4 a13dd01

17

Click here to load reader

Upload: basith-el-tiezam

Post on 04-Jul-2015

1.984 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4 a13dd01

1 | P a g e

1.0 Pengenalan

Kursus KBC 3023 Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial Kanak-Kanak Pintar

Cerdas adalah salah satu daripada subjek khusus bagi Program Pendidikan Khas yang

juga merupakan khusus yang baru dalam pengkhususan yang ada dalam Program

Pendidikan Khas. Pada semester ini, para pelajar yang mengikuti kursus ini ditugaskan

untuk menjalankan dan menyiapkan tugasan berkaitan kajian kes terhadap seseorang yang

mempunyai kaitan dengan perkembangan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak pintar

cerdas. Saya NOORSYAZWAN BIN NOORHISHAM telah mengambil langkah dengan

menjalankan kajian kes keatas koresponden yang mempunyai bakat dalam seni bagi

menjalankan dan menyiapkan kajian kes yang telah diberikan kepada pelajar yang

mengikuti Kursus KBC 3023 Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial Kanak-Kanak

Pintar Cerdas.

2.0 Definisi

2.1 Pintar Cerdas

Pintar Cerdas Keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitud, bakat dan

kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya. Pintar Cerdas IQ

tinggi mudah memahami pengajaran dan pembelajaran serta menguasai sesuatu

kemahiran dengan mudah dan berkesan.

Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi.

Bagaimanapun Ross, 1993 mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas iaitu gifted and

talented adalah kanak-kanak yang dikenalpasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau

menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi

untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan

kanak-kanak yang lain yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran.

Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek,

kreativiti, seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang

dalam bidang akademik yang khusus.

Page 2: 4 a13dd01

2 | P a g e

Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai manakala

cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya

The Joys and Challenges of Raising a Gifted Childs berpendapat kanak-kanak yang

pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai

perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan

beberapa maklumat dalam menghasilkannya. Umum pula mentakrifkan pintar cerdas

sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Individu yang dikatakan

pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi

segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Terdapat pelbagai pandangan

dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini.

Stanford Binet, 1916, orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali

sebagai The Stanford Binet Test telah menberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk

kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan

baik. Lewis Terman, 1916, pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang

berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Disamping itu, Marland, 1972, telah

mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan

Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972. Definisi Marland, 1972 dalam S.

Deborah, 1988: hal. 277 iaitu:

“Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons

who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are

children who require differentiated educational programs and services beyond those

normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to

self and society. Children capable of high performance include those with demonstrated

achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in

combination General intellectual aptitude, Specific academic aptitude, Creative or

productive thinking, Leadership ability and Visual and performing arts”

Dari istilah Persekutuan Amerika Syarikat maksud pintar cerdas yang ditujukan

kepada kanak-kanak, pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan

pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan

kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang

menggagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari

yang lain atau istimewa yang tidak dapat di perolehi di sekolah biasa demi meningkatkan

Page 3: 4 a13dd01

3 | P a g e

tahap kebolehan mereka. Definisi bagi Negara Kanada, pintar cerdas ditakrifkan sebagai

suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman

pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk

memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka.

Di England pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di

dalam bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memiliki kebolehan tinggi untuk 1

atau lebih di dalam subjek akademik. Mereka ini, tidak perlu menjadi pintar untuk semua

subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi

sukan, muzik, lukisan atau seni persembahan.

2.2 Definisi Perkembangan Fizikal Menurut Tokoh.

Menurut Gallahue, 1993, pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh

dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-

kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga

kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan iaitu stability,

pergerakan iaitu locomotion, manipulasi iaitu manipulation. Keseimbangan merujuk kepada

kebolehan kanak-kanak dalam mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada

tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak

tersebut. Manakala manipulasi pula adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek

dipersekitarannya.

