3 kerangka submodul 1 adab dan etika - copy.doc

11
KERANGKA SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA SUBMODUL 1 Tajuk PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH DASAR MBMMBI 2015 Topik ADAB DAN ETIKA GURU SAINS Masa 2 Jam Personel Penceramah A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Memperincikan amalan adab dan etika guru sains 2. Menerangkan nilai berasaskan ketuhanan dan kemanusiaan 3. Menghuraikan kesan adab dan etika terhadap pembelajaran sains. B. Kandungan Pengajaran 1. Pengenalan konsep, definisi dan penerangan tentang adab dan etika guru sains. 2. Elemen Sapaan, Kebersihan dan Memberi laluan merupakan adab yang mesti diamalkan di sekolah di Malaysia adalah berasaskan BIMA (Beri Ilmu Melalui Akhlak) 3. Etika sains adalah nilai, sikap saintifik dan perilaku yang menunjukkan kesediaan dan kesanggupan seseorang secara sedar mentaati ketentuan dan norma kehidupan yang berlaku dalam suatu kelompok masyarakat atau suatu organisasi. 4. Sikap saintifik dan nilai murni terdiri daripada beberapa elemen. Aktiviti :

Upload: asniza-manap

Post on 06-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3 Kerangka SUBMODUL 1 ADAB DAN ETIKA - Copy.doc

KERANGKA SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERANGKA SUBMODUL 1

Tajuk PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH DASAR MBMMBI 2015

Topik ADAB DAN ETIKA GURU SAINS

Masa 2 Jam

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Memperincikan amalan adab dan etika guru sains

2. Menerangkan nilai berasaskan ketuhanan dan kemanusiaan

3. Menghuraikan kesan adab dan etika terhadap pembelajaran sains.

B. Kandungan Pengajaran

1. Pengenalan konsep, definisi dan penerangan tentang adab dan etika guru sains.

2. Elemen Sapaan, Kebersihan dan Memberi laluan merupakan adab yang mesti diamalkan di

sekolah di Malaysia adalah berasaskan BIMA (Beri Ilmu Melalui Akhlak)

3. Etika sains adalah nilai, sikap saintifik dan perilaku yang menunjukkan kesediaan dan kesanggupan

seseorang secara sedar mentaati ketentuan dan norma kehidupan yang berlaku dalam suatu

kelompok masyarakat atau suatu organisasi.

4. Sikap saintifik dan nilai murni terdiri daripada beberapa elemen.

Aktiviti :

a. Tayangan video

b. Nilai murni sains

C. Kaedah / strategi

Kandungan Strategi/Proses Masa Peranan Bahan

Pengenalan

Page 2: 3 Kerangka SUBMODUL 1 ADAB DAN ETIKA - Copy.doc

KERANGKA SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

Adab dan etika

sains dalam

kemahiran

saintifik

(kemahiran

proses sains dan

kemahiran

manipulatif), dan

kepentingan.

Perincian

kemahiran

saintifik

(Sila rujuk nota

pembelajaran)

Membahagikan peserta

kursus kepada kumpulan

(bilangan kumpulan

bergantung kepada

bilangan peserta

kursus).

20 minit

30

minit

Peserta

melibatkan diri

secara inkuiri

Perbincangan Tayangan

video 1

Peserta mengenalpasti

dan mencatat dalam

kertas A4

implikasi adab dan etika

sains

Tayangan

video 2

Peserta mengenalpasti

dan mencatat dalam

kertas A4

implikasi adab dan etika

sains

10 minit

20 minit

10

Minit

20

minit

Peserta

menonton

tayangan

video

Peserta

menganalisis

isi kandungan

video

Peserta

melibatkan

diri dalam

perbincangan

.

Kertas A4

Rumusan Peserta

membandingbeza

diantara adab dan etika.

