4 pemilihan tempat perniagaan seharusnya tidak berdasarkan pilihan peribadi yang sekadar menurut...

23
Pemilihan tempat perniagaan seharusnya tidak berdasarkan pilihan peribadi yang sekadar menurut perasaan. Pertimbangan yang sedemikian tidak wajar dan sering berakhir dengan kegagalan kerana banyak faktor- faktor lain yang perlu dipertimbangkan dalam memilih lokasi yang strategik. Adakalanya peruncit-peruncit tidak dapat memilih tempat berniaga yang sesuai disebabkan oleh kesempitan modal dan keinginan untuk menjimatkan kos serta ketiadaan tempat yang strategik. Dalam keadaan yang sedemikian rancangan untuk mendirikan kedai runcit itu lebih wajar ditangguhkan terlebih dahulu sementara usaha-usaha mencari tempat yang lebih strategik dilakukan. Keputusan untuk memilih sesuatu lokasi itu merupakan satu keputusan jangka panjang dan tidak boleh diubah-ubah dalam jangka waktu yang singkat kerana ia satu pelaburan yang amat mahal. Dalam jangka masa panjang, pemilihan sesuatu lokasi itu akan memberi kesan lanjutan kepada keseluruhan strategi-strategi peruncit. Peruncit seharusnya sering memerhatikan keadaan sekitar dan mengubah strateginya jika perlu. Seorang peruncit perlu memilih lokasi yang sesuai selaras dengan objektif perniagaan dan sasaran pasaran. Campuran strategi peruncitan yang terdiri daripada kepelbagaian barangan, promosi, harga dan lain-lain perlulah sesuai dengan lokasi yang dipilih. Dalam pemilihan lokasi, peruncit mesti membuat keputusan berdasarkan perkara-perkara berikut: Mempunyai beberapa pilihan mengenai kawasan Menilai kawasan dari segi kependudukan dan persaingan Menentukan bentuk kedai yang ingin dibuka sama ada di kedai sederet atau di sebuah kedai yang bersendirian atau di dalam pusat membeli- belah Menganalisis setiap pilihan kawasan dan menentukan lokasi yang tertentu untuk kedai

Upload: -

Post on 25-Sep-2015

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pemilihan Tempat Perniagaan Seharusnya Tidak Berdasarkan Pilihan Peribadi Yang Sekadar Menurut Perasaan

TRANSCRIPT

Pemilihan tempat perniagaan seharusnya tidak berdasarkan pilihan peribadi yang sekadar menurut perasaan. Pertimbangan yang sedemikian tidak wajar dan sering berakhir dengan kegagalan kerana banyak faktor- faktor lain yang perlu dipertimbangkan dalam memilih lokasi yang strategik.

Adakalanya peruncit-peruncit tidak dapat memilih tempat berniaga yang sesuai disebabkan oleh kesempitan modal dan keinginan untuk menjimatkan kos serta ketiadaan tempat yang strategik. Dalam keadaan yang sedemikian rancangan untuk mendirikan kedai runcit itu lebih wajar ditangguhkan terlebih dahulu sementara usaha-usaha mencari tempat yang lebih strategik dilakukan.

Keputusan untuk memilih sesuatu lokasi itu merupakan satu keputusan jangka panjang dan tidak boleh diubah-ubah dalam jangka waktu yang singkat kerana ia satu pelaburan yang amat mahal. Dalam jangka masa panjang, pemilihan sesuatu lokasi itu akan memberi kesan lanjutan kepada keseluruhan strategi-strategi peruncit.

Peruncit seharusnya sering memerhatikan keadaan sekitar dan mengubah strateginya jika perlu. Seorang peruncit perlu memilih lokasi yang sesuai selaras dengan objektif perniagaan dan sasaran pasaran. Campuran strategi peruncitan yang terdiri daripada kepelbagaian barangan, promosi, harga dan lain-lain perlulah sesuai dengan lokasi yang dipilih.

Dalam pemilihan lokasi, peruncit mesti membuat keputusan berdasarkan perkara-perkara berikut: Mempunyai beberapa pilihan mengenai kawasan Menilai kawasan dari segi kependudukan dan persaingan Menentukan bentuk kedai yang ingin dibuka sama ada di kedai sederet atau di sebuah kedai yang bersendirian atau di dalam pusat membeli- belah Menganalisis setiap pilihan kawasan dan menentukan lokasi yang tertentu untuk kedai

LANGKAH-LANGKAH DALAM PEMILIHAN LOKASITerdapat 4 langkah dalam pemilihan lokasi: Menentukan kawasan berniaga Menentukan jenis lokasi yang diingini Menentukan tempat khusus untuk didirikan kedai atau dijalankan perniagaan Menentukan lokasi kedai secara umum Menentukan Kawasan Perniagaan

Perkara utama yang perlu diselidiki ialah mengenai kewujudan pelanggan di sesuatu kawasan.Gambarajah di muka surat 14 menunjukkan persoalan-persoalan untuk memilih kawasan berniaga secara umum.

Walau bagaimanapun, peratus kejayaan sesebuah perniagaan peruncitan itu akan lebih tinggi sekiranya penyelidikan dilakukan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mendirikan perniagaan di sesuatu kawasan tertentu.