Menurut Wright dan Sugden, 1999, dalam model peralihan, mereka mengaitkan

tentang kematangan seseorang individu berkaitan dengan proses pembelajaran dan

pengalaman. Proses pembelajaran ini pula, boleh berlaku dalam ruang persekitaran serta

perlu memenuhi kehendak khusus setiap aktiviti yang diberikan kepada setiap kanak-kanak

tersebut.

Page 4: 4 a13dd01

4 | P a g e

Schmidt dan Wrisberg, 2000, menjelaskan bahawa kemahiran fizikal seseorang

kanak-kanak yang perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagi

aspek kemahiran fizikal tertutup, ia bermakna kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam

persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula,

bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa

yang berubah-rubah. Kedua-dua kategori ini amat perlu bagi memperkembangkan kemahiran

kanak-kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan, kanak-kanak memerlukan

persekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan pula, kanak-kanak akan

melalui persekitaran yang terbuka.

2.3 Definisi Perkembangan Emosi

Emosi pula adalah di dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi ,iaitu dari aspek

mempunyai perasaan yang tenang dan berfikiran waras. Aspek rohani dan jasmani dari segi

tingkah laku yang menekankan tingkah laku yang terkawal serta memiliki dan memupuk sifat

kasih saying, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992.

Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan

mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah

hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek “emovere” yang membawa

maksud „untuk keluar‟. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi

kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh

manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi, Mohmood

Nazar Mohamad, 1992.

2.4 Definisi Perkembangan Sosial

Sunarto dan Hartono, 1999, Hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang

saling memerlukan. Hubungan sosial mulai dari tingkat sederhana dan terbatas, yang didasari

oleh keperluan yang sederhana. Semakin dewasa dan bertambah umur, keperluan manusia

menjadi kompleks dan dengan demikian tingkat hubungan sosial juga berkembang secara

kompleks.

Page 5: 4 a13dd01

5 | P a g e

Syamsu Yusuf, 2007, menyatakan bahawa Perkembangan Sosial merupakan

pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial dapat pula

didefinisikan sebagai proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma

kelompok, moral dan tradisi bagi meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling

berkomunikasi dan kerjasama antara satu sama lain.

3.0 Teori-teori

3.1 Teori Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan kepada asas

pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat,selamat dan ceria.

Menurut “Kurikulum Prasekolah Kebangsaan”, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003,

perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu;

kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia dikaitkan juga dengan

kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk

menjalankan aktiviti harian.

Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi

perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya

aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat

mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau

persekitaran kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam

cara amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut.

Begitu juga dengan aspek keselamatan dan langkah-langkah dalam penjagaan diri.

Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan tindakan yang boleh mendatangkan kemalangan

dan berbahaya. Kanak-kanak juga perlu tahu bagaimana untuk menghindari tempat yang

berbahaya.Selain itu, mereka juga perlu diajar untuk mengamalkan cara menjaga

keselamatan diri seperti menjerit sekiranya diganggu oleh orang yang tidak dikenali. Dari

aspek kesihatan, kanak-kanak perlu tahu bahawa pentingnya menjaga kebersihan tubuh

badan seperti mandi, memotong kuku, menyikat rambut dan memberus gigi. Mereka juga

Page 6: 4 a13dd01

6 | P a g e

harus diberikan pengetahuan dari aspek pemakanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat.

Selain itu, kanak-kanak juga seharusnya dapat mengamalkan tabiat cara pemakanan yang

baik seperti jenis makanan yang sesuai untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan

malam.

Selain aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan, kanak-kanak juga perlu

didedahkan dengan amalan senaman dan pergerakan anggota badan yang betul.

Pergerakan fizikal dan senaman yang baik dapat memastikan organ dan anggota badan

dapat berfungsi dengan berkesan. Kanak-kanak perlu tahu cara bernafas yang betul atau

pergerakan tangan dan kaki bagi membantu meningkatkan kecergasan tubuh badan

mereka.

