kerangka aktiviti

25
Kerangka Aktiviti ( Contoh: Untuk satu aktiviti sahaja) Tajuk Aktiviti: Pengenalan: Jenis Aktiviti: Matlamat: (Dikaitkan dengan isi kandungan tunjang terpilih) Objektif: : (Dikaitkan dengan isi kandungan tunjang terpilih) Rasional: Tempoh Aktiviti: Peralatan: Langkah Perlaksanaan: ( perlu detail) Rumusan: (Dikaitkan dengan isi kandungan tunjang terpilih) Falsafah: (Dikaitkan dengan isi kandungan tunjang terpilih) Penilaian Aktiviti Penelitian/pemarkahan diberikan kepada a) Pengapplikasian tunjang- tunjang tertentu untuk membangunkan aktiviti, b) rasional mengapa sesuatu aktiviti itu dibina. c) Bagaimana pelaksanaan aktiviti berkenaan, d) Bahan rujukan.

Upload: ten-tow

Post on 25-Oct-2015

72 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerangka Aktiviti

Kerangka Aktiviti ( Contoh: Untuk satu aktiviti sahaja)

Tajuk Aktiviti:

Pengenalan:

Jenis Aktiviti:

Matlamat: (Dikaitkan dengan isi kandungan tunjang terpilih)

Objektif: : (Dikaitkan dengan isi kandungan tunjang terpilih)

Rasional:

Tempoh Aktiviti:

Peralatan:

Langkah Perlaksanaan: ( perlu detail)

Rumusan: (Dikaitkan dengan isi kandungan tunjang terpilih)

Falsafah: (Dikaitkan dengan isi kandungan tunjang terpilih)

Penilaian Aktiviti

Penelitian/pemarkahan diberikan kepada a) Pengapplikasian tunjang-tunjang tertentu untuk membangunkan aktiviti, b) rasional mengapa sesuatu aktiviti itu dibina. c) Bagaimana pelaksanaan aktiviti berkenaan, d) Bahan rujukan.

Page 2: Kerangka Aktiviti

Modul 1

Tajuk aktiviti : 1 Murid 1 Pasu

Tempoh masa : 90 minit

Tunjang : Tunjang Kemanusiaan

KM 6.0 Saya dan Alam Sekitar

Pengenalan : Aktiviti menanam bunga dengan tajuk “1 Murid 1 Pasu” melibatkan

penanaman sejumlah 25 anak pokok bunga, iaitu satu murid satu pokok

bunga di dalam pasu.

Jenis aktiviti : Menanam anak pokok bunga

Matlamat : Mengamalkan nilai keyakinan diri pada kanak-kanak prasekolah. Aktiviti

ini juga berlaku sebagai pengakuan kepada kebolehan mereka, serta

membantu kanak-kanak menghadapi cabaran,

Objektif : Pada akhir aktiviti, murid dapat

1. Mengetahui langkah-langkah untuk menanam anak pokok bunga.

2. Memahami keperluan untuk tumbuh-tumbuhan.

3. Menimbulkan sikap tanggungjawab untuk menjaga anak pokok bunga

masing-masing.

4. Mengeratkan hubungan antara guru dengan murid, murid dengan

ibubapa serta guru dengan ibubapa.

Rasional : Aktiviti-aktiviti luar yang menyeronokkan menyediakan peluang untuk kanak- kanak prasekolah bermain dengan rakan-rakan. Ini

membantu mereka membangunkan kecekapan social, iaitu keupayaan

Page 3: Kerangka Aktiviti

untuk berkongsi dan bergilir-gilir, serta menguatkan kemahiran interpersonal pada diri sendiri. Aktiviti “1 Murid 1 Pasu” diadakan untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak supaya mereka mendapat pendedahan terhadap dunia luar. Di samping itu, dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang alam sekitar serta dapat memupuk perkembangan jasmani, rohani, emosi, sosial dan intelek. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Peralatan : Cangkul, sudip tangan, serampang tangan, penyiram, baja, tanah hitam, anak

pokok bunga

Langkah pelaksanaan :

Sebelum : 1. Perbincangan dalam mesyuarat pewaris prasekolah mengenai aktiviti “1

Murid 1 Pasu”.

