3536902-budaya-makan-di-malaysiasivik-2008.doc

Upload: yatie-jambari

Post on 01-Mar-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PINANG

KERJA KURSUS SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4TAJUK MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEHNama :

1. TENGKU AMMAR HAKIM BIN TENGKU MAHUSIN

2. MOHD ALIFF BIN YAACOB

3. MOHD AMAR BIN TAJUDIN

4. MOHD AMIRUL UMAR BIN BOKHORE

Tahun : 4 Cemerlang

ISI KANDUNGAN

No.TAJUKMUKA SURAT

1.ISI KANDUNGAN2

2PENGHARGAAN3

3PENGENALAN4-5

4MAKANAN TRADISIONALDI MALAYSIA6-17

5 PENUTUP 18-19

6RUJUKAN 20

7LAMPIRAN21

PENGHARGAANTerlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat sehingga terhasilnya kerja khusus Sivik ini yang bertajuk Makanan Tradisional Di Malaysia. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan serta pembantuan dari segi kewangan sepanjang kajian ini dijalankan.Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Noor Zila bt. Yahya , guru pendidikan sivik sekolah ini yang telah memberikan panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa untuk merealisasikan tugasan ini. Akhir sekali, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan sekelas yang telah memberi sokongan dan dorongan yang mencukupi. Terima kasih .PENGENALAN Kepelbagaian merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Masyarakat Melayu kaya dengan khazanah seni termasuk keindahan dan kreativiti dalam masak memasak atau penyajianmakanan. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan masyarakat terbesar dengan 54% daripada populasi Malaysia. Melayu merupakan masyarakat terbesar dan beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut. Pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara di beberapa negeri. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam.Di Negeri Melaka, perkembangan sejarah kaum Cina bermula pada abad ke-15.Ianya bermula dengan lawatan admiral China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina. Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18. Pendatang dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja.

Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Keturunan India dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang lain.

Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada Hidangan Malaysia dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka masakan baru dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain-lain.

BUDAYA MAKAN DI MALAYSIA

Budaya makanan orang Melayu mempunyai banyak ciri-ciri yang istimewa dan unik. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai Rice Bowl of Malaysia. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.

Santan merupakan bahan asas dalam masakan. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa dalam masakan Melayu adalah seperti bawang, halia, bawang putih dan cili, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.

Orang Melayu di kampung-kampung pada masa kini masih berlandaskan pertanian dan penternakan. Hasil pertanian seperti pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Hasil-hasilan kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ubat untuk mengubati penyakit diabitis dan juga tekanan darah tinggi. BUDAYA MAKAN MELAYUNASI LEMAKNasi lemak merupakan masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan sepanjang hari. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang, sambal dan ayam goreng Nasi LemakRESIPI NASI LEMAK:

Bahan-Bahan:3 cawan beras, 3 cawan santan cair, 2 helai daun pandan, sudu kecil garamCara:1. Bersihkan beras dan tuskan.

2. Masukkan beras ke dalam periuk bersama santan,garam dan daun pandan.3.Masak hingga nasi kering dan hidangkan bersama ikan bilis goreng, telur rebus, timun, dan sambal tumis.NASI TOMATODi musim perayaan dan di majlis kenduri, nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Nasi TomatoRESIPI NASI TOMATO

Bahan-Bahan:

2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar cawan minyak sapi, 2 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga, 2 cawan air2 kuntum bunga cengkih, 2.5 sm kulit kayu manis, 2 cawan beras, cawan sos

Cara:Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan sos tomato. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.LAKSASelain lauk pauk, terdapat juga makanan ringan seperti laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain.RESIPI LAKSA PENANGBahan-Bahan:

1 kg laksa (dicelur)1 kg ikan kembung2 batang bunga kantan5 keping asam gelugur10 biji cili padi1 tangkai daun kesum2 sudu besar otak udang2 batang serai (diketuk) 4 liter air1 biji timun (dihiris)sedikit daun salad (dihiris)2 biji bawang besar (dihiris)2 sudu besar cili kisar4 biji telur rebusGaram secukup rasa

Cara:Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga halus. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang & air ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun & telur rebus.MANISANManisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih. Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka. Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Ondeh-Ondeh Kuih Muih

ROTI JALA

Antara pelbagai jenis kuih-kuih yang dijualkan dalam pasaran, roti jala bukan sahaja telah menjadi kegemaran dalam kalangan orang Melayu malahan juga kaum-kaum yang lain seperti Cina dan India.

