tugas pustakawan bukan sekadar merekodkan pinjaman buku · tegas nor edzan: "tugas pustakawan...

3
10/2612015 Blis I library INews larchives I malaysia news TUGAS PUSTAKAWAN BUKAN SEKADAR MEREKODKAN PINJAMAN BUKU Date: 13-09-2015 Author: Sarimah Othman I SO HS PUSTAKAWAN-RELEVAN (FOKUS BERITA) KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Selain merekod pinjaman dan pemulangan buku, seseorang pustakawan juga bertanggungjawab untuk memilih, memesan, menyusun, mengklasifikasi dan mengindeks bahan-bahan penerbitan khususnya buku. Kamus Dewan mentafsirkan pustakawan sebagai orang yang mempunyai pengetahuan tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan. Perpustakaan pula ditafsir sebagai bangunan atau tempat mengumpul bahan-bahan bacaan. Justeru, dalam era globalisasi yang menyaksikan teknologi maklumat (IT) dan komunikasi berada di hujung jari , masih relevankah kerjaya pustakawan? Perlukah ada perpustakaan konvensional sedangkan sudah terdapat pelbagai 'pusat' rujukan maya? Persoalan sedemikian pernah dibangkitkan, kata Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) Dr Nor Edzan (he Nasir. Menegaskan bahawa peranan pustakawan bukan sahaja masih relevan, tanggungjawab mereka sebenarnya lebih luas sehingga melangkaui ruang litup sesebuah bangunan perpustakaan. "Tidak dinafikan bahawa ledakan teknologi telah membawa perubahan dalam medium maklumat disampaikan. Kebanyakannya boleh dicapai secara elektronik dan perpustakaan juga banyak melanggan pangkalan-pangkalan data secara dalam talian yang boleh diakses di mana-mana saja. "Asalkan ada talian perkhidmatan Internet yang baik, segalanya boleh diakses," katanya. UBAH PERANAN Beliau memberi contoh para penuntut di universiti-universiti yang kini tidak perlu lagi menghabiskan masa di perpustakaan, tetapi masih boleh mendapatkan pelbagai maklumat sama ada ketika di asrama, dewan syarahan, kafe, malahan ketika pulang ke kampung atau di mana saja. "Boleh dikatakan semua universiti mempunyai pangkalan-pangkalan data tentang jurnal, buku elektronik dan bermacam-macam rujukan akademik yang dengan mudah boleh diakses di mana sahaja mereka berada, kat Nor Edzan, yang merupakan Ketua Pustakawan Universiti Malaya. Namun, tidak bermakna peranan pustakawan tidak diperlukan atau tidak penting lagi berikutan pelbagai kemudahan IT pada masa ini, sebaliknya berubah mengikut peredaran masa. Tegas Nor Edzan: "Tugas pustakawan bukan sekadar merekodkan pinjaman buku atau order buku sahaja." Hakikatnya tugas pustakawan yang khusus merangkumi pelbagai urusan berkaitan ilmu dan buku akan tetap relevan selagi ada keperluan perpustakaan dalam bidang-bidang pendidikan. . Selagi ada maklumat, peranan pustakawan itu penting walaupun bentuk maklumat kini boleh diperoleh menerusi pelbagai medium. Mungkin dulu, tugas pustakawan hanya duduk menunggu orang untuk meminjam buku selain menjaga beberapa rekod dan menguruskan perpustakaan. Ketika itu pustakawan adalah intermediary, yang berada di antara maklumat dan pengguna, tetapi pada masa kini di mana maklumat boleh bypass dan sampai terus kepada pengguna, pustakawan hendaklah ubah peranannya. Semua pengguna Internet, tegas beliau, hendaklah mengetahui bahawa walaupun banyak maklumat boleh diperoleh dengan mudah, terdapat yang sahih dan ada juga palsu, yang sedemikian mereka perlu tahu membezakannya. TURUN PADANG "Justeru itu, pustakawan mestilah proaktif, bertindak sebagai pembantu kepada pengguna. Tugas pustakawan kini antara lain termasuk mengajar. Kelas berjadual diatur di universiti-universiti untuk mengajar penuntut dan para pengguna mengenai cara mencari maklumat yang betul daripada sumber yang sahih," data:texUhtml;charsel=utf-8,%3Ctable%20slyle%3D%22font-family%3A%20verdana%2C%20arial%2C%20sans-serif%3B%20Ietter-spacing%3A%20nor... 1/3

Upload: others

Post on 04-Dec-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGAS PUSTAKAWAN BUKAN SEKADAR MEREKODKAN PINJAMAN BUKU · Tegas Nor Edzan: "Tugas pustakawan bukan sekadar merekodkan pinjaman buku atau order buku sahaja." Hakikatnya tugas pustakawan

10/2612015 Blis I library INews larchives I malaysia news

TUGAS PUSTAKAWAN BUKAN SEKADAR MEREKODKAN PINJAMAN BUKU

Date: 13-09-2015Author: Sarimah Othman I SO HS

PUSTAKAWAN-RELEVAN (FOKUS BERITA)

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Selain merekod pinjaman dan pemulanganbuku, seseorang pustakawan juga bertanggungjawab untuk memilih, memesan,menyusun, mengklasifikasi dan mengindeks bahan-bahan penerbitan khususnya buku.

