harga sebuah lukisan puisi moden

Upload: man-jawa

Post on 17-Oct-2015

110 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

saya

TRANSCRIPT

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 1

    MODUL KECEMERLANGAN

    BAHASA MELAYU

    PENILAIAN MENENGAH RENDAH

    KAJIAN ANTOLOGI

    HARGA SEBUAH LUKISAN

    TINGKATAN 3

    (PUISI MODEN)

    CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) UPM

    PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI,

    KELANTAN.

    ULI SAPA LET IT

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 2

    FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN

    SHAMSUDIN OTHMAN Maksud Maka seorang pujangga pun berkata, adalah dadah itu musuh utama negara adalah dadah itu perosak jiwa adalah dadah itu pembunuh semata-mata, Dadah ialah musuh utama negara. Hal ini kerana dadah merosakkan jiwa manusia dan telah membunuh banyak nyawa. Hari ini, angkara dadah telah mati seorang negarawan angkara dadah telah mati seorang seniman angkara dadah telah mati seorang olahragawan angkara dadah telah mati seorang jutawan angkara dadah telah mati seorang sasterawan angkara dadah telah mati seorang ilmuwan angkara dadah telah mati seorang wirawan. Akibat penyalahgunaan dadah ramai telah gagal dalam bidang masing-masing. Antaranya, negarawan, seniman, ahli sukan, peniaga, sasterawan, ahli akademik dan pejuang. Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluarga kau racun dalam khayal yang tidak terduga seperti tercatat dalam sejarah jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka oleh candu, marijuana, morfin, heroin atau apa-apa sahaja namamu kaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan negara. Dadah meracuni hidup manusia sejak dahulu tanpa mengira sesiapapun tanpa diduga. Dadah telah meracuni manusia. Dari sudut sejarah, kejatuhan kota Melaka dan kota-kota lain di dunia adalah kerana dadah sehingga menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 3

    Tuhan, bekalkan aku kudrat iman yang tulus untuk melewati lorong hidup yang penuh onak dan duri juga gelombang di laut masa depan dewasa mengejar cita-cita tegar memburu negara jaya. Penyair berdoa kepada Tuhan agar diberi kekuatan iman untuk menghadapi hidup mendatang yang penuh dengan dugaan dan cabaran demi mengejar cita-cita dan demi kemajuan negara. Sahabat segenerasiku, rimba di depan kita masih luas terbentang mari kita pilih jalan lurus ke syurga bukan lorong hitam ke neraka. Penyajak menyeru agar generasi kini memilih jalan yang betul dan bukannya jalan yang salah. Hal ini kerana masih banyak perkara yang perlu kita lakukan. Tema: Dadah musuh negara. Dadah memberi kesan yang buruk kepada individu, masyarakat dan negara. Persoalan: i. Kemusnahan negara bangsa akibat dadah. Kemajuan sesesuah negara tidak akan tercapai akibat

    penyalahgunaan dadah. ii. Kesedaran bahawa penyalahgunaan dadah akan membawa kesengsaraan. Dadah menyebabkan

    penderitaan kepada individu yang menyalahgunakannya. iii. Impak penyalahgunaan dadah. Banyak impak yang menimpa diri penagih disebabkan

    penyalahgunaan dadah. iv. Kepentingan membangunkan negara. Masyarakat yang bebas daripada dadah dapat

    membangunkan negara. v. Kekuatan iman dalam menangkis cabaran. Iman yang kukuh mampu mengelakkan diri seseorang

    daripada pengaruh dadah.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 4

    Bentuk: i. Bebas. ii. Terdapat lima rangkap. iii. Baris-baris ayat dan rima akhir

    Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.

    Rangkap 2 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaaaaaaa.

    Rangkap 3 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabaca.

    Rangkap 4 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abcdaee.

    Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcc. Gaya Bahasa: i. Anafora

    Contoh : adalah dadah itu. ii. Kata Ganda

    Contoh : bertahun-tahun. iii. Sinkope

    Contoh : kau. iv. Metafora

    Contoh : lorong hidup.

    v. Inversi Contoh : angkara dadah telah mati seorang angkasawan.

    vi. Aliterasi pengulangan konsonan g

    Contoh : maka seorang pujangga pun berkata. vii. Asonansi pengulangan vokal e

    Contoh : seperti tercatat dalam sejarah.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 5

    Nilai Murni: i. Nilai kegigihan

    Contoh: Gigih mengejar cita-cita untuk memajukan negara.

    ii. Nilai rasional Contoh: Jauhi dadah yang menjadi musuh negara.

    iii. Nilai keimanan

    Contoh: Menjalani kehidupan dengan berbekalkan keimanan.

    iv. Nilai cinta akan tanah air Contoh: Tidak mahu negara hancur kerana dadah.

    v. Nilai bertanggungjawab Contoh: Menentukan arah kehidupan yang dipilih ialah jalan yang benar.

    Pengajaran:

    i. Kita hendaklah menjauhi najis dadah yang merupakan musuh negara. ii. Kita hendaklah menguatkan iman di dada dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup. iii. Kita perlulah gigih berusaha dalam mengejar cita-cita. iv. Kita mestilah menjadikan sejarah kemusnahan negara sebagai pengajaran. v. Kita hendaklah memilih haluan kehidupan yang benar.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 6

    KATA-KATA HASHIM YAACOB

    Maksud Kalau kita dicerca dengan kata jangan kita diam tak terkata. Pertahankanlah maruah kita lawan kata dengan kata. Apabila dihina, janganlah kita berdiam diri. Kita seharusnya mempertahankan diri dengan membalas balik kata-kata tersebut. Kalau mereka mengherdik dengan kata carilah daya kata. Kalah kita jangan kerana putus kata. Jika kita ditengking atau dicerca, kita janganlah berdiam diri. Sebaliknya kita perlu mempertahankan diri. Ini martabat bangsa kita ini kedaulatan negara kita kita pelihara dengan kepantasan kata daripada kepala. Martabat dan kedaulatan negara kita harus dipertahankan dengan kebijaksanaan. Kita berpidato atau berhujah dengan spontan. Kita merdeka bukan kerana senjata. Kita merdeka kerana bijak kata. Negara kita mencapai kemerdekaan bukan melalui kekerasan, sebaliknya kerana kepintaran kata-kata di meja rundingan. Aduhai anakanda kalau hidup mahu terbela pandailah mengucap kata. Penyajak menyeru semua anak muda supaya bijak berkata-kata jika mereka inginkan kehidupan mereka terbela.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 7

    Tema: Kebolehan berkomunikasi secara lisan amat penting dalam kehidupan. Dengan kebijaksanaan berkomunikasi, seseorang itu dapat mempertahankan diri daripada dihina oleh orang lain. Persoalan: i. Kepentingan bijak berbahasa untuk mematahkan hujah lawan. Kemahiran berhujah membolehkan

    seseorang mematahkan hujah lawan dengan mudah. ii. Kepentingan menggunakan bahasa dengan baik. Kesantunan bahasa dapat membentuk jati diri

    bangsa dan menjulang nama negara. iii. Bahasa merupakan imej sesebuah bangsa dan negara. Kebijaksanaan berbahasa membolehkan

    kita memartabatkan bahasa dan mendaulatkan negara. iv. Kemerdekaan yang diperoleh menerusi rundingan. Sejarah membuktikan negara kita merdeka

    menerusi rundingan bukannya melalui peperangan. Bentuk: i. Separuh terikat. ii. Terdapat lima rangkap. iii. Baris-baris ayat dan rima akhir.

    Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.

    Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.

    Rangkap 3 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.

    Rangkap 4 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya aa.

    Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya aaa. Gaya Bahasa: i. Sinkope

    Contoh : tak. ii. Anafora

    Contoh : kita merdeka. iii. Bahasa istana

    Contoh : anakanda. iv. Asonansi pengulangan vokal a

    Contoh : Pertahankanlah maruah kita.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 8

    v. Aliterasi pengulangan konsonan t

    Contoh : Janganlah kita diam tak terkata. vi. Epifora

    Contoh : kita. Nilai Murni: i. Nilai kebijaksanaan

    Bijak dalam berkata-kata dan berhujah.

    ii. Nilai rasional Sentiasa sedar jika ingin kehidupan lebih terbela, kita harus pandai berkata-kata.

    iii. Nilai tanggungjawab

    Bertanggungjawab mempertahankan diri apabila dicerca.

    iv. Nilai keberanian Berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan.

