33418358-perkembgn-tafsir

10
Pengenalan Ilmu Tafsir merupakan ilmu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan ini disebabkan ilmu ini membincangkan persoalan yang berkaitan dengan seluruh aspek keperluan manusia di atas dunia ini. Mendalami sejarah kewujudan ilmu Tafsir dan perkembangannya juga merupakan perkara yang tidak kurang pentingnya dalam memahami ilmu ini. Melalui pembincangan dalam topik ini pelajar akan memahami selok-belok penghasilan sesebuah kitab Tafsir karangan ulama mufassirin, sebagaimana memahami cara dan metode yang diguna pakai oleh mereka dalam mengolah sesuatu ayat al-Quran. Bagi membincangkan perkembangan ilmu Tafsir ini, kita akan menelusuri tiga tempoh zaman iaitu zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat, zaman Tabi’in dan Atba’ al-Tabi’in dan zaman Tadwin atau Pembukuan. Perkembangan Ilmu Tafsir ZAMAN RASULULLAH S.A.W DAN SAHABAT Zaman permulaan bagi Ilmu Tafsir sudah tentulah bertitik tolak dari zaman Rasulullah s.a.w. Keadaan ini kerana wahyu dari langit yang dibawa dengan perantaraan Malaikat Jibril itu bermula sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi Rasul. Oleh itu boleh dikatakan, perkembangan Ilmu Tafsir pada hakikatnya bermula sebaik sahaja al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. Perkembangan Ilmu Tafsir samalah seperti ilmu- ilmu yang lain. Sesuatu ilmu kebiasaannya muncul di persada dunia tanpa nama yang khas merujuk kepadanya. Setelah berlalu tempoh masa tertentu, barulah manusia mula memikirkan nama yang sesuai dengan ilmu tersebut. Keadaan demikian juga berlaku kepada Ilmu Tafsir. Pentafsiran al-Quran bermula sejak dakwah Islam disebarkan oleh nabi Muhammad s.a.w. Metode/Bentuk Pentafsiran Orang yang mula-mula-mula mewujudkan ilmu Tafsir al- Quran dan menjelaskan maknanya kepada orang ramai ialah Rasulullah s.a.w.

Upload: anizasuraya70978568

Post on 29-Nov-2015

97 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PengenalanIlmu Tafsir merupakan ilmu yang amat penting dalam kehidupan manusia.Kepentingan ini disebabkan ilmu ini membincangkan persoalan yang berkaitandengan seluruh aspek keperluan manusia di atas dunia ini. Mendalami sejarahkewujudan ilmu Tafsir dan perkembangannya juga merupakan perkara yangtidak kurang pentingnya dalam memahami ilmu ini. Melalui pembincangandalam topik ini pelajar akan memahami selok-belok penghasilan sesebuah kitabTafsir karangan ulama mufassirin, sebagaimana memahami cara dan metodeyang diguna pakai oleh mereka dalam mengolah sesuatu ayat al-Quran.Bagi membincangkan perkembangan ilmu Tafsir ini, kita akan menelusuri tigatempoh zaman iaitu zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat, zaman Tabi’in danAtba’ al-Tabi’in dan zaman Tadwin atau Pembukuan.

Perkembangan Ilmu Tafsir

ZAMAN RASULULLAH S.A.W DAN SAHABAT

Zaman permulaan bagi Ilmu Tafsir sudah tentulah bertitik tolak dari zamanRasulullah s.a.w. Keadaan ini kerana wahyu dari langit yang dibawa denganperantaraan Malaikat Jibril itu bermula sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w

dilantik menjadi Rasul. Oleh itu boleh dikatakan, perkembangan Ilmu Tafsir padahakikatnya bermula sebaik sahaja al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammads.a.w. Perkembangan Ilmu Tafsir samalah seperti ilmu-ilmu yang lain. Sesuatuilmu kebiasaannya muncul di persada dunia tanpa nama yang khas merujukkepadanya. Setelah berlalu tempoh masa tertentu, barulah manusia mulamemikirkan nama yang sesuai dengan ilmu tersebut.Keadaan demikian juga berlaku kepada Ilmu Tafsir. Pentafsiran al-Quranbermula sejak dakwah Islam disebarkan oleh nabi Muhammad s.a.w.