2. Meminta sumbangan ikhlas daripada ibubapa murid prasekolah untuk

menyumbang anak pokok bunga, tanah hitam dan baja.

3. Membuat perancangan serta perbincangan mengenai jenis tanaman, alat-alat

dan bahan-bahan yang diperlukan.

4. Pembelian dan penyediaan alat-alat serta bahan-bahan yang diperluan

5. Menyediakan dan mengagihkan surat jemputan kepada ibubapa.

Semasa : 1. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan kepada murid-murid

prasekolah dan ibubapa.

2. Murid diberi seorang satu pasu dan sejenis anak pokok.

Page 4: Kerangka Aktiviti

3. Ibubapa bersama anak-anak untuk

- Menggorek tanah.

- Masukkan tanah ke dalam pasu.

- Menanam anak pokok bunga ke dalam pasu, dan tutup dengan tanah .

- Menabur baja pada permukaan tanah.

- Menyiram anak pokok bunga dengan mengguna penyiram.

Selepas : 1. Mengemas peralatan ke dalam kotak yang disediakan.

2. Membuang segala sampah yang ada di kawasan penanaman.

3. Berkongsi perasaan kepada rakan, guru, ibubapa serta sesiapa yang hadir pada

masa itu.

Rumusan : Untuk menghadapi segala cabaran, semasa aktiviti menanam, perlunya

keyakinan dan ketabahan untuk terus bangkit dan bertugas dengan lebih

efektif. Resilience merupakan satu alat untuk mengharunginya. Setiap

individu mempunyai peluang untuk berjaya sahsiah wajadirinya.

Keluarga, sekolah dan masyarakat perlu mengamalkan sahsiah terpuji, wajadiri yang

berterusan dan konsisten demi kejayaan kanak-kanak yang dihadapinya

setiap masa.

Falsafah : Menurut Falsafah Pendidikan Prasekolah, kanak-kanak didedahan dengan

nilai murni demi memperkembangkan sahsiah wajadiri, melalui proses

pembelajaran secara tidak formal seperti aktiviti permainan. Aktiviti ini

berjaya memupuk semangat bergaul,sifat hormat-menghormati dan

berdisiplin.

Page 5: Kerangka Aktiviti

Modul 2

Tajuk aktiviti : Jom Makan Angin

Tempoh masa : 8:00 pagi – 11:30 pagi

Tunjang : Tunjang Ketrampilan – Perkembangan Sosiaemosi

Pengenalan : Pendidikan awal kanak-kanak menekankan pembelajaran malalaui

penerokaan dan pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak. Oleh itu,

lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan murid-murid prasekolah

kepada persekitaran yang sebenar.

Jenis aktiviti : Lawatan Sambil Belajar

Matlamat : Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani melalaui penyertaan dalam bidang

kokurikulum. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan

ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.

Objektif : Pada akhir aktiviti, murid dapat

1. Membentuk peribadi murid prasekolah menjadi murid yang cemerlang dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

2. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk belajar dalam pelbagai

situasi.

3. Menyemai semangat bekerjasama murid prasekolah antara satu sama lain

dalam satu kumpulan.

4. Murid prasekolah boleh berkenalan mesra dengan rakan-rakan yang baru

dikenalinya.

5. Mendedahkan murid mengenai dunia sebenar hiduan haiwan peliharaan.

Page 6: Kerangka Aktiviti

Rasional : Perlaksanaan program ini tidak lain daripada memberi peluang kepada murid-

murid prasekolah memperolehi pembelajaran di luar bilik darjah dan

melihat persekitaran sebenar hidupan haiwan. Program lawatan sambil belajar

yang dirancang ini bukan sahaja boleh menimbulkan minat belajar namun ianya

mampu mewujudkan pembelajaran berkesan dikalangan murid-murid

prasekolah.

Peralatan : Bekas makanan ( untuk masa makan ), peti ubat.

Langkah pelaksanaan :

Sebelum : 1. Perbincangan dan perancangan dalam mesyuarat pewaris prasekolah

mengenai aktiviti.

2. Pengagihan kumpulan yang terdiri daripada 6 atau 7 orang murid prasekolah,

seorang guru dan seorang wakil pewaris.

