tafsir isyari (2)

32
Tafsir Isyari : Keharusan Dan Larangan Pendahuluan Al-Quran adalah sumber utama perundangan Islam. Allah Taala menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab yang fasih lagi jelas supaya isi kandungannya dapat difahami oleh manusia. Pada masa yang sama Rasulullah SAW diperintahkan untuk menerangkan dan menjelaskan makna al-Quran dengan lebih terperinci. Apabila Rasulullah SAW wafat, tugas menjelaskan makna al- Quran dipikul oleh para sahabat. Lahirlah tokoh-tokoh mufassirin dari kalangan mereka seperti Ibnu Abbas r.a, Ibnu Mas’ud r.a dan Ubaiy bin Kaab r.a. Tugas ini seterusnya diwarisi oleh generasi tabien, yang kemudiannya pula mewariskan tugas yang mulia ini kepada generasi selepas mereka. Golongan salaf al-soleh (tiga generasi yang pertama) sangat berhati-hati dalam penafsiran ayat-ayat suci al-Quran. Mereka lebih terikat kepada disiplin ilmu yang diasaskan oleh Rasulullah SAW, seterusnya dikembangkan oleh para sahabat dan para tabien. Kebanyakan daripada mereka memilih aliran 1

Upload: andy-matt

Post on 05-Aug-2015

223 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tafsir Isyari (2)

Tafsir Isyari : Keharusan Dan Larangan

Pendahuluan

Al-Quran adalah sumber utama perundangan Islam. Allah Taala menurunkan al-Quran dalam

Bahasa Arab yang fasih lagi jelas supaya isi kandungannya dapat difahami oleh manusia.

Pada masa yang sama Rasulullah SAW diperintahkan untuk menerangkan dan menjelaskan

makna al-Quran dengan lebih terperinci.

Apabila Rasulullah SAW wafat, tugas menjelaskan makna al-Quran dipikul oleh para

sahabat. Lahirlah tokoh-tokoh mufassirin dari kalangan mereka seperti Ibnu Abbas r.a, Ibnu

Mas’ud r.a dan Ubaiy bin Kaab r.a. Tugas ini seterusnya diwarisi oleh generasi tabien, yang

kemudiannya pula mewariskan tugas yang mulia ini kepada generasi selepas mereka.

Golongan salaf al-soleh (tiga generasi yang pertama) sangat berhati-hati dalam

penafsiran ayat-ayat suci al-Quran. Mereka lebih terikat kepada disiplin ilmu yang diasaskan

oleh Rasulullah SAW, seterusnya dikembangkan oleh para sahabat dan para tabien.

Kebanyakan daripada mereka memilih aliran penafsiran al-Quran dengan nas secara bersanad

yang dikenali sebagai Tafsir bi al-Ma’thur. Terdapat juga sahabat yang memilih aliran

penafsiran al-Quran berasaskan ijtihad yang kemudiannya dikenali sebagai Tafsir bi al-Ra’y.

Namun mereka melakukannya dengan disiplin ilmu yang tinggi.

Apabila lahirnya pelbagai aliran mazhab dalam Islam, penafsiran al-Quran turut

mengalami perubahan yang besar. Ilmuan Islam setiap aliran mewujudkan metode tersendiri

dalam bidang ini. Dari sini, lahirlah pelbagai metode tafsir berasaskan aliran mazhab seperti

tafsir Shi’ah, tafsir Khawarij, tafsir Falsafah, tafsir Batiniah dan lain-lain.

1

Page 2: Tafsir Isyari (2)

Golongan Tasawwuf turut memiliki metode tersendiri dalam penafsiran ayat-ayat suci

al-Quran. Salah satu dari metode yang sinonim dengan golongan ini adalah Tafsir Isyari, iaitu

menafsirkan al-Quran dengan makna yang berbeza daripada makna zahir yang biasanya

difahami oleh kebanyakan orang. Dari satu sudut, Tafsir Isyari mempunyai persamaan

dengan Tafsir Batiniah, namun perbezaan keduanya jelas dari sudut penerimaan dan

penolakan makna zahir. Persoalan timbul apabila sebahagian ulama’ menolak dengan keras

metode ini, manakala sebahagian yang lain menerimanya.

Tujuan penulisan ini adalah untuk mengenali Tafsir Isyari, seterusnya

membandingkan di antara Tafsir Isyari yang diterima majoriti ilmuan Islam dengan Tafsir

Isyari yang ditolak. Penulis akan mengulas isu ini berdasarkan kepada kajian kepustakaan,

dengan mengupas penulisan tokoh-tokoh Islam, khususnya dari dunia Arab.

Artikel ini akan meninjau pembahagian metode tafsir oleh ilmuan Islam, seterusnya

membahaskan dengan terperinci perbincangan berkaitan Tafsir Isyari dari sudut pengertian,

sejarah awal, hakikat dan perbezaannya dengan Tafsir Nazori. Seterusnya dijelaskan

pandangan ulama’ berkaitan metode ini dan syarat-syarat penerimaannya. Penulis turut

menganalisis contoh-contoh Tafsir Isyari dan memperkenalkan kitab-kitab yang dikaitkan

dengan metode ini.

Diharap penulisan ini mampu memberi kefahaman berkaitan metode yang banyak

menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat awam, seterusnya menjawab persoalan utama

iaitu perbezaan di antara Tafsir Isyari yang diterima dan Tafsir Isyari yang ditolak oleh

ilmuan Islam.