Setiap individu yang dilahirkan mempunyai bakat dan potensi yang boleh

diperkembangkan dan dipertingkatkan. Dengan kemajuan pada masa kini dan

kemudahan dalam mendapatkan pelbagai jenis maklumat sedikit sebanyak member

kesan yang besar terhadap perkembangan dan pertumbuhan fizikal, psikomotor dan

emosi individu terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai potensi dan bakat

yang luar biasa yang juga dikenali sebagai mereka yang pintar cerdas (gifted). Manusia

mempunyai potensi kekuatan dan kelemahan tertentu. Mana-mana kekuatan atau

kelemahan akan berkembang subur dengan banyak berdasarkan beberapa faktor seperti

jiwa manusia, corak asuhan, kualiti pendidikan, persekitaran fizikal dan persekitaran

sosio budaya.

Bakat yang dimiliki oleh mereka yang pintar cerdas ini perlulah diperkembangkan

supaya ianya tidak dipersia-siakan. Untuk memperkembangkan potensi dan bakat yang

dimiliki pelajar pintar cerdas ini, satu bentuk pendidikan khas perlu disediakan untuk

pelajar pintar cerdas kerana mereka merupakan aset penting kepada negara. Negara

memerlukan khidmat serta sumbangan mereka dari segi perkembangan ilmu, penciptaan

ilmu dan pembangunan ekonomi untuk mampu bersaing dengan negara-negara lain, Nik

Aziz, 1999.

Page 7: 4 a13dd01

7 | P a g e

3.2 Teori Kecerdasan Emosi (Goleman)

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah kerap mengalami emosi kesedaran diri dan

menjadi semakin sensitif pada pujian dan kritikan orang lain, Lewis,1995; Alessandri &

Sullivan ,1992. Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan merasa bangga dan

yakin terhadap kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya, sekirannya mereka dimarah

kerana salah laku, mereka akan merasa bersalah walaupun perkara itu satu kemalangan

atau dilakukan secara tidak sengaja.

Bandura, 1986; 1989, menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga

diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkahlaku emosi yang diperhatikan

pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara

kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah diperlajarinya

mengenai penerimaan masyarakat cara yang paling mendatangkan apa yang paling

mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan

paling mudah dan cepat.

Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati. Kanak

kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka

melihat seseorang sedih, Eisenberg & Fabes,1998.

Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal

perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi

dengan baik ketikan berhubung dengan orang lain. Definisi yang diberikan oleh Goleman

cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang

dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ.

Dalam menerangkan konsep kecerdasan emosi, Goleman (1995) membahagikan

kecerdasan emosi kepada lima komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama

berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen berbentuk kompetensi sosial. Lima

komponen tersebut adalah mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri,

memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubungan.

Page 8: 4 a13dd01

8 | P a g e

Komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu

dapat merasai apakah keadaan emosinya pada waktu itu berupaya untuk

membuatkeputusan yang rasional, mempunyai penilaian yang realistik serta mempunyai

keyakinan diri sendiri yang kukuh. Tiga subkompetensi yang dikenalpasti ialah

kesedaran emosi, ketepatan menilai diri sendiridan keyakinan kendiri.

Komponen kedua ialah kebolehan mengatur emosi serta keupayaan menangani

kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih terkawal. Terdapat lima

subkompetensi iaitu kawalan kendiri, amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi.

Bagi Goleman, mereka yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri

dan dengan dapat menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebih

berhemah dan dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak. Selain itu, beliau juga

menegaskan bahawa peraturan emosi diri sendiri yang baik dapat membantu seseorang

mengawal perasaan kebimbangan, kemarahan dan dorongan dari melakukan tingkah laku

yang tersasar. Disamping itu, ia juga berkeupayaan mengembalikan emosi ke arah yang

lebih positif setelah berhadapan dengan sesuatu ujian atau halangan.

Komponen ketiga ialah berkaitan dengan keupayaan untuk menggerakkan dan

mendorong diri sendiri untuk bertindak atau disebut sebagai motivasi. Terdapat empat

subkompetensi yang berkaitan iaitu dorongan, pencapaian, komitmen, inisiatif dan

optimisme. Individu yang mempunyai emosi yang cerdas berupaya untuk bertindak,

mengambil inisiatif dan berusaha ke arah pencapaian matlamat hidup. Kebolehan ini

membantu seseorang itu untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih maju dan berupaya

bangkit dari kegagalan.

