38-43fungsi panitia mata pelajaran

10
FUNGSI PANITIA MATA PELAJARAN Struktur dan Organisasi a. PANITIA mata pelajaran adalah sebuah badan ikthisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. ( Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai PANITIA mata pelajaran.) b. Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai ketua PANITIA oleh Pengetua/ Guru Besar. c. Semua ketua PANITIA mata pelajaran adalah secara automatic menjadi Ahli-Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili PANITIA mata pelajaran masing-masing di dalam Jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli PANITIA dengan Pengetua/ Guru Besar. d. Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap PANITIA di dalam perjumpaan- perjumpaannya berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua PANITIA kepada Pengetua/Guru Besar/ Penolong Kanannya, sama ada untuk mendapatkan penyelesaian atau untuk makluman. e. Di sekolah-sekolah dimana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua PANITIA masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Pengetua/Guru Besar bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli PANITIA berhubung dengan 38

Upload: sam-kam-youn

Post on 26-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

fungsi panitia m/p

TRANSCRIPT

Page 1: 38-43Fungsi Panitia Mata Pelajaran

FUNGSI PANITIA MATA PELAJARAN

Struktur dan Organisasi

a. PANITIA mata pelajaran adalah sebuah badan ikthisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. ( Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai

PANITIA mata pelajaran.)

b. Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai ketua PANITIA oleh Pengetua/ Guru Besar.

c. Semua ketua PANITIA mata pelajaran adalah secara automatic menjadi Ahli-Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili PANITIA mata pelajaran masing-masing di dalam Jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli PANITIA dengan Pengetua/ Guru Besar.

d. Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap PANITIA di dalam perjumpaan- perjumpaannya berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua PANITIA kepada Pengetua/Guru Besar/ Penolong Kanannya, sama ada untuk mendapatkan penyelesaian atau untuk makluman.

e. Di sekolah-sekolah dimana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua PANITIA masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Pengetua/Guru Besar bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli PANITIA berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan PANITIA Mata Pelajaran

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk PANITIA mata pelajaran:

a. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

b. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.

c. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan ( berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajarn berkenaan berpandukan/ berasaskan kepada prestasi/ target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

d. Mewujudkan semangat bekerjasama di antara PANITIA mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.

38

Page 2: 38-43Fungsi Panitia Mata Pelajaran

Peranan PANITIA

Berikut adalah di antara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh PANITIA sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:

a. Memperbaiki sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli- ahli PANITIA.

b. Menyediakan rancangan mengajar setiap semester dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana yang berkaitan.

c. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada bersesuaian buku itu dari segi kehandak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.

d. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.

e. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan ( berasaskan sekolah ) yang disediakan bagi tiap-tiap tiangkatan/darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan.

f. Mengadakan mesyuarat PANITIA secara berkala,sekurang-kurangnya sekali semester dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ‘ ad hoc ‘ bila dan jika perlu.

g. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli PANITIA ( secara formal/tidak formal) untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah pengajaran serta mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut.

h. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.

i. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.

j. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan PANITIA-PANITIA di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.

k. Bekerjasama dengan lain-lain PANITIA dan membantunya dalam usaha kea rah memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tersebut. l. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedar minit itu kepada semua ahli PANITIA.

m. Menyelanggarakan fail-fail PANITIA dan semua minit/laporan mesyuarat, surat- menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

39

Page 3: 38-43Fungsi Panitia Mata Pelajaran

PANDUAN AM GURU-GURU DAN KAKITANGAN

1. Hadir Bekerja

1.1 Guru-guru dikehendaki sampai di sekolah selewat-lewatnya lima minit sebelum waktu bekerja rasmi. 1.2 Sebaik sahaja guru-guru dan kakitangan dikehendaki menandatangani Buku Kehadiran. 1.3 Guru dan kakitangan yang lewat tiba daripada waktu yang ditetapkan dikehendaki menemui Guru Besar dan memberitahu sebab-sebab kelewatan itu terjadi.

2. Tidak Hadir Bekerja

2.1 Guru-guru dan kakitangan yang tidak dapat hadir bekerja adalah dikehendaki memberitahu Guru Besar mengikut kaedah-kaedah berikut: a. Ketidakhadiran pada tarikh atau tarik yang diketahui terlebih dahulu samaada atas sebab-sebab persendirian atau atas arahan pihak-pihak yang diluluskan, hendaklah diberitahu sebelum hari yang terlibat itu. b. Ketidakhadiran secara tergempar, sekalipun mendapat cuti sakit hendaklah diberitahu dengan seberapa segera pada hari itu juga dengan apa cara yang sesuai.

2.2 Guru-guru dan kakitangan yang tidak dapat hadir bekerja yang bukan disebabkan cuti sakit atau bukan kerana diarahkan menghadiri sesuatu mesyuarat, kursus dan sebagainya oleh pihak-pihak yang diluluskan, dikehendaki meminta cuti dengan menyempurnakan Borang Permohonan Cuti.

2.3 Borang Permohonan Cuti hendaklah disempurnakan sebelum tarikh cuti diambil. Kekecualian boleh diberikan atas sebab-sebab tergempar sahaja di mana Borang Permohonan Cuti diuruskan kemudian pada hari pertama bertugas semula.

2.4 Guru-guru yang tidak hadir bekerja kerana sakit dan mendapat sijil sakit adalah dikehendaki menyerahkan sijil tersebut ke pejabat sekolah pada hari pertama bertugas semula.

2.5 Adalah menjadi syarat bahawa semua cuti sakit hendaklah dihabiskan di hospital atau di rumah pengawai melainkan jikalau ditetapkan oleh seseorang pegawai perubatan sebaliknya. Perintah Am Bab C Hal 17- ( C ).