2

Page 3: Tafsir Isyari (2)

Pembahagian Metode Tafsir

Ulama’ Tafsir membahagikan metode Tafsir kepada dua iaitu Tafsir bi al-Ma’thur iaitu tafsir

berdasarkan nas dan Tafsir bi al-Ra’y iaitu tafsir berdasarkan pemikiran.

Tafsir bi al-Ma’thur adalah tafsir al-Quran dengan al-Quran, tafsir al-Quran dengan

al-Sunnah, tafsir al-Quran dengan pandangan sahabat r.a serta tafsir al-Quran dengan

pandangan tabien.

Para ilmuan Islam memasukkan tafsir tabien dalam kumpulan Tafsir bi al-Ma’thur

kerana mereka biasanya mengambil pandangan sahabat dalam penafsiran sesuatu ayat.

Sahabat pula biasanya mengambil penafsiran tersebut terus dari Rasulullah SAW dan mereka

sangat berhati-hati agar tidak terpesong dari manhaj nabawi dalam penafsiran. Oleh kerana

itu, ulama’ Tafsir seperti Ibn Jarir al-Tobariy memasukkan pandangan tabien di dalam kitab

tafsirnya yang dianggap sebagai kitab tafsir utama Tafsir bi al-Ma’thur.

Terdapat juga sebahagian ulama’ yang mengkhususkan Tafsir bi al-Ma’thur kepada

tiga sahaja iaitu Tafsir bi al-Ma’thur adalah tafsir al-Quran dengan al-Quran, tafsir al-Quran

dengan al-Sunnah dan tafsir al-Quran dengan pandangan sahabat r.a. Mereka tidak

memasukkan tafsir para tabien dalam kumpulan Tafsir bi al-Ma’thur kerana mereka

berpendapat pandangan para tabien adalah ijtihad dan bukannya berasaskan nas.

Tafsir bi al-Ra’y adalah tafsir berdasarkan ijtihad seorang mufassir. Pada asalnya

hanya seorang cendekiawan yang menguasai pelbagai aliran ilmu seperti ilmu Bahasa Arab

dan ilmu-ilmu al-Quran seperti ilmu berkenaan sebab penurunan ayat, nasikh dan mansukh

dan lain-lain yang dibenarkan berijtihad menafsirkan ayat dengan method ini. Namun berlaku

3

Page 4: Tafsir Isyari (2)

pelbagai kepincangan dalam syarat menyebabkan sesiapa sahaja menafsirkan al-Quran

berdasarkan kehendak nafsunya.

Ulama’-ulama’ sepanjang zaman telah berselisih pendapat berkaitan hukum Tafsir bi

al-Ra’y. Sebahagian daripada mereka mengharamkan metode ini dan menegaskan al-Quran

hanya boleh ditafsir dengan ayat al-Quran atau sunnah Rasulullah SAW atau pandangan

sahabat kerana mereka hidup di zaman penurunan wahyu dan mengetahui dengan jelas sebab-

sebab penurunan ayat.

Majoriti ulama’ menerima dan mengharuskan Tafsir bi al-Ra’y, namun mereka

meletakkan syarat yang sangat ketat terhadap seseorang yang ingin berijtihad menafsirkan al-

Quran dengan pendapatnya. Diantara syarat-syarat tersebut adalah mereka hendaklah

menguasai lima belas ilmu iaitu ilmu bahasa, ilmu Nahu, ilmu Sorf, ilmu Isytiqaq Kalimah,

Ilmu al-Ma’aniy, ilmu al-Bayan, ilmu al-Badi’, ilmu Usul al-Din, ilmu Usul al-Fiqh, ilmu

Asbab al-Nuzul, ilmu al-Qosos, ilmu al-Nasikh wa al-Mansukh, ilmu al-Mujmal wa al-

Mubham dan ilmu al-Muhibah.

Walaupun ulama’-ulama’ yang mengharuskan Tafsir bi al-Ra’y meletakkan syarat

yang sangat ketat, masih terdapat ramai orang Islam yang tidak berkelayakan berani

menafsirkan al-Quran dengan pendapatnya. Oleh itu, ilmuan Islam membahagikan pula

Tafsir bi al-Ra’y kepada dua bahagian iaitu Tafsir bi al-Ra’y al-Mahmud (dipuji) dan Tafsir

bi al-Ra’y al-mazmum (dicela).

Tafsir bi al-Ra’y turut dibahagikan mengikut aliran pelbagai fahaman dalam Islam,

antaranya Tafsir Shi’ah, Tafsir Batiniah, Tafsir Khawarij, Tafsir Ahli Tasawwuf, Tafsir Ahli

4

Page 5: Tafsir Isyari (2)

Falsafah serta Tafsir Ahli Sains. Tafsir Ahli Tasawwuf kemudiannya dibahagikan kepada dua

bahagian, iaitu Tafsir Nazori (berasaskan pemerhatian) dan Tafsir Isyari. (al-Zahabiy, 1995)

Sesetengah ilmuan Islam menjadikan Tafsir Isyari sebagai bahagian yang berasingan.

Mereka membahagikan metode Tafsir kepada tiga iaitu Tafsir bi al-Ma’thur, Tafsir bi al-

Ra’y dan Tafsir Isyari. (al-Bugho dan Masto, 1998)

Pengertian Tafsir Isyari

Terdapat banyak pandangan cendiakawan Islam ketika menerangkan makna Tafsir Isyari.

Namun kesemua pandangan ini mempunyai satu persamaan iaitu Tafsir Isyari adalah

penafsiran makna al-Quran berbeza dengan makna yang zahir.

