3.2 peranan sistem saraf dalam manusia

23
3.2 PERANAN SISTEM SARAF DALAM MANUSIA

Upload: zue-zuerra

Post on 16-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BIOLOGI FORM 5

TRANSCRIPT

3.2 PERANAN SISTEM SARAF DALAM MANUSIA

3.2 peranan sistem saraf dalam manusiasistem saraf terdiri daripada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.

Struktur dan fungsi sistem sarafOtak Otak manusia berfungsi sebagai pusat koordinasi dan integrasi utuk tujuanMenerima maklumat dalam bentuk impuls saraf daripada reseptorMenganalisis maklumat Mengintegrasi maklumat Menyimpan maklumat Memberi arahan dalam bentuk impuls saraf kepada reseptorOtak terbina daripada sel sel saraf yang dinama kan neuronBahagian luar otak terdiri daripada jirim kelabu ( yang mengandungi badan sel neuron ) dan bahgian dalamnya terdiri daripada jirim putih ( yang mengandungi gentian neuron )

Otak terdiri daripada :Serebrum Serebelum Medula oblongata Di bawah bahagian tengah serebrum, terdapat bahagian talamus dan hipotalamus

Serebrum Merupakan bahagian otak yang terbesarDibahagikan kepada hemisfera kanan dan kkiriPermurkaan yang berlipat lipat untuk meningkatkan luas permukaan, maka meningkatkan bilangan sel saraf dalam serebrumFungsi serebrumMengawal semua aktiviiti mental seperti belajar, berfikir,kepintaran,ingatan, pertimbangan, dan menyelesaikan masalahMengawal tindakan otot rangka dalam aktiviti terkawal badanMengesan deria seperti sakit, sentuhan,panas, sejuk, pendengaran, rasa, dan bau

SerebelumTerletak dibahgian belakang serebelumMempunyai dua hemisferaPermukaan berlipat lipat untuk memuatkan lebih banyak sel sarafFungsi serebelum Mengkoordinasikan pengecutan ototMengawal keseimbangan badan

Medula oblongata Terletak di hadapan serebelum Menghubungkan otak dengan saraf tunjangFungsiMengawal tindakan luar kawal seperti denyutan jantung, pernafasan,peristalsisMengawal sesetengah tindakan refleks seperti batuk dan bersinHipotalamus Terletak di bahagian ventral serebrumKelenjar pituitari terletak di hujung hipotalamusIa mengesan perubahan dalam suhu darah dan tekanan osmosisMengawal koordinasi saraf dan sistem endokrinTalamus terletak di atas hipotalamusPusat kawalan bagi impuls saraf.

Struktur dan fungsi saraf tunjangSaraf tunjang menghubungkan otak dan sistem saraf periferiIa adalah sambungan daripada medula oblongataTerdiri daripada jirim kelabu di tengah dan jirim putih di sekelilingnyaSaraf spina muncul dari saraf tunjang. Setiap saraf spina bercabang kepada akar dorsal dan akar ventral.Fungsi saraf tunjang adalah mengawal tindakan refleks.

Struktur dan Fungsi NeuronSistem saraf terdiri daripada sel saraf yang dipanggil neuron.Neuron membawa maklumat dalam bentuk isyarat elektrik yang dipanggil impuls saraf.Struktur neuron terdiri daripadaBadan sel yang mengandungi nukleus.Dendrit yang merupakan unjuran seperti bebenang dari badan sel. Dendrit atau dendron membawa impuls saraf ke badan sel.Akson adalah gentian panjang dari badan sel yang membawa impuls saraf menjauhi daban sel. Akson bercabang untuk membentuk terminal akson dengan bonggol sinaps pada hujungnya.Salut mielin adalah membran penebat yang diperbuat daripada lemak. Ia terletak di sekeliling akson atau dendron.Fungsi Salut Mielin:Untuk melindungi gentian sarafUntuk membekalkan nutrien kepada aksonSebagai penebat kepada impuls sarafNodus ranvier adalah ruang di sepanjang salut mielin. Ia berfungsi untuk mempercepatkan penghantaran impuls saraf di sepanjang akson.Jenis jenis neuronNeuron AferenMenghantar impuls saraf dari reseptor ke sistem saraf pusat ( otak & saraf tunjang )Terdapat dalam akar dorsal pada saraf spinaInterneuron Menghantar impuls saraf dari neuron aferen ke sistem saaraf pusat dan dari sistem saraf pusat ke neuron eferen.Terdapat dalam sistem saraf pusat.Mungkin juga menyambungkan neuron aferen ke neuron eferen.Neuron EferenMenghantar impuls saraf dari sistem saraf pusat ke efektor untuk menghasilkan gerak balas.Terletak dalam akar ventral pada saraf spina.

