perbandingan kelesuan kerja dari segi demografi … filepekerja kehilangan aspek-aspek perasaan yang...

22
PERBANDINGAN KELESUAN KERJA DARI SEGI DEMOGRAFI PERSONAL PEKERJA: SATU KAJIAN DI RUMAH ORANG TUA DI SABAH DAN SARAWAK Risalshah Latif Zulkarnain Hatta ABSTRACT This study aimed to identify difference of burnout experience among social service workers at old folk’s home in Sabah and Sarawak base on their demographic difference comprise of dissimilarity in gender, ages, marital status and education level. Maslach Burnout Inventory (MBI, 1993) has been use to measure three categories of burnout consist of Emotional Exhaustion (EE), Depersonalization (DP) and Personal Accomplishment (PA). Questionnaire were distributed in early January 2005 to 94 respondent in five old folk’s home in Sabah and Sarawak and 88 has return back the questionnaire in the same months. Data has been analyzed using descriptive, percentage, ANOVA, t-test and Independent t-test. The result showed that respondent dissimilarity in gender and education level had significant difference with male respondents were more burnout than female respondents, and respondent with lower of their achievement in education were more burnout than respondent with more higher in their education level. No significant differences were found on respondent marital status and age difference with their burnout. KEYWORDS: Burn out, ageing and welfare. PENGENALAN Seorang ahli psikiatri dari Amerika Syarikat, Dr. Herbert Freudenberger telah memperkenalkan penggunaan istilah kelesuan kerja (burnout), yakni sindrom keletihan fizikal dan emosi kesan daripada persekitaran pekerjaan (Maslach et al., 2001; Schaufeli & Enzman, 1998). Freudenberger (1983) menyatakan adalah sukar untuk mendefinisikan konsep kelesuan kerja dengan tepat. Sementara itu, Maslach et al. (2001) menganggap kelesuan kerja sebagai satu konsep yang tidak

Upload: vuongbao

Post on 14-Mar-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERBANDINGAN KELESUAN KERJA DARI SEGI DEMOGRAFI PERSONAL PEKERJA: SATU KAJIANDI RUMAH ORANG TUA DI SABAH DAN SARAWAK

Risalshah LatifZulkarnain Hatta

ABSTRACT

This study aimed to identify difference of burnout experience among social service workers at old folk’s home in Sabah and Sarawak base on their demographic difference comprise of dissimilarity in gender, ages, marital status and education level. Maslach Burnout Inventory (MBI, 1993) has been use to measure three categories of burnout consist of Emotional Exhaustion (EE), Depersonalization (DP) and Personal Accomplishment (PA). Questionnaire were distributed in early January 2005 to 94 respondent in five old folk’s home in Sabah and Sarawak and 88 has return back the questionnaire in the same months. Data has been analyzed using descriptive, percentage, ANOVA, t-test and Independent t-test. The result showed that respondent dissimilarity in gender and education level had significant difference with male respondents were more burnout than female respondents, and respondent with lower of their achievement in education were more burnout than respondent with more higher in their education level. No significant differences were found on respondent marital status and age difference with their burnout.

KEYWORDS: Burn out, ageing and welfare.

PENGENALAN

Seorang ahli psikiatri dari Amerika Syarikat, Dr. Herbert Freudenberger telah memperkenalkan penggunaan istilah kelesuan kerja (burnout), yakni sindrom keletihan fizikal dan emosi kesan daripada persekitaran pekerjaan (Maslach et al., 2001; Schaufeli & Enzman, 1998). Freudenberger (1983) menyatakan adalah sukar untuk mendefinisikan konsep kelesuan kerja dengan tepat. Sementara itu, Maslach et al. (2001) menganggap kelesuan kerja sebagai satu konsep yang tidak

2

Risalshah Latif & Zulkarnain Hatta

mempunyai definisi standard dan jelas. Walau bagaimanapun, ramai pengkaji menerima pakai definisi yang diberikan oleh Christina Maslach yang mengkategorikan kelesuan kerja kepada tiga komponen iaitu keletihan emosi (EE), bersikap sinis atau dipersonifikasikan (DP) dan berperasaan negatif ke atas pencapaian personel kerjanya (PA) (Farber, 1983, 1991, 2000).

Menurut Maslach (1978, 2001), EE adalah keadaan di mana pekerja kehilangan aspek-aspek perasaan yang positif, tiada perasaan simpati dan rasa hormat ke atas klien. EE turut dirujuk sebagai perasaan kelesuan, keletihan dan kehabisan tenaga (Maslach & Jackson, 1981a, 1981b, 1986; Maslach et al., 2001). Namun, Janssen et al. (1999) mentakrifkan EE sebagai perasaan overextended atau pekerja telah kehabisan sumber-sumber emosi.

Maslach & Jackson (1981a, 1981b, 1986) menjelaskan DP sebagai keadaan di mana berlakunya pengembangan sikap negatif dan sinis (cynical) pekerja ke atas kliennya. DP juga digambarkan sebagai cubaan pekerja menjarakkan diri secara aktif dari klien yang menerima perkhidmatannya serta mengabaikan kualiti perkhidmatannya (Maslach et al., 2001). Maslach & Leiter (1997) berpendapat, pekerja yang mengalami DP sering bersikap dingin, menjauhkan diri dari kerja dan orang lain dan menjadi tidak idealistik. Hal ini dilihat sebagai usaha pekerja mengelak dari mengalami keletihan dan kekecewaan kerana mereka merasakan lebih selamat menjadi berbeza, terutama jika mereka tidak dapat menjangka keputusan masa hadapan.

PA pula dirujuk kepada perasaan kemerosotan kepuasan diri pekerja. Mereka mengalami perasaan tidak efektif dan perasaan kekurangan yang mengakibatkan mereka berperasaan tidak berdaya (Maslach & Jackson, 1981a, 1981b, 1986). Namun, Pines (2002) menjelaskan PA sebagai kecenderungan pekerja menilai pencapaian mereka dengan cara yang negatif terutama dalam konteks hubungan mereka dengan klien. Pekerja yang mengalami rendah PA merasakan setiap tugasan baharu membingungkan, nasib tidak menyebelahi mereka, pekerjaan mereka tidak penting dan hilang keyakinan terhadap kemampuan diri dalam membuat keputusan dan perubahan (Maslach et al., 2001; Maslach & Leiter, 1997).