Menganalisa kawasan perniagaan. Langkah pertama dalam menentukan kawasan untuk berniaga ialah menganalisis kawasan atau tempat untuk dijalankan aktiviti perniagaan. Satu kawasan perniagaan yang baik adalah tempat yang mempunyai potensi jumlah pelanggan yang mencukupi bagi menampung jualan harian.

1

Adakah terdapat pelanggan yang mencukupi untuk perniagaan?Jenis Perniagaan? Barang-barang kegunaan umum, barang-barang khusus, perkhidmatan Adakah terdapat pesaing

Di manakah pesaing itu berniaga

Apakah kelemahan dan kekuatan pesaing

Adakah perniagaan memenuhi keperluan sasaran pasaran

Adakah bakal pelanggan akan memberi sambutan

Adakah terdapat pekerja yang sesuai

Adakah terdapat sistem pengangkutan yang cekap Adakah terdapat barangan yang hendak diperdagangkan

Gambarajah 1: Senarai Persoalan Memilih Kawasan Berniaga Secara Runcit

Beberapa faktor mempengaruhi potensi jumlah pelanggan ini. Sebagai contoh, saiz sebuah kedai boleh menentukan jarak yang pelanggan sanggup lalui untuk membeli belah. Selain itu faktor-faktor seperti kepelbagaian barangan, susun atur yang lebih sistematik dan keadaan dalaman yang selesa boleh menarik minat pelanggan yang tinggal berjauhan untuk datang ke tempat tersebut.

Kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai dan sistem pengangkutan serta jalan raya yang sempurna juga menggalakkan atau menarik pelanggan untuk datang ke kawasan berkenaan.

Jenis-jenis barangan. Barangan kegunaan harian adalah barangan yang mudah diperoleh dan dibeli tanpa dirancangkan terlebih dahulu oleh pelanggan seperti sabun, syampu, biskut, dan coklat. Pelanggan kebiasaannya membeli barangan jenis ini di kedai-kedai yang terdekat. Oleh itu, kawasan berniaga untuk sebuah kedai yang menjual barangan keperluan harian pada kebiasaannya kecil. Sebaliknya, untuk membeli barangan khusus atau barangan mewah, pelanggan sanggup untuk pergi lebih jauh.

Barangan khusus seperti barang-barang kemas, pakaian yang berjenama, pinggan mangkuk dan lain-lain adalah barangan yang mempunyai ciri-ciri 4 unik dan menarik.

Oleh yang demikian, saiz kawasan perniagaan dihubungkan secara songsang (inversely related) dengan kekerapan membeli sesuatu barangan. Saiz kawasan menjadi lebih besar sekiranya kekerapan membeli sesuatu barangan berkurangan. Sebaliknya sekiranya kekerapan membeli sesuatu barang itu meningkat, saiz kawasan perniagaan menjadi semakin kecil.

Kita dapati bahawa bagi sesetengah barangan, pengguna-pengguna sanggup untuk bergerak lebih jauh bagi mendapatkannya berbanding dengan barangan yang lain. Bagi barangan khusus dan barangan mewah pula, misalnya, pengguna sanggup berjalan lebih jauh lagi berbanding dengan barangan harian seperti barangan dapur.

Cara Menentukan Kawasan PerniagaanKaedah Reillys Law. Mengambilkira 2 angkubah penting dalam menentukan kawasan untuk berniaga iaitu:1. Kependudukan2. Jarak

Mengikut Reillys Law of Retail Gravitation, saiz dan daya tarikan sesuatu kawasan perniagaan berbanding dengan satu kawasan lain berubah mengikut bilangan penduduk dan jarak. mereka dengan peruncit. Teori ini mempunyai kekurangannya kerana tidak mengambilkira jenis sistem pengangkutan yang digunakan oleh pelanggan dan masa yang diperlukan untuk pergi ke sesuatu kawasan. Teori ini juga tidak mengambilkira keadaan di mana setiap pekedai itu mempunyai sasaran pasaran ataupun pelanggan yang berbeza.

Kaedah penepusan. Dalam cara ini, penentuan sesuatu kawasan perniagaan dibuat berdasarkan tahap persaingan yang terdapat pada sesuatu kawasan. Dengan cara ini, pengusaha dapat melihat sama ada sesuatu kawasan itu mempunyai tahap persaingan yang tinggi ataupun rendah berdasarkan bilangan kedai yang menjalankan kegiatan yang sama untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sama.

Sesebuah perniagaan di sesuatu kawasan berkemungkinan akan lebih berjaya jika mempunyai kurang persaingan berbanding dengan kawasan yang ramai persaingan, walaupun pada asasnya persaingan merupakan unsur yang sihat dalam dunia peruncitan.

Kaedah umum. Pemerhatian dan kajian merupakan kaedah yang berkesan dalam menentukan kawasan perniagaan. Pihak pengusaha sendiri perlu menjalankan penyelidikan dan temuduga dengan pelanggan untuk mendapat gambaran yang jelas mengenainya. Temuramah dengan pelanggan yang baru sahaja keluar dari membeli-belah di kawasan berdekatan dengan kawasan yang dicadangkan boleh memberi manfaat yang besar.

