4-psikologi perkembangan manusia

88
PSIKOLOGI PSIKOLOGI PERKEMBANGAN PERKEMBANGAN MANUSIA MANUSIA Puan Siti Azura Bt Bahadin Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia Universiti Utara Malaysia

Upload: denixng

Post on 14-Jun-2015

4.274 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4-psikologi perkembangan manusia

PSIKOLOGI PSIKOLOGI PERKEMBANGANPERKEMBANGAN

MANUSIAMANUSIAPuan Siti Azura Bt Bahadin

Jabatan Psikologi dan KaunselingFakulti Pembangunan Sosial dan Manusia

Universiti Utara Malaysia

Page 2: 4-psikologi perkembangan manusia

Perkara-perkara yang akan disentuh :-Perkara-perkara yang akan disentuh :-

1. Pengenalan

2. Perkembangan: Bayi Dalam Kandungan

3. Perkembangan: Usia Bayi

4. Perkembangan: Remaja

1. Akil Baligh2. Masalah-Masalah Remaja Ketika Akil Baligh3. Perkembangan dan Masalah Kognitif Remaja4. Perkembangan Sosial dan Emosi

Page 3: 4-psikologi perkembangan manusia

5. Perkembangan: Orang Dewasa

1. Konsep Waktu Sosial (Social Clock)2. Perkembangan Sosial – Keintiman dan Pemencilan Diri3. Krisis Identiti4. Krisis Pertengahan Umur Dewasa

6. Perkembangan: Umur Tua

1. Fungsi Kognitif Orang Tua2. Perubahan Fizikal Orang Tua3. Konflik Sosial4. Kematian

Page 4: 4-psikologi perkembangan manusia

1.1. PENGENALANPENGENALAN

Perkembangan melibatkan perubahan dengan masa. Baltes, Reese dan Nesselroad (1976) bersetuju bahawa apabila umur meningkat, perubahan evolusi yang lain akan berlaku dalam bentuk fizikal, emosi, moral dan kognitif.

Perkembangan yang dialami oleh manusia bermula dari detik lahirnya manusia sehinggalah ke hujung hayatnya.

Page 5: 4-psikologi perkembangan manusia

Dalam masa peranaraan, iaitu antara waktu lahir dengan waktu manusia mencapai kematangan, wujud berbagai-bagai masalah dan konflik.

Segala peristiwa yang berlaku pada zaman kanak-kanak akan memberi kesan kepada tingkahlakunya ketika dewasa (Mahmood Nazar, 1990).

Justeru, rasional mempelajari ‘Psikologi Perkembangan Manusia’ adalah bagi mengenali corak dan jenis-jenis konflik yang berlaku pada tahap perkembangan :-

– Sahsiah, – Fizikal, – Emosi, – Sosial, dan– Kognitif.

Page 6: 4-psikologi perkembangan manusia

Pada umumnya, perkembangan manusia bermula hasil interaksi genetik dengan alam persekitarannya.

Seorang bayi membawa bersama-samanya kod-kod genetik (misalnya warna kulit, rambut dan mata).

Perilakunya pula dibentuk daripada rangsangan-rangsangan yang diperolehi daripada persekitarannya (misalnya interaksi dengan ibu bapa dan rakan-rakan).

Page 7: 4-psikologi perkembangan manusia

2.2. PERKEMBANGAN: BAYI DALAM PERKEMBANGAN: BAYI DALAM KANDUNGANKANDUNGAN

Perkembangan manusia bermula ketika sebelum lahir, iaitu ketika embrio mencecah usia tiga (3) minggu dan panjangannya tiga (3) inci (Zimbardo, 2000)

Embrio ini mula bertindak balas terhadap rangsangan ketika berusia lapan (8) minggu (Carmichael, Humprey, 1970).

Page 8: 4-psikologi perkembangan manusia

Selepas lapan (8) minggu, embrio berubah kepada peringkat “Fetus”.

Si ibu boleh merasakan kehadirannya selepas enam belas (16) minggu.

Ketika ini, panjang fitus boleh mencecah dari tujuh (7) ke dua puluh (20) inci.

Kepalanya terbentuk dengan lengkap dan mencapai saiz 60% daripada kepala dewasa (Bayley, 1956).

Page 9: 4-psikologi perkembangan manusia

– Tisu-tisu otak mula terbentuk, meningkat sebanyak 50% dalam dua (2) tahun pertama,

– Kemudian, 80% lagi dalam dua (2) tahun berikutnya, dan

– Lengkap setelah manusia mencecah usia 11 tahun.

Page 10: 4-psikologi perkembangan manusia

• Berat bayi pula dikesan bertambah dua (2) kali Berat bayi pula dikesan bertambah dua (2) kali ganda dalam masa enam (6) bulan pertama ganda dalam masa enam (6) bulan pertama dalam dalam kandungan. kandungan.

• Dan, ia akan mencapai tiga (3) kali ganda ketika Dan, ia akan mencapai tiga (3) kali ganda ketika hari pertama dilahirkan.hari pertama dilahirkan.

