370-737-1-sm

Upload: amirulhafidzi

Post on 04-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 370-737-1-SM

    1/5

    SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

    Mu

    kaSurat

    267

    PENGGUNAAN BAHAN MAUJUD DALAM SIMULASI BAGI

    MENINGKATKAN

    MINAT MURID TAHUN EMPAT TERHADAP

    TAJUK BERSUCI DARIPADA NAJIS

    Oleh:Haswani Binti Dzul & Mohd Nor Bin JusohUnit Pendidikan Agama Islam Pendidikan Rendah

    Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail

    ABSTRAK

    Bahan maujud ialah bahan sebenar yang ditunjukkan kepada murid sama ada di dalam kelas ataupundi luar kelas yang dapat memberi kesan pembelajaran yang lebih bermakna kepada murid kerana ia

    ada hubungan dengan kehidupan harian individu. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan

    bahan maujud dalam simulasi bagi meningkatkan minat murid tahun 4 terhadap tajuk bersuci daripada

    najis. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah 10 orang murid daripada tahun 4 Akrab di

    Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga. Kaedah pengumpulan data yang diaplikasi dalam kajian

    tindakan ini adalah pemerhatian, temu bual dan dokumen. Dapatan kajian pemerhatian menunjukkan90% responden menunjukkan minat terhadap penggunaan bahan maujud dalam simulasi cara

    menyucikan najis. Dapatan kajian temu bual pula menjelaskan responden berminat terhadap bahan

    maujud kerana beberapa faktor seperti dapat membezakan jenis-jenis najis dan lebih mudah faham.

    Penggunaan bahan maujud ini dapat memberi motivasi kepada responden untuk mengekalkan tingkah

    laku positif sepanjang pengajaran dan pembelajaran.

    Kata kunci: Bahan Maujud, Simulasi, Minat, Najis

    PENGENALAN

    Dalam objektif pengajaran dan pembelajaran ibadah, kurikulum Pendidikan Islam KBSR menekankanagar murid-murid dapat mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu Ain serta memahami Fardu

    Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam. Justeru, untuk mencapai objektif ini, guru-guru perlumenggunakan pendekatan yang lebih berpusatkan murid, bahan dan tugasan. Pengajaran ibadah

    memerlukan guru menggunakan kaedah yang berbentuk amali, simulasi, tunjuk cara dan demonstrasi

    untuk memastikan murid-murid faham dan dapat melaksanakan sesuatu ibadah dengan betul. Oleh

    yang demikian, penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat murid wajar

    diketengahkan dalam kaedah-kaedah pengajaran seperti ini agar suasana pembelajaran tidak

    membosankan.

    Ng Ying (2004), menyatakan dalam kajiannya, kajian-kajian pendidikan yang terdahulu

    mendapati bahawa antara sebab murid tidak berminat untuk mengikuti pelajaran dalam kelas adalah

    kerana corak dan pola pengajaran yang membosankan mereka. Selain itu, penurunan motivasi belajar

    dalam kalangan murid juga disebabkan oleh sifat pengajaran yang homogen dan berbentuk sehala

    (guru-murid) dalam kalangan kebanyakan guru.

    Kajian ini bertitik tolak daripada masalah murid yang kurang minat belajar. Justeru, kajian ini

    dijalankan untuk meningkatkan minat murid terhadap tajuk bersuci daripada najis dengan

    menggunakan bahan maujud. Penggunaan bahan maujud ini dapat menarik minat dan perhatian murid

    dalam sesi pembelajaran kerana ianya merupakan bahan realistik yang murid-murid dapat lihat dan

    rasainya sendiri. Penggunaan bahan maujud ini memberi satu pengalaman baru kepada murid-murid.

    Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, penggunaan bahan maujud atau bahan

    sebenar ini adalah sangat penting. Pendidikan Islam adalah pendidikan yang semasa dan bersesuaian

    dengan realiti pada hari ini. Pendidikan Islam adalah pendidikan amali dan bukannya bersifat teoritis

    semata. Kesemua isi dan bahan pengajaran Pendidikan Islam perlu diajar berasaskan kepada realiti dan

    amali, contohnya dalam pengajaran ibadah. Tujuan utama pengajaran ibadah ialah supaya murid-murid

    dapat memahami secara mendalam sesuatu ibadah dan bukannya setakat mengetahui fakta-fakta seperti

    rukun, syarat sah dan sebagainya. Pendekatan pengajaran ibadah berasaskan realiti semasa boleh

  • 7/31/2019 370-737-1-SM

    2/5

    SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

    Mu

    kaSurat

    268

    dilaksanakan dengan pelbagai kaedah yang bersesuaian antaranya adalah dengan menggunakan bahan

    maujud dalam simulasi atau tunjuk cara ibadah. Penekanan guru mestilah kepada perkara semasa

    seperti cara penggunaan alat-alat bersuci, cara menyucikan najis, cara bertayamum menggunakan debutanah dan sebagainya.