Metode/Bentuk PentafsiranOrang yang mula-mula-mula mewujudkan ilmu Tafsir al-Quran danmenjelaskan maknanya kepada orang ramai ialah Rasulullah s.a.w. Baginda ialah orang yang paling faham tentang makna-makna ayat-ayat al-Quran. Baginda juga amat memahami tentang rahsia-rahsia yang terkandung dalam ayat al-Quran dan mengetahui tujuan sesuatu ayat berkenaan diturunkan. Bahkan dalam sesetengah ayat, seruan itu ditujukan terus secara langsung kepadabaginda s.a.w. supaya menjelaskannya kepada manusia. Contohnya ayat berikut:

Bermaksud: “Supaya engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkankepada mereka”. (Surah al-Nahl: 44)

Menurut Ibn Khaldun dalam Muqaddimahnya, Nabi s.a.w menjelaskan kepada sahabat-sahabat tentang ayat-ayat yang umum dengan memperincikan supayadifahami dengan jelas oleh mereka. Demikian juga Baginda s.a.w membezakanmana ayat yang Nasikh dan mana yang mansukh. Penjelasan Rasulullah memberi faham makna dan maksud tersirat di dalam ayat, manakala peristiwa atau sebab nuzul sedia diketahui oleh para sahabat yang menyaksikan wahyu diturunkan. Semuanya ini diperjelaskan oleh Nabi sendiri kepada sahabat-sahabatbaginda s.a.w sehingga mereka benar-benar faham dan mengerti penjelasan dan pentafsiran sesuatu ayat al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Ilmu pentafsiran ini kemudiannya berpindah daripada generasi sahabat kepada generasi tabi’in dan begitulah seterusnya.Keadaan ini berterusan apabila ilmu ini sentiasa berpindah randah dari generasipertama iaitu generasi sahabat kepada generasi seterusnya iaitu generasi tabi’in dan sehingga generasi kebelakangan. Sehinggalah

pengetahuan ini menjadi satu cabang ilmu yang akhirnya dibukukan khusus. Kemudian ilmu ini kian bercambah dengan penulisan buku-buku yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Semua ini dipindahkan secara asli daripada sahabat, tabi’in dan generasi selepasnya sehinggalah lahir tokoh-tokoh Tafsir yg lain.

Kesimpulannya, boleh dikatakan metode yang dibawa oleh Nabi Muhammads.a.w ialah metode terus atau secara langsung. Ini bersesuaian dengan keadaan Nabi yang bertindak sebagai pemberi penjelasan terhadap ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepadanya.Secara kesimpulannya, metode Rasulullah s.a.w menafsirkan al-Quran kepadasahabat ialah seperti berikut:(i) Menjelaskan sesuatu yang mujmal (tidak disebut secara terperinci). SepertiNabi s.a.w menjelaskan cara solat dan kadar zakat yang diwajibkan yangterdapat dalam surah al-Baqarah ayat 43,

(ii) Menerangkan sesuatu ayat yang kabur. Seperti penjelasan Rasulullah s.a.wterhadap surah al-Baqarah ayat 187:

Apa yang dimaksudkan di sini ialah kehitaman malam dan keterangan siang.

(iii) Mengkhususkan yang umum. Contohnya, kezaliman yang dimaksudkandalam surah al-An’aam ayat 82 berikut:

Rasulullah s.a.w menjelaskan kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat iniialah mensyirikkan Allah seperti yang terdapat dalam surah Luqman ayat13 berikut:

(iv) Mentaqyidkan yang mutlak. Seperti penjelasan Rasulullah s.a.w terhadap surah al-Maidah ayat 38:

Ayat ini menyebut ‘tangan’ secara mutlak, lalu Rasulullah s.a.wmentaqyidkannya dengan ‘tangan kanan’.