3

Perbandingan Kelesuan Kerja Dari Segi Demografi Personal Pekerja:Satu Kajian di Rumah Orang Tua di Sabah dan Sarawak

Permasalahan Kajian

Kajian berkenaan tekanan dan kelesuan kerja bagi pekerja perkhidmatan orang tua masih kurang. Menurut Cocco et al. (2003), meskipun terdapat bukti yang menunjukkan pekerja perkhidmatan untuk orang tua lebih terdedah kepada masalah kelesuan kerja, kajian dalam bidang ini masih lagi kurang dilakukan. Para pengkaji tentang kelesuan kerja seperti Poulin & Walter (1993) yang mengkaji kelompok pekerja sosial orang tua di Amerika Syarikat mendapati 26 peratus daripada mereka mengalami keletihan emosi yang tinggi dan 34 peratus mengalami keletihan emosi yang sederhana. Cocco et al. (2003) yang meneliti pekerja dan penjaga warga tua di pusat rawatan orang tua dan wad-wad geriatric di Switzerland juga mendapati mereka mengalami tekanan dan kelesuan kerja yang tinggi.

Ramai pekerja gembira bekerja setiap hari dan seronok dengan kerjanya tetapi ada juga yang mengalami perasaan yang amat negatif ke atas pekerjaannya dan satu cara untuk mengetahui mengapa ia negatif ialah melihat sendiri ke atas faktor kelesuan kerja (Siegall & McDonald, 2003). Kelesuan kerja memberi kesan ke atas motivasi, perasaan sensitif dan prestasi pekerja dan kesannya secara langsung menurunkan perasaan puas hati pekerja terhadap profesionnya (Cherniss, 1980). Kelesuan kerja mengakibatkan kualiti perkhidmatan terjejas, menjadi faktor berhenti kerja, ponteng, moral rendah, berkait dengan tekanan, peningkatan pengambilan alkohol dan ubat khayal dan menimbulkan konflik dan masalah perkahwinan dan keluarga (Maslach & Jackson, 1993; 1981b).

Pines (2002) menjelaskan bahawa kelesuan kerja boleh menyeksa pekerja dari segi fizikal, emosi dan mental serta meningkatkan kos operasi organisasi akibat pekerja sering ponteng, berhenti kerja, mengalami kemerosotan prestasi, melakukan vandalisme dan kurang komitmen terhadap organisasi. Terdapat pekerja yang mengalami tekanan dan kelesuan kerja mengambil alkohol, rokok, dadah, makanan atau tidur secara berlebihan bagi mengurangkan masalah tersebut (Feldman & Brett, 1983; Mandell & Schram, 2003). Sebahagian daripada mereka mengambil jalan mudah dengan cara menyalahkan orang lain atau memberi pelbagai alasan ke atas apa yang berlaku kepada diri mereka (Feldman & Brett, 1983).

4

Risalshah Latif & Zulkarnain Hatta

Kelesuan kerja bukan hanya memberi kesan negatif kepada pekerja tetapi juga organisasi, klien dan orang ramai. Maslach (1978) mendapati pekerja khidmat manusia yang mengalami kelesuan kerja lebih cenderung untuk bersikap kurang mengambil berat kebajikan klien; mengejek, mentertawa, melabel dengan gelaran yang hina dan mengancam klien; memperbesarkan perbezaan dirinya dengan klien; melihat klien sebagai tidak baik, tidak berkemampuan dan patut dipersalahkan. Pengkaji lain seperti Jayaratne & Chess (1984) menemui perkara yang hampir sama. Menurut mereka, kelesuan kerja menyebabkan kualiti perkhidmatan pekerja terhadap klien terjejas – hilang kepercayaan, melayan klien seperti objek, menghina klien, berkemungkinan menggunakan kekerasan fizikal, kurang meluangkan masa dengan klien, eye contact dan tidak mengambil berat kebajikan klien.

Kos yang ditanggung oleh sesebuah organisasi akibat tekanan dan kelesuan kerja kakitangan sangat tinggi. Schaufeli & Enzman (1998) mendapati kos yang ditanggung oleh organisasi di Amerika Syarikat akibat ponteng, kemerosotan produktiviti, perbelanjaan perubatan dan tuntutan ganti rugi pekerja mencecah $200 bilion setahun. Di United Kingdom, kos ini mencapai £5 bilion setahun, bersamaan 10 peratus Pendapatan Per kapita Dalam Negara Kasar. Kebanyakannya berpunca daripada masalah ponteng, ketidakhadiran bekerja dan gangguan mental. Pada tahun 1996, organisasi di Belanda dianggarkan kerugian sebanyak NLG50 bilion akibat tekanan dan kelesuan bekerja kakitangan.

Kelesuan kerja merupakan pengalaman yang sangat menyeksa pekerja (kesan negatif ke atas fizikal, emosi dan simptom mental) dan menuntut kos yang tinggi kepada organisasi (ponteng, tinggi kadar berhenti kerja, kemerosotan prestasi, vandalisme dan kurang komitmen kepada organisasi) dan ia juga merugikan masyarakat keseluruhannya (Pines, 2002). Fenomena kelesuan kerja merupakan ancaman yang bukan hanya mengancam pekerja yang mengalami kelesuan kerja tetapi turut menjejaskan organisasi serta klien yang datang mendapatkan pertolongan.

5

Perbandingan Kelesuan Kerja Dari Segi Demografi Personal Pekerja:Satu Kajian di Rumah Orang Tua di Sabah dan Sarawak

Sorotan Literatur

Banyak kajian lepas mendapati bahawa karakter personal pekerja mempunyai kaitan dengan kelesuan kerja yang mereka alami. Courage dan Williams (1987) mendapati karakter dan demografi individu seperti umur, jantina, status perkahwinan, status pendidikan, status keluarga, status sosioekonomi dan juga perbezaan kaum mempunyai hubungan yang signifikan ke atas kelesuan yang dialami oleh pekerja. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini hanya demografi umur, jantina, status perkahwinan dan status pendidikan yang diberi tumpuan.

Perbezaan kajian tentang kelesuan kerja menurut Pines (1997) dalam isu perbezaan jantina adalah berkontradiksi di mana ada kajian mendapati tiada perbezaan kelesuan kerja antara lelaki dan perempuan, ada kajian lain menunjukkan lelaki lebih mengalami kelesuan kerja manakala ada kajian lain pula mendapati wanita lebih mengalami kelesuan kerja. Situasi ini menunjukkan pengalaman kelesuan kerja di antara lelaki dan perempuan bercampur aduk dan keputusan ini menyokong pendapat Himle dan et al. (1987) yang mengatakan tiada corak yang konsisten tentang perbezaan kelesuan kerja berdasarkan jantina.