Dr. Muhammad Husain al-Zahabiy menyebut Tafsir Isyari adalah tafsir yang

menerangkan makna ayat-ayat al-Quran secara berbeza dengan makna zahir kerana isyarat-

isyarat tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahli suluk (mereka yang mempunyai

mengabdikan diri kepada Allah), serta boleh digabungkan dengan makna yang zahir. ( al-

Zahabiy, 1995 )

Pengertian yang sama turut disebut oleh Mustafa Dib al-Bugha dengan menambahkan

perkataan al-tasawwuf, menunjukkan tafsir ini dikaitkan dengan golongan ini. ( al-Bugha dan

Masto, 1998 )

Dr. Muhammad Ali al-Hassan mendefinasikan Tafsir Isyari sebagai menjelaskan

makna al-Quran bukan dengan makna zahir yang ditunjukkan oleh ayat, seperti tafsir

kebanyakan ahli tasawwuf, pendakwah bebas serta para fuqaha’ yang menafsirkan al-Quran

5

Page 6: Tafsir Isyari (2)

dengan makna yang betul namun tidak ditunjukkan secara zahirnya oleh al-Quran.

(Muhammad Ali al-Hassan, 2000 )

Dalam definasi ini, Dr. Muhammad Ali Hassan memperluaskan penggunaan Tafsir

Isyari dan tidak membataskannya kepada golongan ahli tasawwuf seperti kebanyakan

cendekiawan lain.

Abdullah bin Yusuf al-A’naziy pula menerangkan bahawa Tafsir Isyari sebagai

menafsirkan makna lafaz al-Quran dengan penafsiran berlainan dengan makna zahir, atau

mengeluarkan makna tersembunyi dari zahir makna (al-Quran). Beliau turut menisbahkan

jenis tafsir ini kepada golongan Tasawwuf. (al-A’naziy, 2001 )

Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas, dapat dirumuskan beberapa

perkara :

1- Ciri utama dalam Tafsir Isyari adalah penafsiran makna al-Quran berlainan dengan

makna zahir yang difahami oleh kebanyakan orang. Tafsir Isyari hanya difahami oleh

golongan kecil yang dianggap mempunyai keistimewaan kerana pengabdian mereka

kepada Allah Taala.

2- Kebanyakan cendekiawan Islam yang mendefinisikan Tafsir Isyari menisbahkan jenis

tafsir ini kepada golongan Tasawwuf. Hanya Dr. Muhammad Ali Hassan yang

meluaskan penggunaan Tafsir Isyari dan turut memasukkan tafsir ahli Fiqh sebagai

Tafsir Isyari.

3- Dr. Muhammad Husain al-Zahabiy telah meletakkan syarat penerimaan Tafsir Isyari

dalam definisi beliau, iaitu hendaklah boleh digabungkan dengan makna yang zahir.

6

Page 7: Tafsir Isyari (2)

Ini bermakna walaupun Tafsir Isyari berbeza dengan makna yang zahir, namun

perbezaan itu hendaklah tidak berlawanan dengan makna yang zahir. Syarat ini yang

membezakan Tafsir Isyari daripada Tafsir Batiniah.

Sebagai contoh, dapat dilihat perbezaan Tafsir Isyari berbanding makna zahir ayat

dalam firman Allah :

ة� ر� وا ب�ق� كم� أ�ن� ت�ذ�ب�ح ر مه� إ�ن� الل�ه� ي�أ� و�م� ى ل�ق� ال� موس� �ذ� ق� إ و�

Yang bermaksud : Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya : sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina. [al-Baqarah : 67]

Zahir makna perkataan baqoroh dalam Bahasa Arab adalah seekor lembu betina,

namun al-Nisaburi dalam tafsirnya menyebut bahawa yang dimaksudkan di sini adalah sifat

kebinatangan yang berada dalam jiwa manusia. ( Dr Muhammad Ali al-Hassan, 2000 )

Selain daripada Tafsir Isyari, metode tafsir ini turut dikenali sebagai Tafsir Ilmu

Ladunni, ( Abdullah bin Yusuf al-A’nazi , 1993 ) kerana golongan ahli Tasawwuf mendakwa

ianya adalah anugerah dari Allah Taala berdasarkan firmanNya :

ا ل�م� ن�اه م�ن� ل�دن�ا ع� و�ع�ل�م�

Yang bermaksud : Dan Kami ajar kepadanya ilmu dari sisi Kami. [ al-Kahfi : 65]

Sejarah Awal Tafsir Isyari

Tafsir Isyari telah wujud semenjak al-Quran diturunkan. Ketika majoriti sahabat memahami

makna zahir sesuatu ayat, terdapat sebilangan kecil sahabat yang memahami makna lain di

sebalik makna zahir.

