3. dskp pm tahun 4 utk ju 05082013

Upload: duin-jedn-izzuddin

Post on 09-Mar-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dskp

TRANSCRIPT

  • DRAFKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KURIKULUM STANDARDSEKOLAH RENDAH

    DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DANPENTAKSIRAN

    PENDIDIKAN MORAL

    TAHUN EMPAT

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    DOKUMEN STANDARDKURIKULUM DANPENTAKSIRAN MODUL TERAS ASAS

    PENDIDIKANMORALTAHUN 4

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

    i

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    Cetakan Pertama 2013 (19 Julai 2013)

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan keluar ulang mana-manabahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apajua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik,fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapatizinbertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,KompleksKerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604Putrajaya.

    ii

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    KANDUNGANMuka Surat

    ivRUKUN NEGARAvFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN1PENDAHULUAN2MATLAM AT2OBJEKTIF3STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG4KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD5FOKUS MATA PELAJARAN6ORGANISASI KANDUNGAN9PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN

    MORAL 11KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)12PENILAIAN

    JADUAL PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARDSEKOLAH RENDAH (KSSR) 13 13PERUNTUKAN MASA MENGAJAR M ATA PELAJARANPENDIDIKAN MORALPENERANGAN STANDARD KANDUNGAN, STANDARDPEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI 14 15PERNYATAAN STANDARD PRESTASI UMUM

    16PERNYATAAN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL17STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN &

    PERNYATAAN STANDARD PENTAKSIRAN

    iii

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukungcita-cita untuk m encapai perpaduan yang lebih

    erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;memelihara satu cara hidup demokratik;

    mencipta masyarakat yang adil bagikemakmuran negara yang akan dapat dinikmati

    bersama secara adil dan saksama; menjaminsatu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi

    kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagaicorak; membina satu masyarakat progresif yang

    akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akanmenumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

    mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atasprinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    iv

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatuusaha berterusan ke arah lebih

    memperkembangkan potensi individusecara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi

    dan jasmani berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini

    adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab dan

    berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberikan sumbangan

    terhadap keharmonian dan kemakmurankeluarga, masyarakat dan negara.

    v

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    P E N D A H U L U A N

    Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu usaha untukmendidik m urid supaya menjadi insan yang bermoral danberakhlakmulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral,perasaan moral dan perlakuan moral. Mata pelajaran inidiharap dapat menghasilkan murid yang berpengetahuan, mempunyaiperwatakan yang mulia, bersopan santun dan menyumbangsecara produktif terhadap masyarakat dan negara.

    Mata pelajaran Pendidikan Moral juga membolehkan mur idmenguasai pelbagai kemahiran; kemahiran penyelesaiankonflik,kemahiran pemikiran kritikal, kemahiranpemikiran kreatif,kemahiran menentang tekanan rakan sebaya, kemahirankajian masadepan, kemahiran teknologi maklumat dan kom unikasi, kemahirankreativiti dan kemahiran sosial. Penguasaa n kemahiran tersebutakan membantu murid membina daya tahan, menghadapi cabarandan tekanan hidup dengan penuh keyakinan danbertanggungjawab dalam kehidupan harian.

    Untuk merealisasikan hasrat mata pelajaran Pendidikan Moral,Kurikulum Standard Pendidikan Moral sekolah rendahdigubal.Kurikulum Standard Pendidikan Moral mem beri tumpuan kepadausaha memupuk kerohanian dan moraliti murid. Kurikulumtersebutmemberi fokus terhadap pemahaman, penghayatan dan amalan nilaimurni universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adatresam pelbagai kaum, dan perundangan di negara ini. Kurikulum inimenyediakan satu panduan hidup kepada murid untuk membuatkeputusan dan tindakan yang membolehkan mereka melaksanakantanggungjawab moral dan sosial terhadap masyarakat .Penggubalan Kurikulum Standard Pendidikan Moral berasaskan prinsipberpegang teguh kepada ajaran agama, bertanggungjawabkepada diri, keluarga, orang lain, dan alam sekitar, m engekalkankeamanan dan keharmonian hidup, bersemangat patriotik,menghormati hak asasi manusia dan mengam alkan prinsip demokrasidalam kehidupan bagi m endukung hasrat dan aspirasi negarayang terkandung dalam Rukun Negara, dan Falsafah PendidikanKebangsaan. Ia juga selaras dengan tiga prinsip moral iaitualtruistik, autonomi dan keadilan. Sebagai sebuah negara yang sedangmelangkah ke arah status negara maju, kita perlu membinamasyarakat yang bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatupadu yang mempunyai nilai keagamaan dan keharmonianyang kukuh.