Soalan-soalan yang dikemukakan seharusnya tidak sensitif, pendek dan boleh dijawab seperti: Apakah jenis barangan yang dibeli? Apakah tujuan barangan tersebut dibeli? Berapakah jumlah wang yang dibelanjakan di dalam kedai tersebut sehari atau seminggu atau sebulan? Apakah kadar kekerapan membeli di kedai tersebut?

Maklumat ini akan menggambarkan kesanggupan pengguna untuk membeli. Jejari kawasan perniagaan juga dapat ditentukan dengan adanya maklumat ini.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan pada cara temuduga, iaitu: la agak mahal Pelanggan tidak mahu ditemuduga Ianya memakan masa yang panjang

Kaedah-kaedah lain. Kaedah-kaedah lain dalam menentukan kawasan perniagaan ialah dengan menjalankan temubual melalui telefon mengira bilangan kereta serta memerhatikan gelagat pengguna apabila membuat pembelian.

Dalam temubual melalui telefon, perkara-perkara seperti tempat tinggal pengguna, barangan yang dibeli, di mana mereka membuat pembelian dan 16 mengapa mereka membuat pembelian di sesuatu tempat boleh diajukan.

Dalam memerhatikan gelagat pengguna, perkara-perkara seperti tempat pengguna meletak kenderaan, arah dari mana pengguna datang dan jenis kenderaan yang digunakan dapat menggambarkan kedudukan pendapatan mereka dalam kawasan tersebut.

Kependudukan satu kawasan perniagaan. Untuk membuat keputusan yang baik dan tepat mengenai sesuatu lokasi, seorang peruncit perlu mengetahui tentang penduduk yang tinggal di kawasan perniagaan tersebut. Pengusaha perlu mengetahui perkara-perkara seperti: Peringkat umur penduduk di kawasan itu Pendapatan mereka Pekerjaan mereka Tahap pendidikan mereka Nisbah orang lelaki kepada wanita Sikap sosial mereka Gaya hidup mereka

Untuk berjaya, seorang peruncit mesti memenuhi kehendak sasaran pasaran. Maklumat-maklumat berkenaan penduduk yang bakal menjadi pelanggan merupakan cermin untuk pengusaha melihat apa yang seharusnya ditawarkan kepada pelanggan. Sudah tentu peruncit tidak dapat menyediakan kesemua yang diminta oleh penduduk atau pelanggan di sesuatu kawasan tetapi keperluan dan kehendak utama pelanggan perlu dipenuhi.

Gelagat membeli bakal pelanggan. Mengetahui gelagat membeli penduduk di sesuatu kawasan adalah penting dalam pemilihan kawasan untuk berniaga. Pengusaha yang mengetahui tentang gelagat membeli dan kehendak pengguna akan dapat memastikan sambutan pengguna terhadap perniagaannya.

Maklumat-maklumat yang perlu diketahui mengenai bakal pelanggan ialah seperti: Di mana pelanggan membeli sekarang? Mengapa pelanggan membeli di satu tempat atau kedai? Berapakah jarak tempat tinggal mereka dengan kedai? Adakah pelanggan membeli dari tempat terdekat yang memudahkan mereka? Adakah pelanggan inginkan rekreasi selain membeli belah? Adakah pelanggan menyenangi sistem layan diri ataupun sebaliknya? Adakah perkhidmatan penghantaran, pembungkusan dan lain-lain penting, dan diperlukan oleh pelanggan? Bilakah pelanggan sering membeli (hari/masa)? Adakah pelanggan mudah dipengaruhi oleh iklan?

Berdasarkan perkara-perkara di atas, peruncit dapat menjalankan satu I penyelidikan pemasaran untuk mengetahui tentang gelagat membeli penduduk tempatan. Temubual-temubual boleh dilakukan melalui telefon, temubual peribadi ataupun penyelidikan pendek. Soal selidik yang pendek sebanyak satu atau dua muka surat boleh digunakan.

Menentukan Jenis-jenis LokasiTerdapat 3 jenis lokasi yang perlu diketahui oleh pengusaha iaitu:

Lokasi bersendirian. Bagi jenis ini, kedainya bersendirian dan tidak berdekatan dengan kedai-kedai lain. Oleh yang demikian di lokasi jenis ini tidak terdapat persaingan dan sewanya agak rendah. Kemudahan- kemudahan boleh diperoleh dan diubah mengikut kemahuan pengusaha. Keluasan kedai juga besar.

Kawasan perniagaan yang tidak dirancang. Lokasi jenis ini ialah kawasan perniagaan yang tidak dirancang dengan teratur di mana terdapat satu atau dua buah kedai yang terletak berdekatan ataupun sederet. Jenis lokasi yang begini kebiasaannya mempunyai kadar sewa yang lebih rendah dan dikenali ramai. Kemungkinan bilangan pelanggan yang datang membeli adalah ramai.

Di lokasi yang begini, biasanya terdapat tempat letak kenderaan. Berbagai- bagai jenis perniagaan dijalankan di kawasan yang sebegini dan ini menarik minat pelanggan untuk mengunjungi kawasan tersebut. Tahap persaingan juga tinggi dan ini boleh diatasi dengan menggunakan strategi-strategi tertentu. Contoh jenis perniagaan yang terletak dilokasi begini ialah bank, 8 restoran, kedai kasut, kedai emas dan kedai kain.