Seterusnya, komponen keempat dalam model Goleman ialah empati iaitu keupayaan

untuk memahami dan merasai apa yang orang lain rasakan serta dapat mewujudkan

hubungan yang baik dengan setiap lapisan masyarakat. Selain itu, kanak-kanak yang

berusia dua tahun sudah mula dapat memahami perasaan teman yang sedang menangis.

Keupayaan dan kemahiran sedemikian boleh membantu seseorang mewujudkan suasana

hubungan yang baik dengan semua orang. Kemahiran ini dapat memberikan panduan

kepada seseorang mengenai perbuatan, tutur kata dan perasaan yang akan disusuli

kemudian.

Page 9: 4 a13dd01

9 | P a g e

Komponen kelima ialah kemahiran sosial iaitu melibatkan pengendalian emosibagi

mewujudkan dan membina hubungan sosial yang baik.Seseorang yang cerdas dikatakan

berupaya mengurusdan memahami situasi serta emosi orang lain dengan tepat.

Kebolehan ini akan dapat membantu seseorang berinteraksi dengan baik.

Disamping itu, kebolehan juga membolehkan seseorang mempengaruhi dan

merundingkan masalah dalam menyelesaikan sesuatu konflik. Selain itu, kemahiran

sosial juga untuk mengurus perhubungan antara perseorangan melibatkan usaha

memahami emosi dan bagaimana untuk menyesuaikannya semasa membina

perhubungan dengan orang lain. Terdapat lapan subkompetensi yang mewakili

kompetensi ini iaitu pengaruh, komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan, pemangkin

perubahan, menjalin ikatan, bersatu, bekerjasama dan keupayaan berkumpulan.

Setelah melalui proses pemantapan dalam kerangka konseptualnya, Goleman

merangkumkan beberapa elemen kepada empat dimensi iaitu dua kompetensi emosi atau

personal dan dua kompetensi sosial. Keempat-empat dimensi ini diperlukan oleh

seseorang yang mempunyai kecergasan emosi dan menggunakannya mengikut masa

yang sesuai.

Empat dimenasi utama yang dikenalpasti adalah kesedaran kendiri, pengurusan kendiri,

kesedaran sosial dan kemahiran sosial:

Dimensi pertama iaitukesedaran kendiri merangkumi pengukuran terhadap kesedaran

emosi kendiri,ketepatan penilaian kendiri dan keyakinan. Seterusnya, dimensi kedua

berkaitan dengan pengurusan kendiri iaitu mengandungi kawalan kendiri, amanah,

berhemah, penyesuaian, orientasi pencapaian dan inisiatif. Dimensi ketiga pula berkaitan

dengan kesedaran sosial, memasukkan empati, kesedaran organisasi dan orientasi

perkhidmatan. Dimensi terakhir ialah kemahiran sosial iaitu kebolehan bekerjasama dan

berkumpulan, membantu rakan, kepimpinan, pengaruh, komunikasi, pemangkin

perubahan, pengurusan konflik dan menjalinkan hubungan.

Page 10: 4 a13dd01

10 | P a g e

Secara keseluruhannya, Goleman juga percaya model kecerdasan emosi yang

diutarakannya merupakan satu model psikologi yang positif kerana ia dapat membantu

menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian. Model tersebut juga

menjanjikan satu agenda sainstifik kerana berupaya mengkaji spektrum mekanisme

psikologi yang lebih luas dalam kehidupan, pekerjaan, kekeluargaan dan masyarakat.

3.3 Teori Psikososial Erik Erikson

Setiap manusia melalui lapan peringkat perkembangan yang beliau namakan peringkat

psikososial.

Lapan peringkat psikososial Erikson.