Sumber Ilmu Tafsir.(a) Sumber Pertama: Al-Quran al-KarimAl-Quran al-Karim merupakan sumber utama bagi ilmu Tafsir. Ini ialah kerana ayat-ayat al-Quran menjelaskan atau mentafsirkan antara satu sama lain.Sebagai contoh, Allah menurunkan sesuatu ayat yang berbentuk umum dalam satu surah. Dalam surah yang lain pula Allah menurunkan ayat yang memperincikan sesuatu yang disebutkan secara umum itu.

(b) Sumber Kedua: Al-sunnah al-NabawiyyahAl-Sunnah al-Nabawiyyah atau hadis Nabi s.a.w merupakan sumber kedua bagi ilmu Tafsir.

Bermaksud: “Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran, agar kamumenerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepadamereka dan supaya mereka memikirkan”. (an-Nahl: 44)Sebagai contoh, perintah menunaikan solat disebut secara umum dalam ayat berikut:Bermaksud: “Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat dan rukuklahbersama orang-orang yang rukuk.”(2:43)Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:Bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditetapkanwaktunya ke atas orang-orang mukmin.”Begitu juga dengan beberapa ayat yang lain yang menyentuh tentang kewajipan menunaikan solat. Ayat-ayat ini langsung tidak menjelaskan secara terperinci bagaimanakah cara menunaikan solat itu, berapa rakaat dan sebagainya. Maka hadis Nabi s.a.w berfungsi untuk menjelaskan secara terperinci tentang cara-cara dan perkara yang berkaitan dengan ibadat solat yang sempurna. Antara hadis yang memberi gambaran yang jelas tentang cara-cara menunaikan solat ialah hadis berikut: ص????لوا كم????ا رأيتم????وني أص????ليBermaksud: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”.

(c) Sumber Ketiga: Bahasa ArabBermaksud: “Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran dalam bahasaArab semoga kamu berfikir.” (Yusuf: 2)Menurut Ibn Kathir al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab kerana bahasa ini adalah bahasa yang paling fasih dan lebih jelas serta lebih luas dan banyak pengertian dalam menggambarkan sesuatu makna. Sebab itulah kitab yang paling mulia diturunkan dengan bahasa yang paling mulia. Ia diturunkan kepada Rasul yang paling mulia dengan perantaraan malaikat yang paling mulia. Sebagaimana ia diturunkan di tempat yangpaling mulia dan suci. Al-Quran juga mula diturunkan dalam bulan yangpaling mulia.Oleh itu kita bergantung kepada kefahaman yang jelas tentang selok belok ilmu bahasa Arab untuk memahami maksud yang terkandung dalam ayatayatal-Quran yang mulia itu. Antara ilmu-ilmu ini ialah ilmu tatabahasa, ilmu balaghah, ilmu sorof dan sebagainya.

(d) Sumber Keempat: Ijtihad dan Pendapat UlamaRuang ijtihad ini terbuka luas kepada mereka yang layak. Ijtihad merupakan sumber ilmu Tafsir yang keempat berdasarkan suruhan Allah agar kita memerhati, menghayati dan berfikir tentang makna-makna yang terdapat pada ayat-ayat al-Quran. Keterangan ini dijelaskan melalui ayat berikut:

Bermaksud: “Apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Kalaukiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapatpertentangan yang banyak di dalamnya”. (an-Nisaa’: 82)Sahabat-sahabat Nabi s.a.w serta ulama yang mu’tabar telah melaksanakantuntutan berijtihad dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran. Cuma satu perkarayang perlu diketahui, ijtihad dalam menafsirkan sesuatu ayat boleh dilakukanapabila tidak terdapat dalam sumber pertama dan kedua.

