4. instrumen pengumpulan data

Upload: vanitha-vani-chandran

Post on 08-Mar-2016

35 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ன்ஹ்ஜ்ஹ்

TRANSCRIPT

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA

1) PEMERHATIAN

Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya telah melakukan pemerhatian terhadap beberapa aspek. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap fungsi dan kepentingan pihak pengurusan sekolah terhadap pentadbiran sekolah tersebut. Saya juga telah melakukan pemerhatian terhadap hubungan antara guru dengan guru, murid dengan murid dan juga murid dengan guru. Aspek lain yang telah saya lakukan pemerhatian ialah kesan persekitaran sekolah yang baik terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial murid-murid tersebut. Selain itu, kesan kemudahan sekolah yang lengkap terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Malah saya turut membuat pemerhatian terhadap prasarana yang terdapat di sekolah tersebut seperti kantin, makmal komputer, pusat sumber, padang, dewan dan sebagainya. Melalui pemerhatian ini, saya dapat lihat bahawa sekolah ini tidak mempunyai padang kerana tidak mempunyai tapak bagi padang. Oleh yang demikian, sekolah ini terpaksa berkongsi padang dengan sekolah sebelah yakni SK SRI SELAMA. Gambar diambil sebagai bukti saya menjalankan pemerhatian di sekolah. Melalui pemerhatian juga, saya dapat memperolehi jawapan untuk beberapa soalan yang berkait rapat dengan tugasan saya tentang :

a) Prasarana sekolahb) Mural dan kata-kata hikmahc) Nilai-nilai murni yang diamalkan oleh muridd) Kebersihan kawasan sekolahe) Keceriaan sekolahf) Kebersihan pakaian warga sekolahg) Tingkah lakuh) Disiplini) Perlaksanaan tugas dan tanggungjawabj) Hormat-menghormatik) Sikap Bekerjasamal) Ketepatan masam) Tanggungjawab terhadap harta benda sekolahn) Pergaulan sosial guru-guru

2) SENARAI SEMAK

Di dalam kertas tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah diberikan oleh pensyarah terdapat senarai semak yang mengandungi beberapa aspek yang perlu dititikberatkan semasa saya menjalani PBS. Senarai semak ini memberikan sedikit sebanyak penjelasan dan panduan kepada saya mengenai perkara-perkara yang perlu saya lakukan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Melalui senarai semak yang telah diberikan oleh pensyarah saya telah membuat senarai semak saya sendiri mengikut jadual aktiviti yang telah saya buat sebelum melakukan PBS. Senarai semak ini penting bagi memastikan tiada perkara penting tertinggal untuk dimuatkan dalam portfolio nanti. Sedikit kecuaian akan menjejaskan hasil tugasan yang bakal disiapkan dan kemungkinan tugasan tidak tersusun dengan baik. Antaraya ialah:

LAMPIRAN 1-3PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHSENARAI SEMAK PENYEDIAAN PORTFOLIOBilTajukItemTandakan

1Biodata (ditulis dalam helaian berasingan)1.1) Nama

1.2) No. Kad Pengenalan

1.3) Major dan Ambilan

1.4) Tarikh PBS

1.5) Gambar

2Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1)2.1) Penyataan sebelum PBS

2.2) Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus

3Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (yang mana sesuai mengikut keperluan)3.1) Pemerhatian

3.2) Senarai semak

3.3) Temu bual

3.4) Soal selidik

4Kolaborasi (Lampiran 1-4)4.1) Perbincangan dengan pengurusan sekolah

4.2) Perbincangan dengan mentor

4.3) Perbincangan dengan guru-guru lain

4.4) Perbincangan dengan kakitangan sekolah

4.5) Interaksi dengan murid

5Ilmu/Pengetahuan Baru Melalui5.1) Pemerhatian

5.2) Senarai Semak

5.3) Temu bual

6Refleksi (Lampiran 1-6)6.1) Aktiviti

6.2) Perbincangan/Interaksi

7Laporan Akhir

Ulasan Pensyarah: ____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Tandatangan _________________Nama ___________________________Tarikh _______

1

16

SENARAI SEMAK CIRI CIRI PERSEKITARAN SEKOLAH

BAHAGIAN A: Keadaan Sekolah 12345

1. Aspek kebersihana) Bilik darjahb) Tandasc) Kantind) Kawasan sekolahe) Pakaian murid

2. Aspek keselamatana) Mematuhi peraturan lalu lintasb) Latihan keselamatanc) Tugas guru keselamatand) Peti kecemasane) Alat pemadam api

3. Aspek penggunaan kemudahana) Alat pandang dengarb) Air c) Lampu dan kipas

4. Aspek keselesaan a) Keadaan kerusi meja muridb) Kesesuaian kerusi meja muridc) Ruang bilik darjahd) Cahayae) Pendengaran udaraf) Ketenteraman persekitaran