3. Memastikan kelengkapan peti ubat.

4. Membuat surat kebenaran ibubapa.

5. Merancang menu makanan dengan pihak kantin.

Semasa : 1. Kanak-kanak dibahagikan kepada 4 kumpulan. dan setiap kumpulan dijaga oleh seorang guru/ppm dan seorang ibubapa (AJK Pewaris). Tujuannya

adalah untuk melancarkan perjalanan ketika tiba dan berada di ladang nanti. Di samping untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

2. Tepat pukul 7.00 pagi, kami menaiki bas sewa berlesan untuk bertolak ke ladang tenusu.

3. Melawat ke bahagian proses memerah susu lembu.

4. Melawat ke kandang lembu.

5. Menikmati susu segar yang disediakan oleh pihak ladang.

Page 7: Kerangka Aktiviti

6. Bertolak le kandang rusa, kambing dan kasawari pada pukul 9:30 pagi.

7. Bertolak balik ke sekolah pada pukul 11:00 pagi.

8. Dijangga tiba di kantin sekolah pada pukul 11.15 pagi.

9. Makan sebelum bersurai. 

Selepas : 1. Bersoal jawab dengan kanak-kanak mengenai perasaan mereka semasa aktiviti

pada masa persekolahan nanti.

2. Meminta kanak-kanak membuat buku skrap dalam bentuk lukisan atau tulisan

untuk mencatat pengalaman yang diperolehi daripada lawatan.

3. Mengadakan mesyuarat susulan mengenai lawatan.

Rumusan : Aktiviti lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti luar yang

perlu dilaksanakan oleh prasekolah sebagai aktiviti tahunan agar dapat memberikan

peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pendedahan terhadap dunia luar. Di

samping itu, dapat menambahkan ilmu pengetahuan kanak-kanak serta dapat

memupuk perkembangan jasmani, rohani, emosi, sosial dan intelek. Selaras dengan

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah : Menurut Falsafah Pendidikan Prasekolah, kanak-kanak didedahan dengan

nilai murni demi memperkembangkan sahsiah wajadiri, melalui proses

pembelajaran secara tidak formal seperti aktiviti lawatan sambil belajar.

Falsafah Metafizik pula berkaitan dengan FPK bertujuan untuk melahirkan

modal insan yang berpendidikan dan seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sahsiah ( JERIS ).

Page 8: Kerangka Aktiviti

Aturcara Lawatan

Masa Perkara

8:00 pagi Berkumpul

8:30 pagi Bertolak

9:00 pagi Memerhati proses memerah susu lembi.

Memberi susu kepada anak lembu.

Melawat kandang lembu.

Menikmati susu segar.

10:00 pagi Melawat ke kandang rusa, kambing dan kasawari (burung

unta).

10:30 pagi Pulang ke sekolah.

11:00 pagi Makan

11:30 pagi Bersurai

Aturcara lawatan akan berubah mengikut keadaan semasa.

Modul 3

Tajuk aktiviti : Dance With Me

Tempoh masa : 60 minit

Tunjang : Tunjang Fizikal & Estetika

Page 9: Kerangka Aktiviti

Pengenalan : Aktiviti menanam bunga dengan tajuk “Taman Idamanku” melibatkan

penanaman sejumlah 25 anak pokok bunga, iaitu satu murid satu pokok

bunga di persekitaran bangunan prasekolah.

Jenis aktiviti : Menanam anak pokok bunga

Matlamat : Mengamalkan nilai keyakinan diri pada kanak-kanak prasekolah. Aktiviti

ini juga berlaku sebagai pengakuan kepada kebolehan mereka, serta

membantu kanak-kanak menghadapi cabaran,

Objektif : Pada akhir aktiviti, murid dapat

5. Mengetahui langkah-langkah untuk menanam anak pokok bunga.

6. Memahami keperluan untuk tumbuh-tumbuhan.

Rasional : Kanak-kanak suka muzik dan pergerakan, dan ia diiktiraf secara meluas

bahawa penggunaan lagu-lagu akan menyumbang kepada perkembangan

sosial dan emosi anak-anak muda. Free-play memberikan peluang kepada

kanak-kanak untuk membangunkan kepentingan individu dan kecekapan

serta menggalakkan kreativiti kanak-kanak. Free-play melindungi kanak-kanak

daripada tekanan.