10 minit Persem

bahan

power

Page 3: 3 Kerangka SUBMODUL 1 ADAB DAN ETIKA - Copy.doc

KERANGKA SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

point

D. Bahan Kursus

1. Nota

2. Slaid Power point

3. Kertas A4

E. Alatan/ Radas/ Bahan

1. Komputer riba

2. Projektor LCD

3. Papan putih

F. Penilaian

1. Ujian Pra dan pasca

2. Dapatan berdasarkan tayangan video

G. Rumusan / Refleksi

Page 4: 3 Kerangka SUBMODUL 1 ADAB DAN ETIKA - Copy.doc

KERANGKA SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

NOTA ADAB DAN ETIKA

1. Definisi adab ;

i) merupakan budi pekerti yang halus atau tingkah laku yang baik (Kamus

Pelajar)

ii) tingkah laku serta tutur kata yang halus ( sopan), budi bahasa, budi pekerti

yang halus, kesopanan atau cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu

situasi tertentu, budi bahasa dan tingkah laku, pengetahuan mengenai buruk

baik bagi kelakuan manusia. (Kamus Dewan edisi ke-3 dan edisi ke-4)

iii) Sesuatu yang disandarkan kepada perkara yang dipuji samaada dari sudut

perkataan atau perbuatan.( Faisal Ahmad Shah dan Nor Saleha Mohd

salleh).

iv) Adab merupakan akhlak. (Masnizah Mohd, 2005)

2. Definisi etika

i) Ilmu berkaitan prinsip-prinsip atau moral, prinsip moral ( atau akhlak ) atau

nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu

kumpulan, persatuan, pekerjaan dan lain-lain ( kamus Dewan Edisi ke-3 dan

ke-4)

ii) Kajian yang bersifat falsafah terhadap moral ( Gluck ,1986)

iii) Menurut Sidi Gazalba , etika ialah teori mengenai tingklah laku manusia yang

dipandang dari segi baik dan buruk dan sejauh mana pula dapat ditentukan

oleh akal( Masnizah Mohd, 2005)

3 Perkataan etika berasas daripada bahasa Inggeris “Ethic” dan bahasa Greek “Ethos”

yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap

Page 5: 3 Kerangka SUBMODUL 1 ADAB DAN ETIKA - Copy.doc

KERANGKA SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang

menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

4 Selain itu ia juga boleh disimpulkan sebagai tingkah laku dan kelakuan moral yang

dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan disiplin yang

mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan

manusia yang betul ( Zawiyah, 2002).

Banding beza antara adab dan etika

Ibn ‘Abd-Rabbih ( Rosenthal, 1992)

menegaskan bahawa keseluruhan

adab mengandungi semua aspek

tingkah laku manusia.

Merupakan cabang falsafah yang

menentukan salah atau benar

terutamanya dalam dilema moral,

mengkaji perbuatan manusia sama ada

baik atau buruk, betul atau salah.

Konsep tersebut, mengaitkan adab

dengan keseluruhan tindak-tanduk,

perbuatan dan perlakuan manusia iaitu

tindak tanduk yang tepat berasaskan

ilmu mengenai kedudukan yang benar

segala sesuatu dalam merencana ilmu

dan kewujudannya.

Sesuatu yang tidak beretika tidak

semestinya salah. Betul atau salah

bergantung kepada individu, masyarakat,

organisasi dan Negara

Adab mempunyai beberapa cirri utama

antaranya ialah, adab merupakan

cerminan kepada keadilan,

berdasarkan hikmah di mana

meletakkan ilmu sebagai keutamaan

tinggi, tumpuan kepada aspek rohaniah

dan akliah insan.

Liputan etika adalah lebih luas daripada

menganalisis apa yang betul dan salah

seperti yang sering dianggap.

Proses menerangkan adab dipanggil

ta’dib atau pendidikan

Etika mengkaji fakta, menganalisisnya

dan merumuskan apakah tingkah laku

yang sebetulnya

Matlamat akhir adab ialah memperoleh Antara aspek utama etika ialah

Page 6: 3 Kerangka SUBMODUL 1 ADAB DAN ETIKA - Copy.doc

KERANGKA SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

kecemerlangan akhlak ( Ahmad Fauzi

b. Mohamed )

“kehidupan baik”, iaitu kehidupan yang

bernilai atau memuaskan, yang dianggap

lebih penting daripada tingkah laku moral

oleh banyak ahli falsafah.