• Selain berat, perkembangan alat kelamin bayi Selain berat, perkembangan alat kelamin bayi adalah ditahap yang berlainan.adalah ditahap yang berlainan.

Page 11: 4-psikologi perkembangan manusia

Berlaku sedikit perubahan sahaja pada tisu alat kelamin sehinggalah mencapai usia remaja.

Ketika remaja, ia berubah dengan cepat, dan, apabila mencapai usia dewasa, perubahan ini telahpun seimbang.

Ketika bayi dilahirkan, genetik dan persekitaran akan mempengaruhi perkembangannya dari segi fizikal dan psikologikal.

Page 12: 4-psikologi perkembangan manusia

3.3. PERKEMBANGAN: USIA BAYIPERKEMBANGAN: USIA BAYI

Sejurus selepas dilahirkan, bayi sudah boleh menghisap susu dari puting melalui pergerakan refleks “rooting”.

“Refleks” ini bermaksud, apabila bayi diusik, dia akan menggerakkan kepalanya kepada sentuhan tersebut.

Pergerakan berbentuk refleks, kemudiannya, bertukar menjadi tabiat.

Ia berlaku setelah bayi mempelajarinya dan menjadikannya suatu pengalaman dan keperluan untuk hidup.

Page 13: 4-psikologi perkembangan manusia

Ketika di usia bayi, manusia amat bergantung kepada orang lain dan memerlukan pertolongan untuk hidup.

Bayi memerlukan waktu tidur yang lebih banyak dan memerlukan makanan setiap tiga (3) jam (Mahmood Nazar, 1990).

Ketika ini, bayi tidak berupaya bergerak, meniarap atau berpusing, mahupun berkomunikasi dengan orang lain.

Page 14: 4-psikologi perkembangan manusia

Bayi berupaya mengesan rangsangan-rangsangan tertentu tetapi tidak begitu berkesan.

Contohnya, bayi dapat melihat pergerakan tangan manusia dan menoleh ke arah bunyi-bunyian yang sedap didengarinya.

Kesemua bayi mengalami dua (2) jenis perkembangan fizikal, iaitu :-

– Perkembangan Sefalokaudal dan – Perkembangan Proksimodistal.

Page 15: 4-psikologi perkembangan manusia

3.1. PERKEMBANGAN SEFALOKAUDAL3.1. PERKEMBANGAN SEFALOKAUDAL

Berlaku pada peringkat umur bayi selepas ia dilahirkan.

Ketika ini, kepalanya mengalami pertumbuhan yang lebih pesat dan kelihatan lebih besar berbanding dengan bahagian tubuh yang lain.

Page 16: 4-psikologi perkembangan manusia

3.2. PERKEMBANGAN PROKSIMODISTAL3.2. PERKEMBANGAN PROKSIMODISTAL

Berlaku semasa bayi dalam kandungan di mana bahagian kepala dan badan akan terbentuk terlebih dahulu sebelum tangan, kaki dan jari-jari.

Page 17: 4-psikologi perkembangan manusia

Dari segi perkembangan fizikal, pada umur satu (1) bulan, bayi boleh mendongakkan kepalanya.

Pada masa dua (2) bulan, bayi boleh menaikkan dadanya dalam posisi meniarap kerana perkembangan sefalokaudalnya telah berlaku di kawasan ini.

Pada umur tiga (3) bulan, bayi cuma boleh menyentuh sesuatu, tetapi tidak boleh menggenggam, atau memegangnya.

Pada umur lima (5) bulan, atau enam (6) bulan, barulah bayi dapat menggenggam atau memegang sesuatu.

Page 18: 4-psikologi perkembangan manusia

Biasanya, bayi berumur tujuh (7) bulan sudah boleh duduk tanpa dibantu oleh orang lain.

Bayi mula merangkak ketika umur sepuluh (10) bulan.

Di antara umur sebelas (11) hingga empat belas (14), bayi boleh berdiri sendiri dan, kebanyakannya, mampu berjalan sendiri pada usia lima belas (15) tahun (Zimbardo, 2000).

Secara umumnya, perkembangan fizikal bayi adalah seiring dengan perkembangan motor.

Pergerakan awal motor dikaitkan dengan otot-otot yang mengawal pergerakan tangan, kaki dan badan.

Page 19: 4-psikologi perkembangan manusia

Tiap-tiap tahap perkembangan ini berlaku mengikut susunan yang telah dihuraikan sebentar tadi.

Apa yang menarik ialah wujud perbezaan perkembangan fizikal yang ketara antara bayi lelaki dengan bayi perempuan.

Bayi lelaki akan menjadi lebih besar dan lebih berat daripada bayi perempuan kerana otot-otot mereka perkembangan dengan kadar lebih cepat.

Page 20: 4-psikologi perkembangan manusia

4.4. PERKEMBANGAN REMAJAPERKEMBANGAN REMAJA

“Keremajaan” diertikan sebagai tempoh masa di antara usia kanak-kanak dengan usia dewasa (Coon, 2003).