Dalam aspek umur, Maslach et al. (2001) dan Poulin dan Walter (1993) mengkategorikannya sebagai demografi paling konsisten berkait dengan kelesuan kerja iaitu mereka mendapati pekerja muda tinggi kelesuan kerjanya berbanding dengan pekerja yang tua. Maslach et al. (2001) mengaitkan umur dengan pengalaman di mana menurut mereka selalunya risiko kelesuan kerja merupakan pengalaman di tahun-tahun awal bekerja. Hubungan antara umur dan pengalaman juga boleh dilihat menerusi pandangan Corcoran (1987) yang menyatakan semakin bertambah umur pengamal (practitioners) dan pengalaman dalam bidang khidmat sosial, semakin kurang mereka mengalami keletihan emosi dan dipersonifikasikan. Schaufeli dan Enzman (1998) mengatakan hubungan antara pengalaman dengan kelesuan kerja adalah negatif di mana semakin berpengalaman seorang pekerja, maka semakin kurang risikonya untuk mengalami kelesuan kerja.

Status perkahwinan turut dikaitkan menyumbang ke atas kelesuan kerja di mana Maslach dan Jackson (1981b) mendapati pekerja khidmat sosial yang bujang atau telah bercerai dilaporkan lebih mengalami

6

Risalshah Latif & Zulkarnain Hatta

keletihan emosi berbanding dengan mereka yang mempunyai pasangan kelamin. Maslach (1982) menyenaraikan sebab golongan yang telah berkahwin kurang mengalami kelesuan; (1) mereka yang telah berkahwin selalunya lebih berumur, stabil dan matang dari segi psikologi, (2) perhubungan mereka dengan pasangan dan anak-anak membuat mereka lebih berpengalaman menangani masalah peribadi dan konflik emosi, (3) keluarga adalah sumber emosi dan bukannya ‘emotional drain.’ Perasaan kasih sayang dan sokongan keluarga membantu individu menangani permintaan-permintaan emosi di tempat kerja dan (4) pekerja yang berkeluarga mempunyai pandangan berbeza tentang pekerjaan mereka berbanding pekerja bujang. Mempunyai keluarga untuk ditanggung menyebabkan individu mengutamakan kerjanya sebagai jaminan kerja, pendapatan dan imbuhan berbanding pekerja bujang yang tidak terikat untuk bertukar pekerjaan.

Taraf pendidikan turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tekanan kerja dan kelesuan kerja di mana ada pendapat mengatakan mereka yang berpendidikan rendah lebih terdedah mengalami kelesuan kerja. Ada pula yang merumuskan individu yang berpendidikan tinggi lebih terdedah mengalami kelesuan kerja yang tinggi. Bagaimanapun, menurut Maslach et al. (2001), adalah agak sukar untuk menjelaskan penemuan seperti ini kerana aspek pendidikan terikat dengan faktor-faktor lain seperti jenis pekerjaan dan status pekerjaan.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kaedah tinjauan digunakan untuk melihat perbezaan di antara tiga komponen kelesuan kerja (EE, DP dan PA) dengan demografi personal pekerja di rumah orang tua di Sabah dan Sarawak merangkumi perbezaan jantina, umur, status perkahwinan dan tahap pendidikan. Satu set soal selidik MBI oleh Maslach (1983) dan soal selidik demografi diedarkan pada Januari 2005 kepada 96 responden. Daripada jumlah tersebut, 88 responden telah memberi maklum balas.

7

Perbandingan Kelesuan Kerja Dari Segi Demografi Personal Pekerja:Satu Kajian di Rumah Orang Tua di Sabah dan Sarawak

Sampel dan Pensampelan

Responden kajian ini merupakan pekerja khidmat sosial di rumah orang-orang tua di Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada pekerja pentadbiran, jururawat dan atendan rendah. Terdapat lima buah rumah orang tua yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Malaysia Timur; tiga di Sabah dan dua di Sarawak. Disebabkan populasi sampel yang kecil dan seragam, maka kaedah sampel bertujuan (purpose sampling) digunakan di mana Ary et al. (2002) menegaskan penggunaan kaedah sampel bertujuan melibatkan pemilihan kawasan-kawasan tertentu yang kecil dan mengambil kira keseluruhan populasi yang menjadi sasaran.

Alat Kajian

Instrumen utama yang digunakan di dalam kajian ini ialah Inventori Kelesuan Kerja Maslach (MBI, 1993) edisi kedua yang telah diterjemahkan back to back ke bahasa Melayu oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Instrumen MBI merupakan instrumen yang digunakan untuk mengukur tiga tahap kelesuan kerja iaitu EE, DP dan PA berpandukan ukuran skala Likert. Skor ukuran soal selidik MBI yang digunakan dalam kajian ini boleh dirujuk di Jadual 1. MBI merupakan instrumen kelesuan kerja paling popular di dunia di mana Schaufelli dan Enzmann (1998) mendapati 91 peratus disertasi tesis kedoktoran dari tahun 1976 hingga 1996 dalam Index Dissertation Abstract International menggunakan MBI sebagai soal selidik utama manakala penerbitan lain seperti jurnal mencecah 93 peratus.

Analisis Data

Untuk menganalisis data, pengkaji menggunakan pakej SPSS v 11.0. Data-data berkaitan dengan maklumat responden dianalisis dengan kaedah deskriptif dan frekuensi. Data MBI juga diukur menggunakan deskriptif dan frekuensi dan kemudian kategori EE, DP dan PA subjek dikategorikan kepada tahap rendah, sederhana dan tinggi berdasarkan kategori Maslach (1993) di Jadual 1. Analisis ANOVA dan ujian-t

8

Risalshah Latif & Zulkarnain Hatta

pula diguna untuk mengukur perbezaan demografi responden dengan pengalaman perbezaan EE, DP dan PA. Ujian-t digunakan untuk menguji pemboleh ubah jantina kerana sifat ujian-t yang menguji kewujudan perbezaan min satu pemboleh ubah bagi dua kumpulan pemboleh ubah yang tidak saling bergantungan, bersifat numerik dan interval. Ujian ANOVA pula digunakan ke atas pemboleh ubah umur, status pendidikan dan status perkahwinan kerana ANOVA digunakan untuk menghasilkan analisis satu hala untuk satu pemboleh ubah bersandar berdasarkan satu pemboleh ubah tidak bersandar (Mohd. Salleh & Zaidatun, 2001).