    Pengajaran:

    i. Kita hendaklah bijak berkata-kata dan berhujah. ii. Kita perlulah berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan. iii. Kita mestilah mempertahankan maruah diri kita apabila dihina. iv. Kita mestilah memelihara martabat bangsa dan kedaulatan negara kita.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 9

    KEUSANGAN BUDAYA ROSHILAWATI RAZLAN

    Maksud Ketika dulu kelihatan sang dara bersimpuh ayu bersalut songket tenunan Melayu menganyam segar Penyajak menggambarkan ketika zaman dahulu masih terdapat gadis Melayu begitu bersopan santun dengan pakaian tradisional. Kelihatan sang teruna menebang ara berbaju Melayu warisan bangsa meniup seruling bambu merdu dan sayu Pemuda pada zaman dahulu mengamalkan budaya Melayu dan gigih meneroka hutan. Pemuda pada zaman itu juga bermain alat muzik seruling dengan lagu-lagu yang merdu dan mengasyikkan. Ketika ini tiada lagi sang dara ayu tiada juga teruna gagah kini yang ada cuma tubuh-tubuh lesu tubuh-tubuh kaku Walau bagaimanapun pada masa ini sukar untuk bertemu gadis atau pemuda yang masih mengamalkan budaya kemelayuan sejati. Yang ada cuma pemuda dan pemudi yang tidak bersemangat. Kedengaran irama gamat menodai kedamaian seruling bambu diam keusangan songket dan batik muram disisihkan Kini anak-anak muda lebih menggemari alunan muzik rancak manakala muzik yang melambangkan kebudayaan Melayu telah ditinggalkan. Begitu juga pakaian tradisional turut dipinggirkan.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 10

    Ayahanda dan bonda di pondok memalu nobat di sisi melihat sayu sang Sita Dewi yang usang tidak bermaya lagi Hanya golongan tua sahaja yang masih menjulang budaya lama. Kini mereka hanya mampu mengenang sejarah kegemilangan budaya Melayu yang sudah ditinggalkan oleh golongan muda. Tema: Adab dan budaya bangsa Melayu yang perlu dipertahankan. Golongan muda perlu menjaga warisan dan budaya bangsa. Persoalan: i. Amalan budaya Melayu dalam kalangan golongan muda yang dipinggirkan. Generasi hari ini lebih

    suka terikut-ikut dengan budaya asing. ii. Ketinggian budaya Melayu dalam kehidupan seharian. Gadis-gadis Melayu dahulu digambarkan

    bersopan santun dan pemuda-pemudanya pula mengamalkan budaya Melayu. iii. Pengaruh budaya asing yang kini telah mengambil alih budaya kemelayuan. Anak-anak muda kini

    lebih tertarik dengan budaya asing. iv. Harapan dan impian golongan tua untuk melihat budaya Melayu diamalkan semula. Golongan tua

    yang masih menjulang budaya lama berharap agar sejarah kegemilangan budaya Melayu dapat dikembalikan.

    v. Masyarakat kini yang kurang mempertahankan budaya tradisi. Anak-anak muda lebih gemar

    alunan muzik dari barat berbanding alunan muzik tradisional. Bentuk: i. Bebas. ii. Terdapat lima rangkap. iii. Baris-baris ayat dan rima akhir.

    Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaab.

    Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc.

    Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdbb.

    Rangkap 4 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.

    Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abbb.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 11

    Gaya Bahasa: i. Personifikasi.

    Contoh : seruling bambu diam keusangan, ii. Anafora

    Contoh : tubuh-tubuh. iii. Bahasa istana

    Contoh : ayahanda. iv. Asonansi pengulangan vokal u

    Contoh : bersalut songket tenunan Melayu. v. Aliterasi pengulangan konsonan m

    Contoh : irama gamat menodai kedamaian. vi. Inversi

    Contoh : melihat sayu Sang Sita Dewi. vii. Kata Ganda.

    Contoh : tubuh-tubuh.