Manusia mengalami perkembangan diri ke arah yang lebih baik.

Page 21: 4-psikologi perkembangan manusia

Pada awal remaja, manusia masih mempunyai ciri-ciri kanak-kanak.

Sebilangan besar remaja masih tinggal bersama ibu bapa, dan bergantung sepenuhnya sama ada dari segi perbelanjaan harian ataupun kasih sayang (Zimbardo, 2000).

Mereka masih di bawah pengawasan dan kongkongan ibu bapa.

Adakalanya, mereka memberontak, dan ada yang lari rumah kerana terlalu dikongkong oleh ibu bapa mereka.

Page 22: 4-psikologi perkembangan manusia

Di U.S.A., remaja banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya kerana banyak masa dihabiskan di luar rumah oleh anak-anak berbanding dengan di dalam rumah (Zimbardo, 2000).

Ibu bapa tidak memperuntukkan masa yang banyak bersama anak-anak di rumah.

Pada peringkat remaja, manusia sudah mampu menilai sesuatu perkara itu daripada pandangan orang lain dan menunjukkan tingkah laku berbeza dalam situasi yang berbeza berpandukan apa yang dianggap betul.

Page 23: 4-psikologi perkembangan manusia

Peranan sebagai seorang remaja dalam situasi yang berbeza, ada kalanya, boleh mencetuskan masalah kepada remaja itu sendiri dan menimbulkan konflik peranan (Zimbardo, 2000).

Remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru, meniru tingkah laku orang dewasa dan tercari-cari identiti sendiri, akan berdepan dengan realiti kemampuannya yang sebenar.

Page 24: 4-psikologi perkembangan manusia

Ketika itu, antara isu-isu yang berlaku terhadap remaja ialah perubahan citarasa, atau “mood”, pemberontakan dan rasa berbelah bagi (dilema).

Remaja cuba untuk mengejar kebebasan sedangkan realitinya remaja masih bergantung kepada bantuan keluarga mereka sendri.

Page 25: 4-psikologi perkembangan manusia

4.1. AKIL BALIGH4.1. AKIL BALIGH

Beberapa perubahan berlaku semasa manusia mencapai peringkat akil baligh.

Baligh dikenali sebagai pertumbuhan fizikal dan fisiologikal manusia (Mahmood Nazar, 1990).

Saiz badan, kadar tinggi dan pertumbuhan-pertumbuhan tubuh berlaku dengan pasntas dan perkembangan fizikal ini disertakan dengan perkembangan sikap, personaliti dan peribadi mereka.

Page 26: 4-psikologi perkembangan manusia

Ketika ini, bimbingan daripada ibu bapa, keluarga dan rakan diperlukan bagi membantu remaja memikul perkembangan tersebut.

Baligh bermula dengan penghasilan hormon gonadotropik oleh kelenjar pituitari, yang kemudiannya, merangsangkan empat (4) pengeluaran hormon lain, iaitu hormon-hormon

– Estrogen, – Testosteron, – Endrogen dan – Progesteron.

Page 27: 4-psikologi perkembangan manusia

Hormon progesteron menyebabkan proses evolusi dan haid pada wanita.

Hormon testosteron pula menghasilkan sel-sel sperma pada lelaki.

Kedua-duanya adalah hormon seks primer yang bertujuan untuk mencipta ‘zuriat’.

Perubahan-perubahan fizikal ini disertai dengan keinginan remaja untuk berdamping dengan jantina yang berbeza, dan biasanya, terjadi terhadap manusia yang berumur dalam lingkungan sebelas (11) hingga empat belas (14) tahun.

Page 28: 4-psikologi perkembangan manusia

Perubahan baligh yang agak ketara terjadi kepada seks sekunder.

Kandungan hormon estrogen dalam tubuh wanita mestilah berlebihan daripada hormon endrogen bagi menghasilkan perubahan-perubahan pada tubuh badan.

Page 29: 4-psikologi perkembangan manusia

Perubahan pertama remaja wanita ialah akumulasi sel-sel lemak di bahagian dada.

Ini menyebabkan terbentuknya buah dada.

Sel-sel lemak juga bertambah di bahagian punggung.

Struktur tulang pelvik mula melebar.

Page 30: 4-psikologi perkembangan manusia

Perubahan pada tubuh lelaki disebabkan oleh kandungan berlebihan hormon endrogen berbanding hormon estrogen.

Pertumbuhan bulu-bulu pada alat kelamin, tangan dan kaki menandakan perempuan sudah akil baligh.

Suara lelaki pula akan bertambah garau, bahu yang melebar, organ kelamin yang membesar, di samping terdapat bulu di kawasan muka dan tubuh badan.

Page 31: 4-psikologi perkembangan manusia

Seterusnya, kadar berat badan dan ketinggian manusia bertambah dengan pantas setelah baligh.

Umumnya, kanak-kanak lelaki akan menjadi lebih besar daripada kanak-kanak perempuan.

Beberapa masalah penyesuaian diri berlaku semasa individu menjadi baligh.