KEPUTUSAN KAJIAN

Maklumat Responden

Jadual 2 menunjukkan responden kajian terdiri dari 88 orang, perempuan seramai 45 (51.1 peratus) dan lelaki 43 (48.9 peratus). Pencapaian tertinggi akademik responden menunjukkan sebahagian besar berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan setaraf 41 (46.6 peratus) diikuti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf 18 (20.5 peratus), sekolah rendah 17 (19.3 peratus), diploma 8 (9.1 peratus) dan sijil dan setaraf (4.5 peratus). Status perkahwinan menunjukkan 74 (84.1 peratus) responden yang berkahwin, 9 (10.2 peratus) bujang dan 5 (5.7 peratus) duda dan janda. Sebahagian besar responden bekerja sebagai atendan rendah 59 (67 peratus) diikuti kakitangan pentadbiran 15 (17 peratus), jururawat 9 (10.2 peratus) dan ketua institusi 5 (5.7 peratus). Min umur keseluruhan responden ialah 43, sekali gus menunjukkan purata umur responden ialah 40-an.

Jadual 1 Skor EE, DP dan PA

Subskala MBI Jarak Pengalaman KelesuanRendah Sederhana Tinggi

EEDPPA

≤ 16≤ 6> 39

17 – 267 – 1238 – 32

≥ 27≥ 13≥ 31

Sumber: Manual Maslach Burnout Inventory, 1993

9

Perbandingan Kelesuan Kerja Dari Segi Demografi Personal Pekerja:Satu Kajian di Rumah Orang Tua di Sabah dan Sarawak

Jadual 2 Demografi responden.Demografi N Peratusan Sisihan

Piawaian Min Minimum Maksimum

Umur 88 100 7.60 43.36 23 54

Lelaki1. 43 48.9Perempuan2. 45 51.1

Pencapaian TertinggiSRK1. 17 19.3SRP dan Setaraf2. 41 46.6SPM dan Setaraf3. 18 20.5Sijil dan Setaraf4. 4 4.5Diploma5. 8 9.1

Status PerkahwinanBujang1. 9 10.2Berkahwin2. 74 84.1Duda/Janda3. 5 5.7

Jawatan di OrganisasiKetua Institusi1. 5 5.7Kakitangan Pentadbiran2. 15 17.0Jururawat3. 9 10.2Atendan rendah4. 59 67.0

Deskriptif Kelesuan Kerja EE, DP dan PABerdasarkan Jadual 3, min keseluruhan EE ialah 20.76 (SD = 9.61, julat nilai 0-54), min keseluruhan DP ialah 5.67 (SD = 4.37, julat nilai 0-30) dan min keseluruhan PA ialah 31.13 (SD = 6.79, julat nilai 0-48). Skor min ketiga-tiga komponen kelesuan kerja MBI ini menunjukkan pengalaman kelesuan kerja responden secara umumnya adalah sederhana.

Jadual 3 Ringkasan deskriptif MBI

MBI Julat Nilai Min Sisihan

Piawaian Minimum Maksimum

Keletihan Emosi (EE) 0-54 20.76 9.61 0.00 48.00Dipersonifikasikan (DP) 0-30 5.67 4.38 0.00 19.00Pencapaian Peribadi (PA) 0-48 31.12 6.79 6.00 44.00

10

Risalshah Latif & Zulkarnain Hatta

Kelesuan Kerja Mengikut Frekuensi

Dengan merujuk skor dari Jadual 1, Jadual 4 menunjukkan 29 responden mengalami keletihan emosi yang rendah, 30 sederhana dan 29 mengalami keletihan emosi yang tinggi. 32 responden mengalami DP yang rendah dan 56 subjek mengalami kelesuan yang sederhana dan tiada seorang pun mengalami DP yang tinggi. 24 responden mengalami rendah PA, 34 subjek sederhana PA dan 30 responden pula mengalami tinggi perasaan rendah PA. Keputusan ini menunjukkan secara keseluruhannya pengalaman kelesuan kerja responden kajian adalah sederhana kerana purata skor EE, DP dan PA berada di tahap sederhana.

Jadual 4 Frekuensi pengalaman kelesuan kerjaMBI Frekuensi PeratusKeletihan Emosi (EE)RendahSederhanaTinggiDipersonifikasikan (DP)RendahSederhanaPencapaian Personal (PA)RendahSederhanaTinggi

293029

3256

243430

33.034.133.0

36.463.6

27.338.634.1

Kelesuan Kerja Mengikut Jawatan

Jadual 5 menunjukkan responden di posisi atendan rendah paling mengalami kelesuan kerja berbanding dengan responden di posisi jururawat dan pentadbiran. Atendan rendah mencatatkan peratus kelesuan kerja yang tinggi untuk komponen EE dan PA berbanding jururawat dan pekerja pentadbiran. Jururawat pula catatkan peratus EE yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja pentadbiran. Pekerja pentadbiran didapati lebih tinggi peratus rendah kepuasan ke atas pencapaiannya (PA) berbanding jururawat. Tiada yang mencatatkan

11

Perbandingan Kelesuan Kerja Dari Segi Demografi Personal Pekerja:Satu Kajian di Rumah Orang Tua di Sabah dan Sarawak

tahap kelesuan yang tinggi untuk komponen DP dan semuanya berada di tahap rendah dan sederhana sahaja.