7

Page 8: Tafsir Isyari (2)

Di antara contoh penafsiran sahabat yang berbeza dengan makna zahir al-Quran ialah

kisah Omar bin al-Khattab bertanya kepada sahabat-sahabatnya tafsir ayat :

( ت�ح ال�ف� ر الل�ه� و� اء� ن�ص� �ذ�ا ج� لون� ف�ي د�ين�1إ �ي�ت� الن�اس� ي�د�خ أ ر� ( و�

ا ) اج� و� (2الل�ه� أ�ف�

اب�ا ) �ن�ه ك�ان� ت�و� ه إ ر� ت�غ�ف� ب=ك� و�اس� د� ر� م� ب=ح� ب�ح� (3ف�س�

Yang bermaksud : Ketika pertolongan Allah dan pembukaan tiba . Dan kamu melihat manusia menganut agama Allah secara berkumpulan. Maka bertasbihlah memuji Tuhan kamu dan minta ampunlah, sesungguhnya Dia maha menerima taubat. [al-Nasr : 1-3]

Sebahagian sahabat berkata bahawa Allah memerintah supaya kita bertasbih

memujinya dan memohon pengampunan ketika mendapat pertolongan dari Allah dan

pembukaan. Sebahagian sahabat lain mendiamkan diri. Omar r.a kemudiannya bertanya

kepada Ibnu Abbas r.a. Beliau menjelaskan maksud tersembunyi dari Surah ini adalah ajal

Rasulullah SAW dan kata-kata beliau disokong oleh Omar r.a. ( al-Bukhariy, 1422h )

Dari kisah ini, jelas tahap pemahaman sahabat Rasulullah SAW berbeza. Ketika

majoriti melihat ayat-ayat ini dari sudut zahir maknanya, Omar bin al-Khattab dan Ibnu

Abbas r.a melihatnya dari sudut yang berbeza.

Selain dari kisah ini, terdapat beberapa riwayat lain menunjukkan penerimaan sahabat

terhadap makna kedua selain makna zahir al-Quran. Namun mereka tidak terlalu teruja

menggunakan pendekatan ini, berbeza dengan sesetengah ahli Tasawwuf yang menjadikan

Tafsir Isyari sebagai metode utama dalam penafsiran al-Quran. Disamping itu, para sahabat

juga hidup sezaman dengan Rasulullah SAW, menjadikan mereka lebih memahami peristiwa

di sebalik penurunan ayat-ayat tertentu. Oleh sebab itu cendekiawan Islam menerima Tafsir

Isyari dari para sahabat, sebaliknya menolak Tafsir Isyari dari golongan ahli Tasawwuf.

8

Page 9: Tafsir Isyari (2)

Hakikat Tafsir Isyari

Walaupun menafsirkan al-Quran berdasarkan makna di sabalik makna asal telah dilakukan

oleh sebahagian sahabat seperti Omar bin al-Khattab dan Ibn Abbas r.a, namun Tafsir Isyari

lebih sinonim dengan golongan Tasawwuf. Mereka menjadikan metode ini sebagai metode

utama dalam penafsiran al-Quran sehingga Tafsir Isyari dinisbahkan kepada mereka.

Hakikat Tafsir Isyari adalah berasal dari pemahaman golongan Tasawwuf bahawa al-

Quran mempunyai dua makna, makna zahir dan makna batin. Maksud dari zahir menurut

mereka adalah makna yang biasa difahami oleh kebanyakan orang apabila mendengar sesuatu

ayat. Manakala maksud makna batin adalah makna yang tersembunyi dari tanda-tanda

ataupun isyarat-isyarat yang hanya dilihat dan dirasai oleh mereka yang dekat dengan Allah

Taala.

Pandangan ini disandarkan kepada sebuah hadith iaitu sabda Rasulullah SAW :

Aب�ط�ن رA و� ا ظ�ه� ن�ه� ، ل�كل= آي�ةE م� Eف ر ب�ع�ة� أ�ح� آن ع�ل�ى س� ر� ن�ز�ل� ال�ق أ

Yang bermaksud : al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf, setiap ayat daripadanya terdapat yang zahir dan yang batin ( Muhammad ibnu Hibban, 1993 )

Hadith ini dihukum sebagai dhaif (lemah) oleh Sheikh Muhammad Nasiruddin al-

Albaniy. Sheikh Syuaib al-Arna’ut pula mengatakan sanadnya adalah hasan. ( Muhammad

ibnu Hibban, 1993 )

Majoriti ulama’ yang mensyarahkan hadith ini menjelaskan bahawa makna zahir

sebagai bunyi ayatnya dan makna batin adalah takwilnya. Sebahagian ulama’ menjelaskan

9

Page 10: Tafsir Isyari (2)

bahawa kisah-kisah dalam al-Quran seperti kisah-kisah umat terdahulu dan apa yang

menimpa mereka adalah makna zahir yang memberikan tanda tentang kehancuran mereka.

Makna batinnya pula adalah sebagai pelajaran bagi umat sesudahnya sekaligus peringatan

untuk mereka agar tidak melakukan pelanggaran seperti yang dilakukan oleh umat terdahulu.

( al-Zahabiy, 1995 )

Golongan ahli Tasawwuf menyatakan bahawa makna batin tidak dapat diketahui

melainkan dengan cara riyadhah ruhiyyah, iaitu amalan kerohanian yang diwarisi dari guru

tarekat mereka. Amalan inilah yang akan membawa seseorang ahli sufi mencapai peringkat

kasysyaf iaitu terbukanya hijab rahsia, seterusnya layak menafsirkan al-Quran berdasarkan

isyarat-isyarat rahsia yang tidak difahami oleh kebanyakan orang awam.

Perbezaan Tafsir Nazori dan Tafsir Isyari

Golongan Tasawwuf mempunyai dua metode utama dalam penafsiran al-Quran iaitu tafsir al-

Quran berdasarkan pemerhatian dan pemahaman falsafah yang dikenali sebagai Tafsir Nazori

dan tafsir al-Quran berdasarkan makna batin yang terkandung dalam isyarat-isyrat rahsia iaitu

Tafsir Isyari.