Sumber Ilmu Tafsir di Zaman Rasulullah

Apabila sahabat-sahabat mempunyai persoalan tentang ayat-ayat al-Quran, mereka merujuk terus kepada baginda s.a.w. Mereka akan bertanya Rasulullah penjelasan terhadap sesuatu ayat atau perkataan tertentu dalam mana-mana ayat. Maka Rasulullah s.a.w akanmenjawab serta menjelaskan segala kemusykilan itu. Ini adalah kerana Allah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemberi penjelasan terhadap al-Quran yang diturunkan kepada baginda. Ini jelas digambarkan melalui ayat berikut:Bermaksud: “Dan kami turunkan kepadamu peringatan (al-Quran) supaya kamu menjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka.”(an-Nahl: 44)Rasulullah s.a.w adalah sumber utama untuk menjelaskan segala keraguan terhadap ayat-ayat al-

Quran pada masa itu. Para sahabat sangat tekun mempelajari al-Quran dan pentafsirannya daripada Rasulullah s.a.w. Mereka juga terus menghafal ayat-ayat itu dan mengamalkannya.Uthman bin Affan, Abdullah bin Mas’ud dan selainnya apabila mempelajari daripada Nabi s.a.w sepuluh ayat, mereka tidak akan meneruskan ayat yang lain sehinggalah mereka benar-benar faham ayat itu dan beramal dengannya.Walaupun begitu tafsir al-Quran tidak pernah dibukukan mahupun dikelaskansebagai ilmu yang berasingan pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan ilmu ini hanya diriwayatkan oleh sahabat dari Rasulullah sebagaimana mereka meriwayatkan hadis-hadis yang lain.

Tafsir al-Quran Zaman SahabatSebagaimana yang diketahui bahawa Rasulullah s.a.w menjelaskan kebanyakanmakna al-Quran kepada sahabat-sahabat baginda. Mereka ialah golongan yangpaling mengetahui tentang al-Quran selepas Rasulullah s.a.w. Ilmu Tafsir pada zaman sahabat tidak jauh bezanya daripada zaman Rasulullah s.a.w. Para sahabat merupakan rujukan utama apabila ada kemusykilan terhadap ayat-ayat al-Quran. Walaupun begitu, para sahabat bukanlah semuanya sama dalam memahami ayat-ayat al-Quran.Bahkan terdapat perbezaan di antara mereka dalam memahaminya berdasarkan keupayaan akal mereka, lamanya tempoh mereka bersama Nabi

s.a.w. Antara sahabat yang paling mengetahui tentang ilmu Tafsir al-Quran ialah Khalifah yang empat, Abdullah bin Mas’ud, Ubai bin Ka’ab dan Abdullah bin Abbas. Selain mereka terdapat sahabat lain seperti Abu Musa al-Asya’ari, Amru ibn al-‘As, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan A’isyah. Ali bin Abi Talib dianggap sebagai sahabat yang paling mengetahui tentang ilmu Tafsir, sementara Abdullah bin Abbas pula yang paling muda di kalangan mereka.SEMAK KENDIRI 3.1Sumber Tafsir Zaman Sahabat(i) Tafsir al-Quran dengan al-Quran. Ini adalah sumber utama yang diajar oleh Rasululllah s.a.w kepada sahabat.(ii) Tafsir al-Quran dengan al-sunnah al-sahihah. Ini adalah sumber yang tidakkurang pentingnya kerana Rasulullah s.a.w ialah orang yang paling mengetahui tentang kitab Allah dan pentafsiran makna-maknanya.(iii) Tafsir al-Quran dengan ijtihad yang dilakukan dengan penelitian dan kefahaman yang baik. Sumber ini juga penting kerana sahabat adalah orang yang paling mengetahui tentang al-Quran selepas Rasulullah s.a.w. Mereka berada bersama Rasulullah s.a.w ketika al-Quran diturunkan.