Individu terpaksa menerima susuk tubuh yang berlainan daripada sebelum baligh.

Page 32: 4-psikologi perkembangan manusia

Bagi remaja, mereka masih belum memahami sebab keinginan mereka untuk berdamping dengan berlainan jantina, sebab keluarnya air mani dan sebab terjadinya haid.

Kesemua perubahan ini mesti diterangkan oleh ibu bapa bagi memudahkan remaja menyesuaikan diri.

Page 33: 4-psikologi perkembangan manusia

4.2. 4.2. MASALAH-MASALAH REMAJA MASALAH-MASALAH REMAJA KETIKA AKIL BALIGHKETIKA AKIL BALIGH

Remaja dikatakan menghadapi masalah psikologi untuk menerima bentuk tubuhnya yang baru selain daripada mengalami masalah berbentuk fisiologi.

Remaja perempuan berasa tidak selesa dengan proses haid.

Kadangkala, ia berlaku dengan diiringi oleh perasaan letih, murung, lesu dan marah.

Page 34: 4-psikologi perkembangan manusia

Ada juga ketika di mana masalah menjadi lebih rumit jika saluran faraj mereka mengalami kesakita apabila haid berlaku, ataupun darah haid turun dengan banyak pada sesuatu ketika (Mahmood Nazar, 1990).

Page 35: 4-psikologi perkembangan manusia

Selain itu, masalah yang sering dihadapi oleh remaja ialah masalah berat badan.

Masalah ini terbahagi kepada dua (2) bentuk, iaitu

– Kegemukan, ataupun – kurus kering.

Remaja yang tidak dapat mengawal tabiat makan akan digelar “bulimia”.

Page 36: 4-psikologi perkembangan manusia

Remaja yang kurus kering pula dikaitkan dengan gejala “anoreksia nervosa”.

Mereka tidak berselera untuk makan, dan akan muntah selepas makan.

Remaja sedemikian terlalu menjaga berat badan, malu diejek oleh rakan sebaya, sering menganggap diri mereka tidak elok dan gemuk.

Page 37: 4-psikologi perkembangan manusia

4.3.4.3. PERKEMBANGAN DAN MASALAH PERKEMBANGAN DAN MASALAH KOGNITIF REMAJAKOGNITIF REMAJA

Teori Perkembangan Kognitif Piaget menyatakan apabila usia manusia mencecah sebelas (11) tahun, pemikiran manusia telah sampai ke peringkat operasi formal di mana manusia mampu berfikir dengan logik dan memahami konsep-konsep abstrak.

Walau bagaimanapun, tidak semua remaja dapat mencapai pemikiran di peringkat operasi formal ini (Berger, 1980).

Page 38: 4-psikologi perkembangan manusia

Pada tahap pemikiran operasi formal, kebolehan kognitif individu melebihi objek-objek, ataupun perkara-perkara, yang dapat dilihat olehnya.

Tahap pemikiran ini membolehkan remaja berfikir mengenai perasaan, pendapat dan pemikiran manusia.

Page 39: 4-psikologi perkembangan manusia

Satu lagi perubahan kognitif remaja ialah pemikiran ‘egosentrisme’ remaja.

Egosentrisme remaja diasaskan oleh Elkind (1967).

Elkind memberitahu bahawa remaja memiliki satu sifat yang berlainan daripada yang ada pada kanak-kanak di tahap pra-operasi (dalam teori Piaget).

Ketika ini, remaja sering mengubah suai persepsi tentang kebenaran alam.

Mereka mementingkan apa orang lain akan kata mengenai tingkahlaku mereka.

Mereka mengawal tindak-tanduk mereka sendiri.

Page 40: 4-psikologi perkembangan manusia

4.4.4.4. PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSIPERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI

Perhubungan remaja dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan sebaya dan teman istimewa adalah amat rumit disebabkan oleh remaja menghadapi proses kesedaran-kendiri.

Remaja sering memikirkan tentang pandangan orang lain tentang diri mereka.

Justeru, mereka bertukar pendirian, ideologi dengan rakan-rakan.

Page 41: 4-psikologi perkembangan manusia

Masalah egosentrisme remaja boleh dikaitkan dengan masalah emosi.

Mereka mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Ini menyebabkan mereka rasa terkongkong, sedih dan tertekan.

Konflik peribadi yang dikenali sebagai “Krisis Identiti” sering dikaitkan dengan perkembangan remaja (Erikson, 1951).

Ketika ini, remaja sering mengajukan soalan seperti “Siapakah saya?” dan “Apakah tujuan saya hidup?”.

Page 42: 4-psikologi perkembangan manusia

Pemilihan kerjaya dan kecenderungan gaya hidup di alam dewasa sering ditentukan pada tahap remaja.

Konflik inilah yang memberikan motivasi kepada remaja untuk mengejar cita-cita serta konsep diri yang unggul yang menjadi matlamat hidupnya.

Namun demikian, manusia sering menukar kecenderungannya apabila mencecah usia dewasa, iaitu setelah memperolehi pengalaman hidup dan pengetahuan yang lengkap tentang diri dan kehidupannya.