    Buku ini mengandungi Dokumen Standard Kurikulum danDokumen Standard Prestasi yang digabungkan menjadisatu dokumenyang diberi nama Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.Dokumen ini dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaikPentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran RujukanStandard.Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkanmaklumat tentang sejauh m ana murid tahu dan boleh buatatau telahmenguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sepertiyang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. 1

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yanglengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat FalsafahPendidikanKebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insanyang berteraskan kepada pembangunan jasm ani, emosi,rohani,intelek dan sosial.

    MATLAMAT

    Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insanberakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang kepada nilaiuniversal berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arahkesejahteraan negara serta masyarakat global.O B J E K T I F

    Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah membolehkanmurid untuk mencapai objektif berikut:

    i. memahami dan menghayati nilai-nilai universal;ii. menghayati dan mengam alkan budi pekerti mulia;iii. melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagimengekalkan kesejahteraan diri dengan keluarga,sekolah, jiran,

    masyarakat dan negara; daniv. mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaanmoral dan perlakuan moral dalam membuatpertimbangan dan keputusan.

    2

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

    Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagimembangunkan modal insan yang berpengetahuandan berketerampilan.Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokongantara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang darisegi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjangadalah:

    i. Komunikasiii. Kerohanian, Sikap dan Nilaiiii. Kemanusiaaniv. Sains dan Teknologiv. Perkembangan Fizikal dan Estetika

    vi. Keterampilan Diri

    Bentuk Kurikulum Transformasi3

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Moral digubaldalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan StandardPembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standa rd Kandungandan Standard Pembelajaran Pendidikan Moral diorganisasikandalam bentuk modular yang mengandungi domain penaakulan moral,perasaan moral dan perlakuan moral.5.1 Standard Kandungan

    Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui danboleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahanmerangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    5.2 Standard Pembelajaran

    Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran danpencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.

    4

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    F O K U S M A T A P E L A J A R A N

    Kurikulum Standard Pendidikan Moral berfokus kepada 3 domainiaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.Fokus kurikulum ini adalah selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan yang memberi penekanan kepada usaha untukmemperkembangkan potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang danharmonis.

    P EN A A K UL ANM OR A L

    PE R AS AA NM O R AL

    INS ANBE RAK H LAK

    P ER LA K U AN M U LIAM OR A L

    Sumber: Thomas Lickonai. Penaakulan MoralKeupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demimengenal pasti perlakuan baik dan jahat, salah danbenar. Keupayaan mental dapat merungkai dan menyelesaikan dilemamoral sebaik mungkin secara autonomi, rasional danobjektif.

    ii. Perasaan MoralKesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabi lamembuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jikamelakukan sesuatu yang tidak betul.

    iii. Perlakuan MoralTindakan berdasarkan penaakulan moral dan perasaan moral yangdilakukan secara rela hati dengan rasa tanggungjawabdan akauntabiliti.

    5

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    O R G A N I S A S I K A N D U N G A N

    Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah digubalmengikut tema dan mengandungi enam (6) tema yang menjadiwahana untuk menyampaikan nilai murni universal. Penggubalantema ini mengambil kira struktur hubungan murid denganpersekitarannya, seperti kerohanian, budaya, sosio emosi, alamsekeliling dan sebagainya. Tema -tema tersebut adalah sepertiberikut:

    Tahun Tema

    1 Diri Saya

    2 Saya dan Keluarga

    3 Saya dan Sekolah

    4 Saya dan Jiran

    5 Saya dan Masyarakat

    6 Saya dan Negara

    Bagi membolehkan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusandalam diri murid, nilai yang sama diajar setiap tahun iaitu dariTahun 1 hingga Tahun 6. Walaupun nilai itu diulang, tema danstandard kandungan adal ah berbeza selaras dengan tahapperkembangan dan kematangan murid. Nilai murni universalKurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendahadalah sepertiberikut:

    1. Kepercayaan kepada Tuhan

    Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhisegala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

    2. Baik hati

    Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang laindengan memberi bantuan dan sokongan moral secaratulus ikhlas.

