3.3 temubual

6
Temubual dengan Guru Besar SJK(T) Palaniandy Nama :En.A.Potharajoo Tarikh : 24/09/2014 Masa : 9.00 pagi Saya :Selamat pagi Tuan. GB : Selamat pagi. Sila duduk. Saya : Tuan mengizinkan saya untuk bertanya beberapa soalan tentang sekolah ini? GB : Silakan Saya : Tuan tolong menceritakan tentang sejarah sekolah ini, GB : Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1939. Nama SRJK (T) Palaniandy telah dicacat sebagai memperingati jasa baik beliau En.Palaniandy sendiri telah mengepalai system pentadbiran sekolah ini. Menjelang 1964, system pengurusan sekolah ini dikendalikan secara langsung oleh pihak kerajaan. Saya : Baik Tuan. Bagaimana prestasi akademik sekolah ini dan apakah insiatif yang diambil oleh pihak sekolah ini untuk meningkatkan lagi prestasi akademik? GB : Jika kita dibandingkan dengan pencapaian UPSR tahun 2012 dan 2013 ada peringkatan dalam semua subjek. Pencapaian peratus dalam matapelajaran Bahasa tamil sentiasa dikekalkan iaitu 100%. Bagi meningkatkan lagi prestasi UPSR pihak sekolah mengadakan pelbagai program yang bermakna seperti kelas malam, kempen teknik menjawab, kelas petangdan lain-lain.

Upload: thilaga-rajandran

Post on 15-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

temubual anatara tokoh

TRANSCRIPT

Temubual dengan Guru Besar SJK(T) Palaniandy

Nama :En.A.Potharajoo

Tarikh : 24/09/2014

Masa : 9.00 pagi

Saya :Selamat pagi Tuan.

GB : Selamat pagi. Sila duduk.

Saya : Tuan mengizinkan saya untuk bertanya beberapa soalan tentang sekolah ini?

GB : Silakan

Saya : Tuan tolong menceritakan tentang sejarah sekolah ini,

GB : Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1939. Nama SRJK (T) Palaniandy telah dicacat sebagai memperingati jasa baik beliau En.Palaniandy sendiri telah mengepalai system pentadbiran sekolah ini. Menjelang 1964, system pengurusan sekolah ini dikendalikan secara langsung oleh pihak kerajaan.

Saya : Baik Tuan. Bagaimana prestasi akademik sekolah ini dan apakah insiatif yang diambil oleh pihak sekolah ini untuk meningkatkan lagi prestasi akademik?

GB : Jika kita dibandingkan dengan pencapaian UPSR tahun 2012 dan 2013 ada peringkatan dalam semua subjek. Pencapaian peratus dalam matapelajaran Bahasa tamil sentiasa dikekalkan iaitu 100%. Bagi meningkatkan lagi prestasi UPSR pihak sekolah mengadakan pelbagai program yang bermakna seperti kelas malam, kempen teknik menjawab, kelas petangdan lain-lain.

Saya : Tuan apakah visi sekolah ini?

GB : Visi sekolah ini adalah Menjadikan SJK(T) Palaniandy yang cemerlang di Seberang Perai menjelang tahun 2014. Tetapi saya mahu menukar Seberang Perai ini kepada Seberang Perai Utara pada masa akan datang. Saya percaya bahawa sekolah ini sudah mencapai kelayakan untuk bertukar kepada Seberang Perai Utara.

Saya : Tuan, bagaimana sumbangan Tuhan dalam perkembangan sekolah ini.

GB : Untuk pengetahuan cik, sekolah ini dijangka menjadi sekolah kluster dalam jangka masa 2016. Maka saya berharap sumbangan yang saya diberi Berjaya menjadikan sekolah ini dipilih sebagai sekolah kluster.

Saya : Tuan, ini adalah soalan yang terakhir. Bagaimana guru menggunakan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka?

GB : Mengikut pemerhatian saya selama ini, saya didapati bahawa guru-guru yang datang untuk menjalankan praktikum hanya menggunakan BBM yang canggih dalam proses P&P mereka. Penggunaan BBM dalam kalangan guru sekolah adalah kurang memuaskan.

Saya :Terima kasih Tuan kerana sudi meluangkan masa dengan kami.

GB :Terima kasih. Tahniah untuk PBS kali keempat cik.

Temubual dengan guru Kemahiran Hidup

Nama :Mohd Sabib

Tarikh : 22/09/2014

Masa : 12.35 tgh- 1.23tgh

Saya :Selamat tengah hari cikgu.

Cikgu :Selamat tengah hari. Ada apa-apa bantuan daripada saya?

Saya :Ya cikgu, saya memerlukan sedikit maklumat.

Cikgu :Ya, silakan.

Saya : Berapa lama cikgu bekerja di sini.

Cikgu : Saya bekerja di sini selama 15 tahun. Sekarang saya mengajar kepada pelajar Tahun 5.

Saya : Cikgu bagaimana prestasi pencapaian murid dalam peperiksaan terutamanya dalam subjek Kemahiran Hidup.

Cikgu : Prestasi adalah memang bagus. Prestasi Subjek Kemahiran Hidup sentiasa kekaldalam 100%.Pada tahun 2012, 40 orang pelajar telah mendapat A dalam subjek ini.

Saya : Baik cikgu. Di sekolah ini adakah persatuan Kemahiran Hidup . Apakah aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam persatuan tersebut?

Cikgu : Di sini memang ada persatuan Kemahiran Hidup. Dalam persatuan ini terdapat beberapa aktiviti seperti membina taman, mencat pasu bunga, membuat kraftangan dengan menggunakan barang kitar semula dan sebagainya.

Saya : Cikgu apakah pendapat cikgu dalam penggunaan BBM dalam P&P?

Cikgu : BBM adalah satu bahan yang memudahkan mata pelajaran untuk diajar. Ia juga dapat menarik minat pelajaran terhadap pembelajaran. Bagi saya juga menggunakan telefon bimbit dan speaker untuk membunyikan lagu-lagu berkaitan P&P dalam bilik darjah. Murid-murid juga menunjukkan minat dan perhatian mereka dengan berkesan.

Saya : Baiklah cikgu. Terima kasih kerana meluangkan masa dengan saya

Cikgu : Baiklah. Teruskan usaha anda.

Temu bual dengan murid sekolah

Nama :Jeevan A/L Loganathan

Tarikh : 25/09/2014

Masa : 10.00am-10.20am

Saya :Hai Jeevan.

Murid : Selamat pagi cikgu. Saya : Baiklah. Bagaimana keadaan kelas adik semasa pengajaran guru?

Murid :Kelas kami sentiasa menarik. Guru selalu membawa bahan-bahan yang menarik. Kami juga akan membuat aktiviti-aktiviti yang diberi oleh guru dalam kumpulan.

Saya : Bagus. Bahan-bahan seperti mana digunakan oleh guru anda?

Murid : Guru kami akan mengajar dengan menggunakan BBM yang berbeza-beza seperti LCD, carta, speaker. Guru juga akan membawa carta yang besar dan menarik untuk mengajar sesuatu yang baru. Kadang-kala guru memberikan ganjaran semasa persembahan pertandingan dalam kumpulan.

Saya : Baiklah adik terima kasih.

Murid : Terima kasih cikgu.