1. Percaya lawan tidak percaya

2. Autonomi lawan kesangsian

3. Inisiatif lawan rasa bersalah

4. Kecekapan lawan rasa rendah diri

5. Identiti lawan kekeliruan peranan.

6. Intim lawan pengasingan

7. Menjanakan lawan tetap (Generity vs stagnation)

8. Ego Integrity lawan Despire

Peringkat Pertama.

Peringkat pertama yang diutarakan oleh Erikson adalah selari dengan peringkat oral yang

diutarakan oleh Freud. Ia bermula daripada lahir hingga berumur satu tahun.

Walaubagaimanapun, Erikson menumpukan pada keperluan penjagaan berterusan,

perhatian dan perlindungan kepada bayi bagi mencapai ketenteraman, kepuasan dan

perlindungan bagi memenuhi keperluan asas bayi itu. Disinilah timbulnya krisis antara

naluri kepercayaan asas dengan naluri ketidakpercayaan asas. Naluri kepercayaan asas

ialah keupayaan meramal keperluan asas individu akan dipenuhi. Naluri ketidak

percayaan asas adalah ketakutan apabila meramalkan individu tidak boleh bergantung

pada orang lain bagi mendapatkan penjagaan dan kasih sayang.

Page 11: 4 a13dd01

11 | P a g e

Peringkat Kedua.

Peringkat ini bermula daripada umur satu tahun hingga dua tahun. Erikson melihat

diperingkat ini bayi mengalami pergelutan antara hendak mencapai naluri autonomi

ataupun mengakhiri perasaan malu dan prasangka diri mereka. Bayi yang boleh

menangani latihan ke tandas akan mengalami naluri kuasa kematangan autonomi dan

estim diri (self esteem). Mereka belajar supaya berupaya melakukan sesuatu pada diri

mereka sendiri.

Peringkat Ketiga.

Bermula dari umur dua hingga enam tahun. Ia memaparkan krisis yang timbul apabila

kanak-kanak bertembung dengan perkembangan dunia kebolehan kematangan dan agen-

agen sosial. Pada peringkat ini kanak-kanak bergelut supaya tidak bergantung pada

ibubapa dan seterusnya memperolehi kecekapan transaksi sosial. Kemahiran

interpersonal dan kemahiran fizikal mula terbentuk ke arah yang betul seperti yang

ditentukan oleh kecekapan yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan tertentu dengan

kebolehan pengertian kendiri. Mengekalkan inisiatif kanak-kanak ini penting pada

peringkat ini kerana ia dapat memotivasikan mereka supaya mengambil bahagian secara

aktif dalam dunia sosial di sekeliling mereka.

Peringkat Keempat.

Bermula pada umur enam hingga 12 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak belajar

mengejar aktiviti sosial dan intelektual yang diminati oleh masyarakat. Mengukuhkan

kumpulan sebaya,menghadiri persekolahan dan mengamalkan semangat berdikari dalam

permainan dan belajar. Krisis yang dialami oleh kanak-kanak pada peringkat ini

memerlukan kanak-kanak itu belajar bekerjasama.

Peringkat Kelima

Peringkat Krisis Identiti keremajaan adalah krisis yang paling penting. Bermula daripada

umur 12 hingga 18 tahun.

Peringkat keenam.

Bermula daripada umur 19 hingga 40 tahun. Merupakan masa perubahan dan transisi

yang memberi peningkatan peluang-peluang baru bagi hubungan interpersonal yang

Page 12: 4 a13dd01

12 | P a g e

rapat. Individu dewasa yang mempunyai naluri identiti personal akan bertembung

dengan tugasan baru, membentuk kasih sayang, kepuasan seksual serta memberi dan

menerima individu yang berlainan jantina. Erikson melihat hubungan ideal sebagai

kepuasan perkhawinan. Beliau mengakui, hubungan intim boleh dibentuk diluar

perkhawinan. Hubungan intim memerlukan seseorang memberi komitmen yang

bermakna, menerap kepercayaan, perasaan dan nilai-nilai dalam penerimaan yang boleh

dipercayai.