    6

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    3. Bertanggungjawab

    Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipandengan sempurna.

    4. Berterima kasih

    Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan danpenghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan ataupemberian.

    5. Hemah tinggi

    Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

    6. Hormat

    Menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yangbersopan serta menghormati peraturan institusisosial.

    7. Kasih Sayang

    Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yanglahir daripada hati yang ikhlas.

    8. Keadilan

    Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.

    9. Keberanian

    Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.

    10. Kejujuran

    Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

    7

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    11. Kerajinan

    Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalammelakukan sesuatu perkara.

    12. Kerjasama

    Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

    13. Kesederhanaan

    Bersikap tidak keterlaluan dalam mem buat pertimbangan dan tindakantanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.14. Toleransi

    Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demikesejahteraan hidup.

    8

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKANMORALKurikulum Pendidikan Moral memberi peluang kepada m uridmenguasai kemahiran tertentu seperti kemahiran penyelesaiankonflik, kem ahiran pemikiran kritikal, kemahiranpemikiran kreatif,kemahiran menentang rakan sebaya, kemahiran kajian masadepan, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahirankreativiti dan kem ahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid menghadapi dunia ledakanmaklumat dalam alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikapbertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini jugamembantu membina daya tahan dan kebolehan menghadapitekanan dan cabaran hidup dalam kalangan murid. Pengajarankemahiran ini memupuk dan merangsang penaakulan, perasaandan perlakuan moral murid.

    Kemahiran Penyelesaian Konflik

    Kemahiran penyelesaian konflik membantu murid mem buatkeputusan berasaskan nilai murni universal dengan mengambil kiraperbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain.Penguasaan kemahiran ini membantu murid berhubungatauberkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan.

    Kemahiran Pemikiran Kritikal

    Kemahiran pemikiran kritikal berpandukan penaakulan moral yangmembolehkan murid menilai sama ada sesuatu keputusan atautindakan itu bermoral atau tidak. Pengajaran kemahiran ini membantu m enyemai nilai murni universal dalam diri murid.Kemahiran ini membantu murid menyelesaikan konflik dan membuatkeputusan yang bermoral.

    Kemahiran Pemikiran Kreatif

    Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari alternatifyang lebih baik keti ka m enghadapi konflik dalam kehidupan.

    9

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya

    Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya digunakanuntuk m engelakkan pengaruh negatif rakan sebaya,pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yanglain. Kemahiran ini mendidik murid supaya berfikir secararasional dan mengambil kira pandangan dan nasihat rakan sebaya.

    Kemahiran Kajian Masa Depan

    Kemahiran m engkaji masa depan mem bolehkan murid menyedaritentang isu atau permasalahan yang ber laku pada masalampau, masa kini dan masa depan. Kemahiran ni membantumurid membuat ramalan, m enjangka akibat serta bersediamenyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.

    Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi membolehkan muridmelayari dan memperoleh sum ber-sumber maklumat yangtepat melalui Teknologi Maklum at dan Kom unikasi sepertiInternet, CD-Rom dan sidang telekomunikasi. Kemahiraninimerangsang perkembangan minda murid.

    Kemahiran Kreativiti

    Kemahiran Kreativiti membolehkan m urid menjadi individu yangkreatif dan inovatif. Daya kreativiti dan inovasi ini membolehkanmereka menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti. Kemahiran inimembantu murid menyelesaikan dilema moral yang dihadapisecara kreatif.

    Kemahiran Sosial

    Kemahiran sosial membolehkan murid berkomunikasi dengan oranglain dalam situasi yang boleh diterima oleh masyarakat. Padamasa yang sama kemahiran ini bermanfaat kepada diri dan orang lain.

    10

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

    Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yangseimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahir an abadke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yangdigariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiapmurid akan mempunyai kem ahiran mem impin, kemahirandwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dankemahiran berfikir.Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dariaras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011,Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanankepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untukmengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilaidalam membuatpenaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuatkeputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.KBATadalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilaidan mencipta seperti Jadual 1.

    KBAT PeneranganMengaplikasiMenggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai

    dalam situasi berlainan untuk melaksanakansesuatu perkara

    MenganalisisMencerakinkan maklumat kepada bahagian keciluntuk memahami dengan lebih mendalam serta

    hubung kait antara bahagian berkenaan

    Menilai Membuat pertimbangan dan keputusanmenggunakan pengetahuan, pengalaman,

    kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

    Menciptamenghasilkan idea atau produk atau kaedahyang kreatif dan inovatif

    Jadual 1: Penerangan KBAT11

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum matapelajaran.KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah m elalui aktivitiberbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalahdan projek. Guru dan murid perlu m enggunakan alat berfikirseperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats sertapenyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untukmenggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab diataspembelajaran mereka.

    Penilaian

    Penilaian yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dandilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapadanorganisasi luar. Penilaian yang dijalankan di peringkat sekolah dilaksanadalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiringdengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran sum atif puladilaksana di akhir unit pembelajar an, semester atau tahun.Pentaksiran dilakukan secara berterusan semasa proses pengajarandan pembelajaran melalui pelbagai cara. Antaranya ialahpemerhatian, kerja kursus, kajian kes, membina buku skrap dan folio,membuat demonstrasi, simulasi, kuiz dan ujian bertulis.

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    Proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana m urid tahu, fahamdan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajariberdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikuttahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalamdokumen kurikulum. Pentaksiran berasaskan sekolah juga bolehdilaksanakan sepertimana yang ditetapkan oleh LembagaPeperiksaan.

    12

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    JADUAL PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARDSEKOLAH RENDAH(KSSR)KSSR dimulakan pada tahun 2011 akan berterusan pada tahunberikutnya. Jadual pelaksanaannya adalah seperti di bawah:

    TAHUN PERSEKOLAHAN TAHUN PELAKSANAAN1 20112 20123 20134 20145 20156 2016

    PERUNTUKAN MASA MENGAJAR MATA PELAJARANPENDIDIKAN MORALSistem persekolahan peringkat sekolah rendah terbahagi kepadadua tahap dan dua aliran. Dua tahap yang dimaksudkanialahTahap 1 yang terdiri dari murid Tahun 1, 2 dan 3 dan Tahap IIpula terdiri dari murid Tahun 4, 5 dan 6. Manakala dua aliranialah sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK).Bahasa pengantar bagi Sekolah Kebangsaan (SK) adalahBahasa Malaysia dan bahasa pengantar bagi sekolah jenisKebangsaan (SJK) pula adalah Bahasa Cina dan BahasaTamil.Pembahagian masa untuk mata pelajaran Pendidikan Moral bagi setiaptahap adalah seperti berikut:

    PERUNTUKAN MASA

    TAHAP TAHUN SEK KEB SEK JENIS KEB(SK) (SJK)

    1I 2 6 waktu 4 waktu

    34

    II 5 6 waktu 5 waktu6

    Nota: 1 waktu persekolahan bersamaan 30 minit

    13

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KANDUNGAN, STANDARDPEMBELAJARAN

    DAN STANDARD PRESTASI

    Standard Kandungan Standard PembelajaranStandard Prestasi

    Penyataan spesifik tentang Suatu penetapan kriteria atauSuatu set kriteria umum yang

    perkara yang murid patut ketahui indikator kualiti pembelajaran danmenunjukkan tahap-tahap prestasi

    dan boleh lakukan dalam suatu pencapaian yang boleh diukur bagiyang perlu murid pamerkan sebagai

    tempoh persekolahan setiap standard kandungan.tanda bahawa sesuatu perkara itu

    telah dikuasai murid (indicator ofmerangkumi aspek pengetahuan,

    kemahiran dan nilai. success)

    .

    14

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    Tafsiran Umum

    BAND TAFSIRAN

    Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asasatau memberi respons terhadap1 perkara yang asas.

    Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentukkomunikasi atau menterjemah serta2 menjelaskan apa yang telah dipelajari.

    Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakansesuatu kemahiran pada suatu situasi.3

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitumengikut prosedur atau secara4 sistematik.

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu,dengan mengikut prosedur atau secara5 sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

    6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiransedia ada untuk digunakan pada situasibaru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatifserta boleh dicontohi.

