4 brosaakhir

13
1 SULIT PJPK Akhir Tahun Okt Nama : ………….................................................... Tingkatan: ………….................... LEMBAGA PEPERIKSAAN PENILAIAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 Soalan 2. Jawab semua soalan 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas PKSM PJPK

Upload: nuar-nani

Post on 25-Jul-2015

296 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4 brosaakhir

1

SULIT

PJPKAkhir Tahun

Okt

1 jam

Nama : ………….................................................... Tingkatan: …………....................

LEMBAGA PEPERIKSAAN

PENILAIAN AKHIR TAHUN

TINGKATAN 4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 Soalan

2. Jawab semua soalan

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

® Hak Cipta Terpelihara JPN PERAK

PKSM PJPK

[ Lihat sebelah]SULIT

Page 2: 4 brosaakhir

Soalan 1 hingga soalan 3, Labelkan gambar rajah dengan memilih jawapan yang tepat bagi tiap-tiap soalan berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan.

1.

2.

3.

2

A. pukulan voliB. pukulan pepat ( forward drive )C. pukulan smesyD. servis

Page 3: 4 brosaakhir

Soalan 4 hingga soalan 5, Labelkan kawasan lompat jauh yang ditandakan .

A. Papan LonjakB. Penanda PlastesinC. Kawasan MendaratD. Papan landas

Soalan 6 hingga soalan 8 Padankan pernyataan di BAHAGIAN I dengan pernyataan di BAHAGIAN II

Bahagian I Bahagian II6 Kandungan glukosa yang tinggi

dalam darahA Maltrunisi

7 Kekurangan zat makanan B Lompat kijang

8 Lari landas, fasa lonjakan, melangkah, lonjakan kaki bebas, layangan, mendarat

C Diabetes

D Lompat jauh

Soalan 9 hingga soalan 10 Padankan pernyataan di BAHAGAIN I dengan pernyataan di BAHAGIAN II

Bahagian I Bahagian II

9 Penyakit yang dikaitkan dengan aktiviti fizikal yang terlalu sedikit

A Tenis

B Hipokinetik

10 Servis kencang, sepak kuda, sepak sila, menanduk dan merejam

C Sepaktakraw

D Hiperglisemia

3

4 5

Page 4: 4 brosaakhir

Soalan 11 hingga soalan 13Isikan tempat kosong berdasarkan cadangan jawapan seperti berikut.

11. Alatan penting yang diperlukan dalam ____________ adalah peta dan kompas.

12. Pemain ___________ ialah pemain yang mendapat bayaran atas bakat mereka dalam sesuatu sukan.

13. Latihan __________ amat sesuai untuk meningkatkan kuasa eksplosif dalam acara lompat kijang.

Soalan 14 dan soalan 15Isikan tempat kosong berdasarkan cadangan jawapan seperti berikut.

14. Kecederaan fraktur yang dialami oleh seseorang mangsa dalam permainan hoki, perlu dibantu dengan menggunakan prosedur ___________

15. Pengambilan makanan berlebihan terutama yang berkalori tinggi boleh mengakibatkan ________________

Soalan 16 hingga soalan 25

Tandakan A bagi pernyataan yang BETUL dan B bagi pernyataan yang SALAH.

16. Acara beregu dalam permainan tenis, boleh juga dilakukan secara campuran iaitu setiap pasukan mesti terdiri daripada dua orang pemain yang berlainan jantina.

17. Dalam permainan sepak takraw, terdapat 4 orang pemain termasuk pemain simpanan.

4

A. profesionalB. plyometricC. orienteering

D. amatur

A. E.A.RB. R.I.C.EC. OsteoporosisD. Obesiti

E.

Page 5: 4 brosaakhir

18. Keupayaan melakukan sesuatu perlakuan berulang-ulang dalam satu jangkamasa yang panjang menunjukkan kekuatan otot seseorang.

19. Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (Akta 106) memberi perlindungan kepada wanita dan gadis yang menghadapi keruntuhan akhlak atau terlibat dengan kegiatan pelacuran.

20. Perlaksanaan lari berpagar meliputi fasa permulaan, lonjakan, layangan, mendarat dan penamat.

21. Pengambilan dadah hanya membawa kesan buruk kepada seseorang.

22. Dasar Aparteid Afrika Selatan telah menyebabkan negara tersebut disingkirkan daripada menyertai sukan Olimpik 1968.

23. Darah yang keluar dari ventrikel kanan kurang beroksigen dan menuju ke arah paru-paru.

24. Acara lari berpagar peringkat antarabangsa mempertandingkan 110 meter hanya bagi atlet lelaki sahaja.

25. Grand Slam dianugerahkan kepada pemain yang berjaya memenangi keempat-empat kejohanan tenis utama.

Soalan 26 hingga soalan 35, Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang tepat.