Page 43: 4-psikologi perkembangan manusia

Erikson (1951) menyatakan bahawa identiti diri di peringkat remaja adalah amat penting.

Jika remaja belum berjaya memperolehi identitinya, remaja akan keliru dengan peranan yang perlu dimainkan dalam hidupnya.

Dalam mencari identiti juga, ramai remaja mempunyai keinginan untuk bebas daripada kongkongan ibu bapa dan ingin berdikari.

Pada masa yang sama, mereka masih memerlukan bantuan dan bimbingan ibu bapa, dari segi kewangan dan pengangkutan.

Page 44: 4-psikologi perkembangan manusia

Selain yang berkaitan dengan emosi, remaja juga turut mengalami ‘Perkembangan Sosial’.

Remaja menganggap rakan-rakan sebaya adalah lebih penting daripada keluarga.

Ada yang lebih suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan sebaya di kompleks pasaraya ketika cuti sekolah daripada bersiar-siar dengan ahli keluarga.

Kawan-kawan sememangnya dapat berkongsi pandangan, bebas daripada larangan dan sekatan.

Inilah yang diperlukan oleh remaja – bebas dan berkuasa.

Page 45: 4-psikologi perkembangan manusia

Bagi mendapatkan lebih kebebasan, ada remaja yang sanggup membuat keputusan sendiri, menolak peraturan ibu bapa dan melawan autoriti ibu baoa mereka.

Mereka lebih selesa menjauhkan diri daripada berada di rumah dan bersama keluarga.

Page 46: 4-psikologi perkembangan manusia

Tindak-tanduk yang dilakukan oleh rakan sebaya pula dianggap betul, dan seterusnya, diikuti.

“Identiti Kumpulan” rakan sebaya telah menjadi identiti remaja itu sendiri.

Wujud kebimbangan di kalangan ibu bapa sama ada anak-anak mereka memilih kawan yang baik atau jahat.

Justeru, ada ibu bapa yang menggunakan autoriti mereka bagi mengawasi pergaulan remaja (Mahmood Nazar,1990)

Page 47: 4-psikologi perkembangan manusia

5.5. PERKEMBANGAN: USIA DEWASAPERKEMBANGAN: USIA DEWASA Setiap individu ingin bekerja, berkahwin, mempunyai anak dan membentuk keluarga sendiri (Mahmood Nazar, 1990).

Hal ini berlaku apabila individu itu dikatakan ‘dewasa’.

Ahli psikologi seperti Knowles (1986) mendefinisikan ‘Orang Dewasa’ sebagai “individu yang mampu membina keluarga dan menyempurnakan kehendak keluarga”.

Roger Gould (1975) pernah melaporkan perkembangan manusia pada usia dewasa (Coon, 2003). Gould (1975) mengemukakan ciri-ciri psikologi orang dewasa seperti berikut, iaitu :

Page 48: 4-psikologi perkembangan manusia

(a) (a) Umur 16 – 18 tahunUmur 16 – 18 tahun

Membebaskan diri daripada kongkongan

Manusia ketika ini berasa bimbang mengenai masa depannya.

Tidak mahu untuk terus bergantung hidup dengan ibu bapa.

Page 49: 4-psikologi perkembangan manusia

(b) (b) Umur 18 – 22 tahunUmur 18 – 22 tahun

Meninggalkan Keluarga

Sebilangan besar individu mula meninggalkan keluarga mereka ketika berusia awal 20-an.

Mereka mencari rakan-rakan dewasa yang lain sebagai pengganti kepada ibu bapa dan keluarga.

Page 50: 4-psikologi perkembangan manusia

(c) (c) Umur 22 – 28 tahunUmur 22 – 28 tahun

Membentuk Kehidupan Bertanggungjawab

Terdapat dua (2) perkara, yang lazimnya, dilakukan oleh individu, iaitu mencari peluang pekerjaan dan mencari pasangan hidup.

Individu memerlukan orang lain dalam hidupnya bagi menyatakan ‘rasa dipunyai’ (Erikson, 1951).

Page 51: 4-psikologi perkembangan manusia

(d) (d) Umur 29 – 34 tahunUmur 29 – 34 tahun

Krisis Persoalan

Dalam lingkungan usia 30 tahun, ramai orang dewasa yang mengalami krisis.

Pokok persoalan krisis ini adalah mengenai apakah kehidupan dan bagaimana untuk berhadapan dengan krisis.

Krisis yang gagal diatasi boleh menyebabkan individu akan mencari kehidupan baru yang lebih bermakna.

Institusi perkahwinan mungkin akan mengalami masalah yang akan berakhir dengan penceraian dan kahwin semula (Coon, 2003).

Page 52: 4-psikologi perkembangan manusia

(e) (e) Umur 35 – 43 tahunUmur 35 – 43 tahunDesakan Krisis

Individu mudah berasa sensitif terhadap persoalan mengenai kematian. Maut memang tidak dapat dilawan.