    Nilai Murni: i. Nilai kesopanan

    Contoh: Gadis duduk dengan tertib dan sopan.

    ii. Nilai kerajinan Contoh: Pemuda rajin bekerja.

    iii. Nilai menghargai budaya

    Contoh: Bangga dan menghargai pakaian tradisi dan irama Melayu.

    iv. Nilai tanggungjawab Contoh: Bertanggungjawab menjaga warisan dan budaya bangsa.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 12

    Pengajaran:

    i. Gadis remaja hendaklah bersopan santun dalam pertuturan seharian. ii. Pemuda-pemudi haruslah rajin bekerja dalam kelangsungan hidup. iii. Kita mestilah menghargai kebudayaan kita sendiri. iv. Janganlah terikut-ikut dengan budaya asing yang merosakkan budaya bangsa. v. Janganlah kita tergamak membiarkan generasi lama bersedih melihat budaya lama dilupakan.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 13

    SEORANG INSAN ISTIMEWA NATASYA PUTERI

    Maksud Dia yang tidak pernah meminta untuk lahir sebegitu rupa namun kecilnya diri menyanggah takdir Yang Maha Esa sebuah suratan tertulis sudah sebuah kehidupan tetap harus diteruskan. Penyajak menyatakan seseorang itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai seorang insan istimewa atau cacat. Namun siapalah dirinya untuk melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan sejak azali lagi dan dia perlu meneruskan kehidupan seharian. Seorang insan istimewa menapak dalam reda menggalas payah dalam senyum terpaksa betapa pun simpati mata memandang pasti tiada bandingan dengan derita diri menempuh cabaran. Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun dalam keadaan terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri, namun segalanya tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang dialaminya. Seorang insan istimewa anugerah suatu ujian amanah suatu tuntutan biar sukar mesti disempurnakan luas buana mereka tetap punya ruang meneruskan kehidupan selagi Tuhan mengizinkan. Nasib insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada hamba-hambanya. Biarpun sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Bantulah, bimbinglah seikhlas hati setulus budi Tuhan pasti merestui. Penyajak menyeru agar kita membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang ikhlas kerana setiap kebaikan yang kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 14

    Tema: Dugaan hidup sebagai golongan kelainan upaya. Golongan istimewa telah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Persoalan: i. Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan. Walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa mereka

    tabah menghadapi ujian Tuhan. ii. Tanggungjawab membantu sesama manusia. Sebagai insan sempurna kita bertanggungjawab

    membantu golongan kelainan upaya. iii. Bersyukur kepada Tuhan. Golongan kelainan upaya ini bersyukur walaupun dilahirkan sebagai

    insan istimewa. iv. Keyakinan diri menghadapi dugaan Tuhan. Keyakinan diri insan istimewa dapat mengatasi segala

    halangan dan dugaan. v. Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa. Walaupun bergelar insan istimewa sikap

    dedikasi perlu ditonjolkan oleh mereka dalam melaksanakan sesuatu perkara. Bentuk: i. Sajak ini berbentuk bebas. ii. Mengandungi empat rangkap. iii. Baris-baris ayat dan rima akhir

    Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd.

    Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc.

    Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb.

    Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb. Gaya Bahasa: i. Repitisi

    Contoh : Seorang insan istimewa. ii. Anafora

    Contoh : sebuah. iii. Responsi.

    Contoh : suatu.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 15

    iv. Asonansi pengulangan vokal e Contoh : meneruskan kehidupan.

    v. Aliterasi pengulangan konsonan b

    Contoh : bantulah, bimbinglah. vi. Inversi

    Contoh : biar sukar mesti disempurnakan. Nilai Murni:

    i. Nilai keredaan Contoh: Reda menerima takdir diri yang cacat.

    ii. Nilai ketabahan

    Contoh: Tabah menerima takdir diri yang cacat.

    iii. Nilai simpati Contoh: Bersimpati kepada orang yang kurang upaya.

    iv. Nilai bantu-membantu

    Contoh: Bersedia membantu orang yang kurang upaya.

    v. Nilai keikhlasan Contoh: Membantu orang lain dengan hati yang ikhlas.

    vi. Nilai amanah

    Contoh: Membantu golongan kurang upaya merupakan amanah Allah.

    vii. Nilai bertanggungjawab Contoh: Semua insan yang sempurna bertanggungjawab menolong golongan kurang upaya.

