3 mekanisme untuk menyatukan bangsa

4
Tarikh 13 Mei 1969 merupakan satu detik yang takkan dilupakan hampir majoriti rakyat di Malaysia ini. Ternyata tarikh ini telah banyak membawa pengaruh yang besar dalam sejarah perpaduan rakyat di Negara ini. Jika dilihat rentetan-rentetan peristiwa yang berlaku sebelum merdeka, perpaduan rakyat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah adalah jelas dan bukan sekadar retorik atau cerita-cerita mitos yang dicipta. Sebagai contoh merujuk kepada penubuhan Malayan Chinese Association (MCA), Malayan Indian Congress (MIC) dan United Malays National Organization (UMNO) yang membentuk parti perikatan untuk menuntut kemerdekaan daripada British. Pada mulanya, parti-parti ini bukanlah dasarnya memperjuangkan kaum masing-masing tetapi keutamaanya adalah untuk memenuhi syarat Inggeris iaitu tanah Melayu mesti bersatu terlebih dahulu dalam politik sebelum kemerdekaan dapat diberikan. Ini bermakna soal perpaduan kaum adalah syarat yang diutamakan. Dengan adanya perpaduan dan kerjasama dalam politik, perkongsian kuasa boleh dilaksanakan. Keharmonian serta keamanan masyarakat dan Negara akan terjamin melalui sokongan padu seluruh rakyat. Akan tetapi, peristiwa bertarikh 13 Mei 1969 seperti ditulis diatas menjadi duri dalam daging untuk menjadikan kaum-kaum di tanah ini bersatu selepas mendapat nama rasminya Malaysia setelah Sabah dan Sarawak bergabung pada 16 September 1963. Ini jelas dengan kesungguhan Tun Hussein Onn mengambil tindakan dengan memecat Dato Harun Idris yang pada masa itu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor 1

Upload: thehusni

Post on 12-Feb-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

untuk menyatukan bangsa malaysia yang berbilang kaum

TRANSCRIPT

Page 1: 3 mekanisme Untuk menyatukan bangsa

Tarikh 13 Mei 1969 merupakan satu detik yang takkan dilupakan hampir majoriti rakyat

di Malaysia ini. Ternyata tarikh ini telah banyak membawa pengaruh yang besar dalam sejarah

perpaduan rakyat di Negara ini. Jika dilihat rentetan-rentetan peristiwa yang berlaku sebelum

merdeka, perpaduan rakyat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah adalah

jelas dan bukan sekadar retorik atau cerita-cerita mitos yang dicipta. Sebagai contoh merujuk

kepada penubuhan Malayan Chinese Association (MCA), Malayan Indian Congress (MIC) dan

United Malays National Organization (UMNO) yang membentuk parti perikatan untuk menuntut

kemerdekaan daripada British. Pada mulanya, parti-parti ini bukanlah dasarnya memperjuangkan

kaum masing-masing tetapi keutamaanya adalah untuk memenuhi syarat Inggeris iaitu tanah

Melayu mesti bersatu terlebih dahulu dalam politik sebelum kemerdekaan dapat diberikan. Ini

bermakna soal perpaduan kaum adalah syarat yang diutamakan. Dengan adanya perpaduan dan

kerjasama dalam politik, perkongsian kuasa boleh dilaksanakan. Keharmonian serta keamanan

masyarakat dan Negara akan terjamin melalui sokongan padu seluruh rakyat. Akan tetapi,

peristiwa bertarikh 13 Mei 1969 seperti ditulis diatas menjadi duri dalam daging untuk

menjadikan kaum-kaum di tanah ini bersatu selepas mendapat nama rasminya Malaysia setelah

Sabah dan Sarawak bergabung pada 16 September 1963. Ini jelas dengan kesungguhan Tun

Hussein Onn mengambil tindakan dengan memecat Dato Harun Idris yang pada masa itu

menjawat jawatan Menteri Besar Selangor dan Ketua pemuda UMNO Malaysia kerana dituduh

sebagai dalang peristiwa tersebut. Pada hari ini setelah mengharungi kemerdekaan selama 57

tahun, negara ini masih belum mampu sepenuhnya untuk menyatupadukan rakyatnya dek kerana

perbezaan fahaman, agama, bangsa, bahasa, budaya dan sebagainya. Untuk menyatupadukan

atau merealisasikan impian yang sejak dahulu lagi dijuangkan iaitu menjadikan satu bangsa iaitu

bangsa Malaysia, harusnya dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi. Ini kerana pada

peringkat inilah anak-anak Malaysia perlu dibentuk dan seterusnya ke peringkat menengah dan

kemudian di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) Oleh itu, atas kesedaran ini, 3 mekanisme

penyelesaian dalam menerangkan dan memperkasa sistem pendidikan arus perdana di Malaysia

untuk menuju ke tahap integrasinya yang terbaik telah diperkenal.

1

Page 2: 3 mekanisme Untuk menyatukan bangsa

Umum mengetahui ,pada masa ini terdirinya bangunan-bangunan sekolah rendah dan

menengah yang banyak jumlahnya di merata seluruh semenanjung Malaysia serta di Sabah dan

Sarawak, tidak kira di bandar atau di kampung pasti ada bangunan ini yang dinikmati oleh

penduduk setempat dengan harapan dapat melahirkan rakyat yang mempunyai jiwa patriotisme

disamping berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Akan tetapi yang lebih nyata, objektif tersebut tidak

mencapai apa yang dikehendaki Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan penghasilan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Puncanya adalah disebabkan wujudnya pelbagai jenis

aliran sekolah iaitu sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina, India dan sekolah kebangsaan itu

sendiri. Jadi sudah tentu perbezaan dari sukatan pembelajaran dan pengajaran diantara sekolah-

sekolah tersebut mengalami sedikit perbezaan. Oleh sebab itu, mekanisme pertama yang perlu

dilaksanakan ialah mewujudkan kurikulum yang sama dari sekolah rendah hinggalah menengah.

Kurikulum disini adalah mengenai sukatan pelajaran yang diguna pakai oleh sekolah-sekolah

tidak kira jenis kebangsaan, swasta perlu diselaraskan dan dibaik pulih. Untuk menyeragamkan

dan merealisasikan perkara ini, adalah satu keperluan dengan mewujudkan hanya satu aliran

sekolah sahaja tanpa ada jenis kebangsaan cina mahupun jenis kebangsaan india.

Walaubagaimanapun, mekanisme ini bukanlah mudah untuk diaplikasikannya kerana sekolah-

sekolah jenis kebangsaan sudah pun menggunakan sukatan pembelajaran yang sedikit berbeza.

Sebagai contoh sukatan pembelajaran bagi bahasa melayu mempunyai sedikit perbezaan dengan

sekolah kebangsaan iaitu dimana Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk sekolah jenis

kebangsaan(SJK) cina dan tamil disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan

kemampuan murid di SJK. Oleh yang demikian, perbezaan huraian dari segi senarai kemahiran

berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang

dicadangkan itu terjadi. Jadi, guru-guru akan menggalas tugas yang berat untuk mencapai

keseragaman fahaman murid-murid apabila sekolah satu aliran diwujudkan nanti. Tetapi ini

adalah merupakan satu cabaran untuk warga pendidik untuk mencapai intergrasi terbaik buat

Negara pada masa akan datang nanti.

2

Page 3: 3 mekanisme Untuk menyatukan bangsa

3