Manakala tujuan adab adalah untuk

melahirkan manusia yang baik dan

mampu menahan diri daripada nikmat

fizikal dan material dan yang

menunjukkan kestabilan emosi pada

raut muka gembira dan sedih dan

segala kejadian yang lain dan juga

tetap berada dalam keadaan yang tidak

diganggui dan tidak aktif kecuali apabila

sebab dan pemikiran menandakan

keinginan atau keperluan kepada

tindakan ( Plato dalam Rosenthal,

1992)

Dari perspektif Islam, etika merujuk

kepada tingkah laku betul berasaskan Al-

Quran dan ketaqwaan kepada Tuhan.

Teori Etika Islam dan Barat adalah

berbeza. Mengikut Teori Etika dari

Barat,menggunakan akal bagi

menganalisis masalah etika. Apa yang

sesuai dari segi akal ini diterima, dan

tidak sesuai dengan akal ini tidak

diterima

Dr. Hj. Abdullah Siddik (1980) telah

mengaitkan adab sebagai suatu dasar

( ‘Ahkam al-Syari’ati’) iaitu salah satu

garis panduan yang sangat penting

dalam kehidupan manusia di mana ia

menjadi panduan ibu bapa, guru,

pemimpin , masyarakat dan individu itu

sendiri dalam mencorakkan warna

hidup seseorang insan.

Manakala matlamat etika Islam adalah

supaya manusia itu mempunyai perilaku

yang baik mengikut ajaran Islam bagi

mencapai keredhaan Tuhan.

Selain itu juga penting kerana menjadi

peranan penting dalam menilai butuk

dan baik budi seseorang supaya

menjadi insan yang akan mendapat

ganjaran baik di dunia dan di akhirat

Kaedah yang dikemukakan oleh Islam

untuk menentukan etika yang baik tidak

terhad kepada akal semata-mata tetapi

haruslah disepadukan dengan apa yang

telah disampaikan melalui wahyu

Adab bukan hanya mementingkan

hubungan dengan manusia tetapi juga

dengan tuhan

Etika hanya mementingkan hubungan

sesama manusia sahaja

Adab berdasarkan kepada Etika moral pula berdasarkan sentimen

Page 7: 3 Kerangka SUBMODUL 1 ADAB DAN ETIKA - Copy.doc

KERANGKA SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

kepercayaan agama masyarakat

Adab nilainya adalah mutlak Etika nilainya tidak mutlak, sentiasa

berubah-ubah mengikut adat sesebuah

masyarakat

Adab matlamatnya adalah untuk

keredhaan Tuhan

Etika pula matlamatnya untuk manusia

semata-mata

Adab dicipta oleh Tuhan maka sifatnya

sempurna untuk menjadi pegangan

manusia

Etika pula dicipta oleh manusia dengan

itu sifatnya terdedah kepada kritikan .

Adab merupakan suatu system yang

menilai tindakan zahir dan batin

manusia

Etika ialah suatu sistem yang menilai

tindakan zahir manusia

Adab ialah sistem atau tingkah laku

manusia yang bersumberkan kepada

asas ketuhanan

Etika secara umum ialah sistem atau

tingkah laku manusia yang diwujudkan

oleh kelompok manusia.

Falsafah Pendidikan Sains

 “Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi

dengan memberi tumpuan kepada perkembangan

individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan

serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi”

Etika inkuiri :

1. Petikan dari Torcello (1897) dalam esei bertajuk " Etika Kepercayaan”

….. Ia adalah salah, kerap kali, di mana-mana, dan untuk sesiapa sahaja

untuk mempercayai apa-apa bukti yang tidak mencukupi. "

2. Hujah dari Torcello; pertama, kecenderungan untuk percaya atau tidak kira

walaupun terdapat bukti, walaupun ia adalah berkenaan dengan kepercayaan

remeh seperti astrologi, boleh melahirkan satu tabiat fikiran yang membahayakan

Page 8: 3 Kerangka SUBMODUL 1 ADAB DAN ETIKA - Copy.doc

KERANGKA SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

yang mengurangkan pemikiran kritikal dalam perkara-perkara yang penting seperti

kepercayaan bahawa Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran.

3. Hujah kedua; kepercayaan bukan hanya perkara peribadi kerana kita hidup dalam

masyarakat yang semakin saling mempengaruhi di mana pendapat individu saling

mempengaruhi melalui pelbagai cara , daripada perbualan langsung kepada

rangkaian sosial.