5. Aspek keindahana) Pepohon dan pokok bungab) Perhiasaan ( kata kata hikmah dan mural )

PETUNJUK :1. Tidak memuaskan langsung2. Tidak memuaskan3. Sederhana 4. Memuaskan5. Sangat memuaskan

3) TEMU BUALTemubual yang dibuat amat penting bagi mendapatkan ilmu dan pengetahuan baru bagi meyiapkan tugasan yang hendak dibuat. Temubual dilaksanakan mengikut kehendak soalan yang telah diberikan. Semasa saya menjalankan PBS saya telah menjalankan sesi temu bual bersama Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Kanan Kokurikulum mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah. Saya juga telah melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan para guru bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan murid-murid dan keperluan mereka dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu, saya juga bertanya mengenai teknik pengajaran berkesan yang boleh dilakukan semasa sedang melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut subjek-subjek tertentu. Tambahan lagi, saya turut melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan pihak pengurusan kantin berkaitan dengan penetapan harga makanan dan juga carta aliran kendiri kantin sekolah. Ini kerana pihak pengurusan kantin akan membuat laporan harian pemeriksaan kendiri kantin. Terdapat beberapa kriteria yang diambil kira dalam laporan ini. Saya turut menemuramah pihak pengurusan kantin mengenai RMT. Malah,saya telah menemu bual beberapa staf sokongan sekolah mengenai kepentingan tugas mereka kepada sistem pengurusan sekolah tersebut. Namun, terdapat tambahan kepada apa yang telah disenaraikan. Berikut adalah perancangan temubual yang hendak dilakukan dan dengan siapa temubual hendak dijalankan. Guru Besar Guru Penolong Kanan 1 Guru Penolong Hal Ehwal Murid Guru Penyelaras Kokurikulum Mentor Guru-guru Sekolah Murid-murid

TEMU BUAL BERSAMA PENGURUS SEKOLAHSoalan soalan yang ditujukan kepada Guru Besar

Nama :Umur :Tempat Asal :Kelayakan Akademik :Tahun mula berkhidmat

1. Boleh cikgu berikan nama penuh cikgu ?2. Bilakah cikgu mula berkhidmat sebagai guru dan dan yang manakah sekolah pertama cikgu mulai mengajar ?3. Apakah pandangan puan tentang sistem pengurusan di sekolah ini ?4. Adakah kerjasama penuh boleh dilihat dalam organisasi sekolah ini?5. Berapa kerap guru besar bermesyuarat dengan para guru sekalian ?6. Apakah pandangan tuan tentang perkembangan kanak-kanak ?7. Bagaimanakah dengan nilai bekerjasama dikalangan guru guru sekalian ?8. Nilaikan komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar di sekolah ini ?9. Nyatakan tanggungjawab seorang guru besar dalam melahirkan kanak-kanak yang sihat dari segi fizikal dan mental?10. Peranan guru besar dalam membawa sekolah ini ke arah sekolah cemerlang ?11. Apakah sumbangan tuan di sekolah ini ?12. Nyatakan perubahan yang berlaku di sekolah ini selepas tuan menjadi guru besar di sini?13. Apakah aktiviti yang dijalankan berkaitan dengan perkembangan kognitif pelajar?

TEMU BUAL BERSAMA GURU PENOLONG KANAN 1Soalan yang diajukan kepada GPK 1Nama :Umur :Tempat Asal :Kelayakan Akademik :Tahun mula berkhidmat

1. Apakah peranan anda di sekolah ?2. Adakah tahap murid tahun 1 meningkat pada tahun ini?3. Adakah bahan bacaan di pusat sumber sekolah ini mencukupi?4. Adakah prasarana dalam sekolah diselenggara dengan baik?5. Adakah peningkatan murid telah telah membuat kemudahan sekolah tidak mencukupi?6. Bagaimanakah program kurikulum dilancarkar dalam sekolah ini?7. Apakah pendapat puan tentang perkembangan pelajar?8. Bagaimanakah program di sekolah ini membina sahsiah diri pelajar?

TEMU BUAL BERSAMA GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULAMSoalan yang diajukan kepada GPK KOKUNama :Umur :Tempat Asal :Kelayakan Akademik :Tahun mula berkhidmat

1. Bagaimanakah cara anda menjalankan aktiviti ko-kurikulam sekolah ?2. Bilakah sukan diadakan dalam sekolah ini pada kali terakhir?3. Adakah peralatan permaianan di sekolah ini mencukupi?4. Apakah pencapaian murid dari segi kokurikulum?5. Adakah aspek jasmani penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak

TEMU BUAL BERSAMA PK HEMSoalan yang diajukan kepada PK HEM :Nama :Umur :Tempat Asal :Kelayakan Akademik :Tahun mula berkhidmat

1. Apakah tugas seorang PK HEM2. Apakah masalah yang anda sering menghadapi dalam melaksanakan tugas sebagai PK HEM?3. Adakah tahap disiplin murid di sekolah ini memuaskan?4. Apakah berkaitan disiplin murid dengan perkembangan kognitif pelajar?5. Apakah program-program yang dilaksanakan di sekolah ini bagi memastikan perkembangan murid yang sihat?