Cara penghataran maklumat di sepanjang neuronPenghantaran maklumat di sepanjang neuron adalah dalam bentuk isyarat elektrik yang dinamakan impuls saraf.Pengaliran impuls saraf berlaku dalam satu hala.Apabila suatu neuron dirangsang oleh neuron lain atau dirangsang oleh perubahan pada persekitaran, impuls saraf dicetuskan pada dendrit neuron.Impuls saraf dihantar dengan cepat ke badan sel dan dibawa oleh akson sehingga terminal akson yanf terakhir pada efektor.

Laluan penghantaran maklumat dari reseptor ke efektor

Sinapsis dan penghantaran maklumatSinapsis ialah satu ruang sempit diantara terminal akson neuron penghantar dengan dendrit neuron penerima.Impuls saraf daripada neuron penghantar dihantar merentasi sinaps secara kimia.Terminal akson neuron penghantar berakhir dengan bonggol sinaps yang mengandungi bahan kimia disebut neurotransmitter ( bahan pemancar ).Apabila impuls saraf sampai ke bonggol sinaps pada terminal akson, vesikel sinaps dirangsang untuk membebaskan neutrotransmitter ke dalam sinaps.Neutrotransmitter meresap merentasi sinaps ke dendrit neuron penerima.Dendrit dirangsang untuk mencetus impls saraf yang dibawah oleh neuron penerima ke neuron lain atau efektor.Mitokondrion bekal tenaga supaya impuls saraf merentas sinaps.Sinaps memastikan impuls saraf bergerak dalam satu arah saja.

Tindakan terkawal dan tindakan luar kawalTerdapat dua jenis gerak balas yang dikoordinasiTindakan terkawalTindakan luar kawalTindakan TerkawalTindakan terkawal dikawal oleh serebrum otakIa berlaku berdasarkan kemahuan seseorang individuIa melibatkan integrasi dan pentafsiran maklumat di serebrum untuk menghasilkan gerak balas.Contohnya menyepak bola, membaca dan berjalan.Ia melibatkan otot rangka .Tindakan Luar KawalTndakan luar kawal tidak dikawal oleh kemahuan seseorangIa adalah tindakan automatik tanpa kawalan secara sedarIa dikawal oleh medula oblongata otakContohnya pernafasan, denyutan jantung, perembesan hormon dan pengecutan salur darahIa melibatkan otot licin, otot kardium dan kelenjar.

Tindakan Refleks Adalah gerak balas automatik yang berlaku dengan pantas dan spontan tanpa kawalan secara sedar terhadap suatu rangsangan.Ia dikawal oleh saraf tunjang Bertindak sebagai perlindungan terhadap kecederaan dan bahaya serta sebagai penyesuaian terhadap perubahan dalam persekitaran. Contohnya adalahSentakan lutut Penarikan tangan daripada objek panasKerdipan mata Perubahan saiz anak mata Keseimbangan badan untuk mengelakkan daripada terjatuhIa merupakan tindakan luar kawal yang melibatkan otot rangka Arka RefleksAdalah laluan yang dilalui oleh impuls saraf dari reseptor ke efektor dalam tindakan refleksContohnya sentakan lutut yang melibatkan dua neuron iaitu neuron aferen dan neuron eferen, dan penarikan tangan dari objek panas, yang melibatkan tiga neuron iaitu, neuron aferen, neuron eferen, dan interneuron.

PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM SARAFTerdapat dua jenis penyakit yang berkait dengan sistem saraf:Penyakit AlzheimerPenyakit ParkinsonPenyakit AlzheimerMerupakan penyakit neurologi yang dicirikan dengan peningkatan kehilangan ingatan dan kebolehan intelektual.Ia dikaitkan dengan pengecutan tisu otak dan kekurangan neufotransmiter(cari maksud) seperti asetilkolina(cari maksud) dalam otakIa menjejaskan warga tua dan boleh diwarisi.Simptom penyakit Alzheimer adalahKehilangan ingatan atau nyanyukHilang kepintaran Kekeliruan dan lemah tumpuanMudah terganggu dan sensetifMenjejaskan pertimbangan Hilang keupayaan untuk bercakap, membaca, menulis, makan dan berjalan.Penyakit ParkinsonSuatu penyakit sistem saraf yang menjejaskan bahagian otak yang mengawal tindakan otot.Ia menyebabkan ketaran dan kelemahan ototIa desebabkan oleh pengurangan aras neutrotransmitter ( dopamin ) di dalam otak. Ia juga boleh disebabkan oleh pengerasan arteri serebrum.Simpton penyakit ParkinsonPergerakan yang perlahan dan berketar- ketarSentakan dalam pergelakanLemah otot, otot kaku dan kejangKeseimbangan dan koordinasi terganggu