Peralatan : Peralatan audio (radio, CD, pembesar bunyi), pelbagai kostum (rambut palsu,

sudu kayu sebagai mikrofon, cermin mata hitam, topi, tudung, kasut dan

sebagainya.)

Langkah pelaksanaan :

Sebelum : 1. Memilih lagu atau muzik.

Page 10: Kerangka Aktiviti

2. Menyediakan kostum.

3. Menetapkan tempat aktiviti.

Semasa : 1. Murid dibawa oleh fasilitator ke dewan.

2. AJK Riadah menerangkan aktiviti yang akan dijalankan kepada murid.

3. Murid diberi kebebasan untuk memilih kostum yang disukai untuk berpakaian

diri dalam tempoh masa 15 minit.

4. AJK Riadah memasang muzik.

5. Murid-murid membuat pergerakan kreatif dengan mengikut iringan muzik.

Selepas : 1. Mengembalikan kostum yang dipakai ke tempat asal.

2. Berkongsi perasaan kepada rakan, guru, fasilitator serta sesiapa yang bertugas

pada masa itu.

Rumusan : Aktiviti ini akan menghilangkan tekanan seseorang. Dengan secara tidak

langsung, kanak-kanak dapat memperkembangkan nilai keberanian pada

diri sendiri. Ini disebabkan mereka sanggup berpakaian bermacam-macam,

dan melakukan sesuatu pergerakan kreatif yang unik tanpa mempedulikan

pandangan kawan-kawan. Selain itu, mereka akan lebih yakin dan

berasa puas hati terhadap pencapaiannya.

Falsafah : Salah satu prinsip pembentukan Falsafah Pendidikan Prasekolah adalah

bermain sambil belajar. Menurut Falsafah Pendidikan Prasekolah,

program pendidikan prasekolah adalah fleksibel dan tidak

Page 11: Kerangka Aktiviti

formal yang menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara

menyeluruh, bersepadu, dan seimbang. Program ini

dijalankan secara tidak formal melalui aktiviti permainan. Aktiviti-

aktiviti yang dijalankan adalah boleh merangsangkan naluri ingin

tahu, mengukuhkan koordinasi motor (kasar dan halus), menggunakan

daya kreatif, memupuk semangat bergaul,sifat hormat-menghormati

dan berdisiplin. Ini juga telah menepati dengan sahsiah wajadiri

akademik yang menekankan perkembangan kerohanian moral

terhadap anak-anak muda.

Modul 4

Tajuk aktiviti : Mari Berlakon

Tempoh masa : 90 minit

Tunjang : Tunjang Fizikal & Estetika

Pengenalan : Aktiviti

Jenis aktiviti : Melakon berdasarkan cerita

Matlamat : Melahirkan anak-anak yang …………………………………………

Objektif : Pada akhir aktiviti, murid dapat

1. Bekerjasama dengan orang lain.

2. Memperkembangkan daya ingatan kanak-kanak.

Page 12: Kerangka Aktiviti

3. Membina keyakinan diri dan harga diri

Rasional : Berlakon memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan

bahasa dengan cara yang lebih bebas dalam konteks yang jelas. Selain itu,

aktiviti ini juga membangunkan keyakinan dan harga diri pada kanak-

kanak.

Peralatan : Salinan dialog (setiap murid satu salinan), kostum (berpandukan cerita), alat-

alat berpandukan cerita (beg, bakul, hud merah dan sebagainya), buku

cerita

Langkah pelaksanaan :

Sebelum : 1. Menyediakan alat yang perlu atau mungkin akan digunakan.

2. Menyemput serta mengalu-alukan kehadiran ibubapa.

Semasa : 1. Wakil murid daripada kumpulan masing-masing akan mencabut undi untuk

penentuan tajuk cerita.

2. Merujuk kepada tajuk cerita yang didapati, salinan dialog seta buku cerita

berkenaan akan diedarkan kepada kumpulan masig-asing.

3. Fasilitator bercerita kepada murid-murid dengan menggunakan buku cerita

yang didapati.

4. Dengan bimbingan fasilitator, murid-murid ditetapkan watak tertentu, sama

ada secara sukarela, ataupun diberikan oleh fasilitator.

5. Murid-murid diberikan salinan dialog.

Page 13: Kerangka Aktiviti

6. Murid-murid berbincang serta berlatih untuk mempersembahkan cerita

dengan bimbingan fasilitator.