Sesetengah individu akan berasa tertekan. Justeru, individu akan berikhtiar untuk mencapai matlamat kerjaya dan hidupnya.

Cara-cara seperti menjaga, mendidik, membantu orang lain dapat mengurangkan tahap kebimbangan ini.

Page 53: 4-psikologi perkembangan manusia

((f) f) Umur 43 -50 tahunUmur 43 -50 tahun

Memperoleh Keseimbangan

Desakan krisis, akhirnya, akan membuahkan ketenangan terhadap individu.

Akhirnya, individu akan menerima hakikat bahawa maut pasti datang.

Ketika ini, ibu bapa akan menghargai anak-anak dan menetapkan matlamat mereka ke atas tingkah laku anak.

Page 54: 4-psikologi perkembangan manusia

(g) (g) Umur 50 tahun dan ke atasUmur 50 tahun dan ke atas

Penurunan

Selepas umur 50 tahun, ciri penurunan akan berlaku. Individu akan mengalami hari-hari indah dan suram.

Individu sudah tidak begitu mementingkan populariti, kesihatan, pencapaian dan juga matlamatnya.

Tekanan yang pernah dialaminya ketika awal dewasa telah mengancam keselesaannya kini kerana kemampuannya untuk mengendalikan tekanan sudah semakin berkurangan.

Page 55: 4-psikologi perkembangan manusia

5.1.5.1. KONSEP WAKTU SOSIAL KONSEP WAKTU SOSIAL ((SOCIAL CLOCKSOCIAL CLOCK))

Ramai orang menyangka bahawa zaman dewasa ini merupakan zaman manusia bergiat dalam sesuatu secara tetap dan berulang-ulang seperti bekerja dan menanggung keluarga (Mahmood Nazar, 1990).

Andaian ini juga mengatakan bahawa, jika tidak ada perubahan yang bermakna berlaku pada diri seseorang, maka orang itu akan mengharapkan perubahan situasi akan berlaku kepada keluarga dan kerjayanya.

Page 56: 4-psikologi perkembangan manusia

Rogers (1980) bagaimanapun telah memberikan pandangan berbeza terhadap konsep waktu sosial (social clock) tersebut.

Beliau menyatakan “social clock” cuma anggaran susunan peristiwa penting dalam kehidupan orang dewasa.

Tidak semua orang dewasa akan mengalami peristiwa yang sama.

Page 57: 4-psikologi perkembangan manusia

Pada umumnya, social clock ini melibatkan beberapa peristiwa.

Peristiwa – peristiwa tersebut adalah seperti berikut :-

– Peristiwa pertama, orang dewasa akan mencari pasangan hidup, bercinta dan berkahwin – sesuatu yang amat menggembirakan.

– Kemudian, masa untuk mendapatkan anak, mengasuh dan mendidik mereka – suatu pengalaman baru.

– Lepas itu, apabila sampai masa anak-anak meninggalkan rumah, orang dewasa akan mengalami suatu perasaan sedih.

– Akhirnya, mereka akan tinggal bersendirian dan memasuki zaman tua.

Page 58: 4-psikologi perkembangan manusia

Teori Psikososial Erikson (1963) ada menyatakan bahawa peringkat dewasa ini merupakan peringkat yang dinamik, penuh bertenaga serta penuh dengan cabaran dan rintangan.

Page 59: 4-psikologi perkembangan manusia

5.2.5.2. PERKEMBANGAN SOSIAL – PERKEMBANGAN SOSIAL – KEINTIMAN DAN PEMENCILAN DIRIKEINTIMAN DAN PEMENCILAN DIRI

Teori Psikososial Erikson (1963) ada menerangkan perkembangan orang dewasa.

Di antara umur 18 – 40 tahun, orang dewasa mengalami konflik antara intimasi dan pemencilan diri.

Pada masa ini, individu mencari pasangan hidup mereka dan memulakan satu perhubungan peribadi yang penuh bermakna.

Page 60: 4-psikologi perkembangan manusia

Menurut Erikson, bagi mereka yang telah memiliki identitinya, mereka akan berkongsi identiti berkenaan dengan pasangan masing-masing.

Di sinilah bermulanya hubungan ‘intim’ antara dua orang dewasa muda yang ingin mencuba identiti-identiti mereka.

Page 61: 4-psikologi perkembangan manusia

Mereka perlu mengenali peranan antara satu sama lain sebelum dapat berkongsi hidup.

Bagi pasangan yang terlalu awal berkahwin dan gagal mengenali peranan pasangannya, mereka sering tidak akan berupaya mengekalkan hubungan intim, malah sering kali memencilkan dirinya.

Page 62: 4-psikologi perkembangan manusia

Knowles (1986) menambah bahawa individu sedemikian sering menghadapi masalah pergolakan peribadi terhadap tanggungjawab yang terpaksa dipikulnya.

Jika mereka tidak dapat memikul tanggungjawab dan mengawal diri, maka mereka cenderung untuk melarikan diri daripada tanggungjawab.