    Menurut Mohd Azizi, Badrol Hisham, Mohd Hafiz, Siti Zubaidah & Suryatee (2009),

    berdasarkan dapatan kajian mereka melalui pemerhatian yang dilakukan, pengkaji mendapati muridsangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses pembelajaran yang akan diajar

    oleh guru selanjutnya. Hal ini kerana guru menunjukkan bahan maujud seperti batu, tisu, kulit kayu,

    daun kering, kertas kesat dan kain perca semasa set induksi di awal proses pengajaran dan

    pembelajaran. Murid kebanyakannya tertanya-tanya kepada guru apakah kegunaan bahan-bahan

    maujud tersebut. Sebelum guru memberikan jawapan tentang proses pengajaran pada hari itu, beliau

    telah meminta murid meneka apakah kegunaan dan sebab bahan-bahan maujud itu dibawa. Respon

    yang diterima daripada murid adalah sangat aktif. Dalam pemerhatian, pengkaji mendapati kelas

    menjadi lebih aktif kerana tertarik dengan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru.

    Berdasarkan pendapat-pendapat dan hasil kajian yang lepas, membuktikan bahawa penggunaan

    bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dapat menarik minat murid-murid

    tetapi juga mampu menguatkan ingatan dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap apa yang

    dipelajarinya. Dalam kajian Baharuddin & Shariff (1995) dalam Hayazi (2008), ada menyelitkanperibahasa Cina yang berbunyi saya dengar dan saya lupa, saya lihat dan saya ingat, saya buat dan sayafaham.

    Dalam kajian ini, murid-murid akan ditunjukkan dengan bahan-bahan maujud yang mewakili

    jenis-jenis najis seperti arak, air kencing, darah dan tahi untuk menarik minat mereka terhadap tajuk

    bersuci daripada najis. Kemudian, murid-murid sendiri akan menggunakan bahan-bahan maujud ini

    dalam simulasi cara menyucikan najis. Jadi, dalam penggunaan bahan maujud ini banyak melibatkan

    pancaindera murid-murid seperti penglihatan, rasa dan bau.

    METODOLOGI KAJIAN

    Objektif Kajian

    Objektif khusus kajian ini adalah untuk:

    i. Menarik minat murid dalam tajuk bersuci daripada najis dengan penggunaan bahan maujuddalam simulasi.

    ii. Membantu murid-murid membezakan antara najis mutawasitah dan mughalazah denganpeggunaan bahan maujud dalam simulasi.

    iii. Membantu murid-murid menggunakan bahan maujud untuk melaksanakan simulasi caramenyucikan najis mutawasitah dan mughalazah dengan betul.

    Kumpulan Sasaran

    Kajian ini melibatkan 10 orang murid tahun 4 Akrab Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga.

    Responden dipilih berdasarkan tiga kaedah yang diaplikasikan dalam tinjauan masalah iaitu

    pemerhatian, temu bual dan dokumen. Berdasarkan tiga kaedah yang digunakan dalam tinjauanmasalah ini, pengkaji telah memilih 10 orang murid sebagai responden untuk menjalankan kajian.

    Responden yang dipilih ini mempunyai ciri-ciri seperti kerap bertingkah laku negatif dalam kelas,

    kurang minat untuk belajar dan berada di tahap sederhana dan juga lemah dalam ujian OTI 1. Pengkaji

    tidak memilih responden dalam kalangan murid yang lemah sahaja kerana tidak semua murid yang

    lemah ini bermasalah tingkah laku.

    Model

    Prosedur pelaksanaan kajian ini menggunakan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis& McTaggart (1988). Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan

    (cycle) iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan

    dua gelungan.

  • 7/31/2019 370-737-1-SM

    3/5

    SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

    Mu

    kaSurat

    269

    Instrumen

    Pemerhatian

    Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian secara berstruktur dalam kajian ini. Objektif kaedah

    pemerhatian ini adalah berfokus kepada tingkah laku responden yang negatif dan juga yang positif

    semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengkaji ingin melihat reaksi dan tindak balasresponden sama ada mereka menunjukkan minat atau pun tidak terhadap pembelajaran simulasi yang

    menggunakan bahan maujud. Selain itu, pengkaji juga ingin meninjau sejauhmana penggunaan bahan

    maujud ini dapat membantu responden melaksanakan simulasi cara menyucikan najis dengan baik.