Kamus Dewan mentafsirkan pustakawan sebagai orang yang mempunyai pengetahuantentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan. Perpustakaanpula ditafsir sebagai bangunan atau tempat mengumpul bahan-bahan bacaan.

Justeru, dalam era globalisasi yang menyaksikan teknologi maklumat (IT) dankomunikasi berada di hujung jari , masih relevankah kerjaya pustakawan?Perlukah ada perpustakaan konvensional sedangkan sudah terdapat pelbagai 'pusat'rujukan maya?

Persoalan sedemikian pernah dibangkitkan, kata Presiden Persatuan PustakawanMalaysia (PPM) Dr Nor Edzan (he Nasir.

Menegaskan bahawa peranan pustakawan bukan sahaja masih relevan,tanggungjawab mereka sebenarnya lebih luas sehingga melangkaui ruang litupsesebuah bangunan perpustakaan.

"Tidak dinafikan bahawa ledakan teknologi telah membawa perubahan dalammedium maklumat disampaikan. Kebanyakannya boleh dicapai secara elektronik danperpustakaan juga banyak melanggan pangkalan-pangkalan data secara dalam talianyang boleh diakses di mana-mana saja.

"Asalkan ada talian perkhidmatan Internet yang baik, segalanya bolehdiakses," katanya.

UBAH PERANAN

Beliau memberi contoh para penuntut di universiti-universiti yang kini tidakperlu lagi menghabiskan masa di perpustakaan, tetapi masih boleh mendapatkanpelbagai maklumat sama ada ketika di asrama, dewan syarahan, kafe, malahanketika pulang ke kampung atau di mana saja.

"Boleh dikatakan semua universiti mempunyai pangkalan-pangkalan data tentangjurnal, buku elektronik dan bermacam-macam rujukan akademik yang dengan mudahboleh diakses di mana sahaja mereka berada, kat Nor Edzan, yang merupakan KetuaPustakawan Universiti Malaya.

Namun, tidak bermakna peranan pustakawan tidak diperlukan atau tidak pentinglagi berikutan pelbagai kemudahan IT pada masa ini, sebaliknya berubah mengikutpereda ran masa.

Tegas Nor Edzan: "Tugas pustakawan bukan sekadar merekodkan pinjaman bukuatau order buku sahaja."

Hakikatnya tugas pustakawan yang khusus merangkumi pelbagai urusan berkaitanilmu dan buku akan tetap relevan selagi ada keperluan perpustakaan dalambidang-bidang pendidikan. .

Selagi ada maklumat, peranan pustakawan itu penting walaupun bentuk maklumatkini boleh diperoleh menerusi pelbagai medium.

Mungkin dulu, tugas pustakawan hanya duduk menunggu orang untuk meminjambuku selain menjaga beberapa rekod dan menguruskan perpustakaan. Ketika itupustakawan adalah intermediary, yang berada di antara maklumat dan pengguna,tetapi pada masa kini di mana maklumat boleh bypass dan sampai terus kepadapengguna, pustakawan hendaklah ubah peranannya.

Semua pengguna Internet, tegas beliau, hendaklah mengetahui bahawa walaupunbanyak maklumat boleh diperoleh dengan mudah, terdapat yang sahih dan ada jugapalsu, yang sedemikian mereka perlu tahu membezakannya.

TURUN PADANG

"Justeru itu, pustakawan mestilah proaktif, bertindak sebagai pembantukepada pengguna. Tugas pustakawan kini antara lain termasuk mengajar. Kelasberjadual diatur di universiti-universiti untuk mengajar penuntut dan parapengguna mengenai cara mencari maklumat yang betul daripada sumber yang sahih,"

data:texUhtml;charsel=utf-8,%3Ctable%20slyle%3D%22font-family%3A%20verdana%2C%20arial%2C%20sans-serif%3B%20Ietter-spacing%3A%20nor... 1/3

Page 2: TUGAS PUSTAKAWAN BUKAN SEKADAR MEREKODKAN PINJAMAN BUKU · Tegas Nor Edzan: "Tugas pustakawan bukan sekadar merekodkan pinjaman buku atau order buku sahaja." Hakikatnya tugas pustakawan
Page 3: TUGAS PUSTAKAWAN BUKAN SEKADAR MEREKODKAN PINJAMAN BUKU · Tegas Nor Edzan: "Tugas pustakawan bukan sekadar merekodkan pinjaman buku atau order buku sahaja." Hakikatnya tugas pustakawan