RESIPI ROTI JALA

Bahan-Bahan

1 kilo tepung gandum2 biji telor ayam1 tin susu cair Carnation 1 sudu marjerinSedikit garamSetitik pewarna kuning

Cara:

1. Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur.

2. Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang.

3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang telah cair.

4. Kemudian setelah selesai angkat lipatkan segi empat atau segi tiga.NASI KANDAR

Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita. Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain.Nasi kandar mengekalkan nama kandar ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia. Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik.

Nasi KandarBUDAYA MAKAN INDIA

ROTI CANAI, PARATHA, PURI DAN CHAPATIRoti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal. Roti Canai MurukuNASI BRIYANI

Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade, maruku dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. Nasi Beriani GamKARI KAMBING

RESIPI KARI KAMBING

Bahan-Bahan

1 kg bahu kambing uang bertulang(dipotong dadu sebesar 2.5 cm. 125 g minyak sapi1 kuntung bunga lawang1 camca adas 1 camca kakas5 cm kayu manis20 ulas bawang merah (dihiris nipis) 8 ulas bawang putih 2 camca serbuk rempah kari Sedikit air (digaul menjadi pes)5 batang lada hijau (digiling) 5 batang lada merah(digiling2.5 cm kunyit hidup(digiling)Gram secukup rasa 450 ml pati santanCara:Pijarkan minyak sapi dalam sebuah kuali besi dan masukkan kesemua rempah kering tadi. Tumiskan sehingga wangi, Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. Kecilkan api dan mask sehingga layu. Masukkan rempah kari dan kacau rata-rata. Apabila naik baunya, masukkan lada hijau yang telah digiling dan pes kunyit. Masukkan daging dan garam secukup rasa. Goreng sehingga tergaul rata.Masukkan santan lalu kacau sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga dagaing itu empuk. Rasa garamnya dan turunkan daripada api. Kari Kambing

BUDAYA MAKAN BABA NYONYAMasakan nyonya pada masa kini sangat diminati oleh pelbagai kaum di Malaysia. Kaum nyonya bermastautin di Melaka dan P.Pinang. Anak lelaki mereka dipanggil baba dan anak perempuan dipanggil nyonya. Masakan dan budaya nyonya adalah gabungan daripada orang Melayu dan Cina. Contoh masakan nyonya ialah bubur caca, ikan bakar dan air asam, nasi kerabu dan lain-lain. Nyonya di Penang dipengaruhi oleh Thailand di mana penggunaan limau dan asam jawa agak ketara. Masakan nyonya di Melaka mempunyai banyak pengaruh Indonesia dan Melayu. Jantung pisang, nangka muda, daun keledek dan belimbing buluh digayakan dalam masakan mereka. Buah-buahan dan sayuran ini digabungkan dengan daun limau purut, daun kesum, bunga kantan, daun kunyit dan daun pandan. Otak-otak, kerabu, laksa nyonya dan kuih muih nyonya mendapat tempat di buffet hotel dan restoran. Kuih nyonya terkenal dengan keenakan dan kepelbagaiannya. Kebanyakan kuih nyonya ini berasaskan resipi kuih orang Melayu tetapi diperkemaskan dan perbaharui oleh kaum nyonya. Bahan tani yang digunakan ialah ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, beras pulut, santan dan gula melaka.

Pulut Tai Tai Kerabu Bee HoonBUDAYA MAKAN CINA

Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18. Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus. Bagi orang Melayu mereka lebih meminati ayam yang bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus. Minuman iringan bagi kaum Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang.

Yong Tau Fu

Char Kuey Teow

NASI AYAMNasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian karena asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa makanan di Asia Tenggara. Nasi Ayam HainanRESIPI NASI AYAM HAINANBahan-Bahan:

4 tin susu beras2 helai daun pandan2 susu mentegaDaun saladTimun

Sop Ayam:4 ulas bawang putih }2 inci halia } kisar1 ekor ayamGaram Bahan kisar:8 ulas bawang putih 4 inci halia

Sos cili:10 batang cili merahair limau kasturiGulaCara:1. Ayam yg telah direbus dipotong 4. Gaul dengan kunyit/tepung jagung/garam lalu goreng dlm minyak penuh.