    15

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    TAFSIRAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

    TAHAP TAFSIRANPENGUASAAN

    1 Mengetahui nilai yang dipelajari.

    2 Memahami dan menjelaskan nilai yang dipelajari.

    3Mengaplikasikan nilai yang dipelajari dalam sesuatu situasidengan bimbingan.

    4Mengaplikasikan nilai yang dipelajari dalam pelbagai situasi.

    5Mengamalkan nilai yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

    6Mengamalkan nilai yang dipelajari dalam kehidupan sehariandanboleh dicontohi.

    16

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJAR ANTAHAP PENGUASAAN

    1. Pada akhir pembelajaran, murid 1Murid menyatakan cara menghormati amalanKepercayaan kepada Tuhan dapat:beribadat pelbagai agama dan kepercayaan jiran

    Keyakinan wujudnya Tuhan 1.1.1sebagai pencipta alam dan Menyenaraikan amalan beribadat 2Murid menerangkan kebaikanmenghormatiamalanmematuhi segala suruhanNya pelbagai agama dan kepercayaanberibadat pelbagai agama dan kepercayaan jiranberlandaskan pegangan agama jiranmasing-masing selaras denganprinsip Rukun Negara 1.1.2 3Murid menunjuk cara menghormati amalan

    Menerangkan cara menghormatiberibadat pelbagai agama dan kepercayaan jiran1.1 amalan beribadat pelbagai agamadalam sesuatu situasi dengan bimbinganMenghormati amalan dan kepercayaan jiranberibadat pelbagaiagama dan kepercayaan 1.1.3 4Murid mendemonstrasikan cara menghormatijiran Menyedari kepentinganamalan beribadat pelbagai agama dan

    menghormati amalan beribadatkepercayaan jiran dalam pelbagai situasipelbagai agama dan kepercayaanjiran

    5Murid mengamalkan sikap menghormati amalan1.1.4beribadat pelbagai agama dan kepercayaan jiranMengamalkan sikap menghormatidalam kehidupan seharianamalan beribadat pelbagai agamadan kepercayaan jiran

    6Murid mengamalkan sikap menghormati amalanberibadat pelbagai agama dan kepercayaan jiran

    dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi

    17

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJAR ANTAHAP PENGUASAAN

    2. Pada akhir pembelajaran, murid 1Murid menyatakancara membantu jiranBaik hati dapat:

    Kepekaan terhadap perasaan 2.1.1 Murid menceritakan kepentingan memberi2dan kebajikan diri sendiri dan Menceritakan cara memberi bantuan kepada jiranorang lain dengan memberi bantuan kepada jiranbantuan dan sokongan moralsecara tulus ikhlas 2.1.2 Murid menunjuk cara memberi bantuan kepada3Menghuraikan kepentinganjiran dalam sesuatu situasi dengan bimbingan2.1 memberi bantuan kepada jiranMemberi bantuan kepada jiran

    2.1.3Murid mendemonstrasikan cara memberi bantuan4Meramalkan perasaan apabilakepada jiran dalam pelbagai situasimemberi bantuan kepada jiran

    2.1.4Murid mengamalkan sikap membantu jiran dalam5Mengamalkan sikap membantu kehidupan seharianjiran

    Murid mengamalkan sikap membantu jiran dalam6kehidupan seharian dan boleh dicontohi

    18

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJAR AN TAHAPPENGUASAAN

    3. Pada akhir pembelajaran, murid 1Murid menyatakan tanggungjawab sebagai jiranBertanggungjawab dapat:

    2Kesanggupan untuk memikul dan 3.1.1Murid menerangkan kepentingan melaksanakanmelaksanakan tugas serta Menjelaskan peranansebagai jirantanggungjawab sebagai jirankewajipan dengan sempurna

    3.1.2 3Membincangkan kepentinganMurid melaksanakan peranan sebagai jiran dalam

    3.1 melaksanakan peranansebagaisesuatu situasi dengan bimbingan.Melaksanakan tanggungjawab jiransebagai jiran 4Murid mempraktikkan peranan sebagai jiran dalam3.1.3

    pelbagai situasiMenyedari peranan sebagai jiran5

    3.1.4Muridmengamalkan peranan sebagai jirandalamMempraktikkan peranansebagaikehidupan seharian.jiran

    6Murid mengamalkan peranan sebagai jirandalamkehidupan seharian dan boleh dicontohi.