Jadual 5 Frekuensi pengalaman kelesuan kerja mengikut posisi pekerjaan

Jawatan N Kelesuan Kerja Jarak Pengalaman Kelesuan KerjaRendah (%) Sederhana (%) Tinggi (%)

Pentadbiran 20EE 7 (35%) 9 (45%) 3 (20%)DP 10 (50%) 10 (50%) -PA 5 (25%) 9 (45%) 6 (30%)

Jururawat 9EE 3 (33.3%) 3 (33.3%) 3 (33.3%)DP 4 (44%) 5 (56%) -PA 5 (56%) 2 (22%) 2 (22%)

Atendan Rendah 59EE 19 (32%) 18 (31%) 22 (37%)DP 18 (31%) 41 (69%) -PA 14 (24%) 23 (39%) 22 (37%)

ANALISIS DEMOGRAFI PERSONAL

Demografi Jantina

Berdasarkan Jadual 6, keputusan ujian-t menunjukkan min responden lelaki skala EE ialah 22.93 dan min responden perempuan 18.69. Perbezaan didapati signifikan pada aras 0.038* (p<0.05). Keputusan ini menunjukkan lelaki lebih mengalami EE berbanding perempuan. Skala DP menunjukkan skor min responden lelaki 6.77 dan responden perempuan 4.62 dan perbezaan signifikan pada aras 0.021* (p<0.05). Keputusan ini menunjukkan lelaki lebih mengalami DP berbanding perempuan. Didapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara responden lelaki dan perempuan, berdasarkan kepuasan ke atas pencapaian peribadi (PA). Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan kelesuan kerja berdasarkan perbezaan jantina di mana lelaki lebih mengalami EE dan DP berbanding perempuan manakala kepuasan ke atas pencapaian (PA) menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan. Dapatan ini menunjukkan responden lelaki lebih mengalami kelesuan kerja berbanding responden perempuan.

12

Risalshah Latif & Zulkarnain Hatta

Jadual 6 Ujian-t demografi jantina Pemboleh ubah Bebas

Pemboleh ubah Terikat Jantina N Min Sisihan

PiawaianSig. (hubungan

dua hala)

Jantina

EE Lelaki 43 22.93 8.52 .038*Perempuan 45 18.69 10.22

DP Lelaki 43 6.77 4.70 .021*Perempuan 45 4.62 3.81

PA Lelaki 43 30.93 7.26 .794Perempuan 45 31.31 6.40

Demografi Umur Jadual 7 menunjukkan hasil ujian ANOVA ke atas pemboleh ubah umur responden dan didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan berhubung perbezaan umur dengan pengalaman kelesuan kerja EE, DP dan PA. Berdasarkan keputusan ini, perbezaan umur responden tidak memberi kesan yang besar ke atas pengalaman kelesuan kerja mereka.

Jadual 7 Ujian ANOVA demografi umurPemboleh ubah Bebas

Pemboleh ubah Terikat Umur N Min Sisihan

PiawaianSig. (hubungan

dua hala)

Umur

EE

20-25 2 15.50 12.02

0.6226-30 5 22.80 7.8931-35 7 17.43 7.8536-40 8 23.50 6.8041-45 29 21.96 8.8646-50 18 17.94 10.8451-55 19 21.68 11.40

DP

20-25 2 5.00 2.83

0.5826-30 5 4.60 3.2131-35 7 5.57 4.5836-40 8 6.25 4.3341-45 29 6.65 4.6846-50 18 3.94 3.0251-55 19 5.95 5.28

PA

20-25 2 27.50 13.43

0.4626-30 5 26.40 7.6331-35 7 32.86 5.1436-40 8 31.00 7.6041-45 29 30.38 5.3746-50 18 31.11 8.9551-55 19 33.32 5.80

13

Perbandingan Kelesuan Kerja Dari Segi Demografi Personal Pekerja:Satu Kajian di Rumah Orang Tua di Sabah dan Sarawak

Demografi Status Perkahwinan Jadual 8 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan subskala kelesuan kerja EE, DP dan PA berdasarkan perbezaan status perkahwinan responden. Keputusan ini menunjukkan perbezaan status perkahwinan responden tidak memberi kesan yang besar dan signifikan ke atas kelesuan kerja mereka.

Jadual 8 Ujian ANOVA demografi status perkahwinanPemboleh ubah Bebas

Pemboleh ubah Terikat Status N Min Sisihan

PiawaianSig. (hubungan

dua hala)

Status Perkahwinan

EEBujang 9 20.44 10.08

0.94Berkahwin 74 20.89 9.49Duda/Janda 5 19.40 12.58

DPBujang 9 7.55 4.75

0.19Berkahwin 74 5.60 4.38Duda/Janda 5 3.20 2.59

PABujang 9 33.78 5.40

0.06Berkahwin 74 30.41 6.79Duda/Janda 5 36.80 6.30

Demografi Tahap Pendidikan

Berdasarkan Jadual 9, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pendidikan dengan kelesuan kerja EE dan DP tetapi terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbezaan pendidikan responden dengan PA iaitu pada aras .021* (p < 0.05). Didapati semakin tinggi pencapaian akademik responden, maka semakin tinggi juga tahap kepuasan mereka ke atas pencapaiannya. Responden di peringkat pencapaian akademik sijil dan diploma mencatatkan perasaan kepuasan yang tinggi ke atas pencapaian personalnya, manakala subjek di tahap SRK, SRP dan SPM didapati rendah perasaan kepuasan ke atas pencapaiannya. Keputusan ini menunjukkan semakin tinggi tahap pencapaian akademik responden, semakin tinggi juga tahap kepuasan personal (PA) mereka ke atas pencapaian dalam kerja.

14

Risalshah Latif & Zulkarnain Hatta

PERBINCANGAN

Perbezaan Jantina dan Kelesuan Kerja

Analisis data mendapati responden lelaki lebih mengalami keletihan emosi dan dipersonifikasikan berbanding dengan responden perempuan. Dalam komponen pencapaian peribadi pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan. Keputusan ini menunjukkan lelaki lebih mengalami kelesuan kerja berbanding perempuan. Analisis kajian ini nampaknya menyokong dapatan kajian oleh Maslach dan Jackson (1981b; 1986) dan Vrenderburgh et al. (1999) di mana mereka mendapati lelaki lebih mengalami kelesuan kerja. Aspek yang berbeza ialah kategori sahaja iaitu lelaki tinggi dipersonifikasikan dan perempuan mencapai tahap keletihan emosi yang tinggi. Dapatan ini menyokong Himle et al. (1987) yang mengatakan tiada corak yang konsisten tentang perbezaan kelesuan kerja berdasarkan jantina.