Page 63: 4-psikologi perkembangan manusia

5.3. KRISIS IDENTITI5.3. KRISIS IDENTITI

‘Krisis Identiti’ berlaku ketika permulaan dewasa (28 – 32 tahun). Krisis ini bukan koflik mencari identiti,

Ia melibatkan persoalan yang timbul dalam diri orang dewasa mengenai kehidupan, pekerjaan dan keluarga mereka.

Page 64: 4-psikologi perkembangan manusia

Sebelum mereka dewasa, mereka pernah melihat bagaimana ibu bapa mereka hidup, bekerja dan mengurus keluarga.

Apabila dewasa, mereka meniru cara yang sama seperti ibu bapa mereka.

Walau bagaimanapun, ada ketika mereka berasa keliru sama ada mahu meneruskan cara yang sama, ataupun bertindak dengan lebih rasional dan lebih sesuai.

Page 65: 4-psikologi perkembangan manusia

Dalam masyarakat barat, tempoh awal dewasa ini boleh mencetuskan pertelingkahan suami isteri, perceraian dan kahwin lain serta bertukar-tukar kerja.

Selepas peringkat ini, mereka akan melakukan perkara-perkara yang baik dan rasional bagi membetulkan kesilapan lalu.

Page 66: 4-psikologi perkembangan manusia

5.4.5.4. KRISIS PERTENGAHAN UMUR KRISIS PERTENGAHAN UMUR DEWASADEWASA

Krisis ini, biasanya, melanda orang dewasa yang berumur di antara 35 tahun hingga 45 tahun.

Ketika ini, timbul persoalan dalam diri mengenai pencapaian masing-masing, di samping kehidupan yang telah dilalui.

Pada ketika ini, lelaki dewasa akan sedar mengenai perihal kehidupannya lampau, sama ada bermakna ataupun sebaliknya.

Page 67: 4-psikologi perkembangan manusia

Wanita dewasa yang mempunyai anak remaja pula akan merasakan dirinya kekosongan daripada perasaan gembira (Mahmood Nazar, 1990).

Mereka kesunyian dan kemurungan akibat tidak ada anak-anak kecil yang dapat menghiburkan mereka.

Jadi, mereka perlu mengisi masa lapang seperti bergotong-royong, ziarah menziarahi dan menyertai persatuan agar kesunyian dan kemurungan dapat dielakkan.

Page 68: 4-psikologi perkembangan manusia

6. PERKEMBANGAN: UMUR TUA6. PERKEMBANGAN: UMUR TUA

Dalam Teori Perkembangan Erikson, peringkat akhir perkembangan manusia ialah apabila manusia mencapai usia tua.

Ketika itu, wujudnya krisis individu berkaitan dengan makna kehidupannya – kehidupan umum dan kehidupan individu berkenaan.

Dengan kata lain, manusia mula menilai makna ‘kehidupan’.

Page 69: 4-psikologi perkembangan manusia

Jika mereka mendapati bahawa mereka telah banyak mengecapi nikmat pada peringkat usia dewasa, mereka akan berasa puas, ceria dan bersedia untuk menempuh hari muka.

Mereka dikatakan ada ‘ego-integrity’ (atau ego benar).

Jika mereka mendapat banyak kekurangan pada peringkat usia dewasa, mereka akan berasa tidak bermakna, rasa kecewa dan hampa.

Page 70: 4-psikologi perkembangan manusia

Usia yang meningkat tua, biasanya, disertai dengan masalah kesihatan.

Tubuh badan menjadi semakin lemah dan kurang daya tahan. Kesihatan mental orang tua juga turut merosot.

Gejala kemurungan juga sering melanda orang tua.

Antaranya ialah perasaan kesunyian, rasa tersisih, bimbang mengenai kesihatan, cepat menjadi emosional dan pengasingan diri daripada masyarakat.

Page 71: 4-psikologi perkembangan manusia

6.1.6.1. FUNGSI KOGNITIF ORANG TUAFUNGSI KOGNITIF ORANG TUA

Dari segi intelektual, orang tua lebih pandai daripada orang dewasa (Zimbardo, 2000).

Namun, dari segi memori, banyak perkara yang orang tua lupa berbanding dengan orang muda.

Ini menunjukkan daya ingatan orang tua sudah berkurangan.

Page 72: 4-psikologi perkembangan manusia

Dari segi kepantasan menjawab soalan juga, orang tua dilihat tidak berdaya dan tidak dapat menandingi orang muda.

Kekurangan tersebut turut dikaitkan dengan sebab masalah fizikalnya, seperti lemah jantung, atau masalah persekitaran sosial, seperti kemajuan teknologi di kalangan generasi muda.

Page 73: 4-psikologi perkembangan manusia

Neugarten (1976), bagaimanapun, memberitahu bahawa orang tua yang menjaga kesihatan fizikal dan mentalnya akan lebih cerdas dan cergas daripada orang tua yang tidak berbuat apa-apa.

Selain itu, tahap pendidikan yang ada akan membantu seseorang membuat persediaan bagi menempuh hari tua yang lebih bermakna.

