenggan isi)

• Hal ini demikian kerana• Hal ini berlaku kerana• Hal ini terjadi kerana• Hal ini disebabkan oleh• Hal ini wujud akibat daripada• Hal ini bersangkut-paut dengan• Hal ini berpunca daripada• Hal ini tercetus apabila

Page 12: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Contoh:• Ahmad kini tidak lagi mampu bergerak dan

bermain seperti kanak-kanak lain. Hal ini disebabkan oleh kanser saraf yang dihidapinya sejak awal tahun ini.

Page 13: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa (berfungsi sama seperti contoh)

• Bak kata peribahasa• Bak kata peribahasa melayu• Bak kata orang tua-tua• Bak kata mutiara• Bak peribahasa• Bak kata cendekiawan• Persis kata peribahasa• Persis kata peribahasa melayu• Persis kata orang tua-tua• Persis kata mutiara• Persis peribahasa

Page 14: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Contoh:

• Ali dan Ella sangat sepadan. Persis kata

peribahasa, bagai pinang dibelah dua.

• Mereka sentiasa bersatu dalam melakukan apa

sahaja. Bak kata pepatah, bersatu teguh, becerai

roboh.

Page 15: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Penanda menghuraikan contoh (digunakan selepas memberikan contoh dalam ayat sebelum

ini)

• Hal ini mengakibatkan

• Hal ini menyebabkan

• Oleh itu

• Maka

• Oleh hal yang demikian

• Oleh sebab itu

• Jelaslah bahawa

• Justifikasinya

Page 16: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Contoh:• Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan

dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.• Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang

menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.• Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif

dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

• Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan……

• Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

Page 17: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Penanda menutup isi (digunakan dalam ayat terakhir dalam perenggan isi)

• Kesannya,• Natijahnya,• Akibatnya,• Akhirnya,• Dengan itu,• Dengan berbuat demikian,• Maka,

Page 18: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Contoh:• Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus

perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

• Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

• Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

• Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….

• Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

Page 19: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Penanda memulakan perenggan penutup

• Kesimpulannya,• Secara tuntas,• Konklusinya,• Sebagai penutup wacana,• Sebagai penghias bicara akhir,• Sebelum mengakhiri wacana ini,• Secara keseluruhan,• Ironinya,

Page 20: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Contoh:• Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita

yakin dan percaya bahawa..• Kesimpulannya, jika semua masyarakat

berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …

• Secara tuntasnya, demi merealisasikan Wawasan 2020, kita seharusnya bersama-sama…

Page 21: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza (biasanya digunakan untuk membezakan dua tajuk

khusus karangan selepas memberikan isi tentang impak positif kemudian isi negatif)• Walau bagaimanapun,

• Walakin begitu,• Namun demikian,• Daripada perspektif yang berbeza,• Jika dilihat dari sudut lain,• Dengan kata lain,• Kontradiksinya,• Di sebalik itu,• Dalam pada itu,

Page 22: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Contoh:• Ibu menangis teresak-esak. Bagaimanapun, tangisannya reda setelah

dipujuk kakak.• Sani gagal dalam perlumbaan itu. Biarpun demikian, dia tidak berputus asa

• Hanis tidak berganjak dari situ meskipun telah diarahkan pulang.• Puan Kartini telah mendapatkan rawatan di hospital pakar. Meskipun

demikian, penyakitnya masih tidak sembuh.• Suhaila memang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu

rakannya yang lemah dalam pelajaran.• Yasir tidak ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.

• Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.

• Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk ke banglo Tuan Kassim.

• Budin kuat makan. Walaupun demikian, badannya tetap kurus.

Page 23: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Penanda memberikan contoh dalam karangan (digunakan dalam ayat kedua atau terakhir dalam perenggan)

• Misalnya,• Contohnya,• Sebagai contoh,• Tamsilnya,• Sebagaimana yang kita sedia maklum,• Umpamanya,• Bagaikan,

Page 24: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Contoh:• Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang

boleh diketengahkan ialah…• Sebagai analoginya..• Contoh yang ketara yang paling dekat dengan

kita ialah …

Page 25: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Kata kesinambungan ayat

Ayat Penyambung Ayat

Terbahagi kepada 2 jenis :

Kata Hubung Gabungan• Perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa

yang sama tara seperti atau, sambil, serta.Contoh:• Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok• Kakak memandu kereta sambil mendengar radio

Page 26: Ciri-ciri pemerengganan Berkesan

Kata Hubung Pancangan Terbahagi kepada tiga ;(i) Kata hubung pancangan relatif – Terdiri daripada perkataan ‘yang’ iaitu kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil. Contoh:

Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.

(ii) Kata Hubung Pancangan Komplemen - Terdiri daripada perkataan ‘bahawa’ dan ‘untuk’, yang berfungsi menghubungkan klausa pelengkap kepada satu klausa utama.Contoh:• Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.• Fairuz datang untuk menziarahi kawan baiknya.

(iii) Kata Hubung Pancangan Keterangan - Menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan seperti semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, tatkalaContoh;• Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.• Dia dirawat di hospital kerana kemalangan jalan raya