Zaman Tabi’in Dan Itba’ Al-Tabi’in

Ilmu Tafsir Zaman Tabi’inKata-kata Tabi’in dalam ilmu Tafsir merupakan sumber ke empat dalam ilmu ini. Apabila tidak terdapat pentafsiran al-

Quran dengan al-Quran, pentafsiran al-Quran dengan al-Sunnah serta pentafsiran al-Quran dengan pendapat sahabat,maka ketika itu kita akan merujuk kepada pendapat Tabi’in. Pada zaman Tabi’in, ilmu Tafsir semakin berkembang. Para Tabi’in mengambil ilmu al-Kitab dan al- Sunnah daripada sahabat. Mereka mempelajari ilmu Tafsir dan berguru dengan sahabat tentang ilmu Tafsir dengan menghimpunkan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Mereka juga berguru tentang tafsir ayat-ayat al-Quran serta apa yang berkaitan dengan ilmu ini. Walaupun begitu pada zaman ini ilmu Tafsir masih lagi diriwayatkan secara lisan dan dihafal sahaja.Ulama Tafsir yang terkenal di kalangan tabi’in ialah Mujahid, Said bin Jabir, Ikrimah Maula Ibn Abbas, Thawus, Atha’ bin Abi Rabah. Mereka banyak meriwayatkan ilmu ini daripada Ibn Abbas. Sementara Alqamah, al-Aswad bin Yazid al-Nakha’i, Ubaidah bin Amru al-Salmani dan Amru bin Syarhabil banyak meriwayatkan ilmu ini daripada Ibn Mas’ud.

Pada zaman Tabi’in wilayah Islam semakin luas. Sahabat-sahabat keluar dariMadinah Munawwarah dan pergi ke negara yang baru. Di negara tersebutmereka menyebarkan ilmu Islam. Dalam bidang Tafsir, muncul beberapa aliran di negara-negara tersebut. Aliran-aliran ini dikenali sebagai madrasah Tafsir Makkah (Abdullah bin Abbas), madrasah

Tafsir Madinah (Ubai bin Ka’ab) dan madrasah Tafsir Kufah(Abdullah bin Mas’ud).

Ilmu Tafsir Zaman Atba’ al-Tabi’inSebagaimana yang anda ketahui, langkah pertama dalam perkembangan ilmuTafsir ialah perpindahan ilmu yang amat penting ini dengan cara riwayat darisatu generasi ke generasi yang lain. Sahabat meriwayatkan daripada Rasulullahs.a.w. Para Tabi’in pula meriwayatkannya daripada sahabat.Pada zaman Tabi’ al-Tabi’in perkembangan ilmu Tafsir maju selangkah lagi apabila hadis-hadis yang berkaitan tafsir ayat-ayat al-Quran mula dikumpulkan dan dibukukan. Antara orang bertanggungjawab melaksanakan tugas yang mulia ini ialah Sufian bin Uyainah, Waki’ bin al-Jarrah dan lain-lain. Walaupun begitu, pembukuan ini terhad kepada pengumpulan hadis-hadis yang berkaitan ilmu Tafsir sahaja. Masih belum ada lagi pembukuan ilmu secara berasingan seperti yang ada sekarang.

Zaman Tadwin/PembukuanDi dalam bahagian ini anda akan pelajari tentang ilmu Tafsir pada zaman Tadwin.

Peringkat Pembukuan Ilmu TafsirPada akhir zaman pemerintahan Kerajaan Umawiyy dan di awal pemerintahan Abbasi perkembangan ilmu Tafsir semakin rancak. Di era inilah bermulanya pembukuan ilmu Tafsir secara berasingan. Pada

zaman ini iaitu zaman pemerintahan Abu Ja’far al-Mansur, kegiatan pembukuan ilmu-ilmu Islam bergerak dengan begitu hebat sekali. Ilmu-ilmu seperti Hadis, Fiqh termasuklah ilmu Tafsir dibukukan pada zaman pemerintahannya. Beliau memerintah daritahun 136H sehingga tahun 158H.

Pentafsiran ayat-ayat al-Quran secara ayatdemi ayat mengikut susunan al-Quran mula diperkenalkan. Tidak dapat dipastikan siapakah yang mula-mula sekali membukukan ilmuTafsir secara berturutan, ayat demi ayat mengikut susunan al-Quran seperti yangada sekarang. Tetapi antara yang terawal membukukan ilmu ini dengan susunanbegitu ialah Ibn Jarir al-Tabari, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Hakim.