    19

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAN

    Pada akhir pembelajaran, murid4. 1Murid menyenaraikan sumbangan jirandapat:Berterima kasih

    4.1.1Perasaan dan perlakuan untuk Murid memerihalkan cara menghargai sumbanganMenceritakan sumbanganmenunjukkan pengiktirafan dan 2jiran.jiranpenghargaan terhadap sesuatujasa, sumbangan atau pemberian

    4.1.2Murid menunjuk cara menghargai sumbangan jiranMemaparkan cara menghargai 3dalam sesuatu situasi dengan bimbingan.sumbangan jiran4.1Menghargai sumbangan jiran

    4.1.3 Murid mendemonstrasikan cara menghargaiMenceritakan perasaan 4sumbangan jiran dalam pelbagai situasi.menghargai sumbangan jiran

    4.1.4Murid mengamalkan sikap menghargai sumbanganMemberi penghargaan terhadap 5jirandalam kehidupan seharian.sumbangan jiran

    Murid mengamalkan sikap menghargai sumbangan6jirandalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.

    20

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARANTAHAP PENGUASAAN

    Pada akhir pembelajaran, muridMurid menyatakan adab dalam pergaulan dengan15. dapat: jiranHemah tinggi

    5.1.1Beradab sopan dan berbudi Menyenaraikan adabdalamMurid menerangkan kepentingan mengamalkanpekerti mulia dalam pergaulan pergaulan dengan jiran. 2adab dalam pergaulan dengan jiran.seharian

    5.1.2Menghuraikan kepentingan adabMurid menunjuk cara adab dalam pergaulan

    5.1 dalam pergaulan dengan jiran.dengan jiran dalam sesuatu situasi dengan3Mengamalkan adab dalam bimbingan.pergaulan dengan jiran 5.1.3

    Menceritakan perasaan apabilaberkelakuan beradabdalamMurid mendemonstrasikan adab dalam pergaulanpergaulan dengan jiran. 4dengan jiran dalam pelbagai situasi.

    5.1.4Mengamalkan perlakuanMurid mempraktikkan adab dalam pergaulanberadabdengan jiran. 5dengan jiran dalam kehidupan seharian.

    Murid mengamalkan adab dalam pergaulan dengan6jiran dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.

    21

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARANTAHAP PENGUASAAN

    6. Pada akhir pembelajaran, murid 1Murid menyatakan cara menghormati jiranHormat dapat:

    Menghargai dan memuliakan 6.1.1 Murid menerangkan kepentingan menghormatiseseorang dengan memberi Mengenal pasti cara menghormati 2jiran.layanan yang bersopan serta jiranmenghormati peraturan institusisosial 6.1.2 Murid menunjuk cara menghormati jiran dalam

    Menerangkan kepentingan 3sesuatu situasi dengan bimbingan.menghormati jiran

    6.1Menghormati jiran 6.1.3Murid mendemonstrasikan cara menghormati jiran

    Memerihalkan perasaan apabila 4dalam pelbagai situasi.saling menghormati sesama jiran

    6.1.4 Murid mengamalkan sikap menghormati jiranMenunjukkan sikap menghormati 5dalam kehidupan seharian.jiran

    Murid mengamalkan sikap menghormati jiran6dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.

    22

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJAR ANTAHAP PENGUASAAN

    Pada akhir pembelajaran, murid 1Murid menyatakan cara menyayangi jiran7. dapat:Kasih Sayang

    7.1.1 2Murid menerangkan kepentingan menyayangi jiranKepekaan dan perasaan cinta Menjelaskan cara menyayangiyang mendalam serta berkekalan jiranyang lahir daripada hati yang 3Murid menunjuk cara sikap menyayangi jiranikhlas 7.1.2 dalam sesuatu situasi dengan bimbingan.

    Menghuraikan kepentingan7.1 menyayangi jiranMenyayangi jiran 4Murid mendemonstrasikan sikap menyayangi jiran

    7.1.3 dalam pelbagai situasi.Meramalkan perasaan apabilamenyayangi jiran

    5Murid mengamalkan nilai menyayangi jiran dalam7.1.4 kehidupan seharian.Mengamalkan sikap menyayangijiran

    6Murid mengamalkan nilai menyayangi jiran dalamkehidupan seharian dan boleh dicontohi.