Jadual 9 Ujian ANOVA demografi pendidikanPemboleh ubah Bebas

Pemboleh ubah Terikat

Status Pendidikan N Min Sisihan

Piawaian T Sig. (hubungan dua hala)

Pencapaian Tertinggi Akademik

EE

SRK 15 21.82 12.79

20.26 .429*SRP 39 22.36 8.52*SPM 20 18.50 9.37Sijil 4 20.25 7.89

Diploma 8 16.62 7.98

DP

SRK 15 7.23 5.56

12.14 .427*SRP 39 5.38 4.04*SPM 20 5.40 4.12Sijil 4 3.00 3.16

Diploma 8 5.75 4.30

PA

SRK 15 31.65 4.95

42.97 .021**SRP 39 29.36 7.72*SPM 20 31.05 5.77Sijil 4 39.75 2.87

Diploma 8 34.50 5.15*SRK=Sekolah Rendah, *SRP= SRP dan Setaraf, *SPM =SPM dan Setaraf

15

Perbandingan Kelesuan Kerja Dari Segi Demografi Personal Pekerja:Satu Kajian di Rumah Orang Tua di Sabah dan Sarawak

Kajian ini tidak konsisten dengan kajian Smith dan Leng (2003), Evers, Tomic dan Brouwers (2001) Kop et al. (1999), Shaddock et al. (1998), Doyle dan Hind (1998) dan Himle et al. (1987) di mana keputusan kajian mereka mendapati tiada perbezaan kelesuan kerja antara lelaki dan perempuan. Penemuan Bargellini et al. (2000) berdasarkan kajian ke atas ahli psikiatri di Modena, Itali juga tidak konsisten dengan kajian ini di mana mereka mendapati tidak wujud perbezaan kelesuan kerja berdasarkan perbezaan jantina.

Perbandingan penemuan kajian ini dengan kajian-kajian lain sebelumnya merumuskan tidak ada satu paten yang boleh menyokong, sama ada wanita atau lelaki yang lebih mengalami kelesuan kerja. Sesetengah kajian mendapati wanita yang lebih mengalami kelesuan kerja, manakala kajian lain pula mendapati lelaki lebih mengalami kelesuan kerja dan hal ini menyokong dapatan Himlee et al. (1987) yang merumuskan tidak wujud paten konsisten tentang siapa yang lebih mengalami kelesuan kerja di antara lelaki dan perempuan. Perbezaan Umur dan Kelesuan Kerja

Walaupun Maslach et al. (2001) dan Poulin dan Walter (1993) mengatakan umur merupakan pemboleh ubah paling konsisten berkait dengan kelesuan kerja, kajian ini menunjukkan hal sebaliknya iaitu tidak terdapat perbezaan signifikan terhadap umur responden dengan pengalaman kelesuan kerja mereka. Penemuan kajian ini konsisten dengan kajian Smith dan Leng (2003), Evers et al. (2001) dan LeCroy dan Rank (1987) di mana mereka mendapati tiada perbezaan pengalaman kelesuan kerja berdasarkan perbezaan umur. Berdasarkan kajian Kop et al. (1999) ke atas anggota polis di Belanda turut mendapati tidak terdapat perbezaan kelesuan kerja berdasarkan perbezaan umur tetapi terdapat perbezaan dari segi tindak balas di mana polis lelaki yang lebih muda dan mengalami kelesuan kerja tinggi berisiko melakukan kekerasan ke atas orang awam berbanding rakan polis mereka yang lebih berumur.

Bagaimanapun, kajian ini tidak selari dengan Rafferty et al. (2001), Tuuli dan Karisalmi (1999), Corrigan et al. (1995) dan Maslach dan Jackson (1986; 1981a; 1981b) yang mendapati terdapat perbezaan

16

Risalshah Latif & Zulkarnain Hatta

pengalaman kelesuan kerja dengan perbezaan umur. Namun, Maslach dan Jackson (1981b; 1986) menjelaskan pengalaman kelesuan kerja lebih bersifat pengalaman yang sementara kerana pekerja muda biasanya mengalami masalah menyesuaikan diri dan bagaimana menangani tekanan di tahun-tahun awal mereka bekerja.

Pengkaji percaya keputusan kajian ini banyak dipengaruhi oleh faktor pengalaman dan kematangan responden kerana pecahan umur menunjukkan 66 peserta (75 peratus) berumur 40 tahun dan ke atas. Literatur kajian-kajian lepas banyak mencadangkan pekerja yang agak berumur lebih matang, tidak naif dan tidak terlalu menonjolkan diri terhadap klien berbanding pekerja lebih muda (Poulin & Walter, 1993). Semakin bertambah umur pekerja dan bertambah pengalaman dalam bidang khidmat sosial, semakin kurang mereka mengalami keletihan emosi dan dipersonifikasikan (Corcoran, 1987). Hal ini menunjukkan terdapatnya hubungan antara umur dan pengalaman (Schaufeli & Enzman, 1998). Kemungkinan, wujud responden yang lebih berumur memberi bantuan teknikal dan sokongan sosial kepada peserta yang lebih muda dan bantuan ini dilihat berupaya meredakan kesan kelesuan kerja dalam kalangan responden yang lebih muda.

Perbezaan Status Perkahwinan dan Kelesuan Kerja

Penemuan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan terhadap status perkahwinan responden dengan pengalaman kelesuan kerja mereka. Walaupun Maslach dan Jackson (1981b) menyatakan pekerja yang bujang, duda dan janda sering dikaitkan lebih mengalami kelesuan kerja yang tinggi berbanding pekerja yang berkahwin, tetapi keputusan kajian ini mendapati tiada perbezaan pengalaman kelesuan kerja EE, DP dan PA berdasarkan perbezaan status perkahwinan.

Kajian ini nampaknya konsisten dengan kajian yang dilakukan oleh Smith dan Leng (2003) dan Lingard (2002) yang mendapati tiada hubungan kelesuan kerja dengan status perkahwinan. Penemuan Vrendburgh et al. (1999) berdasarkan kajiannya ke atas kaunselor psikologi di Amerika Syarikat juga konsisten dengan kajian ini di mana mereka mendapati status perkahwinan tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan perbezaan kelesuan kerja responden kajiannya.

17

Perbandingan Kelesuan Kerja Dari Segi Demografi Personal Pekerja:Satu Kajian di Rumah Orang Tua di Sabah dan Sarawak

Bagaimanapun, dapatan Bergellini et al. (2000) tidak konsisten dengan kajian ini di mana mereka mendapati pekerja wanita bujang lebih tinggi keletihan emosinya berbanding dengan rakan mereka yang telah berkahwin. Penemuan kajian ini juga tidak konsisten dengan Maslach dan Jackson (1986; 1981b) di mana mereka mendapati status perkahwinan berhubung dengan keletihan emosi, iaitu individu yang solo atau bercerai mencatatkan skor yang tinggi pengalaman keletihan emosi berbanding dengan individu yang berkahwin. Keputusan kajian Ross et al. (1989) juga tidak konsisten dengan kajian ini di mana mereka pula mendapati pekerja yang telah berkahwin tinggi keletihan emosinya.