Kadang-kadang jenis perniagaan sebegini dikenali sebagai perniagaan berkelompok. Kawasan itu telah dikenali sebagai satu tempat menjual barangan tertentu. Persaingan di kawasan ini bukanlah satu masalah malah persaingan boleh meningkatkan perniagaan seseorang pengusaha.

Lokasi di Kompleks/membeli belah. Kompleks membeli belah adalah satu unit bangunan yang dipunyai dan diuruskan oleh sesebuah syarikat atau individu tertentu dan ruang-ruang serta lot-lot perniagaan disewakan kepada orang perseorangan mahupun syarikat-syarikat. Kebiasaannya, tempat perniagaan yang sebegini tinggi sewanya dan hanya boleh dibuka pada waktu-waktu yang tertentu sahaja mengikut perintah pihak pengurusan kompleks tersebut. Pelanggan pula terdiri daripada mereka yang mengunjungi kompleks itu sahaja.

Kebiasaannya, perniagaan-perniagaan lain yang terdapat di kompleks itu menjadi daya tarikan kepada pelanggan untuk mengunjungi kompleks tersebut. Keluasan sesuatu ruang juga terhad dan sewanya dikira mengikut kaki persegi. Oleh itu sewanya agak mahal. Tindak-tanduk penyewa sering dikawal oleh pihak pengurusan kompleks. Biasanya perniagaan runcit yang terdapat di kompleks membeli belah terdiri daripada perniagaan yang telah terkenal dan telah mewujudkan satu sistem rantaian kedai runcit.

Kompleks membeli belah juga mengehadkan barangan yang boleh ditawarkan kepada pelanggan. Kemasyhuran sesebuah kompleks itu akan menjamin kejayaan kedai-kedai di dalam kompleks tersebut. Kebanyakan kompleks membeli belah juga mempunyai tempat letak kereta yang teratur dan sistematik. Kompleks itu sendiri selalunya terletak di kawasan yang strategik. Imej kompleks membeli belah itu juga akan melambangkan imej kedai-kedai yang terdapat di dalamnya.

Menentukan Lokasi yang TepatApabila pengusaha telah memilih sesuatu lokasi itu secara kasar, maka I langkah seterusnya ialah menentukan lokasi yang tepat (specific location) untuk menjalankan kegiatannya.

Misalnya, sekiranya seorang pengusaha memilih untuk berniaga di tingkat pertama dalam sebuah kompleks membeli belah, di lot berapakah beliau ingin menjalankan operasinya. Lot-lot tertentu yang telah dipilih ini dikenali sebagai lokasi yang tepat.

Menentukan Lokasi UmumPenilaian ke atas sesuatu lokasi umum memerlukan usaha-usaha analisis yang meluas. Perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam menilai strategik atau tidak sesuatu lokasi adalah seperti berikut:

Faktor kos. Faktor kos perlu diambil kira dalam pemilihan sesuatu lokasi. Kos di sini bermaksud segala perbelanjaan yang bakal atau akan ditanggung oleh pihak peruncit. Kos-kos yang boleh diambil kira ialah seperti sewa, pengangkutan, buruh, api, air, telefon dan penyelenggaraan. Dengan mendapatkan kesemua kos yang terlibat di sesuatu lokasi, perbandingan dari segi kos di antara kawasan alternatif yang ada boleh dibuat.Dari situ, dapatlah diketahui lokasi yang jumlah kosnya paling rendah. Walau bagaimanapun perbandingan dari segi kos sahaja tidak memadai kerana banyak lagi faktor yang tidak boleh dikira kosnya tetapi amat penting untuk perniagaan.

Faktor kemudahan-kemudahan awam yang tersedia ada. Selain faktor kos yang disebut tadi, faktor lain yang secara tidak langsung penting untuk kejayaan sesebuah perniagaan perlu diambil kira untuk memilih sesuatu lokasi. Perkara-perkara seperti terdapatnya kemudahan awam di sesuatu kawasan juga perlu diambil kira. Kedudukan tempat, persaingan dan kemudahan meletak kereta juga penting dan telah diterangkan sebelum ini. Kesemua ini dapat dibandingkan dari satu lokasi ke satu lokasi.

Berdekatan dengan pembekal. Lokasi yang terletak berdekatan dengan pembekal akan memudahkan urus niaga, termasuk kos pengangkutan yang boleh dikurangkan. Walau bagaimanapun perhatian harus diberikan terhadap kepelbagaian barangan yang boleh dibekalkan dan harga yang ditawarkan.

Kepentingan awam. Sesetengah penduduk di sesuatu kawasan mengalu-alukan kedatangan sesetengah jenis perniagaan manakala sesetengahnya pula mungkin tidak menggemarinya. Oleh itu kepentingan awam perlu diambil kira. Ini berkait rapat dengan perkara-perkara seperti sikap, tahap ekonomi dan kedudukan sosial. Oleh yang demikian, peruncit 1 mestilah memastikan terdapatnya kebaikan yang boleh diberikan kepada penduduk sekitarnya dan sebaliknya pengusaha juga memperoleh keuntungan.

Aspek keselamatan juga penting untuk dipertimbangkan. Oleh itu pengusaha mestilah memastikan sesuatu kawasan itu benar-benar selamat dan sah diduduki dari segi undang-undang.