7. Murid-murid boleh menghafal dialog yang diberi, atau menggunakan ayat

sendiri (ayat yang betul).

8. Murid-murid memilih kostum dan prop yang sesuai dengan bimbingan

fasilitatator berdasarkan watak masing-masing.

9. Murid-murid membuat persediaan sebelum persembahan, contohnya tukar

kostum.

10. Murid-murid dalam kumpulan membuat persembahan di atas pentas.

Selepas : 1. Berkongsi pandangan dan perasaan diri kepada rakan-rakan, guru, petugas-

petugas serta ibubapa.

2. Menukar pakaian.

3. Mengembalikkan prop dan kostum yang telah digunakan.

Rumusan : Murid-murid digalakkan untuk meluahkan pandangan dan cadangan semasa

perbincangan terhadap persembahan nanti. Mereka akan berasa dihargai

sebab masing-masing memegang watak dan peranan dalam lakonan cerita tertentu.

Tepukan tangan dan senyuman yang diberikan oleh orang lain juga

menyebabkan kanak-kanak menunjukkan kepuasan terhadap

pencapaiannya. Secara tidak langsung, penghargaan daripada orang lain turut

membinakan keyakinan terhadap kanak-kanak.

Page 14: Kerangka Aktiviti

Falsafah :

Modul 5

Tajuk aktiviti : Treasure Hunt

Tempoh masa : 120 minit

Tunjang : Tunjang Ketrampilan – Perkembangan Sosiaemosi

Pengenalan : Aktiviti “Treasure Hunt” telah disediakan sebanyak 5 stesen. Setiap stesen

mempunyai tugas yang berlainan, dan memerlukan kanak-kanak berfikir

untuk mencari cara penyelesaannya.

Jenis aktiviti : Stesen 1 – Mengasingkan bongkah plastic mengikut 1 ciri.

Stesen 2 – Padankan situasi bergambar dengan jenis-jenis emosi yang sesuai.

Stesen 3 – Susun semula gambar dengan mengikut urutan yang betul.

Stesen 4 – Hantar bola ping pong dengan menggunakan sudu dari tempat A ke

tempat B.

Stesen 5 – Permainan Puzzle

Matlamat : Melahirkan anak-anak muda yang boleh menghadapi cabaran harian dan

menyesuaikan diri dengan perubahan, serta menerima apa yang tidak

dapat diubah Aktiviti ini juga bermatlamat untuk membolehkan anak-anak muda

membuat keputusan yang bertanggung jawab dan berkesan.

Objektif : Pada akhir aktiviti, murid dapat

1. Mengenal 4 jenis warna asas (merah, kuning, hijiau dan biru)

Page 15: Kerangka Aktiviti

2. Mengenal pasti jenis-jenis emosi pada suatu keadaan.

3. Menyusun gambar mengikut urutan yang betul.

4. Mengawal emosi diri untuk menyelesaikan tugas.

Rasional : Penyelesaian masalah adalah cara untuk kita mnghadapi kesukaran atau

cabaran. Ia amat penting untuk kanak-kanak membangunkan kemahiran

menyelesaikan masalah apabila mereka memasuki sekolah dan mula

berinteraksi dengan rakan-rakan. Mereka perlu mengamalkan

kemahiran menyelesaikan masalah bagi diri mereka untuk membina keyakinan diri,

belajar betul dengan yang salah, dan belajar tabiat pemikiran realistik.

Peralatan : Bongkah plastik, papan putih beroda, kad gambar sesuatu situasi, kad gambar

pelbagai jenis emosi, kad gambar cerita berurutan, sudu, bola ping pong,

basin, puzzle

Langkah pelaksanaan :

Sebelum : 1. Menyediakan peralatan yang cukup.

2. Menentukan tempat bagi setiap stesen.

Semasa : 1. Murid dibawa oleh fasilitator ke dewan.

2. AJK “Treasure Hunt” menerangkan aktiviti yang akan dijalankan kepada

murid, iaitu setiap kumpulan perlu menyelesaikan setiap tugas dengan

megikut laluan stesen yang ditetapkan.

3. Wakil murid mencabut undi untuk penentuan laluan stesen bagi setiap

kumpulan.