Walaupun kedua-dua metode ini dikaitkan dengan golongan Tasawwuf, namun

terdapat dua perbezaan ketara diantara keduanya, iaitu:

1- Tafsir Nazori berdasarkan kepada pendekatan-pendekatan teori falsafah Yunani yang

bermula dari pemikiran sufi, seterusnya memerhatikan makna ayat-ayat al-Quran

yang menyokong dasar pemikiran tersebut. Dengan kata lain Tafsir Nazori adalah

mencari kebenaran atas pemikirannya dengan al-Quran. Sedangkan Tafsir Isyari tidak

10

Page 11: Tafsir Isyari (2)

bersandarkan kepada pendekatan-pendekatan teori falsafah, sebaliknya berdasarkan

kepada amalan oleh jiwa yang digunakan untuk mencapai Kasysyaf dari ayat-ayat al-

Quran.

2- Mufassir Tafsir Nazori menganggap bahawa makna adalah kandungan utama sesuatu

ayat. Hal ini bergantung kepada kemampuan penafsirnya. Mufassir Tafsir Isyari pula

tidak menganggap bahawa semuanya terkandung dalam makna zahir sesuatu ayat,

sebaliknya terdapat makna lain yang diisyaratkan oleh ayat itu sendiri berbanding

makna zahir yang difahami kebanyakan orang. ( al-Zahabiy, 1995 )

Pandangan Ulama Terhadap Tafsir Isyari

Seperti yang telah disebut sebelum ini, Ulama’ berselisih pendapat berkaitan hukum Tafsir

Isyari. Sebahagian ulama menolak metode ini dan menganggapnya sebagai bukan hakikat

tafsir. Sebahagian yang lain menerima metode ini dan menganggapnya sebagai tahap

tertinggi yang mampu dicapai oleh seorang ahli suluk yang berusaha mendekatkan dirinya

kepada Allah. Golongan ketiga memilih jalan tengah dengan mengharuskan metode ini

dengan meletakkan syarat-syarat tertentu.

Di antara ulama’ yang mengharamkan metode ini adalah Imam Abu Hasan al-

Wahidiy. Ibn Solah dalam fatwanya berkata : Aku mendapati Imam Abu Hasan al-Wahidiy

berkata : Abu Abdul Rahman al-Sulamiy telah menulis kitab tafsir bertajuk Haqo’iq al-

Tafsir, sesiapa yang menganggap ianya adalah tafsir maka dia telah kafir.( al-Zahabiy, 1995 )

Pendapat ini merupakan pendapat yang paling keras terhadap metode Tafsir Isyari.

Perlu ditekankan bahawa Imam Abu Hasan al-Wahidiy tidak mengharamkan keseluruhan

11

Page 12: Tafsir Isyari (2)

Tafsir Isyari itu sendiri, sebaliknya Tafsir Isyari yang dikaitkan dengan golongan Tasawwuf.

Beliau tidak menolak riwayat penafsiran sahabat yang berbentuk Tafsir Isyari.

Majoriti ulama’ yang turut berkongsi pendapat dengan Imam al-Wahidiy bahawa

Tafsir Isyari yang dinisbahkan kepada golongan Tasawwuf adalah bukan tafsir memilih kata-

kata yang lebih lembut. Imam Ibn Solah contohnya mengatakan bahawa Abu Abdul Rahman

al-Sulamiy tidak bermaksud menyebutnya sebagai tafsir, dan bukan bermaksud menjelaskan

makna lafaz al-Quran, sebaliknya menyebutnya untuk menerangkan persamaan sesuatu

situasi dengan kandungan al-Quran. Ibn Solah turut menyamakan penafsiran ini jika dianggap

sebagai tafsir dengan penafsiran Batiniah. ( al-Zahabiy, 1995 )

Pandangan yang sama turut disebut oleh Imam al-Zarkasyi yang mengatakan bahawa

kata-kata golongan sufi dalam penafsiran al-Quran bukanlah tafsir, sebaliknya makna dan

penghayatan yang dialami ketika pembacaan al-Quran. ( Hassan Muhammad Ayyub, 2004 ).

Golongan Tasawwuf sebaliknya mendakwa metode Tafsir Isyari adalah anugerah

Ilahi kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ibn Arabiy, salah seorang tokoh sufi menegaskan

bahawa penafsiran al-Quran berasaskan isyarat-isyarat adalah anugerah Allah yang

dikurniakan kepada mereka yang dekat kepada Allah melalui pengajaran langsung (ilmu

Ladunni) adalah hakikat tafsir. Beliau juga menolak pandangan ulama’-ulama’ yang

berpegang kepada zahir semata-mata dan menyatakan pengajaran langsung dari Allah Taala

kepada wali-walinya adalah umpama pengajaran langsung kepada nabi-nabiNya. ( al-

Zahabiy, 1995 )

Saad al-Din al-Taftazaniy membezakan di antara Tafsir Batiniah dengan Tafsir Isyari

golongan Tasawwuf dari sudut golongan Batiniah menolak makna zahir yang difahami oleh

12

Page 13: Tafsir Isyari (2)

kebanyakan ulama’ dan hanya menerima makna batin yang bertujuan ingin menghapuskan

syariat Islam itu sendiri. Golongan Tasawwuf sebaliknya tidak menolak makna zahir tersebut,

bahkan menganggap terdapat makna-makna lain di sebalik makna zahir yang hanya difahami

oleh mereka yang mendekatkan diri kepada Allah dan tidak bercanggah dengan makna zahir

itu sendiri. Beliau seterusnya menganggap pendekatan ini merupakan kemuncak

kesempurnaan iman dan makrifah. ( al-Zahabiy, 1995 )

Dr Muhammad Husain al-Zahabiy ketika mengulas pandangan Ibn Arabiy

menyatakan bahawa perlu diletakkan syarat bahawa tafsir isyarat tersebut perlu mengikut

makna lafaz Bahasa Arab. Ini bermaksud beliau memilih pandangan yang mengharuskan

Tafsir Isyari dengan syarat-syrat tertentu.