Keputusan kajian ini boleh dianggap dipengaruhi oleh pecahan saiz populasi yang tidak seimbang di mana didapati 84 peratus peserta telah berkahwin dan hanya 16 peratus yang bujang, duda dan janda (rujuk Jadual 2). Selain itu, walaupun banyak pendapat mengatakan kelesuan kerja sering dialami oleh pekerja yang belum berkahwin tetapi peserta yang bujang, janda dan duda di dalam kajian ini didapati tidak menunjukkan perbezaan kelesuan kerja dengan peserta yang berkahwin. Perbezaan Status Pendidikan dan Kelesuan Kerja

Penemuan kajian mendapati terdapat perbezaan terhadap pengalaman kelesuan kerja responden berdasarkan perbezaan status pendidikannya. Status pendidikan responden signifikan berhubung dengan perbezaan tahap PA tetapi tidak ada perbezaan yang signifikan dengan EE dan DP. Responden yang rendah tahap pendidikannya didapati berperasaan rendah kepuasan ke atas pencapaian peribadinya, berbanding dengan responden yang lebih tinggi tahap pendidikannya. Keputusan ini menunjukkan responden yang rendah pendidikannya lebih mengalami kelesuan kerja berbanding dengan responden yang lebih tinggi pendidikannya.

Dapatan ini konsisten dengan kajian yang dilakukan oleh Tuuli dan Karisalmi (1999), Corrigan et al. (1995) dan Maslach dan Jackson (1986; 1981b) yang mendapati pekerja yang rendah pendidikannya mempamerkan lebih simptom kelesuan kerja berbanding dengan pekerja yang tinggi pendidikannya. Kajian ini juga konsisten dengan kajian Cocco et al. (2003) berdasarkan kajian ke atas jururawat di Switzerland dan Itali di mana mereka mendapati jururawat yang tidak

18

Risalshah Latif & Zulkarnain Hatta

mempunyai latihan profesional, menunjukkan lebih tinggi kelesuan kerja dan rendah kepuasan ke atas pencapaiannya berbanding dengan jururawat yang mempunyai latihan profesional.

Kajian ini tidak konsisten dengan kajian Schulz et al. (1995) di mana mereka mendapati semakin tinggi tahap pendidikan peserta, maka semakin tinggi juga tahap kelesuannya. Schulz et al. (1995) merumuskan keadaan ini berlaku kerana individu yang tinggi pendidikannya selalunya adalah pekerja profesional yang mempunyai tanggungjawab besar, meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi dan hal ini mendedahkannya kepada kelesuan kerja. Kajian ini juga tidak konsisten dengan penemuan Smith dan Leng (2003) berdasarkan kajian ke atas guru di Singapura di mana mereka mendapati tiada perbezaan kelesuan kerja berdasarkan perbezaan status pendidikan guru.

Menurut Maslach et al. (2001), kebarangkalian menyatakan pekerja yang rendah pendidikannya lebih mengalami kelesuan disebabkan status dan jenis pekerjaan adalah berkait dengan tahap pendidikan. Sebahagian besar responden kajian ini berpendidikan SRK, SRP dan SPM dan berperasaan rendah kepuasan ke atas pencapaiannya bertugas sebagai atendan rendah dan juga berpendapatan rendah. Sementara itu, responden berpendidikan sijil dan diploma dan setaraf yang tinggi kepuasan ke atas pencapaiannya sebahagian besar berada di posisi pentadbiran dan kejururawatan dan berpendapatan tinggi. Hal ini bersesuaian dengan penemuan oleh LeCroy dan Rank (1987) yang mendapati semakin tinggi pendapatan pekerja sosial, semakin rendah juga kelesuan kerjanya manakala Tuuli dan Karisalmi (1999) pula mendapati pekerja yang rendah pendidikan dan merasa pendapatannya rendah mempamerkan simptom kelesuan yang lebih tinggi berbanding pekerja yang tinggi pendidikannya.

RUMUSAN KAJIAN

Agak sukar untuk membuat satu keputusan yang konsisten berkenaan pengalaman kelesuan kerja dengan demografi personal. Hal ini demikian kerana tiada dapatan yang konsisten dalam mana-mana kajian sebelum ini. Ada kajian menunjukkan terdapat perhubungan dan ada juga kajian yang menunjukkan dapatan sebaliknya. Keputusan kajian

19

Perbandingan Kelesuan Kerja Dari Segi Demografi Personal Pekerja:Satu Kajian di Rumah Orang Tua di Sabah dan Sarawak

ini menunjukkan hanya perbezaan demografi jantina responden dan perbezaan tahap pendidikan responden yang menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan satu komponen kelesuan kerja, iaitu demografi jantina dengan DP dan tahap pendidikan dengan PA.

CADANGAN KAJIAN MASA DEPAN

Kajian lanjut ke atas pekerja khidmat sosial di rumah orang tua perlu dilakukan dengan meluaskan lagi skop misalnya melihat faktor-faktor yang membawa kepada kelesuan kerja seperti beban kerja, konflik peranan, kekaburan peranan dan lain-lain lagi. Selain itu, kajian berkenaan kelesuan kerja pada masa depan juga dicadangkan agar turut memperkembangkan skop dengan turut melibatkan orang-orang di sekeliling pekerja khidmat sosial seperti hubungan mereka dengan rakan kerja dan atasan, klien, kualiti perkhidmatan serta hubungannya dengan ahli keluarga.

RUJUKAN

Ary, D., Jacobs, L.C, & Razavieh, A. 2002. Introduction to research in education (6th ed.). 10 Davis Drive, Belmo: Wadsworth/Thomson Learning.

Bergellini, A. et al. 2000. Relation between immune variables and burnout in a sample of psysicians. Occup. Environ Med. 57: 453-457.

Cherniss, C. 1980. Professional burnout in human services organization. Praeger: New York.

Cocco, E., Gatti M., Lima, C. A., & Camus, V. 2003. A comparative study of stress and burnout among staff caregivers in nursing home and acute geriatric wards. International Journal of Geriatric Psychiatry. 18: 78-85.