3. Meninggalkan sekolah dalam waktu sekolah

3.1 Seseorang guru atau kakitangan yang hendak meninggalkan kawasan sekolah

dalam waktu persekolahan, samaada untuk sesuatu tempoh tertentu atau tidak akan kembali ke sekolah lagi pada hari itu.

40

Page 4: 38-43Fungsi Panitia Mata Pelajaran

3.2 Seseorang guru atau kakitangan yang hendak keluar dari kawasan sekolah dalam waktu persekolahan samaada atas urusan rasmi ataupun persendirian hendaklah menyempurnakan butir-butir dalam Buku Keluar Dalam Waktu sebelum meninggalkan kawasan sekolah.

4. Kehadiran ke kelas

4.1 Guru-guru dikehendaki mematuhi Jadual Waktu Pengajaran yang ditetapkan dan hadir ke kelas serta mengajar tanpa berlengah-lengah lagi. 4.2 Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas lebih awal sebelum loceng akhir sesuatu waktu pengajaran berbunyi. 4.3 Guru-guru tidak dibenarkan keluar meninggalkan kelas untuk sesuatu tempoh tertentu dalam masa pengajaran walaupun murid-murid diarahkan membuat kerja-kerja pelajaran. 4.4 Guru-guru adalah dikehendaki menggunakan sepenuh-penuh masanya dalam bilik darjah untuk menyampaikan pengajaran dan mengendalikan gerakerja pelajaran. Setiap guru hendaklah melibatkan diri bersama murid-murid sehingga akhir waktu pelajaran. 4.5 Guru-guru adalah tidak dibenarkan menanda atau memeriksa buku-buku rampian murid atau membuat kerja sendiri dalam kelas walaupun murid-murid telah diberi gerakerja. Guru-guru perlu meronda dan membantu atau membimbing murid-murid yang lemah perlu dibantu.

41

Page 5: 38-43Fungsi Panitia Mata Pelajaran

KENYATAAN TUGAS

1. Jadual WaktuMenyediakan 4 salinan jadual waktu persendirian dan 3 salinan jadual waktu kelas.

2. Senarai Nama Murid2.1 Guru darjah hendaklah menyediakan senarai nama murid dalam tempoh 2 minggu

selepas sekolah dibuka.2.2 Nama murid lelaki disusun dahulu dan diikuti oleh nama murid perempuan dengan

mengikut turutan tertib.

3. Buku Ringkasan Mengajar3.1 Rancangan tahunan dirancang mengikut semester dan disiapkan dalam Januari.3.2 Rancangan harian hendaklah disiapkan setiap hari.3.3 Buku Ringkasan Mengajar diserahkan kepada Guru Besar pada setiap Jumaat.

4. Kehendak-Kehendak Khas4.1 Menepati masuk ke sekolah dan ke kelas.4.2 Mesti mencatat masa sampai dan tinggal sekolah serta menandatangani dalam buku

rekod kedatangan.4.3 Tidak dibenarkan meninggalkan kelas atau kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak

pentadbir sekolah.4.4 Dilarang mengadakan urusan yang tidak berkaitan dengan pelajaran yang diajar.4.5 Sekiranya terpaksa meninggalkan sekolah kerana sesuatu sebab,mesti memberitahu

pihak sekolah dan membuat catatan.4.6 Menyediakan bahan pengajaran dan ABM dengan rapi.4.7 Sekiranya tidak hadir ke sekolah kerana sesuatu sebab,mesti memberitahu pihak

sekolah secepat mungkin.4.8 Menyemak kerja-kerja murid dengan teliti dan mengembalikan kepada murid secepat

mungkin.4.9 Penyeliaan pengajaran akan diadakan sebanyak 4 kali setahun.4.10 Penyemakan kerja-kerja murid akan dijalankan oleh Guru Besar dan GPK

dari Masa ke semasa.

5. Pengurusan Bilik5.1 Menyediakan jadual bertugas murid dan memastikan kelas sentiasa bersih dan kemas.5.2 Melatih murid supaya berdisiplin.5.3 Menyediakan sudut-sudut untuk mata pelajaran.5.4 Mengadakan sudut bacaan dalam kelas.

6. Bilik Bacaan6.1 Semua guru bahasa mestilah melaksanakan projek ini.6.2 Mempamerkan rekod projek bacaan dalam kelas.

42

Page 6: 38-43Fungsi Panitia Mata Pelajaran

6.3 Menggunakan kemudahan perpustakaan dengan sepenuhnya.

7. Mesyuarat Panitia MP7.1 Diadakan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.7.2 Membincangkan aktiviti-aktiviti pengajaran, masalah yang dihadapi dan cadangan

untuk mengatasi.

8. Buku Kerja 8.1 B.Melayu Tahap 1

a. Tulisan ( Setiap hari )b. Latihanc. Ejaan ( 5 minit sebelum mula P & P )

8.2 B. Melayu Tahap 2a. Karangan-sekurang-kurangnya 2 buah karangan 1 minggu.b. Tatabahasa- mengandungi kefahaman, ejaan, tanda bacaan.

8.3 B.Cina Tahap 1a. Tulisan ( Setiap Hari)b. Latihanc. Ejaan ( 3 kali seminggu)d. Karangan sekurang-kurangnya 2 buah karangan seminggu.

8.4 B. Cina Tahap 2a. Karangan sekurang-kurangnya 2 buah karangan 1 minggu.

8.5 Matematik Tahap 1a. 2 buah buku latihan.b. 15-25 soalan setiap hari.

8.6 Matematik tahap 2a. 3 buah buku latihan ( bilangan soalan mengikut kesesuaian unit P & P)b. Tidak kurang 25 soalan setiap hari.

8.7 Lain-laina. P.Moral ( 1 buah )b. Sains ( 1 buah )c. Kajian tempatan ( 1 buah )

43