Pembangunan kawasan pada masa akan datang. Penyelidikan yang rapi terhadap perancangan pembangunan ekonomi sesuatu kawasan perlu dilakukan kerana faktor ini boleh menggugat perkembangan serta kemajuan perniagaan pada masa akan datang. Sekiranya tidak terdapat rancangan untuk memajukan sesuatu kawasan itu, perniagaan juga akan berada di takuk yang lama dan berkemungkinan besar tidak akan berkembang. Sekiranya terdapat pembangunan ekonomi di sesuatu kawasan, maka sudah pasti penduduk akan bertambah dan secara langsung ini akan mengembangkan perniagaan runcit tersebut.

Daya beli penduduk sekitar. Sebelum menjalankan sesuatu perniagaan di kawasan tertentu, penyelidikan mengenai daya beli penduduk di tempat tersebut perlu dilakukan.

Cara Mengukur Daya Beli Penduduk SekitarBerbagai-bagai cara digunakan untuk mengukur daya beli penduduk sekitar di lokasi yang telah dipilih.Perkara-perkara yang perlu diketahui ialah:(i) Purata pendapatan sebulan setiap keluarga di kawasan itu; contohnya RM500.00 sebulan.(ii) Bilangan keluarga yang tinggal di kawasan itu; contohnya 1,000 orang

RUPA BENTUK FIZIKAL

PENGENALANKedudukan yang strategik sahaja tidak mencukupi untuk menentukan kejayaan sebuah unit perniagaan runcit. Perkara yang perlu dilakukan selepas memilih satu lokasi perniagaan yang sesuai ialah membuat keputusan terhadap rupa bentuk fizikal kedai terutama rupa bentuk luaran dan dalaman.

Keputusan yang dibuat terhadap perkara-perkara tersebut akan terbukti berkesan sekiranya pelanggan sasaran berasa puas dan sekiranya ia dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

Apabila sebuah kedai mempunyai reka bentuk yang baik dan menarik, reka bentuk fizikalnya pula akan menjayakan 2 fungsi utama iaitu;1. Reka bentuk kedai yang baik dan menarik berfungsi membezakannya daripada kedai-kedai lain2. Membentuk suasana dalaman kedai yang lebih menarik dan selesa. Justeru pelanggan berasa lebih tenteram dan selesa untuk membeli belah dan ini akan menarik pelanggan untuk datang lagi pada masa- masa akan datang

kepentingan rupa bentukSesebuah kedai mesti mempamerkan satu imej tertentu di mata pelanggan. Sekiranya seseorang pelanggan itu mendengar nama kedai tersebut, secara automatik, dia akan mempunyai tanggapan tertentu mengenai kedai itu. Misalnya, apabila disebut nama gedung pakaian Globe Silk Store, pelanggan terus menggambarkan gedung yang menawarkan barangan berharga murah dengan kualiti yang agak baik.

Manakala apabila tersebut gedung pakaian Mun Loong dan Metrojaya, maka akan tergambar di fikiran pelanggan akan imej gedung yang memaparkan stail dan kelas. Kalau kita ke London, apabila orang menyebut tentang membeli belah di Harrod, keungguian barangan dan suasana di dalam gedung membeli belah itu akan menjadi tumpuan. Oleh itu peruncit harus membentuk dan mempamerkan satu imej positif kepada sasaran pelanggannya.

Terdapat banyak faktor yang terlibat dalam pembentukan imej satu-satu unit perniagaan. Faktor-faktor itu termasuk: Jenis barangan yang dijual Campuran peruncitan Jenis perkhidmatan yang ditawarkan Susun atur kedai Reka bentuk dan rupa bentuk kedai

Reka bentuk dan rupa bentuk kedai adalah penting kerana ia membawa kesan ke atas jumlah jualan yang bakal diperoleh. Sebuah kedai yang tidak dapat membentuk dan mengekalkan satu imej tertentu melalui rupa bentuknya akan mengelirukan pelanggan. Contohnya, sebuah kedai yang cuba menonjolkan satu imej menjual barangan murah, tetapi rupa bentuknya mempamerkan imej eksklusif serta penjualan barangan yang berharga dan mahal. Oleh itu, rupa bentuk kedai mestilah sesuai dengan imej yang cuba ditonjolkan kepada pelanggan. Sebuah kedai yang direka bentuk dengan eksklusif dan berasaskan stail dan kelas seharusnya menonjolkan imej yang sejajar dan bukannya imej yang sebaliknya.

Reka bentuk atau rupa bentuk biasanya bermula dari luar. Sekiranya pelanggan tertarik dengan persekitaran luaran kedai, mereka juga akan tertarik untuk masuk ke dalam kedai. Oleh itu, rupa bentuk luaran penting kerana ia akan menarik pelanggan memasuki kedai dan seterusnya membeli-belah.

RUPA BENTUK LUARANOleh kerana rupa bentuk luaran dapat menarik pelanggan untuk mengunjungi kedai, maka sesebuah kedai itu seharusnya menunjukkan keadaan operasi yang aktif, sibuk dan stabil. Sehubungan itu, ia seharusnya menunjukkan satu imej yang khusus di kalangan sasaran pasaran. Kadang- kala logo dan motto kedai itu sahaja sudah boleh dikenali oleh pelanggan dan boleh secara langsung menunjukkan imej kedai di kalangan pelanggan.