Corcoran, K. 1987.The association of burnout and social work practitioners’ impressions of their clients. In Gillespie, D.S. (eds). Burnout among social work.The Haworth Press. Pp. 57-64.

Corrigan P.W., Holmes E.P., & Luchins D. 1995. Burnout and collegial support in state psychiatric hospital staff. Journal of Clinical Osychology. Vol. 51, No. 5: 703- 710.

Courage, M.M. & Williams, D.D. 1987. An approach to the study of burnout in professional care providers in human service organizations. In Gillespie, D.F. (eds.), Burnout among social workers. The Haworth Press. pp. 7-19.

20

Risalshah Latif & Zulkarnain Hatta

Doyle C., & Hind P. 1998. Occupational stress, burnout and job status,in female academics. Gender, Work and Organization. Vol. 5, No. 2: 67-82.

Evers, W., Tomic, W., & Brouwers, A. 2003. Aggressive behaviour and burnout among staff of homes for the elderly. International Journal of Mental Health Nursing. 11: 2-9.

Farber, B.A. 1983. Introduction: A critical perspective on burnout. In Farber, B.A. (eds.), Stress and burnout in the human service professions. Pergamon Press. New York. pp. 1-20.

Farber, B.A. 1991. Crisis in education: Stress and burnout in the American teachers. San Francisco, California: Josess-Bass,Inc

Farber, B.A. 2000. Introduction: Understanding and treating burnout in a changing culture. Journal of Clinical Psychology. Vol. 56 (5): 589-594.

Feldman, D.C., & Brett, J.M. 1983. Coping with new jobs: A comparative study of new hire and job changers. Academic of Management Journal. Vol. 26 No. 2: 258-272.

Freudenberger, H.J. 1983. Burnout: Contemporary issue, trends and concern. In Farber, B.A. (eds.). Stress and burnout in human service professional. Pergamon Press Inc. New York. pp. 23-28.

Himlee, D.P., Jayaratne, S.D., & Chess, W.A. 1987. Gender differences in work stress among clinical social work. In Gillespie, D. F. (eds.). Burnout among social workers. The Haworth press. pp. 41-56.

Janssen, P.P.M., Schaufeli, W., & Houkes, I. 1999. Work-related and individual determinants of the three burnout dimension. Work and Stress. Vol. 13 No. 1: 74-86.

Jayaratne,S. & Chess, W.A 1984. Job satisfaction, burnout and turnover: A national study. National Association of Social Worker. 448-455.

Kop, N., Euwema, M., & Schaufeli, W. 1999. Burnout, job stress and violent behaviour among Dutch police officers. Work & Stress. No. 4 Vol. 13, 326-340.

LeCroy, C.W. & Rank, M.R. 1987. Factors associated with burnout in the social services: An exploratory study. In Gillespie, D. F. (eds.). Burnout among social workers. The Haworth Press. pp. 23-40.

Lingard, H. 2003. The impact of indivdual and job characteristics on burnout among civil engineers in Australia and the implications for employee turnover. Construction Management and Economics. 21: 69-80.

Mandel, B. R., & Schram, B. 2003. An introduction to human services: Policy and practice. Pearson Education, Arlington Street, Boston.

Maslach, C. 1978. Job burnout: How people cope. Public Welfare. 36: 56-58. Maslach, C., & Jackson, S.E. 1981a. The measurement of experienced burnout.

Journal of Occupational Behavior. 2(2): 99-113. Maslach, C., & Jackson, S.E. 1981b. Burnout in organizational setting. Journal of

Occupational Behavior. 5(2): 133-153.

21

Perbandingan Kelesuan Kerja Dari Segi Demografi Personal Pekerja:Satu Kajian di Rumah Orang Tua di Sabah dan Sarawak

Maslach, C., & Jackson, S.E. 1993. The Maslach burnout inventory manual (2nd ed.). Palo Alto, CA: Consulting Psychologist Press.

Maslach, C., & Leiter, M.P. 1997. The truth about burnout: How organization cause personal stress and what to do about it. San Francisco: Jossey-Bass Publisher.

Maslach, C., Schaufeli, W. & Leiter, P. 2001 Job Burnout. Annual Reviews Psychology. 52: 397-422.

Mohd. Salleh Abu & Zaidatun Tasir. 2001. Analisis data berkomputer spss 10.0 untuk Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Pines, A. M. 1997. Why are Israelis less burned out? European Psychologist. Vol. 9 No. 2: 69-77.

Pines, A. M. 2002. The changing psychological contract at work and employee burnout. Journal of Health and Human Services Administration. pp. 11-32.

Poulin, J. & Walter, C. 1993. Burnout in gerontological social work. Journal of Social Work. Vol. 38 Issue 3: 305-310.

Rafferty, Y., Friend, R. & Landsbergis, P.A. 2001. The association between job skill discretion, decision and burnout. Work & Stress. Vol. 15 No. 1: 73-85.

Ross, R.R., Altmaie, E.M., & Russell, D.W. 1989. Job stress, social support, and burnout among counseling center staff. Journal of Counseling Psychology. Vol. 36 No. 4: 464-470.

Schaufeli, W., & Enzmann, D. 1998. The burnout companion to study and practice: a critical analysis. UK: Taylor & Francis Ltd.

Schultz R., Greenley J.R., & Brown R. 1995. Organization, management, and client effects on staff burnout. Journal of Health and Social Behavior. Vol. 36 No. 4: 333-345.

Shhadock A. J., Hill M., & van Limbeek, C. A. H. 1998. Faktor associated ith burnout in workers in residential facilities for people with an intelectual disability. Journal of Intellectual & Development Disability. Vol. 23 No 4: 309-318.

Smith, D., & Leng, G.W. 2003. Preavalence and source of burnout in Singapore secondary school physical education teachers. Journal of Teaching Physical Education. 22: 203-218.

Siegall, M. & McDonald, T. 200. Person- organization value congruence, burnout and diversion of resources. Personnel Review. Vol. 33 No 3. California State University, Chico, USA.

Tuuli, P. & Karisalmi S. 1999. Impact of working life quality on burnout. Experimental Aging Research. Vol. 25: 441-449.

Vrenderburgh L.D., Carlozzi A.F., & Stein, L.B. 1999. Burnout in counseling psychologist: type of practice setting and pertinent demografics. Counseling Psychology Quarterly. Vol. 12, No. 3: 293-302.