Beliau turut berhujah dengan kata-kata Imam al-Syatibiy yang tidak menolak

sepenuhnya penafsiran al-Quran dengan makna-makna yang hadir dalam jiwa, sebaliknya

membahagikannya kepada dua bahagian :

1- Asas dari makna tersebut wujud di dalam al-Quran, dan kesahihannya dibenarkan

oleh segala kejadian makhluq.

2- Asas dari makna tersebut daripada kejadian makhluq, dan difahami dari al-Quran

makna batin yang menyokong asal tersebut.

Imam al-Syatibiy menerima bahagian pertama secara mutlak kerana perkara tersebut telah

disebut di dalam al-Quran, dan memahami makna isyarat pada sesetengah ayat yang

menyokong hakikat tersebut hanya menguatkan lagi asas berkenaan. Adapun bahagian kedua

13

Page 14: Tafsir Isyari (2)

maka tidak harus menerimanya secara mutlak, sebaliknya hendaklah diukur dengan syarat-

syarat yang jelas. ( al-Zahabiy, 1995 )

Pandangan al-Syatibi merupakan pandangan golongan pertengahan yang tidak menolak

Tafsir Isyari sepenuhnya, sebaliknya meletakkan syarat tertentu samada tafsir tersebut

diterima atau ditolak.

Syarat-syarat Tafsir Isyari

Ulama’-ulama’ yang mengharuskan Tafsir Isyari seperti al-Syatibiy telah meletakkan syarat-

syarat yang ketat dalam penerimaan metode Tafsir ini. Ianya bertujuan mengelakkan metode

ini disalah guna menyebabkan al-Quran difahami secara salah seperti yang berlaku kepada

kebanyakan Tafsir Isyari oleh golongan Tasawwuf.

Dr. Muhammad Husain al-Zahabiy telah meletakkan empat syarat penerimaan Tafsir

Isyari iaitu :

1- Tafsir Isyari tersebut tidak bercanggah dengan zahir kandungan al-Quran al-

Karim. Ini bermaksud Tafsir isyari tersebut hendaklah bersesuaian dengan makna

zahir ayat al-Quran yang difahami oleh kebanyakan orang. Dalam perkataan lain,

tafsir tersebut tidak menyalahi Bahasa Arab.

2- Terdapat dalil syarak yang menyokong tafsir tersebut, samada dari al-Quran, al-

Sunnah, ijma’ dan lain-lain.

3- Tafsir tersebut tidak bercanggah dengan hukum syarak atau hukum akal.

14

Page 15: Tafsir Isyari (2)

4- Mufassir hendakklah tidak mendakwa bahawa Tafsir Isyari tersebut satu-satunya

tafsir yang hakiki kepada makna ayat, sebaliknya menerima tafsir secara zahir

terlebih dahulu. ( al-Zahabiy : 1995 )

Syarat pertama merupakan syarat terpenting dalam penerimaan Tafsir Isyari. Oleh itu

kebanyakan ilmuan Islam yang memberi pengertian kepada Tafsir Isyari menyebut syarat ini

dalam pengertian mereka. Dr. Muhammad Hussain al-Zahabiy contohnya mendefinasikan

Tafsir Isyari sebagai menerangkan makna ayat-ayat al-Quran secara berbeza dengan makna

zahir kerana isyarat-isyarat tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahli suluk (mereka yang

mempunyai mengabdikan diri kepada Allah), serta boleh digabungkan dengan makna yang

zahir. ( al-Zahabiy, 1995 ) Maksud boleh digabungkan dengan makna yang zahir adalah

penafsiran tersebut tidak bercanggah dengan makna asal yang difahami oleh kebanyakan

orang, bahkan menguatkan antara satu sama lain.

Syarat ini bersesuaian dengan firman Allah :

و�مE ي�ع�ل�مون� ب�يPا ل�ق� آن�ا ع�ر� ر� ل�ت� آي�اته ق ك�ت�ابA فص=

Yang bermaksud : Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, al-Quran dalam Bahasa Arab kepada kaum yang mengetahui. [Yusuf : 3]

Syarat yang kedua menunjukkan bahawa pemahaman individu tidak bererti dalam

hukum syarak. Oleh itu sekiranya Tafsir Isyari tersebut tidak disokong oleh sebarang dalil

syarak, maka tafsir tersebut tidak diterima. Tafsir Isyari tidak boleh menjadi dalil hukum

syarak secara bersendirian, bahkan dalam perkara yang berkaitan kelebihan sesuatu amalan.

Ianya sekadar menyokong dalil-dalil syarak sedia ada seperti nas al-Quran, al-Sunnah, ijma’,

kias dan lain-lain.

15

Page 16: Tafsir Isyari (2)

Syarat yang ketiga adalah jelas iaitu Tafsir Isyari tersebut tidak bercanggah dengan

hukum syarak atau hukum akal. Sebarang perkara yang bercanggah dengan hukum syarak

maka ianya tertolak secara mutlak kerana hukum syarak adalah perintah dari Allah Taala

samada dalam bentuk perintah untuk dilaksanakan iaitu wajib dan sunat atau perintah untuk

ditinggalkan iaitu haram dan makruh. Tafsir Isyari juga disyaratkan tidak bercanggah dengan

hukum akal kerana Agama Islam itu sendiri tidak bertentangan dengan logik akal. Oleh itu

sebarang penafsiran ayat al-Quran yang menafikan logik akal yang waras adalah tidak

diterima.