Contohnya Kentucky Fried Chicken memang terkenal dengan slogan sehingga menjilat jari, 7 ELEVEN pula terkenal dengan warna Iogonya.

Bangunan kedai itu juga boleh menunjukkan keluasan kedai dan secara tidak langsung membentuk tanggapan pelanggan mengenai barangan-barangan yang terdapat di dalam kedai dan juga keselesaan semasa membeli-belah.

Perkara-perkara yang boleh membentuk satu rupa bentuk luaran dan menonjolkan satu imej yang dikehendaki adalah seperti keadaan di luar kedai, papan tanda, pintu masuk, peneduh {awning) dan cermin pameran.

Keadaan di Luar KedaiPemandangan dan suasana di sekeliling kedai penting bagi menonjolkan satu imej kedai. Keadaan sekeliling kedai yang semak dan kotor dengan sampah sarap akan menggambarkan keadaan kedai yang kotor bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam. Keadaan di luar kedai seharusnya sentiasa bersih, kemas serta teratur. Pokok-pokok bunga yang tersusun rapi akan menyerikan lagi keadaan luaran kedai. Tempat letak kenderaan seharusnya dekat dengan kedai dan senang dimasuki dengan ruang kawasan yang mencukupi untuk menarik minat pelanggan membeli belah. Pelanggan agak keberatan untuk berhenti membeli belah di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan tempat meletak kereta.

Pagar atau pintu pagar (fencing) akan menyusahkan pelanggan. Keadaan ini membuat pelanggan tidak gemar mengunjungi sesebuah kedai itu kerana mereka akan berasa susah dan terhalang untuk keluar atau masuk ke kawasan kedai.

Pokok-pokok yang besar dan rimbun juga akan melindungi kedai daripada pandangan orang ramai. Ini merupakan satu halangan kepada orang ramai. Sebaliknya, pokok-pokok bunga yang kecil yang ditanam berderetan di depan kedai boleh menyerikan suasana di luar kedai.

Papan TandaPerkara pertama yang dilihat pelanggan apabila memandang sebuah kedai ialah papan tanda. Jenis papan tanda yang digunakan akan menonjolkan berbagai-bagai imej. Oleh demikian papan tanda mestilah selaras dengan imej yang ingin ditonjolkan, sama ada dari segi saiz, warna dan reka bentuk. Biasanya, saiz papan tanda dibuat selebar pintu masuk kedai.

Reka bentuk tulisan di atas papan tanda mesti ringkas dan dapat dilihat dengan jelas. Warna-warna korporat boleh digunakan dalam mereka bentuk papan tanda. Walau bagaimanapun, faktor-faktor saiz, reka bentuk dan warna yang digunakan di papan tanda mesti menarik dan jelas. Penggunaan lampu terutama sekali di waktu malam perlu bagi menonjolkan papan tanda. Lampu yang berkelip mungkin boleh digunakan sewaktu perayaan misalnya menjelang Hari Raya untuk memeriahkan suasana dan menarik pelanggan untuk membeli belah.

Pintu MasukPintu masuk seharusnya menyenangkan pelanggan keluar dan masuk semasa berurusan. Oleh itu, ia mestilah cukup lebar untuk mengelakkan daripada berlakunya perlanggaran dan kesesakan di pintu masuk.

Pertama sekali, seorang pengusaha mesti membuat keputusan tentang bilangan pintu masuk yang akan diadakan. Kebiasaannya, selain pintu masuk utama, terdapat juga sebuah pintu kecemasan dan pintu untuk mengangkut barangan keluar masuk. Pintu kecemasan dan pintu tempat barangan diangkut ini terletak di tepi atau belakang kedai dan dibuka apabila terdapat urusan. Kegunaan setiap pintu mesti jelas. Pintu-pintu selain pintu masuk utama dihadkan untuk kegunaan kakitangan sahaja dan tidak boleh digunakan oleh pelanggan. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kecurian. Sebuah kedai yang besar mungkin mempunyai 2 pintu masuk dan ini memerlukan penjagaan yang rapi. Kebiasaannya di pintu masuk terdapat pengawal dan juruwang. Bagi sebuah kedai yang kecil, satu pintu masuk adalah memadai. Pintu masuk mesti kelihatan kemas dan lapang pada setiap masa. Oleh itu adalah lebih baik jika barangan tidak disusun di bahagian depan kerana itu akan menghalang laluan pelanggan dan memburukkan pandangan dari luar.

Kebiasaannya, pintu jenis terbuka digunakan. Ini bermakna pintu itu dibuka sekali sahaja pada waktu pagi dan ditutup apabila kedai hendak menamatkan urus niaga. Biasanya pintu ini berasaskan pintu yang ditarik dan ditolak sama ada ke tepi atau ke atas.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis pintu yang lebih canggih yang digunakan pada masa ini. Ini termasuklah pintu-pintu jenis tolak dan tarik, berpusing dan pintu elektrik (buka dan tutup secara automatik). Penggunaan pintu-pintu yang lebih canggih perlu sepadan dengan imej dan saiz kedai.