    23

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARANTAHAP PENGUASAAN

    Pada akhir pembelajaran, murid 1Murid menyatakan cara bersikap adil kepada jiran8. dapat:Keadilan

    8.1.1 Murid menceritakan kepentingan bersikap adilTindakan dan keputusan yang Menjelaskan sikap adil terhadap 2terhadap jirantidak berat sebelah jiran

    8.1 8.1.2Murid menunjuk cara bersikap adil terhadap jiranMengamalkan keadilan Menghuraikan kepentingan 3dalam sesuatu situasi dengan bimbingan.terhadap jiran bersikap adil terhadap jiran

    8.1.3 Murid mendemonstrasikan cara bersikap adilMenceritakan perasaan apabila 4terhadap jiran dalam pelbagai situasi.bersikap adil terhadap jiran

    8.1.4Murid mengamalkan cara bersikap adil terhadap jiranMengamalkan perlakuan adil 5dalam kehidupan seharian.terhadap jiran

    Murid mengamalkan cara bersikap adil terhadap jiran6dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.

    24

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARANTAH AP PENGUASAAN

    9. Pada akhir pembelajaran, murid 1Murid menyatakan cara menyuarakan pandanganKeberanian dapat: yang membina terhadap jiran.

    Kesanggupan untuk menghadapi 9.1.1 Mengenal pasti caracabaran dengan yakin dan tabah menyuarakan pandangan yang 2Murid menyenaraikan kepentingan berani

    membina terhadap jiranmenyuarakan pandangan membina terhadap jiran.

    9.1 9.1.2 Menerangkan kepentinganMengamalkan sikap berani menyuarakan pandangan yang 3Murid menunjuk cara sikap berani menyuarakanmenyuarakan pandangan membina terhadap jiranpandangan membina terhadap jiran dalam sesuatuyang membina terhadap jiran situasi dengan bimbingan.

    9.1.3 Meramalkan perasaanapabila menyuarakan pandanganyang membina terhadap jiran 4Murid mendemonstrasikan sikap berani

    menyuarakan pandangan membina terhadap jiran9.1.4 Mempraktikkan sikap beranidalam pelbagai situasi secara beradab.menyuarakan pandangan yangmembina terhadap jiranMurid mengamalkan sikap berani menyuarakan

    5pandangan yang membina terhadap jiran dalamkehidupan seharian secara beradab.

    Murid mengamalkan sikap berani menyuarakan6pandangan yang membina terhadap jiran dalam

    kehidupan seharian secara beradab dan bolehdicontohi.

    25

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARANTAHAP PENGUASAAN

    10. Pada akhir pembelajaran, murid 1Murid menyatakan sikap jujur terhadap jiran.Kejujuran dapat:

    Bercakap benar, bersikap 10.1.1 Menyenaraikan sikap jujurMurid menjelaskan kepentingan bersikap jujuramanah dan ikhlas dalam setiap dalam perhubungan dengan jiran 2terhadap jiran.perlakuan

    10.1.2 Memberi sebab perlunyabersikap jujur terhadap jiranMurid menunjuk cara bersikap jujur terhadap jiran

    3dalam sesuatu situasi dengan bimbingan.10.1 10.1.3 Menghuraikan perasaanMengamalkan sikap jujur apabila bersikap jujur terhadapdalam perhubungan dengan jiran Murid mendemonstrasikan cara bersikap jujurjiran 4terhadap jiran dalam pelbagai situasi.

    10.1.4 Berkelakuan jujurterhadap jiran

    Murid mengamalkan sikap jujur terhadap jiran5dalam kehidupan seharian.

    Murid mengamalkan sikap jujur terhadap jiran6dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.