Syarat keempat adalah sebagai syarat pelengkap kepada penerimaan Tafsir Isyari.

Seorang mufassir yang menggunakan metode Tafsir Isyari tidak boleh mendakwa bahawa

makna yang difahami mereka adalah satu-satunya makna yang dikehendaki dalam penafsiran

sesuatu ayat. Beliau hendaklah menerima makna zahir terlebih dahulu dan tidak boleh

menolaknya. Ini yang membezakan Tafsir Isyari yang diterima oleh sebahagian ulama’

daripada Tafsir Batiniah yang ditolak oleh keseluruhan ilmuan Islam.

Sekiranya keempat-empat syarat ini dipenuhi, maka Tafsir Isyari boleh diterima tetapi

tidak wajib beramal dengannya kerana asas kepada tafsir ini adalah dari pemerhatian dan

pengalaman peribadi seseorang, bukannya melalui dalil syarak yang ditetapkan. Oleh itu,

mufassir tersebut boleh beramal dengannya tetapi tidak boleh memaksa orang lain

mengamalkannya. ( al-Zahabiy, 1995 )

16

Page 17: Tafsir Isyari (2)

Contoh-contoh Tafsir Isyari

Selepas meneliti syarat-syarat penerimaan Tafsir Isyari, dapat disimpulkan bahawa tidak

semua Tafsir Isyari diterima oleh ulama’ yang mengharuskan metode ini. Tafsir tersebut akan

dinilai dan diteliti dengan terperinci adakah ianya memenuhi syarat-syarat yang dibuat oleh

ulama’ yang mengharuskannya.

Di antara contoh Tafsir Isyari yang diterima oleh ulama’ adalah tafsir al-Tastariy pada

ayat berikut. Allah Taala berfirman :

�ن�تم� ت�ع�ل�مون� أ �ن�د�اد�ا و� ع�لوا ل�ل�ه� أ ال� ت�ج� ف�

Yang bermaksud : Maka jangan kamu mengada-ngadakan sekutu bagi Allah, sedangkan kamu mengetahui [al-Baqoroh : 22]

Jumhur mufassirin menafsirkan andad sebagai sekutu iaitu yang disembah selain

Allah seperti berhala, syaitan dan lain-lain. Al-Tastariy menafsirkan perkataan andad di sini

sebagai adhdhad yang bermaksud yang berlawanan, dan adhdhad yang tertinggi adalah hawa

nafsu, kerana hawa nafsu berlawanan dengan syariat dan hidayat Allah Taala.

Secara zahirnya, penafsiran ini amat berbeza dengan penafsiran jumhur mufassirin,

kerana perkataan adhdhad mempunyai makna yang berlawanan sama sekali dengan

perkataan andad. Dari sudut lain, makna andad memberi maksud perkara tersebut disembah,

sedangkan hawa nafsu tidak disembah. Namun ulama’ yang meneliti penafsiran ini menerima

pandangan al-Tastariy kerana walaupun berbeza secara zahirnya, tetapi adhdhad (hawa

nafsu) di sini mempunyai peranan yang sama dengan andad yang disembah selain Allah.

Hawa nafsu akan menggalakkan seseorang meninggalkan perintah Allah dan melakukan

perkara yang dilarang oleh Allah, dan mengikut hawa nafsu adalah seumpama

menyembahnya.

17

Page 18: Tafsir Isyari (2)

Pandangan al-Tastariy sebenarnya telah disebut oleh para sahabat terdahulu yang

menafsirkan perkataan andad sebagai lelaki-lelaki yang ditaati dalam urusan maksiat kepada

Allah, dan penafsiran ini hampir sama dengan penafsiran al-Tastariy kerana lelaki-lelaki itu

juga tidak disembah seperti syaitan atau berhala, sebaliknya ditaati seperti hawa nafsu. (al-

Tobariy, 2000)

Contoh Tafsir Isyari yang ditolak oleh ulama’ pula adalah seperti penafsiran al-

Tastariy pada mafatih al-suwar, seperti menafsirkan ayat ( الم ) sebagai berikut , Alif :

Allah, Lam : Jibril dan Mim : Muhammad SAW. Beliau kemudiannya menjelaskan bahawa

Allah Taalah di dalam ayat ini bersumpah dengan namanNya, dengan Jibri a.s dan dengan

Nabi Muhammad SAW.

Penafsiran ini ditolak oleh ulama’ kerana menggunakan huruf menggantikan

perkataan tidak digunakan dalam Bahasa Arab. Penggunaan ini hanya berlaku jika terdapat

petunjuk yang jelas. Selain daripada itu, penafsiran ini tidak disokong dengan sebarang dalil

syarak yang diterima. Oleh itu penafsiran ini ditolak kerana ketiadaan dua dari empat syarat

yang telah disebut sebelum ini. (al-Zahabiy, 1995)

Contoh-contoh Kitab Tafsir Isyari

Di antara kitab-kitab Tafsir Isyari yang masyhur adalah :

1- Kitab Tafsir al-Quran al-A’zim. Tafsir ini ditulis oleh Abu Muhammad Sahl bin

Abdullah bin Yunus al-Tastariy. Beliau dilahirkan di bandar Tastar pada tahun 200

hijriah dan meninggal di kota Basrah pada tahun 273 hijriah. Kitab ini hanyalah satu

bahagian kecil dari tafsir, dipenuhi oleh kata-kata beliau yang lahir dari sanubari

18

Page 19: Tafsir Isyari (2)

seorang sufi. Kandungannya lebih kepada motivasi diri untuk mendekati Allah Taala

dan membersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah. (al-Halabiy, 1993)

2- Kitab Latoif al-Isyarat. Tafsir ini ditulis oleh Abu al-Qasim Abdul Karin bin Hawazin

al-Qusyairiy. Beliau dilahirkan pada tahun 376 hijriah dan meninggal pada tahun 465

hijriah. Beliau merupakan tokoh sufi pada zamannya dan pengikut tarekat al-Junaidiy.