    Temu Bual

    Pengkaji menggunakan kaedah temu bual secara tidak berstruktur. Objektif kaedah temu bual ini

    adalah untuk mendengar sendiri pandangan dan pendapat responden terhadap penggunaan bahan

    maujud dalam simulasi cara menyucikan najis secara bersemuka. Melalui kaedah temu bual ini juga,

    pengkaji dapat mencungkil maklumat dengan lebih terperinci berkaitan dengan minat responden,

    kefahaman tentang tajuk yang diajar, reaksi responden sekiranya bahan maujud seperti ini

    diaplikasikan dalam tajuk lain serta faktor atau sebab kepada reaksi yang diberikan oleh responden.

    Dokumen

    Pengkaji menggunakan kaedah dokumen iaitu lembaran kerja dalam kajian ini. Objektif kaedah

    dokumen ini adalah untuk menilai kefahaman responden terhadap tajuk yang diajar dari segi

    membezakan jenis najis mutawasitah dan najis mughalazah serta urutan cara menyucikan najis

    keduanya. Dokumen dianalisis berdasarkan kepada empat lembaran kerja yang diedarkan.

    DAPATAN KAJIAN

    Penggunaan bahan maujud dalam simulasi dapat menarik minat murid dalam tajuk bersuci

    daripada najis

    Jadual 1 : Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut fokus pemerhatian

    Bil. Fokus pemerhatian Bilangan responden Peratusan respondenTingkah laku positif P1 P2 P1 P2

    1. Beri perhatian terhadap proses pengajaran dan

    pembelajaran

    10 10 100% 100%

    2. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti 9 9 90% 90%

    3. Menunjukkan minat terhadap bahan maujud 9 9 90% 90%

    4. Dapat menjawab soalan guru di akhirpengajaran

    10 10 100% 100%

    Tingkah laku negatif P1 P2 P1 P2

    5. Membuat kerja lain - - - -

    6. Membuat bising 1 1 10% 10%7. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain 2 - 20% 10%

    Pada sesi pembelajaran kali pertama dan kedua dalam Jadual 1, semua responden memberikan

    perhatian terhadap pembelajaran dan dapat menjawab soalan guru di akhir pembelajaran. Seramai 90%

    responden melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti simulasi serta menunjukkan minat terhadap bahan

    maujud. Hanya 10% responden yang membuat bising semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kali

    pertama dan kedua. Manakala 20% responden suka berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain padasesi pembelajaran pertama dan berkurang menjadi 10% pada sesi pembelajaran kedua.

    Hasil analisis temu bual, pengkaji dapat mengenal pasti punca responden kurang berminat

    dengan bahan maujud kerana pengkaji mendapati responden berasa geli dengan bahan maujud yang

    ditunjukkan terutamanya tahi. Melalui hasil temu bual juga, pengkaji mendapati faktor responden

    berminat dengan penggunaan bahan maujud adalah kerana responden dapat mengetahui jenis-jenis

  • 7/31/2019 370-737-1-SM

    4/5

    najis, lebih mudah faham

    responden boleh nampak b

    Murid-murid dapat me

    bahan maujud

    Jawapan yang diberikan obahan maujud ialah keran

    lembaran kerja yang berka

    cemerlang dalam lembara

    lembaran kerja 1 dan 3.

    Murid-murid dapat

    menyucikan najis mutaw

    Jadual 2 : Taburan bilanga

    Bil. Fo

    Tin

    1. Dapat melaksanak

    najis

    2. Mahir menggunak

    simulasi

    Seramai 9 orang (90%) r

    pembelajaran pertama dan

    segi kemahiran mengguna

    yang mahir pada kedua-

    responden minat terhadap

    responden dapat mengetah

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    Lembaran 1

    SEMINAR PENYELIDIKA

    apa yang dipelajari serta memudahkan responden

    ahan yang digunakan dalam simulasi.

    bezakan antara najis mutawasitah dan mughalaz

    Rajah 1 : Graf pencapaian responden

    leh responden apabila pengkaji bertanyakan sebabdapat mengetahui jenis-jenis najis. Tahap pencapai

    itan soalan jenis najis dalam Rajah 1 ialah semua res

    n kerja 2 manakala 9 orang responden berada di t

    enggunakan bahan maujud untuk melaksan

    asitah dan mughalazah dengan betul

    dan peratusan responden mengikut fokus pemerhati

    us pemerhatian Bilangan respon

    gkah laku positif P1 P

    an simulasi cara menyucikan 9 1

    an bahan maujud dalam 9

    esponden dapat melaksanakan simulasi cara meny

    meningkat menjadi 10 orang (100%) pada sesi pe

    kan bahan maujud dalam simulasi hanya 9 orang (

    ua sesi pembelajaran. Hasil analisis soalan temu

    penggunaan bahan maujud dalam simulasi kerana m

    i cara menyucikan najis.