    26

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARANTAHAP PENGUASAAN

    11.Kerajinan Pada akhir pembelajaran, muridMurid menyatakan cara bersikap rajin sesama1dapat: jiran.Usaha yang berterusan,bersungguh-sungguh danbersemangat dalam melakukan 11.1.1Murid menceritakan kepentingan bersikap rajinsesuatu perkara Menjelaskan cara bersikap rajin 2sesama jiran.

    sesama jiran

    11.1 11.1.2Murid menunjuk cara bersikap rajin sesama jiranMengamalkan sikap rajin Menyenaraikan kepentingan 3dalam sesuatu situasi dengan bimbingan.sesama jiran bersikap rajin sesama jiran

    11.1.3 Murid mendemonstrasikan cara bersikap rajinMeramalkan perasaan apabila 4sesama jiran dalam pelbagai situasi.bersikap rajin sesama jiran

    11.1.4 Murid mengamalkan sikap rajin sesama jiranMempraktikkan sikap rajin 5dalam kehidupan seharian.sesama jiran

    Murid mengamalkan sikap rajin sesama jiran6dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.

    27

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJAR ANTAHAP PENGUASAAN

    Pada akhir pembelajaran, muridMurid menyatakan aktiviti yang dilakukan112. dapat: bersama-sama jiran.Kerjasama

    12.1.1Kesediaan melakukan sesuatu Menyenaraikan aktiviti yangMurid menerangkan kesan bekerjasama denganuntuk kepentingan bersama dilakukan bersama-sama jiran 2jiran.

    12.1 12.1.2Bekerjasama dengan jiran Meramalkan kesan melakukanMurid menunjuk cara melakukan aktiviti bersama-

    aktiviti bersama-sama jiransama dengan jiran dalam sesuatu situasi dengan3bimbingan.12.1.3Menceritakan perasaan apabilamelakukan aktiviti bersama-samaMurid mendemonstrasikan cara melakukan aktivitijiran bersama-sama dengan jiran dalam pelbagai4situasi.12.1.4Mengamalkan sikap bekerjasamadengan jiranMurid mengamalkan sikap bekerjasama dengan

    5jiran dalam kehidupan seharian.

    Murid mengamalkan sikap bekerjasama denganjiran dalam kehidupan seharian dan boleh6dicontohi.

    28

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KANDUNGANSTAND ARD PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAAN

    13. Pada akhir pembelajaran, murid 1Murid menyatakan cara bersikap sederhanaKesederhanaan dapat: sesama jiran.

    Bersikap tidak keterlaluan dalam13.1.1membuat pertimbangan dan 13.1.3 2Murid menceritakan kepentingan bersikaptindakan tanpa mengabaikan Membincangkan cara bersikapsederhana sesama jiran.kepentingan diri dan orang lain sederhana sesama jiran

    13.1.2 13.1.2 3Murid menunjuk cara bersikap sederhana sesama13.1 Menjelaskan kepentinganjiran dalam sesuatu situasi dengan bimbingan.Mengamalkan sikap bersikap sederhana sesama jiransederhana sesama jiran

    13.1.3 4Murid mendemonstrasikan cara bersikapMenghayati sikap sederhanasederhana sesama jiran dalam pelbagai situasi.sesama jiran

    13.1.4 5Murid mengamalkan sikap sederhana sesamaMengaplikasikan sikap sederhanajiran dalam kehidupan seharian.dalam aktiviti harian sesama jiran

    6Murid mengamalkan sikap sederhana sesamajiran dalam kehidupan seharian dan boleh

    dicontohi.

    29

  • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR Tahun 4

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJAR ANTAHAP PENGUASAAN

    14. Pada akhir pembelajaran, murid 1Murid menyatakan cara bertoleransi sesama jiran.Toleransi dapat:

    Kesanggupan bertolak ansur, 14.1.1Murid menceritakan kebaikan bertoleransi sesamasabar dan mengawal diri demi Menggambarkan cara bertoleransi 2jiran.kesejahteraan hidup sesama jiran

    14.1.2Murid menunjuk cara bertoleransi sesama jiran14.1 Menjelaskan kebaikan 3dalam sesuatu situasi dengan bimbingan.Mengamalkan sikap bertoleransi sesama jirantoleransi sesama jiran

    14.1.3 Murid mendemonstrasikan cara bertoleransiMenceritakan perasaan apabila 4sesama jiran dalam pelbagai situasi.bertoleransi sesama jiran

    14.1.4Murid mengamalkan sikap toleransi sesama jiranMempraktikkan sikap toleransi 5dalam kehidupan seharian.sesama jiran

    Murid mengamalkan sikap toleransi sesama jiran6dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.

    30