Peringkat Ketujuh.

Berumur dalam lingkungan 40 hingga 65 tahun. Krisis psikososial adalah antara

keperluan hendak menjadi lebih produktif dalam duniapekerjaan dan keluarga dengan

gaya hidup dan pencapaian kendiri. Pada peringkat ini umumnya individu mencari

pekerjaan yang produktif, melibatkan diri dalam penjagaan anak, menerima cabaran,

halangan serta matlamat-matlamat baru.

Peringkat Kelapan.

Berumur dalam lingkungan 65 tahun hingga meninggal dunia. Pada peringkat ini wujud

kesedaran spiritual. Resolusi terbaik kepada krisis ini memerlukan penyelesaian konflik

sepanjang hidup terdahulu seperti kesedaran, kepuasan dan ketenteraman hidup.

Page 13: 4 a13dd01

13 | P a g e

4.0 Kajian kes

4.1 Maklumat Responden

Nama : Fendi ( bukan nama sebenar)

Umur : 44 Tahun.

Jantina : Lelaki.

Agama : Islam.

Status perkahwinan : Sudah Berkahwin.

Tarikh lahir : 27 Julai 1966.

Tempat Lahir : Kampung Raja, Besut, Terengganu.

Alamat Kediaman : Kampung Raja, 22200 Besut, Terengganu.

Bilangan Adik Beradik :, Merupakan anak yang keempat dalam 12 Orang adik beradik.

Minat : Ukiran Kayu.

Kelebihan : Dapat melukis bunga-bunga ukiran dan mengukir.

Mempunyai Syarikat Ukiran Kayu

Mendapat pembelajaran di peringkat :

Rendah : Sekolah Rendah Tengku Mahmud, Besut, Terengganu. ( Darjah 1 - 6 )

Menengah : Sekolah Menengah Tengku Mahmud, Besut, Terengganu. (Tingkatan 1 - 5 )

Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu.

( Tingkatan 6 Bawah sahaja )

Page 14: 4 a13dd01

14 | P a g e

4.2 Ciri-ciri responden

Fizikal Seorang yang aktif dalam

sukan.

Seorang yang suka berfikir.

Emosi Responden seorang yang ceria.

Responden seorang yang mudah

sedih. Buktinya,

- responden akan berasa sedih

jika dia tidak dapat menjawab

terlebih dahulu soalan yang

diberikan oleh guru.

- responden akan berasa sedih

jika dia tidak dapat melakukan

kerja dengan sempurna

Sosial Responden merupakan seorang

yang mudah bergaul.

Responden seorang yang

mementingkan persahabatan.

Seorang majikan yang menjaga

kebajikan pekerjanya.

Suka bergaul dengan pelbagai

lapisan umur.

Suka membuat jenaka.

Page 15: 4 a13dd01

15 | P a g e

5.0 Perkembangan responden dari segi:

1) Fizikal Tahap psikomotor responden adalah seperti orang biasa dan

normal. Sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan.

2) Emosi Responden seorang yang penyabar, akan tetapi responden mudah

merasa sedih dan murung apabila beliau tidak dapat melakukan

tugasan beliau dengan sempurna.

3) Sosial Responden seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa sahaja,

tidak mengira taraf umur. Beliau sangat rapat dengan saya, yang

merupakan anak saudaranya.

6.0 Strategi

Masalah responden berasa sedih dan murung.

Seperti yang kita tahu, bahagian otak yang berfungsi mengawal emosi adalah

Amygdala. Emosi yang terganggu adalah kerana Amygdala tidak dapat mengawal atau

kurang berfungsi dengan baik semasa proses perubahan emosi berlaku. Untuk

membantu responden, saya menggunakan kaedah sesi kaunseling terhadap responden.

Bagi membantu responden, saya perlu berjumpa dengan responden secara

perseorangan, in adalah kerana responden tidak akan merasa malu untuk menjalani

sesi kaunseling. Seterusnya, saya akan menjalankan sesi kaunseling dengan

memberikan nasihat kepada responden. Saya akan memberikan galakan kepada

responden dengan memberitahu responden yang bahawa tiada manusia yang

dilahirkan sempurna.