Peneduh (Awning)Peneduh boleh dan biasanya digunakan untuk mengelakkan barangan dan bahan-bahan yang dipamerkan di cermin pameran daripada pancaran matahari serta tempias hujan. Dengan adanya peneduh, barangan yang dipamerkan tidak mudah rosak dan luntur. Penggunaan peneduh juga akan mencantikkan dan memeriahkan lagi rupa bentuk luaran kedai terutamanya apabila warna yang digunakan pada peneduh itu terang dan berbeza-beza.

Walau bagaimanapun warna yang terlalu banyak akan menyerabutkan pemandangan. Perlu diingatkan bahawa belanja untuk memasang peneduh ini mahal.

Cermin PameranCermin pameran merupakan salah satu daripada alat untuk menarik pelanggan mengunjungi kedai. Cermin pameran mesti mampu menarik perhatian dan minat pelanggan untuk melihat serta membeli barangan yang dipamerkan. Oleh itu, tujuan utama penggunaan cermin pameran ialah i untuk aktiviti promosi. Cermin pameran seharusnya dapat menarik 1 pelanggan memasuki kedai dan bertanya tentang barangan yang dipamerkan. Cermin pameran-ini juga dapat menentukan imej sebuah kedai. Sebagai contoh, barangan eksklusif yang terdapat di dalam cermin pameran dapat menonjolkan imej sebuah perniagaan yang moden, eksklusif dan canggih. Cermin pameran yang mempamerkan barangan berharga murah akan menarik lebih ramai pelanggan yang mementingkan harga. Cermin pameran juga dapat menarik minat dan menolong pelanggan yang suka window shopping.

Cermin pameran seharusnya mempunyai lampu untuk menonjolkan lagi barang-barang yang dipamerkan. Oleh itu jenis cermin yang patut digunakan adalah dari jenis lutsinar bagi membolehkan pelanggan melibat keseluruhan bahagian dalaman kedai tersebut.

Pengusaha juga seharusnya mempunyai kreativiti dalam mempamerkan barangan di dalam cermin pameran. Reka bentuk peragaan barangan yang terdapat di dalam cermin pameran mesti diubah mengikut musim-musim perayaan. Misalnya pada waktu hari raya hiasan di dalam cermin pameran harus bertemakan hari raya.

Peruncit-peruncit yang besar menggunakan perkhidmatan juruhiasan dalaman bagi mengendalikan kerja-kerja peragaan barangan di cermin pameran. Peruncit-peruncit ini sedar tentang kepentingan peragaan sebagai alat promosi yang penting.

RUPA BENTUK DALAMANApabila seorang pelanggan memasuki kedai, sudah tentu pelanggan tersebut ingin berasa lebih selesa dan tenang untuk membeli belah. Suasana dalaman sesebuah kedai seharusnya tidak mengganggu ketenteraman fikiran pelanggan atau mewujudkan suasana yang tidak diingini oleh pelanggan.

Rupa bentuk dalaman mesti menetapi apa yang telah dijanjikan oleh imej kedai menerusi pandangan luar. Sekiranya imej yang ditonjolkan daripada luar berbentuk eksklusif, maka begitulah juga imejnya daripada dalam kedai.

Penggunaan lampu secara berkesan, warna dan penjagaan rapi lantai, dinding dan peralatan serta rak yang sesuai akan menimbulkan satu suasana yang tenteram di hati pelanggan.

LampuPenggunaan lampu juga penting untuk operasi kedai kerana ini akan membolehkan pelanggan melihat barangan yang ingin dibeli dengan jelas. Malah lampu dapat memberi kesan lebih menarik kepada barang-barang yang dipamerkan. Oleh itu, penggunaan lampu dapat menolong: Menonjolkan lagi barangan yang dipamerkan dan dijual. Barangan yang dipamerkan akan lebih terserlah apabila cahaya lampu dipancarkan terhadapnya. Pelanggan dapat melihat barangan dengan lebih jelas dan terperinci. Sudah menjadi tabiat pelanggan untuk menyentuh dan melihat sesuatu barangan yang ingin dibeli dengan lebih teliti dan terperinci terutamanya untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri-ciri barangan tersebut. Lampu akan menyenangkan proses penelitian barangan oleh pelanggan. Mengurangkan berlakunya kejadian kecurian sama ada oleh pelanggan atau pekerja. Keadaan dan suasana di dalam kedai yang gelap dan malap akan menyenangkan lagi berlakunya kecurian. Pelanggan atau pekerja dengan senang sahaja mengambil dan menyusup keluar barangan-barangan yang dicuri. Mengurangkan perasaan letih bekerja. Keadaan atau suasana yang malap akan menimbulkan satu perasaan letih dan bosan di kalangan pekerja. Ini merupakan kesan-kesan psikologi terhadap pekerja.

Hubungan antara suasana kedai dengan mood pekerja sangat penting kerana faktor ini akan menentukan tahap produktiviti dan kecekapan pekerja. Pekerja akan berasa lebih selesa sekiranya lampu yang digunakan cerah.

Lampu juga boleh menimbulkan mood dan imej sesuatu kedai. Contohnya, keadaan lampu yang malap sering dikaitkan dengan suasana romantis dan mungkin sesuai untuk sebuah kelab malam dan restoran yang eksklusif. Sebaliknya gedung-gedung terkenal seperti 7 ELEVEN, Metrojaya, Mun Loong dan Globe Silk Store sering mengutamakan lampu- lampu yang cerah seperti lampu kalimantang.