2. Panaskan periuk tumis bahan kisar.

3. Bila garing masukkan daun pandan & beras bersama 4 tin susu dari sop ayam. Biar nasi masak. Bila dah masak ratakan dengan mentega & garam.PENUTUPUntuk mengakhiri folio ini, saya ingin menyentuh aspek etika sosial dan tata cara peradaban meja makan di Malaysia. Sebelum itu, mari kita meninjau ke dapur-dapur orang Malaysia. Terdapat pelbagai kaedah memasak yang boleh kita pelajari. Bagi kaum Melayu peralatan seperti batu lesung merupakan peralatan mesti ada dari nenek moyang kita dahulu hingga sekarang. Kaum Cina dengan kuali atau woknya dan kaum India dengan belanganya pula. Kaum ethenik di Malaysia menganggap suasana ketika menikmati hidangan adalah aktiviti komuniti, tidak kira di rumah atau di restoran. Makanan dihidang serentak dan setiap individu akan dihidangkan dengan nasi dan mereka akan memilih lauk pauk sendiri. Orang India dan orang Melayu menggunakan tangan dan kaum Cina dengan penyepit. Menggunakan tangan juga mempunyai etika tersendiri. Kita hanya menggunakan tangan kanan dan hujung jari sahaja. Tapak tangan tidak digunakan dan ia mesti kelihatan bersih tidak comot. Membasuh tangan bukan sahaja bersopan tetapi dimestikan dari segi kebersihan. Kita tidak dibenarkan sama sekali mengambil makanan dari pinggan hidang dengan tangan. Kita sepatutnya menggunakan sudu yang disediakan dengan mengambilnya dengan tangan kiri. Anda digalakkan mengambil makanan terdekat dengan anda dahulu dan tidak terlalu banyak bercakap jangan bercakap ketika mulut masih penuh dan akhir sekali tidak mengunyah terlalu kuat.

Bagi kaum Cina memang lasimnya menggunakan penyepit, tetapi di restoran dan kedai makanan ada juga yang menyediakan sudu dan garpu. Mereka dianggap tidak bersopan jika menjilat hujung penyepit dan meletakkan penyepit di atas mangkuk nasi. Letakkan penyepit di tempat yang disediakan dan jangan berebut-rebut, pastikan anda menunggu giliran apabila memusing bulatan pemusing. Pada lazimnya hidangan Cina diiringi dengan pelbagai sos, pastikan anda mengambil sos dengan sudu yang disediakan dan letakkan sos ke dalam piring kecil yang disediakan dan jangan sekali-kali mencelup makanan di pinggan hidang.

Budaya makan di Malaysia dianggap unik dan istimewa kerana ia merupakan campuran budaya daripada beberapa kaum yang lain di Asia. Kita seharusnya menghargainya dan mencintainya supaya generasi masa hadapan dapat memahami dan menghormati adat resam dan budaya berbilang kaum di Malaysia ini. Oleh demikian, wujudlah sebuah masyarakat yang beraman-damai, bersepadu, dan harmonis.

RUJUKAN

1. Buku Teks KBSM Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Ting.3

Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Vincent Selva A/L Santhanasamy,Lim Jin Fou

Kementerian Pelajaran Malaysia, Percetakan Rina Sdn. Bhd

ISBN 9383-9859-88-9

2. http://www.rasamalaysia.com/3. http://www.angelfire.com/tv2/masakanmalaysia/5. http://mimieziss.multiply.com/journal/item/25/PEMBUDAYAAN_MAKANAN_ MALAYSIA

6.0 http://resepi.mesra.net/

6.1 http://resepi.mesra.net/Detailed/2871.shtml

6.2 http://resepi.mesra.net/Detailed/870.sh6.3 6.3 http://resepi.mesra.net/Detailed/417.shtml

6.4 http://resepi.mesra.net/Detailed/2504.shtml 6.5 http://resepi.mesra.net/Detailed/2469.shtml

LAMPIRAN

http://www.cafe.com.my/delicacy/malaysiafood.html

http://mimieziss.multiply.com/journal/item/25/PEMBUDAYAAN_MAKANAN_MALAYSIA

PAGE 2