Page 16: Kerangka Aktiviti

4. BINTANG akan diberi selepas murid-murid berjaya menyelesaikan

tugas..Dan murid-murid kumpulan berkenaan bolehlah menuju ke stesen

yang seterusnya.

5. Setiap kumpulan diingati supaya mengumpul kelima-lima BINTANG dari

setiap stesen selepas menyelesaikan tugas.

6. Setiap kumpulan dipesan kumpul di dewan selepas mengumpul kelima-lima

BINTANG.

Stesen 1 - Murid-murid akan diberi dengan sekotak bongkah plastik pelbagai

warna. Murid-murid diminta mengasingkan bongkah

plastik dengan mengikuti jenis warna, iaitu merah, kuning, hijiau

dan biru. Stesen 2 - Murid-murid diberi dengan 4 keping kad gambar yang

menunjukkan sesuatu situasi, iaitu

“Seorang budak lelaki menerima hadih daripada bapanya,”

“Seorang budak lelaki mendapati permainan robotnya rosak.”

“Seorang budak perempuan ternampak seekor ular di depannya,”

“Dua orang budak lelaki sedang bergaduh,”

Murid-murid diminta memadankan kad gambar tersebut dengan

gambar jenis emosi yang mewakili perasaan watak dalam

gambar tersebut pada papan putih beroda.

Page 17: Kerangka Aktiviti

Stesen 3 - AJK bertugas akan bercerita dengan menggunakan kad gambar.

Selepas itu, murid-murid akan diberi beberapa keping kad

gambar cerita berurutan. Dengan ingat kembali cerita yang

disampaikan tadi, murid-murid diminta menyusun semula kad gambar

tersebut mengikut urutan yang betul.

Stesen 4 - Murid-murid diminta berbaris dan diberi seorang satu sudu.

Murid-murid diminta menghantar bola ping pong dalam

basin yang terletak di depan barisan secara bergilir-gilir ke basin yang terletak

sejauh 20 meter daripada mereka.

Stesen 5 - Murid-murid ditunjukkan dengan sekeping gambar selama 1 minit.

Selepas itu, murid-murid diberi satu sampul surat yang terdapat

beberapa kepingan kad gambar (puzzle) dalamnya. Murid-

murid diminta melengkapkan puzzle tersebut.

Selepas : 1. Murid-murid akan menunjukkan BINTANG yang didapati melalui permainan

5 stesen tadi.

2. Murid-murid diberi pujian.

3. Murid-murid diminta mngeklipkan BINTANG yang didapati pada baju

sebagai badge penghargaan.

Rumusan : Aktiviti ini bukan hanya dapat memperkembangkan kemahiran penyelesaian

masalah pada kanak-kanak, namun membolehkan kanak-kanak

Page 18: Kerangka Aktiviti

menujukkan sikap bekerjasama antara satu dengan yang lain. Mereka akan

menunjukkan kepuasan terhadap pencapaian diri sendiri.

Falsafah : Prinsip bermain sambil belajar dalam pembentukan Falsafah Pendidikan

Prasekolah jelaslah menyatakan kanak-kanak belajar sesuatu melalui

aktiviti main. Ini disebabkan kanak-kanak suka bermain, dan mereka akan

ingatkan sesuatu kemahiran dalam masa jangka panjang. Permainan juga dapat

memperkembangkan kebolehan kanak-kanak untuk menghapadi

cabaran. Untuk menyelesaikan permainan tertentu, kanak-kanak akan berusaha

untuk mencari cara penyelesaian. Ini membuktikan bahawa aktiviti pembelajaran

melalui permainan adalah menepati dengan teori-teori sahsiah wajadiri

yang merujuk kepada kemahiran, kebolehan, dan pengetahuan seseorang itu

berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kesukaran

dan  memenuhi cabaran.

RUJUKAN :

Carol Read. 2007. 500 Activities For The Primary Classroom. Macmillian Education: Oxford

http://www.cyc-net.org/cyc-online/cycol-0205-resilience.html

http://www.apa.org/helpcenter/resilience.aspx

http://www.ehow.com/info_12136373_butterfly-cooking-activity-preschoolers.html

Page 19: Kerangka Aktiviti

http://www.tnschoolsprepare.com/building-resilience/preschool.php

http://transcend-n-actualise.page.tl/Daya-Tahan--k1-Resilience-k2-.htm