Terdapat beberapa jenis lampu. Antara jenis-jenis lampu yang sering digunakan oleh peruncit ialah lampu kalimantang, neon warna-warni, berkelip dan spot light. Walau bagaimanapun, pemilihan jenis lampu mestilah sesuai dengan imej dan suasana yang ingin diwujudkan. Perlu diingatkan juga penggunaan lampu yang banyak akan meningkatkan lagi kos elektrik.

WarnaWarna dapat membantu pembentukan dan pengwujudan berbagai-bagai imej serta moods Warna kedai ada hubung kait dengan cat yang digunakan dalam kedai.

Warna yang sesuai boleh menghidupkan lagi suasana kedai. Warna dalaman kedai juga dapat meninggalkan kesan kepada tanggapan pelanggan tentang jenis barangan serta orang yang terdapat di dalam sesebuah kedai. Warna boleh digunakan untuk menolong memperagakan barangan secara lebih berkesan. Misalnya warna yang terang akan menolong menonjolkan lagi barangan yang dipamerkan.

Warna-warna yang digunakan juga boleh menimbulkan keinginan dan minat pelanggan untuk memiliki sesuatu barangan. Misalnya warna coklat melambangkan kelelakian (masculinity) sedangkan warna merah menimbulkan suasana yang gembira dan penuh keceriaan. Warna putih dan biru muda pula dapat menimbulkan suasana yang bersih dan luas. Warna- warna gelap seperti warna hijau tua dan hitam pula akan memalapkan lagi suasana. Oleh itu, penggunaan warna yang terang seperti putih, kuning air, j biru muda dan hijau muda harus diutamakan.

LantaiSepertimana warna, gaya dan jenis lantai boleh menonjolkan imej sesebuah kedai. Bagi sebuah kedai runcit yang biasa, penggunaan lantai yang bersimen kasar mungkin sesuai. Tetapi bagi sebuah pasar mini dan perniagaan-perniagaan peruncitan lain, jenis lantai yang lebih baik dan moden boleh digunakan.

Dalam memilih jenis lantai, peruncit mesti mengambil kira perkara-perkara seperti: Memilih jenis permukaan lantai yang boleh tahan lama Memilih jenis lantai yang dapat membalikkan cahaya lampu Memilih jenis lantai yang tidak licin bagi menjaga keselamatan Walau apapun jenis lantai yang dipilih, keselesaan pelanggan dan pekerja hendaklah diutamakan. Tujuan utama memilih jenis lantai ialah untuk mendapatkan lantai yang menarik, Cantik dan dapat memberi faedah tetapi tidak bercanggah dengan imej kedai serta barangan yang terdapat di dalamnya.

Penggunaan permaidani boleh mencantikkan suasana dalaman tetapi ia akan menambahkan kos penyelenggaraan dan perlu ditukar selalu.

DindingSeperti juga lantai, penggunaan jenis dinding yang berbeza akan dapa menonjolkan imej keseluruhan kedai. Penggunaan jenis dinding mestilah diselaraskan dengan keseluruhan aspek hiasan dalaman sesebuah kedai.

Warna-warna cat yang digunakan pada dinding seharusnya tidak daripada jenis gelap kerana ini akan menimbulkan suasana dalaman kedai yang malap.

Warna cat terang dan lembut seperti putih, kuning air dan biru muda dapat menimbulkan suasana yang selesa dan meluaskan lagi keadaan ruang dalam kedai. Cermin juga boleh diletakkan di dinding supaya kedai kelihatan luas dan panjang.

Peralatan dan RakPeralatan dan rak yang digunakan dapat menimbulkan satu reka bentuk dalaman dengan imej yang tertentu. Peralatan merujuk kepada barang- barang yang dapat menolong menyenangkan peruncit menjalankan perniagaannya.Perkara-perkara yang perlu diambil kira di dalam penggunaan peralatan dan rak ialah: Peralatan dan rak mesti bersih selalu, mencukupi dan mengikut peredaran masa (up-to-date) Terdapat peralatan-peralatan yang boleh didapati secara percuma daripada syarikat-syarikat penganjur seperti kaunter juruwang, kaunter rokok dan papan tanda. Pastikan peralatan yang dibekalkan itu dapat disesuaikan dengan imej dan suasana kedai. Kebiasaannya, pembekal akan memberi khidmat nasihat kepada pekedai tentang cara untuk menyusun aturkan barang-barang keluarannya. Peralatan dan rak tidak seharusnya terlalu tinggi atau dikunci. Ini untuk menyenangkan pelanggan membuat pilihan barangan yang ingin dibeli. Penggunaan peralatan dan rak yang dapat menggalakkan layan diri akan menyenangkan pelanggan. Ia juga dapat menolong melariskan barangan dan menyenangkan susun atur barangan.

Ruang yang ada pada rak juga mesti digunakan dengan sepenuhnya supaya tidak terdapat ruang-ruang yang kosong.

Usaha menimbulkan satu suasana dalaman yang nyaman dan selesa bukanlah murah dan senang, malah melibatkan perbelanjaan yang besar. Walau bagaimanapun suasana dalaman yang baik dapat mempertingkatkan keupayaan sesebuah unit peruncitan untuk bersaing dengan lebih berkesan lagi.