    Pengajaran:

    i. Kita haruslah reda menerima takdir sekiranya dilahirkan atau ditakdirkan cacat. ii. Kita haruslah menerima takdir yang tersurat terhadap kita. iii. Kita perlulah bersedia membantu golongan kurang upaya pada bila-bila masa. iv. Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja. v. Kita bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 16

    RUMPUT KHADIJAH HASHIM

    Maksud Baru hendak mendongak aku sudah dipijak baru saja hendak berbedak diserbu debu menutup muka cuaca panas angin kering ditambah lagi bau busuk asap lori sesak nafas bagai menunggu mati mujur embun pagi membersih diri. Keluhan insan yang nasibnya diibaratkan seperti rumput. Sebelum sempat untuk bangun dia sudah ditindas oleh seseorang. Sebelum sempat dia menonjolkan kelebihan diri, dia dihina oleh orang lain. Ditambah pula dengan persekitaran yang serba kekurangan dan tidak selesa. Namun demikian, masih ada yang bersimpati dengan kesusahannya. Baru saja tangan hendak menari datang pemotong rumput lalu dipotongnya jari doa si pemotong rumput cepat panjang cepat dapat wang! Sebelum sampai hajatnya menunjuk bakat, ada pula yang memperkecil bakatnya tanpa menghiraukan nasib golongan susah demi keuntungan mereka semata-mata. Nasib rumput di tepi jalan tak sehijau rumput di padang. Penyajak menyatakan keluhan orang susah yang tiada apa-apa lebih malang berbanding orang susah yang masih ada tempat berlindung.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 17

    Tema: Rintihan nasib seorang yang hina dan dipandang rendah. Golongan miskin selalunya dipandang rendah oleh orang lain. Persoalan: i. Sikap hormat-menghormati sesama insan walaupun terhadap golongan yang kurang

    berkemampuan. Golongan yang berkedudukan tinggi sering tidak menghormati golongan miskin ii. Penghargaan kepada orang lain. Menghargai bakat seseorang itu walaupun miskin. iii. Penindasan terhadap golongan bertaraf rendah. Golongan bertaraf rendah selalu menjadi alat

    untuk kepentingan golongan atasan. iv. Cabaran dalam kehidupan. Walaupun berada dalam kesusahan dan keperitan, kelangsungan

    hidup perlu diteruskan. Bentuk: i. Sajak ini berbentuk bebas. ii. Mengandungi tiga rangkap. iii. Baris-baris ayat dan rima akhir

    Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaabcddd.

    Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya ababcc.

    Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab. Gaya Bahasa: i. Sinkope.

    Contoh : tak. ii. Personifikasi.

    Contoh : tangan hendak menari. iii. Repitisi

    Contoh : Baru saja. iv. Anafora

    Contoh : cepat.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 18

    v. Asonansi pengulangan vokal u Contoh : diserbu debu menutup muka.

    vi. Aliterasi pengulangan konsonan b

    Contoh : ditambah lagi bau busuk asap lori. vii. Simile

    Contoh : bagai menunggu mati. Nilai Murni: i. Nilai ketabahan

    Tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

    ii. Nilai kegigihan Tidak berputus asa walaupun penindasan berlaku di mana-mana.

    Pengajaran:

    i. Kita janganlah menghina orang susah atau miskin. Sebagai seorang yang bernasib baik kita tidak sepatutnya menghina orang susah.

    ii. Kita perlulah mempunyai sifat hormat-menghormati terutamanya kepada golongan miskin. iii. Kita janganlah memandang rendah akan bakat seseorang. iv. Kita janganlah menutup peluang orang lain terutamanya peluang golongan susah atau miskin.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Puisi Moden 19

    ORANG TUA PUSPA RANI A/P MUNUSAMY

    Maksud Nampakkah kau wanita tua di tepi jalan mukanya comot rambutnya kusut membawa bersamanya beg usang berjalan ke sana ke mari tanpa suatu destinasi. Nampakkah kau lelaki tua di hujung jalan kemejanya kotor seluarnya rabak duduk di sudut tangga menunggu sisa makanan restoran mamak untuk mengalas perut yang kosong. Nampakkah kau darah berlumuran di jalan raya mayat si tua dibiarkan di situ dan di bilik mayat pula tiada siapa datang menuntutnya. Nampakkah ia sepertimu mereka juga dicipta oleh-Nya tetapi bezanya mereka diabaikan ditinggalkan oleh anak-anak jahil tidak berbudi nampakkah kau? (NOTA AKAN DILENGKAPKAN KEMUDIAN)