    Rajah 2: Graf pencapaian responden

    Lembaran 2 Lembaran 3

    N TINDAKAN PISMP 2010

    Mu

    kaSurat

    270

    untuk belajar kerana

    h dengan peggunaan

    ereka minat terhadapan responden bagi tiga

    onden berada di tahap

    hap cemerlang dalam

    akan simulasi cara

    n

    den Peratusan responden

    P1 P2

    90% 100%

    90% 90%

    cikan najis pada sesi

    belajaran kedua. Dari

    0%) responden sahaja

    bual mendapati faktor

    lalui bahan maujud ini

    Cemerlang (100-80%)

    Sederhana (70-60%)

    Lemah (50-40%)

  • 7/31/2019 370-737-1-SM

    5/5

    SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

    Mu

    kaSurat

    271

    Peratusan bagi setiap responden untuk tiga lembaran kerja yang berkaitan soalan susun semula

    langkah-langkah menyucikan najis ialah bagi lembaran kerja 1 semua responden berada di tahap

    cemerlang, manakala lembaran kerja 2 seramai 9 orang dan lembaran kerja 4 seramai 5 orang sahaja.Hanya seorang responden sahaja berada di tahap lemah dalam lembaran kerja 2 dan 4.

    PERBINCANGAN DAN CADANGAN

    Perbincangan

    Menurut Woolfolk (1990) dalam Mok Soon Sang (2003), motivasi merujuk kepada satu kuasa dalaman

    yang membangkit, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia. Motivasi adalah proses

    dalaman yang menimbulkan tingkah laku seseorang. Sekiranya tingkah laku yang ditimbulkan oleh

    motivasi berpusatkan pada sesuatu perkara dan aktiviti itu dapat menghasilkan kepuasan, maka

    seseorang itu akan meneruskan aktiviti tersebut. Motivasi yang berpusatkan pada sesuatu perkara

    adalah disebut sebagai minat. Justeru, dalam kajian ini pengkaji menggunakan bahan maujud sebagai

    satu rangsangan untuk memotivasikan murid seterusnya meningkatkan minat murid terhadap tajuk

    bersuci daripada najis.

    Berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1962) dalam Poh (1998), kanak-kanak

    yang berumur antara 7 hingga 11 tahun berada dalam peringkat yang dipanggil operasi konkrit. Pada

    peringkat ini, kanak-kanak berinteraksi baik dengan objek konkrit. Oleh yang demikian, penggunaanbahan maujud dalam simulasi dapat membantu responden memahami jenis-jenis najis.

    Rumusan

    Pembelajaran yang berkesan merupakan pembelajaran yang dapat memberi pengetahuan, pengalaman

    yang bermakna serta dapat menarik minat murid untuk terus belajar. Justeru, adalah penting untuk

    menjadikan pembelajaran ibadah dalam Pendidikan Islam sekolah rendah ini sesuatu yang

    menyeronokkan dan dapat memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan seharian murid-murid. Hal

    yang demikian ini kerana, pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting dan menjadi penanda

    aras kepada pembentukan sahsiah dan akhlak kanak-kanak pada masa hadapan.

    Cadangan Kajian Seterusnya

    Berdasarkan dapatan kajian yang diterima, beberapa cadangan dan penambahbaikan boleh dilakukan

    untuk kajian seterusnya. Cadangan pertama adalah dari segi bilangan responden kajian. Diharapkan

    dalam kajian seterusnya, bilangan responden akan ditambah menjadi lebih ramai atau boleh

    menjalankan kajian ini untuk semua murid dalam satu kelas.

    Selain itu, penggunaan bahan maujud dalam kajian boleh dipelbagaikan dan boleh diaplikasikan

    juga bagi tajuk-tajuk ibadah yang lain seperti tajuk Istinjak bagi tahun 1. Tajuk Istinjak ini memerlukan

    guru memperkenalkan kepada murid-murid alat-alat bersuci dan cara beristinjak yang betul. Justeru,

    penggunaan bahan maujud seperti air, batu, kayu, tisu, daun dan sebagainya boleh diaplikasikan dalam

    tajuk ini dan dijalankan kajian.

    BIBLIOGRAFI

    Hayazi Bin Mohd Yasin. (2008).Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di

    Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor.

    Tesis Tidak Diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.

    Mohd Azizi bin Sulaiman, Badrol Hisham Bin Majid, Mohd Hafiz Bin Hassan, Siti

    Zubaidah binti Ingsa & Suryatee binti Abd Rashid. (2009). Meningkatkan Minat Pelajar

    Tingkatan Satu Terhadap Tajuk Istinjak Dengan Menggunakan Bahan Maujud. Kertas

    Pembentangan Seminar, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Mok Soon Sang. (2003). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan. Subang Jaya:

    Kumpulan

    Budiman Sdn.Bhd.