26 Mangsa kecederaan yang mengalami tersekat pernafasan boleh dibantu dengan menggunakan prosedur

A. E.A.R (Elevation, Airway, Resucitation)B R.I.C.E (Rest, Ice, Compression)C C.P.R (Circulation, Pulmonary Respiration)D D.R. ABC (Danger, Rescue Airway Breathing Circulation)

27 Percanggahan pendapat dalam membuat sesuatu keputusan dikenali sebagai

A PolitikB EustresC DistressD Konflik

5

Page 6: 4 brosaakhir

28 Berikut merupakan kesan latihan daya tahan kardiovaskular KECUALI

A Pertambahan saiz ruang jantungB Pertambahan jaringan kapilari darah di ototC Pertambahan keanjalan otot jantungD Pertambahan saiz otot

29 Komponen kecergasan yang penting semasa seseorang pelompat jauh melakukan lonjakan di papan lonjak adalah

A KelenturanB KuasaC KetangkasanD daya tahan otot

30 Lompatan dikira batal dalam acara lompat kijang sekiranya pelompat

A Mendarat dengan kedua-dua belah kakiB Mendarat dengan sebelah kakiC Terduduk ketika mendaratD Kaki memijak melebihi papan lonjak

31 Pilih pernyataan yang BENAR mengenai pergerakan kreatif.

A Menekankan tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan, dan lombolan

B Pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma untuk menghasilkan pergerakan tubuh badan yang berkoordinasi serta estetika

C Aktiviti eksplorasi melalui pergerakan dengan badan dan alatanD Tafsiran idea, perasan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara

simbolik melalui pergerakan

32 Tabiat makan tidak mengikut jadual boleh menyebabkan penyakit

A osteoporosisB gastrikC diabetesD apendiks

33 Dasar ini diwujudkan untuk membudayakan sukan di kalangan rakyat Malaysia

A Dasar Ekonomi BaruB Dasar Sukan NegaraC Dasar Pendidikan KebangsaanD Dasar Kebudayaan dan Sukan

6

Page 7: 4 brosaakhir

34 Padanan berikut adalah betul KECUALI

A Quzandria Qabil – EquastarianB Tiger Woods - GolfC Agassi - TenisD Nicol Ann David - Squash

35

Individu di atas sesuai sekali dengan kerjaya sebagai

A jurulatih sukanB pegawai pemakanan sukanC atletD wartawan sukan

Soalan 36 hingga soalan 40Setiap soalan mempunyai lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul berdasarkan rujukan jawapan di bawah:

A B C DI dan III II dan IV I, II, dan III Semua di atas

36 Yang manakah antara berikut merupakan zat makanan mikro ialah

I Iodin sahajaII Vitamin A sahajaIII Zat besi sahajaIV Vitamin B

37 Ujian Daya Tahan Asas (UDTA) bertujuan untuk mengukur tahap kecergasan pelajar sekolah. Antara aktiviti dalam ujian tersebut ialah

I Bangkit tubiII Tekan tubiIII Jangkauan melunjurIV Lari 1500 meter

7

Latar belakang yang kukuh dalam sukan. Pencapaian sukan ditahap sederhana. Memiliki kelulusan dalam bidang komunikasi

Page 8: 4 brosaakhir

38 Berikut merupakan peranan yang dimainkan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)

I Menganjur dan melaksanakan aktiviti sukan sekolah peringkat negeri kebangsaan dan antarabangsa

II Meningkatkan prestasi sukan sekolahIII Menggalakkan dan menjalankan kursus kejurulatihanIV Meningkatkan pengetahuan kesihatan di kalangan pelajar

39 Berikut merupakan antara isu-isu politik dalam sukan.

I Perebutan kuasa dalam badan sukanII Pemilihan penyertaan atlet dalam sesuatu pertandinganIII Disiplin atlet dan pegawaiIV Pembayaran gaji dan elaun

40 Universiti-universiti awam tempatan yang menawarkan Program Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan di peringkat Ijazah Sarjana Muda ialah

l Universiti Putra Malaysiall Universiti Pendidikan Sultan Idrislll Universiti MalayalV Universiti Malaysia Sarawak

KERTAS SOALAN TAMAT

8

Page 9: 4 brosaakhir

PENILAIAN AKHIR TAHUN SMK …………………………………………….

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 4

SKEMA JAWAPAN

NO. SOALAN JAWAPAN NO. SOALAN JAWAPAN

1234567891011121314151617181920

DCBBCCABBCCABBDAABAA

2122232425262728293031323334353637383940

BAAAAADDBDDBBDDBDCDC

9