Masalah responden yang suka bertanyakan pendapat.

Untuk membantu responden dalam masalah responden yang suka bertanyakan

pendapat ialah dengan memberikan galakan kepada responden untuk mencari dan

mengkaji sesuatu yang ingin beliau ketahui dengan menggunakan internet.

Page 16: 4 a13dd01

16 | P a g e

7.0 Kesimpulan

Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah saya lakukan terhadap responden

saya, ternyata bahawa beliau seorang yang mempunyai ciri-ciri fizikal seperti manusia biasa.

Beliau juga merupakan seorang yang mudah bergaul, tidak mengira lapisan umur. Responden

merupakan seorang yang disenangi oleh kawan-kawannya. Responden juga seorang yang

mudah mendapat kawan, ini dapat dilihat apabila responden trepaksa menjalankan kerja

diluar pejabat terutamanya di luar negeri.

Tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan secara tidak langsung

melahirkan ramai pelajar kita yang pintar cerdas. Gaya pembelajaran bagi pelajar pintar

cerdas ini sudah semestinya tidak sama dengan pelajar-pelajar yang biasa. Adalah penting

untuk mengkaji cara proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk

mereka ini bagi memastikan kelebihan yang dimiliki oleh mereka dapat memberi manfaat

kepada negara suatu masa nanti. Setiap kanak-kanak normal mempunyai potensi untuk

tumbuh dan berkembang menjadi pelajar pintar dan berbakat. Ibu bapa dan sekolah

bertanggungjawab untuk membimbing kanak-kanak tersebut mengembangkan potensi

mereka secara seimbang, menyeluruh, sepadu dan optimum.

Pengalaman dan aktiviti pembelajaran yang disediakan untuk pelajar-pelajar harus

dapat mengembangkan, memupuk, mencungkil dan meningkatkan kebolehan, bakat dan

motivasi yang sedia ada dalam bidang rohani, kognitif, afektif dan psikomotor ke peringkat

yang maksimum. Perlu ditegaskan bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai potensi pintar

cerdas tidak akan berkembang menjadi pelajar pintar cerdas jika mereka tidak didedahkan

kepada pengalaman dan aktiviti pembelajaran yang sesuai. Matlamat pelajar pintar cerdas

adalah untuk melahirkan pelajar yang baik. Pelajar yang baik memiliki personaliti yang

seimbang dan sepadu. Kanak-kanak pintar adalah suatu sumber alam yang berharga

Gardner, 1961, dan mereka merupakan sebahagian daripada harta kekayaan negara.

Bagaimanapun sekolah sering kali gagal untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada

pendidikan pelajar-pelajar pintar cerdas kerana pelajar-pelajar tersebut dinggap tidak

memerlukan sebarang bimbingan yang khusus, ataupun kebolehan mereka tidak diketahui

oleh guru. Gallagher, 1975, berpendapat bahawa ramai guru gagal mengenalpasti pelajar-

pelajar pintar kerana mereka memberi perhatian kepada petunjuk tingkah laku yang salah.

Page 17: 4 a13dd01

17 | P a g e

8.0 Rujukan

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Zurihanmi Zakariya. (2004). Psikologi Sosial.

Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Doherty, J. & Brenan, P. (2008), Physical Education and Development 3-11. New

York: Routledge.

Field, T.M. (1990), Infancy. Cambridge, MA: Harvard University Pres.

Gardner, H. (1983) Frames of mind: The theory of multiple intelligence. New York:

Basic Books.

Gardner, H. (1999), Intelligence reframed. Multiple intelligence for the 21st century.

New York: Basic Books.

Gallahue, D.L. (1982), Development Movement Experiences for Children. New York:

Wiley

Gallahue, D.L. (1993), Development Physical Education for Today’s

Children. Madison, WI: Brown and Benchmark.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.