Perkembangan Tafsir Zaman MutakhirinPada zaman Abbasiah juga munculnya mazhab baru dalam perkembangan ilmu Tafsir. Di zaman ini muncul golongan yang memperkenalkan tafsir bi al-Ra’yi disamping tafsir bi al-Ma’thur.Selepas itu muncul pula buku Tafsir yang menjelaskan lafaz al-Quran dan penjelasan terhadap makna perkataannya. Antaranya ialah Mufradat al-Qur’an oleh al-Raghib al-Asfahani dan Gharib al-Qur’an oleh al-Sajastani.Kemudian muncul pula buku Tafsir yang membincangkan ayat-ayat yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak seperti Ahkam al-Qur’an oleh al-Syafi’I, Ahkam al-Qur’an

oleh Ibn al-Arabi dan Ahkam al-Qur’an oleh al-Qurtubi.Selain itu muncul pula kitab Tafsir yang membicarakan tentang istilah-istilahSains dalam ayat-ayat al-Quran. Tafsir ini cuba mengaitkan antara al-Quran danilmu alam seperti Tafsir Tantawi iaitu Jauhariyy al-Mu’asir. Selain Tantawi,beberapa ulama lain seperti al-Ghazali dan al-Suyuti juga menulis dalam hal terdahulu.Terdapat juga penulisan ilmu Tafsir yang memfokuskan perbincangannyamengenai perkara yang berkaitan dengan ilmu bahasa Arab seperti nahu, bayandan badi’ atau I’jaz al-lughawi. Antara ulama yang menulis dalam bidang iniialah al-Syeikh Makki bin Abi Talib, al-Akbari, al-Sarkhidi, al-Baqillani, al-Rumani dan al-Rafi’i. Pada tahun 125H, Shihabuddin al-Alusi telah mengarang kitab Tafsir yang berjudul Ruh al-Ma’ani.

Perkembangan Tafsir Zaman ModenTokoh Tafsir zaman moden ialah Mohd Rashid Ridha. Beliau juga merupakantokoh ulama Tafsir yang terkenal di zaman moden. Beliau yang berasal dari Tarablus, Syam, mengarang kitab Tafsir yang dinamakan Tafsir al-Manar. Tafsir ini dianggap sebagai pemangkin pergerakan pemikiran di zaman moden. Ia menyentuh permasalahan umat dari sudut pandangan al-Quran dan cara mengatasinya.Antara ulama Tafsir zaman moden juga ialah Syed Qutub. Beliau mengarang kitab Tafsir yang berjudul Fi Zilal al-Qur’an.

Tafsir Fi Zilal al-Qur’an merupakan sebuah tafsir yang bersandarkan kepada unsur-unsur naqliyyah atau riwayat-riwayat yang ma’thur. Oleh yang demikian, pengarangnya iaitu Syed Qutb Rahimahullah menjauhi perbahasan-perbahasan ilmu bahasa dan tatabahasa, perbahasan ilmu kalam, ilmu fiqh dan tidak memasukkan cerita-cerita israiliyyatdan menjauhi penemuan-penemuan sains yang asasnya sentiasa berubah-ubah.Tokoh yang lain ialah al-Syeikh Mutawalli Sya’rawi. Beliau gemar menggunakanpendekatan ilmu-ilmu moden dalam pentafsiran al-Quran. Pendekatan ini digunakan secara meluas dalam bukunya Tafsir Sya’rawi. Beliau gemar menggunakan pendekatan akal, logik dan perbandingan supaya memudahkan pembaca memahami sesuatu ayat. Di samping itu juga dapat menambahkan lagitahap keimanan pembaca kepada Allah s.w.t.

Hak milik abadi :

ن????ور ديان????ا بنت س????يفالبحريPPISMP PA/BI/BA 22009092310225123024Usul Tafsir ; Perkembangan Tafsir.