Kitab tafsir beliau merupakan penafsiran penuh kepada al-Quran mengikut metode

Tafsir Isyari. Kitab ini telah dicetak dalam tiga jilid. (al-Halabiy, 1993)

3- Kitab Ruh al-Ma’ani. Tafsir ini ditulis oleh Syahabuddin al-Saiyid Muhammad al-

Alusiy al-Baghdadiy. Beliau merupakan mufti Baghdad dan meninggal pada tahun

1270 hijriah. Kitab ini mengumpulkan pelbagai metode tafsir. Pengarangnya

memasukkan pandangan para salaf dan khalaf, seterusnya menafsirkan sesuatu ayat

berdasarkan metode Tafsir Isyari. (Hassan Muhammad Ayyub , 2004)

4- Kitab Haqaiq al-Tafsir. Tafsir ini ditulis oleh Abu Abdul Rahman, Muhammad bin al-

Husain bin Musa al-Azadiy al-Sulamiy. Dilahirkan pada tahun 330 hijriah dan

meninggal pada tahun 412 hijriah. Beliau merupakan seorang tokoh sufi di Khurasan.

Kitab beliau mengumpulkan kata-kata golongan tasawwuf yang disusun mengikut

susunan surah dan ayat. Kitab ini mendapat kritikan daripada ulama’-ulama’ seperti

Imam Abu al-Hasan al-Wahidiy, Imam al-Suyutiy, al-Zahabiy, al-Subkiy dan lain-

lain. (al-Zahabiy, 1995)

19

Page 20: Tafsir Isyari (2)

Penutup

Tafsir Isyari merupakan metode penafsiran ayat-ayat suci al-Quran menimbulkan polemik

yang sangat besar di kalangan ulama’. Golongan penentang kepada metode ini menganggap

Tafsir Isyari bukanlah tafsir, bahkan ada yang menyamakannya dengan Tafsir Batiniah yang

disepakati sebagai metode tafsir yang ditolak. Golongan tasawwuf pula menganggap metode

ini adalah anugerah Ilahi kepada hambanya yang berusaha mendekatiNya dan merupakan

kemuncak penghayatan seseorang kepada al-Quran. Golongan yang lebih sederhana

membahagikan metode ini kepada dua bahagian dan menerima bahagian yang memenuhi

syarat-syarat yang tertentu.

Walaupun sebahagian ulama’ membenarkan metode ini dengan bersyarat, namun

metode ini masih dipandang serong oleh majoriti ilmuan Islam. Ini disebabkan tiadanya

kaedah sistemetik dalam metode ini kecuali amalan kerohanian dan pengalaman ibadat yang

berbeza di antara individu dengan individu yang lain. Selain itu, metode ini boleh

menyebabkan sesiapa sahaja mendakwa yang dia mampu menafsirkan ayat-ayat suci al-

Quran, walaupun tidak mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan oleh ulama’-ulama’

terdahulu. Seseorang yang terlalu bergantung kepada Tafsir Isyari juga boleh terjerumus ke

dalam larangan Allah dalam firmanNya :

ق� ولوا ع�ل�ى الل�ه� إ�ال� ال�ح� و�ال� ت�ق

Yang bermaksud : Dan Janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali perkara yang benar [al-Nisa’ : 171]

Ini tidak bermakna Tafsir Isyari ditolak secara mutlak kerana asasnya bermula dari

zaman sahabat r.a lagi. Tafsir Isyari yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ulama’

boleh diterima dan dianggap sebahagian dari keilmuan Islam.

Bibliografi

20

Page 21: Tafsir Isyari (2)

Abdullah bin Yusuf bin Isa al-‘Anaziy. (2001). Al-Muqaddimat al-Asasiyyah Fi Ulum al-Quran. Britain. Markaz al-Buhuhuth al-Islamiyyah Leed.

Hassan Muhammad Ayyub. (2004). al-Hadith Fi Ulum al-Quran wa al-Hadith. Iskandariah. Dar al-Salam.

Muhammad Ali al-Hasan. (2000). al-Manar Fi Ulum al-Quran Ma’a Madkhal Fi Usul al-Tafsir wa Masodiruhu. Beirut. Muassah al-Risalah.

Muhammad Hussain al-Zahabiy. (1995). al-Tafsir wa al-Mufassirun. Maktabah al-Wahbah.

Muhammad Ismail al-Bukhariy. (1992). Sohih al-Bukhariy, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Muslim bin al-Hajjaj al-Nisaburiy. (2000). Sohih Muslim. Beirut. Dar Ihya’ al-Turath al-Arabiy.

Mustafa Deeb al-Bugho dan Muhyiddin Deeb Masto. (1998). al-Wadhih Fi Ulum al-Quran. Damsyiq. Dar al-Ulum al-Insaniyyah.

21