TEMU BUAL BERSAMA MENTORSoalan yang diajukan kepada Mentor / Guru BimbinganNama :Umur :Tempat Asal :Kelayakan Akademik :Tahun mula berkhidmat :

1. Bagaimanakah kerjasama yang diberikan oleh guru guru lain ?2. Bagainamakah perasaan anda terhadap suasana pengajaran sekolah ?3. Adakah bahan bantu mengajar mencukupi ?4. Bagainamakah anda menyelesaikan masalah yang timbul semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan ?5. Bagaimanakah dengan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa ?6. Bagaimanakah penglibatan murid murid dalam aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran ?7. Bagaimanakah pencapaian murid murid dalam sekolah ini ?8. Apakah aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini bagi mencapai perkembangan kanak-kanak yang cemerlang?

TEMU BUAL BERSAMA PENGAWAS SEKOLAHSoalan yang diajukan kepada ketua pelajar :Nama :Umur :Tempat Asal :Kelayakan Akademik :

1. Boleh mengawal tahap disiplin murid ?2. Bagaimana badan pengawas sekolah ini? Aktif?3. Tahap disiplin pelajar sekolah ini bagaimana?4. Adakah pelajar sekolah ini mengamalkan nilai-nilai murni yang diajar oleh guru?

4) SOAL SELIDIK

Soal selidik ialah persoalan yang akan dikemukakan pada guru yang terdapat dalam senarai temubual diatas dan. Malah saya turut merangka beberapa bentuk soalan untuk dikemukakan kepada pelajar. Soal selidik ini mempunyai skop soalan yang luas kerana ia boleh menjadi pelbagai yang berkaitan dengan: Latar belakang orang yang ditemuduga Berkaitan dengan soal P&P dalam kelas Peranan yang dimainkan oleh guru dan murid Berkaitan dengan bagaimana sekolah merealisasikan falsafah pendidikan di sekolah. Maklumat tentang sekolah Pembelajaran dalam kelas bagi murid-murid dari sudut bahan bantu mengajar dan juga penglibatan murid-murid. Skop-skop tugasan guru Tindakan yang perlu dilakukan oleh guru. Kesukanan dijalankan ataupun tidak kerana sekolah tersebut tidak mempunyai padang. Penglibatan murid-murid dengan aktiviti di luar bilik darjah

Soal selidik penting kerana terdapat tatacara untuk menemuduga seseorang, oleh itu, penemuduga itu perlulah mengetahui ; Siapa yang ditanya? Kerana apa? Bagaimana untuk melakukan temuduga? Bilakah waktu yang sesuai? Mengapa orang berkenaan yang dipilh Persoalan yang berkaitan dengan orang yang dipilih. Tempat temuduga yang hendak dijalankan adalah bersesuaian.

BORANG SOAL SELIDIK YANG TELAH DIGUNAKAN: (i) Guru Tandakan / atau pada ruang yang disediakan.Lelaki

Perempuan

BilSoalan

1Jarak tempat kerja dari rumah

2Bilangan tahun pengalaman belajar

3Jenis dan tahun pengalaman mengajar

4Adakah anda menerima sokongan daripada murid dalam P & P ?

5Adakah anda berpuas hati dengan kemudahan sukan ?

6Adakah anda berasa (Skim Baucer Tution) SBT perlu ?

7Adakah tahap kecemerlangan murid dalam bidang ko-kurikulum memuaskan ?

8Adakah aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah memuaskan ?

(ii) Murid Tandakan / atau pada ruang yang disediakan.Lelaki

Perempuan

BilSoalanYaTidak

1Adakah anda seorang penduduk kawasan Chemor ?

2Bahan dan sumber P & P mencukupi ?

3Adakah kemudahan ICT sekolah anda mencukupi ?

4Adakah anda berminat dengan proses P&P yang menggunakan ICT ?

5Adakah pengajaran daripada guru mudah difahami ?

6Adakah sekolah mengambil berat tentang aspek fizikal anda ?

7Adakah anda berpuas hati dengan kemudahan sekolah ?

8Adakah aktiviti kurikulum sekolah memuaskan ?

9Adakah aktiviti ko-kurikulum sekolah memuaskan ?

10Adakah anda berpuas hati dengan warga guru sekolah anda?