Page 74: 4-psikologi perkembangan manusia

Neugarten (1976) juga memberitahu bahawa orang tua yang kurang cerdas akan mati lebih cepat berbanding mereka yang cerdas.

Mereka yang cerdas ini pula kebanyakkannya adalah terdiri daripada kaum lelaki.

Page 75: 4-psikologi perkembangan manusia

6.2.6.2. PERUBAHAN FIZIKAL ORANG TUAPERUBAHAN FIZIKAL ORANG TUA

Lazimnya, orang tua memiliki rupa bentuk fizikal yang berbeza daripada orang muda.

Mereka kelihatan kurus, memiliki kulit yang berkedut, berambut putih dan berbadan bongkok.

Ketika tua, sel-sel baru adalah kurang dihasilkan oleh badan dan, biasanya, berkualiti rendah.

Page 76: 4-psikologi perkembangan manusia

Pencemaran udara, air, tanah dan tahap kepanasan yang berlebihan boleh merosakkan fizikal orang tua. Pertukaran kadar metabolisme kalsium pula akan mengakibatkan pereputan tulang.

Di samping itu, organ-organ deria mereka juga tidak dapat mengesan rangsangan dengan baik.

Page 77: 4-psikologi perkembangan manusia

6.3.6.3. KONFLIK SOSIALKONFLIK SOSIAL Sudah menjadi lumrah, ketidak-upayaan fizikal dan mental

orang tua memang sukar untuk dipulihkan.

Jika mereka kabur penglihatan, adalah sukar untuk pakar perubatan membantu mereka kerana ia merupakan proses biologikal yang tidak dapat dipulihkan kembali.

Kesan daripada beberapa ketidak-upayaan yang dihadapi, orang tua sering berasa bahawa mereka sering menjadi beban keluarga dan masyrakat.

Konflik yang berlaku dikenali sebagai “Konflik Sosial”.

Page 78: 4-psikologi perkembangan manusia

Konflik sosial adalah tahap terakhir konflik yang dialami oleh orang tua dengan masyarakat sekeliling.

Menurut Erikson (1961), manusia pada peringkat perkembangan ini mengalami konflik di antara kesempurnaan hidup dan putus harapan.

Page 79: 4-psikologi perkembangan manusia

Orang tua yang berjaya mengatasi konflik pada tahap ini akan dapat memahami konsep hidup sementara di dunia ini.

Mereka akan mengakui kehidupan yang pernah dilalui sebagai bermakna sekali dan mereka sentiasa riang dan bahagia di samping keluarga.

Page 80: 4-psikologi perkembangan manusia

Bukan semua orang tua yang berjaya mengatasi konflik sosial.

Mereka yang gagal akan membuat andaian bahawa kehidupan mereka tidak bererti sama sekali.

Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka sudah tidak seperti dulu.

Ada yang menyesal kerana tidak berpeluang melakukan kegiatan-kegiatan yang mencabar ketika di usia muda.

Page 81: 4-psikologi perkembangan manusia

6.4.6.4. KEMATIANKEMATIAN

Semua yang bernyawa pasti menemui ajal.

Kematian boleh terjadi pada mana-mana tahap umur akibat sakit, dibunuh, kemalangan dan lain-lain.

Namun, demikian, kematian biasanya berlaku pada zaman tua.

Page 82: 4-psikologi perkembangan manusia

Beberapa perkara serta konflik akan timbul apabila manusia bertemu dengan isu kematian.

Kajian psikologikal ke atas orang tua yang sakit tenat menunjukkan bahawa manusia melalui lima (5) tahap sebelum menerima hakikat kematian.

Page 83: 4-psikologi perkembangan manusia

TAHAP 1TAHAP 1

Lazimnya, orang tua akan menafikan yang mereka akan mati kerana masih yakin dengan ubat-ubat yang dapat menyembuhkan mereka.

Page 84: 4-psikologi perkembangan manusia

TAHAP 2TAHAP 2

– Orang tua akan mempersoalkan takdir yang menentukan bahawa dirinya telah hampir dengan maut, dan cuba untuk lari daripada hakikat.

– Sebenarnya, mereka takut menghadapi mati.

Page 85: 4-psikologi perkembangan manusia

TAHAP 3TAHAP 3

– Mereka cuba mencari pelbagai cara untuk menyembunyikan penyakit mereka seperti melakukan pembedahan dan ada yang lebih tekun beribadat.

– Mereka percaya bahawa, dengan berbuat demikian, nyawa mereka akan dapat bertahan dengan lebih lama lagi (Mahmood Nazar, 1990).

Page 86: 4-psikologi perkembangan manusia

TAHAP 4TAHAP 4

– Orang tua akan mengalami kemurungan kerana percaya bahawa mereka sudah tidak ada harapan untuk terus hidup.

Page 87: 4-psikologi perkembangan manusia

TAHAP 5TAHAP 5

– Sama ada mereka suka atau tidak, mereka terpaksa menemui ajal apabila masanya telah tiba. [hs]

Page 88: 4-psikologi perkembangan manusia